Anda di halaman 1dari 15

TEKNIK MENGHURAIKAN

ISI PENTING KARANGAN


TEKNIK IMBaKUP
APA ITU TEKNIK IMBaKUP?

• I = Isi (apa) = 1 ayat [MESTI AYAT PERTAMA]


• M = Mengapa = 2 ayat (huraian)
• Ba = Bagaimana = 1 ayat (contoh)
• K = Kesan contoh yang menyokong isi = 1 ayat
• P = Penengas = 1 ayat [MESTI MENJADI AYAT
AKHIR]
Contoh Soalan: Peranan ibu bapa untuk
menangani gejala sosial

•ISU: gejala sosial


•KEHENDAK SOALAN: Peranan ibu
bapa untuk menangani gejala
sosial
I = Isi = Apakah peranan ibu bapa untuk
menangani gejala sosial?

•ISI: memberikan didikan agama


M = Mengapa [huraian] = Berdasarkan isi
penting [Kepentingan/Tujuan/kebaikan]

•Ayat 1:disiplin diri


•Ayat 2: sentiasa menjaga maruah
diri
Ba = Bagaimana [contoh] = Berdasarkan isi
penting [perbuatan/perkara]

•Ayat 1: tidak mudah terpengaruh


dengan perkara negatif
K = Kesan = kesan contoh yang menyokong isi
[kebaikan/keburukan]

•Ayat 1:tidak melakukan perkara


yang tidak senonoh
P = Penegas = penegasan semula isi

•Ayat 1:Didikan agama [kehendak


soalan]
Contoh perenggan isi yang lengkap

Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang teguh [I] kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana, agama
merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh [M1] untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat
membezakan permata dengan batu kelikir[M2] kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan
hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme,
merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi
terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan
amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak
meninggalkan solat [Ba] kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan,
anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan [K] lalu tidak
terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan
untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani.
Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” Izharlah
bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala
sosial daripada meruncing [P].
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Isi pertama [ISI 1]:
• Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
• Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah

Isi yang seterusnya [ISI 2, ISI 3, ISI 4 & ISI 5]:


• - Selain itu,
• - Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
• - Seperkara lagi,
• - Pada masa yang sama,
• - Meninjau dari skop yang lebih luas,
• - Dari kaca mata yang lain,
• - Di samping itu,
• - Sementara itu,
• - Lebih-lebih lagi,
• - Seperkara lagi,
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Penanda wacana MENGAPA
• Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
• Hal ini berlaku / terjadi kerana
• Hal ini disebabkan oleh
• Hal ini wujud akibat daripada
• Hal ini bersangkut-paut dengan
• Hal ini berpunca daripada
• Hal ini tercetus apabila
• Hal ini timbul apabila
• Dalam konteks / hal ini

• * * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah


/ fenomena
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Penanda wacana CONTOH:
• Tamsilnya,
• Buktinya,
• Hal ini dapat kita lihat
• Misalannya,
• Contohnya / Sebagai contoh,
• Misalnya,
• Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
• Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
• Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Penanda wacana KESAN CONTOH

• Sehubungan dengan itu,


• Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
• Rentetan daripada hal itu,
• Lanjutan daripada ....,
• Implikasinya / impaknya,
• Kesannya,
• Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA
• bak / persis kata peribahasa, .......
• bak / persis kata peribahasa Melayu, ............
• bak / persis kata orang tua-tua, ...........
• bak / persis kata mutiara, .........
• bak / persis kata peribahasa, ............
• bak / persis kata cendekiawan, .............
• Hal ini sama dengan peribahasa ..........
• Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
• Fenomena ini dikatakan
• Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
PENANDA WACANA ISI DAN
PERKEMBANGANNYA
Penanda wacana PENEGAS:
• Ringkasnya
• Tegasnya,
• Izharlah bahawa
• Sesungguhnya,
• Pendek kata,
• Jadi,
• Oleh itu,

Anda mungkin juga menyukai