Anda di halaman 1dari 3

NAMA PESERTA : NUR ALISYA FATINI BINTI MOHD RAZIF

TAHUN : 3 IBNU KHALDUN

SEKOLAH : SK TAMAN MUHIBBAH

NO K/P : 110105-01-0668

“Kisah Ibu Bermata Satu”

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Kisah ibu bermata satu”

Yang terlena sedar-sedarkan, yang tersedar dengar-dengarkan, yang terdengar fikir-


fikirkan, dengarkan ya kawan-kawan.

Di sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak
perempuan yang bernama Aishah. Pada suatu hari, satu kemalangan telah berlaku,
dan meragut nyawa suaminya.

Bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah hilang tempat bergantung, si ibu pula hilang
sebelah mata. Si ibu menguatkan semangat mencari rezeki untuk membesarkan
anaknya. Masa terus berlalu, Aishah semakin besar dan telah ke sekolah. Pada suatu
hari, si ibu datang ke sekolah Aishah.

“Mengapalah dia datang?” bisik hati Aishah.

Aishah tidak mempedulikan ibunya, malah dia terus melarikan diri. Kawan-kawannya
pula mengejeknya.

“Eee, ibumu hanya punya satu mata. Takutnya.”

Aishah berasa sangat malu dengan kata-kata itu. Pulang sahaja dari sekolah, Aishah
terus memarahi ibunya.
“Jika kamu hanya menjadikan saya bahan ejekan, mengapa kamu tidak mati saja?”
Memalukan! Herdik Aishah dengan perasaan yang amat marah dan penuh kebencian.

Ibunya hanya mendiamkan diri. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tergamak
berkata begitu kepada ibunya. Semenjak hari itu, Aishah berazam akan belajar
bersungguh-sungguh. Dia ingin segera pergi dari rumah itu.

Ya kawan-kawan.

Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Berkat
ketekunan dan keazaman yang kuat, akhirnya Aishah telah dipilih sebagai pelajar
terbaik di sekolahnya. Dia juga telah berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Setelah bertahun lama, Aishah telah berkerjaya dan mendirikan rumah tangga. Aishah
telah riak dengan kehidupan dan melupakan ibunya.

Pada suatu hari, ibu Aishah telah datang ke rumah untuk melawatnya. Namun, tanpa
belas kasihan, Aishah telah menghalau ibunya kerana kehadirannya telah menakutkan
anaknya.

“Hei, perempuan tua! Mengapa kau datang ke sini? Aku tidak ada ibu sepertimu. Pergi!
Pergi dari sini!

Dengan rasa sedih, ibunya berkata dengan suara perlahan.

Maafkan saya, anak. Mungkin saya salah alamat. Terus pergi meninggalkan rumah
Aishah.

Setengah tahun kemudian, Aishah menerima sepucuk surat yang dihantar oleh jirannya
di kampung. Dalam surat itu kiranya telah memberitahu bahawa ibunya telah meninggal
dunia dan mengangkatkan sepucuk surat dari ibunya. Aishah membaca surat itu.

“Anakku tersayang, ibu merinduimu setiap hari. Dan ibu meminta maaf kerana
membuat anakmu takut ketika datang menemuimu hari itu. Ibu sangat bahagia dapat
melihat anakmu walau sekelip mata. Anakmu sangat comel. Anakku, ibu juga meminta
maaf kerana membuat kamu malu sewaktu kecil sehinggalah kamu besar. Kamu tahu
nak, masa kamu kecil, kamu telah mengalami kemalangan dan kehilangan sebelah
matamu. Ibu tidak mahu kamu membesar hanya dengan satu mata, dan ibu
memberikan satu mata ibu untukmu. Sebab tu ibu satu mata.

Seperti petir menyambar, Aishah memeluk surat ibunya. Aishah menangis buat
pertama kalinya. Seluruh tubuh mengeletar, rasa menyesal hadir umpama gunung
dipanah halilintar.

“Kasihnya ibu tulus tercatit,

Seperti rasul taatnya pada ilahi,

Ikhlas suci kekal dan abadi,

Kasih tak dapat ditukar ganti,

Wahai kawan-kawan, janganlah sakiti ibu. Sayangilah ibu selagi ia masih ada. Biar apa
keadaannya, dialah satu-satunya orang yang bertaruh nyawa melahirkan kita. Ingatlah
kawan-kawan. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai