Anda di halaman 1dari 14

Kasih Tak Terucap

D ia mempercepatkan langkahnya.

Dia tahu dia sudah terlewat. Dia tahu dia akan dimarahi Cikgu Mastura sebaik
sahaja melangkah kaki ke bilik darjah. Namun perkara itu tidak penting baginya .
Lebih rela dia dimarahi dan didenda oleh Cikgu Mastura dari berada dalam rumah
neraka itu.

Dia tercunggap-cunggap mencari nafas sambil mengetuk pintu.

"Hah.... Baru sampai? Awak dah ketinggalan bas lagi!",tengking Cikgu Mastura
diikuti dengan derai tawa kawan sedarjahnya.

Malu,. Malu bila ditertawakan begitu oleh kawan-kawannya. Memang... Memang


selalu sahaja begitu.
Telinganya sengaja dipekakkan.. Sudah lali rasanya dia diperlekehkan kawan-
kawannya. Dia tidak peduli. Berada di sekolah lebih baik daripada berada di rumah
jahanam itu.

" Awak tak dengar ke saya panggil?", herdik Cikgu Mastura lagi. Dia sudah bosan
dengan perangai Sham.

Sham bukan setakat selalu datang ke sekolah lambat, kerja rumah pun sering tidak
terbuat. Cikgu Mastura merenung anak muridnya yang mendapat gelaran "bujat" ini
dari kawan-kawannya.Bujat dalam bahasa daerahnya dimaksudkan dengan nakal.
Pakaiannya tidak seperti mereka yang lain. Hairannya abang dan kakak dia sentiasa
kemas bila ke sekolah. Bila ditanya kenapa, Sham tidak pernah menjawab.Abang
dan kakaknya pula mengatakan yang Sham memang macam tu...pengotor.

Sham hanya menunduk. Matanya hanya tertumpu kepada kasut yang sudah
lusuh dan berlubang.

"Tengok muka saya bila saya bercakap dengan awak!"


Perlahan Sham mengangkat mukanya, memandang tepat kearah Cikgu
Mastura.

"Kasihanilah aku...", pinta Sham dalam hati. Tangan jari jemari yang halus itu cuba
menebat lukanyanya daripada diihat oleh Cikgu Mastura.

"Ya Allah Sham!.Kenapa pula dengan muka kamu tu?", terperanjat Cikgu Mastura
sebaik sahaja terpandang wajah Sham. Terlihat luka yang melintang dari dahi
hingga ke mata kanan Sham. Masih baru nampaknya.

Perlukah aku berterus-terang? Patutkah aku cerita apa yang benar?. Tidak, tidak, ini
semua salahku. Aku yang nakal. Aku yang jahat, jerit Sham dalam hati.

"Saya...saya jatuh tangga Cikgu"jawabnya tergagap-gagap.


"Jatuh tangga? Mustahil, takkan jatuh tangga boleh luka memanjang macam ni?",
rasa kesian pada anak muridnya timbul serta-merta.

"Be.. betul... saya ....saya jatuh tangga.....", Sham menundukkan semula kepalanya.
Tidak sanggup dia menentang sepasang mata insan yang dia muliakan itu.
"Tak apalah. mari ikut saya. Murid-murid lain buat kerja yang saya bagi tadi. ",
perintah Cikgu Mastura.

Dia lalu membawa Sham ke bilik guru dan membersihkan luka anak muridnya itu.
Lukanya dalam.

Cikgu Mastura merenung anak muridnya. Kendatipun Sham nakal namun dia
tidak pernah membantah cakap guru-guru di situ. Walaupun Sham sering
tidak membuat kerja sekolah namun setiap kali peperiksaan, Sham akan
lulus. Malah lebih baik dari yang lain. Apa sebenarnya masalah Sham? Kenapa
begitu berbeza dia dari kakak dan abangnya? Jutaan persoalan menyerbu benak
Cikgu Mastura.

"Sham...Cikgu nak tanya sikit boleh?"


"Tanya apa Cikgu?"
"Sham ada masalah ke di rumah?"
"Tak ada apa-apa Cikgu...semua okay..".Cikgu Mastura merenung muridnya lagi.
Perlahan-lahan dia membelek tangan dan kaki Sham. Ternyata banyak kesan luka
dan lebam. Marahnya beransur bertukar simpati melihat tubuh anak kecil ini.

"Jangan takut Sham...Cikgu nak tolong Sham. Walaupun Cikgu selalu marah,
sebenarnya cikgu sayang Sham."
Sham memandang wajah redup Cikgu Mastura. Sayang? Sudah lama dia tidak
mendengar perkataan itu. Butiran permata jernih mula jatuh tergenang di anak
matanya yang bulat itu. .Perkataan itu membuatkannya hiba.

"Kenapa Sham? Ceritalah, Cikgu sedia mendengar. Cikgu nak tolong Sham. Kalau
boleh, Cikgu nak jadi kawan Sham..", pukuk Cikgu Mastura dengan lembut. Kalaulah
keluarganya boleh berbuat demikian sepertimana dulu, tentu Sham akan menjadi
manusia paling gembira sekarang. Keluhuran cikgu Mastura menyebabkan Sham
menjadi serba salah.

" Janji cikgu tak ceritakan pada orang lainkan.? Janji cuma kita sahaja yang tahu!",
desak Sham. Tidak sanggup dia bayangkan bahana yang akan menimpanya kelak
andai rahsianya terbongkar.

Cikgu Mastura mengganguk dan memberikan senyuman.


"Sebenarnya saya tak jatuh. Mama...mama baling tin pada saya. Tapi itu bukan
salah mama. Saya yang jahat, saya yang nakal"

"Apa Sham dah buat?"


"Sham tak habiskan kerja rumah dalam masa 20 minit seperti mama suruh."
"Kerja rumah? kerja sekolah yang cikgu beri tu ke?"
"Bukan...bukan !Kerja rumahlah. Cuci piring, sapu, mop, cuci bilik air....."
Cikgu Mastura terpempan. Mana mungkin anak sekecil ini di suruh membuat kerja-
kerja sebegitu? Mengapa seorang ibu boleh bertindak demikian?

"Selalu ke Mama suruh buat macam tu?"


"Hari-hari. Sebab tulah Sham selalu datang lambat"
Cikgu Mastura mendengar tekun.
Sham pula bagai orang mengantuk disurungkan bantal. Habis diceritakan pada
Cikgu Mastura tentang deritanya selama ini. Alas tidurnya hanyalah beralaskan
sehelai tikar nipis di bilik stor. Sham hanya dibenarkan makan kalau mamanya
berpuas hati dengan kerjanya ataupun Sham boleh menghabiskan kerjanya tepat
pada jangka waktu yang diberi. Itupun sekadar sisa makanan abang dan kakaknya
dan cuma sehari sekali. Putih, Kucing belaan mamanya rasanya lebih beruntung dari
dirinya.
Minggu lalu, setelah mamanya diberitahu oleh guru disiplin tentang perangainya
yang suka mencuri makanan di sekolah, Sham dipaksa memuntahkan isi perutnya.
Bila Sham gagal, ibunya memaksa dia menelan "Klorin" kononnya untuk
membersihkan makanan haram yang dimakannya.

Semenjak itu Sham serik. Lebih baik berlapar dari disuruh menelan benda tu.
Sakitnya bukan kepalang. Semalaman dia meringkuk menahan kesakitan di
perutnya. Dan malam itu, Sham tidur dengan linangan airmata. Pernah Sham cuba
lari dari rumah neraka itu tetapi entah kenapa, belum jauh dia berlari, Sham sudah
berpatah balik. Takut! Mungkin itulah sebab utamanya. Dia takut dibelasah lagi kalau
tertangkap. Airmata mula tergenang di anak mata Cikgu Mastura. Tidak pernah
terlintas dihatinya akan penderitaaan Sham.

"Tapi kenapa Sham? Kenapa ibu Sham buat macam tu"


"Sebab kata mama, pasal Shamlah papa cari perempuan lain. Pasal Shamlah papa
pergi tinggalkan rumah. Sham nakal, Sham selalu susahkan mama. Abang dan
kakak tak macam Sham".

"Mama Sham kata macam tu pada Sham?"

Sham hanya mengangguk bila disoal begitu. Kesian, anak ini menjadi mangsa
kekalutan fikiran mamanya kerana benci akan perbuatan suaminya. Budak ini harus
di selamatkan, fikir Cikgu Mastura.

"Sham tunggu di sini ya! Ni makan coklat ni, nanti cikgu datang balik ok,". Sham
tidak menjawab. Dia lebih tertarik kepada sebungkus coklat yang dihulur Cikgu
Mastura. Sudah lama dia tidak merasa makanan sesedap itu.
Sebentar kemudian Cikgu Mastura kembali bersama Cikgu Morshid, Guru Besar
sekolah itu. Sham cemas. Kenapa Cikgu Mastura bawa Cikgu Morshid? Cikgu
Masturakan dah janji tak akan beritahu sesiapa pun!

"Sham Cikgu nak tengok luka Sham. Jangan takut, Cikgu pun nak tolong Sham".
Sham kaku. Habislah aku kali ini. Matilah aku. Lepas ini pasti satu panggillan telefon
akan singgah ke telinga mama. Mama mesti pukul aku sampai mati, jerit Sham
dalam hati. Setelah membelek luka Sham dan kesan-kesan luka dan lebam di badan
Sham, Cikgu Morshid hanya mengeleng kepala.

"Biar saya yang uruskan......awak temankan dia di sini..", bisik Cikgu Morshid pada
Cikgu Mastura.

"Cikgu... Cikgu janji tidak beritahu orang lain tadikan. Ini rahsia kita....," ujar Sham
dalam tangis. Airmatanya sudah tidak bias bertahan. Melihat Sham menangis,
Airmatanya mengalir juga.

"Sham....Cikgu nak tolong Sham...Cikgu nak lepaskan Sham dari siksa ni...", pujuk
Cikgu Mastura.
"Tidak...Cikgu tak faham...cikgu tak faham! Nanti kalau mama tahu saya akan di
denda...saya tak mahu cikgu...saya tak mahu..Lagi pun saya yang nakal, saya yang
jahat. Kalau tak kerana saya papa tak pergi", esakan Sham makin menjadi.
Wajahnya yang ceria mengunyah coklat sebentar tadi, bertukar menjadi pucat.
Ketakutan jelas terserlah di wajahnya.

"Tidak ....Sham tak nakal. Bukan sebab Sham papa pergi. Cikgu janji, Sham tak
akan pulang ke rumah itu lagi. Cikgu akan pastikan Sham di bawa jauh dari rumah
itu."

Badan Sham yang kecil dirangkul erat oleh Cikgu Mastura dengan penuh kasih
sayang.

Hiba benar hatinya mendengar tangisan Sham. Walau apa pun terjadi, dia
akan mempertahankan hak anak ini. Setengah jam kemudian, Cikgu Morshid
muncul bersama seorang wanita berbadan gempal.

"Mastura....ini Cik Nadia dari Jabatan Kebajikan.", Perlahan Cikgu Mastura


melepaskan pelukannya. Wajah Sham di renung penuh simpati. Airmata Sham,
dikeringkan dengan tangannya sendiri.

"Sham...ini Kak Nadia. Dia akan jaga Sham. Dia akan pastikan Sham selamat.
Sham jangan takut ya?"
"Tak nak, Sham tak nak. Sham takut!"
"Sham jangan takut. Cikgu sendiri yang akan pastikan Sham selamat..",Cikgu
Mastura mengusap rambut Sham yang memang sudah sedia kusut. Menyesal dia
kerana tidak dari dulu membantu muridnya ini.

"Ini....Sham bawalah bersama.", Cikgu Suria menghulurkan bungkusan coklat


tadi.
"Nanti Cikgu datang tengok Sham Okey? Cikgu janji Cikgu akan tolong
Sham", pujuknya lagi.

Inilah jalan yang terbaik buat Sham, fikir Cikgu Mastura. Tangan halus
Sham dipimpinnya hingga ke sebuah van yang sudah menunggu. Cikgu Mastura
kaku disitu sehinggalah van itu hilang dari pandangannya. Cikgu Mastura menyeka
airmatanya, teringat akan sesuatu yang harus dia lakukan. Bingkas dia menuju ke
mejanya, mencapai daftar nama murid dan mendial nombor rumah Sham.

"Hello....", terdengar suara wanita yang agak garau di hujung


telefon.
"Ini, Puan Farhana ke, ibu Sham?", tanya Cikgu Mastura.
"Ya...siapa ni?"
"Tak perlu tanya. Saya telefon ini untuk memberitahu Puan yang
Sham tidak akan pulang ke rumah puan buat selamanya....!", pantas tangan
Cikgu Mastura meletakkan ganggang telefon. Puas hatinya.

Farhana mendengus. Siapa pulak yang berani menemplaknya sebentar tadi?


Memang tak sayang mulut betul! Kalaulah orang itu berada di depan matanya
memang diganyangnya cukup-cukup. Sham...budak celaka tu lagi. Tak habis-habis
menyusahkan. Memang nak kena budak tu. Nantilah dia siap aku kerjakan, fikir
Farhana. Tapi kalau benar kata si pemanggil yang Sham tak balik, macam mana?
Tak ada orang pulak yang boleh di suruh buat itu ini...Ah persetanlah dengan budak
tu. Memang pun dia benci memandang wajah Sham yang hampir seratus peratus
menyerupai wajah suaminya. Farhana termenung. Kenapa Sham yang jadi
mangsanya selama ini, bukan Syukur anak sulungnya atau Shima anak
perempuannya?

Seingatnya ini semua bermula 4 tahun lalu ketika Sham berumur 7 tahun.
Masih jelas diingatannya malam penuh tragik itu. Johari, lelaki yang menjadi
sanjungan hatinya ditemui berasmara dengan kekasihnya dikamar beradu mereka
sendiri !. Bayangkanlah betapa kecewanya dia bila diberitahu yang hubungan
Johari dan Jamilah, perempuan jalang yang ingin dia dinikahi itu sudah berjalan
hampir enam tahun malah semenjak Sham masih dalam kandungannya lagi.
Perempuan itu sudahpun hamilkan anak Johari, sebab itulah Johari perlu
menikahinya. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya ketika itu.

Sungguh tidak terduga, pergorbanannya selama ini sia-sia belaka. Farhana


sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya kerana cinta. Cinta. Ya, Cinta!
Dia sanggup melukakan hati orang-tuanya kerana Cinta. Tapi inikah balasan
Johari padanya? Dia diduakan dalam diam.

"Hei aku tanya....kau nampak budak tu tak?", herdik Farhana.


"Tadi...Syukur nampak...Sham....", tergagap-gagap Syukur cuba
menghabiskan kata-katanya.

"Apa hal ni? Apa kena dengan kau Syukur...cuba cakap betul-betul!",
tengking Farhana lagi.Syukur memandang Shima.

"Sham kena bawa dalam van jabatan kebajikan....", tergopoh Syukur


menghabiskan ayat itu.
"Apa? Kenapa kau orang tak cakap dengan mama?",sambil satu tamparan hinggap
ke pipinya.

"Kau pun sama..kenapa tak beritahu mama!", marahnya pada Shima pula.
Pap ! singgah juga ke pipi Shima. Adillah, seorang dapat seorang satu.

"Menyusahkan !" Farhana naik radang.


Air mata mula membasahi pipi mereka. Menjawab maknanya mencari nahas. Lebih
baik berdiam dan membiarkankan mama melepaskan geramnya. Mereka sudah
banyak belajar dari penderitaan Sham. Mereka tahu taktik Sham mendiamkan diri
boleh meredakan kemarahan Farhana. Tanpa Sham di rumah, apakah mereka pula
yang jadi mangsanya?

Dalam kekalutan dan keriuhan mulut Farhana, tiba-tiba terdengar ketukan pintu yang
amat kuat. Dia terpanar. Syukur dan Shimah masih kaku di tempat mereka berdiri.
Mereka hanya boleh menangis menahan kesakitan. Ketukan pintu bertambah kuat.

"Polis...tolong buka pintu...", kedengaran suara dari luar.


Farhana terduduk. Apa dah jadi?, bisiknya sendiri. Melihat mamanya diam terduduk,
Syukur berlari membuka pintu. Sungguh dia tidak mahu tersiksa seperti Sham. Dua
orang pegawai polis, seorang lelaki dan seorang wanita melangkah masuk ke ruang
tamu.

"Awak Puan Farhana Syarfilam?", tanya pegawai polis lelaki itu.


Farhana hanya mampu mengangguk.

"Puan, kami ada waran untuk menangkap puan kerana disyaki mendera
anak puan, Shamsuri Johari. Tolong ikut kami ke balai..!"

Farhana kecut seakan tidak percaya. Tidak ! Ini semua salah faham. Dia sayang
semua anak-anaknya termasuk Sham. Dia yang melahirkan mereka. Mana mungkin
dia tidak sayangkan mereka? Dalam kekagetan, Farhana hanya menuruti pengawai
polis wanita itu ke kereta polis. Dikejauhan dia hanya mampu melihat Syukur dan
Shima diiring masuk ke sebuah van jabatan kebajikan. Air jernih mula mengalir di
pipinya. Inikah pula kesudahannya?
Sham hanya menunduk bila Farhana dibawa ke kandang orang bersalah. Demi
Tuhan, rasa takut terhadap Farhana masih menebal di hatinya. Dia pasti ketika ini
Farhana memandang tajam terhadapnya dengan senyuman penuh sinis. Dia pasti
akan kalah dengan tenungan begitu. Sham terasa tangannya diramas perlahan oleh
Kak Nadia, pengawai sosial yang bertanggungjawab ke atas kesnya. Dia menoleh
dan membalas senyuman Kak Nadia dengan senyuman yang dibuat-buat. Di saat
itu, berdepan dengan Farhana, mana mungkin dia dapat tersenyum dengan
sempurna.

"Masa keputusan dah tiba..", bisik Cik Nadia. Mata Sham beralih kepada tuan hakim
yang sibuk membelek kertas-kertas di hadapannya. Lelaki tua itu mengerutkan
dahinya.

"Baiklah....setelah ditimbangkan semua hujah-hujah dan diamati bukti-bukti yang


ada, mahkamah mengambil keputusan...", tuan hakim berhenti sebentar
membetulkan tempat duduknya. Seteguk liur masuk ke dalam kerongkongnya. .
Gengaman tangan Cik Nadia semakin kuat.

"Shamsuri Johari...awak akan dikembalikan kepada penjagaan ibu awak, Farhana


Syarfilam...", gema suara tuan hakim mememecah kesunyian. Sham memandang
tuan hakim, memandang Cik Nadia yang kaku. Mata Sham beralih kepada Farhana.
Wanita itu merenung tepat ke arahnya dan senyum lebar.

"Kau kalah Sham, akanku pastikan kau menderita, “


"TIDAK !!!!!!!!!", pekik Sham.

Peluh membasahi dahi dan badan Sham. Dia merenung sekeliling. Bukan, dia bukan
berada di bilik mahkamah saat ini. Dia sedang berbaring di atas sofa di tempat dia
bertugas, Hospital Besar Sarawak.

"Astaghfirullahal azim...", Sham beristighfar. Dia tertidur rupanya. Sham mengeluh.


Sayugia, dia bermimpi lagi. Walaupun dia tidak pernah bertemu Farhana lagi
selepas mahkamah memutuskan untuk menjatuh hukuman penjara tiga tahun ke
atasnya, namun trauma yang terpahat di hati dan jiwa nurani sering juga terbawa ke
alam mimpi. Begitulah kuatnya pengaruh Farhana terhadap dirinya. Sham termangu.
Fikirannya melayang jauh ke Rumah Bakti Darul Istiqamah. Di situlah anak-anak
yang terbuang dan senasib dengannya di besarkan. Kalau abang dan kakaknya
memilih untuk tinggal bersama papa mereka, Sham lebih rela ditempatkan di Darul
Istiqamah. Mana mungkin dia boleh tinggal dengan papanya yang telah
meninggalkannya untuk disiksa oleh mamanya. Bukannya Sham pendendam, tetapi
hatinya yang terluka teruk dan tidak terfikir dapat terubat jikalau melihat papanya di
depan mata saban hari.

Di Darul Istiqamah, Sham belajar segala-galanya. Dia mula mengutip harga dirinya
yang telah lama dirobek oleh Farhana. Seakan mati hidup semula. Cikgu Mastura,
wanita itulah yang menyelamatkannya. Dia tidak jemu-jemu melawat Sham di Darul
Istiqamah, walaupun dalam keadaan sarat mengandungkan anaknya yang pertama.
Beruntunglah anak-anaknya akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Sedangkan Sham yang bukan darah dagingnya begitu bersungguh-sungguh dia
memberi dorongan, apatah lagi zuriatnya sendiri, fikir Sham.

Angelina Simai mengomel sendirian sambil membelek-belek helaian fail pesakit.

"Dah lama ke penyakitnya ni?"


"Dah dekat 15 tahun Sham. Asalnya dia ni dulu di penjara. Entah apa jadi dekat
penjara tu dia semakin lama semakin suka cakap sendiri. Menyanyilah,menangislah.
Tu yang dia orang hantar sini. Bila dia dah okey sikit, dia dihantar ke rumah
kebajikan sebab dalam failnya tercatit tiada waris. Itulah, empat lima bulan sekali,
mesti jumpa dia kat sini. Orang-orang kat rumah kebajikan kadang-kadang tak tahan
dengan kerenahnya. Kalau dah datang angin, habis dipukul semua orang di
depannya.", ngomel Simai.

"Masuk penjara?" Kenapa?", tanya Sham.


"dera anak..", jawab Simai pendek, hampir berbisik. Sham mengerutkan dahi.
"Habis. Anak dia tak datang cari ke?"

"Pihak hospital dah cuba hubungi anak-anaknya dan suaminya. Mereka tak
mahu terima dia balik. Lepas tu dia orang pindah, tak tahu pergi mana. Tak silap,
ada satu lagi anaknya yang didera tu. Tapi kami dah malas nak cari. Sedangkan
anak yang di pelihara tidak mahu terima dia balik, inikan anak yang dia seksa."

Berdegup jantung Sham.


"Boleh I tengok fail ni?", pinta Sham.Simai hanya mengangguk.

Perlahan Sham membuka fail di depannya. Sham tergamam sebaik sahaja melihat
nama pesakit yang tertera diatas.

"Farhana Syarfilam...", bisiknya sendiri.Mengeletar tangan Sham menyelak satu-


persatu catatan di dalam fail itu. Hampir tidak percaya Sham setelah sekian lama,
nama itu masih menggugat keberaniannya.

"Tidak...aku tidak boleh membiarkan dia menghantui hidupku buat selamanya", jerit
Sham dalam hati.

"Simai, boleh you bawa I jumpa dia?"


"Nantilah..."
"No Simai. I would like to see her as in now, please", pinta Sham merayu.

Simai membesarkan mata memandang Sham. Wajah kacak Sham direnungnya.


Doktor muda yang baru ditugaskan di sini menjadi perbualan jururawat-jururawat
kerana kekacakannya, ternyata berperangai pelik. Sudah dua tiga kali dia perhatikan
Sham yang suka termenung dan berkhayal ini.

"Oklah!", akhirnya itu yang keluar dari mulut Simai, malas mahu bertanya lebih
lanjut.

Simai menunjukkan katil di mana Farhana ditempatkan. Dia kelihatan sedang lena.
Sham melangkah perlahan menuju ke arahnya.Semakin dekat, degupan jantungnya
semakin kencang. Tidak, dia tidak akan benarkan Farhana menguasai emosinya
lagi. Sudah cukup dia dihantui selama ini. Perempuan tua dengan rambut yang tidak
terurus di depannya ini dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Bajunya
berbutang senget dan terpecak dengan tumpahan cecair bewarna coklat. Bau hapak
menangkap hidung Sham.
Benarlah sebagaimana catatan dalam fail yang dibaca tadi,dia sudah 3 hari tidak
mandi. Tidak mahu disentuh langsung. Makanan pun tidak dijamah, apatah lagi ubat
walaupun dipaksa. Akhirnya dia dibiarkan sendirian.

Perempuan inikah yang harus aku takuti? Tanya Sham dalam hati.Tidak sama
sekali. Tuhan maha adil. Sebagaimana dia tersiksa, begitulah yang dirasakan
Farhana sekarang ini. Tapi walau apapun Farhana tetap ibu yang melahirkannya.
Tergamakkah dia membiarkan Farhana begini?

"Puan....", perlahan Sham mengerakkan Farhana. Simai hanya duduk memerhati


dari jauh.
Farhana membuka mata. Dalam samaran mencari wajah Sham, dia cuba bangkit
tetapi ternyata badannya lemah tidak bertenaga kerana tidak menjamah makanan
selama tiga hari.

"Jo...kau datang nak bunuh aku kan...", bebel Farhana perlahan. Wajah Sham yang
mirip Johari ketika waktu mudanya, mengundang emosinya. Sham hanya
mengelengkan kepala.

"Aku tahu aku dah lemah, sebab itu kau datang nak bunuh aku kan Jo...",bebel
Farhana lagi.
"Saya bukan Johari.......", bisik Sham.
"Jangan bohong...aku tahu kau datang nak bunuh aku sebab aku siksa Sham....
Dia anak kesayangan kau kan. Aku tahu aku salah, aku siksa Sham....dan kau
kemari sebab nak balas dendam kan?", Farhana mula meracau.

Simai yang jadi permerhati lantas bangun mendekati Sham. Bimbang dia Sham
diapa-apakan. Hasratnya mati di situ kerana Sham memberi isyarat tidak masuk
campur dahulu. Dia mahu tahu apa sebenarnya pergolakan dalam jiwa Farhana.

"Aku sayang Sham....aku sayang Sham. Aku cuma mahu siksa dia agar kau
balik bila lihat Sham kena siksa. Tapi kau tak balik juga. Kenapa kau tak balik?",
esakan Farhana semakin menjadi.
Hampir Sham menitis airmata mendengar perkataan sayang dari perempuan
yang bergelar mamanya ini. Sesalannya tidak terucap.

"Mana Sham? Aku nak minta maaf dengan dia...mana Sham?"


Perasaan kesian meruntun di hati Sham. Farhana diamuk rasa berdosa terhadap
Sham selama ini. Haruskah Sham terus mendiamkan diri?

"Ma....ini Sham mama. Ini Sham.bukan Johari...", tegasnya Sham perlahan.

Tangan Farhana di ciumnya. Simai disebelahnya hanya mampu membeliakkan


mata. Sungguh dia tidak menduga yang Sham adalah anak ketiga Farhana yang
menjadi misteri selama ini. Farhana melihat Sham mencium tangannya.

"Kau ke Sham...kau Sham...?", tanya Farhana bagai tidak percaya. Tangan Sham
dijadikan pautan dan dia duduk menghadap Sham.

"Betul ke kau Sham?", tanyanya lagi. Farhana mengusap wajah Sham.


"Ya mama, saya Sham, anak mama..."
"Sham....!", jerit Farhana dan merangkul tubuh Sham.
"Sham maafkan mama Sham...", tangisan Farhana memenuhi wad yang sunyi sepi.

Manik-manik permata yang Sham tahan-tahan tadi, gugur juga di pipinya. Simai
juga menitiskan airmata melihat drama di depannya. Farhana masih meraung
memanggil nama Sham. Sungguh tidak terduga, setelah sekian lama dia cuba
merisik khabar, akhirnya Sham di temui juga. Begegar badan Sham dengan tangisan
mamanya. Rasanya perasaan takut kepada wanita ini sudah hilang serta-merta.
Yang tinggal cuba perasaan hiba yang amat sangat.
Gegaran badan Farhana semakin menghilang. Suara tangisannya pun sudah reda.

Kenapa pula? Perlahan Sham meleraikan pelukannya. Matanya tertutup rapat.


Badannya lemah tidak bermaya. Farhana pengsankah?

"Ma...mama..", perlahan Sham mengerakkan tubuh Farhana. Tiada respon.


"Mama..mama?", panggil Sham sekali lagi.

Simai mendekati meletakkan jari ke leher Farhana. Kemudian tangannya beralih ke


pergelangan tangan Farhana.Perlahan dia menoleh pada Sham.

"Sham...dia dah tak ada...", tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut Simai.

Sham melepaskan tubuh Farhana perlahan. Wajah pucat yang tidak bernyawa
direnungnya penuh syahdu. Mamanya pergi bersama ketakutan yang tersemat di
hati sanubarinya selama ini. Pertemuan singkat ini amat bermakna. Telah lama dia
sudah memaafkan mamanya itu. Kiranya inilah suratan Tuhan, dia akan
menerimanya dengan tenang.Tuhan maha adil. Tuhan maha mengetahui.
Moga-moga roh mamanya di tempatkan bersama orang-orang yang Dia redai. Amin.

SEKIAN.....

Anda mungkin juga menyukai