Anda di halaman 1dari 4

TERIMA KASIH CIKGU AMINAH

Lonceng sekolah berbunyi, tanda semua pelajar harus masuk ke dalam kelas
dan memulai sesi pembelajaran bersama-sama guru. Langkahnya mulai
menghampiri Sekolah Rendah Senggarang yang terletak di Kawasan
pendalaman yang masih kurang perhatian dari akses mudah alih oleh
pemerintah setempat.Guru yang cantik, muda dan berbakat yang dipindah
tugaskan dari sekolah yang terkenal di ibu kota, diberikan tugas untuk
mendidik anak-anak di Sekolah Rendah Senggarang.

Namanya cikgu Aminah, seorang yang periang dan ramah dengan kanak-
kanak. Mulai hari ini cikgu Aminah akan mengajar di Sekolah Rendah
Senggarang. Pada hari pertama, dia mengajar kelas yang luar biasa, mereka
mempunyai banyak tingkah laku bising yang menyebabkan ramai guru tidak
betah di dalamnya. Dia disambut dengan sikap anak-anak yang nakal dan
tidak mempedulikannya, namun dia terpaksa bersabar kerana yakin suatu
hari nanti murid-murid akan menyayanginya.

"Selamat pagi cikgu.” Kedengaran suara yang agak nyaring dari Shahril.
Shahril adalah salah satu pelajar yang diajar oleh Cikgu Aminah, yang selalu
menjadi ketua kelas. Bukan kerana Shahril taat, tetapi kerana Shahril adalah
yang paling berani antara kanak-kanak lain, jika Shahril berkata A maka
semua kawannya akan mengikutinya.

Pada suatu pagi pada hari ke-4, Cikgu Aminah mengajar, dia mendapat tahu
bahawa Shahril dan rakan-rakannya tidak mahu belajar dan mereka keluar
dari kelas. Hal ini disebabkan oleh masalah Shahril yang agak tertekan
dengan kerja sekolah yang diberikan oleh guru yang lain. Disebabkan kawan-
kawanya sering mengikuti kata Shahril, mereka juga tidak mahu ke kelas.
Cikgu Aminah juga keliru kerana hari ini tidak sepatutnya cuti dan dia
tertanya-tanya mengapa semua pelajarnya tidak berada di dalam kelas. “
Alamak macam mana ni?” Keluh Cikgu Aminah yang tidak keruan
TERIMA KASIH CIKGU AMINAH

memikirkan apa yang akan dihadapi oleh murid-muridnya. Akhirnya berita


ini tersebar hingga ke guru besar. Guru besar mengambil tindakan
memanggil semua ibu bapa pelajar kelas itu.

Guru besar yang berasa marah berniat untuk memarahi semua pelajar tetapi
Cikgu Aminah cuba menanganinya dengan sikap yang mesra. “ Tuan, biar
saya yang bercakap dengan pelajar-pelajar sahaja.” Kata Cikgu Aminah
kepada guru besar. Shahril dan rakan-rakannya berkumpul di dalam kelas.
Mereka agak ketakutan dan dan panik memikirkan adakah Cikgu Aminah
akan marahkan mereka kerana tidak masuk ke kelas. Selepas itu mulalah
sesi antara Cikgu Aminah dan kelasnya. “Saya faham awak banyak kerja
sekolah tapi kenapa perlu tinggalkan kelas. Kalau awak rasa kerja sekolah
awak agak susah awak boleh datang ke saya dan bertanya tentang
masalahnya. Tapi awak tinggalkan saya. Panik saya dibuat awak semua.
Lepas daripada ini jangan buat lagi. Faham!" "Faham cikgu!" Faizal dan
rakan-rakannya meminta maaf dengan janji tidak akan mengulangi perkara
tersebut. Sejak hari itu, Cikgu Aminah mula rapat dengan anak-anak,
pendekatan beremosi adalah lebihh baik daripada perlu memarahi anak-
anak, itulah yang diterapkan Cikgu Aminah.

Setiap hari, bermula dari hari itu, anak-anak mula akrab dan mesra dengan
Cikgu Aminah, setelah diketahui olehnya mengapa anak-anak muridnya
tidak mahu membuka mulut dan belajar. Ternyata pernah ada guru baru
yang datang dan mengaplikasikan cara belajar yang sangat susah dan
membuatkan mereka malas untuk belajar. Hal tersebut membuatkan beliau
merasa lebih bersemangat dan menerapkan nilai ketenangan dalam teknik
belajar mereka semua. Dia meneruskan pengajarannya di kelas tersebut
selama beberapa minggu.
TERIMA KASIH CIKGU AMINAH

3 bulan kemudian, Cikgu Aminah terpaksa pulang ke kampung halamannya


kerana dia akan mengambil bahagian dalam program sarjana yang dia
idamkan selama ini. Amat sukar baginya untuk meninggalkan anak-anak
hebat ini yang sangat menyayanginya sejak 3 bulan lalu. "Aduh peritnya hati
untuk tinggalkan mereka," katanya yang akan merindukan mereka nanti.
Tetapi malangnya, dia masih perlu pergi dan tidak
sempat mengucapkan selamat tinggal kepada anak-
anak. Esoknya dia pergi, tanpa memberitahu anak
muridnya tentang pemergian dirinya.

Shahril yang mendengar berita dari guru besar,


bahawa Cikgu Aminah akan pergi, Shahril dan rakan-
rakannya segera pergi ke perhentian bas.
Dengan basikal yang entah bila sampai, mereka masih mencuba mengejar
pemergian Cikgu Aminah. Namun malangnya ketika mereka tiba, Cikgu
Aminah sudah tiada dan sudah pun bertolak ke kampung halamannya.
Shahril dan semua rakannya berasa sedih dan merindui guru mereka,
Aminah seorang yang sangat baik, mesra dan penyayang.

1. Sejak hari itu, mereka hanya berharap agar Cikgu Aminah Kembali dan
mengajar mereka semula sebagai guru di sekolah mereka. Muhammad
Haziq Ezuan Bin Miswan adalah seorang pelajar Tingkatan 4 Aljazzar di
smkdse batu pahat. Dilahirkan pada 25 Ogos 2006 di Batu Pahat dan kini
menetap bersama keluarga di Batu Pahat Johor. Saudara Haziq amat
meminati bidang penulisan karya sastera terutamanya penulisan puisi /
cerpen dan bercita-cita menjadi seorang penulis buku pada suatu hari
nanti. Semoga dengan penulisan antologi pertama ini akan membuka
jalan dan peluang yang lebih luas lagi dalam bidang penulisan pada masa
akan datang.
TERIMA KASIH CIKGU AMINAH

BIODATA:
Muhammad Haziq Ezuan Bin Miswan adalah seorang pelajar Tingkatan 4
Aljazzar di smkdse batu pahat. Dilahirkan pada 25 Ogos 2006 di Batu
Pahat dan kini menetap bersama keluarga di Batu Pahat Johor. Saudara
Haziq amat meminati bidang penulisan karya sastera terutamanya
penulisan puisi / cerpen dan bercita-cita menjadi seorang penulis buku
pada suatu hari nanti. Semoga dengan penulisan antologi pertama ini
akan membuka jalan dan peluang yang lebih luas lagi dalam bidang
penulisan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai