Anda di halaman 1dari 2

Tatabahasa

Contoh menukarkan cakap ajuk menjadi cakap pindah

Tukarkan semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.
Aku cuma cakap saja. Kalau kau tak nak ikut, suka hati kaulah, kata Kassim.
Aku tahu Sim. Bukan aku tak nak ikut cakap kau , tetapi cadangan kau tu tak masuk akallah. Aku takut kalau
aku ikut cakap kau, kita dua-dua sudah nanti, tokok Jamal.
Kalau gitu, cuba kau pula cakap apa cara kita nak selesaikan hal itu, kata Kassim dengan suara yang
ditinggikan sedikit.
Aku rasa lebih baik kita terus terang saja pada Cikgu Farid, kata Jamal.
Jawapan
Kassim mengatakan bahasa dia hanya menyampaikan pandangannya sahaja. Terpulang kepada Jamal
sama ada hendak mengikutnya atau tidak. Jamal mengatakan bahawa dia faham maksud Kassim dan bukannya
tidak mahu mendengar kata-katanya. Namun begitu, dia berpendapat bahawa cadangan Kassim itu tidak dapat
diterima akal. Dia juga berpendapat sekiranya dia mengikut kata-kata Kassim, kedua-dua mereka pasti akan
ditimpa kesusahan. Seterusnya dengan nada meninggi Kassim bertanya cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah itu. Akhirnya Jamal menjelaskan bahawa lebih baik sekiranya mereka berterus-terang kepada Cikgu
Farid.
Latihan

Soalan 1
Susah saya nak percaya yang anak saya buat macam tu cikgu. Setahu saya, budak Salim tu tak berani buat
benda-benda macam tu, kata Pak Manaf dengan nada kesal.
Pak Cik jangan susah hati. Dia memang budak yang baik. Hanya kali ini saja dia buat macam tu. Itu pun
bukan dia yang mula gaduh. Tapi kawannya yang selalu sangat mengacaunya, kali ini dia naik darah. Kata
Cikgu Ramli dengan sabar.
Baiklah cikgu. Terima kasih kerana beritahu saya hal ini, kata Pak Manaf.
Soalan 2
Elok , kau siapkan kerja tu sekarang juga, kata Pak Zahir.
Nantilah ayah. Lepas balik nanti saya siapkan. Nanti kalau lambat, dia orang dah mula main, nanti saya tak
ada pasukan, rayu Osman.
Kalau nak sangat main bola, apasal tak siapkan kerja rumah kau tengah hari tadi? soal Pak Zahir.
Man..Man tengok kartun ayah, jawab OSman.
Kalau gitu, hari ini tak payah main bola! Buat kerja kau sekarang, sergah Pak Zahir.

Anda mungkin juga menyukai