Anda di halaman 1dari 33

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

CONTOH KARANGAN LENGKAP:



Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat
kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar
mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh
agar menjadi seorang yang cemerlang. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar
cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?

Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian
semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan
mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa
sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik
darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai
diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di
sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap
hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah
salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian
kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran
yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam
sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah
Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau
diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian
mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk
mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca
pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para
pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang
menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM
telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk
peperiksaan.Oleh itu,budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang
bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam
pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak
mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk
membangunkan negara kita pada masa akan datang. Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk
melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020 nanti.


PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
kita telah .
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang
bakal menghambat.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan
oleh rakyat kita sendiri.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita
ini.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan .
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan
Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga kini
Kesemua ini menyumbang kepada
Kita mengakui hakikat bahawa
Kita sering menonton di kaca televisyen
Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Memandangkan keadaan yang sedemikian
Namun sejak kebelakangan ini
Oleh itu, bolehlah dikatakan
Secara logiknya masa yang
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Keadaan ini seharusnya boleh
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Kendatipun demikian, kita masih
Yang paling nyata ialah
Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun
menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja
Mudah-mudahan perkara ini
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perkara ini akan
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama







KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah
buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi
adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata,
maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."
~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat
meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John
Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar
perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."
~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala
rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan
yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah,
hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah
manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh
penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk
berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang
hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas
dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

RANGKA:
Pendahuluan:
Tema:Kegiatan Lumba Haram (Rempit)
Kumpulan Sasaran: para remaja dan semua pihak
Tugasan:punca-punca berlakunya gejala mat rempit

Isi-Isi Jawapan:
1. Sikap remaja yang tidak mempunyai jati diri yang kental.
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Pengaruh media massa

Penutup:
AP: Tuntasnya terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan mat rempit dalam
kelangan muda-mudi di negara kita.
AC: Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah komited untuk menjauhi kagiatan
yang tidak sihat ini kerana merugikan masa depan mereka di hari muka nanti.
AH: Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi muda yang
berfikiran kelas pertama menjelang tahun 2020 nanti akan menjadi kenyataan tidak
lama lagi.

PENDAHULUAN:
JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN

AYAT TEMA
(tema)
Belakangan ini,.
Akhir-akhir ini,.
Dasawarsa ini,
isu kegiatan mat rempit semakin heboh
diperkatakan dalam media cetak dan
media
Marcapada ini,

elektronik di seluruh negara.
AYAT
KUMPULAN
SASARAN

Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan
keiltizaman untuk menangani
peningkatan
gejala ini dalam kalangan remaja.

AYAT
TUGASAN


Persolannya.

apakah punca-punca berlakunya gejala
mat rempit di negara kita sekarang.

ISI 1: Sikap remaja yang tidak mempunyai jatidiri
JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Antara

punca berlakunya kegiatan mat rempit
ialah sikap remaja yang suka mencuba
dan melakukan perbuatan yang
berbahaya.
AYAT HURAIAN
1
Buktikan?
Saya berpendapat
demikian kerana.
remaja zaman sekarang sudah hilang
jatidiri sehingga mudah terpengaruh
dengan gejala mat rempit itu.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Sehubungan
dengan
itu,.
mereka sanggup menjadikan jalan raya
sebagai litar perlumbaan pada waktu
malam khususnya malam minggu.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Bukan itu
sahaja,..
mat rempit telah menjadikan pelumbaan
itu sebagai satu pertarungan dengan
ganjaran yang lumayan seperti wang dan
perempuan.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Oleh itu, sikap negatif remaja seakarang
merupakan pendorong utama berlakunya
kegiatan ini.

ISI 2: Pengaruh Rakan Sebaya
JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Selain itu,.. rakan sebaya juga turut mempengaruhi
remaja terlibat dalam gejala mat rempit di
seluruh negara.
AYAT HURAIAN
1
Dalam zaman
yang serba
anak-anak muda lebih mudah dipengaruhi
dan dibentuk oleh rakan-rakan mereka
Buktikan? canggih ini,. berbanding ibu bapa dan guru di sekolah.
AYAT
HURAIAN2
(KENAPA)

Dengan
adanya,.
sikap sebegini telah menyebabkan gejala
ini semakin serius kerana remaja akan
mengikut sama dalam perlumbaan yang
disertai rakan mereka.
AYAT HURAIAN
3
(APAKAH)
Natijahnya.. amat sukar untuk dikawa pihak berkuasa
mengawal dan menghapuskan gejala
merempit di negara ini.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Justeru,.. pujukan rakan sebaya turut meningkatkan
lagi kegiatan mat rempit di seluruh negara.

ISI 3: Peranan Media Massa
JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
(tema)
Di samping
itu,..
media massa juga amat berpengaruh
dalam penyebaran maklumat kepada
masyarakat teutama budaya merempit.

AYAT HURAIAN

Dalam konteks
ini,
penyiaran filem-filem yang berunsurkan
gejala sosial seperti Mat Rempit telah
menyuburkan keinginan para remaja
menirunya.
AYAT CONTOH

Misalnya, Filem KL menjerit dan KL Drift yang
ditayangkan di kaca televisyen setiap kali
musim perayaan telah mendorong para
remaja merempit di jalan raya.
BAHASA INDAH Persis
peribahasa,
orang mengantuk disoongkan bantal boleh
dikaitkan dengan pengaruh filem terhadap
menularnya gejala ini di Malaysia.
AYAT SIMPUL/
TEGAS
Jelaslah, pihak media massa bertanggungjawab
mempengaruhi minat remaja untuk
merempit walaupun aktiviti itu sangat
berbahaya.

KESIMPULAN:
JENIS AYAT PENANDA
WACANA
HURAIAN
AYAT
PANDANGAN


Intihanya,......
Konklusinya,.....
Tuntasnya,....
Kesimpulannya,..
terdapat pelbagai faktor yang telah mendorong
para remaja kita terlibat dalam gejala yang
kurang sihat ini.
Akhirulkalam,....

AYAT
CADANGAN

Sehubungan
dengan itu,
para remaja mestilah komited untuk
mengelakkan diri masing-masing daripada terus
melibatkan diri menjadi mat rempit.

BAHASA
INDAH

Orang-orang tua
ada berpesan,
alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke
pangkal lengan perlu dihayati secara serius oleh
para remaja semua.

AYAT
HARAPAN
Dengan itu, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan
generasi muda berakhlak mulia akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

1. .antara satu kaedah yang boleh anda praktikan bagi merangsang minda si
manja.
2. Biar apa pun pilihan paling penting ialah aktiviti permainan
3. Hal ini turut diakui oleh..dapat menyerak masuk ke minda
4. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar bagi kebanyakan orang untuk.
5. Hal ini dikatakan demikian kerana perokok berisiko mendapat penyakit apabila .
6. Mereka tidak segan silu .dalam khalayak/ di khalayak
7. Kini..
8. Sudah sampailah masa..secara keseluruhannya bersikap
prihatin dan sama-sama membendungdalam
kalangan.di sekolah.
9. Naluri ingin tahu membara dalam diri.. justeru ingin merasai sendiri
pengalaman tersebut untuk membuktikan dirinya telah matang dan telah dewasa.
10. Dengan kata lain,.
11. Hakikatnya,
12. Kabanyakan mereka dicabar oleh rakan supaya..sebagai syarat
wajib sebelum diterima dalam sesebuah kumpulan.
13. Antara faktor sosial yang lain ialah termasuk yang

14. ..seperti taasub dengan pengaruh media massa seperti iklan yang
menggunakan personaliti idaman.
15. Impak buruk .membuatkan kerajaan melancarkan
kempenuntuk mendedahkan / menyedarkan rakyat Malaysia dengan
pelbagai maklumat tentang keburukan
.seperti,dan
16. .dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, badan bukan kerajaan (NGO) dan
agensi kerajaan untuk membendung..sejak kecil lagi.
17. Walau bagaimanapun, ada cara yang berkesan yang dapat membantu
.iaitudan

18. ..seperti kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
19. Hakikat yang jelas ialah bahawa ..tidak memerlukan
.sebagai teman hidup
20. Hakikatnya merokok dapat mendatangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka
panjang terhadap tubuh badan perokok.
21. Hal ini terjadi demikian kerana, ..
22. Secara umumnya,..
23. Selain itu, kita perlu ada semangat yang kuat dan sentiasa berpegang pada prinsip,
iaitu belajar daripada kesilapan dan kelemahan diri.
24. .seseorang itu jangan terlalu sensitif dengan teguran dan kritikan.
25. seseorang harus mengambil ikhtibar daripada daripada pengalaman lalu.
26. Masa yang paling sesuai dan menarik untuk..
27. mendapat jolokan sebagai..
28. .begitu mengujakan
29. ..untuk pelancong begitu mendamaikan.
30. Salah satu aspek yang mestiialah
31. Namun begitu,.dapat dikaitkan dengan
32. Bagaimanakah anda dapat meningkatkan kemahiran menulis bahasa majas? Tidak ada
jawapan atau penawar yang mudah, melainkan banyak membaca.
33. Usaha menerapkan.. oleh .harus dipuji.
34. Pada suatu masa dahulu., namun .begitu sukar ditemui kini.
35. Lazimnya,
36. Pada masa dahulu masyarakat..iaitu.
37. Hingga kini,.
38. Pendidikan dalam islam tidak cukup sekadar menghantar anak ke sekolah agama,
mereka akan menjadi soleh setelah makan makanan yang halal.
39. Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, adakah rezeki yang disuapkan ke mulut
anak selama ini, halal?
40. Kita hendaklah prihatin terhadap kesucian makanan yang dimakan kerana berhubung
dengan amalan ibadah, keberkatan hidup dan keredaan Allah s.w.t.
41. Program ini juga mengingatkan..
42. Pepatah Melayu ada mengatakan; bagaimana rupa acuan begitulah juga bentuk
kuihnya.
43. Cara paling baik..
44. Setiap individu perlu sedar.
45. Apabila membincangkan
46. Walau bagaimanapun, kadang kala.
47. Bagi membina kekuatan tersebut..
48. Menurut Datu Maznah, pelbagai
49. Berbicara lanjut mengenai.Datuk Kamaruddin
50. Dalam soal mendidik anak-anak ibu bapa sering turun padang jika.
51. ..sebagai penyampai ilmu,jurutera sosial,penyubur perpaduan,pencorak
minda,pembangunan sahsiahmalah sebagai ejen perubahan.
52. ..telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan
negara kita selama ini.
53. Oleh hal yang demikian,..adalah amat bertepatan program tranformasi
Perdana Menteri kita sekarang.
54. Dengan kata lain.
55. Sekali gus melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu tranformasi negara
ke tahap yang lebih tinggi.
56. Secara umumnya,.
57. Seperti yang kita sedia maklum bahawa.telah merencanakan pelbagai
.bagi memantapkan..
58. Peranan guru juga amat besar dalam memastikan kelancaran dan
kebersanan
59. Sasaran utama adalah untuk..
60. Hal ini kerana dunia sekarang sudah berubah
61. agar sentiasa dinamik dan progresif
62. Pada masa yang sama abad ke-21 akan mengalami perkembangan pesat lagi
mencabar dalam pelbagai bidang.
63. Dalam perkembangan urbanisasi di zaman global tanpa sempanan ini,..
64. Secara lahirnya,
65. Berdasarkan statistic
66. Ekoran daripada itu,.
67. Pembangunan modal insan berkualiti,
68. Akan dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan.
69. Dalam hal ini,kita mesti menerima hakikat bahawa...
70. Tidak dinafikan bahawa
71. Penambahbaikan dalam aspek..
72. Oleh sebab itu,.
73. Sehubugan dengan hal itu,
74. Hal ini demikian supaya
75. Secara tuntas..
76. Bagi mencapai hasrat itu,.
77. Dinamik dan holistik.
78. Lantaran itu
79. Sekolah memang tempat paling sesuai melahirkan insan yang berfikiran kreatif dan
inovatif
80. Harus juga diingat bahawa usaha untuk.
81. Ini menunjukkan bahawa..



Kata-Kata Hikmat

Kata hikmat adab
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya.( Aristotle)
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang
bertahtakan ratna dan mutu manikam.(Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (
(Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah
bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip
manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-
undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan
akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan
diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal
dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika
kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan
yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati
ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri
tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik
akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat
baru. (Hamka).
Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).
Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).
Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu..
(Pepatah Melayu).

Kata hikmat Adil
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan
yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (
Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala
keberanian. ( Hamka ).
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan
adalah sama. ( Hamka).
Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah
mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-
Khatab).
Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai
perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di
dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat
bersama. ( Hamka ).
Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang
empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).
Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan
melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran
yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya
dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-
sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah
mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui
ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak
jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. (
Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan
menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati
suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan
jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi
kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak
sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu
menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di
dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut
agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Kata hikmat Akal.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya
berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal
soleh.(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada
ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. (
Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina
Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada
kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak
diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan
menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman
menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal
menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Kata Hikmat Anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah
pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. (
Hamka).
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-
anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh
mendoakannya.
( Maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah
Melayu).
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia
tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan
hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang
sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).

Kata Hikmat Bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan
kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah
bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain
adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara
berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan
orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak
terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus
fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara
menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada
orang lain.
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh
orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman
yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka
nestapa.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-
kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak
anda miliki sekarang.

kata hikmat Bahasa Hati
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada
ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
Dalam seni bahasa kita, adalah kunci kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah
terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)
Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti
menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).

Kata Hikmat Baik
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
Hasat itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
(Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk
melaksanakannya.

kata Hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama
manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si
gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa
mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan
batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada
kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu
ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga
berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan
malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi
sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang
yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang
lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-
bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang
bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan
Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)

Kata Hikmat Benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan
rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai
kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak
keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang
banyak.(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya
itu benar. ( Hamka).
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling
berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan
pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi
manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki
(hamka).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.
(Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).

Kata Hikmat Kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik
mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan
memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa
Inggeris).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).
Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang
jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).
Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia
ini.(pendeta).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul
keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak
mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).
Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang
gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang
bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh
syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini
ialah kawan bahagia.(saidina Ali).
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak
demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa
orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup
melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak
mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan
bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).
Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk
kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah
pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).
Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).
Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam
karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).
Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya
bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di
tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga
perangaimu.(lukmanul hakim).
Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan
melaksanakannya.(Hamka).
Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu
menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan
perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan
memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula
bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu
sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang
membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.


Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang
berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.
Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa
ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah
buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam
agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas
meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi
jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat
disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang
fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.
Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya
kelihatan indah.

Kata Hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan
baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau
negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti
dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa
adalah tentangFilsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin
bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.

Kata Hikmat Kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan
kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan
hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai
mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang
sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa melepaskan
anjing yang tersepit.
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga
merupakan manusia yang bersifat jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah
melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.

Kata Hikmat Jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam
keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang
tidak kita sukai.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu
dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
Kata Hikmat Cita-Cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan
yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau
cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan
pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan
mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab
seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali
cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan
adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

Kata Hikmat Sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan
dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman
duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia
supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka
ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan
oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan
memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi
pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan
paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak
dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa
mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang
dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang
siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat
keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan
bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga
mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa
mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat
daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang
bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua
percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu
sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia
sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling
mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai
tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah
kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan
dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah
datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain
atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang
batil,sama seperti menunda kekalahan.

kata Hikmat Saudara.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia
mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah
kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan
hubungan persaudaraan.
Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda
berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan
yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan
persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada
anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang
paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki menjadai
pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu
ialah saudara-saudara yang tertua.
Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau
hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat
akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

Kata Hikmat Sederhana.
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau
menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar
muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.

Kata Hikmat Senyum Dan Tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir
yang kurang cantik.
Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak
ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja
kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan
yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan
hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa
mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-
siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang
engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal
harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.

Kata Hikmat Takut
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu
adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila
telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana
mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang
paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba
kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah
tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi
takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita
menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada
tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.
Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh
dengan pedang.
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi
lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta
setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi.

Kata Hikmat Usaha Dan Kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat
rahmat daripada Allah.
Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-
minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.

Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu
rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan
emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada
perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak
boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusahalah
untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai
daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin
kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah
yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita
miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman
kita juga.(Hamka)
Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan
negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)

Kata Hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga
esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung
kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang
sentiasa melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka
wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan
dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak
perlu.

Kata Hikmat Harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang
mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak
yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia
tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang
ada.(Hamka)
Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan
jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat
berfikir.(Hamka).
Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat
dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan
sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan
jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi
diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam
tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.
Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk
kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan
walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan
haloba,kedua bakhil.
Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat
dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal
yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian
Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut
jalan yang digariskan Allah.
Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya
lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat
kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah
kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).
Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan
antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit
boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah
buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.



































LATIHAN 11:
Langkah-langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih
berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan
oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-
anak.
RANGKA JAWAPAN:
Pendahuluan

Elemen

Keterangan

Tema

Perpaduan kaum

Kumplan sasaran

Ibu bapa dan anak-anak

Bahasa Indah

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Tugasan

Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu
dalam diri anak-anak.

Isi-Isi Jawapan
ISI KETERANGAN


1

Menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan sikap positif terhadap orang lain


2

Menggalakkan anak-anak menziarahi jiran tetangga yang berlainan bangsa.


3

Melibatkan anak-anak dengan aktiviti gotong royong yang diadakan di kawasan persekitaran mereka.


4

Menyertai sukan komuniti yang dianjurkan di kawasan mereka.


5

Menyemai semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.


Penutup;

Jenis Ayat Keterangan


Ayat Pandangan
(AP)

Tuntasnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa untuk menyemai semangat
perpaduan dalam jiwa anak-anak mereka.

Ayat Cadangan
(AC)
Sehubungan dengan itu, para ibu bapa mestilah komited untuk melahirkan generasi muda yang saling
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa.


Bahasa Indah
(BI)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Ayat Harapan
(AH)

Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan sejahtera akan
dapat direalisasikan tidak lama lagi.

LATIHAN 12
Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti menyebabkan tumpuan anak-
anak dalam bidang pelajaran terabai.
Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal
kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti.
RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan

Elemen

Keterangan

Tema

Program televisyen realiti

Kumplan sasaran

Ibu bapa dan anak-anak

Bahasa Indah

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Tugasan

peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti.


Isi-Isi Jawapan
ISI KETERANGAN


1

Memilih program reliti yang sesuai dengan bakat dan minat anak-anak mereka program Iman Muda, Ustazah Pilihan dan
lain-lain


2

Mengehadkan waktu menonton televisyen


3

Menyediakan aktiviti alternatif seperti bersukan, membaca, beriadah


4

Memantau / membimbing rancangan yang ditonton oleh anak-anak


5

Menggalakkan anak-anak menggunakan masa untuk menumpukan kepada pelajaran.
Penutup;

Jenis Ayat

Keterangan


Ayat Pandangan
(AP)

Tuntasnya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal
kecenderungan anak-anak mereka menonton program televisyen realiti.


Ayat Cadangan
(AC)
Sehubungan dengan itu, para ibu bapa mestilah komited untuk memantau minat anak mereka itu supaya
tidak terpesong daripada mencapai mentlamat dalam pelajaran mereka.

Bahasa Indah
(BI)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Ayat Harapan
(AH)

Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk generasi yang berminda kelas pertama akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.



LATIHAN 13
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang
pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan.
Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang
pelajar sebagai pelengkap diri sebelum memasuki alam pekerjaan.
RANGKA JAWAPAN:
Pendahuluan

Elemen

Keterangan

Tema

Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu
kejayaan seseorang pelajar

Kumplan sasaran

Para pelajar

Bahasa Indah

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-saki
dahulu bersenang-senang kemudian

Tugasan

kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai
pelengkap diri sebelum memasuki alam pekerjaan.

Isi-Isi Jawapan
ISI KETERANGAN


1

Memiliki kemahiran dalam bidang komunikasi


2

Kemahiran menguasai pelbagai bahasa


3

Kemahiran teknologi ICT dan pengendalian peralatan elektronik


4

Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri


5

Mengembangkan bakat semula jadi seni suara, seni muzik dan lain-lain





Penutup;

Jenis Ayat

Keterangan


Ayat Pandangan
(AP)

Tuntasnya, terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai
oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri sebelum
memasuki alam pekerjaan.


Ayat Cadangan
(AC)
Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah komited untuk
memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang
melayakkan memasuki pasaran pekerjaan di negara ini.

Bahasa Indah
(BI)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Ayat Harapan
(AH)

Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan modal
insane yang serba boleh akan dapat direalisasikan menjelang
tahun 2020 nanti.


LATIHAN 14:
Dunia remaja sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri
daripada terlibat dalam gejala sosial.
RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan

Elemen

Keterangan

Tema

Gejala sosial

Kumplan sasaran

Para remaja

Bahasa Indah

Sediakan paying sebelum hujan

Tugasan
langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.


Isi-Isi Jawapan
ISI KETERANGAN


1

Melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan / memperkukuhkan jati diri


2

Memilih rakan sebaya yang baik


3

Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah



4


Sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa dan guru


5

Sentaiasa berfikiran positif dalam semua tindakan


6

Mendisplinkan diri serta mematuhi peraturan yang ditetapkan


Penutup;

Jenis Ayat

Keterangan


Ayat Pandangan
(AP)

Tuntasnya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh
remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala
sosial.


Ayat Cadangan
(AC)
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah komited untuk
mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam masalah
keruntuhan moral yang semakin membimbangkan ini.


Bahasa Indah
(BI)

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi


Ayat Harapan
(AH)

Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan para
remaja yang berakhlak mulia akan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020 nanti.

LATIHAN 15
Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu kejayaan akademik
anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Pendahuluan

Elemen

Keterangan

Tema Pembentukan akhlak dan kejayaan akademik anak-anak

Kumplan sasaran

Ibu bapa dan anak-anak

Bahasa Indah

Bapa borek anak rintik

Tugasan

Peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan menentukan kejayaan akademik anak-anak.






Isi-Isi Jawapan
ISI KETERANGAN


1

Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral

2

Memberi nasihat, teguran dan tunjuk ajar


3

Menjadikan diri sebagai contoh terbaik/ idola terbaik kepada nak-anak


4

Menyedikan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak


5

Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan dan tuisyen


6

Memberikan dorongan dan motivasi

7

Memantau pergaulan anak-anak dengan rakan-rakan mereka


Penutup;

Jenis Ayat

Keterangan



Tuntasnya, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan
Ayat Pandangan
(AP)
oleh ibu bapa dalam usaha membentuk akhlak dan menentukan
kejayaan akademik anak-anak.


Ayat Cadangan
(AC)
Sehubungan dengan itu, para ibu mestilah komited untuk
mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna
kepada negara suatu hari nanti.

Bahasa Indah
(BI)

Sabda Rasulullah anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah
bertanggungjawab menjadikan anak itu Yahudi atau Majusi.

Ayat Harapan
(AH)

Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi
muda yang berakhlak mulia dan berintelektual akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.




















KATA TUGAS: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

ISI 1: MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA

Antara peranan ibu bapa untuk menjaga anak-anak ialah memberi didikan
agama yang sempurna sejak kecil lagi. Anak-anak perlu diajar amalan asas dalam
agama seperti membaca al-quran, solat dan mengimarahkan masjid. Amalan tersebut
mampu mengawal mereka daripada melakukan maksiat. Apabila tidak melakukan
maksiat maka mereka akan selamat dan berjaya. Tegasnya memberi didikan agama
menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka .

ISI 2: MENJADI SURI TELADAN KEPADA ANAK-ANAK

Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa
mestilah menunjukkan contoh terbaik dalam keluarga. Hal ini demikian kerana, anak-
anak banyak menghabiskan masa di rumah. Segala kelakuan ibu bapa akan menjadi
ikutan anak-anak mereka. Kelakuan yang baik akan ditiru oleh mereka. Begitu juga
kelakuan yang kurang elok juga akan diikut. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab
menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak setiap hari.

ISI 3: MENCURAHKAN KASIH SAYANG KEPADA ANAK- ANAK

Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab mencurahkan kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Kasih sayang amat diperlukan oleh seorang anak. Mereka
mahukan belaian kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa jangan
terlalu mementingkan kerjaya dan kekayaan semata-mata. Anak-anak juga harta
berharga yang perlu dijaga. Jelaslah, ibu bapa berperanan mencurahkan kasih sayang
kepada anak-anak mereka.


ISI 4: MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH

Seterusnya, ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu sangat penting untuk menjadikan mereka
seorang yang berjaya. Anak-anak akan menjadi insan yang kreatif dan inovatif. Mereka
akan mudah mendapat perkerjaan setelah menamatkan pelajaran mereka. Setelah
mendapat pekerjaan yang baik mereka akan membantu ibu bapa pula. Justeru, ibu
bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah demi masa depan mereka yang lebih
baik.


ISI 5: MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI YANG BAIK

Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah mengisi masa lapang anak-anak dengan
aktiviti yang berfaedah. Aktiviti tersebut perlu sesuai dengan kehendak mereka.
Contohnya, ibu bapa mengajak anak-anak untuk bersenam dan bersukan pada waktu
petang. Bersenam dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu,
anak-anak perlu di bawa melancong ke tempat menarik seperti di kawasan air terjun,
tempat bersejarah dan tapak karvinal 1Malaysia. Jadi, masa lapang anak-anak tidak
terbuang begitu sahaja.

ISI 6: MENEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK

Selain itu, ibu bapa wajib menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-
anak mereka. Teguran tersebut untuk mendidik mereka. Hal ini demikian kerana, anak-
anak biasanya tidak menyedari kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Anak-anak
tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Mereka akan menjadi seorang anak yang
baik dan soleh. Saya optimis, ibu bapa mestilah menegur setiap kesalahan anak-anak
mereka setiap hari.
Pembentukan ayat Tanya:
persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan
berpandangan jauh
pernahkah terlintas dalam gawang minda para........
sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi
impak yang positif?
Tema perpaduan :
Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah senjata utama yang
menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi
abu,menang menjadi arang
Pepatah ada menyatakan hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak
sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi
juara perpaduan
konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi
gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema kemajuan negara
cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
Pertumbuhan mapan ekonomi negara
Prestasi ekonomi yang mapan
Gahnya Malaysia di persada global
menjadikan Malaysia lebih tersohor
Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata
peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada
negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk
melemahkan kebangkitan negara
mendepani abad milenium
tema : peranan kerajaan
citra budaya dan jati diri bangsa
tindakan secara kolaboratif
Tema : masyarakat
memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan
utama
menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka
lima teras utama RMK-9
menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku
negatif.
Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran
jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan
bermaruah.
Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu
berubah walaupun banyak melihat perubahan
masyarakat madani
bangsa yang maju dan kompetitif
Tema : semangat kejiranan
Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam
belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri
bak merak kayangan
Kikis sikap prejudis
Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
Bagi memperteguh tali-temali sosial
Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
Di bawah satu bumbung muafakat
Tema : generasi muda
Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur
turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab
yang digalas
Berkiblatkan budaya asing
Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
Berpotensi untuk menggegarkan
Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
Bijak menyerap tekanan
Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti
insan
Dalam meniti perjalanan hidup
Dalam pancaroba dunia

Tema: kekeluargaan
mewarnakan jiwa anak-anak
menjadi uswah terbaik
tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini
samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke
manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Didedahkan dengan realiti kehidupan
Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza
daripada perangai ibu bapa
Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya
sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
Bertunjangkan kekuatan intelektual
Dipacu oleh tenaga muda
Dipasakkan dalam jiwa
Media massa
akhbar arus perdana
mendominasi minda generasi muda
Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
Berupaya menjadi wadah yang efektif
Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama
dalam menyebarkan maklumat
Kempen :
Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya
dijalankan secara suam-suam kuku
Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
Instrumen yang paling efektif
Semangat Patriotisme
Misi menyuburkan semangat patriotismebukan perkara enteng
Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa
dan kelangsungan hidup negara
Menjiwai patriotisme yang kental
Tema sekolah
Guru selaku arkitek pembangunan insan
menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
menyemarakkan nilai-nilai murni
sekolah wadah penting untuk penyaluran ilmu
pendekatan konvensional
sekolah medan interaksi sosial
golongan pendidik yang berketerampilan
pendidik perlu memahami aspirasi negara
menghayati Falsafah Pendidikan Negara
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan
dengan air
Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan
dan maklumat
Tema : Alam sekitar
Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin
gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya
segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita
Tema Kesihatan :
pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan
yang sihat
tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan
dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang
tidak sempurna
Menyerang sistem imunisasi badan
Tema usaha.langkah
Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus
berusaha
Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak meneruskan
usaha sampai berjaya
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
Jangan lakukan kerja sekerat jalan
Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan
pihak lain
Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
Usaha secara kolaboratif
Menuntut sinergi pelbagai pihak
Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
Mencari resepi terbaik
Teknologi Maklumat:
Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada
menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia
bagaikan tiada sempada
Bagai galah di tengah arus peribahasa yang dapat digambarkan mengenai
sikap remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi
Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada
masyarakat
Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat
dan kmunikasi
Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia


Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam
mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada
kaum tersebut.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain
terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai
pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya
yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan
identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian
tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan
sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu.
Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-
temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang
paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi
muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk
diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini.
Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima
penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni
dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja
negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar,
lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan
budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja
yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan
luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah
mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan
perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama
ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu.
Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis
kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus
mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara
satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-
perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan
semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang
arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah
kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi.
Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah
kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin
selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai
kemodenan hidup.







SOALAN
ISI-ISI JAWAPAN


Kes keracuanan makanan sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-
jadi. Sebagai ibu bapa yang prihatin, panduan perlu diberikan
kepada anak-anak supaya kejadian yang tidak diingini dapat
dielakkan.

Ulaskan pernyataan di atas.

1. Ibu bapa mengajar anak-anak untuk memilih premis / kedai /
restoran makanan yang bersih berdasarkan gred yang
ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.
2. Mengamalkan tabiat membersihkan tangan sebelum
makan.
3. Memaklumkan anak-anak tentang cirri-ciri makanan yang
tercemar.
4. Menggalakkan anak-anak membawa bekal dari rumah.
5. Memantau premis yang menjual makanan di kawasan
persekitaran untuk memastikan tahap kebersihan peniaga /
pengendali makanan semasa menghantar anak-anak ke
sekolah.


Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam
membina keluarga bahagia

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi
keluarga bahagia










1. Memantapkan penerapan ilmu agama dalam diri setiap ahli
keluarga.
2. Mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
3. Mengadakan aktiviti bergotong royong.
4. Menyelesaikan sesuatu masalah kekeluargaan dengan
penuh semangat muhibah.
5. Tidak menjadikan perkara remeh temeh sebagai perkara
utama sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
6. Membawa ahli keluarga melancong pada masa cuti.
7. Mengadakan aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa
lapang.


Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumah tangga
terutama kepada anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan

1. Memiliki pegangan agama / jati diri yang utuh.
2. Berilmu pengetahuan dalam palbagai bidang kehidupan.
3. Menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga
salah satu matlamat
pendidikan negara, iaitu memperkasakan pelajar lelaki.

Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa
kepada anaklelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.


4. Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah.
5. Berdikari dalam apa jua lapangan hidup.
6. Menghormati dan memelihara hak-hak orang lain


Ibu bapa amat berperanan untuk memupuk amalan berjimat cermat
dalam diri anak-anak.

Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa bagi
menerapkan amalan ini dalam diri anak-anak.



1. menyediakan tabung / mendidik anak menabung
2. menyediakan bekalan makanan
3. menggalakkan anak-anak mengitar semula
barangan terpakai
4. mendidik anak-anak berbelanja secara berhemah
mengelakkan pembaziran
5. menggalakkan anak-anak menjayakan kempen
mengamalkan amalan
berjimat cermat oleh pihak kerajaan.




Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam
melahirkan keluarga yang sihat dan harmoni.

Huraikan pendekatan yang patut dijadkan amalan bagi memastikan
hasrat tersebut tercapai.



1. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
2. Melakukan aktiviti riadah bersama-sama anggota keluarga.
3. Mengawal gerak-geri dan pergaulan anak-anak
4. Menghayati amalan / ajaran agama
5. Menluangkan masa dan prihatin terhadap masalah /
perubahan sikap anak-anak.
6. Prihatin terhadap kesihatan / melakukan pemeriksaan
kesihatan ahli keluarga.


Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha
menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan alam sekitar.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.


1. ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
2. ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
3. ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
4. ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen
kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.





Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Oleh itu,
generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan amalan pemakanan
seimbang.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka
mengamalkan pemakanan seimbang. Beri komen anda.

1. Ibu bapa menyediakan makanan seimbang di rumah
2. Ibu bapa membekalkan makanan yang dimasak sendiri
sebagai bekalan ke sekolah
3. Ibu bapa mendedahkan keburukan makanan segera atau
makanan ringan
4. Ibu bapa mengurangkan tabiat makan di luar sama ada
restorai atau gerai.
5. Ibu bapa member pendedahan kepada anak-anak tentang
kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-
anak.


1. Mengadakan rumah terbuka
2. Melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan di kawasan tempat
tinggal seperti gotong royong, hari kelurga dan sambutan
hari perayaan
3. Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mengambil berat
tentang jiran
4. Menyertai sukan komuniti yang dianjurkan oleh JKK
sukan rakyat
5. Ibu bapa menjadi suri teladan contoh berbaik dengan jiran,
sring bertegur sapa, mengambil tahu hal yang berlaku
kepada jiran.


Aktiviti sukan dapat melahirkan badan yang sihat
dan otak yang cerdas. Oleh sebab itu generasi kini perlu dididik
untuk menceburi bidang sukan.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak

1. Memberi dorongan dan motivasi insentif kepada anak-
anak
2. Menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan di
sekolah
3. Menjadi suri teladan / model kepada anak-anak
berksukan.

4. Membawa anak-anak menyaksikan pesta sukan
5. Menyediakan kemudahan sukan yang lebih lengkap


Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati
sesama ahli keluargadapat mernbentuk masyarakat penyayang.

Berlkan pandangan anda tentang peranan ibu bapa datam
melahirkan indlvidu
yang penyayang.
1. Ibu bapa memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-
anak sejak kecil lagi.
2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
3. Ibu bapa bersikap prihatin dan sentiasa berkongsi masalah
dengan anak-anak.
4. Ibu bapa menekankan pendidikan agama atau pendidikan
moral
5. Ibu bapa menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam
kegiatan masyarakat.
6. Ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
harian anak-anak / keluarga mereka.


Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah
negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.

Bincangkan.







1. Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak
2. Memnekankan kecemerlangan akademik
3. Penghayatan terhadap ilmu agama
4. Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak
5. Memenuhi keperluan anak-anak
6. Mengenali rakan anak-anak masing-masing






Era globalisasi hari ini memerlukan rakyat Malaysia mengamalkan
budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu
pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan
masyarakat masih rendah. Hal ini menuntut penglibatan ibu bapa
bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil.

Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan
melahirkan masyarakat membaca.



1. Menggunakan masa berkualiti bersama-sama anak-anak
membaca di rumah.
2. Membawa anak-anak ke perpustakaan
3. mengadakan perpustakaan mini di rumah
4. memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk
membeli buku/ bahan bacaan untuk anak-anak.
5. Menggalakkan anak-anak menyertai projek bacaan NILAM
6. Memberi ganjaran / hadiah rangsangan kepada anak-anak
yang membaca lebih banyak buku.


Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
lebih berkesan jika bermula dari rumah.

1. Ibu bapa menyempurnakan didikan agama kepada anak-
anak sejak kecil.
2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
3. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti
Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni
dalam diri anak-anak.

kemasyarakatan.
4. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah- ilmu
pengetahuan
5. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai PLKN
Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan
amalan membaca dalam kalngan anak-anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa bagi
memastikan amalan membacamenjadi budaya dalam keluarga
mereka.
1. Ibu bapa menunjukkan teladan kepada anak-anak.
2. Ibu bapa membeli bahan bacaan yang dapat mencetuskan
minat membaca kepada anak-anak.
3. Ibu bapa menyediakan suasana / keadaan kondusif di
rumah untuk anak-anak membaca seperti perpustakaan mini
4. Ibu bapa membawa anak-anak ke perpustakaan, pameran
buku dan lain-lain.
5. Ibu bapa memberi hadiah kepada anak-anak yang banyak
membaca.
6. Ibu bapa memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulan
mereka untuk membeli bahan bacaan.
7. Ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas belajar
membaca.


Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen

realiti menyebabkan tumpuan anak-anak dalam bidang pelajaran
terabai.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha
mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program realiti.


1. Memilih program realiti yang sesuai dengan bakat dan
minat anak
2. Mengehadkan waktu menonton televisyen menyediakan
jadual menonton
3. Melarang anak-anak daripada menonton jika melalaikan
mereka terhadap pelajaran
4. Memantau / membimbing rancangan yang ditonton oleh
anak-anak
5. Menyediakan aktiviti alternatif seperti bersukan,
membaca, beriadah


Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu
kejayaan akademik anak-anak.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

1. Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral sejak
kecil lagi.
2. Member nasihat, teguran dan tunjuk ajar
3. Menjadikan diri sebagai contoh terbaik / idola terbaik
kepada (Suri Teladan)
4. Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna
kepada anak-anak.
5. Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan
dan tuisyen
6. Member dorongan dan motivasi hadiah apabila Berjaya
dalam peperiksaan
7. Mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah tentang
prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.











i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
PROSES PEMBENTUKAN IMBUHAN BER... DAN BER...KAN
Sembang kali ini, kita akan membincangkan kekeliruan dalam aspek
tatabahasa. Kedua-dua imbuhan yang dibincangkan kerap menimbulkan
kekeliruan kepada pelajar. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam
peperiksaan juga didapati kerap memerangkap pelajar kerana bantuknya yang
hampir sama. Selain itu, kekeliruan juga timbul sebagai kesan daripada
kebiasaan penggunaannya dalam perbualan seharian.
Dalam pembentukan imbuhan ber... dan ber...kan sering terdapat kekeliruan
dari segi pembentukan ayatnya. Kesalahan yang kerap dilakukan ialah
menyamakan pembentukan ayat bagi kedua-dua imbuhan ini.
Teliti ayat berkenaan yang salah dari segi pembentukannya.

Kesalahan Ayat Contoh:
1. Mereka mengembara di dalam hutan itu berdasar peta yang dibekalkan oleh
pihak penganjur.
2. Mereka mengembara di dalam hutan itu berdasarkan pada peta yang
dibekalkan oleh pihak penganjur.

Kedua-dua ayat di atas mengandungi kesalahan dari segi proses
pembentukannya. Dalam ayat (1) selepas kata berdasar harus diikuti oleh
kata sendi yang menghubungkan kata kerja berimbuhan ber... dengan
keterangan iaitu kata nama peta. Ini bertepatan dengan hukum pembentukan
frasa kerja intransitif yang memerlukan kata sendi selepas kata kerja. Dalam
ayat (2) yang digolongkan sebagai frasa kerja intransitif berpelengkap, selepas
kata berdasarkan harus diikuti oleh pelengkap kata nama. Selepas kata kerja
berdasarkan tidak boleh diikuti oleh kata sendi.

A. Imbuhan Ber...
Imbuhan Ber... tergolong dalam imbuhan yang membentuk kata kerja aktif
intransitif yang tidak berpelengkap kata nama. Kata kerja intransitif seperti ini
boleh berdiri sendiri tetapi boleh diperluas dengan menambahkan keterangan.
Pada dasarnya kata kerja berimbuhan ber.. boleh menerima semua golongan
kata. Namun ada juga kata kerja berimbuhan ber... yang menerima
pelengkap kata nama ataupun kata adjektif. Lihat perbandingan imbuhan
ber... yang tidak berpelengkap dan berpelengkap.

Ayat Contoh;

1 Mereka sedang berjalan
2 Mereka sedang berjalan di tepi pantai
3 Datuknya yang sakit beransur sembuh
4 Dia sentiasa berbuat baik sesama manusia

Analisis Ayat:
Ayat (1) tidak memerlukan pelengkap kata nama kerana boleh berdiri sendiri
tetapi boleh diperluas dengan menambahkan keterangan sebagaimana ayat
(2). Ayat (3) pula perlu menerima pelengkap yang terdiri daripada kata adjektif
iaitu sembuh. Tanpa pelengkap sembuh, ayat (3) akan membentuk ayat
tergantung. Hal yang sama dilihat pada ayat (4) perkataan berbuat harus
menerima pelengkap baik untuk membentuk maksud ayat yang sempurna.
Kata kerja berimbuhan ber... yang diperluas dengan keterangan perlu
didahului oleh kata sendi ataupun kata hubung untuk membentuk struktur ayat
yang sempurna. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung, ayat-ayat yang
dibina tidak sempurna. Teliti contoh ayat berikut;

Ayat Contoh:
1. Zulkifli menulis buku biografinya berdasar pada pengalamannya sebagai
guru.
2. Muslimin tidak mahu bertanya kepada gurunya walaupun tidak faham akan
cerita itu.
Perkataan berimbuhan awalan ber... juga membentuk ayat pasif apabila
subjek ayat merupakan benda yang kena oleh perbuatan. Ayat-ayat pasif
berawalan ber... tidak menyatakan pelaku perbuatan. Teliti contoh ayat
berikut;

Ayat Pasif Berawalan ber... Contoh
1. Baju-baju itu belum berbasuh sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup.

Analisis Ayat:
Dalam ayat (1) baju merupakan benda yang belum kena basuh, ayat (2) pintu
pagar rumah merupakan benda yang tidak kena tutup. Ayat-ayat berikut juga
tidak boleh menerima pelaku kerana ayat pasif berimbuhan ber.... tidak
menerima pelaku kerana sifat ayat pasif tidak mementingkan pelaku kata kerja
(Sebab itu dalam ayat pasif, pelaku diletakkan sebagai predikat ayat)

Kesalahan Contoh:
1. Baju-baju itu belum berbasuh oleh Aminah sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup oleh orang tua itu.
Ayat tersebut perlu menggugurkan pelakunya atau digantikan dengan bentuk
ayat pasif pelaku kata ganti nama diri ketiga seperti berikut.

Ayat contoh sepatutnya;
1. Baju-baju itu belum dibasuh oleh Aminah sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah ditutup oleh orang tua itu.

B. Imbuhan Ber...kan
Imbuhan Ber...kan merupakan kata kerja intransitif yang berpelengkap kata
nama. Namun perkara ini harus dibezakan dengan pembentukan frasa kerja
transitif berpelengkap kerana kata kerja berimbuhan ber...kan berpelengkap
kata nama ini tidak boleh dipasifkan sebagaimana frasa kerja transitif
berpelengkap kata nama. Tanpa pelengkap kata nama, ayat-ayat yang dibina
menjadi ayat tergantung.
Imbuhan ber...kan juga menunjukkan maksud mempunyai ataupun
menggunakan sesuatu sebagai alat atau bahan perbuatan intransitif. Misalnya
berbantalkan lengan bermaksud menggunakan lengan sebagai bantal.
Manakala frasa berbuahkan emas pula bermaksud mempunyai emas
sebagai buah.

Lihat kesalahan contoh;
1. Mereka hanya bertilamkan semasa menyertai perkhemahan itu.
2. Dia tidur berbantalkan.

Semua contoh ayat di atas tidak sempurna maksudnya kerana tiada
pelengkap kata nama yang menuruti kata kerja. Ayat-ayat di atas juga tidak
boleh dipasifkan walaupun menerima pelengkap kata nama.

Ayat Sepatutnya;
1. Mereka hanya bertilamkan rumput semasa menyertai perkhemahan itu.
2. Dia tidur berbantalkan lengan.

Analisis ayat:
1. Mereka menggunakan rumput sebagai tilam.
2. Dia menggunakan lengan sebagai bantal.
Posted by - Azmi Misron - at 18:28 5 comments: Links to this post
SELAMAT BERTEMU LAGI
Assalamualaikum
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada sesiapa yang masih sudi
melayani blog ini.
Selamat berjumpa kembali. Blog ini sudah terlalu lama tidak dikemas kini
kesan daripada kesibukan yang keterlaluan dan beban tugas di pejabat yang
memang tak pernah ada noktahnya. Namun kecelaruan jiwa melihat bahasa
Melayu dipergunakan dengan sewenang-wenang menyebabkan hati ini terusik
untuk berkongsi usaha demi memartabatkan bahasa Melayu tambah-tambah
lagi dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan
bahasa Melayu dengan pelbagai program.
Moga-moga usaha kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sejajar dengan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan bahasa Melayu
pada kedudukan yang sepatutnya. Bukanlah kita mahu meminggirkan bahasa
lain, namun bahasa Melayu yang kini lebih dikenali sebagai bahasa Malaysia
merupakan jati diri warganegara Malaysia. Jika bangsa lain berbangga dengan
bahasa mereka, mengapa kita juga tidak bersikap demikian. Inilah masa yang
paling sesuai untuk meletakkan bahasa Melayu kembali pada kedudukannya
sebagai bahasa rasmi negara ini.
Ayuh kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi
kelangsungan bahasa tercinta ini.
Posted by - Azmi Misron - at 18:17 2 comments: Links to this post
M O N D A Y , 1 4 S E P T E M B E R 2 0 0 9
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, mohon maaf kerana sudah agak lama blog ini tidak dikemas
kini. kesibukan tugasan di pejabat yang tidak pernah selesai menyebabkan
saya gagal menepati jadual kemas kini log ini. Kepada anak-anak didik yang
akan menduduki PMR selepas Syawal nanti, selamat menduduki PMR. Saya
mendoakan kalian memperoleh keputusan yang cemerlang nanti bagi
memenuhi impian kalian mencapai kecemerlangan akademik. Gunakanlah
kesempatan yang kian singkat ini untuk mengulang kaji. Pada Aidilfitri ini,
sambutlah kejayaan menempuhi Ramadan seadanya. Selepas PMR masih
ada waktu untuk merayakan Aidilfitri. Semoga doa sempena Ramadan ini
dimakbulkan Allah SWT. Amin.

Tidak sampai seminggu lagi kita akan melepasi ujian Allah dalam bulan
Ramadan. Syawal mulai tersenyum menyambut mereka yang bakal melepasi
ujian Allah nanti. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk menempuhi
Ramadan yang bakal meninggalkan kita.

Pada kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI terutamanya kepada para
follower yang masih setia mengikuti blog ini. Sempena Aidilfitri ini, gunakanlah
kesempatan yang datang setahun sekali ini dengan sebaik-baiknya. Ziarahilah
saudara mara, sahabat handai, teman-teman ataupun sesiapa juga yang
mengenali kita. Bermaaf-maafanlah sesama kita. Lupakanlah segala kesilapan
dan kekhilafan sama ada yang kita lakukan ataupun yang dilakukan orang lain
kepada kita. Jadikanlah hari lebaran ini hari yang mengubah kita menjadi
insan baru selepas membersihkan diri semasa Ramadan. Teruskanlah
semangat Ramadan semasa menyambut Aidilfitri. Jika semasa Ramadan kita
mampu menahan nafsu sama ada nafsu makan ataupun apa-apa juga nafsu,
tiada sebab kita tidak mampu melakukan hal yang sama selepas Ramadan.
Janganlah kemualiaan akal budi kita semasa Ramadan dirosakkan oleh nafsu
yang tidak terkawal semasa merayakan kemenangan melawan nafsu. Kepada
anak-anak yang teringin bermain mercun, kekanglah nafsu anak-anak.
Ingatlah! Ada rakan-rakan anak-anak yang menderita putus jari, cedera
penglihatan dan sebagainya angkara mercun. Cukuplah sekadar merayakan
dengan bergembira sewaktu menziarahi rakan-rakan dan saudara mara.

Akhir kata, sambutlah salam Aidilfitri daripada saya. Keampunan dan
kemaafan juga yang saya mohon atas kekhilafan yang ada dalam blog ini.
Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi pada kesempatan lain. Sekian,
wassalam.
Posted by - Azmi Misron - at 17:48 3 comments: Links to this post
WE D N E S D A Y , 6 M A Y 2 0 0 9
PEMBENTUKAN IMBUHAN MeN...kan dan MeN...i
Pembentukan imbuhan kerap kali mengelirukan pelajar. Dalam penggunaan
imbuhan MeN...kan dan MeN...i, pelajar sering kali membuat kesilapan
dengan menggunakan imbuhan tersebut secara bertukar ganti seolah-solah
kedua-dua imbuhan tersebut membawa maksud yang sama. Dalam bab ini,
kita akan melihat dan meneliti secara lebih mendalam pembentukan dan
perbezaan imbuhan MeN...kan dan MeN...i dalam Bahasa Melayu yang kerap
menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.
Pembentukan Imbuhan MeN...kan


Imbuhan MeN...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata
dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan
golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu apabila
menerima imbuhan MeN...kan.
Pembentukannya akan dibincangkan secara ringkas kerana yang penting ialah
meneliti perbezaan maknanya dengan imbuhan MeN...i. Teliti beberapa jenis
golongan kata berikut yang menunjukkan beberapa maksud yang berbeza:
Kata Dasar Imbuhan MeN...kan Maksud
Buku (kata nama) Membukukan Menjadikan buku
Darat (kata nama) Mendaratkan Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan Menjadikan dua
Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata
tersebut lihat beberapa contoh ayat berikut:
Ayat Contoh;
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan
lawan dalam kawasan penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan
Jepun.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.
Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud
bahawa objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung
oleh perbuatan iaitu kena jatuhkan, kena duakan, kena bukukan kena
basahkan dan kena lontarkan.
Maksud Dalam Imbuhan MeN...kan
Secara umum, imbuhan apitan MeN...kan menunjukkan dua maksud yang
kerap dikelirukan.
i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas
objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan
perbuatan ke atas objek sipi
Contoh:
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan sepotong kayu (objek tepat)
untuk melakukan perbuatan ke atas lembu itu (objek sipi).
Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di
atas.
Ayat contoh;
1. Petani itu memagarkan kawat berduri ke seluruh ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada
ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.
ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan untuk objek tepat
Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu
pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi
merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.
Contoh:
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya
bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang
dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran kan mesti
digugurkan seperti dalam ayat berikut:
Contoh:
Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)
Ringkasnya imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai
alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga
membawa maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk benda lain iaitu
untuk objek tepat, manakala perbuatannya dilakukan ke atas objek sipi.
Pembentukan Imbuhan MeN...i.
Imbuhan MeN...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan
membawa makna yang tertentu. Teliti pembentukannya secara ringkas dan
cuba buat perbandingan dengan pembentukan imbuhan MeN...kan.
Kata Dasar Imbuhan MeN...i Maksud
Pagar Memagari Meletakkan sesuatu
(kata Nama) sebagai pagar
Pukul Memukuli Melakukan perbuatan
(kata kerja) berkali-kali pada objek
Duduk Menduduki Melakukan perbuatan
(kata kerja) pada objek
Kirim Mengirimi Menyebabkan objek
(kata kerja) menerima sesuatu
Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata
tersebut lihat beberapa contoh ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.
2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.
3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.
Analisis
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung.
Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan
oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) bapa sebagai objek tepat menerima
surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.
Maksud Imbuhan MeN...i
Secara umum, imbuhan apitan MeN...i, menunjukkan maksud objek tepat
menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima
daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi.
Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi
objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat. Lihat dan teliti contoh
ayat-ayat di bawah;
Ayat contoh;
1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.
2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.
3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.
4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang
kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.
Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan MeN...i dengan ayat-ayat
yang menerima apitan MeN...kan seperti yang dibincangkan terdahulu.
Adakalanya apitan MeN...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-
ulang dilakukan ke atas objek tepat. Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud
anaknya menerima pukulan berulang kali.Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan
(5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara,
rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan.
Perbezaan Makna Dalam Imbuhan MeN...kan dan
Imbuhan MeN...i
Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar
akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan
itu.
Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini
menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek
tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang lebih
jelas.
Ayat contoh;
1. Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.
(objek tepat) (objek sipi)
3. Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
4. Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Ulasan ringkas:
Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja)
tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan
maknanya juga berbeza. Perkataan melontarkan menunjukkan maksud
sepotong kayu sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan
untuk melakukan perbuatan.Manakala perkataan melontari menunjukkan
maksud lembu itu sebagai objek, menjadi penerima perbuatan melontari.
Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan MeN...kan, maksudnya menunjukkan
lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil
kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan
melontarkannya.
Rumusan
Kekeliruan yang kerap berlaku di kalangan pelajar dari segi pembentukan
kedua-dua apitan tersebut disebabkan para pelajar kurang memahami maksud
perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek tepat dan objek
sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti imbuhan apitan MeN...kan dan MeN...i
dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek tepat dan
objek sipi yang dinyatakan dalam ayat.
Para pelajar juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai
atau tidak.
Posted by - Azmi Misron - at 00:50 2 comments: Links to this post
S A T U R D A Y , 2 5 A P R I L 2 0 0 9
BAHAGIAN 6: Penggunaan Kata Pemeri dan Kata Nafi
Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai
pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam
predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana
penggunaan is, are ataupun a dalam struktur Bahasa Inggeris.
Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan
ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan
penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak
gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja
ataupun kata kerja.
Kesalahan Contoh:
1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat PIBG tersebut akan ditangguhkan ke
minggu depan.
2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan.
3. Tingkah lakunya yang sombong itu adalah menyebabkan orang ramai benci
kepadanya.
Ayat-ayat di atas seharusnya menggugurkan kata pemeri adalah bagi
membentuk ayat-ayat yang betul dan gramatis.
Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa
Melayu iaitu ialah dan adalah.
i) Penggunaan Kata Pemeri Ialah
Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk
menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata
lain untuk memerihalkan subjek ayat.
Ayat Contoh:
1. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.
2. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengaruh daripada rakan-rakan
sebaya.
3. Perkara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara.
Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Ialah
Kesalahan yang biasa dilakukan semasa penggunaan kata pemeri ialah
merupakan penggabungannya dengan kata nafi bukan dan tidak.
Kesalahan Contoh:
1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah tersebut.
2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana ialah tidak hadir ke sekolah selama tiga
hari berturut-turut.
Ayat sepatutnya:
1. Mereka bukan pelajar sekolah tersebut.
2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari
berturut-turut.
Satu lagi kesalahan penggunaan ialah berlaku apabila digabungkan dengan
kata kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ialah digunakan bersama-sama
dengan kata nama sahaja.
Kesalahan Contoh:
3. Mereka ialah memberitahu kami tentang kejadian tersebut.
4. Orang tua itu ialah terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.
Ayat sepatutnya:
3. Mereka yang memberitahu kami tentang kejadian itu.
4. Orang tua itu terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.
Ulasan:
Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan
kata pemeri yang tidak perlu, maka kata pemeri yang digunakan perlu
digugurkan.
ii) Penggunaan Kata Pemeri Adalah
Kata pemeri adalah boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata
pemeri ialah. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa
sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi tidak yang
digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi tidak + adjektif).
Ayat Contoh:
1. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja.
2. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar.
3. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi
tentera.
4. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar.
Kesalahan ayat:
Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan bersama kata nafi bukan dan
dalam binaan frasa kerja.
Kesalahan Contoh;
1. Buku-buku itu adalah bukan untuk kamu.
2. Kegagalannya adalah disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji
pelajaran.
3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada
hari esok.
4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan
dibatalkan.
Ayat sepatutnya;
1. Buku-buku itu bukan untuk kamu.
2. Kegagalannya disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.
3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada
hari esok.
4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.
Ulasan:
Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan
mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah
sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana
struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak
menjejaskan makna ayat.
iii) Penggunaan Kata Nafi Bukan dan Tidak
Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu
bukan dan tidak
Kata nafi bukan digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi
Nama.
Ayat Contoh:
1. Itu bukan sekolah saya. (Frasa nama)
2. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama)
3. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama)
4. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama)
Kata nafi tidak pula digunakan dalam binaan Frasa Kerja dan Frasa Adjektif.
Ayat Contoh:
1. Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan
kakak. (Frasa kerja)
2. Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa kerja)
3. Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa
kerja)
4. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka
bapanya tidakadil. (Frasa adjektif)
Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah
penggunaannya pada frasa yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain
disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya digunakan kata nafi
berkenaan.
Kesalahan Contoh;
1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan tiga.
2. Orang tua itu tidak dari kampung kami.
3. Wang yang diperolehnya tidak daripada rezeki yang halal.
4. Dia marah kerana anaknya bukan mendengar nasihat yang diberikannya.
5. Tindakannya bukan wajar semasa menangani masalah itu.
Ayat sepatutnya;
1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan tiga.
2. Orang tua itu bukan dari kampung kami.
3. Wang yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal.
4. Dia marah kerana anaknya tidak mendengar nasihat yang diberikannya.
5. Tindakannya tidak wajar semasa menangani masalah itu.
Ulasan:
Kata nafi bukan boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika
menunjukkan maksud bertentangan, namun harus digunakan bersama kata
hubung tetapi.
Ayat Contoh:
1. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.
2. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu.
3. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa
keburukan.
4. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga.
Posted by - Azmi Misron - at 17:16 1 comment: Links to this post
M O N D A Y , 3 0 M A R C H 2 0 0 9
BAHAGIAN 5: HUKUM D - M (Diterangkan - Menerangkan)
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang
berkata goreng pisang untuk merujuk kepada frasa nama pisang yang
digoreng. Seharusnya bentuk yang betul ialah pisang goreng kerana kita
merujuk kata nama pisang sedangkan perkataan goreng merujuk kata kerja
goreng dan merupakan penerang bagi perkataan pisang dalam frasa
berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan
pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul
sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah.
Hal yang sama dapat dilihat pada frasa lain-lain hal sedangkan hakikatnya
kita merujuk hal bukannya lain-lain. Seharusnya pembetukan frasa
berkenaan ialah hal-hal lain kerana hal tersebut yang banyak bukannya
lain. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan sedap bunyi sebutan
yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah
keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut tua
kelapa bagi merujuk kelapa yang sudah tua, sebaliknya dalam apa-apa juga
keadaan kita akan menyebut kelapa tua bagi merujuk frasa nama berkenaan.

Pembentukan Hukum D-M
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan
kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama.
Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang
perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M
tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek
yang Diterangkan manakala (M) merujuk aspek yang Menerangkan.
Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu diterangkan harus
dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang menerangkan. Misalnya
apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan
pisang sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli goreng
sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya
susunan frasanya menjadi pisang goreng bukannya goreng pisang kerana
goreng pisang merujuk goreng sebagai perkataan yang mahu diterangkan
iaitu kata kerja dan pisang sebagai kata yang menerangkan perkataan
goreng. Maka apabila disebut goreng pisang kita seharusnya merujuk frasa
kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.
Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang Diterangkan
merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur
yang Menerangkan merupakan unsur penerang yang diletakkan pada
kedudukan kedua. Contohnya:

Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa
1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua
2 - Orang - muda - orang yang masih muda
3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains
4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili
5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato
6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini
7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris
8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng
9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus
10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging.
11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu
12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu

Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada
kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya
berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris
Restoran Yusof disebut sebagai Yusof Restaurant. Hakikatnya dalam
bahasa Melayu kita memperkatakan Restoran yang dimiliki oleh Yusof, maka
seharusnya kita meletakkan unsur Restoran pada kedudukan pertama
sebagai aspek yang Diterangkan barulah diikuti oleh Yusof sebagai unsur
yang Menerangkan iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan
seharusnya disebut sebagai Restoran Yusof. Dari sudat makna, jika disebut
Yusof Restoran, maka sebenarnya kita merujuk kepada Yusof sebagai
restoran. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya
sebuah restoran.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik
tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang
disebut dahulu. Misalnya frasa nama susu lembu merujuk maksud susu yang
diambil daripada lembu. Manakala lembu susu merujuk maksud lembu yang
dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya. Maka dari segi ayat haruslah
disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya;
1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi.
2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu.

Ulasan:
Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang
dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada
lembu susu maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak
mungkin Ahmad minum lembu sedangkan hakikatnya Ahmad minum susu.
Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada susu lembu juga menimbulkan
kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin Ahmad memelihara susu,
sedangkan maksud yang tepat ialah Ahmad memelihara lembu.

Kekeliruan Hukum D-M
Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat
beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai
dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada
pemahaman masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap
frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara
ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama.
Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah;

Bil. Bentuk Yang Salah Bentuk Yang Betul
1. - lain-lain hal - hal-hal lain
2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain
3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain
4. - lain-lain kata - kata-kata lain
5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng
6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin
7. - tomato sos - sos tomato
8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci
9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan
10. - petrolium gas - gas petrolium

Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari
segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (Diterangkan) terletak di
belakang unsur yang Menerangkan. Semua bentuk di atas merupakan
terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris.


TEMA POPULAR KARANGAN

1. Semangat Kejiranan- Langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

2. Gaya hidup sihat- Peranan ibu bapa dalam menyemai amalan gaya hidup sihat
terhadap anak-anak.

3. Displin- Peranan ibu bapa dalam memupuk disiplin anak-anak.

4. Hubungan kasih sayang- Peranan keluarga dalam memupuk rasa sayang dalam
keluarga.

5. Riadah dan rekreasi- Kebaikan aktiviti riadah dan rekreasi terhadap kita.

6.Kes kehilangan kanak-kanak- Punca dan langkah mengatasi gejala kehilangan
kanak-kanak., Atau peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung
gejala ini.

7. Bangunan bersejarah- Kepentingan menjaga dan memulihara bangunan bersejarah
di negara kita.

8. Gejala sosial@Lumba haram. Langkah mengatasi lumba haram dalam kalangan
remaja.

9. Polisi sekolah selamat- Usaha-usaha pihak sekolah dalam melahirkan sekolah
selamat.

10. Jenayah antarabangsa- Kerjasama negara serantau dan dunia dalam memerangi
jenayah antarabangsa.

11. Tabungan- Faedah menabung terhadap diri kita.

12. Pelancongan- Inap desa- langkah-langkah memajukan industri pelancongan inap
desa di negara kita.

13. Pengangkutan awam - Langkah memperkasa pengangkutan awam ATAU
Kepentingan pengangkutan awam ATAU Kepentingan berkongsi kenderaan.

14. Membaca- Cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

15. Alat komunikasi- Kesan terhadap remaja.

16. Perpaduan kaum - Peranan keluarga dalam meningkatkan perpaduan kaum ATAU
Usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

17. Industri kraftangan- langkah-langkah memperkasa industri kraftangan di negara
kita.

18. Rancangan Program Realiti - Punca remaja gemarkan program realiti ATAU Kesan
program realiti TV kepada masyarakat terutama remaja.

Anda mungkin juga menyukai