Anda di halaman 1dari 2

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Membina ayat

Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
P & P peringkat awal didahului dengan membincangkan maksud perkataan yang
diuji.
Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang (memadai 7 12
perkataan sahaja).
Melatih pelajar membina 2 ayat bagi perkataan berpasangan.
Perbanyak latihan menggunakan perkataan yang agak sukar dan agak
mengelirukan.
Pembetulan segera (lisan / perbincangan di dalam kelas) terutama berkaitan
dengan kesalahan ejaan dan struktur ayat supaya tidak berulang.
Pendedahan perkataan-perkataan melalui pengajaran, pertandingan silang kata,
carta perbendaharaan kata, dan sebagainya.
Rencamkan latihan membina ayat di dalam kelas.
Kenal pasti jenis penggolongan kata bagi kata dasar.
Kenal pasti cara membina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif
(menggunakan ganti nama diri pertama atau kedua).
Kenal pasti cara membina ayat dalam bentuk cakap ajuk/ ayat perintah
(suruhan: Tolong, Sila...,/ larangan: Jangan)

Soalan bahagian ini merangkumi ;
o Kata dasar dan kata terbitan
o Kata banyak makna
o Kata yang hampir sama makna
o Kata nama
o Kata kerja
o Kata adjektif
o Kata ganda
o Kata tugas
o Kata terbitan/pasangan kata terbitan
o Pasangan kata homograf
o Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
o Pasangan kata ganda dan kata majmuk
o Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
o Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
o Pasangan kata dasar dan kata majmuk
o Pasangan kata homofon
o Kata pinjaman bahasa Melayu
o Kata tunggal
o Kata terbitan
o Kata majmuk


Menggabung ayat
Melatih pelajar menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan
soalan.
Melatih pelajar mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
Mendedahkan kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang
sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.)
Jangan tinggalkan isi penting.

Cakap ajuk cakap pindah
Membimbing pelajar menggunakan pelbagai penyataan perasaan dan ragam
ayat ketika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah (contohnya;
menerangkan, menjelaskan, ingin tahu).
Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri ketiga saja dalam cakap
pindah
Struktur frasa kerja pasif diri ketiga perlu difahami oleh pelajar.
Melatih pelajar menukarkan perbualan kepada laporan.
Menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara cakap pindah dengan laporan.
Memastikan pelajar menggunakan teknik dialog/ temu bual ketika menukarkan
cakap pindah kepada cakap ajuk.
Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri pertama dan kedua sahaja
dalam cakap ajuk.
Struktur frasa kerja pasif diri pertama dan kedua perlu difahami oleh pelajar.
Kenal pasti jumlah isi dalam petikan.
Pastikan isi ditulis mengikut urutan.
Ayat yang ditulis mesti gramatis.

Ayat susunan biasa/ ayat songsang
Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat
Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur
predikat dikedepankan.

Ayat aktif / ayat pasif
Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN....,
meN....i,dan meN....kan.
Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di...., di...i,
di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.





Mengesan kesalahan dalam ayat
Mendedahkan pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar
dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
Pelajar mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat
yang berkenaan. Jika tidak, umumnya kesalahan yang sama akan berulang.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
kesalahan.
Guru dan pelajar menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas
berhubung dengan hukum tatabahasa.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
kesalahan dalam ayat.
Pelajar mesti mempunyai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa,
bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam
masyarakat.

Memberi imbuhan
Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang
diimbuhkan.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.
Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat.
Mengenal pasti golongan perkataan.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.

Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk
bahasa Melayu yang lengkap.
Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang
sesuai dalam bahasa Melayu baku.
Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat
songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran
yang asal.

Peribahasa
Pelajar perlu menguasai maksud peribahasa.
(termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan,
pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
Pelajar perlu dilatih mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang
gramatis.
Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks.
Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk peribahasa.
Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan
penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:
o membina ayat berdasarkan peribahasa
o menyatakan maksud peribahasa
o Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
o Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
o Menyatakan peribahasa yang sama maksud
o Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai


KATA GANTI DIRI
Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan sebagai ganti nama manusia.

Kata "kami" bererti saya dengan dia apabila bercakap dengan orang kedua "kita"
bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap
disertakan.

Contoh:
"Kami tidak harus mengalah sebelum pertandingan bermula,"kata Jalil kepada
Ismail. (salah)
"Kita tidak harus mengalah sebelum pertandingan bermula," kata Jalil kepada
Ismail. (betul)

Kata "dia", "ia" dan "mereka" TIDAK BOLEH digunakan untuk bnatang atau
tempat.

Contoh:
Monyet itu jinak. Ia melompat kegirangan. (salah)
Moyet itu jinak. Monyet itu melompat kegirangan. (betul)

Kata "beliau" TIDAK BOLEH digunakan untuk binatang atau orang yang tidak
dihirmati.

Contoh:
Beliau ditangkap oleh polis kerana membunuh. (salah)
Dia atau ia ditangkap oleh polis kerana membunuh. (betul)

Kata "ianya" TIDAK BOLEH digunakan sama sekali.

Contoh:
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Amerika. (salah)
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Amerika. (betul)

Anda mungkin juga menyukai