Anda di halaman 1dari 3

Kisah Seorang Ibu dan Anak

Salam MUAFAKAT...salam SAYANGI MALAYSIA


Terima kasih peneraju acara, panel juri yang berintegriti serta warga dewan yang berkarisma.

Kisah Seorang Ibu dan Anak


yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.
 
Pada zaman dahulu, di sebuah kampung yang terpencil tinggal sebuah keluarga yang miskin. Di
dalam keluarga tersebut tinggal Mak Leha dan anak tunggalnya yang bernama Osman. Kehidupan
harian mereka bak kata pepatah “ kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.”

Kemiskinan keluarga menyebabkan Osman berasa sedih dan duka. Lebih-lebih lagi, ibu Osman
hanya memiliki satu mata. Setiap hari, ibunya berpakaian comot-momot mengumpulkan barangan
terpakai untuk mencari rezeki. Ini adalah sebuah hal yang memalukan. Dia membenci akan ibunya.
 
Pada suatu hari di sekolah, Osman teringat saat itu ketika ibunya datang. Dia berasa sangat malu
lalu melemparkan muka dengan rasa benci terhadap ibunya. Osman berlari ke arah lain.

Keesokan harinya di sekolah, Kawan-kawan Osman mengejeknya.


 
Osman berharap ibunya hilang dari dunia ini kerana ibunya sering dijadikan bahan tertawaan.
Osman tidak berfikir bahawa dia telah melukai perasaan ibunya BAGAI KACA TERHEMPAS BATU

Osman berhasrat akan meninggalkan ibu yang tetap dengan satu matanya buat selama-lamanya.

Osman terpaksa belajar dengan keras dan tekun bekerja untuk mencari wang bagi membiayai yuran
pelajarannya. Dia telah meninggalkan ibu lalu pergi ke Kuala Lumpur untuk belajar dan telah diterima
di Universiti Malaya dengan segala kepercayaan dirinya.

Setelah sekian lama berada di bandar raya, dengan berkat kerajinan Osman telah mendapat
segulung ijazah dan sudah bekerja di sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur.

Kini, Osman sudah kaya-raya dan sudah berkahwin. Hidupnya di sini sangat bahagia kerana ini
adalahlah tempat yang tidak mengingatkan ibunya.
 
Pada suatu hari, Osman terkejut dengan kedatangan seorang perempuan di rumahnya
Ini rasanya seperti seluruh langit sedang jatuh ke dirinya.
Anak perempuan Osman lari kerana ketakutan.
 
Osman terus bertanya kepadanya,
“Siapa anda? aku tidak mengenalmu!!”
“Mengapa engkau berani datang ke rumah saya dan menakuti anak saya!
Pergi … pergi dari sini sekarang juga!”
 
Perempuan tua itu menjawab dengan perlahan,
“Oh, maafkan saya.
Saya pasti salah alamat,”

Sebaik perempuan tua itu menghilang diri, Osman berterima kasih kepada Tuhan kerana ibunya tidak
mengenalinya. Dia cukup lega pada masa itu.
 
Selepas sebulan itu, sepucuk surat mengenai reunion sekolah datang ke rumah
Osman. Osman berbohong kepada isterinya dan mengatakan bahawa dia akan pergi berniaga di luar
negara buat sementara waktu ini. Setelah reunion itu, Osman pergi ke rumah lamanya dan telah
menemui ibunya terjatuh di tanah yang dingin.
Tetapi, Osman tidak menitiskan satu air mata sekalipun. Ibunya memegang sepotong kertas di
tangannya.. dan itu adalah surat untuk dirinya.

Anakku

Ibu berfikir hidupmu sudah cukup buat selama ini. Dan… ibu tidak akan mengunjungi Kuala
Lumpur lagi. Ibu sangat lega ketika mendengar berita kamu akan datang dalam reunion ini. Ibu
sangat merindukanmu.

Tahukah kamu, ketika kamu masih kecil, kamu terlibat dalam satu kemalangan dan kehilangan satu
matamu. Ibu tidak tahan melihatmu hidup dengan satu mata. Maka ibu memberikanmu mata ibu. Ibu
sangat bangga kepada anakku yang dapat melihat dunia yang baharu untuk ibu, menggantikan ibu
dengan mata itu.
Ibu sangat merindukanmu. Ibu mencintaimu. Kamu adalah duniabu.
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Wahai kawan-kawan, adakah kamu semua teringat lagu ini ketika masih kecil lagi.
Sebagai anak, kita mesti menghormati ibu bapa yang membela kita sehingga dewasa. Oleh itu,
janganlah bersikap bagai kacang lupakan kulit terhadap ibu bapa apabila kita sudah dewasa.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai