Anda di halaman 1dari 4

CERITA 1

Dalam sebuah kampung , iaitu Kampung Paya Terendam Sik Kedah

tinggal

sepasang suami isteri. Isterinya bernama Kalsum berusia 30 tahun dan suaminya
pula bernama Md Noor berusia

63 tahun.

Isterinya tidak bekerja manakala

suaminya bekerja sebagai penoreg getah. Suaminya mempunyai empat orang anak
hasil perkahwinannya dengan isteri pertama. Ke empat-empat anaknya lelaki.
Setelah kematian isteri pertamanya, dia berkahwin kali kedua dengan isterinya yang
ada sekarang. Hasil perkahwinannya dengan isteri kedua telah dikurniakan oleh
Allah cahaya mata perempuan yang diberi nama Siti Aminah. Siti Aminah telah
dilahirkan pada tahun 1995. Siti Aminah telah dipelihara oleh kedua ibu bapanya
dengan penuh kasih sayang.
Pada tahun 2002 Siti Aminah telah mula melangkah ke alam persekolahan. Dia
dihantar ke sekolah oleh ayahnya setiap hari dengan menaiki motosikal. Dia
ditempatkan di kelas Tahun 1 Dinamik setelah menjalani ujian penapisan. Kelas 1
Dinamik ialah kelas yang pertama yang mana kelas tersebut terdiri daripada muridmurid yang dapat menguasai bacaan mudah. Guru kelas Tahun 1 Dinamik pada
ketika itu ialah saya. Saya mengajarnya dalam subjek Bahasa Melayu. Ayahnya
akan menunggunya di luar kelas sehingga waktu persekolahan berakhir. Pada
minggu pertama persekolahan tingkah lakunya seperti murid-murid lain.
Apabila memasuki minggu ke dua, Siti Aminah meraung kerana enggan
berpisah dengan ayahnya. Setiap pagi dia akan meraung walaupun saya dan guruguru lain cuba memujuknya. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah
untuk meyakinkan dia ke sekolah tanpa mengganggu tugas ayahnya pergi ke kebun.
Begitu juga dengan pujukan oleh rakan sebayanya. Guru Besar juga pernah
memujuknya. Dia tidak pernah hirau dengan pujukan atau ketegasan sesiapapun.
Setelah hal sedemikian berlangsung selama sebulan, akhirnya ayahnya memilih
jalan untuk menunggunya belajar.
Saya dan guru-guru lain berasa amat kasihan melihat pengorbanan seorang
ayah yang telah lanjut usia ( ketika

itu berusia 70 tahun ) sanggup menunggu

anaknya belajar setiap hari persekolahan. Ibunya yang bertugas seorang suri rumah
telah

bertukar tugas dengan ayahnya. Puan kalsum terpaksa ke kebun untuk

menoreh demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Hal ini berlanjutan selama
lapan bulan.
Selepas itu, dia seperti kanak-kanak lain yang tidak mahu lagi ditemani oleh
ayahnya. Ketika di Tahun enam, beliau telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah. Dia telah berjaya mendapat keputusan 4A 1B. Keputusan tersebut telah
melayakkan dirinya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Sik( Sekolah Kluster Kecemerlangan). Sepanjang di sekolah menengah tersebut ,
dia telah menunjukkan peningkatan prestasi. Dia telah berjaya mendapat keputusan
7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR), dan 6A dalam Sijil Pelajaran
Malaysia( SPM). Kini usianya 20 tahun dan sedang menuntut di UiTM Perlis dalam
bidang perakaunan.
Kesimpulannya, semua ibu bapa di dunia ini mempunyai sifat kasih dan
sayang terhadap anak-anaknya lebih-lebih

lagi apabila mempunyai anak

perempuan tunggal ketika telah lanjut usia. Sifat kasih sayang terhadap anak-anak
biarlah ada batasnya . Dalam memberi kasih sayang , pada masa yang sama ibu
bapa perlulah mendidik anak mereka hidup berdikari dan yakin pada diri. Jika tidak,
akan berlakulah seperti catatan cerita di atas. Cerita ini amatlah mengayat hati saya
kerana terpaksa berdepan dengan situasi sebegini setiap hari selaku guru kelas
murid tersebut. Semoga cerita ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua.

Cerita 2.
Dalam sejarah perkhidmatan

selama 25 tahun sebagai seorang pendidik, saya

mempunyai seorang murid yang bernama Muhammad Syamil bin Abdul Razak. Dia
dilahirkan pada 4 Februari 2005 di Hospital Daerah Sik. Dia tinggal di Kampung Baru
Sungai Senam , Sik Kedah. Dia merupakan anak ke 3 daripada 5 orang adik
beradik. Ibu dan bapanya mempunyai 3 orang anak perempuan dan 2 orang anak
lelaki termasuk dirinya. Pekerjaan ibu dan ayah pula ialah sebagai petani. Pada
tahun 2012 , dia telah melangkah ke tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Paya
Terendam. Dia telah ditempatkan di kelas 1 Bestari iaitu kelas yang kedua
berdasarkan keputusan ujian saringan yang dijalankan. Kelas Bestari terdiri daripada
murid-murid yang tidak dapat membaca perkataan dan ayat mudah. Saya telah
mengajarnya dari tahun satu hingga tahun 4 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sepanjang saya mengikuti pembelajarannya, saya sedar dia adalah murid
yang kerap ponteng sekolah. Boleh dikatakan sehari setiap minggu dia tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab yang munasabah. Hal ini jelas ketara apabila dia telah berani
ponteng sekolah lebih daripada sehari setiap minggu apabila memasuki Tahun 4
Bestari. Saya selaku guru kelas tahun 4 Bestari dan pihak sekolah cuba mencari
punca kenapa dia kerap ponteng sekolah. Jawapan darinya ialah kerana dibuli oleh
rakan sekelasnya. Saya dan guru subjek lain pun mengambil inisiatif menyiasat hal
tersebut namun apa yang dituduhnya tidak pun berlaku.
Setelah itu, saya dan pihak sekolah berbincang masalah ini dengan ibu dan
bapanya. Ibu bapanya telah memujuknya untuk datang ke sekolah namun gagal. Di
rumah pula, dia tidak menghiraukan nasihat ibu dan ayahnya malah dia selesa lari
ke rumah neneknya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Neneknya pula
selalu menyebelahinya. Hal ini menyebabkan ibu dan bapanya tidak dapat bertindak
tegas.
Walau bagaimanapun, setiap hari dia dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah
dengan menaiki van tetapi dia meronta-ronta untuk melarikan diri. Pernah beberapa
kali dia berjaya lari. Pihak sekolah dengan bantuan pengawal keselamatan
mencarinya di kawasan kampung yang berhampiran. Akhirnya berjaya ditangkap
dengan bantuan penduduk kampung berhampiran sekolah yang terdiri daripada
bangsa Siam.

Setelah hal demikian berlangsung selama 3 bulan, ibu dan bapanya sedar dia
merupakan anak yang tidak berminat belajar berbanding kakak kakak dan adiknya.
Dia berminat dalam membantu ibunya berniaga hasil tani di Pondok Agama Sik,
membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya Saya sebagai seorang guru yang
mengajarnya sejak di tahun 1 lagi melihatnya memang benar kata-kata ibu dan
ayahnya itu. Akhirnya, ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menghantarnya
ke sekolah Pondok Darul Taqlim Kupang, Baling pada awal bulan April yang lalu.
Kini dia dapat belajar di sana dengan baik kerana sistem pembelajaran itu sesuai
dengan jiwanya.
Kesimpulannya, berdasarkan cerita di atas , ibu bapa hendaklah memupuk
minat belajar kepada anak-anak seawal usia yang mungkin walaupun sesibuk mana
sekalipun kerana anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Di tangan ibu bapalah
yang ..

Anda mungkin juga menyukai