Anda di halaman 1dari 6

PENGORBANAN SEORANG GURU

KRING!
Loceng berbunyi menandakan waktu untuk belajar
Bahasa Melayu telah tamat. Sebaik sahaja guru Bahasa
Malaysia aku, iaitu Cikgu Rashid bin Ahmad melangkah
keluar dari kelas, aku menjerit kegirangan.
Waktu Bahasa Malaysia adalah waktu yang paling
membosankan. Aku sering tidur di dalam kelas dan juga
sering dimarahi kerana kerja yang diberi tidak aku
siapkan. Untuk apa aku takut kepada Cikgu Rashid? Dia
bukannya suka sangat pada aku.
Izz, kerja rumah Bahasa Melayu sudah siap?tanya
Ramu kepadaku.
Belum, malaslah aku nak siapkan. Aku bukannya
faham apa yang Cikgu Rashid itu ajar. Buat mengantuk
sahaja, kata Afiq.
Engkau ni Izz, siapkanlah, sampuk Chongialah rakan
karibku. Walaupun mereka berlainan bangsa mahupun
agama tapi mereka sering menasihatiku. Aku ini pula
merupakan seorang yang keras kepala dan tidak suka
ditegur. Nasihat mereka ibarat mencurahkan air ke daun
keladi.
Keesokannya, sewaktu di sekolah, aku bertembung
dengan Cikgu Rashid. Aku memberi salam kepadanya

tetapi tidak dijawab. Hatiku rasa seperti dibakar.


Geramnya aku melihat dia.
Di dalam kelasku.
Izz, kerja yang saya bagi tempoh hari sudah kamu
siapkan? tanya Cikgu Rashid.
Err.belum cikgu, jawabku takut-takut.
Kenapa awak tak siapkan? bentaknya.
Saya..saya terlupa cikgu, suaraku terketar-ketar.
Tanpa membuang masa, Cikgu Rashid terus meluru
ke mejaku dan merotanku.
Zap!
Rotan itu tepat kena di tanganku. Aku mengaduh
kesakitan. Air mataku mula bertakung. Mataku berkacakaca. Cikgu Rashid membiarkan aku. Dia terus mengajar
tanpa mempedulikan kesakitanku.
Tunggulah engkau Cikgu Rashid akan balasanku
nanti, bisikku di dalam hati. Aku terlihat kereta wira
Cikgu Rashid memasuki perkarangan sekolah.
Inilah masanya, kataku.
Sebaiknya sahaja kereta itu diletakkan di tempat
letak kereta dan setelah Cikgu Rashid beredar, aku
segera ke keretanya. Badan kereta itu kucalarkan,
tayarnya kupancitkan.

Sewaktu pulang dari sekolah, Cikgu Rashid terkejut


melihat keadaan keretanya. Cikgu Rashid hanya mampu
bersabar dan tahu bahawa itu adalah perbuatanku.
Hari ini hari sukan di sekolahku. Aku memasuki
acara lumba lari. Aku mendapat tempat pertama. Tibatiba dadaku terasa seperti ditusuk duri. Aku mengerang
kesakitan dan pandanganku berpinar-pinar. Aku jatuh
pengsan dan dikejarkan ke hospital.
Seminggu kemudian, aku sedar dan berasa sakit di
bahagian jantungku. Aku pelik. Aku bertanya kepada
doktor yang merawatku. Dia mengatakan bahawa aku
mengalami masalah komplikasi jantung dan perlu
dibedah dengan kadar yang segera.
Dua hari kemudian, berita gembira sampai di
perdengaranku. Seorang penderma yang bermurah hati
mendermakan jantungnya. Aku berasa amat gembira
tetapi jauh di sudut hatiku ingin mengetahui siapakah
penderma jantung yang berhati mulia itu?
Pembedahan yang dilakukan berjaya dan aku
bersyukur kerana selamat. Alhamdulillah. Setelah
sebulan terlantar sakit di hospital aku kembali ke sekolah.
Peliknya aku tidak melihat kelibat Cikgu Rashid sehari
suntuk. Aku bertanya kepada Chong dan Ramu.
Ramu, engkau nampak tak Cikgu Rashid?
Engkau tak tahu ke?balas Ramu.
Tahu apa?

Cikgu Rashid sebenarnya ada.


Ada di mana?
Dia ada dalam diri engkau, kata Chong
Maksud engkau?
Sebenarnya penderma jantung itu ialah Cikgu
Rashid. Beliaulah yang mendermakannya. Beliau
sebenarnya menghadapi masalah buah pinggang yang
kronik. Beliau telah mewasiatkan bahawa jantungnya
diberikan kepada engkau apabila beliau sudah tiada.
Tanpaku sedari,mutiara-mutiara jernih mula
mengalir di pipiku. Aku menyesal dengan apa yang
berlaku. Hari itu juga aku menziarahi pusara insan yang
banyak berjasa kepadaku. Betapa besarnya
pengorbanan seorang guru. Terima kasih cikgu.

DISEDIAKAN OLEH:
DISEMAK OLEH:
____________________________________________
(NURHADHINAH BINTI RAHMAN)
(PN.MARIANA BINTI MD SARI)

NAMA:NURHADHINAH BINTI RAHMAN

KELAS:1 KA 1

TAJUK:PENGORBANAN SEORANG GURU

NAMA GURU:PN.MARIANA BINTI MD SARI

Anda mungkin juga menyukai