Anda di halaman 1dari 325

PELAJAR

PISMP
AMBILAN
JUN 2018
(UNIT T5)
1
Aisya Harra
Hasil karya:
Ainin Sofiya binti Ahmad Kamal
sofiyakamal98@gmail.com

“Kringggg!!!” Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.


Aisya Harra masih bertinggung di dalam kubikel tandas, masih menangis tersak-esak.
Dia tidak mahu masuk ke kelas. Dia tidak mahu berjumpa dengan Cikgu Anis.
Manakala, di kelas 5 Gigih, murid-murid masih bertempiaran berlari ke sana sini. Anis
sudah dapat mengagak. Aisya tiada di tempat duduknya. Dia melangkah masuk ke
dalam kelas yang hingar bingar itu. “Banguunn!” seru Nafiz, ketua kelas 5 Gigih yang
bertali leher merah hati. “Selamat pagi, Cikgu Anis,” suara pelajar kelas itu bergabung
menyapa guru Bahasa Melayu mereka.

Anis menyuruh para pelajarnya duduk. Matanya masih tertancap ke kerusi


Aisya Harra yang masih kosong. Hatinya tidak tenang. “Mana Aisya?” soalnya
pendek. Murid-muridnya hanya berpandangan sesama sendiri lalu menjongket bahu.
Anis memberikan latihan untuk disiapkan dan berlalu keluar. Anis menghayun
langkah namun tidak berarah. Otaknya ligat memikirkan dimanakah kemungkinan
Aisya berada. Nafas berat dihela. Dia menapak ke arah tandas pelajar yang berada di
hujung koridor. Dia memanggil perlahan.

“Aisya?” Anis mengetuk pintu sebuah kubikel yang berkunci. Dia terdengar
tangisan halus disebalik pintu itu. Dia memanggil sebaris nama itu berkali-kali. “Aisya,
tolong buka pintu ni. Ni Cikgu Anis ni, sayang.”pujuk Anis lembut. Tangan kecil Aisya
perlahan-lahan menguak daun pintu nipis berwarna merah jambu itu. Anis tersenyum
sambal mendepakan tangannya merangkul erat tubuh anak kecil itu. “Jom, masuk
kelas dengan Cikgu,ya?” Aisya hanya mengangguk kecil sambal mengesat air
matanya dengan hujung lengan baju putihnya yang sudah lusuh. Hati Anis terasa
sayu melihat anak muridnya itu. Dia ditinggalkan oleh ibu dan bapanya di rumah
nenek yang sudah uzur. Aisya Harra dilahirkan diluar ikatan perkahwinan yang sah.
Anak kecil yang tidak berdosa itu sering dipandang hina oleh orang kampung serta
rakan-rakannya dek kerana statusnya sebagai anak yang tidak sah taraf.
Menjadi guru kelas 5 Gigih merupakan salah satu cabaran yang ingin disahut
oleh Anis kerana rakan sekerjanya yang lain tidak mahu menggalas tanggungjawab
memegang kelas tercorot di sekolah itu. Terlalu ramai yang berperangai nakal yang

2
menyesakkan dada dan jiwa para guru. Tambahan pula, terdapat ramai murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza dari norma masyarakat. Salah seorangnya
ialah Anas Hilman. Bapanya seorang penagih dadah yang telah ditangkap polis dan
dimasukkan ke penjara. Anas sering bertindak agresif di dalam kelas.

Dia pernah menumbuk seorang pelajar perempuan di dalam kelas. Anis


menyelidik latar belakang Anas. Rupanya, dia merupakan mangsa keganasan
bapanya. Dia pernah didera dengan begitu teruk oleh bapa kandungnya sendiri.
Bukan sahaja disebat dengan tali pinggang, tubuh Anas juga pernah ditonyoh kejam
dengan punting rokok yang masih berbara. Semakin Anis menyelak lembaran kisah
hidup anak-anak muridnya, semakin dia berasa ingin membantu mereka untuk
menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Guru-guru lain tidak sanggup untuk mengajar kelas 5 Gigih itu. Namun ianya
berbeza bagi Cikgu Anis Suraya. Semangatnya berkobar-kobar untuk menjadi guru
yang mampu membuktikan bahawa semua para pelajarnya mampu Berjaya
walaupun berada di kelas tercorot. Anis terlalu sabar menghadapi kerenah 30 orang
murid yang bermacam ragam itu. Walaupun dengan sikapnya yang lemah lembut itu,
terdapat seorang pelajar yang tidak mahu didekati Cikgu Anis ; Aisya. Aisya sering
menyendiri. Dia tidak mahu didekati sesiapa. Dia hanya memencilkan diri dengan
sebuah buku lukisan ditangannya di sudut kelas, tidak mengendahkan proses
pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Dia sering melarikan diri dari kelas Anis
kerana dia tahu Anis pasti akan cuba mendekatinya.

Anis tidak berputus asa dengan Aisya. Dia amat memahami perasaan anak
kecil itu. Dia juga dilahirkan tanpa mengenali siapakah gerangan ibu serta bapa
kandungnya. Dia ditinggalkan dihadapan sebuah masjid pada waktu subuh 27 tahun
lalu. Namun, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat yang sangat
menyayanginya serta membesarkannya ibarat menatang minyak yang penuh. Dia
Berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik. Oleh itu, dia tidak
mahu Aisya berasa rendah diri hanya kerana status diri yang tidak boleh menentukan
apa-apa. Dia sering memberikan kata-kata semangat kepada Aisya.

“Kamu mampu berjaya, Aisya. Hanya kamu yang boleh menentukan siapa diri
kamu pada masa hadapan! Tak usah dikenang masa lampau yang menyakitkan,
yang paling penting adalah kita harus berusaha merubah diri kita untuk menjadi insan
yang cemerlang dan mulia dengan belajar bersungguh-sungguh.” Cikgu Anis

3
memegang lembut bahu kecil Aisya Harra. Aisya hanya merenung kosong wajah
gurnya itu. Hatinya tersentuh melihat wajah ikhlas CIkgu Anis. Tetapi, dia tidak yakin
bahawa akan ada masa depan yang cerah untuk manusia hina seperti dirinya,

Ujian menimpa Aisya lagi. Nenek Aisya meninggal dunia kerana umurnya
yang sudah terlalu tua. Cikgu Anis nekad dan berbincang dengan pihak sekolah untuk
mencari keluarga angkat yang mahu menerima Aisya. Mujur, ada sepasang suami
isteri yang beru berpindah ke Kampung Titi Serong itu mahu menerima Aisya. Mereka
telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun namun masih belum dikurniakan
cahaya mata. Pasangan itu menerima Aisya dengan hati terbuka. Anis menasihati
Aisya untuk belajar dengan tekun agar dapat membalas jasa ibu dan bapa angkatnya
suatu hari nanti. Rakan-rakan Aisya tidak lagi mengejeknya kerana tidak mempunyai
keluarga. Dia tidak lagi dihina kerana memakai baju lusuh serta kasut yang koyak
rabak ke sekolah,

*******************************

Cikgu Anis kini telah menjadi seorang guru besar di sebuah sekolah di pinggir
bandar. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkul Cikgu Anis membuatkan dirinya
mampu melangkah jauh dan pantas menjadikannya antara guru besar yang termuda
di negeri “Indera Kayangan” itu. Tanggal 23 September 2017 merupakan salah satu
hari yang paling bersejarah dalam hidup Cikgu Anis. Dia bakal menerima seorang
guru baru di sekolahnya. Pintu bilik guru besar itu diketuk oleh seseorang.

“Masuk,” nada Cikgu Anis ceria. Mengalu-alukan kedatangan guru baru itu.
Gadis berbaju kebaru bertudung biru lembut itu masuk dengan senyuman yang
sangat lebar. Cikgu Anis berdiri, merenung lembut ke anak mata guru baru itu. Tanpa
disedari, Mutiara jernih mengalir turun diatas pipi Cikgu Anis. Mereka berpelukan.
Lama. Takdir Tuhan amat indah buat mereka yang tidak bersua setelah empat belas
tahun. Cikgu Anis meleraikan pelukan namun masih memegang bahu guru muda
dihadapannya itu. Matanya tidak lepas dari memandang tanda nama di bahu kiri guru
baru yang manis itu yang terukir, “Aisya Harra”.

4
Sinar Harapan
Hasil karya:
Ameer Afiq bin Mohd Zamri
ameerafiq18@gmail.com

Kring… kring… kring... tersedar aku dari terus dibuai mimpi dalam tidurku yang lena. Jam
menunjukkan pukul enam pagi dan seperti biasa aku akan memulakan rutin harianku yang tidak
pernah jemu ku lakukan. Setelah bersiap, ku ambil sejadah dan menjalankan tugasku sebagai
hamba pada yang esa. Doaku ketika solat subuh setiap hari, Ya Allah, kau permudahkanlah
segala urusanku pada hari ini, kau berkatilah ilmu yang akan aku sampaikan kepada muridku,
andai ada yang sukar memahami, kau permudahkanlah pemahaman mereka Ya Allah, amin.
Dengan itu kulipat kembali sejadah dan meletakkannya di tempat asal.

Jam menunjukkan pukul enam empat puluh lima minit lalu ku ambil kunci keretaku dan
memulakan perjalanan ke sekolah. Jarak sekolah dari rumahku tidaklah jauh. Hanya memakan
masa selama lima belas minit sahaja. Namun seperti biasa aku memulakan perjalanan awal
kerana ingin sampai awal ke sekolah. Tujuanku berbuat demikian hanya satu, aku suka untuk
melihat murid-muridku masuk ke dalam pagar sekolah. Muka mereka yang ceria dan juga muka
ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah membuatkan aku lagi bersemangat untuk
mengajar.

Ku tercari-cari Aina, pelajar harapan sekolah untuk UPSR. Aina biasanya akan sampai awal
ke sekolah namun sejak ibunya meninggal dunia, dia jarang datang ke sekolah. Ini amat
merisaukan aku kerana peperiksaan sudah hampir tiba. Aina berpotensi untuk berjaya namun
jika ini berterusan sebaliknya mungkin akan berlaku. Lima minit kemudian aku terlihat kelibat
Aina masuk ke dalam sekolah. Aku bercadang untuk memanggil Aina ke tempatku di bilik guru
untuk bertanyakan masalah yang membuatkan dia jarang ke sekolah. Lalu ku memulakan
langkahku menghampiri Aina dan Aina memberi salam kepadaku.

Aku menjawab salamnya lalu beritahu tentang tujuanku itu. Dengan nada suara yang agak
gelisah Aina memberitahu dia akan datang ke bilik guru. Aku menjalankan rutinku seperti biasa
mengajar anak muda harapan bangsa dan negara. Tugas sebagai guru bukanlah satu hal yang

5
mudah. Untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek
merupakan satu tugas yang sukar.

Namun itulah kerja seorang guru. Apa jua halangan harus ditempuh untuk melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Jam telah menunjukkan pukul dua. Murid-murid
telah mula untuk meninggalkan sekolah kerana waktu sekolah telah tamat pada hari ini. Aku
menunggu kehadiran Aina di dalam bilik guru.

Tidak lama kemudian Aina sampai dengan muka yang agak risau. Mungkin dia takut aku
akan memarahinya kerana telah banyak kali tidak hadir ke sekolah. Lalu ku bertanya kepadanya,
“kenapa kamu banyak kali tidak hadir ke sekolah?”. Pada mulanya dia teragak-agak untuk
memberitahu aku, namun dia mula menceritakan kisahnya kepada aku. Rupanya, ayahnya sakit
di rumah. Ibunya telah tiada. Dia terpaksa bergilir-gilir dengan kakaknya untuk menjaga ayahnya.
Abangnya sibuk bekerja untuk menyara keluarga.

Dalam ketika dia menceritakan kisahnya kepada aku, matanya mula menitiskan air mata.
Aku dapat lihat penderitaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pelajar yang baru
berumur 12 tahun. Setelah bercerita, dia memberitahuku dia tidak boleh lama kerana abangnya
mungkin telah sampai untuk menjemputnya dari sekolah. Lalu dia mengelap air matanya,
memberi salam kepadaku dan berlalu pergi. Aku terdiam seketika memikirkan bahawa sebagai
seorang guru, aku harus membantu pelajar ini.

Pada keesokan harinya, semua guru bermesyuarat untuk menjalankan program-program


kepada pelajar tahun enam. Aku bangun dan memberitahu kepada semua guru perihal Aina
pelajar harapan sekolah. Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan ke rumahnya
untuk melihat keadaan ayahnya dan cuba untuk membantu keluarga Aina.

Sehari selepas itu, kami berkunjung ke rumah Aina. Aina menyahut salam kami dan
alangkah terkejutnya dia apabila melihat ramai guru yang datang ke rumahnya. Lalu Aina
menjemput kami masuk ke dalam rumah. Kakaknya sedang sibuk memasak di dapur dan
abangnya masih belum pulang dari kerja. Ayahnya terlantar di atas katil kerana diserang angin
ahmar.

6
Seorang guru memberitahu bahawa ayahnya harus dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
Pihak hospital tahu apa yang harus dilakukan dan dengan izin Allah, mungkin ayahnya akan
sihat seperti biasa. Aina dan kakaknya bersetuju dengan cadangan itu dan kami menunggu
kepulangan abangnya untuk meminta kebenaran.

Kami hanyalah guru dan bukan ahli keluarga mereka. Apa-apa yang hendak dilakukan
harus dengan keizinan ahli keluarga terlebih dahulu. Tidak lama kemudian abangnya pulang
dengan wajah yang kepenatan kerana seharian bekerja. Abangnya pada mulanya tidak
bersetuju. Mereka tidak menghantar ayah mereka ke hospital kerana risau tidak ada orang yang
menjaganya di sana.

Namun, hospital sekarang telah banyak melakukan transformasi. Jururawat dan doktor di
sana dapat menjaga ayah mereka dengan lebih baik dan dengan pemantauan dari doktor,
mungkin keadaan ayah mereka akan bertambah baik. Setelah mendengar penjelasan tersebut,
abangnya mula bersetuju lalu kami bersama-sama menghantar ayah mereka ke hospital.

Pihak sekolah membantu mereka menguruskan tentang hospital dan semuanya telah
selesai. Ayah mereka masuk ke wad dan mendapat pemantauan sama seperti pesakit yang lain.
Lalu aku memanggil Aina dan berkata kepadanya, “Aina, kamu jangan risau. Disini ramai
jururawat dan juga doktor yang akan menjaga ayah kamu. Kamu juga boleh melawat ayah kamu
hari-hari. Sekarang kamu harus fokus kepada pembelajaran kamu. Apa pun halangan yang
kamu hadapi, kamu kena kuat. Terus berusaha dan berdoa kepada Allah, semoga segala
urusan kamu dipermudahkan.” Aina dan keluarganya berterima kasih kepada pihak sekolah
kerana telah memberi sinar harapan yang baru ke dalam hidup mereka.

Keesokan harinya, macam biasa aku memulakan rutin harianku dan menunggu untuk
melihat semua pelajarku datang ke sekolah. Aku melihat Aina dan riak wajahnya bertambah baik.
Dia lebih bersemangat daripada sebelum ini. Aku juga berasa lega kerana dia sekarang dapat
menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Aku mengajar kelas dia pada hari itu dan setelah selesai kelas, dia datang berjumpa aku.
Dia menyampaikan salam daripada abang dan kakaknya. Dia juga memberitahu bahawa
kakaknya akan menjaga ayahnya di hospital setelah balik dari sekolah. Dia pula akan membantu

7
menjaga ayahnya ketika hujung minggu kerana abang dan kakaknya tidak mahu
pelajarannyanya terganggu. Dia akan menduduki peperiksaan UPSR jadi dia harus memberi
tumpuan yang lebih kepada pelajaran.

Peperiksaan UPSR tinggal lagi dua minggu. Aina dan muridku yang lain lebih bersemangat
untuk belajar. Aku berharap mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Menjadi seorang guru bukanlah satu hal yang mudah. Kerjaya ini memerlukan minat,
kesabaran dan juga pengorbanan. Aina hanyalah salah satu dari berpuluh muridku yang lain.
Aku akan cuba untuk membantu semua muridku dan terus mengajar, menyampaikan ilmu yang
bermanfaat agar mereka berjaya di dalam kehidupan kelak.
Tidak ada niat yang lain dalam hati ini melainkan untuk melihat anak muridku menjadi
seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak. Aku tahu tugasku ini bukanlah
mudah namun aku akan terus berusaha dan tidak akan pernah mengalah untuk mendidik anak
bangsa

8
Kisah Aiman
Hasil karya:
Amirah Nursyazwanie binti Ahmad Zawawi
amirahnrsyzwnie@gmail.com

“Allahuakbar Allahuakbar….” berkumandangnya azan Subuh menandakan telah bermulanya


perjalanan Cikgu Azreen sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar,
sebuah sekolah di kawasan kampung di Machang, Kelantan.

Rutin harian beliau dimulakan dengan mempersiapkan diri, membuat sarapan untuk
keluarganya kemudian barulah beliau memulakan langkah sekolah. Setibanya di sekolah, beliau
akan berada di bilik guru sementara menunggu perhimpunan harian. Setelah itu, beliau akan
memulakan tugas mengajarnya di kelas 6 Permata. Begitulah hidupnya setiap hari sehinggalah
beliau menamatkan perkhidmatannya.

“Aiman, Aiman…bangun, pergi sekolah” ibu Aiman, Puan Rohana mengejutkannya untuk
pergi ke sekolah.

Aiman sebenarnya sangat suka pergi sekolah tetapi dia mempunyai masalah untuk
mengejar pembelajaran di dalam kelasnya.

“Ya ibu, Aiman bangun ni…” sambil menggosok matanya dia bangun lalu mencapai
tualanya yang tergantung di hadapan almari dan terus memasuki kamar mandi.

Puan Rohana hanya mampu tersenyum dengan Aiman kerana Aiman begitu istimewa
dalam hidupnya memandangkan Aimanlah anak sulungnya dengan suami, Encik Malik.Hanya
mereka berdua sahaja yang mengetahui keadaan sebenar Aiman.

Aiman dilahirkan dalam bulan Disember dan Puan Rohana menganggapnya sebagai ‘late
bloomer’.Doktor juga berkata Aiman anak manja dan lambat sedikit kerana lahirnya dalam bulan
penghujung.

9
Sejak mula berjalan, Aiman sering melakukan beberapa perbuatan yang mencabar
kesabarnnya. Sesetengahnya dilakukan berulang kali biarpun sudah puas saya marahi seperti
menabur sampai habis berbotol-botol bedak ke atas lantai, tilam dan juga atas kepalanya dan
juga mengutip serta memakan apa juga jenis serangga yang dijumpainya.

Seterusnya, Aiman tidak pandai untuk membuang air besar biarpun setiap hari diajar.Dia
juga sering tertukar tangan kanan dan kiri selain tidak pandai menyarung selipar atau kasut
dengan betul.

Sewaktu berusia lima hingga enam tahun, perangai Aiman semakin menjadi-jadi. Dia
pernah menendang pintu gelongsor kaca sehingga pecah semata-mata untuk mengambil bola di
luar dengan alasan malas membuka pintu.Selain itu, Aiman juga pernah merosakkan daun pintu
kabinet CD kerana hendak mengambil CD Ultramannya.Dia juga suka menconteng segenap
ruang permukaan dinding rumah.Namun, Puan Rohana hanya menganggapnya sebagai
perangai nakal seorang kanak-kanak kerana Aiman seorang yang pendiam.

“Aiman…cepat! Nanti lambat, cikgu marah…” laung Puan Rohana dari dapur.

Aiman cepat-cepat mengambil beg dan turun ke bawah. Dia bersalaman dengan ibunya dan
terus masuk ke dalam perut kereta dan berlalu dengan ayahnya.Dalam perjalanan, Aiman
melihat pokok-pokok kelapa disepanjang jalan ke sekolahnya lalu berkata kepada ayahnya.

“Papa, Papa… tingginya pokok-pokok kepala ni…” Ayahnya hanya tersenyum dan
mengusap kepala Aiman.

Beliau tahu bahawa anaknya sering tersasul apabila bercakap dan sering menghadapi
kesukaran terutamanya menyebut perkataan yang panjang seperti ‘hospital’,’universiti’ dan
‘komputer’. Encik Malik redha dengan keadaan anaknya namun tetap bersyukur kerana Aiman
seorang yang ceria dan periang.

‘Kringggggggg!!!!”

10
Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu perhimpunan akan bermula pada sekejap
sahaja lagi. Cikgu Azreen mula mengemas barang-barangnya dan menuruni tangga menuju ke
dewan.Beliau memerhati sekeliling dimana murid-murid mula bergegas ke dewan dan beratur
mengikut kelas masing-masing.Dalam lambakan murid-murid itu, beliau mencari kelibat seorang
pelajar yang masih tidak kelihatan.Beliau hanya tersenyum dan menunggu kehadirannya.

“Cikgu… Aiman minta maaf sebab lewat. Cikgu maafkan, eh?”,

Aiman dengan termengah-mengah berlari menuju kearah kelasnya dan beratur selepas
bersalaman dengan Cikgu Azreen.

Sekali lagi, Cikgu Azreen hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya melihat telatah
Aiman.Baginya, Aiman adalah seorang yang ceria walaupun umurnya bukanlah seperti
murid-murid di sekolahnya.

Menurut ibunya, Aiman membesar seperti kanak-kanak lain dan dihantar ke tadika
berdekatan rumahnya.Guru-guru tadikanya menyukai Aiman kerana dia mudah tersenyum dan
tidak banyak ragam.

Selepas tadika, Aiman masih tidak mampu membaca apatah lagi mengira.Tambahan pula,
Aiman tidak boleh melakukan dua kerja dalam satu masa seperti tidak boleh berlari sambil
membawa bola atau berlaru sambil bertepuk tangan.

Semasa darjah satu, gurunya memberitahu bahawa Aiman mungkin tidak normal dan
kebarangkalian menghidap Disleksia (Dyslexia). Salah seorang guru yang mengajar Aiman
pernah mencucuk-cucuk bahunya sambil menjerit memanggil nama Aiman kerana dia
termenung di dalam kelas. Aiman memang mudah termenung dimana-mana sahaja.

Cikgu Azreen seringkali membantu Aiman dalam pembelajarannya.Beliau menghormati


para pelajarnya termasuk Aiman dengan mendengar pandangannya kerana baginya Aiman
adalah seorang murid yang pandai.

11
Seterusnya, beliau turut prihatin terhadap nasib anak-anak muridnya.Cikgu Azreen
mempercayai mereka.Pelbagai aktiviti dilakukan bagi menarik minat mereka terutamanya Aiman
yang mudah berkhayal ketika di dalam kelas.

“ Aiman, datang sini dekat cikgu…” arah Cikgu Azreen kepada Aiman. Aiman hanya
menurut sahaja sambil menunduk.

“Ya, cikgu…” sapa Aiman.


Cikgu Azreen membuka buku latihan Bahasa Melayunya sambil menunjukkan kesalahan
yang ada. Rupa-rupanya, Aiman tertukar huruf ‘b’ dengan ‘d’. Aiman terkejut lalu meminta maaf
kepada guru itu.

Cikgu Azreen hanya menggelengkan kepalanya. Beliau sedar bahawa beliau perlu
berusaha keras untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada Aiman kerana dia akan
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi pada umur 14 tahun.

Sebelum ini, Cikgu Azreen seringkali menasihati ibu bapa Aiman untuk menghantarnya ke
pusat rawatan di hospital.Aiman menjalani beberapa sesi pemulihan di Unit Psikologi
Kanak-Kanak PPUM. Dengan surat kelulusan doktor, Aiman dibenarkan untuk menyambung
pelajaran di sekolah itu yang mempunyai kelas khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

Di dalam kelas, Cikgu Azreen menggunakan teknik ‘pelbagai deria’ bagi mengajar
anak-anak muridnya seperti melakukan aktiviti ‘hands-on’ di mana mereka akan lebih fokus.
Beliau juga sentiasa memberi rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak ini kerana mereka tidak
boleh belajar secara berterusan.

Walaupun Cikgu Azreen mengajar kelas pemulihan di sekolah tersebut, namun beliau tidak
pernah merungut. Beliau sering diajukan soalan seperti “Adakah susah untuk menguruskan
anak-anak pemulihan ini?”.

Tapi beliau sering sahaja tersenyum dan menjawab “Saya gemar mengajar kanak-kanak
syurga ini kerana mereka mengajar kita untuk bersyukur.”Cikgu Azreen juga sentiasa
mempercayai anak-anak muridnya dan mempunyai harapan yang tinggi kepada mereka.

12
Pada tanggal hari peperiksaan, Aiman menjadi tidak tentu hala. Dia kerapkali
mundar-mandir di rumah sehingga Puan Rohana bertanya akan keadaanya yang tidak keruan
itu.
“Kenapa, Aiman?”

“Aiman takut lah ibu nak jawab UPSR esok” luah Aiman sambil mula mengambil tempat
dihadapan televisyen.

Ibunya hanya tersenyum dan menggosok belakangnya lalu berkata,

“Aiman… percaya pada diri sendiri.Ibu dan papa percaya dekat Aiman yang Aiman boleh
buat dengan baik. Aiman kan pandai… Ingat apa yang Cikgu Azreen pernah ajar Aiman, kan?
Aiman sayang papa, ibu dengan Cikgu Azreen, tak?” soal Puan Rohana kepada anak terunanya
itu.

“Sayang je…” jawab Aiman.Puan Rohana hanya tersenyum dan berlalu pergi ke dapur
meninggalkan Aiman di hadapan televisyen itu.

Pada keesokan harinya, sebelum peperiksaan bermula, Aiman pergi bersalaman dengan
semua guru-guru yang mengajarnya.Tiba giliran Cikgu Azreen, Aiman mengucapkan terima
kasih atas segala tunjuk ajarnya.

“Aiman jawab elok-elok tau?Cikgu yakin Aiman boleh.”

Dalam dewan peperiksaan, Aiman membaca doa dan ‘bismillah’ sebelum menjawab soalan.
Dia menjawab dengan tenang sekali.Setelah selesai tiga hari peperiksaan, Aiman berasa lega
kerana telah berjaya menghadapinya.Dia hanya perlu menunggu hari keputusan sahaja.Dia
bertekad untuk membuat ibu, papa dan Cikgu Azreen bangga akannya.

Tiba hari keputusan diberitahu, Aiman berdebar-debar sekali. Ketika namanya disebut, dia
sangat gembira.Aiman berjaya mendapat 4A dalam UPSR.Dia sangat gembira.Ibu dan papanya
memeluk erat Aiman.Aiman menuju ke bilik guru untuk mencari Cikgu Azreen.Aiman
mengucapkan terima kasih kepada beliau dan memeluknya.

13
Aiman membuka mulut lalu berkata “Yang menjadi orang hari ini adalah hasil usaha
guru-guru, terima kasih cikgu.”Aiman tersengih-sengih sambil menampilkan giginya yang
tersusun rapi.

14
Permata Yang Terpilih
Hasil karya:
Annur Humaira Binti Azhar
maira1999.ma@gmail.com

“Sebagaimana berlian terbentuk akibat tekanan yang tinggi hingga menjadi batu permata yang
tersangat cantik dan mahal, begitu juga manusia. Kita juga boleh menjadi insan yang
bermotivasi dan berkualiti. Oleh sebab itu, jika kita mempunyai tekanan dalam hidup, jangan
pernah menyalahkan takdir. Tetapi, gunakan tekanan tadi untuk berubah menjadi lebih baik.”

Buku motivasi itu aku tutup dengan satu tekad. Aku ingin menjadi seperti permata yang sangat
berharga, permata yang menyinari dan memberi kegembiraan kepada anak bangsaku, permata
yang mampu menahan tekanan yang tinggi untuk bersinar, permata yang disayangi dan permata
yang terpilih.

* * *

Setelah menjalani program latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
selama lima tahun, hari ini merupakan hari pertama aku menjawat sebuah kerjaya yang sangat
mulia iaitu seorang guru sekolah rendah di sebuah kota metropolitan. Aku bangun seawal pagi
untuk mempersiapkan diriku dengan kemas lalu menunaikan kewajipanku sebagai seorang
muslim. Aku tidak lupa untuk menadah tangan berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan untuk
menggalas tanggungjawab ini serta dikurniakan para pelajar yang bersemangat untuk menuntut
ilmu.

Terletak di celah-celah pencakar langit metropolitan Kuala Lumpur, aku perlu bertolak awal
ke sekolah untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Aku tidak ingin lewat tiba ke sekolah.
Pelajarku berhak memiliki guru unggul yang boleh menjadi contoh teladan untuk diri mereka.

Tepat jam 8 pagi, aku melangkahkan kakiku masuk ke dalam kelas 4 Bakerara. Pelbagai
ragam dapat kulihat ketika itu. Ada yang sedang berbual, ada yang sedang menyalin jawapan
dari buku rakannya, ada yang tersengguk-sengguk cuba menahan kantuk dan macam-macam
lagi. Aku melebarkan senyuman seraya memberi salam. Semua pelajar berdiri bagi menjawab

15
salamku kecuali seorang pelajar lelaki yang berada di bahagian belakang kelas. Dia langsung
tidak mengendahkan kehadiranku di dalam kelas itu. Kelihatannya dia seperti sedang sibuk
menyiapkan sebuah lukisan. Aku mengarahkan semua pelajar untuk duduk lalu memulakan sesi
perkenalan kerana itu merupakan kali pertama aku bertemu mereka. Kata orang, tak kenal maka
tak cinta. Bagiku, seorang guru yang hebat hendaklah menanam perasaan cinta terhadap para
pelajarnya agar dia dapat mengajar dengan seluruh jiwa raganya.

Tiba kepada giliran pelajar lelaki yang masih sibuk dengan lukisannya tadi, kelas tersebut
sunyi sepi. Semua menanti pelajar tersebut untuk bangun dan menceritakan serba sedikit
mengenai dirinya. Dengan keadaan terpaksa, dia bangun lalu berkata, “Nama saya Hakim
Mustafa. Tiada apa yang menarik tentang diri saya. Ibu bapa saya…hmm saya rasa mereka
tidak wujud, jadi tiada apa yang saya mahu katakan mengenai mereka.” Lalu dia kembali duduk
dan menyambung lukisannya.

Enggan membiarkan suasana beku itu berlarutan, aku mula mengeluarkan bahan bantu
mengajar(BBM) yang telah aku sediakan dengan penuh teliti. Aku menyuruh semua pelajar
untuk memberikan perhatian terhadap proses pembelajaran yang bakal berlaku. Aku
menghembuskan nafas lega apabila Hakim turut menyimpan lukisannya. Mungkin kerana BBM
yang aku sediakan berjaya menarik minatnya. Aku mulakan pengajaranku yang pertama dengan
penuh bersemangat.

Pada jam 10 pagi, aku menamatkan kelas pertamaku untuk memberi hak kepada para
pelajarku untuk berehat. Kelihatan Hakim satu-satunya pelajar yang enggan meninggalkan kelas.
Dia kembali menyambung lukisannya yang tergendala sebentar tadi. Aku memutuskan untuk
menghampirinya. Beberapa langkah lagi untuk aku tiba di mejanya, Hakim menutup buku
lukisannya dengan kasar lalu berlari meninggalkan kelas. Mungkin dia tidak suka aku melihat
lukisannya lalu aku mengatur langkahku ke bilik guru.

Dalam perjalananku ke bilik guru, aku terlihat Hakim sedang menangis di sebalik sebatang
pohon sambil memeluk buku lukisannya. Aku menghampirinya lalu duduk di sebelahnya. Tanpa
memandang wajahku, Hakim berkata, “Cikgu, mak dan ayah saya tak sayang saya. Saya dapat
nombor satu dalam kelas tapi tak ada sesiapa tengok saya naik pentas. Saya sakit di rumah tapi
mak sibuk merawat pesakitnya di hospital. Saya teringin nak bersiar-siar dengan ayah tapi ayah

16
sentiasa sibuk di pejabat. Kalau saya mati, mak dan ayah akan berada bersama saya tak,
cikgu?”

Aku tersentak dengan soalannya. Kasihan sungguh. Anak sepintar dan sekecil ini diabaikan
oleh ibu bapanya sendiri. Aku mengambil masa untuk memberikan jawapan yang sesuai kerana
aku tahu setiap patah kata yang bakal keluar dari mulut seorang guru akan memberi kesan
terhadap pelajarnya sama ada baik atau buruk. Aku berkata, “Hakim, tiada ibu bapa yang tidak
sayangkan anaknya. Ibu dan bapa kamu sibuk kerana ingin memberikan keselesaan kepada
kamu. Kamu tahu apa maksud nama kamu, Hakim?” Hakim menjawab tidak dengan nada yang
kasar. Aku meneruskan bicaraku, “Hakim bermaksud yang bijaksana manakala Mustafa
bermaksud yang terpilih. Jadi, kamu ialah insan yang bijaksana dan terpilih. Kamu terpilih untuk
menerima tekanan sebegini tetapi kamu masih mampu untuk berjaya dalam pelajaran kamu.
Kamu pelajar yang hebat, Hakim. Suatu hari nanti pasti ibu bapa kamu akan bangga terhadap
kamu. Percayalah, kamu adalah permata yang terpilih.” Kelihatannya, Hakim seperti boleh
menerima kata-kataku.

Loceng sekolah berdering kuat menandakan waktu rehat telah tamat. Hakim mengangkat
kepalanya memandangku lalu berkata, “Terima kasih cikgu kerana menganggap saya seperti
permata. Saya akan terus belajar bersungguh-sungguh. Oh ya, dalam buku ini saya lukis
gambar saya bersama mak dan ayah saya kerana kami sudah lama tak ambil gambar bersama.
Buku ini sudah penuh. Kalau sudi, cikgu tolonglah simpan buku ini. Saya pergi dulu, cikgu.”
Hakim bangun lalu meletakkan buku lukisannya di ribaku lalu dia berlari menaiki tangga untuk
masuk ke kelasnya. Hakim hilang dari pandanganku tanpa sempat aku berkata apa-apa.
Kemudian, aku meneruskan perjalananku ke bilik guru.

Setibanya di bilik guru aku terus menuju ke mejaku. Tanpa sempat aku melabuhkan
punggungku di atas kerusi, terdengar satu jeritan di muka pintu bilik guru, “Cikguuuu !!! Hakim
jatuh tangga. Kepala dia berdarah.” Jantungku tiba-tiba berdegup dengan lebih kencang
seakan-akan mahu pecah. Sambil tanganku menelefon ambulans, aku berlari ke tempat
kejadian. Bagai terngiang-ngiang kata-kata Hakim kepadaku sebentar tadi. “Allah, janganlah kau
cabut nyawanya seawal ini. Dia masih belum cukup merasai kasih sayang orang tuanya. Bagilah
dia peluang, Ya Allah.” Aku merintih di dalam hati.

17
Setibanya di tempat kejadian, kulihat seorang guru lelaki telah mendukung Hakim dan dia
sudah tidak sedarkan diri. Baru sahaja guru tersebut ingin meletakkan Hakim di dalam keretanya,
ambulans pun tiba. Aku mengucapkan rasa syukur di dalam hati kerana sekurang-kurangnya
Hakim akan mendapat rawatan dengan lebih cepat. Aku tidak berpeluang untuk mengiringinya
ke hospital kerana masih ada kelas yang perlu aku hadiri pada hari itu.

Habis sahaja kelas pada hari itu, aku terus memecut keretaku ke hospital. Setibanya di
hospital, aku terus pergi ke wad 5 di mana Hakim ditempatkan. Kelihatan seorang wanita berkot
putih duduk di sisi katil Hakim dan seorang lelaki berkemeja biru berdiri di sebelahnya. Aku
mengagak bahawa itulah mak dan ayah Hakim. Aku menyapa mereka lalu memperkenalkan
diriku sebagai guru kepada Hakim. Aku mengeluarkan buku lukisan Hakim yang aku bawa
bersama lalu menyerahkan buku tersebut kepada mereka. Mereka terus menyelak
helaian-helaian buku tersebut. Aku sempat menjeling helaian pertama buku tersebut yang
tertulis, “Permata hati mak dan ayah…Hakim Mustafa.” Helaian-helaian seterusnya penuh
dengan lukisan seorang budak lelaki bersama ibu dan ayahnya. Ada juga helaian yang penuh
dengan perkataan ‘RINDU’. Aku menceritakan kembali apa yang Hakim katakan kepadaku pada
waktu rehat tadi. Kulihat muka ibu Hakim telah basah dengan air mata. Ayah Hakim pula sedang
menahan sebak sambil mengusap-usap bahu isterinya.

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara Hakim memanggil ibunya. Kami semua bergegas ke
arahnya. Ibu dan ayah Hakim terus memeluknya. Aku mengeluarkan telefon pintarku lalu
mengambil gambar mereka. Tanganku menggeletar dan air mataku turut mengalir deras. Tidak
kusangka secepat ini aku dapat membantu Hakim menunaikan hasratnya. Aku menghampiri
mereka lalu memanggil Hakim. “Hakim, cikgu dah tolong ambilkan gambar awak bersama ibu
dan ayah awak. Cikgu dah cakap kan yang mereka sayangkan awak. Awak mesti cepat sihat tau.
Selepas ini bolehlah awak belajar dengan lebih tekun. Cikgu nak ambil gambar awak dengan ibu
dan ayah awak di atas pentas pula.” Hakim mengutuskan senyuman yang sangat manis seraya
berkata, “Terima kasih, cikgu. Cikgulah permata yang terpilih bagi saya. Walaupun ada sikap
saya yang kurang ajar kepada cikgu tadi, cikgu tidak cepat melatah. Maafkan saya cikgu.
Semoga cikgu akan terus menjadi guru unggul di mata semua orang.”

* * *

18
Sesungguhnya hari pertamaku bergelar ‘cikgu’ memberikan satu pengajaran yang besar
dalam hidupku. Anak-anak kecil memerlukan sokongan, dorongan dan kasih sayang daripada
orang sekelilingnya. Sebagai seorang guru, janganlah hanya mendalami ilmu pedagogi sahaja
kerana banyak lagi ilmu lain yang perlu kita penuhkan di dada. Kerana sebenarnya antara ribuan
permata yang disanjung di negara ini, kitalah permata yang terpilih. Terpilih untuk melalui
pelbagai tekanan hebat demi menyinari anak bangsa dengan bekalan ilmu kehidupan di dunia
dan akhirat.

19
Surat Buat Mawar
Hasil karya:
Damia Irdhina bt Ibrahim
damiairdhina@gmail.com

“KRIIIIIIIIINGGGGGGGGGGGGGGGG”

Deringan loceng yang bergema di seluruh kawasan sekolah itu menandakan waktu rehat
bagi murid-murid di Sekolah Kebangsaan Abdul Omar yang terletak di sebuah kampung tidak
jauh dari bandar utama daerah itu. Kelihatan murid-murid berpusu-pusu keluar dari kelas
masing-masing menuju ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Setelah keadaan di
bangunan akademik itu mula reda, kelihatan seorang wanita bertudung yang begitu ayu
melangkah keluar dari sebuah kelas. Langkahnya diatur menuju ke bilik guru dengan penuh
sopan dan lemah lembut. Setibanya dia di sebuah meja yang mempunyai tanda nama ‘Cik
Mawar’, terus diletakkan buku dan bahan pengajarannya di atas meja tersebut sebelum
menghempaskan duduknya ke kerusi. Keluhan lega dilepaskan dengan lembut.

“Macam mana kelas hari ni, Mawar?”, tanya penghuni meja di sebelahnya. “Macam biasalah,
Ani. Tak banyak masalah sangat cuma ada lah dua tiga orang murid tak siapkan kerja sekolah
yang saya bagi“, jawab Mawar dengan tenang dan senyuman. “Mawar masih lagi boleh
bertenang dan tersenyum walaupun dah banyak masalah yang murid-murid Mawar buat. Ani
bangga sangat dengan Mawar “, balas Ani juga dengan sebuah senyuman.

Mawar tergelak kecil dan hanya menggelengkan kepalanya dengan pernyataan Ani, guru
matapelaran matematik di sekolah itu merangkap teman baiknya juga kerana ada sahaja benda
yang hendak dipujinya. Mawar sudah lama mengenali sahabatnya itu sehingga dia sudah lali
dengan pujian yang dilemparkan walaupun kadang-kadang dia merasakan dirinya tidak layak
untuk menerima sebarang pujian.

Tiba-tiba, Mawar teringatkan pesanan arwah ayahnya yang juga bekas seorang guru.
Pesan ayahnya, “Kita ni jadi cikgu, jangan hanya tahu marah-marah. Benar, murid tidak boleh
terlalu dimanja-manja. Murid perlu ditegur dan dibetulkan salah mereka. Tegurlah dengan kasih

20
sayang dan doakanlah mereka berubah menjadi lebih baik. Melepaskan amarah hanya
membuat jiwa kita dan mereka menjadi sakit dan sempit.”

Pesanan itulah yang selalu diingati olehnya ketika berhadapan dengan murid-murid yang
mempunyai pelbagai karenah. Mawar sudah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang
pernah dilakukannya beberapa tahun yang lalu. Matanya terus terarah pada sekeping sampul
surat yang terletak elok di sudut mejanya. Terlakar senyuman kecil yang membawa pelbagai
makna dan perasaan dalam dirinya lalu terus diambil sampul tersebut yang dihadapannya
tertulis ‘Cikguku, Mawar’. Dirinya terus hanyut dengan bayangan peristiwa yang berlaku
beberapa tahun yang lepas. Yusuf, nama yang akan terus berada dalam ingatannya walaupun
jasadnya sudah tiada di bumi ini. Air mata Mawar bergenang setiap kali nama itu terlintas di
mindanya.

* * * * *

“Bangun semua”, ketua kelas 4 Pintar itu terus memberikan arahan sebaik sahaja Mawar
melangkah masuk ke dalam kelas itu. “Assalamualaikum cikgu”, lantang suaranya diikuti oleh 24
orang murid yang lain dalam kelas itu. Mawar menjawab salam yang diberikan sebelum
menyuruh mereka duduk. Memandangkan itu adalah kelas pertama yang dimasuki selepas
bergelar sebagai seorang guru, Mawar begitu bersemangat dan mula memperkenalkan diri dan
bercerita sedikit tentang latar belakangnya kepada murid-murid dalam kelas itu.

Mawar juga mengambil kesempatan itu untuk mengenali murid-muridnya dengan


menanyakan nama seorang demi seorang. Untuk kali pertama, kelasnya berjalan dengan lancar
namun Mawar tidak dapat lagi untuk mentafsir karakter anak muridnya. Mungkin masanya terlalu
awal memandangkan dia adalah guru baharu di sekolah itu dan murid-murid masih cuba untuk
menyesuaikan diri dengannya. Sebulan berlalu, Mawar sudah boleh menyesuaikan dirinya
dengan baik. Murid-murid juga sudah mula selesa belajar dengannya terutamanya kelas 4 Pintar.
Mawar juga telah menghafal semua nama anak muridnya tanpa perlu bertanya kepada mereka.
Dalam pemerhatiannya sepanjang sesi pengajaran yang berlaku, seorang murid lelaki yang
bernama Yusuf telah berjaya menarik perhatian Mawar.

21
Yusuf adalah seorang murid yang agak nakal pada awal pemerhatiannya. Yusuf sering
menimbulkan masalah dalam kalangan rakan-rakannya yang lain. Dia juga sering tidak fokus
terhadap pembelajaran di dalam kelas dan selalu mengacau rakan-rakannya. Apabila diberikan
kerja rumah, Yusuf tidak pernah mahu siapkan dan datang ke sekolah hanya dengan buku yang
kosong dan bersih tanpa ada contengan. Jadi, Mawar bercadang untuk menukar teknik
pengajarannya bagi menarik minat Yusuf untuk belajar. Yusuf berjaya menunjukkan sedikit
perubahan dan menunjukkan minatnya dalam pembelajaran. Mawar yakin bahawa Yusuf adalah
seorang murid yang pintar dan berkebolehan tinggi dalam mencapai keputusan yang cemerlang.

Pada suatu hari, Mawar ingin memeriksa kerja rumah yang diberikan kepada
murid-muridnya. Mawar memeriksa setiap satu buku mereka dan berpuas hati dengan hasil
kerja mereka namun apabila tiba pada buku Yusuf, Mawar sudah dapat agak bahawa Yusuf
tidak siapkan kerjanya. Pada ketika itu, tahap kesabaran Mawar sudah berada di kemuncak. Dia
terus melepaskan kemarahannya terhadap Yusuf dan memberikan hukuman kepada Yusuf di
hadapan rakan-rakannya.

Pada hari tersebut, Mawar pulang ke rumahnya dengan perasaan kecewa. Ayahnya yang
ketika itu berada di ruang tamu dapat mengesan perubahan yang berlaku pada anaknya dan
terus bertanyakan masalah yang dihadapi. Mawar menceritakan segala masalahnya kepada
ayah kesayangan. Namun, pesanan daripada ayahnya telah dapat membuka minda dan hatinya
untuk berfikir ke arah yang positif.

Pesan ayahnya, “Tak semestinya mereka degil bila tak mendengar cakap. Fitrah mereka ini,
dahagakan kasih sayang. Ingat, keikhlasan itu selalu meleburkan keegoan yang terpendam.
Ikhlaskan hati untuk kenali mereka. Kita manusia biasa, memang ya, punya rasa marah bila tak
diikut. Namun, jangan hanya tahu marah-marah. Kemarahan hanya menjauhkan mereka dari
kita, sebaliknya, hikmah mendekatkan dua hati yang saling berjauhan.” Mawar
terangguk-angguk dan membetulkan niatnya menjadi guru hanya kerana mengharapkan redha
Allah SWT semata-mata.

Kemudian, Mawar telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ibu bapa Yusuf.
Setelah tamat sesi persekolahan, Yusuf mengikut Mawar menaiki kereta menuju ke rumahnya.

22
Dalam masa 15 minit, mereka pun tiba di sebuah banglo hijau yang sederhana besar setelah
memasuki beberapa selekoh. Mawar cuba menenangkan hatinya yang gementar apabila
mereka tiba di hadapan pintu rumah Yusuf.

“Pranggg!!!!”

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kaca pecah dari dalam rumah. Mencerlung biji mata
mereka berdua. Mawar terkejut dan panik, tanpa melengahkan masa, dia cuba untuk memasuki
rumah Yusuf kerana bimbang jika ada penceroboh atau pencuri yang telah memecah masuk
rumah Yusuf. Belum sempat Mawar ingin memulas tombol pintu rumah, tiba-tiba ada tangan
yang menggenggam erat tangannya dari belakang dan cuba menarik dirinya daripada membuka
pintu itu. Mawar memusingkan kepalanya memandang ke arah pegangan tangan itu dan berasa
sedikit tenang apabila mendapati Yusuf yang memegangnya.

“Cikgu, jangan buka pintu tu”, ucap Yusuf seraya menggelengkan kepala. Matanya sudah berair
tanda mahu menangis.

Belum sempat Mawar membalas kata-kata anak muridnya itu, sayup-sayup kedengaran
suara orang bertengkar dari dalam rumah. Suara itu semakin kuat menuju ke arah mereka dan
dengan sekelip mata, pintu rumah itu dibuka dari arah dalam. Tersembullah dua wajah, seorang
wanita dan seorang lelaki dengan muka yang bengis. Kedua-dua manusia itu belum perasan
akan kehadiran mereka dan menyambung pertengkaran yang berlangsung. Dengan itu, Mawar
sudah faham akan konflik yang berlaku dalam keluarga Yusuf dan boleh menilai dengan sendiri
mengapa Yusuf bersikap seperti budak nakal di sekolah. Terselit rasa sedih dan simpati
terhadap nasib anak muridnya itu yang baru sahaja berumur 10 tahun namun sudah perlu
berhadapan dengan situasi ini.

Mawar dengan tenang mengeluarkan suara untuk menyedarkan pasangan yang sedang
bertengkar itu dan berjaya menarik perhatian mereka. Kedua wanita dan lelaki itu ternyata
terkejut melihat Mawar dan anak mereka berada di hadapan rumah. Wanita itu merangkap ibu
Yusuf terus menundukkan muka, mungkin berasa malu akan situasi yang baru sahaja berlaku.
Manakala lelaki yang merupakan ayah Yusuf masih terpegun dengan situasi itu.

23
“Assalamualaikum, Encik Aziz dan Puan Jamilah. Saya Puan Mawar, guru kelas Yusuf. Saya
datang nak berjumpa dengan encik dan puan untuk berbincang tentang Yusuf”, Mawar terus
memberitahu tujuannya datang ke rumah itu tanpa menunggu pertanyaan daripada pasangan
itu.

* * * * *

Beberapa minggu selepas perjumpaan Mawar dengan ibu bapa Yusuf, Mawar perasan akan
satu perubahan pada Yusuf. Anak muridnya itu kelihatan lebih ceria dan gembira malah
bertambah aktif ketika datang ke sekolah. Setelah perbincangan yang dilakukan, Mawar
meninggalkan keputusan di tangan ibu bapa Yusuf untuk dinilai dan Mawar yakin pasangan itu
masih sayangkan anak mereka dan telah memilih jalan penyelesaian yang terbaik.

Pada sambutan Hari Guru, Mawar sangat terharu apabila menerima sejambak bunga
mawar sebagai hadiah daripada Yusuf. Dia juga memberikannya sepucuk surat yang ditulis oleh
dirinya sendiri dan telah berjaya membuatkan Mawar menitiskan air mata. Yusuf seorang anak
yang baik dan bijak. Namun, golongan seperti inilah yang lebih disayangi oleh Allah SWT. Pada
tanggal 10 Oktober 2010, Yusuf telah dijemput Ilahi dalam satu kemalangan bersama kedua ibu
bapanya. Yusuf tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala
manakala kedua ibu bapanya selamat menjalani rawatan.

Berita sedih itu tidak dapat diterima oleh Mawar nmun siapalah dia hendak melawan takdir
Sang Pencipta Yang Maha Esa. Anak yang baik seperti Yusuf layak dijemput awal olehNya
kerana telah banyak episod sedih yang berlaku dalam hidupnya walaupun umurnya masih kecil.
“Tenanglah awak di sana Yusuf. Doakan cikgu diberikan kekuatan untuk terus memikul
tanggugjawab sebagai seorang guru. Cikgu sayang awak”, ucap Mawar perlahan dengan
linangan air mata.

* * * * *

Deringan loceng membawa Mawar kembali ke alam reaiti, tanpa disedari pipinya basah
kerana menangis. Dia pun mencapai sehelai tisu dan mngelap wajahnya, lalu meletakkan
kembali sampul itu di sudut mejanya. Dia perlu bergegas untuk ke kelas seterusnya yang akan

24
bermula dalam masa lima minit lagi. Tanpa bertangguh, Mawar dengan semangatnya mengatur
langkah menuju ke kelas 4 Pintar untuk meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa agar
menjadi insan yang berguna, untuk agama, nusa dan negara.

25
Pengorbanan Seorang Guru
Hasil karya:
M.Ganesh
burnjr7@gmail.com

Tujahan cahaya matahari pagi menembusi celah-celah daun dan manik-manik peluh
berlumba-lumba keluar dari permukaan dahi lalu membasahi tubuh Ain yang duduk termenung.
Ain teringat akan arwah ayahnya yang telah meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Fikirannya
melayang jauh sehingga teringatkan ayahnya yang telah mewasiatkan Ain sebuah rumah usang.
Ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau dengan nasihat ayahnya supaya Ain
belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya di dunia dan akhirat serta menjaga
ibunya yang sudah tua. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan tercalit di wajahnya kerana kini
Ain berasa kosong dan hampa kerana hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang.

Fikirannya tiba-tiba dikejutkan dengan laungan namanya dari arah dapur. “Ain! Ain! Mari
tolong ibu susunkan kuih-muih ini ke dalam bakul,” suara ibunya memukul gendang telinganya.
Ain bergegas ke dapur untuk menolong ibunya supaya dapat mengurangkan bebannya sedikit
serba. Kuih-muih itu akan dihantar ke kedai Pak Adam dan separuh lagi akan dijual oleh ibunya
sendiri. Setelah Ain selesai menyusunkan kuih-muih ke dalam bakul, dia telah bersalam
dengan ibunya di mana senyuman mesra terukir di mulutnya. “Ibu, Ain pergi ke sekolah dulu ya,”
kata Ain kepada ibunya. “Baiklah Ain, jaga diri baik-baik,” suara ibu mengandungi seribu derita
yang tidak kesudahan. Ain mengangguk dan telah bertolak ke sekolah.

Dalam perjalanannya ke sekolah, Ain telah singgah di kedai Pak Adam untuk meletakkan
kuih-kuih yang dibuat oleh ibunya pagi tadi untuk dijual. “Assalamualaikum Pak Adam.”
“Waalaikumussalam. Oh! Ain, kuih apa yang kamu bawa hari ini? Pak cik tak sabar nak
dapatkan respons daripada pelanggan,” tanya Pak Adam. “Saya bawa kuih lapis yang sedap
sekali Pak Adam,” suaranya ditinggikan untuk melawan arus hon kereta di jalan raya. “Nanti Ain
datanglah ambil duitnya lepas balik dari sekolah,” kata Pak Adam yang usia separuh abad.
“Baiklah Pak Adam, saya bergerak ke sekolah dulu.”

26
Sampai sahaja di sekolah, Ain terus berjalan ke arah kelasnya 5 Jujur dan telah menuju
ke tempat duduknya. Ain meletakkan beg dan terus menyapa sahabat sejatinya Ziera yang
sedang membaca buku. “Hai Ziera, saya kagum melihat kesungguhan kamu dalam membaca
buku.” “Biasalah Ain, kalau kita rajin membaca buku, banyak ilmu yang akan kita peroleh.
Membaca itu jambatan ilmu,” terang Ziera. “Oh! Patutlah awak gigih membaca buku pada
tiap-tiap hari,”ujar Ain. “Woi Ain pendek !” keluar suara budak yang paling nakal dalam kelas 5
jujur, Haikal. Haikal ini selalu suka kacau orang dan tidak boleh duduk satu tempat. “ Ziera, saya
tak suka lah Haikal ini, hmmm nanti saya nak mengadu dekat cikgu. Siap kau Haikal !” kata Ain
kepada sahabatnya Ziera.

Lima minit kemudian, Cikgu Nurul telah masuk ke kelas untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia tepat pada waktunya. “Baiklah murid-murid semua, hari ini kita akan membuat
karangan mengenai keluarga kamu,” kata cikgu Nurul dengan penuh semangat. Sebelum Cikgu
Nurul memulakan p&p, Ain terus ke meja cikgu dan mengadu pasal Haikal. Cikgu Nurul pun
memberi Haikan satu hukuman iaitu duduk di luar kelas dan belajar untuk sehari itu. “Ain, kamu
semua ini sekarang umur 11 tahun. Ketika ini kanak-kanak seperti Haikal lebih cenderung untuk
bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana Haikal ini
sangat aktif.” “Harap kamu bersabar ye..,” kata Cikgu Nurul kepada Ain untuk menenangkan
fikiran dia. Walaupun, Cikgu Nurul memberi hukuman kepada Haikal seperti itu, namun beliau
ambil berat tentang Haikal untuk memberi penekanan terhadap pembinaan pemikirannya
melalui perkembangan kognitif.

Tiba-tiba kerani dari pejabat telah bergegas datang ke kelas 5 Jujur. “Cikgu, ada tak
murid bernama Ain Binti Afzan?” tanya kerani itu kepada cikgu Nurul dengan kebimbangan
bergayut di wajahnya. Ain berasa serba salah kerana semua murid berpaling kepadanya dan dia
memandang ke arah cikgu Nurul yang sedang berbual dengan kerani yang baru muncul tadi.
“Ain, mari sini. Kuatkanlah azammu untuk menghadapi apa jua rintangan yang menghalangi
kemaraan kamu sekarang.” Segugus debaran menggoncang dadanya. “Kenapa cikgu, berita
apa cikgu?” tanya Ain kepada Cikgu Nurul. “Ain perlu pergi ke hospital sekarang kerana ibu Ain
baru sahaja dimasukkan ke hospital. Cikgu harap Ain dapat bersabar dan tabah mengahadapi
dugaan daripada Tuhan dengan hati yang redha. Cikgu akan ikut Ain,” kata cikgu Nurul dengan
resah dan gusar yang silih berganti.

27
Cikgu Nurul telah segera memberikan latihan untuk anak muridnya sebelum dia keluar dari
kelas. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar cikgu Nurul dan Ain bergegas ke
hospital. Sampai sahaja di hospital, Ain segera ke wad untuk melihat keadaan ibunya yang
sedang sakit. Hatinya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu apabila tengok ibunya
yang terlantar sakit . Tidak lama kemudian muncul seorang doktor dan Ain terus mendapatkan
doktor itu untuk bertanyakan keadaan ibunya. “Doktor bagaimana keadaan ibu saya sekarang?”
memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di wajahnya. “Bersabar dik, ibu adik
dalam keadaan stabil sekarang. Namun demikian, dia menghidap penyakit buah pinggang yang
kritikal dan memerlukan buah pinggang yang baru dengan segera. Kami berharap kami akan
dapat penderma bagi ibu adik dalam masa yang terdekat. Dan buat masa ini, ibu adik perlu
banyak berehat,” kata dotor Suraya.

Mata merenung sayu, hilang seri senyumnya Ain mendengar penerangan doktor Suraya
itu. Di manakah dia hendak mencari penderma buah pinggang untuk ibunya? Soalan itu
bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya. Dua minggu sudah berlalu, ibunya masih dirawat
di hospital. Pada suatu hari, Ain dikejutkan dengan berita yang menggembirakan. Pihak hospital
telah memaklumkan kepada Ain bahawa mereka telah menerima seorang penderma untuk ibu
Ain dan pembedahan akan bermula secepat mungkin. Sinar gembira mengerlip di matanya dan
Ain bersyukur kepada Allah dan berdoa kepadanya mudah-mudahan ibunya sihat serta dapat
menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

Akhirnya, ibu Ain selamat dibedah dan telah selamat dihantarkan ke rumahnya. Ain
meminta kebenaran daripada pihak kospital untuk mengetahui maklumat tentang insan yang
sanggup menderma buah pinggang kepada ibunya tetapi doktor Suraya tidak memberitahu
siapakah insan tersebut kerana ia merupakan peraturan hospital tersebut di mana mereka tidak
boleh mendedahkan identiti penderma tanpa kebenaran mereka. Ketika itu, datang seorang
jururawat yang menyerahkan sepucuk surat kepada Ain secara senyap. Ain segera membuka
surat dan membacanya.

28
Kepada Ain:

Tentu kamu ingin tahu siapa


yang mendermakan buah
pinggang kepada ibu kamu.
Sebenarnya,cikgulah yang
mendermakan kerana cikgu
ada penyakit barah otak
sejak kecil lagi.Cikgu tahu
ajal cikgu sudah tiba sebab
itulah cikgu hendak berbakti
kepada masyarakat dan
anak murid cikgu,sebelum
meninggalkan alam yang
indah ini.Cikgu harap
Ain jangan bersedih,
jaga ibu baik-baik serta
jadilah anak dan murid
yang berjaya di dunia
dan di akhirat.

Daripada : Cikgu Nurul

Juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya setelah membaca surat daripada
cikgunya. “Terima kasih cikgu, atas pengorbanan yang amat bernilai bagi saya. Semoga rohnya
dirahmati Tuhan,” kata Ain selepas selesai membaca surat itu. Ain bertekad untuk belajar
dengan bersungguh-sunggah demi merealisasikan harapan cikgunya.

29
Dari Mata Cikgu
Hasil karya:
Huda Nadhirah binti Hasmadi
hudandhirah@gmail.com

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa meniup dedaunan kering di jalanan merah yang berlopak.
Fahim hanya melihat daun- daun tersebut bertebaran di jalan merah yang mengotorkan kasut
sekolahnya yang sepatutnya berwarna putih tersebut. Perjalanan dari rumah Fahim ke
sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Seri Kemboja mengambil masa selama hampir setengah jam
kerana Fahim hanya berjalan kaki ke sekolahnya.

Oleh sebab itu, Fahim harus keluar awal pagi untuk ke sekolahnya kerana ibu bapa Fahim
hanya mempunyai sebuah basikal sebagai pengangkutan mereka. Itu pun tidak boleh digunakan
oleh Fahmi kerana pekerjaan Pak Mail sebagai penoreh getah memerlukan ayahnya
menggunakan basikal tersebut ke kebun getah di hujung kampung.

“ Kring...kring...” loceng sekolah telah berbunyi menandakan sesi persekolahan


telah bermula. Fahim bergegas ke kelasnya 3 Kekwa setelah nampak guru disiplin di
sekolahnya, Cikgu Kamal berada di depan pintu kelasnya.

“Haihh...dahla datang lewat. Kasut pulak kotor macam ni. Nak kena rotan ke
Fahim? Kamu tahu kan cikgu tak suka murid yang tak kemas macam ni. Esok cikgu nak tengok
kasut ni putih bersih. Faham tak?” kata Cikgu Kamal selepas melihat Fahim dengan kasut
kotornya memasuki kelas 3 Kekwa tersebut.

“ Baik cikgu,”hanya dua patah perkataan itu sahaja yang keluar daripada mulut
kecil kanak-kanak berumur 9 tahun tersebut.

Kelas pada pagi itu adalah kelas Matematik. Cikgu Linda seperti biasa
memberikan latihan terlebih dahulu kepada murid-murid dan berbincang jawapannya selepas
mereka selesai menjawab kesemua soalan yang diberikan. Cikgu Linda akan berjalan dan
memantau aktiviti murid-muridnya di dalam kelas bagi memastikan mereka dapat menjawab
soalan yang diberikan. Fahim pula hanya melihat kertas soalan yang diberikan oleh Cikgu Linda

30
dengan pandangan kosong. Kedudukan Fahim di dalam kelas yang paling akhir dalam kelas
menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang bijak pandai seperti pelajar-pelajar yang lain.
Tambahan pula, Fahim sering ketinggalan pelajaran di dalam kelas disebabkan
ketidakhadirannya ke kelas yang agak kerap. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada sahaja
hari yang dia tidak hadir.

“Fahim, soalan senang macam ni pun tak boleh buat ke?” tanya Cikgu Linda
sambil berhenti di tepi mejanya.

Fahim hanya tertunduk malu. Rakan- rakan di sebelahnya hanya ketawa


mengekek-ngekek kecuali Iman, rakan baiknya. Iman merupakan kawan baiknya sejak Fahim
mula menjejakkan kaki di sekolah tersebut kerana mereka mempunyai satu persamaan.
Mereka suka bermain bola sepak . Mereka sering meluangkan masa bersama di padang
sekolah pada waktu petang. Akan tetapi, mereka berbeza dari segi pembelajaran. Kedudukan
Iman di dalam kelas agak tinggi berbanding Fahim membuatkan Iman lebih pandai berbanding
dia.
Oleh sebab itu,di dalam kelas hal seperti ini sering berlaku kerana
kekuranganFahim dalam pelajarannya. Murid-murid yang lain hanya ketawa dan tidak kurang
juga ada yang mengejeknya atau berbisik-bisik di antara mereka apabila Fahim tidak dapat
menjawab soalan- soalan yang diberikan oleh guru-guru matapelajarannya. Fahim seorang
budak yang baik tetapi disebabkan kekurangannya dalam pembelajaran menyebabkan Fahim
selalu berasa malu dan rendah diri.

Cikgu Alia yang merupakan seorang guru mata pelajaran bahasa Melayu seorang
guru yang sangat baik dan penyayang. Beliau seorang yang sangat komited dengan kerjanya
dan sangat berdedikasi. Dua minggu sebelum masuk bulan lapan, satu mesyuarat antara guru
telah dilakukan di bilik mesyuarat. Mesyuarat tersebut dilakukan bertujuan untuk
membincangkan tentang prestasi murid-murid sekolah SK Seri Kemboja berdasarkan
keputusan peperiksaan pertengahan pada bulan lepas.
Dalam perbincangan tersebut, didapati terdapat seramai sepuluh orang pelajar
dari darjah tiga yang mempunyai keputusan yang kurang memuaskan iaitu sekurang-kurangnya
satu E dalam satu subjek. Hal ini menunjukkan terdapat banyak lagi subjek yang lebih rendah
markahnya. Fahim pula sudah pasti tersenarai dalam sepuluh orang pelajar yang lemah dari
segi akademik itu.

31
“Dalam ramai-ramai pelajar, Fahim lah yang mendapat keputusan peperiksaan
yang paling teruk. Kelima-lima subjek dia gagal,” kata Cikgu Adli selaku Guru Hal Ehwal Pelajar
Sekolah Kebangsaan Seri Kemboja.

“Fahim tu saya rasa dah tak ada harapan nak ditolong lagi cikgu. Kelas pun
banyak tinggal. Memang macam tu la keputusan yang akan dia dapat,” Kata seorang cikgu
lelaki bermisai lebat.

“Saya pun rasa macam tu juga cikgu. Nak belajar pun malas. Golongan seperti
mereka akan melambatkan proses pembelajaran dan pengajaran sekolah kita,” tambah cikgu
yang sedikit berbadan gempal.

“Macam nilah. Saya serahkan kepada Cikgu Alia untuk mengambil tindakan
seterusnya mengenai masalah ini. Prestasi murid kita perlu dipertingkatkan demi sekolah dan
diri murid itu sendiri,” kata Cikgu Adli.

“Kalau macam tu baiklah cikgu. Saya akan usahakan untuk menangani masalah
ini,” jawab Cikgu Alia.

Fahim berjalan menuju ke kantin dengan perasaan sangat gembira seperti


anak-anak kecil yang lain yang sudah semestinya senang hati apabila ingin mengisi perut
mereka yang kelaparan. Bezanya di sini, Fahim membawa bekalan makanannya sendiri yang
dibekalkan oleh ibunya, Mak Leha pada setiap pagi iaitu nasi berlaukkan ikan masin dan kicap.
Sedang Fahim berjalan menuju ke kantin, dia disekat oleh sekumpulan pelajar darjah lima di
tepi blok.

“Wah...Fahim. Apa kau bawa tu? Macam sedap je,” ucap seorang budak yang
agak tinggi daripadanya.
“Laa nasi dengan ikan masin je?Dahla nasi seciput. Mana kenyang macam ni,”
kata seorang budak yang bernama Firdaus itu selepas merampas bekalan makanan Fahim.

“Takpe disebabkan aku baik hari ni aku bagi je kau makan nasi ni eh,” sambung
Firdaus itu lagi sambil memberikan bekas itu balik. Akan tetapi, sebelum sempat Fahim

32
mengambil bekas itu, Firdaus sudah terlebih dahulu melepaskan pegangannya menyebabkan
bekas itu jatuh dan tertumpah isinya.

Mereka tanpa rasa serba salah pergi meninggalkan Fahim sambil ketawa
mengejek. Fahim hanya terdiam sebelum tunduk mengutip kembali bekas dan sisa makanan
yang tertumpah untuk dibuang. Nasi yang tinggal hanya sedikit di dalam bekas dan Fahim tetap
makan jua apa yang tinggal untuk mengalas perut yang lapar. Dari jauh, segala kejadian tadi
diperhatikan oleh sepasang mata yang hanya diam kerana memikirkan sesuatu yang perlu
dilakukan olehnya.

Pada keesokan harinya, Fahim dipanggil ke bilik Cikgu Alia mengenai keputusan
peperiksaannya yang rendah itu.

“Fahim, cuba kamu baca perkataan ini di depan cikgu,’ kata Cikgu Alia selepas
Fahim mengambil tempat di hadapannya.

Fahim terpinga-pinga kerana menyangka dirinya akan ditengking disebabkan


keputusan yang rendah walaupun dia tahu Cikgu Alia seorang yang baik. Namun, Fahim hanya
memberikan pandangan yang kosong seperti yang selalu dilakukan apabila cikgu-cikgu
subjeknya menyuruh dia menjawab soalan atau membaca. Disebabkan Fahim hanya berdiam
diri, Cikgu Alia mula bersuara.

“Fahim, tadi cikgu nampak Firdaus dengan rakan-rakannya buli kamu. Kenapa
kamu tak beritahu cikgu?” tanya Cikgu Alia.

“ Tak apa cikgu. Lagipun mereka tak pukul saya pun,” jawab Fahim.

“Eh, tak boleh macam tu Fahim. Ni pun dipanggil buli juga. Tak semestinya kena
pukul dulu baru dipanggil buli.. Cikgu tak suka kamu berdiam diri macam tu lagi. Kalau hal lagi
teruk terjadi pada kamu lagi macam mana? Kalau mereka buat macam tu lagi kamu beritahu
cikgu cepat- cepat.” kata Cikgu Alia.

“Baik cikgu,” jawabnya dengan perlahan.

33
“Bagus. Lagi satu, cikgu nampak kamu macam tak boleh membaca. Betul ke?
Cuba jawab dengan jujur. Tak apa cikgu tak marah pun,” kata Cikgu Alia.

“Tak boleh cikgu. Mengira pun sama,” jawab anak kecil itu.

“Hmm...kalau macam tu, cikgu akan masukkan kamu ke kelas pemulihan.


Sekarang cikgu nak kamu balik nanti beritahu ibu bapa kamu yang kamu akan masuk ke kelas
pemulihan. Nanti dalam kelas itu cikgu yang akan ajar kamu dengan sembilan orang pelajar lain
lagi,” terang Cikgu Alia lagi. Fahim hanya mendengar dan mengangguk.

Selepas dimaklumkan tentang perkara tersebut kepada ibu bapa Fahim, Cikgu
Alia menyediakan surat dan segala yang diperlukan dalam proses kemasukan Fahim ke kelas
pemulihan yang di bawah program LINUS. Program LINUS adalah singkatan dari
Literacy&NumeracyScreeningyang melibatkan murid-murid sekolah rendah yang normal yang
mempunyai masalah pembelajaran yang teruk seperti tidak boleh membaca dan mengira.
Sebelum dimasukkan ke dalam kelas pemulihan, murid akan terlebih dahulu dibawa ke hospital
untuk diperiksa untuk mengetahui sekiranya murid mempunyai masalah dengan otaknya atau
mempunyai penyakit seperti disleksia.

Cikgu Alia memainkan peranannya sebagai program LINUS dan mengajar


mereka dengan tumpuan yang lebih banyak kerana perkembangan kognitif mereka lebih
lambat berbanding murid-murid normal yang lain. Hal ini mungkin disebabkan, faktor genetik,
persekitaran atau pemakanan kanak-kanak itu sendiri dan Fahim merupakan salah satu
daripada golongan tersebut.

Proses pembelajaran di dalam kelas tersebut lebih tertumpu pada pelajar kerana
fokus utama program ini untuk memastikan pelajar mampu menguasai kemahiran 3M iaitu
membaca , menulis dan mengira seperti mana yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan
di negara kita. Setelah beberapa bulan dimasukkan ke program tersebut, Fahim mula
menunjukkan keputusan yang agak memberangsangkan. Dia sudah mula mengenal huruf dan
sedang dalam proses membaca dan mengira.

34
Dia sedar yang dirinya sangat lemah dalam pembelajaran dan tetap berusaha
untuk mengatasi masalah tersebut ditambah dengan sokongan dan tunjuk ajar daripada Cikgu
Alia yang sabar dalam mengajar murid-murid di dalam kelas tersebut. Beliau juga yakin
murid-murid di dalam kelasnya merupakan golongan yang istimewa kerana dilahirkan dengan
kekurangan seperti itu, ingatan yang lemah dan lambat dalam proses pembelajaran.

Oleh sebab itu, beliau memberikan tumpuan dan fokus yang lebih kepada mereka
serta berusaha menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan menarik kepada
mereka.Fahim juga sudah mula mempunyai keyakinan untuk datang ke sekolah dan jarang
tidak hadir ke sekolah kecuali sakit.

Peningkatan Fahim dalam pembelajaran menunjukkan bahawa murid-murid seperti mereka


hanya perlu tumpuan yang lebih berbanding pelajar-pelajar lain kerana kekurangan dan
kelemahan mereka.

35
Sepucuk Surat Buat Cikgu

Hasil karya:
Muhamad Izzuddin bin Zulkefle
izzddnzlkfl@gmail.com

Angin laut yang menghembus seperti ingin menghembus ke telingaku membuatku terjaga
daripada mimpi. Mimpi yang sama lagi yang hanya mampu menjadi impianku dalam tidur
malamku iaitu memegang segulung ijazah dengan didampingi oleh keluarga tersayang. Pagi ini
tidak seperti biasanya, hujan lebat membasahi bumi. Biarpun hujan, bapaku tetap membanting
tulang empat kerat, mengerah tenaga dan keringat untuk turun ke laut bagi menangkap ikan.

Pada waktu petang, bapa pasti akan membawa pulang habuan buat kami sekeluarga.
Begitulah rutin harian bapaku. Teratak ku ini bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan
orang lain. Aku hanya mampu termenung sambil melihat kudrat dan jasadnya bertarung nyawa
bagi mencari sesuap nasi buat seisi keluarga. “Kais pagi, makan pagi, kais petang makan
petang.” Aku merengus kecil sampai menggapai tuala lalu berjalan ke bilik air yang sudah bocor
atapnya.

Seperti biasa, aku akan berjalan kaki ke hujung kampung untuk menjual komik hasil tulisanku
sendiri untuk membantu meringankan beban bapaku. Pada ketika itu, aku berasa sangat
seronok kerana mendapat wang hasil jualan itu dan tidak pernah bermimpi untuk melanjutkan
pelajaran di sekolah. Namun begitu, apabila mencecah usia dua belas tahun, aku sudah mula
bergaul dengan rakan-rakanku yang sering membeli komik hasil tulisanku. Sejak itu, aku
menyimpan hasrat untuk bersekolah seperti mereka.

Apabila matahari terpacak di atas kepalaku, kedengaran sorakan riuh-rendah murid-murid


pulang dari sekolah, aku pasti akan setia melangut di hadapan jendela sambil menghadap jalan.
“Alangkah indahnya jika aku dapat belajar seperi mereka.” bisik hati kecilku. Pada suatu hari,
aku bertekad untuk pergi ke sekolah. Aku tahu bapaku tidak mampu untuk membiayai yuran
sekolahku kerana keadaan sosioekonomi kami yang mempunyai rantaian kemiskinan yang tidak
dapat dileraikan lagi. Oleh sebab rumahku yang berada di pedalaman hutan, kami agak susah
untuk mendapatkan sebarang bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

36
Walau bagaimanapun, dengan keazaman yang tersemat di jiwaku, aku gagahkan diri juga
untuk curi-curi dengar semasa sesi pembelajaran diadakan. Aku duduk di luar kelas tahun enam
berhampiran dengan tingkap kelas. Kehadiranku tidak pernah disedari oleh sesiapa. Aku hanya
mampu mendengar dan melihat sahaja. Aku masih tidak pandai untuk menulis biarpun menulis
nama sendiri. Sehingga suatu hari itu, seorang lelaki menyapaku dari belakang. “Jom masuk
kelas?”. Aku terdiam dan terus berlari pulang ke rumah. Cikgu lelaki tadi hanya merenungku dari
jauh dan tersenyum melambai tangan ke arahku.

Pada malam itu, aku ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib, kelihatan sosok
badan yang pernah kukenali di tempat ‘wudhu’ surau. Aku memerah otakku untuk mengingat
kembali siapakah gerangan lelaki tampan itu, namun tidak berjaya. Setelah selesai menunaikan
solat fardhu maghrib, aku bersalaman dengan orang itu. Dia memegang lama tangan ku dan
menatap wajahku lalu bertanya kepadaku “Kenapa kamu lari tempoh hari? Esok cikgu tunggu
kamu di sekolah, ya”. Mulai saat itu, aku mengenali beliau sebagai Cikgu Azhar.

Cikgu Azhar merupakan cikgu yang sangat aku kagumi. Beliau sangat bermurah hati
dengan membantuku dalam persekolahanku. Pada hari pertama persekolahanku, Cikgu Azhar
memperkenalkan dengan rakan-rakanku di sekolah. “Ini Kamil, murid baru dalam kelas ini.” Aku
disuruh duduk dengan rakan-rakanku yang sudah kukenali iaitu mereka yang sering membeli
komik denganku. Pada setiap waktu rehat, Cikgu Azhar akan memberikan bekal makanan yang
sudah siap dimasak dari rumahnya oleh isterinya.

Beliau juga telah memasukkan namaku di dalam murid yang layak untuk menerima bantuan
kewangan. Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat membeli kelengkapan sekolah yang baru
untuk meneruskan persekolahan. Genap sebulan aku bersekolah di situ, aku sudah mula dapat
menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Rakan-rakan sekelasku
juga sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk membantuku. Guru-guru di sekolah juga
sering bertanyakan pelajaran yang tidak aku fahami agar aku tidak ketinggalan seorang diri. Aku
juga sering melakukan persiapan degan membuat latihan pengukuhan untuk menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun darjah enam tidak lama lagi.

37
Walaupun begitu, malang tidak berbau. Pada suatu hari, semasa aku ingin melintas jalan,
sebuah mototsikal RXZ meluncur laju ke arahku. Tiba tiba aku berasa dunia menjadi gelap lalu
terus tidak menyedarkan diri. Apabila aku terjaga, aku sudah berada di hospital sambil ditemani
oleh bapaku yang sedang menangis teresak-esak di penjuru katil. Aku melihat Cikgu Azhar yang
tidak jemu membincangkan tentang kesihatanku dengan doktor-doktor yang merawatku di situ.
Ternyata, keadaanku sangat kritikal kerana kakiku tidak dapat bergerak. Aku meraung apabila
mendengar berita yang dikhabarkan oleh doktor. Cikgu Azhar datang memelukku sambil
membisik ke telingaku “Saya janji akan sentiasa membimbing kamu sehingga kamu berjaya”.
Bisikan itu telah membuat hatiku yang gundah-gulana menjadi sedikit lega.

Sejak hari itu, aku tidak pergi lagi ke sekolah kerana kekurangan kesihatan yang dialami
olehku. Aku sering menangis apabila mengenangkan nasibku. Walaupun begitu, aku sering ke
hospital untuk menjalankan fisioterapi kaki. Walaupun begitu, aku berasa sangat bersyukur
kerana dianugerahkan seorang guru yang berhati mulia dan sangat unggul keperibadiannya.
Cikgu Azhar akan berkunjung ke rumahku setiap petang untuk mengajar dan membawa latihan
untukku kerana peperiksaan tahun enam iaitu Perlaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)
akan menjelang tidak lama lagi.

Guru-guru yang lain juga turut mengirim bahan pembelajaran kepadaku untuk
mengulangkaji di rumah. Pada hari peperiksaan berlangsung, aku pergi ke sekolah dengan
meggunakan kerusi roda untuk menduduki peperiksaan. Terngiang-ngiang di telingaku suara
yang mengejekku dari belakang. “OKU…OKU”. Aku berasa sedikit sedih dengan ejekkan
tersebut namun sedikit pun tidak melunturkan semangatku yang berkobar-kobar.

Akhirnya, pada hari keputusan peperiksaan diumumkan, aku merupakan salah seorang
murid yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang peringkat negeri dan mendapat
tajaan penuh untuk menyambung pelajaran ke asrama penuh. Air mata kegembiraan menitis di
pipi bapaku dan juga Cikgu Azhar. Aku dan bapaku pergi berjumpa dengan Cikgu Azhar untuk
mengucapkan terima kasih dan air mata mengalir di pipiku semasa memeluk erat tubuh Cikgu
Azhar kerana aku tahu masa aku untuk bersekolah dan belajar dengan beliau sudah tamat. Aku
akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah tidak lama lagi.

38
Aku menyeka air mata sambil mengeluarkan sepucuk surat untuk diserahkan kepada Cikgu
Azhar. Di hadapan surat itu, terdapat tulisan tanganku. Selepas beberapa tahun, kini aku ialah
salah seorang guru di salah sebuah sekolah perkampungan orang asli di Tawau, Sabah. Hasil
daripada tunjuk ajar dan teladan daripada Cikgu Azhar, aku berjaya menjadi seorang guru bagi
membentuk keperibadian dan sahsiah murid seperti idolaku, Cikgu Azhar kerana aku percaya
seorang murid yang berjaya lahir daripada guru unggul yang berkualiti.

39
Apakah Aku Sedar?
Hasil karya:
Muhammad Siddiq bin Zahari
siddiqzahari49@gmail.com

Cerita pendek ini didedikasikan kepada seluruh guru dan tenaga pengajar di dunia ini. Di sini
aku ingin menceritakan kisah dan pengalaman aku sebagai seorang pendidik di sebuah
sekolah yang membawa titik kesedaran bagi aku sebagai seorang guru.

Sekolah itu dibangunkan di sebuah bandar yang pesat membangun. Tidak asing seperti
sekolah lain, sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai. Terkenal dengan
bangunan dan infrastrukturnya yang lawa dan tersusun. Mempunyai pelajar-pelajar yang
terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan latar belakang masing-masing yang kita tidak ketahui.
Begitu juga dengan guru-guru yang turut mengajar disitu.

Tetapi disebalik keindahan itu semua, sekolah itu juga turut mempunyai
pelajar-pelajar yang bermasalah. Tertulisnya aku cerita pendek ini bukanlah untuk
menceritakan panjang lebar tentang sejarah dan asal usul sekolah ini tetapi aku ingin
menceritakan tentang satu peristiwa istimewa yang memberi kesan mendalam terhadap
kehidupan aku sebagai seorang guru.

Aku merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Mempunyai nasib
yang sama seperti guru-guru yang lain, aku juga diberikan jadual waktu yang agak padat.
Lebih memeritkan apabila aku juga perlu mengajar kelas yang agak belakang. Tetapi aku
tetap mengajar dengan rela kerana itu adalah amanah yang perlu dipikul oleh aku sebagai
seorang guru.

Cerita ini bermula pada tahun 2014 dimana aku diminta untuk mengajar satu kelas
pelajar tingkatan lima. Kelas itu merupakan kelas terakhir daripada 4 buah kelas tingkatan
lima yang lain. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di kelas itu kurang berkebolehan
dalam pembelajaran.

Aku terima seadanya tugas dan tanggungjawab ini. Seperti hari-hari yang lain, aku
masuk ke kelas meraka seperti biasa pada suatu hari. “Semua bangun. Selamat pagi cikgu!”,
ucapan itu diucap oleh ketua kelas kemudian diikuti oleh murid-murid kelas yang lain.

40
“Selamat pagi semua. Boleh duduk” , balas aku. Kemudian aku meneruskan kelas aku
seperti biasa. Tetapi sebelum memulakan pembelajaran, aku memulangkan semula terlebih
dahulu kertas soalan peperiksaan bulanan kepada mereka. “Hari ini saya akan
memulangkan semula kertas peperiksaan bulanan kamu dan kebanyakan daripada kamu
gagal.” kata aku kepada mereka semua.

Aku memanggil nama seorang demi seorang untuk datang mengambil kertas
peperiksaan mereka sehinggalah apabila sekumpulan murid yang juga merupakan murid
kepada kelas tersebut datang dan terus menerjah masuk ke dalam kelas dan terus pergi ke
tempat duduk mereka tanpa menghiraukan aku yang berada di hadapan kelas. “Muiz, Ameer
dan Zalaily, adakah kamu semua tidak nampak saya berada di hadapan kelas?” tanya aku
kepada mereka seolah-olah hendak memerli. “Kenapa? Cikgu ada masalah dengan
kami?” ,balas mereka kepada aku dengan nada yang agak tinggi. “Cikgu tidak ada masalah
tetapi kamu semua yang mempunyai masalah. Keputusan kamu semua dalam subjek ini
masih lagi gagal. Macam mana kamu semua boleh gagal lagi?” tanya aku kepada mereka
dengan nada yang sedikit tegas.

Tetapi tanpa disangka-sangka aku menerima satu jawapan yang sangat mencabar
kesabaran aku. “Cikgu tanya kenapa kami gagal? Kami gagal sebab cikgu yang gagalkan
kami!” herdik mereka. Kadang-kadang, aku memang terasa dengan perangai murid-murid ini.
Tetapi amanah sebagai seorang guru itu lebih penting daripada perasaan terasa ini.

Hari demi hari berlangsung dan tibalah peperiksaan bulanan yang seterusnya iaitu
Peperiksaan Bulan April. Pada peperiksaan kali ini juga sama seperti peperiksaan
sebelumnya, aku menangkap mereka meniru. Alasan yang diberikan kepada aku adalah
supaya mereka tidak gagal lagi dan supaya aku tidak akan dipanggil oleh guru panitia
disebabkan mereka selalu gagal. Murid-murid aku akan menduduki peperikasaan SPM pada
tahun ini dan tugas aku sebagai seorang guru bukan sahaja untuk mengajar subjek-subjek
umum malah, guru juga harus mengajar muridnya untuk berlaku amanah seperti berlaku
amanah di dalam peperiksaan.

Oleh itu, aku memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Tetapi,
tak semua pelajar mudah dibentuk walaupun dihukum berkali-kali kerana sesetengah
mereka terlalu degil contohnya seperti pelajar-pelajar didalam kelas itu. Peperiksaan bulan
Mei juga mereka masih lagi meniru begitu juga dengan peperiksaan bulanan yang

41
seterusnya. Selagi mereka tidak serik meniru, selagi itulah aku terus menghukum mereka
kerana aku yakin hukuman ini dapat membuang degil mereka suatu hari nanti.

Keputusan Peperiksaan Bulan September telah keluar dan mereka masih lagi gagal.
“Secara keseluruhan saya masih lagi tidak puas hati dengan keputusan kamu semua.
Hampir 80% daripada kamu masih lagi gagal. Oleh kerana peperiksaan besar sudah dekat,
saya akan mengambil langkah drastik. Siapa yang gagal untuk peperiksaan bulanan yang
seterusnya iaitu Peperiksaan Bulan Oktober, saya akan sebat kamu dengan rotan.” tegas
aku. Aku diugut oleh pelajar-pelajar aku untuk melaporkan perkara tersebut kepada ibubapa
mereka. Aku tahu sesetengah daripada mereka, ada ibubapanya yang bekerja sebagai
seorang peguam, polis dan sebagainya tetapi aku tidak peduli.

Tugas seorang guru bukan sahaja untuk mengajar malah guru juga kena belajar
menerima ugutan. Aku tahu murid-murid aku bukanlah jahat. Mereka hanya nakal. Tapi aku
tetap bersabar kerana aku mendukung aspirasi sebagai seorang guru iaitu menjadikan
murid-murid aku orang yang berguna pada masa akan datang. Ada waktu kasut aku dibuang
sebelah sehingga aku terpaksa berkaki ayam sebelah ke kelas. Ada juga waktu kereta aku
diconteng, disepak, dicalar dan dibaling telur oleh pelajar-pelajar aku sendiri. Tapi aku cuba
endahkan semua itu.

Hari peperiksaan Bulan Oktober pun telah tiba. Ada yang tidur, ada yang macam tahu,
tetapi tidak tahu apa-apa, dan ada yang termenung sepanjang masa. Ragam-ragam inilah
yang sentiasa berulang sewaktu setiap kali peperiksaan. Aku juga telah mengubah
kedudukan mereka sewaktu peperiksaan supaya mereka tidak boleh meniru lagi antara satu
sama lain.

Beberapa hari berlalu dan keputusan Peperiksaan Bulan Oktober telah pun keluar.
“Saya amat kecewa dengan prestasi kamu semua. Macam biasa kebanyakan daripada kamu
gagal. Jadi macam yang saya cakap sebelum ini, saya akan sebat kamu semua dengan
rotan.” , beritahu aku kepada mereka, “Cikgu, sekali cikgu rotan saya, saya akan terus call
ayah saya!”, tegas Muiz yang cuba memberontak. Kemudian aku mengajukan satu soalan
kepada mereka semua. “Kamu semua tahu kenapa kamu semua gagal?”. Mereka hanya
mendiamkan diri.

Tanpa membuang masa aku mengangkat tangan aku dihadapan Muiz sebagai
isyarat kepada dia untuk bersedia dirotan. Dia kemudian mengangkat tangannya dengan
reaksi muka yang penuh dengan perasaan dendam dan marah. Aku tahu. Apabila tangannya

42
sudah diangkat pada paras dadanya, aku terus mengangkat rotan aku setinggi yang mungkin
untuk melepaskan satu libasan. Pada waktu yang sama juga aku mendengar beberapa
orang murid berkata “habislah cikgu ni, memang dia cari nahas betul.” Segala ugutan-ugutan
yang dilemparkan kepada aku sebelum ini juga terngiang-ngiang di dalam kepala aku pada
waktu itu.

Tetapi apakan daya. Aku tetap perlu teruskan apa yang telah aku cakap. Rotan sudah
berada di paras yang tertinggi. Muiz juga sudah bersedia untuk menerima libasan rotan dari
aku dengan riak wajah yang sombong dang menyampah. Tanpa melengahkan masa, aku
melepaskan satu libasan yang kuat. Aku kemudian meneruskan libasan rotan aku tanpa
henti. Aku libas, libas dan terus melibas. Mereka yang lain terkejut dengan perbuatan aku. Ini
kerana libasan yang dibuat bukanlah pada tangan Muiz. Tetapi pada tapak tangan aku
sendiri. Aku melibas tanpa henti sehingga menampakkan kesan libasan pada telapak tangan
aku.

Muiz juga tecengang dengan perbuatan aku itu. Betul-betul dihadapan Muiz aku
melakukan perbuatan tersebut. Mereka semua tertanya-tanya kenapa aku bebuat
sedemikian sedangkan pada asalnya aku ingin merotan Muiz. “Cik….cikgu, kenapa cikgu,,,,”
Muiz cuba melemparkan soalan kepada aku dengan nada yang agak serak dan sedikit
gagap tetapi belum sempat dia menghabiskan soalannya, aku terus mencelah.

“Tugas sebagai seorang guru bukanlah hanya untuk mengajar malah, untuk mendidik.
Kalau kamu ada masalah selain belajar, sudah menjadi tanggungjawab cikgu untuk
mengambil tahu dan cuba untuk selesaikannya. Kalau kamu gagal di dalam peperiksaan,
itupun merupakan tanggungjawab cikgu untuk ambil tahu. Kamu gagal di dalam peperiksaan
bukanlah sebab cikgu yang gagalkan kamu, tetapi sebab cikgu sebagai seorang guru telah
gagal untuk mendidik kamu dan membuka potensi kamu sebagai seorang pelajar yang bijak.
Cikgu minta maaf.”,

Sebenarnya, sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab aku untuk


mengajar dan mendidik. Kadang-kadang kekerasan seharusnya tiada kerana perasaan
dendam akan lahir. Kita harus menasihati mereka dan biarkan mereka faham kenapa
sesuatu perkara itu tidak boleh dilakukan. Menghukum bukanlah beerti memalukan atau
menyakitkan tapi adalah untuk mengajar. Itulah kesedaran yang aku peroleh apabila aku
mengajar pelajar-pelajar ini.

43
Sejurus selepas itu, mereka semua meminta maaf pada aku dan berjanji untuk cuba
mengubah kehidupan mereka bukan sahaja untuk aku tetapi untuk kebaikan diri mereka
sendiri. Itulah kisah yang mengubah persepsi aku dan watak aku sebagai seorang guru.

Aku tahu bahawa banyak lagi yang aku perlu pelajari walaupun aku telah bekerja
sebagai seorang guru. Dan aku percaya bahawa sebenarnya murid-murid aku juga telah
berjaya mengajar aku apa erti sebenar mengajar dan mendidik.

Aku tidak putus-putus berharap dan berdoa pada Allah agar pada suatu hari nanti
mereka semua berjaya menjadi seorang yang hebat dan berguna dalam masyarakat.

44
Pengalaman Adalah Guru Terbaik
Hasil karya:
Norazmira binti Norhakim
norazmiramira991214@gmail.com

“Aduh, penatnya jadi cikgu ni!”, keluh Mira setelah tamatnya sesi persekolahan pada hari
Jumaat. Mira merupakan seorang graduan ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang
Matematik. Sudah genap seminggu Mira ditugaskan di sekolah barunya. Mira telah
ditugaskan sebagai guru kelas 1 Cakna. Hari-hari yang dilaluinya di sekolah dirasakan cukup
menyeksakan. Memandangkan Mira merupakan guru baru, ramai guru lain yang mengambil
kesempatan terhadapnya dengan menyerahkan pelbagai tugas kepadanya. Bukan itu sahaja
yang membuatkan Mira runsing, tetapi juga perihal murid kelasnya yang tidak terkawal. Mira
akui bahawa semasa dia di Universiti dahulu dia telah dilengkapi dengan pelbagai ilmu
pendidikan oleh pensyarahnya. Pelbagai teori-teori telah dipelajarinya, namun tiada satu pun
yang boleh dia manfaatkan dek gelagat pelajar kelasnya yang sukar diramal. Ketika Mira
sedang asyik melayan perasaannya, dia disapa oleh seorang guru yang sudah lama
mengajar di sekolah tersebut.

“Kenapa cikgu nampak serabut ni?” soal Cikgu Aini. “Saya sebenarnya tengah stress
dengan murid-murid kelas saya tu. Semuanya nakal-nakal. Bukan itu je, apa yang saya ajar
pun mereka tak boleh ikut”, balas Mira sambil memicit-micit kepalanya. “Hahaha, biasalah tu
cikgu, budak-budak”, kata Cikgu Aini sambil diselangi tawa. “Hari Isnin depan cikgu free tak?”,
tanya Cikgu Aini. Mira langsung memberitahu bahawa dia hanya ada kelas selepas waktu
rehat. Cikgu Aini lantas menyuarakan hasratnya untuk membawa Mira melawati sekolah itu
memandangkan Mira masih baru di situ. Mira hanya bersetuju dengan cadangan Cikgu Aini
itu.

Seperti yang telah dijanjikan, hari Isnin pun tiba.

Cikgu Aini menunjukkan selok-belok sekolah dengan teliti kepada Mira. Setelah itu,
Cikgu Aini membawa Mira melihat gelagat pelajar-pelajar kelas lain dengan tujuan
memperoleh tips mengendali kelas dengan berkesan. Kelas pertama ialah kelas Bahasa
Melayu. Mira sangat terkejut melihat semua pelajar daripada kelas tersebut bersemangat

45
dan mampu fokus semasa dalam kelas. Rupanya, guru dalam kelas tersebut telahpun
mengenakan pakaian seperti pari-pari semasa menceritakan kisah dongeng kepada pelajar
kelasnya. Mira melihat dengan kekaguman dengan cara menarik yang digunakan oleh guru
tersebut. “Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sudahpun boleh difahami oleh semua
pelajar, tidak perlulah kita (guru) tekankan penggunaannya, Melalui penceritaan, murid
bukan sahaja dapat mempelajari teknik penulisan yang baik malahan pelajar juga dapat
mengetahui hikayat pelbagai kaum di Malaysia.” kata Cikgu Aini pada Mira dengan bangga.

Setelah itu, Cikgu Aini membawa Mira ke kelas Sains pula. Kelas tersebut sedang
mempelajari proses fotosintesis. Ketika melakukan eksperimen, guru kelas tersebut
menggalakkan para pelajar membuat hipotesis mereka sendiri dan menjalankan eksperiman
bagi membuktikan hipotesis mereka. Eksperimen biasa yang dijalankan di sekolah, iaitu
eksperimen menanam biji kacang dilakukan. Ada pelajar yang tidak menyiram biji kacang
mereka, ada yang meletakkan biji kacang jauh daripada cahaya matahari dan ada juga yang
cuba menguji adakah minyak dapat digunakan untuk menyiram tumbuhan kacang. Kelihatan
wajah para pelajar berseri-seri mengharapkan pokok-pokok kacang mereka tumbuh dengan
subur. Mira lantas ketawa melihat gelagat pelajar-pelajar kelas tersebut yang tidak
sabar-sabar menunggu biji kacang mereka mengeluarkan tunas.

Mira akui bahawa melalui pendekatan sebegitu, para pelajar dapat mempelajari daripada
kesilapan dengan menggunakan akal fikiran mereka sendiri. Mira berpendapat bahawa,
pelajaran tersebut bakal menjadi suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mematangkan
mereka. Selain itu, guru kelas tersebut juga menyuruh para pelajarnya untuk melaksanakan
suatu tugasan yang menguji sikap kerjasama murid-murid ini. Kelas itu dibahagikan kepada
tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugas yang tersendiri. Kumpulan pertama,
kedua dan ketiga masing-masing ditugaskan untuk menanam sejenis sayuran, menjaga
seekor ikan dan membela seekor arnab. Mira dapat membayangkan bagaimana keadaan
murid-murid tersebut nanti. Mereka pasti bergaduh tetapi itu merupakan fasa untuk mereka
mengenali dan memahami antara satu sama yang lain.

Seterusnya, kelas Matematik. Memandangkan Mira merupakan seorang guru Matematik,


dia berasa sangat teruja untuk melihat bagaimana untuk mengendalikan kelas. Mira berasa
terkejut apabila sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seperti permainan.
Para pelajar dilengkapi dengan duit mainan dan seluruh kelas menjadi seperti sebuah
bandar yang terdiri daripada pasaraya, taman perumahan, tadika dan hospital. Berbekalkan
duit yang ada itulah para pelajar gunakan untuk melangsungkan kehidupan di ‘bandar kecil’

46
mereka itu. Kedengaran celoteh murid-murid ini ketika berinteraksi antara satu dengan yang
lain.

Murid 1: Marilah beli kuih saya ni! Karipapnya rangup manakala donatnya gebu.
Murid 2: Berapa harganya?
Murid 1: Seringgit bagi setiap 3 biji kuih.
Murid 2: Kalau begitu, berilah saya kuih untuk dua ringgit.
Murid 1: Okay baiklah, saya jual ya.
Begitulah celoteh murid-murid di kelas tersebut. Disebabkan mereka merupakan murid
darjah satu, mereka masih lagi terkial-kial mengira untuk memberikan semula wang baki.
Kadangkala, terdapat murid yang salah memberikan wang baki menyebabkan dia dikecam
dan berlaku pergaduhan. Guru Matematik kelas tersebut meleraikan pergaduhan dengan
memberikan mereka soalan Matematik sebagai denda.

Cikgu Aini: Lihat Cikgu, denda seharusnya mendidik, bukan memalukan murid tersebut.
Mira: Betul tu, cikgu.

Sejurus selepas itu, Cikgu Aini membawa Mira ke kelas terakhir iaitu kelas Bahasa
Inggeris. Dari jauh sudah kedengaran hilai tawa murid-murid daripada kelas tersebut.
Rupa-rupanya mereka sedang menonton rancangan kartun dalam bahasa Inggeris.
Melihatkan ekspresi muka Mira yang agak pelik dengan situasi tersebut, Cikgu Aini pun
berkata,

Cikgu Aini: Bahasa Inggeris agak asing bagi murid-murid, Jadi, kalau kita guna teknik
bercerita sahaja mereka takkan faham. Penggunaan visual perlu digunakan
bertujuan membantu murid-murid kita faham keseluruhan cerita.
Mira: Oh begitu, saya setuju, Lagipula, itulah matlamat pengajaran bahasa Inggeris yang
sebenarnya kepada murid-murid. Skill ni la yang kita perlu didik, agar mereka
dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat nanti.

“Kriiiiiinggg”, bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula. Mira dan Cikgu Ain
segera menuju ke kantin untuk menikmati minum pagi.

“Terima kasih, Cikgu” ucap Mira. Cikgu Aini mengangguk senang. Mira sedar
bahawa masih ada banyak yang dia perlu pelajari untuk menjadi seorang guru yang unggul.
Mira berasa sungguh bertuah kerana mempunyai rakan sekerja yang memahami dan sedia
membantu seperti Cikgu Aini. Mira sedar bahawa kejayaan akademik seseorang murid itu

47
penting, tetapi sebagai seorang guru Mira kini faham yang dia tidak boleh menidakkan
keperluan perkembangan kanak-kanak terutamanya di usia semuda itu. Sebagai seorang
guru unggul, seseorang perlu faham dan mengimbangi antara perkembangan kognitif
kanak-kanak dengan perkembangan psikososialnya. Hal ini berkait rapat dengan matlamat
utama kerajaan yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
sosial dan intelek.

Mira: Cikgu, saya ada kelas yang perlu saya kendali selepas ini. Saya pergi dulu ya.
Cikgu Aini: Baiklah, cikgu. Selamat mengajar. Ingat, mereka tak suka dipaksa. Ajarlah
mereka sebaiknya. Merekalah tapak kejayaan kita.
Mira: Baiklah cikgu, pesan cikgu akan saya ingat selalu. Tak sabar rasanya nak jumpa
mereka. Jumpa lagi cikgu.

Cikgu Aini hanya memerhati dengan gembira dari jauh. Mungkin juga bangga kerana telah
berjaya mendidik Mira menjadi lebih baik. Dia betul-betul berharap Mira dapat menjadi lebih
kreatif dalam usaha mendidik generasi baru ini. Pengalaman itu mematangkan.

48
Aku Tak Bodoh
Hasil karya:
Nur Akma Binti Nazaruddin
akmanaz99@gmail.com

“Kalau dah dilahirkan bodoh, memang selama-lamanya akan jadi bodoh.”


“Aku tak ada anak bodoh macam kau! Kau bukan anak aku!”
Terngiang dua ayat di gegendang telinganya sambil mata mengalirkan deraian air.
Pedih. Sakit. Mujid duduk di atas buaian pada waktu bulan sedang terang menerangi bumi.
Memandang langit, mata Mujid ralit mencari bintang namun hanya bertemu kekecewaan. Dia
mengesat air matanya dan bergerak pulang ke rumah. Malam itu, langit juga mahu menangis
bersamanya.
***
Bangun awal pagi, bersiap lalu pergi ke sekolah. Dia melakukan rutin hariannya
seperti biasa. Dia berjalan keseorangan ke sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Sampai
sahaja di kelas, rakan baiknya, Hafi langsung menegur dan bermulalah perbualan serta gelak
tawa antara mereka. Mujid suka pergi ke sekolah kerana di sekolah dia dapat belajar dan
bermain dengan rakan-rakannya. Bukanlah Hafi seorang rakan yang dia ada, tetapi Hafi,
antara pelajar terpandai di dalam kelas, adalah yang paling rapat dengannya. Hafi sering
mengajar dia dalam pelajaran dan menjadi teman sekumpulan dalam pelbagai aktiviti di
dalam kelas. Akan tetapi, subjek pendidikan seni, mujid mendahului pelajar lain. Dia amat
hebat dan berbakat dalam seni. Semakin rancak Mujid dan Hafi ketawa, semakin ramai yang
mula sertai perbualan mereka. Biasalah, budak lelaki memang tidak tahu erti senyap.

Kelas hari itu dimulakan dengan subjek matematik. Seperti biasa, Mujid hanya akan
meniru Hafi dalam membuat kerja. Hafi tidak marah kerana Hafi tahu yang Mujid amat susah
menangkap apa yang gurunya ajar di hadapan. Namun, Hafi tidak pernah bertanya tentang
kefahaman sebenar rakannya itu. Dia hanya membantu mujid dengan membiarkan Mujid
menirunya dahulu dan menerangkan semula apa yang gurunya ajar kepada Mujid di waktu
petang. Apabila guru menyuruh Mujid menjawab soalan, Hafi-lah yang memberikan jawapan
itu kepada Mujid. Begitulah juga dalam subjek-subjek yang lain kecuali pendidikan seni
dalam setengah tahun Mujid bersekolah di S.K Leraian Batu ini.

***
“Mujid, marilah belajar. Cikgu akan ajar kamu sampai kamu pandai,” kata Cikgu Atia. “Saya
tak mahu belajarlah cikgu. Tiada guna pun kalau saya belajar. Saya ni bodoh cikgu. Cikgu

49
balik saja lah, tidak perlulah menyusahkan diri datang mencari saya. Orang bodoh akan
selamanya bodoh cikgu,” Mujid berkata dengan suara menahan tangis. Dia hanya ponteng
sekolahnya selama beberapa hari, tetapi Cikgu Atia mencarinya seperti sudah sebulan tidak
hadir. Mujid sudah berputus asa. Dia tidak mahu belajar lagi. Setiap kali dia menjejak kaki ke
sekolah, dua ayat yang kasar itu terngiang di telinganya, melukai hatinya.
***

Mujid menulis dibukunya tarikh pada hari tersebut iaitu 5 Julai 2005 dengan hanya
meniru apa yang tertulis di papan hitam. Selepas waktu rehat, guru bahasa melayunya ,
Cikgu Ati masuk ke kelas. Mujid amat menyukai guru ini dek kerana cikgu ini mempunyai
penampilan yang cantik, manis, murah dengan senyuman dan terkenal dengan sifat baik dan
‘sporting’nya. Di dalam waktu kelas bahasa melayu itu, Mujid sering di tanya soalan dan
diarahkan untuk tulis di hadapan. Namun, ia tidak memberi masalah kepada Mujid dengan
adanya pertolongan dari Hafi. Di akhir kelas, Cikgu Atia memanggil nama Mujid dan
mengarahnya untuk berjumpa Cikgu Atia sebelum pulang ke rumah.

Mujid melambai tangan kepada Hafi kerana Hafi terpaksa pulang dahulu dan tidak
dapat menemaninya berjumpa Cikgu Atia. Semasa Mujid ingin masuk ke kamar guru, Mujid
terkejut kerana ibu bapanya juga turut berjumpa dengan Cikgu Atia. Mujid sudah mula gentar
dan gemuruh sambil memikirkan kesalahan apa yang mungkin dia lakukan tanpa sengaja.
Dalam sibuk dia memikirkan di hadapan pintu bilik guru itu, ibunya melihatnya lalu terus
memanggil namanya dengan suara yang tinggi. Mujid terkejut dan segera mengambil tempat
di sebelah ibu bapanya dan di hadapan Cikgu Atia. Cikgu Atia senyum seperti biasa kepada
Mujid.
“Mujid, cuba Mujid eja nama Mujid,” arah Cikgu Atia kepada Mujid dengan penuh
lembut. “m,u,j,i,d, Mujid,” jawab Mujid perlahan. Takut. “Bagus. Pandai Mujid. Sekarang cuba
kamu eja nama cikgu. Cikgu Atia.” Mujid terdiam. Mujid tidak tahu. Mujid tidak reti. Dia terus
mendiamkan diri. Cikgu Atia berkata kepada ibu bapa Mujid, “Inilah bukti yang saya katakan
sebentar tadi. Anak tuan puan perlu masuk ke kelas pemulihan. Tuan dan puan jangan risau,
saya akan bantu anak tuan puan untuk menjadi pandai seperti murid-murid yang lain. Mujid
seorang yang rajin, jadi saya percaya dia pasti boleh buat.”

Selepas bersalaman dengan cikgu, Mujid dan kedua ibu bapanya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, keluarga itu tidak berkata apa walau sepatah. Seusai makan
malam bersama, Mujid nampak bapanya sedang memujuk ibunya menangis di bilik tidur.
Mujid risau, lalu dia terus memeluk ibunya dan bertanya, “Ibu okay ke?” “Tepilah! Jangan
peluk aku! Aku tak ada anak bodoh macam kau! Kau bukan anak aku!” ibu menolak pelukan

50
Mujid. Mujid tercengang mendengar kata-kata iu. “Kalau dah dilahirkan bodoh, memang
selama-lamanya akan jadi bodoh. Darjah 5 pun tak reti baca lagi,” tambah ayahnya dengan
penuh marah.

Mujid terus lari keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Dia duduk di buaian
taman berdekatan rumahnya. Mujid merenung nasib dirinya. Keluarganya baharu pindah ke
sini sejak enam bulan lepas. Ibu bapanya juga sudah tidak sesibuk dahulu. Sebelum ini, ibu
bapanya tidak pernah ambil tahu tentangnya dan hanya percayakan Mujid. Apabila guru
memanggil dan meminta mereka untuk datang, mereka sibuk dengan kerja. Ibu bapanya
sangat terkenal dengan kebijakan di tempat kerja mahupun di zaman belajar mereka. Oleh
kerana itu, mereka tidak dapat terima bahawa anak pertama mereka, Mujid perlu masuk
kelas pemulihan kerana tidak pandai membaca, mengira dan mengeja. Air mata mujid terus
menerus jatuh ke tanah.

Keesokan harinya, mujid mula menunjuk belang. Dia tidak lagi pergi ke sekolah. Dia
menipu ibu bapanya serta rakannya, Hafi. Akan tetapi, helahnya tidak berpanjangan.
Selepas seminggu Mujid ponteng sekolah, Hafi ternampak Mujid berjalan ke sekolah, namun
dia tiada di dalam kelas. Hafi terus melaporkan pada Cikgu Atia, guru kelasnya. Cikgu Atia
sudah anggar perkara ini sedang berlaku dek kerana apabila dia menelefon ibu bapa Mujid,
mereka tidak pernah mengangkatnya selepas perjumpaan itu.
Cikgu Atia terus pergi mencari Mujid di pekan. Setelah penat mencari, rupanya Mujid
berada di masjid besar pekan itu. Cikgu Atia melihat Mujid sedang tidur di ruang legar masjid
itu dengan berpakaian sekolah. Terdapat banyak kertas lukisan berselerak di tepi Mujid.
Cikgu Atia pergi mendekatinya dan mengejutnya. Cikgu Atia terkejut melihat lukisan-lukisan
Mujid yang sangat cantik. Mujid tersedar dan dia terkejut melihat Cikgu Atia berada di sisinya.
Cikgu Atia mengajaknya belajar di sekolah. “Saya tak nak cikgu. Saya ni bodoh. Ibu ayah
saya kata orang bodoh akan selama-lamanya bodoh,” kata Mujid dengan air mata mengalir
di pipi. Pedih. Sakit menerima tomahan dari ibu bapa kandung sendiri.

“Tidak, Mujid. Dengar cakap cikgu. Cikgu percaya Mujid boleh buat. Tuhan tidak
pernah zalim, Mujid. Tuhan akan bantu Mujid. Kalau kamu nak tahu, Cikgu dahulu pun tidak
sepandai orang lain. Cikgu dahulu dari kelas terakhir tetapi cikgu tidak pernah luntur
semangat. Cikgu belajar perlahan-lahan dan sekarang cikgu berjaya menjadi seorang guru.
Tengok lukisan-lukisan sekeliling kamu, Mujid. Mujid pandai melukis. Mujid mesti mahu jadi
pelukis terkenal bukan?” kata Cikgu Atia menahan sebak di samping menaikkan semangat
Mujid. Mujid angguk. “Tapi cikgu saya bo..” tidak sempat Mujid menghabiskan ayat, Cikgu Ati
potong, “Tak! Kamu tak bodoh Mujid. Mulai sekarang cikgu tak nak dengar kamu sebut

51
perkataan itu lagi. Mulai sekarang cikgu nak kamu sebut dalam diri kamu, ‘Aku Tak Bodoh!
Aku Hebat!’ sepuluh kali sehari. Paham?” Mujid mengangguk.

Sejak dari itu, Mujid kembali rajin ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Dia
amalkan apa yang disuruh oleh gurunya itu. Hafi juga membantunya dalam pelajarannya
tetapi dengan cara yang betul. Ibu bapanya pula sudah sedar setelah Cikgu Atia cuba
menasihati mereka. Sekarang, mereka lebih banyak masa bersama dan belajar untuk
memahami serta menerima anak mereka. Mujid kembali senyum dan gelak tawa seperti
biasa. Gembira. Syukur. Bahagia. Itulah perasaan Mujid di waktu ini dan berharap ia kekal
selamanya. “Cikgu,” panggil Mujid. Cikgu Atia menoleh. “Besar nanti, saya nak jadi Cikgu
seni yang macam cikgu. Saya tahu saya boleh sebab saya tak bodoh dan saya hebat,” kata
Mujid dengan senyuman dan penuh semangat.

52
Sebuah Pengorbanan
Hasil karya:
Nur Fatin Izyani binti Abdul
fasya.yanie99@gmail.com

Titisan embun pagi yang jatuh ke pipi menyedarkanku dari lamunan panjang. Sudah
bertahun lamanya berlalu namun segala memori tentang Alia bermain-main di ruang layar
mataku satu persatu. Aku lantas bangkit dari bangku luar rumah menuju ke dalam
memandangkan cuaca tidak mengizinkan aku untuk terus berada di luar dek hujan lebat
malam tadi. Langit masih gelap dan mendung tidak seperti hari biasa seakan akan
memahami isi hatiku yang sedang dilambung ombak rindu terhadap seseorang.

* * *

10 tahun yang lalu…

Surat tawaran untuk berpindah ke kota metropolitan itu aku pandang sepi. Perasaanku
bercampur baur. Mengingatkan perit jerih yang bakal aku hadapi di kota besar yang sibuk itu,
aku jadi bingung sendiri sama ada mahu menerima tawaran itu ataupun tidak. Aku lebih
selesa mengajar di kampung di mana aku dapat selalu berada di sisi ibu bapaku. Namun
apakan daya, aku sedar bahawa aku menggalas tanggungjawab yang begitu besar untuk
anak bangsa harapan negara. Aku segera menyelesaikan apa yang perlu sebelum berangkat
ke tempat baharu.

Kringggg.

Hari ini merupakan hari pertamaku di sekolah baharu. “Wah, besarnya sekolah ini!”
getus aku. “Mesti murid-muridnya hebat belaka”, fikirku lagi. Aku jadi bersemangat untuk
terus berkhidmat di sekolah ini setelah terpegun melihat bangunannya yang tinggi, cantik dan
seakan akan cukup lengkap berbanding sekolah lamaku di kampung. Mengikut kepakaranku,
aku telah ditugaskan untuk mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Tahun 5.

53
Aku melangkah masuk ke dalam Tahun 5 Cempaka. Kelas yang pada mulanya bingit
dan riuh persis sebuah pasar tani terus terdiam tatkala melihat susuk tubuhku mula
melangkah ke hadapan kelas. “Assalamualaikum, cikgu”, mereka bangun seraya menyapa
aku. Aku menggariskan senyuman dan memperkenalkan diri setelah melihat semuanya
seperti kebingungan. Ada juga yang kelihatannya tidak senang dengan kehadiran diriku dan
membuat endah tak endah. Namun, aku terus bersikap positif dan memulakan pengajaranku
dengan bahan bantu mengajar yang telah aku sediakan untuk menarik minat mereka.
Sebagai seorang guru yang cemerlang, aku mestilah berjaya menarik minat pelajar untuk
bersama-sama aktif dalam kelas, bukan aku seorang sahaja yang syok sendiri.

Setelah dua jam berada di dalam kelas itu, hatiku berasa senang sekali. Sesi pengajaran
dan pembelajaranku berjalan dengan lancar. Aku menghela nafas lega. Murid-murid 5
Cempaka sangat mudah untuk dikawal dan semuanya pintar belaka. Walau bagaimanapun,
mataku tertancap ke arah seorang murid perempuan yang berada di penjuru kelas yang
sedari tadi berusaha untuk menahan kantuknya. Sepanjang kelas berlangsung tadi, dia asyik
tersengguk-sengguk. Aku membuat keputusan untuk memerhatikannya selama beberapa
hari lagi sebelum mendekatinya supaya dia tidak membenciku pada hari pertama aku di sini.

Hari-hariku berjalan seperti biasa. Namun, perangai Alia semakin menjadi-jadi. Setelah
beberapa hari dia asyik terlena di dalam kelas, minggu ini dia mula tidak hadir ke sekolah.
Hari ini sudah hari ketiga dan kami masih tidak mendapat sebarang berita. Rakan sekelasnya
juga tidak tahu-menahu tentang apa yang berlaku. Aku bingung memikirkan tentangnya
kerana sebagai seorang guru, aku sangat mengambil berat akan murid-muridku. Aku tidak
mahu mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Aku bercadang untuk berjumpa dengan guru kelas 5 Cempaka dan menceritakan
tentang hal ini kepada beliau. “Saya rasa kita perlu ke rumah Alia dan memeriksa keadaanya,
Puan Aminah”, kata aku. Puan Aminah bersetuju dan kami bercadang untuk ke rumahnya
pada keesokan harinya.

Keesokan harinya…

“Assalamualaikum”, aku melontarkan salam di hadapan sebuah rumah yang


kelihatannya daif sekali. Hatiku tersentuh dan meruntun melihat keadaan rumah tersebut.
Setelah salam ketiga dilontarkan, tersembul wajah Alia di muka pintu. Dia kelihatan terkejut

54
dan serba salah. Kami melangkah masuk ke dalam rumah setelah dijemput oleh Alia.
“Maaflah cikgu, rumah saya buruk sahaja, jemput duduk”, ujarnya. “Tidak mengapa, Alia,
kami selesa berada di sini”, Puan Aminah membalas.

Setelah beberapa ketika kami asyik memandang antara satu sama lain, aku melontarkan
soalan kepada Alia. “Alia, cikgu nak kamu berterus terang dengan kami. Kenapa sudah lama
kamu tidak datang ke sekolah? Jikalau kamu ada masalah, ceritakanlah kepada cikgu. In
Shaa Allah cikgu boleh bantu kamu, nak”. Wajahnya terus berubah serta merta. Dia mula
menangis namun setelah beberapa ketika, Alia membuka cerita. “Maafkan saya, cikgu.
Sebenarnya, bukan saya tidak mahu ke sekolah tetapi saya perlu menjaga ibu saya yang
sakit. Saya anak sulung, cikgu. Kalau bukan saya, siapa lagi mahu menjaga ibu. Ayah sudah
meninggal. Sejak ibu sakit, punca rezeki keluarga kami sudah hilang. Jadi, sayalah yang
perlu mencari rezeki demi sesuap nasi untuk ibu dan adik-adik saya”. Dia bercerita sambil
tersedu-sedan. “Saya perlu korbankan persekolahan saya untuk adik-adik saya, cikgu.
Lagipun, kos rawatan di hospital mahal sangat”, sambungnya lagi. Aku turut mengalirkan air
mata setelah mendengar cerita Alia. “Sabarlah, Alia. Cikgu akan berusaha untuk bantu kamu
sedaya upaya cikgu”. Kami pulang setelah memberikan kata-kata semangat kepada Alia.

Setelah tiba di sekolah keesokan harinya, aku berjumpa dengan guru besar dan
menceritakan hal ini kepada beliau. Setelah beberapa lama, kami memutuskan untuk
menjalankan kutipan dana bagi membantu Alia dengan kos rawatan ibunya dan perbelanjaan
keluarganya. Aku bersyukur Encik Rahim menyokong penuh usahaku untuk membantu Alia.

Sejak kejadian itu, aku sering berkunjung ke rumah Alia bagi memantau keadaan
mereka sekeluarga. Disebabkan aku hanya tinggal seorang diri, aku sering memasak lauk
lebih dan membawanya ke rumah Alia untuk makan bersama-sama. “Apalah sangat budak
berumur 11 tahun boleh masak”, fikirku keseorangan. Aku sudah menganggap mereka
seperti saudaraku sendiri. Lagipun, aku tidak mempunyai sesiapa di sini. Jadi, mereka lah
tempat aku meluangkan masa. Sesekali aku membawa mereka keluar menaiki kereta
mengambil angin dan bersiar-siar kerana aku tahu mereka tidak pernah merasainya. Mereka
masih lagi kanak-kanak, jadi aku perlu berbuat sesuatu untuk memastikan mereka juga
seperti kanak-kanak lain. Aku menghembuskan nafas lega kerana aku mampu membuat Alia
dan adik-adiknya tersenyum gembira.

Alia kini sudah kembali ke sekolah kerana ibunya sudah dibawa ke hospital dan dirawat
di sana di bawah pemantauan jururawat dan doktor. Tabung dana yang dikutip tersebut
sedikit sebanyak telah membantu Alia sekeluarga. Aku juga berjaya meminta dana daripada

55
pihak Kementerian Pendidikan dengan sokongan dan bantuan guru-guru di sekolah tersebut.
Oleh itu, pembelajaran Alia tidak terabai lagi. Setiap malam, aku datang ke rumah Alia untuk
mengajarnya tentang tajuk-tajuk yang dia telah ketinggalan ketika dia tidak hadir ke sekolah.
Aku berhasil untuk memperkenalkan beberapa teknik untuk mengingati apa yang
dipelajarinya. Aku juga membantu adik-adiknya menyiapkan kerja rumah yang mereka tidak
faham. Aku senang hati melihat semangat mereka untuk belajar walaupun dalam keadaan
yang serba kekurangan.

“Cikgu, cikgu tidurlah di sini. Kami sukalah cikgu datang ke rumah kami.
Sekurang-kurangnya saya dan adik-adik boleh belajar dengan cikgu,” ujar Alia kepadaku.
Aku hanya tersenyum simpul seraya berkata “Tidak boleh begini, Alia. Cikgu harus pulang
untuk siapkan rancangan pengajaran harian cikgu untuk kelas esok hari. Nanti cikgu datang
lagi ya.” “Jaga adik-adik kamu baik-baik, Alia,” pesanku kepada Alia dan dia hanya
mengangguk. Selepas bersalam-salaman, aku terus pulang ke rumah yang berjarak 10
kilometer dari rumah mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku terus
bersengkang mata selama tiga jam untuk menyiapkan segala tugasan dan membuat soalan
untuk diberi kepada murid-murid 5 Cempaka.

Alia mula menunjukkan perubahan yang positif. Aku menjadi begitu bersemangat untuk
membantu Alia dalam pelajarannya kerana aku nampak bahawa Alia mempunyai potensi
yang besar dalam dirinya untuk berjaya. Dia juga budak yang pintar seperti rakan-rakannya.
Semua buku latihan yang kubeli berjaya dia siapkan tanpa perlu aku suruh. Semangat Alia
berkobar-kobar untuk meningkatkan prestasinya seperti sediakala setelah jatuh tercorot
akibat masalah yang dihadapinya. Sebelum ini, Alia merupakan seorang pelajar yang
cemerlang, namun apakan daya, kekangan masalah yang dihadapinya menjadi penghalang
untuk dia terus belajar.

Aku faham akan situasi tersebut, maka sebab itulah aku mengambil keputusan untuk
membantu Alia. Hal ini kerana aku teringat akan sebuah teori perkembangan kognitif
kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Vygotsky yang aku pelajari ketika membuat
persediaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Beliau mengatakan bahawa
kanak-kanak memerlukan suasana sekeliling yang menyokong mereka untuk belajar dengan
memberikan kemudahan belajar seperti buku, guru untuk mengajar, memberi sokongan
moral dan fizikal supaya pemikiran kognitif mereka dapat berkembang dengan baik.

Akhirnya, Alia berjaya menjadi pelajar cemerlang dalam UPSR dan memasuki sekolah
berasrama penuh (SBP). Dia juga menunjukkan belangnya di sekolah menengah dan

56
berjaya mendapat semua A+ dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Alia tidak lupa
diri dan dia langsung tidak pernah lupa akan aku. Walaupun kami berjauhan, tetapi kami
masih berhubung dengan satu sama lain. Alia juga sering datang ke rumahku pada waktu
cuti panjang. Setelah beberapa tahun, aku berpindah ke negeri lain mengikuti suamiku
setelah berkahwin dan kami sudah jarang berjumpa.

Namun, setiap kali kami berhubung melalui telefon atau media sosial, Alia tidak pernah
lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadaku. Dia menyatakan bahawa dia tidak akan
sesekali lupa akan jasaku terhadapnya dan berjanji akan membalasnya suatu hari nanti.
“Terima kasih, cikgu. Cikgulah penyelamat saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa
dan budi baik cikgu kepada saya sekeluarga. Saya berjanji tidak akan sia-siakan
pengorbanan cikgu selama ini,” ujarnya dengan suara yang terketar-ketar menahan tangis di
dalam telefon. Tanpa disedari, kelopak mataku juga mula mengeluarkan butir-butir jernih
yang akhirnya mengalir di pipi.

* * *

Kini, aku gembira mendengar bahawa Alia sudah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti
terkemuka di negara ini. Aku selalu menitipkan doa agar dia memperoleh kejayaan dan dapat
membantu keluarganya kelak. Aku tersenyum gembira mengenangkan pengorbanan yang
aku sendiri tidak pernah terfikir untuk lakukannya. Namun, semangat dan cinta akan karier
sebagai guru membawa aku hingga ke tahap ini sekarang. Aku berharap aku telahpun
berjaya membawa cahaya penyuluh kejayaan dalam diri para muridku.

57
Terima Kasih, Cikgu
Hasil karya:
Syarmimi Hisyamuddin
mimiehisyamuddin@gmail.com

Cita-cita aku untuk bergelar seorang guru telah tersemat dalam sanubari sejak aku di bangku
sekolah rendah lagi. Aku terinspirasi dengan kesungguhan ibu dalam memerah keringat
untuk mendidik para pelajarnya. Bagi aku, kerjaya seorang guru amatlah mulia dan tinggi
darjatnya sehinggakan nusa bangsa dapat diwujudkan hanya dengan berbekalkan kudrat
seorang guru yang mencurahkan ilmu tanpa henti.
* * *
Jam di dinding sebuah rumah sewa usang menunjukkan pukul 7 pagi. Aku memakai baju
kebaya songket serba lengkap untuk menghiasi hari pertamaku sebagai seorang guru
praktikum. Walaupun ditugaskan untuk berpraktikum di tempat yang sangat jauh dari
kampung halamanku, aku tetap menanam semangat yang tinggi kerana inilah impian yang
ingin aku capai selama ini. Aku bertekad untuk memberi bimbingan yang sempurna buat
anak didikku walaupun persinggahanku di sini hanyalah selama tiga purnama.

Dengan hati yang ikhlas, aku membuka langkah masuk ke dalam tingkatan 3 Dedikasi.
Pada mulanya, aku berasa gementar andai aku tidak mampu untuk menggalas
tanggungjawab yang diberikan. Namun, wajah para pelajar yang ceria dan senang dengan
kehadiranku ternyata telah memudarkan konflik dalaman yang mengganggu benak fikiranku
selama ini. Semangatku berkobar-kobar dan aku yakin akan tugas yang dipikul ini mampu
memahatkan memori yang sukar untuk dilupakan sepanjang detik kehidupanku.

“Nama cikgu ialah Syarmimi,” ujarku dengan penuh keterujaan untuk memulakan sesi
perkenalan. Seorang demi seorang pelajar mula memperkenalkan dirinya pada jam pertama
kelas tersebut berlangsung. Melihat kepada karenah setiap pelajar, dapat aku andaikan
bahawa para pelajar di dalam kelas ini merupakan pelajar yang peramah, sedikit nakal tetapi
mudah untuk aku berinteraksi dan bergaul sesama mereka.

Namun, andaianku tidak tepat sama sekali. Proses perkenalan yang disulami dengan
gelak tawa para pelajar kini terhenti sewaktu tibanya giliran seorang pelajar Cina yang
berperwatakan janggal. Tempat duduknya tercorot dan nun jauh di sudut belakang kelas.
Cubaanku untuk bertanyakan namanya dibalas sepi tanpa sebarang jawapan. Dia hanya

58
berdiam diri dan hanya merenung meja tanpa menghiraukan soalan aku seolah-seolah aku
tidak wujud di dalam kelas tersebut.

“Chong memang macam itu cikgu. Memang tidak mahu bercakap langsung,” jelas Hakim
yang merupakan rakan semeja pelajar tersebut. Mendengar kepada ulasan tersebut, satu
demi satu persoalan timbul dalam diri aku. “Mungkinkah Chong seorang yang bisu atau
pemalu? Atau mungkin dia tidak mempunyai keberanian untuk bercakap?” bisik hati kecilku
sambil memandang sayu terhadap Chong. Aku sedar bahawa ini adalah cabaran bagiku dan
aku harus sedaya upaya mencari penyelesaiannya.

Aku cuba untuk bertanyakan peribadi Chong semasa belajar di dalam kelas kepada
guru-guru yang lain. Namun, jawapan yang diberikan tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar
untuk menghina Chong. “Biarkan sahaja si pelajar Cina itu, bodoh dan tidak tertolong!” ujar
Cikgu Mahmud, secara kasar memandang rendah terhadap Chong tanpa menghulurkan
tangan dalam membantu dan mendalami masalah pelajar tersebut. Malah, para guru yang
lain juga hanya membiarkan pelajar tersebut terus dihantui konflik yang melanda dirinya.

Sewaktu pulang ke rumah, aku tidak mampu berhenti untuk memikirkan cara untuk
memastikan Chong berubah menjadi seorang yang lebih terbuka dan berhubung dengan
orang sekeliling. Keesokan harinya, aku mengatur strategi dengan menyuruh para pelajar
untuk mengubah kedudukan meja agar Chong duduk di bahagian hadapan supaya aku lebih
mudah untuk memantau Chong sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Walaubagaimanapun, Chong masih berperwatakan sama, tidak menuturkan sebarang kata
dan masih berada di dalam dunia rekaannya sendiri.

Sebagai seorang guru Matematik, aku mewajibkan semua pelajar untuk membawa
kalkulator dan buku ke sekolah dan arahan tersebut berjaya diikuti oleh semua pelajar tetapi
tidak bagi Chong. Pada mulanya, perasaan marah menyelubungi diriku dan aku berhasrat
untuk mendendanya. Tetapi, hasratku terbantut kerana mungkin Chong tidak memahami
arahan tersebut dek tidak fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, dengan sedikit ilmu bahasa
Mandarin yang aku pelajari sewaktu di China, aku cuba bertanyakan kepada Chong tentang
alasan dia tidak membawa kalkulator dan buku ke sekolah. “MeiYou.” Jawapannya ringkas
namun memberikan fahaman kepadaku bahawa selama ini dia tidak mempunyai bahan
tersebut untuk belajar.

Aku berusaha untuk mengajar seperti biasa kerana aku perlu bersikap adil dengan
tidak mengabaikan para pelajar lain semata-mata ingin membantu Chong. Namun kini, aku

59
berasa sedikit lega kerana Chong kelihatan lebih aktif dan fokus sewaktu belajar di dalam
kelas semenjak aku menghadiahkan sebuah kalkulator dan buku kepadanya. Aku berterusan
memantau setiap perkembangan dan gerak-gerinya sewaktu di dalam kelas dan aku
mendapati bahawa Chong sudah mula untuk menulis dan bertutur sesama rakannya. Kerja
rumah dan latihan yang dibekalkan untuk menggilap prestasi setiap pelajar juga dihantar oleh
Chong tepat pada waktunya.

Gembira dengan perubahan yang ditunjukkan, aku memanggil Chong ke bilik guru
untuk bertanyakan pemahamannya tentang subjek yang diajar. Alangkah terkejutnya aku
apabila melihat semua perkara yang aku sampaikan sewaktu mengajar di dalam kelas ditulis
dengan kemas dan lengkap ke dalam buku yang aku bekalkan kepadanya tanpa sebarang
cacat-cela atau kekurangan sedikitpun. Malahan, nota-nota yang ditulis sama sekali tidak
melambangkan perwatakannya sebelum. Lagi mengujakan hatiku, hampir 80% soalan
Matematik dijawab dengan betul sewaktu aku mengadakan kuiz secara spontan.
“Awak tidak perlulah mengajar budak ini Cikgu Mimi. Bukannya dia berakal pun!” tutur
Cikgu Selma sewaktu aku membantu Chong untuk menjawab latihan Matematik. Untuk
memperbaik mentaliti guru tersebut, aku menunjukkan setiap latihan yang dijawab dengan
betul oleh Chong. Dek terkedu melihat kepintaran Chong dan malu dengan kata-kata negatif
yang dilemparkannya, guru tersebut terus melangkah pergi. Jelaslah bahawa Chong
sebenarnya bukanlah seorang yang dungu dan lembap seperti yang dianggap. Kontranya,
dia cuma memerlukan perhatian yang lebih dan tidak mempunyai peralatan belajar yang
cukup. Justeru, Chong lebih suka menyendiri di dalam kelas kerana dia tidak tahu cara untuk
meluahkan masalah yang dihadapi olehnya.
* * *
Kalendar terpapar di meja guru menunjukkan tarikh 27 Ogos 2018. Aku meletakkan
barang-barang yang tersusun di atas rak ke dalam kotak serbaguna. Perasaan hiba kian
menyelubungi diriku. Tanpa aku sedar, sudah genap tiga purnama aku mencipta kenangan
dan pengalaman di sekolah ini.

Aku berjalan merentasi semua blok di sekolah tersebut sambil mengimbau kembali
kenangan yang tercipta. Sedang aku mengorak langkah dengan hati yang berat, aku
terdengar suara memanggilku dari jauh. Tolehanku ke belakang menyebabkan air mataku
gugur apabila melihat para pelajar berjalan ke arahku untuk mengiringiku sehingga lambaian
yang terakhir. Lantas mataku terpaku melihat keberadaan Chong sambil memegang
sejambak bunga ros. Dibisikkan olehnya, “terima kasih, cikgu,” sambil mengukirkan
senyuman yang pertama kali dilontarkan dan menghadiahkan bunga ros itu kepadaku.

60
Aku berlalu pergi kerana tugasku untuk mendidik buat masa ini sudah terhenti buat
seketika. Sungguh, perpisahan itu menyakitkan, namun kenangan indah yang tercipta dan
pengalaman mendidik pelajar seperti Chong akan terus tercoret dalam diari hidupku. Doaku
sentiasa mengiringimu, anak-anak didikku.

61
Pelangi Petang
Hasil karya:
Nurhani Atika binti Hamzani
haniatika99@gmail.com

“tuk…tuk…tuk…”

Bunyi ketukan pintu di kelas 6 Anggerik telah bejaya mencuri perhatianku dari
meneruskan sesi pembelajaran. Aku mengalihkan perhatian ke arah pintu dan aku melihat
sebuah entiti berjalan masuk sambil kepalanya dihalakan ke lantai. “Silakan duduk di tempat
kamu Ashraf.” Dengan pantas langkahnya di arahkan ke tempat duduknya yang terletak di
penjuru belakang kelas sambil mulutnya terkumat-kamit menghamburkan kata maaf yang
hanya sayup-sayup kedengaran di telingaku.

Kring…kringgggg….

Bergema bunyi loceng yang menandakan waktu rehat sudah pon bermula. Dengan
segera aku menamatkan sesi kelas pada pagi itu. Semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk
menikmati makanan mereka di kantin sekolah. Aku lihat Ashraf masih di tempat duduknya
sambil merenung ke lantai. “Ashraf, datang sini kejap.” Lembut sekali aku memanggilnya ke
hadapan supaya berjumpa dengan ku. Pantas langkahnya di atur menuju ke arah ku. “Boleh
cikgu tau kenapa kamu datang lewat ke sekolah? Termasuk hari ini sudah lima kali kamu
lewat ke sekolah. Kamu mesti ingat Ashraf yang kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR
tidak lama lagi.” Ashraf tidak menjawab pertanyaanku dan hanya menundukkan wajahnya ke
lantai.

Serba salah diriku ini melihatnya tetapi sebagai seorang guru aku harus mengambil
berat akan masalah ini kerana ia melibatkan disiplin seorang pelajar. Selain itu, Ashraf
merupakan antara pelajar harapan bagi peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak
lama lagi. Namun begitu, keputusan pencapaiannya semakin merosot dan ini membuatkan
aku tertanya-tanya apakah punca yang mengubahnya daripada seorang pelajar yang pintar
dan aktif di dalam kelas kepada seorang yang pasif dan lemah. “Maafkan saya cikgu,”
ucapnya lalu berlalu pergi.

62
Sepanjang hari aku memikirkan mengenai Ashraf yang berkelakuan sedemikian. Tidak
tenang hatiku ini selagi aku tidak mengetahui punca di sebalik setiap permasalahan ini.Aku
melihat ke luar bilik guru dan kelihatan Ashraf sedang menolak basikalnya. Aku mengerling
jam di pergelangan tanganku yang tepat menunjukkan pada pukul lima petang. “Mahu
pulang ke rumah barangkali,” bisik hati kecilku. “Tetapi apa yang dia lakukan di sekolah
pada jam sebegini?”, fikirku lagi. Tanpa berfikir panjang dengan pantas aku mencapai kunci
keretaku dan mengekori Ashraf yang sedang mengayuh basikalnya perlahan-lahan untuk
pulang ke rumah. Aku bertekad untuk berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya bagi
menyelesaikan masalah ini.

Aku memberhentikan keretaku berdekatan dengan sebuah padang berdekatan dengan


rumahnya. Rumah papan yang kelihatan agak usang itu aku renung dengan pandangan
yang sayu. Sungguh daif kehidupan anak muridku ini. Sebelum sempat aku mematikan enjin
kereta Honda Civic milikku, aku terdengar jeritan seorang wanita dan aku melihat seorang
lelaki yang sedang kelam-kambut hendak meninggalkan rumah tersebut. “Abang pulangkan
semula duit saya. Itu duit untuk kita sekeluarga makan bang.” Rayu wanita itu terhadap
suaminya.

Wanita itu segera menarik tangan suaminya untuk mengambil duit itu semula. Namun
begitu, satu tamparan hinggap di pipinya dan dia ditolak dengan begitu kasar sekali oleh
suaminya sehingga tersungkur di lantai. “Ibu!!”, jerit Ashraf lalu berlari mendapatkan ibunya.
Lelaki tersebut terus meninggalkan perkarangan rumah mereka dengan menaiki
motorsikalnya tanpa berasa belas ihsan terhadap isterinya. Aku terkedu melihat apa yang
baru sahaja berlaku. Ternyata inilah punca mengapa Ashraf berubah kelakuannya sejak
kebelakangan ini.

Tanpa membuang masa, aku mengatur langkahku ke arah rumahnya.


“Assalamualaikum”. “Waalaikumussalam. Eh cikgu, apa yang cikgu buat di sini?”, ujar Ashraf
dengan suara yang terketar-ketar. “Boleh cikgu jumpa dengan kamu sebentar? Ada
beberapa perkara yang cikgu ingin bertanya kepada kamu.” Aku dapat melihat riak kerisauan
yang jelas terpancar di wajahnya. Dengan keberatan dia menganggukan kepalanya dan
segera menyarungkan selipar lusuhnya lalu mengekori aku yang sudah jauh ke depan.
“Kenapa cikgu datang ke rumah saya? Saya ada membuat kesalahan ka?” ujarnya perlahan.
Aku tidak menjawab pertanyaan malah mengaturkan langkahku ke arah sebuah pondok
yang terletak di tengah-tengah kawasan bendang di kawasan perumahannya itu.

63
“Ashraf, cikgu nampak apa yang baru sahaja berlaku di hadapan rumah kamu tadi. Cikgu
harap kamu tidak keberatan untuk menceritakan masalah yang kamu hadapi kepada cikgu.
Mungkin cikgu dapat membantu kamu.” ujarku lembut kepadanya dengan harapan dia
bersedia untuk menceritakan segalanya kepadaku. Lama dia mendiamkan dirinya. Aku dapat
melihat wajahnya yang agak sugul dan matanya sudah berkaca.

“Dulu kehidupan saya tidak begini cikgu.” ujarnya dengan perlahan. “Ayah saya
mempunyai sebuah kedai makan di pekan. Kedai itu diusahakan bersama kawan baiknya.
Namun begitu, ayah saya ditipu oleh rakannya sendiri. Kedai itu telah dirampas oleh Ah Long
kerana hutang yang dipinjam oleh rakan ayah saya. Sampai sekarang ayah saya diburu oleh
Ah Long kerana hutang rakannya yang belum dilunaskan. Kakak saya telah dijual kepada
mereka dengan harapan hutang itu dapat diselesaikan tetapi bunganya terlalu tinggi cikgu,”
ujarnya sambil menangis teresak-esak. “ Saya rindu kakak saya cikgu. Saya rindu keluarga
saya yang dulu, bahagia dan ceria.”

Hujan yang membasahi bumi pada petang itu seakan memahami isi hati anak muridku
ini. Aku bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya. Kehilangan insan yang
tersayang bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima. Aku sendiri tidak pasti sama
ada aku mampu menjadi sekuat Ashraf atau pon tidak sekiranya perkara yang sama berlaku
terhadapku. Aku berfikir sejenak tentang cara untuk membantu anak muridku ini. “Ashraf,
suami cikgu sedang mencari seorang kerani untuk berkerja di pejabatnya. Mungkin kamu
boleh menyuruh ayah kamu untuk datang berjumpa dengan suami cikgu terlebih dahulu. Ini
kadnya,” ucapku sambil menghulurkan kad kecil berwarna putih itu kepadanya. Dengan
perlahan dia mengambil kad di tanganku itu dan meniliti setiap butiran yang tulis di situ.
“Terima kasih cikgu,” ucapnya sambil menundukkan pandangannya ke bawah.

Hujan yang lebat tadi telah pon berhenti secara perlahan-lahan. Langit yang mendung
sebentar tadi telah bertukar ceria sambil memancarkan sinaran mentari pada petang itu. Aku
merenung ke dada langit dan aku melihat pelangi yang memunculkan dirinya kesan daripada
pantulan cahaya matahari dan hujan yang lebat sebentar tadi. “Ashraf, cuba kamu lihat ke
sana,” ujarku sambil menundingkan jariku ke arah pelangi tersebut. “Pelangi cikgu. Kenapa?”.
ujarnya dengan muka yang bingung. “Hujan lebat sebentar tadi itu boleh diibaratkan seperti
kehidupan kamu Ashraf dan pelangi petang ini adalah setiap keajaiban yang akan berlaku
dalam hidup kamu. Kita tidak akan selamanya hidup dalam kesusahan Ashraf. Tuhan itu
Maha adil terhadap hamba-hambanya dan Tuhan tidak akan menguji hambanya di luar
kemampuan mereka Ashraf. Setiap kesusahan pasti akan ada kesenangannya. Peganglah

64
kata-kata cikgu ni sampai bila-bila,” ujarku kepadanya lalu segera meminta diri untuk pulang
kerana hari sudah lewat.

Hari berganti hari. Pawana mengulit menyerlahkan kemunculan suria di balik mendung
yang berarak pergi. Kehidupan Ashraf bertambah ceria di atas dorongan dan kekuatan
semangat yang diberikan oleh aku kepadanya. Ayahnya tidak lagi memukul ibunya dan
kehidupan mereka sekeluarga telah kembali kepada asal. Kakak Ashraf telah berjaya
diselamatkan oleh pihak berkuasa dan syarikat ceti haram itu telah berjaya ditumpaskan oleh
pihak polis. Ini semua adalah berkat daripada pertolongan suamiku yang mempunyai
kenalan rapat dengan ketua penguatkuasa di kawasan ini. Aku juga bersyukur terhadap Illahi
kerana telah mengembalikan semula sinar yang hilang dari hidup anak muridku ini. Ashraf
kini lebih bersemangat untuk ke sekolah dan dia telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang di dalam pelajarannya. Dia juga telah melakakukan persiapan yang rapi untuk
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

* * *
Terasa begitu pantas jarum jam berputar di atas paksinya. Saat yang dinanti-nanti tiba
kini. Keputusan UPSR kini mula diumumkan dan murid-murid tahun 6 berhimpun di
perkarangan sekolah untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Ashraf tiba di
perkarangan sekolah bersama keluarganya yang turut menemaninya. Kini keputusan di
dalam genggaman Ashraf. Alangkah gembiranya hati apabila impiannya menjadi nyata. Dia
telah berjaya memperoleh 6A dalam ujian penilaian tersebut. Ashraf mendongak
memandang langit. Senyuman nipis terukir di bibirnya. “Benarlah kata cikgu, mendung yang
berarak pergi akan digantikan dengan pelangi yang indah berseri,” bisiknya di dalam hati.

65
Ini Kisahku
Hasil karya:
Nurul Atiqah binti Nor Azry
atiqahyehet@gmail.com

Alunan merdu gamelan mengiringi langkah para graduan masuk ke Dewan Convention
Center. Diketuai oleh Yang Di-Pertua Chanselor Universiti Teknologi Mara dan para
pensyarah melintasi barisan tengah memukau pandangan para tetamu. Satu susuk tubuh
yang sangat dikenali menarik perhatian Dahlia. Lengkap berjubah serta Bonnet terletak
kemas dikepala sedang berarak diantara ratusan graduan telah menimbulkan segaris
senyuman dibibirnya. Nur Airis Zahra, salah seorang anak didiknya telah berjaya menempah
nama di menara gading. Siapa sangka dia mampu keluar dari kepompong kegelapan bagi
mencapai impiannya. “Dipersilakan Nur Airis Zahra Binti Abdullah daripada Fakulti Perubatan
dengan Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama” seraya itu, satu susuk tubuh berjalan melintasi
pentas dan berhenti tunduk hormat serta menggenggam scroll. Air mata milik Dahlia tumpah
tatkala terlihat parut yang jelas kelihatan di pergelangan tangan kiri Airis. Parut yang
meninggalkan kesan kepada diri Airis serta dirinya sebagai seorang guru.

Selesai istiadat konvokesyen, para pemberita menyerbu para graduan untuk


menemuramah kejayaan mereka termasuk juga Airis. Dahlia hanya memerhati dari jauh bagi
memberi peluang kepada Airis untuk ditemuramah. “Tahniah atas kejayaan yang diterima
oleh Cik. Boleh kongsikan apakah rahsia kejayaan yang telah mendorong Cik untuk memilih
bidang ini ?” Mikrofon dan kamera dihalakan kepada gadis muda yang sedang ralit
mendengar pertanyaan sambil memegang jambangan bunga. Suatu senyuman dihadiahkan
sebelum mulutnya mula berbicara.

“Dorongan dan kepercayaan. Dua perkara itu telah membantu saya mengharungi
kepayahan hidup. Ingin saya sertakan dedikasi buat guru saya, Puan Dahlia atas segala
pengorbanan dan ilmu yang dititipkan.” Matanya tetap memandang wajah Dahlia yang
sedang berdiri di bawah teduhan pokok. Airis meminta diri sebelum bergerak ke arah pohon
yang teguh berdiri. “Saya sudah berjaya cikgu Dahlia. Saya telah buktikan yang saya mampu
mengubahnya. Terima Kasih Cikgu” Gelaran ‘cikgu’ masih meniti di bibir gadis ini, meskipun
Dahlia sudah lama berhenti menjadi gurunya.

Sepuluh tahun sebelumnya.

66
Percikan darah tersembur daripada bibirnya mengalir hingga ke dagu namun pantas
disapu dengan hujung lengan baju kurung putihnya. Tumbukan hinggap di perutnya
membuatkan Airis tertunduk seraya memegang perutnya dan menahan sakit. Hingar bingar
kelas menyaksikan pertengkaran antara dua pelajar ini. “Sedar sikit yang kau tu malang ! Ibu
dan bapa kau cabut nyawa sendiri dan sangggup jumpa malaikat maut daripada hidup susah
dengah kau!” Teriakan Aini diselangi dengan tumbukan tepat daripadanya mengenai rahang
Airis. Cikgu Dahlia dan Cikgu Khairul yang mendengar kekecohan dari aras bawah segera
meleraikan pergaduhan. Kedua-dua mereka telah diarahkan untuk berjumpa di bilik disiplin
bagi menyelesaikan masalah. Dahlia sebagai guru kelas segera mengekori mereka dan
menunggu di luar bilik disiplin sebelum mengarahkan Airis berjumpa dengannya secara
berseorangan.

Jeda. Airis masih menunduk merenung lantai tanpa mengeluarkan butir bicara. Dahlia
melirik kesan darah di bibir Airis masih mengalir dan menghulurkan sehelai tisu buatnya
sebelum memulakan pertanyaan. “Kamu ada masalah Airis ? Kenapa kamu mencederakan
Aini ?” “Apa yang cikgu akan lakukan jika orang lain menghina diri dan keluarga cikgu ?
Adakah cikgu akan berdiam diri ? Adilkah jika hanya sebelah pihak dipersalahkan ? Hanya
kerana sejarah hitam keluarga saya, saya dipandang hina. Di mana keadilan itu ? Semua
orang hanya menuding jari menyalahkan saya.” Suara kecil itu menggigil meluahkan
perasaannya. Butir mutiara jernih bertakung di tubir matanya.

Dahlia terkedu. Hinaan ? Airis bingkas bangun lantas menunduk hormat kepada
Dahlia sebelum mengangkat kaki meninggalkan Dahlia keseorangan. Ingatan Dahlia kembali
mengingati kata-kata rakan sejawatnya, Cikgu Munira yang menceritakan perubahan
perilaku Airis akibat insiden bunuh diri oleh kedua-dua ibu bapanya. Kedua ibu bapa Airis
telah menggantungkan diri di dalam kamar mereka akibat kemurungan. ‘Sungguh besar
dugaanmu’ getus hati Dahlia. Tidak menyangka bahawa muridnya yang masih di peringkat
awal remaja terpaksa menerima tamparan hebat kehilangan kedua ibu bapa. Mungkin
emosinya masih tidak stabil dan ditambah pula dengan ejekan dan sindiran.

Dahlia segera mengemas buku sebelum bergegas untuk menghadiri kelas


seterusnya. Memang menjadi rutinya untuk datang ke kelas sepuluh minit lebih awal agar
pelajar dapat bersedia sebelum memulakan proses pengajaran. Derap langkahnya laju ke
kelas 5 Bestari.Matanya tertancap kepada sebuah kerusi kosong yang terletak disudut kelas
berhampiran dengan tingkap.

67
Kosong.

“Siapa duduk di meja itu ?” telunjuk Dahlia terarah ke meja yang tidak berpenghuni.

“Airis, Cikgu”

“Airis ke mana ?” soal Dahlia kepada Rizal, pelajar yang duduk berhampiran dengan
meja guru. Soalan hanya dibalas dengan jongketan bahu menandakan yang Rizal juga tidak
mengetahui keberadaan Airis. “Baiklah. Buka buku teks pada muka surat 54. Hari ini kita
akan belajar mengenai penggunaan ayat aktif dan pasif” Dahlia segera memulakan
pengajaran.

Kring.

Loceng pertama berbunyi menandakan waktu pengajaran sudah tamat dan pelajar
dibenarkan pulang. ‘Terima Kasih Cikgu’ Ucapan terima kasih yang dilaungkan oleh ketua
kelas diikuti oleh ahli kelas sebagai tanda hormat. Dahlia masih kekal di dalam bilik darjah
hingga semua pelajar sudah keluar kerana masih menanti Airis yang tidak muncul hingga
tamat waktu persekolahan. Hatinya gusar memikirkan cara untuk membantu Airis. Seraya itu,
Dahlia mengeluarkan telefon bimbit dan mula melayari laman sesawang psikologi untuk
mencari ikhtiar buat Airis.

Mata Dahlia tertarik kepada salah satu entri berkaitan teori yang diutarakan oleh Erik
Erikson, seorang falsafah Barat yang mengemukakan fasa-fasa perkembangan psikologi
individu. ‘Intimacy versus Isolation’. Fasa ini sering berlaku ketika peringkat awal dewasa
sekitar 17 hingga 35 tahun. Isolation, suatu aspek yang menghantui diri Airis buat masa ini.
Ditinggalkan keseorangan dan terpaksa meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada
saudara-mara. Kehilangan ibu bapa dalam suatu peristiwa tragis, yang pasti meninggalkan
memori pahit buat dirinya.

Dahlia bingkas bangun dan meniggalkan bilik darjah bagi mencari Airis. Hampir
keseluruhan kawasan sekolah telah dilewati namun masih tidak menjumpai Airis.
Sehinggalah mata Dahlia terpandang pantulan cahaya yang menyilaukan matanya dari arah
atas bangunan. Airis! Kakinya pantas berlari menaiki bangunan tiga tingkat bagi
mendapatkan Airis yang sedang berdiri di hujung bangunan sambil memegang pisau di
tangannya ! Kecut perut Dahlia melihat pandangan mata Airis yang kosong seolah-olah

68
sudah membuat keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya. Tangan pantas mendail
nombor Cikgu Khairul bagi meminta bantuan kecemasan. Tidak ! Airis tidak boleh mati !

Termengah-mengah desah nafas Dahlia tatkala menapak pada anak tangga terakhir
yang membawanya ke aras tiga. Tubuh badan Airis yang masih utuh berdiri di hujung
bangunan membuat Dahlia risau. Tambah pula dengan pisau yang terletak kemas pada
pergelangan tangan Airis. Dahlia menapak perlahan ke arah Airis, cuba untuk merapatkan
jarak antara mereka agar mudah untuk dia menyelamatkan Airis. “Jangan dekat dengan
saya!” Jerit Airis tanpa menoleh ke belakang. Dahlia terkaku dan berundur setapak ke
belakang bagi mengelakkan provokasi.

“Airis .. Jangan buat begini. Hulurkan pisau itu pada cikgu” Dahlia cuba memujuk Airis
agar mencampakkan pisau itu. Hanya hilaian tawa pilu yang kedengaran di telinga Dahlia.
Airis sudah tidak mampu berfikir secara waras. Dahlia berdoa agar Cikgu Khairul segera
sampai bagi membantunya. “Biar saya tamatkan semua ini. Saya sudah tidak sanggup hidup
dalam dosa yang dilakukan oleh ibu dan bapa saya. Saya terlalu penat berjuang untuk hidup
ketika mana hati saya telah mati !” Serentak dengan laungan Airis, Cikgu Khairul pantas
muncul menerjah ke aras tiga. Cubaannya untuk mendekati Airis gagal apabila Airis
menghunuskan pisau ke arahnya.

Tanpa diduga, Airis menekan mata pisau tepat pada pergelangan tangannya. Cecair
merah pekat menitis dari mata pisau tumpah ke lantai. Dahlia segera menerpa ke arah Airis
lantas merampas pisau dari genggaman Airis. Airis meronta-ronta hingga pegangan
pisaunya tersasar lalu mengenai lengan Dahlia. Dahlia menjerit kesakitan sebelum
melemparkan pisau jauh dari Airis. “Maaf .. saya .. tak bermaksud hendak cederakan cikgu”
Tersedu sedan Airis menangis sambil melutut memohon maaf kepada Dahlia. Dahlia segera
mengeluarkan sapu tangan miliknya lalu membalut luka di pergelangan tangan Arryan.
Tekanan dikenakan ke atas luka tersebut bagi menghentikan pendarahan. Dahlia
menenangkan Airis yang menangis dan meraung.

“Ambulans dalam perjalanan ke sini. Cikgu Dahlia, lengan cikgu .. “ Cikgu Khairul
menunjukkan ke arah lengan baju kurung Dahlia yang dibasahi tompokan darah. Dahlia
segera melirik ke arah lengannya. Barangkali dia akan dikenakan jahitan untuk luka ini.
Namun yang pasti, dia sudah menyelamatkan Airis. Airis selamat dihantar ke hospital dan
diberi rawatan lanjut. Luka di pergelangan tangannya tidak parah namun masih meniggalkan
parut. Setelah diberi kauseling secara berperingkat dan diberi bimbingan khas, Airis mula
menunjukkan perubahan positif. Dahlia memberi bimbingan dan sokongan mental kepada

69
Airis agar dia boleh mengatasi masalah peribadinya dan juga memberi perhatian kepada
prestasi akademiknya.

Hari berganti hari, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia diumumkan dan tanpa
diduga, Airis mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan untuk menyambung pengajian
di luar negara dengan tajaan biasiswa. Dahlia menerima sepucuk surat yang dititipkan oleh
Dahlia. ‘Terima Kasih buat segalanya Cikgu. Saya akan membalas jasa cikgu. You’ve
changed my life forever’

Masa berlalu amat pantas, Dahlia masih tekun dengan kerjayanya sebagai seorang guru
hinggalah sepucuk surat tiba untuknya. Surat daripada salah seorang anak muridnya. Airis.
Dahlia tersenyum sebelum membuka lipatan surat dan sekeping tiket jatuh ke atas ribanya.
‘Pas kebenaran tetamu’ Tertera diatas sekeping tiket yang dilengkapi logo Universiti
Teknologi Mara.

Kehadapan Cikgu Dahlia,


Disini saya menitipkan sekeping tiket khas buat cikgu
Saya ingin menjemput cikgu ke majlis Konvokesyen saya

Yang Benar , Airis.

Di hari konvokesyen

Dahlia merenung Airis yang dikerumuni oleh pihak wartawan untuk diwawancara kerana
dia telah menerbitkan sebuah buku Psikologi berdasarkan kajian yang telah dilaksanakannya
sepanjang pengajian diluar negara dan disambung di universiti tanah air. Tangan Dahlia
memegang lengan kirinya yang masih bersisa parut yang berselindung di bawah baju kurung
merah jambunya.

“Terima Kasih kerana telah muncul dalam hidup saya cikgu.” Tersentak Dahlia tatkala
asyik termenung mengingati kisah silam yang berlaku sepuluh tahun lalu. Airis yang berdiri di
hadapannya kini berbeza daripada zaman remajanya, jauh lebih matang dan bijak. Dahlia
tersenyum manis menerima ucapan tahniah dan turut mengucapkan tahniah kepada Airis
kerana telah menamatkan pengajian. Mereka berjalan beriringan ke kafe untuk bercerita

70
pengalaman masing-masing. “We might not be able to change the whole universe, at least
we can change our small life’s world.”

71
Terima Kasih
Hasil karya:
Nurul Syamila Syahirah binti Saifuddin
milaira992@gmail.com

Jam menunjukkan tepat jam 6.00 pagi. Kedengaran syahdu azan mendayu-dayu
sudah menjadi halwa telinga pada setiap hening di subuh dinihari. Lantas, Ija segera
menunaikan kewajipannya kepada yang Maha Esa. Setelah menunaikan solat, terasa
tenang jiwa dan perasaannya. Di waktu itulah dia berasakan betapa bertuahnya
masih hidup di atas muka bumi ini. Setelah selesai semuanya Ija melipat telekung
dan sejadah ku. Ibu seperti biasa sedang sibuk menggoreng kuih.

“Ija,tolong ibu di dapur sebentar.”. Tersentak Ija dari lamunannya


’Ba ba ik ik i i bu ”, jawab Ija spontan.

Ija mempunyai masalah gagap dalam pertutuan. Dia tidak mampu untuk
menyampaikan maklumat, idea dan perasaan. Ija sering berasa cemburu dengan
kawan-kawannya yang mampu bertutur dengan sempurna. Kemudian, Ija pun
melangkahkan kakinya ke dapur untuk membantu ibu apa yang termampu. Beginilah
rutin harian iaitu membantu ibu membuat dan menggoreng kuih di awal pagi. Ibu
sedang sibuk membuat kuih karipap berintikan daging dan Ija pula sibuk mengalihkan
cucur udang di dalam kuali. Sambil itu, dia juga menolong ibu mengguli tepung
untuk dibuat karipap.

Pada jam 6.35 pagi, dia mula bersiap-siap untuk kesekolah. Sebelum berangkat
ke sekolah, Ija meminta restu dari ibu untuk menimba ilmu di sekolah dan mencium
tangannya. Dia melihat wajah ibu dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh
agar dia dapat gembirakan hati ibu, kerana hanya dengan kejayaan ku saja dapat
gembirakan dan mengubah nasib dia dan ibunya.

Ayahnya telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Di saat
itulah kehidupan Ija dan ibu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

72
kerana ayah yang bekerja sebagai penoreh getah tidak memperoleh apa-apa
pampasan kemalangan diri.

Mujur ibu pandai mencari wang saku keluarga dengan berjalan kaki hampir 20
minit, dia akhirnya sampai di gerai Mak Cik Ani lalu dia pun menyerahkan kuih yang
aku bawa untuk dijual di kedai itu. Kami beruntung kerana Mak Cik Ani sudi menolong
mereka menjual kuih tersebut. Setelah bersalaman dengan mak Cik Ani, Ija
meneruskan perjalanannya ke sekolah dengan hanya berbekalkan wang 50 sen.

Sampai di jeti, Ija menaiki sampan untuk menyeberang ke kampung sebelah.


Inilah pengangkutannya setiap hari untuk sampai ke sekolah. Sampan yang hanya
muat untuk tujuh hingga sembilan orang membuatkan penduduk terpaksa beratur
panjang kerana sampan yang di sediakan hanya ada 3 buah sahaja. Menaiki sampan
ini ibarat mempertaruhkan nyawa kerana sampan yang ada telah pun uzur.

Sementara dia menunggu sampan, sempat juga dia bertemu dengan guru
kelasknya iaitu Cikgu Halijah yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa.
Wajah Cikgu Halijah tampak manis dan Ija senantiasa tenang apabila melihatnya.
Walaupun Cikgu Halijah adalah seorang guru yang hanya mengajar di pedalaman
Sabah di tempatnya, tetapi pengorbanannya sangat besar bagi kami sebagai anak
murid yang dahagakan ilmu di kawasan ini.

Ija tahu mungkin berat bagi cikgu untuk mengambil keputusan mengajar di
kawasan pedalaman seperti ini kerana Cikgu Halijah adalah dari golongan berada di
kawasan bandar dan atas permintaan pihak Kementerian Pendidikan Cikgu Halijah
sanggup membuang perasaan takut dan gementar dalam menghadapi situasi
seperti ini.

Walaupun Cikgu Halijah agak terkejut dengan perpindahannya mengajar di


Semporna, Sabah tetapi demi menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sendiri di
gagahkan jua dirinya untuk pergi mendidik anak-anak yang banyak ketinggalan dalam

73
pelajaran. Mujur Cikgu Halijah belum berkahwin maka perpindahannya tidak
menimbulkan banyak masalah.

Terhenti lamunannya seketika apabila Cikgu Halijah memanggil namanya dari


belakang.

”Hafizah, sudah lama menunggu?”, tanya Cikgu kepadaku. Ija membalas teguran
tersebut dengan penuh hormat dan disulami senyuman.
“ ti ti dak la laaaaaaa ma cik cik gu, baaa ru li li ma ma miiinit. Cikgu pula?”

Belum sempat pertanyaannya dijawab, sampan pun tiba . Ija dan Cikgu Halijah pun
sama-sama menaiki sampan yang telah lama menanti untuk penumpang menaikinya.

Di dalam kelas, Ija menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran Fizik yang di
ajar oleh Cikgu Halijah. Walaupun kedatangan pelajar di dalam kelas tidak sampai
separuh, tetapi Cikgu Halijah tetap meneruskan pengajarannya. Keadaan ini sudah
biasa bagi beliau.

Cikgu Halijah faham akan keadaan yang dialami Ija, maka dia sering memberi
alternatif kepada pelajar untuk menjawab soalan secara bertulis. Cikgu Halijah
memesan supaya rakan sekelasku tidak mengejek masalah yang Ija hadapi. Cikgu
Halijah sering kali menasihatkan pelajar yang malas supaya berubah demi masa
depan tetapi sering kali beliau di ejek dan nasihatnya ibarat mencurah air ke daun
keladi.

Setelah selesai pembelajaran pada hari itu. Ija menjenguk keluar untuk
pemandangan di luar, begitu nyaman dan menyegarkan. Walaupun keadaan di sini
panas terik, tetapi hembusan anginnya kuat kerana di sini terdapat banyak pokok dan
gunung-ganang yang beralun-alun.

Burung pula riang terbang terawang- awangan di angkasa dan begitu juga
perasaan ku ketika itu. Alangkah bahagianya dia jika jadi seperti burung yang
sentiasa bebas dan hanya gembira. Tidak seperti dia yang ada berbagai masalah
untuk di selesaikan. Keadaan keluarganya yang kedaifan dan seperti kais pagi makan

74
pagi, kais petang makan petang. Adakah dia mampu mengubah nasib aku dan
keluargaku? Persoalan itu sentiasa berlegar- legar di kotak fikirannya.

Dia tersedar dari lamunan apabila Cikgu Halijah menepuk bahuku.

”Hafizah, apa yang kamu menungkan tu?” tanya Cikgu Halijah.


“Cikgggu, kalllau sayyya beriiitahu sessssuatu paaaddda Cikguu bolleh?”
“Boleh. Tiada salahnya. Apa dia?”
”Ss sa ya ssedih dedengan kehhiidupan saya. Ib bu sasaya sejak akhir-akhir ini
sering sahahaja ssakit dan saya rrrisau memikirkan keadaan dirinya. Wwwang
sssimpanan kammi pullla sudah tinggal sedikit dan mungkin wang itu mungkin hanya
cukup untuk tiga atau empat hari saja lagi. Entttah la cikgu, mungkin inilah nasib
dan takddir saya sekeluarga”.
’Hafizah, Cikgu faham perasaan kamu. Tapi, walau apa pun terjadi, awak belajarlah
bersungguh-sungguh. Balas semua jasa dan pengorbanan ibu. Cikgu yakin ,ibu awak
mesti bangga mempunyai anak seperti awak. Pelajaran dan kejayaan sahaja yang
dapat mengubah kehidupan Hafizah sekeluarga. Apabila berjaya kelak, jangan lupa
diri. Bantulah mereka yang memerlukan dan mereka yang pernah melalui kehidupan
seperti awak juga memerlukan kita untuk meringankan beban dan jangan jadikan itu
sebagai halangan untuk awak berjaya. Walau apa pun yang berlaku,awak kena
kuatkan semangat dan anggap itu sebagai suatu ujian daripada NYA. Banyak-
banyakkan berdoa dan jangan tinggalkan solat kerana solat adalah tiang agama bagi
orang islam”

...
Waktu yang dinantikan telah pun tiba. Keputusan peperiksaan akan diumumkan
dan perasaan Ija berdebar- debar. Kini tiba gilirannya untuk masuk mengambil
keputusan dan kali ini jantungnya berdengup dengan lebih pantas dari sebelumnya.
Tidak sia- sia usaha dan doa selama ini apabila aku mendapat keputusan cemerlang
iaitu 11A. Alhamdulillah dia dan rakan-rakan yang sama-sama mengikuti kelas
tuisyen Cikgu Halijah telah berjaya dalam peperiksaan itu dan kebanyakan dari kami
telah mendapat keputusan yang cemerlang.

75
Ijah dan yang lain mencari Cikgu Halijah tetapi kami tidak menjumpai beliau. Setelah
puas kami mencari, tiba- tiba dia dan rakan-rakan yang lain telah mendengar khabar
berita yang menyedihkan iaitu khabar berita bahawa Cikgu Halijah telah kembali
kerahmatullah.

Ijah beristigfar beberapa kali dan bukan dia sahaja yang merasa kepergian Cikgu
Halijah, rakan-rakannya juga turut sedih dan menangis apabila mendapat tahu
bahawa sampan yang di naiki cikgu terbalik akibat hujan lebat dan cikgu meninggal
dunia pada hari Ijah mengambil keputusan peperiksaan. Dia juga mendapat tahu
yang Cikgu Halijah sanggup meredah hujan lebat dan air sungai yang bergelora untuk
pergi ke sekolah pada hari itu. Inalillahiwainnailaihirojiun.

76
PELAJAR
PISMP
AMBILAN
JUN 2018
(UNIT T6)
77
Terima Kasih, Cikgu Natrah!
Hasil karya:
Ainun Mardhiah binti Mohd. Zaini
ainundhia34@gmail.com

“Kamu semua ni dah tahu miskin, hidup susah, jangan lah susahkan orang
lagi. Dah bagi sekolah, datang lah sekolah. Korang duduk rumah buat apa?
Merompak? Kamu ingat senang ke nak ajar pelajar lembab macam kamu semua ni?
Miskin, menyusahkan orang!” Ujar Cikgu Ros, seorang guru Bahasa Melayu yang
mengajar kelas 3 Farabi dan sememangnya geram dengan para pelajar kelas 3
Farabi kerana salah seorang daripada mereka tidak hadir ke sekolah tersebut kerana
tidak sihat.
“Aku janji takkan ada sorang pun cikgu yang akan hina kita lepas ni, kita miskin tapi
kita bukan takde maruah. Sampai mati aku benci perempuan yang hina kita tu!” Itu
janji Hakim kepada rakan sekelasnya.
****************

“Saya faham masalahnya Cikgu Nora, tapi tak boleh kah kalau cikgu
bersabar sikit je lagi sebelum kita dapat guru ganti untuk mengajar kelas tu?”
“Maaf, tuan pengetua. Saya memang dah tak sanggup.” Kedengaran perbualan
Cikgu Nora dan tuan pengetua, Encik Hazzam di dalam bilik pengetua tersebut.
Mengeluh sekali lagi tuan pengetua berikutan permohonan tukar sekolah
daripada Cikgu Nora. Cikgu tersebut sudah beberapa kali memohon untuk bertukar
sekolah kerana sudah tidak sanggup untuk mengajar pelajar kelas 3 Farabi di
Sekolah Menengah Kebangsaan Rimba itu. Encik Hazzam masih tidak boleh untuk
menguruskan dan menyelesaikan permohonan pertukaran sekolah daripada Cikgu
Nora berikutan dengan kekurangan tenaga pengajar di sekolah itu. “Cikgu Nora
tolonglah bersabar sedikit sahaja lagi sehingga kami dapat pengganti cikgu, ye?”
Pujuk Encik Hazzam, gusar.
“Maafkan saya, Encik Hazzam.” Ujar Cikgu Nora, berat hati. Kedua-duanya
melepaskan keluhan berat.
*******************

“Weh semua, aku dah cakap Cikgu Nora tu akan keluar jugak, takde sape lah
weh yang boleh kawal kelas kita, hahahahha! Aku berani bertaruh lah.”- Hakim, ketua

78
kelas 3 Farabi. Kedengaran gamat ketawa mereka di dalam kelas tersebut. 5 lelaki, 5
perempuan namun kesemuanya berhati kering.
“Cikgu Natrah betul ke nak mengajar kelas 3 Farabi ni?” Tanya tuan
pengetua bersungguh-sungguh. “Ya Encik Hazzam, lagipun saya tahu cerita dulu
yang membuatkan pelajar kelas 3 Farabi membenci semua guru. Namun, saya yakin
kesemua mereka berpotensi untuk cemerlang, cuma perlu digilap dan saya pun harus
bersabar. Lama-lama nanti lembut lah hati mereka.” Ujar Cikgu Natrah, seorang guru
yang berwatakan sangat menarik, cantik, aktif, berkemahiran dalam pelbagai bidang,
selalu memberi sokongan positif kepada pelajar dan selalu ceria membuatkan ramai
pelajar menyukainya serta dikagumi oleh guru-guru yang lain. “Alhamdulillah, terima
kasih Cikgu Natrah”. Ucap Encik Hazzam, tersenyum senang. “Sama-sama, encik.
Lagipun pelajar-pelajar kita tu tak matang lagi, dengan umur mereka tu, masih dalam
peringkat mencari dan mengenal diri sendiri dan bersifat egoistik sebab tu mereka
masih berdendam.” Kata Cikgu Natrah, tenang dan berpengetahuan. “Betul tu cikgu,
saat ini lah kita perlu bimbing mereka untuk mencari identiti diri masing-masing.” Ujar
tuan pengetua. Cikgu Natrah pun berlalu.
******************

Pertama kali melangkah ke kelas 3 Farabi. “Selamat pagi semua.” Sapa Cikgu
Natrah, ceria. Semua pelajar terlopong, terkejut kerana masih ada guru yang ingin
mengajar mereka. “Ya, semua? Kenapa pandang cikgu macam tu?” Masih tersenyum,
manis.
“Cikgu ni kenapa, dah cantik pun nak mengajar lagi, pergi duk rumah jelah cikgu, jaga
laki.” Jawab Hakim. Cikgu Natrah masih tersenyum dan berkata, “Kenapa? Kan ni
tugas cikgu, ajar anak-anak murid cikgu, mana boleh duk rumah je.”
“Alah cikgu, tak payah lah nak tunjuk baik sangat, kalau dah nama cikgu, datang
sekolah nak gaji je, bukan nak ajar orang lembab macam kami. Dahlah miskin, nanti
menyusahkan cikgu jugak. Balik jelah cikgu, kami tak nak belajar pun.” Tambah
Arman.
“Kalau tak nak belajar, kenapa kamu datang sekolah? Cikgu tahu, kamu ada rasa nak
belajar, tapi kerana kisah dulu, kamu semua benci dengan semua guru kan? Takpa,
cikgu faham. Jadi hari ni cikgu cuma nak jalankan tanggungjawab cikgu sebagai
seorang pendidik dan bukan semata-mata sebagai seorang ‘guru’ yang kamu
maksudkan tadi. Bagi cikgu peluang, okey? Semua bukak buku.”
*******************

79
“Weh Hakim, aku tengok Cikgu Natrah tu tak kisah je kau buat apa pun kat dia,
senyum jugak. Hati kering jugak ke apa weh?”
“Entah lah Amni, aku pun tak tahu, biasa kalau cikgu perempuan ni, kita biadap sikit
dah mengamuk, lepastu menangis, mintak tukar, settle, tapi lain pulak dia ni.”
“Mungkin dia betul-betul ikhlas nak ajar kita? Mungkin dia tak macam guru-guru lain.
Kita kena bagi dia peluang la weh.” Cadang Arif.

“Eh kau dah lupa ke cikgu dulu tu cakap kita apa? Takde orang weh nak ajar
kita, kita ni miskin, hina. Kau tengok la sendiri, kat kampung tu pun kita kerja nak
tolong keluarga sampai ada yang sakit, tak datang sekolah tapi tetap kena hina. Aku
tak percaya lah. Nak exam sekalipun, kita pandai-pandailah belajar sendiri.” Ujar
Arman dengan suara yang bergetar dan penuh emosi. Kesemua tertunduk, sedih.

Hari itu hari minggu, Cikgu Natrah bercadang untuk melawat pelajar-pelajarnya di
kampung. Senang, kerana kesemua 10 orang pelajarnya tinggal di kampung yang
sama. Sesampai di kampung mereka, Cikgu Natrah berasa sayu dan sedih kerana
sememangnya keadaan penduduk dan rumah di situ sangat daif dengan rumah yang
kecil dan hanya mampu menampung antara dua hingga tiga orang sahaja. Kini,
beliau betul-betul faham betapa sukarnya kehidupan pelajar-pelajarnya. Tanpa
disedari, air matanya menitis.

“Eh cikgu, cikgu buat apa kat sini? Harini kan cuti. Nak tunjuk bagus pun tak
payah la sampai datang sini.” Tegur Arman, sinis. Namun, setelah melihat air mata
Cikgu Natrah, dia tidak lagi meneruskan kata-katanya. Cikgu Natrah melihat keadaan
Arman, dengan bajunya yang kotor penuh dengan minyak hitam, beliau bertanya,
“Kenapa dengan baju kamu, kamu buat apa?”
“Saya bekerja cikgu, jadi mekanik kat bengkel depan tu. Cikgu tengoklah kampung
kami, rumah-rumah kami, takkan sanggup kami tak kerja untuk bantu mak ayah?”.
Jawab Arman, kini lebih lembut.

“Woi Arman, jom lah main bola” Jerit Hakim. Kelihatan kesemua pelajar kelas
3 Farabi ada di situ. Kesemua mereka berpakaian kotor dan semua baru pulang dari
tempat kerja masing-masing. “Ya Allah, apa yang kamu semua lalui ni, tak pernah
terlintas dalam bayangan cikgu susah kamu macam ni, maafkan cikgu.” Cikgu Natrah
terus menangis.

80
“Eh, cikgu tak payah lah menangis, kami dah biasa hidup macam ni. Kami tak susah
pun cikgu, kami bahagia tapi orang tetap hina kami.” Amni memujuk namun masih
menyindir. “Dahlah cikgu, kami mintak maaf atas semua kelakuan dan kata-kata kami
sebelum ni. Kami betul-betul nak belajar dan kami harap cikgu masih sudi untuk ajar
kami.” Kata Hakim dan Cikgu Natrah sangat bersyukur.
********************

“Haa, Cikgu Natrah, macam mana dengan pelajar-pelajar kamu yang miskin
dan lembab tu? Datang sekolah ke tak? Ke semua dah berhenti sebab kena kerja?
Berhenti jelah mengajar kelas tu cikgu, budak-budak tu memang dah tak dapat diajar.
Dah lah lembab, miskin, biadap pulak tu.” Ujar Cikgu Ros.

“Astaghfirullah Cikgu Ros, mereka bukan lembab, bukan biadap tapi mereka
diajar untuk menjadi biadap. Ya, mereka miskin tapi mereka ada maruah. Mereka tak
pernah menyusahkan orang lain, mereka tak pernah mintak simpati siapa pun untuk
mereka hidup. Tapi sebab orang macam kita lah, yang gagal jadi seorang pendidik,
membuatkan mereka berperangai begitu. Salah kita, cikgu. Cikgu fikirlah.”

“Yelah, saya pun nak tengok sejauh mana Cikgu Natrah boleh bersabar
dengan mereka semua tu. Jangan nanti merayu-rayu nak tukar sekolah, macam
Cikgu Nora tu. Yang pasti semua pelajar kelas 3 Farabi tu takkan cemerlang dalam
PT3 nanti sebab mereka takkan mampu lah. Lainlah budak-budak kelas saya, 3
Bukhari tu. Budak-budak macam tu lah yang patutnya kita jaga, sebab mereka semua
pelajar harapan sekolah, tak menyusahkan orang dan sangat bijak.” Balas Cikgu Ros.

“Baiklah Cikgu Ros, baru saya faham kenapa pelajar-pelajar 3 Farabi tu


biadap dengan semua guru. Kesian Cikgu Nora. Dulu mereka baik, tapi disebabkan
oleh seorang guru yang bersikap pilih kasih macam ni, mereka rasa terabai, dan ada
pulak yang menghina mereka. Mereka muda lagi, cikgu. Sepatutnya kita faham, tapi
kita pulak yang layan mereka macam tak berpelajaran. Okay lah cikgu, saya ada
kelas dengan pelajar 3 Farabi.” Ujar Cikgu Natrah, sinis dan bermakna seraya berlalu.
********************

“Terima kasih, cikgu. Kami minta maaf kerana menganggap cikgu sama macam
Cikgu Ros. Rupanya cikgu sangat ikhlas untuk mendidik kami. Terima kasih, cikgu.”

81
Ujar Hakim. Lalu kesemua mereka mengucapkan terima kasih. Cikgu Natrah jelas
terharu.
“Cikgu, cikgu pandai Matematik tak?” Tanya Arman kepada Cikgu Natrah
sambil menggaru-garu kepalanya. “Ya Arman, boleh lah. Meh sini cikgu tengok.”
Cikgu Natrah terus membuat persamaan Matematik tersebut dan berjaya
mendapatkan jawapannya.

“Wah, cikgu. Bijak gila! Cikgu ajar Bahasa Melayu, tapi cikgu tahu semua
subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bijak lah cikgu, macam mana cikgu
belajar?” Puji Azman, kagum. Cikgu Natrah tergelak kecil. “Cikgu cuma minat untuk
belajar dan cikgu belajar lah dengan ikhlas. Semua akan jadi senang dan sentiasalah
kongsi semua ilmu kita dengan orang lain, dengan cara tu kita akan lebih ingat ilmu
yang kita pelajari. Kamu tinggal 70 hari je lagi untuk PT3 ni, masa ni kamu belajar la
bersungguh-sungguh dan ikhlas, insyaAllah, keputusan kamu nanti akan cemerlang.
Banggakan ibu ayah”- “Ooo..” serentak satu kelas menjawab.
*******************

Tiba waktu peperiksaan PT3, pelajar kelas 3 Farabi sedang bersama Cikgu Natrah.
“Cikgu, doakan kami. Halalkan ilmu kami. Kami tak nak gagal lagi dalam peperiksaan
kali ni.”
*******************

Hari keputusan diumumkan, kesemua pelajar kelas 3 Farabi berjaya lulus


dalam peperiksaan PT3 manakala Amni dan Hakim merupakan dua pelajar
cemerlang. Mereka menangis kegembiraan. Seluruh sekolah terkejut dengan
keputusan tersebut.

“Tahniah, semua. Kamu sudah membuktikan kebolehan kamu. Tahniah Cikgu


Natrah kerana berjaya sabar dan brsungguh-sungguh mendidik pelajar ini. Kami,
pihak sekolah sangat bangga dengan kamu semua.” Ujar Encik Hazzam.

“Terima kasih, Cikgu Natrah!”

82
Serkap Jarang
Hasil karya:
Amir Asraff bin Mohd. Roshanizam
roshanizamasraff@gmail.com

Bermula hari pertamaku di Sk Gunung Rapat, sebuah sekolah yang dikelilingi


kawasan perumahan golongan-golongan kelas pertengahan. Aku begitu teruja untuk
memulakan kerjaya sebagai seorang guru subjek Sains di sekolah itu. “Cikgu Danial
bin Mohd Amin”, Guru Besar menjemputku naik ke pentas semasa perhimpunan
untuk sesi pengenalan kepada seluruh warga sekolah. Tepukan gemuruh
kedengaran sebaik sahaja aku melangkah ke podium yang terletak di bahagian sisi
kanan pentas.

Lumrah bagi seorang guru baharu untuk memberikan ucapan pada hari
pertama bekerja. Kehadiranku disambut meriah oleh Guru Besar dan guru-guru
senior mahupun yang sebaya denganku. Tidak disangkal lagi, tuhan telah
memberikanku sekolah yang terbaik untuk aku menabur bakti demi masa depan
generasi millenia.

Usai sahaja perhimpunan, aku diiring oleh Puan Salmah,seorang guru


major Bahasa Inggeris ke mejaku di bilik guru. Beliau memberiku jadual kelas
sebelum membawaku meninjau seluruh kawasan sekolah. Struktur binaan sekolah ini
agak berlainan daripada sekolah-sekolah yang lain menjadikanku sukar untuk
mencari bilik-bilik darjah. Jumlah pelajar di sekolah ini adalah seramai 760 orang di
mana kebanyakannya mempunyai latar belakang keluarga daripada golongan
pertengahan. Beliau kemudian memberitahuku bahawa aku telah ditugaskan menjadi
guru kelas tahun 5 yang bernama 5 Anggerik.

Selesai, peninjauan bersama Puan Salmah, aku lantas menuju ke mejaku di


bilik guru untuk bersedia bagi sesi pengajaranku yang pertama di kelas 5 Anggerik.
Aku berasa sedikit gementar memandangkan ini kali pertamaku aku akan mengajar
sebagai seorang guru yang rasmi.

Sewaktu perjalananku ke kelas 5 Anggerik, aku mendapati bahawa diriku


telah sesat di antara blok-blok bangunan yang besar. Jam di tanganku menunjukkan
pukul 8.05 pagi, 5 minit telah berlalu dan aku masih tidak menemukan kelas di mana

83
aku sepatutnya berada. Hal tersebut membuatku resah kerana hari itu merupakan
hari pertamaku dan aku tidak mahu merosakkannya dengan hal-hal remeh.

“Assalammualaikum cikgu, boleh saya bantu?”, ujar seorang murid lelaki


kepadaku. Tingginya hanya mencecah paras pinggangku. Dia mengenakan baju
uniform sekolah yang agak lusuh dan seluar sekolah yang bertampal. “Saya sedang
mencari kelas 5 Anggerik, boleh kamu tunjukkan jalan kepada saya?”, balasku
kepada murid tersebut. “ Sudah tentu, cikgu”, jawab murid tersebut. Dia lantas
membawaku ke kelas 5 Anggerik yang terletak tidak jauh dari tempat aku berada
sebentar tadi.

Aku berterima kasih kepadanya dan dia hanya memberiku senyuman.


Sebelum memasuki kelas tersebut, aku berhenti terlebih dahulu di bahagian tangga
yang terletak berdekatan dengan kelas tersebut. Menjadi kebiasaan bagiku untuk
membuat persediaan sebelum memasuki kelas. Masih jelas di ingatanku ketika waktu
praktikum, di mana aku terlupa untuk memasang zip seluarku dan membuatkan
seluruh kelas tertawa melihat gelagatku. Namun, aku tidak mengambil masa yang
lama, aku lantas masuk ke kelas setelah mendapati diriku telah bersedia untuk
memulakan pengajaran. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas,
pandanganku beralih ke seorang murid yang membantu aku sebentar tadi.
Rupa-rupanya, dia merupakan murid kelasku.

Akmal merupakan nama murid lelaki tersebut. “Selamat pagi,cikgu”, ujar


murid-murid kelasku kepadaku. “Selamat pagi, sila duduk”, balasku kepada mereka.
Aku memperkenalkan diriku sebagai guru kelas mereka yang baharu. Masing-masing
menunjukkan riak wajah gembira dan berminat lantas membuatku bersemangat
untuk memulakan sesi pembelajaran.

Aku memulakan sesi pembelajaran sama seperti yang telahku praktikkan


ketika praktikum. Selepas sesi pembelajaran tamat, aku mengadakan satu kuiz dan
mendapati bahawa hampir setiap murid kelasku berjaya menjawab soalan yang aku
berikan kepada mereka. Tambahan pula, Akmal berjaya menjawab semua soalan
dengan betul dan tepat. Aku gembira dengannya kerana dia bukan sahaja baik malah
merupakan seorang murid yang bijak.

Selepas tamat kuiz, murid-murid aktif bertanyakan soalan mengenai perkara


yang mereka tidak faham. Hal ini merupakan perkara yang paling dinanti-nanti bagiku

84
kerana aku dapat berkongsi pengetahuanku bersama mereka. Sains merupakan satu
subjek yang luas dan perlu dikongsi agar pengetahuan tersebut berkembang. Usai
pengajaranku bersama kelas 5 Anggerik, aku pulang ke tempatku di bilik guru. Sekali
lagi, Akmal membantuku dengan mengangkat barang-barangku ke tempatku. Aku
mengucapkan terima kasih kepadanya dan dia hanya membalasku dengan
senyuman. Sebaik sahaja Akmal berlalu pergi, aku mengucapkan “Alhamdulillah”
tanda syukur kepada Ilahi kerana mengurniakan murid-murid yang baik dan
cemerlang. Aku berharap agar murid-murid kelasku akan sentiasa mengekalkan
prestasi mereka yang baik dari segi akademik dan adab sopan sewaktu di dalam
kelas.

*****************
3 bulan kemudian…..
Sudah masuk hari keempat Akmal tidak hadir ke kelas. Hal ini
membimbangkanku kerana waris kepada Akmal tidak memaklumkan apa-apa berita
mengenai Akmal. Aku bertanya kepada seluruh murid di dalam kelas tentang Akmal
dan salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Akmal dilihat berada di
kawasan pasar pagi tadi. Aku berasa kecewa dan tidak percaya bahawa murid
kegemaranku, Akmal telah ponteng kelas untuk pergi ke pasar. Aku menahan
amarahku yang teramat dan cuba untuk tidak melepaskannya ke murid-murid lain
kerana bimbang akan menjejaskan sesi pembelajaran mereka. Selesai sahaja kelas,
aku lantas ke tempatku dan mengambil buku maklumat pelajar. Aku mencari nama
Akmal dan mencatat alamat rumahnya ke dalam buku notaku.

Aku tidak sangka murid yang paling aku kasihi telah menconteng arang di
mukaku. Aku seharusnya tidak termakan dengan lakonan Akmal. Dia sememangnya
licik dengan perwatakannya yang sentiasa senyum itu. Aku teringat akan pesan
pensyarahku untuk tidak mudah percaya kepada murid-murid. Aku bergegas ke
kereta sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Berbagai-bagai perkara sedang
bermain di fikiranku. Aku menenangkan diriku dengan memainkan bacaan
surah-surah lazim di radio keretaku.

*****************

Dalam perjalananku ke rumahnya, aku mendapati bahawa kawasan rumahnya


terletak agak jauh dari sekolah. Rumahnya yang agak terpencil tu menyukarkan
sebarang urusan keluar masuk. Aku mengambil masa 20 minit untuk sampai ke

85
rumahnya. Tidakku sangka bahawa rumah ibarat pondok kecil ini merupakan tempat
tidur Akmal selama ini. Hatiku sebak mengenangkan nasib Akmal yang merupakan
murid kegemaranku di sekolah. Tiba sahaja di rumahnya, amarahku terhadap Akmal
mulai pudar sedikit demi sedikit. “Assalammualaikum”, aku memberi salam.
“Waalaikumussalam”, balasnya. Suara sayu itu kedengaran dari dalam rumah dan
aku dapat menjangkakan bahawa suara itu kepunyaan ibu kepada Akmal.

Pintu kayu yang usang itu dibuka. Aku melihat seorang wanita berumur dalam
lingkungan 30-an di hadapanku. Wajah wanita itu lemah dan tidak bermaya. “Apa
hajat anak datang ke sini?”, soal dia kepadaku. “Saya cikgu kepada Akmal. Sudah
empat hari Akmal tidak hadir ke sekolah tanpa alasan. Itu sebabnya saya datang ke
sini.” Wanita itu memandang ke bawah lantai sambil terbatuk-batuk. Melihat dari
tingkah lakunya itu, aku dapat mengenal pasti bahawa dia dalam keadaan tidak sihat.
Susuk badannya sangat kurus dan mukanya pucat. Wanita itu kemudian menjemput
aku masuk ke dalam rumah. Keadaan di rumah itu serba kekurangan. Aku dapat
melihat bahawa rumah tersebut tidak mempunyai sebarang televisyen dan perkakas
eletrik yang banyak. Namun begitu, aku dapat melihat satu ruangan yang dipenuhi
dengan buku-buku nota dan latihan. Aku percaya buku-buku itu kepunyaan Akmal.

Perbuatanku telah diperhatikan oleh wanita itu. Dia menggelar dirinya Che Kiah.
Che kiah memberitahuku bahawa buku-buku tersebut kepunyaan Akmal. Dia
memperolehinya daripada kawasan kitar semula. Air mataku jatuh berlinangan di
hadapan Che Kiah. Aku tidak menyangka bahawa kegigihan Akmal dalam menimba
ilmu begitu tinggi sehinggakan dia sanggup untuk berbuat demikian. Pada masa itu,
aku sama sekali tidak melihat kelibat Akmal di dalam rumah itu.

“Mak, Akmal belikan ubat untuk mak. Akmal jual baju uniform sekolah Akmal dan
seluarnya, mak”, suara Akmal kedengaran dari luar rumah. Apabila dia masuk ke
dalam rumah, dia terkejut melihatku bersama ibunya, Che Kiah. Dia kaku dan tidak
berbuat apa-apa. Aku dapat berasakan yang dia tahu akan tujuanku ke rumahnya.
Aku lantas bangun dan mendekatinya. Aku merendahkan badanku dan memeluk
Akmal dengan erat. Air mataku jatuh berlinangan sekali lagi. Akmal berasa keliru
melihatku yang menangis secara tiba-tiba. “Cikgu, maafkan saya sebab buat cikgu
menangis, saya tidak mampu datang ke sekolah”, ujar Akmal. “Tidak mengapa Akmal,
cikgu faham akan keadaan yang kamu lalui”, balasku kepadanya.

86
“Cikgu minta maaf kerana telah salah sangka terhadap kamu, cikgu ingat kamu
ponteng kelas”, ujarku lagi. Rupa-rupanya Akmal tidak hadir ke sekolah kerana
menjaga ibunya yang sakit di rumah. Sudah beberapa hari ibu tunggal itu sakit dan
tidak mampu ke kilang tempat dia bekerja. Akmal merupakan seorang anak yang baik
dan murid yang cemerlang. Sebagai seorang guru, aku tidak mahu dia ketinggalan
dalam pelajaran dan mensia-siakan bakatnya. Aku telah berazam untuk membantu
keluarga itu kerana aku percaya Akmal mempunyai masa depan yang cerah untuk dia
kecapi.

87
Cikgu Masih Dalam Kenangan
Hasil karya:
Dharvena a/p Segeranazan
dharvena_seger@gmail.com

Hari pertama sebagai seorang guru rasmi dengan penuh semangat untuk
melihat muka putera puteri, beliau memijak kawasan Sekolah SJK(T) Selama yang
mempunyai bilangan murid 50 sahaja. Cikgu Madan telah menamatkan pengajian di
IPG Kampus Ipoh selama 5 tahun bersusah payah melatih dirinya sebagai seorang
guru unggul yang memang hebat dari segala aspek seperti intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.

Beliau adalah guru Bahasa Inggeris yang berdedikasi dan professional dalam
menjalankan tugasnya. Hari ini adalah hari yang paling gembira seumur hidupnya
kerana harapannya selama ini menjadi guru akhirnya tercapai. Di sekolah tersebut
beliau diberi tugas sebagai guru kelas dengan bilangan muridnya seramai 13 orang
murid sahaja.

Setelah berkenalan dengan guru besar dan guru-guru lain pada pagi yang
telah dikurniakan oleh Tuhan beliau dengan semangat membara masuk ke dalam
kelas 6m. Cikgu Madan memang berasa beliau berada di kayangan setelah
mendengar ucapan “Selamat pagi Cikgu” oleh anak muridnya yang ceria pada pagi
itu.

“Selamat pagi murid-murid, saya Cikgu Madan guru kelas 6m mulai hari ini.
Waktu pertama ini untuk kita berkenalan sama-sama dan kita perlu bincang
mengenai perkara penting yang perlu anda semua patuh dalam kelas”, kata Encik
Madan.

Beliau menetapkan beberapa peraturan dalam kelas kerana beliau bukan


sahaja mahukan pelajar berilmu pengetahuan manakala mahu membentuk sahsiah
mereka seperti yang telah ternyata dalam criteria pembelajaran bermakna. Menurut
Kohlbreg, (1983) dalam teori perkembangan moral, kanak-kanak di sekolah rendah
berada pada peringkat pertama iaitu orientasi kepatuhan dan hukuman pada tahap
pra-konventional. Penetapan peraturan dalam kelas relevan kerana perlakuan dinilai
berdasarkan ganjaran dan hukuman kepada sesuatu perlakuan baik atau tidak elok.

88
Hal ini berkaitan dengan kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk
mengelakkan dendaan.

Semua murid kelihatan bimbang kerana Cikgu Madan tegas dan menasihati
semua murid untuk berdisiplin dimana-mana sahaja.

Setelah berada bersama mereka dalam beberapa kelas Cikgu Madan dapat
mengenal pasti kelemahan murid-murid kelas 6m. Beliau berasa murid 6m tidak
mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana murid-murid tidak menumpukan
perhatian dalam kelas sebelum ini kerana guru-guru lama yang tiada ilmu tentang
pembelajaran abad ke-21 menggunakan alat-alat teknologi dan tidak tahu cara untuk
memastikan murid berfokus dalam kelas.

Hal ini menyebabkan beliau untuk mencari alternatif bagi membolehkan


mereka membelajar bahasa tersebut. Sebagai seorang guru yang berilmu
pengetahuan, beliau tahu bahawa semua pelajar boleh mempelajari segala bahasa
jika diberi penekanan pada peringkat awal. Bahasa penting bagi murid untuk
berkomunikasi dengan masyarakat sekekeliling. Pada masa tersebut cikgu terfikir
teori Vygotsky (1962) yang menekankan bahasa dalam perkembangan kanak-kanak
yang digunakan oleh murid untuk berinteraksi dan menyiapkan tugasan.

Oleh itu, Encik Madan memperkenalkan pembelajaran Bahasa Inggeris


melalui multimedia dan strategi pembelajaran secara talian. Menerusi pelbagai usaha,
beliau mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 yang memastikan anak murid
memang akan bersemangat untuk belajar. Akhirnya, beliau mengambil keputusan
untuk menerangkan pembelajaran secara online. Setelah masuk kelas, beliau bekata

“Mulai minggu ini, semua kerja rumah Bahasa Inggeris akan diberi melalui
aplikasi ‘VLE Frog’. Usaha tambahan untuk meningkatkan penggunaan Bahasa
Inggeris setiap murid perlu menyiapkan artikel pendek mengikut giliran dan memuat
naik dalam aplikasi tersebut dan murid lain perlu mamberi pendapat mereka”, kepada
murid-murid.
“Cikgu, bila kita hendak mula, saya rasa idea ini macam hebat”, kata Kumar.
“Sabar, Kumar kita akan belajar cara akses aplikasi tersebut kelas akan
datang”, kata Cikgu Madan.

89
Usaha Cikgu Madan berkesan telah menerima maklum balas yang positif
daripada murid-muridnya.

Cikgu menekankan perkara 6C iaitu kolaboratif, komunikasi, berfikiran kritis,


kreatif, kewarganegaraan, dan sahsiah. Sebagai contoh, analisis tentang artikel
pendek memerlukan murid berfikir secara kritis iaitu salah satu ciri dalam
pembelajaran bermakna.

Pada masa yang sama, ada pihak yang tidak puas hati dengan perlakuannya,
maka mereka berusaha untuk menjatuhkan imej diri Cikgu Madan tetapi tidak berjaya.
Maruah diri tidak dapat diruntuhkan kerana murid-muridnya memandang tinggi
terhadapnya dan sentiasa percaya sesuatu yang dilakukan olehnya pasti ada
kebaikan.

Setelah Cikgu Madan berada bersama-sama anak murid selama dua bulan
dan telah menganalisis perwatakan setiap muridnya. Kesemua murid menyukainya
dan bermula untuk kongsi masalah mereka. Seorang anak muridnya bernama Kavita
daripada kelas 6m telah menceritakan masalah tentang rakan sekelas, Mohan
sentiasa mengikuti pergerakkan Kavita. Mohan juga berniat untuk mencintakan
Kavita dan selalu mengganggu sehingga Kavita tidak boleh fokus dalam
pembelajarannya. Oleh itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan
mengambil berat tentang anak muridnya beliau pesan kepada Kavita bahawa “jangan
dipengaruhi oleh perkara remeh sebegini, kita perlu bersabar dan berani menghadapi
masalah”. Kavita berpegang kepada kata-kata cikgunya.

Pada bulan tiga, suatu Program Kebudayaan dan Kejohanan Olahraga di


peringkat zon akan diadakan maka, cikgu berminat untuk menjadikan Sekolah SJK(T)
Selama sebagai tuan rumah. Cadangannya telah tidak disetujui oleh guru-guru yang
lain sekolah tersebut dalam mesyuarat. Kebanyakan mereka berasa sekolah mereka
tidak layak untuk mengendalikan sukantara kerana tidak pernah menjadi pemenang
selama ini. Seorang guru telah berkata

“Pelajar sekolah ini tidak mempunyai bakat langsung dan kekalahan sentiasa
memalukan mereka”.
Encik Madan pula berkata,” seorang guru yang unggul perlu mencungkil bakat
murid-murid bukannya, merendahkan imej mereka di hadapan orang”

90
Beliau tetap menjalankan program ini dan mahukan semua pelajar mengambil
bahagian dalam pelbagai acara. Beliau juga menjustifikasikan bahawa Program
Kebudayaan akan menguatkan jati diri manakala Kejohanan Olahraga pula
membantu mererka dalam proses perkembangan fizikal.

Demi membuktikan bakat mereka, pelajar bersemangat untuk menyertai


program tersebut. Tanpa membuang masa, Cikgu Madan melatih mereka mengikut
acara masing-masing.

Hari kejadian akhirnya telahpun sampai. Kawasan sekolah dipenuhi dengan


guru dan pelajar dari negeri yang berlainan. Kawasan sekolah memang meriah
dengan orang ramai.

“Sekolah SJK(T) Selama menyambut kedatangan semua muridd dan guru.


Majlis ini akan bermula tidak lagi. Diminta semua peserta bersedia untuk acara
masing-masing”, kata pengacara majlis.

Semua acara telah bermula. Kavita terlibat dalam pengucapan awam secara
sukarela manakala Kumar melibatkan dirinya dalam pertandingan mendeklamasikan
sajak. Mohan telah bersedia di padang sekolah untuk acara larian 100m. Sekumpulan
murid daripada kelas 6m yang terdiri daripada Ganesh, Kavin, Thamarai dan Geeta
sedang menunggu giliran mereka untuk menyampaikan persembahan mereka.
Secara, tiba-tiba seorang pelajar lari ke arah Encik Madan.
“Cikgu! Mohan berasa pengsan setelah minum jus buah di kantin”, katanya.
Cikgu Madan terus berlari ke arah Mohan untuk melihat keadaanya. Rupa-rupanya,
pihak yang tidak berpuas hati dengan perlakuannya melakukan pembuatan sebegini.

Walaubagaimanapun, Mohan tetap mahu untuk menyertai acara tersebut


kerana tidak inginkan kekalahan.

Segala usaha yang telah dilakukan bersama-sama maka, pada akhirnya


Sekolah SJK(T) Selama telah membuahkan hasil yang baik.
“Tahniah semua. Usaha tangga kejayaan. Semua pelajar 6M telah
menunjukkan kerjasama yang baik dan telah membuktikan kepada orang ramai
pelajar 6m hebat” kata Cikgu Madan. Pada keesokkan pagi, setelah Cikgu Madan
masuk kelas,

91
“Terima kasih kepada semua kerana sama-sama membimbing tugas bersama
untuk meningkatkan nama baik sekolah. Jangan lupa, peperiksaan awam UPSR akan
bemula tidak lama lagi. Oleh itu, pastikan kamu semua fokus dalam kelas dan
bersedia untuk peperiksaan tersebut”, kata Cikgu menasihati anak muridnya.

Beliau juga telah memberitahu mereka kelas malam akan bermula minggu
depan; semua pelajar perlu menghadirkan diri pada setiap kelas tambahan tersebut.

Pada malam tersebut mereka telah mengadakan kelas tambahan yang


pertama. Selepas kelas habis, Mohan ingin bercakap dengannya tetapi Kavita tidak
mahu memasang telinga kepada Mohan seperti yang telah dinasihati oleh Cikgu
Madan. Apabila Mohan berasa marah, meletakkan tangannya pada bahu Kavita
untuk menegaskan pendiriannya iaitu dia mencintakan Kavita.

“Kavita tolong dengar apa yang saya mahu memberitahu; saya cintakan
awak”, kata Mohan.
Tanpa kesederan Mohan, dia telah memegang tangannya lalu memeluk
Kavita. Kavita berasa tidak selamat lalu menangis dan melarikan diri daripada tempat
tersebut. Mohan berasa sangat bersalah telah mengalih daripada tempat tersebut.

Setelah tiba masa Cikgu Madan hendak balik, beliau mendengar suaru
tersedu di bahagian belakang pokok. Beliau melihat Kavita menanggis dan
bertanyakan puncanya. Serta-merta selepas mendengar tentang kejadian tersebut
beliau memberi kain untuk Kavita menutup badannya.
************************************
“Aduh! sakit, lepaskan saya, saya tidak melakukan apa-apa yang bersalah.
Tolong siasat dahulu sebelum memukul saya” suara Cikgu Madan didengari oleh
seluruh sekolah. Semua pelajar keluar daripada kelas ke tempat kejadian.
“Tolong melepaskan Cikgu Madan; kami pasti beliau tidak akan melakukan
kesalahan”, semua pelajar sudah bermula untuk menyokong gurunya yang memang
berkualiti. Salah seorang daripada kumpulan yang telah memukul Encik Madan
berkata
“Dia ini telah melakukan gangguan seksual kepada adik saya Kavita. Adik
saya telah mengambil keputusan untuk membunuh dirinya. Walaubagaimanapun,
nyawanya telah diselamatkan dan sekarang dia berada di hospital. Pengawal pagar
memberitahu saya bahawa dia telah melakukan sesuatu kepada adik saya pada
malam tadi”.

92
Guru besar sekolah tersebut dengan kadar segera telah melaporkan kepada
pihak polis. Setelah lama isu tersebut dibincang, pihak polis telah membawa Cikgu
Madan ke polis stesen.

Peperiksaan awam telah sampai. Walaupun, Cikgu Madan tiada di sekolah,


semua pelajar tetap mengikuti caranya untuk belajar. Mereka juga mencontohi ciri-ciri
guru mereka.

Selepes pembicaraan di mahkamah, Cikgu Madan dilepaskan kerana


muridnya Kavita telah membuktikan bahawa segala yang diberitahu oleh pengawal
pagar adalah semata-mata rekaan. Kavita berbuat sedemikian, dia memang
menghormati ciri-ciri unggul Cikgu Madan dan dia tidak dapat menafikan segala
perkara yang telah dilakukannya sepanjang beliau berada di sini untuk kebaikan
mereka. Menurut Piaget, (1952), toeri kognitifnya proses perkembangan kognitif
kanak-kanak melalui beberapa tahap. Pada tahap operasi konkrit, kanak-kanak yang
berumur 7 hingga 11 tahun mula berfikir secara logik.

Cikgu Madan merupakan seorang guru memang hebat. Pelajar 6m sampai


sekarang menceritakan pengalaman mereka bersama-sama Cikgu Madan walaupun
telah meninggal dunia bak kata pepatah ‘harimau mati tinggalkan belang, manusia
mati tinggalkan nama’.

93
Maria
Hasil karya:
Eka Silvya Azlina binti Abd Nasir
ekasilvya53@gmail.com

Maria Chin merenung ke luar jendela rumahnya yang usang, dihimpit


bangunan-bangunan besar di kota raya Kuala Lumpur yang sibuk. Bunyi hon kenderaan
memecah hening pagi Januari itu. Pagi hening itu, rumahnya berbau alkohol dan jarum
bersepah-sepah di seluruh rumahnya. Ibunya yang kelihatan tidak bermaya terbaring di atas
katil sambil memasukkan cecair ke dalam kulitnya melalui jarum. Maria menghembuskan nafas
keluhan yang panjang. Ayahnya terbaring di atas sofa setelah mabuk semalaman dan ibunya
seorang penagih dadah yang terbaring sakit. Pada usia 11 tahun, hidupnya tidak terurus. Dia
jarang mandi dan jarang makan, apalagi mendapat kasih sayang.

Di sekolah, Maria duduk bersendirian dan tidak berteman kerana dia selalu diejek.
Namun, dia sering membawa bersamanya sebuah ensiklopedia yang dihadiahkan oleh ibunya
sewaktu ibunya masih sihat dan suka membaca sepertinya. Ensiklopedia itulah pengubat jerih
hatinya. Dia benci hidup serba kekurangan seperti dia membenci alkohol bapanya dan
jarum-jarum ibunya. Dia benci hidup miskin di tengah-tengah kota raya yang megah. Dia benci
sering berasa lapar, tidak terurus dan tidak berteman. Ensiklopedia tersebut dipeluknya erat-erat.
Ensiklopedia tersebut adalah dunia-dunia yang ingin diterokainya, jika sahaja dia hidup di dalam
“alternate universe”
**********
Selepas rehat, Puan Sarah masuk ke dalam kelas bersama kertas kuiz Matematik.
Keesokan harinya, Puan Sarah memangggilnya ke bilik guru. “Tahniah Maria. Awak mendapat
markah penuh dalam kuiz ini.” Maria tersenyum gembira.
“Cikgu ada kuiz lain. Kalau berkesempatan, cikgu harap awak jawab dan serahkan kepada cikgu”
Maria mengangguk.
Keesokan harinya, Maria menyerahkan kuiz tersebut kepada Puan Sarah. Puan Sarah
tersenyum lebar.
“Kevin”, Puan Sarah menegur rakan sekerjanya selepas Maria beredar. “Saya rasa Maria
seorang genius”.
“Sebab?”

94
“Soalan-soalan tersebuat adalah soalan ujian adik saya yang sedang belajar di Universiti
Oxford”
Sandwich yang dikunyah Cikgu Kevin tersekat di kerongkongnya. Dia tercekik. “Apa?”, soal
Cikgu Kevin terkejut. Puan Sarah mengangguk sambil merenung ke luar jendela, seperti Maria
yang sering merenung ke luar jendela rumahnya yang usang, namun akan sebuah masa depan
yang cerah.

Seminggu kemudian, Maria dipanggil lagi ke bilik guru. Di sebelah Puan Sarah, terdapat
dua orang lelaki kulit putih berpakaian formal yang memperkenalkan diri mereka sebagai
pegawai pendidikan. Maria diberikan kertas soalan untuk dijawab. Maria duduk dan menjawab
soalan-soalan tersebut sehingga selesai.
“Tahniah, Maria. Soalan-soalan ini akan melayakkan awak ke Universiti of Oxford”, kata salah
seorang daripada lelaki tersebut dalam Bahasa Inggeris.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Maria ke katil ibunya dan memberitahu berita gembira
tersebut. Maria kemudian mengeluarkan sekeping kertas untuk ditandatangani oleh ibunya.
Ibunya berasa sangat gembira kerana sewaktu muda, ibunya juga seorang yang bijak dalam
pelajaran. Maria tidak sedar bahawa bapanya sedang berdiri di muka pintu bilik sambil
memegang botol di tangannya.
“Tidak, Maria. Ayah tak benarkan!”, jerkah ayahnya.

Maria melawan. Dia sedar jika dia tidak melawan sekarang, dia tidak mungkin mendapatkan
hak-hak pendidikannya, apa lagi daripada seorang ayah yang pemabuk.
Maria merenung tajam mata ayahnya. Dadanya turun naik dan jari-jarinya tercengkam erat.
“Saya tetap akan pergi. Ayah, saya mahukan pendidikan!”. Ayahnya menjadi marah. Botol arak
tersebut dilemparkan ke arahnya sehingga dahinya berdarah dan dia dipukul teruk lalu dikurung.
Malam tersebut, Maria nekad. Dia lari dari rumah dan tidak mahu melihat ayahnya lagi.
*********
Kini, sudah empat tahun Maria di Oxford. Dia akan menduduki peperiksaan sebentar lagi.
Daun-daun sedang luruh dari dahan pokok September itu. Dia gembira dengan hidupnya kerana
dia sudah tidak pernah lapar dan mempunyai ramai kawan. Dia juga mengirim wang kepada ibu
bapanya di Kuala Lumpur terutamanya untuk kos perubatan ibunya yang masih sakit
menggunakan wang biasiswa yang diterimanya. Dalam hati, Maria berasa bersyukur kerana
Puan Sarah tidak pernah mendiskriminaskikannya meskipun dia jarang ke sekolah, berbau
busuk, kotor dan kadang-kala bergaduh dengan murid lain kerana tidak tahan diejek. Dia tidak

95
seperti murid-murid lain. Jika tidak kerana Puan Sarah, dia mungkin masih di Kuala Lumpur dan
hidup serba kekurangan. Dia mungkin akan membesar seperti ibunya yang ketagih dadah, atau
ayahnya yang kecundang dengan alkohol. Puan Sarah menyamakan kebijaksanaannya dengan
kebijaksanaan seorang pelajar di universiti terkemuka dunia hanya kerana dia mendapat markah
penuh di dalam sebuah kuiz. Puan Sarah merupakan seorang guru unggul yang berhati mulia
yang berjaya melihat potensi dirinya sewaktu orang lain hanya melihat ‘budak malang’.
Sewaktu dia berjalan ke dewan peperiksaan, Maria mendapat panggilan telefon dari ibunya.
“Ibu”, ucap Maria. Dia kemudian berborak panjang dengan ibunya seperti biasa meskipun ibunya
agak diam hari itu. Sebelum mengakhiri perbualan telefon, ibunya mengucapkan selamat tinggal.
Namun, ada yang aneh dengan nada suara ibu. Suara ibu sangat sayu dan redup. Jika ibu
sebatang pohon, dia adalah pepohon di Oxford yang sedang luruh. Maria merasakan sesuatu
yang aneh di dalam hatinya. Sepanjang peperiksaan, hatinya tidak tenang. Dia berasa sebak
secara tiba-tiba.

Selepas peperiksaan, Maria cuba menghubungi ibunya, namun tidak dijawab. Setelah beberapa
kali mencuba, telefon tersebut dijawab ayahnya. “Apa lagi yang kau nak, anak derhaka! Ini
semua kerana kau, anak malang! Jangan kau balik ke rumah buruk ini! Jangan telefon ibumu
lagi kerana dia sudah meninggal. Dia..suu..sudah..me..mening..gal”, suara ayah tiba-tiba sebak
di hujung talian yang seraya mati. Telefon bimbit yang dipegangnya jatuh ke tanah. Hatinya
remuk. Dia menangis sekuat hati. Hatinya lara kerana tidak dapat melihat ibu yang dirinduinya
buat kali terakhir. Kata-kata ayahnya masih terngiang-ngiang di telinganya dan dia merasa tidak
berguna. ‘Aku belajar di Oxford. Aku fikir aku bukan lagi budak malang, tetapi aku masih sahaja
malang, dengan, atau tanpa pendidikan’, bisik hati remuknya.
Keesokan harinya, Maria menerima sepucuk surat.
“Ke hadapan anakku, Maria

Jika kau menerima surat ini, maka ibu sudah tiada. Tetapi jangan bersedih, anakku. Ibu yang
memilih untuk merahsiakan penyakit AIDS yang ibu hidapi ini daripadamu kerana ibu tidak mahu
kau bersedih. Ibu tidak mahu ia menjejaskan pelajaranmu kerana ibu sangat berbangga
dengan kejayaanmu, nak. Kau adalah anugerah terbesar dalam hidup ibu dan ayahmu. Ibu
bangga mempunyai anak sepertimu dan ibu tidak mahu engkau risau. Ibu juga menyuruh
ayahmu merahsiakan hal ini daripada pengetahuanmu. Ayah tidak membencimu, nak. Setiap
hari, ayah membelek-belek ensiklopedia yang kau tinggalkan di rumah. Jika dia terlalu
merinduimu, dipeluknya buku kesayanganmu itu dan dibawanya tidur.

96
Ayahmu mungkin kasar, tetapi jagalah dia dengan penuh kasih sayang kerana dia sangat
menyayangimu. Belajarlah dengan baik, nak. Tunjukkan pada dunia bahawa anak seorang
penagih dadah dan pemabuk ini mampu berjaya. Kau melakukannya dengan baik, anakku,
meskipun kami bukanlah ibu bapa yang baik untukmu. Ibu amat menyayangimu. Berjanjilah
dengan ibu bahawa kau akan lulus dengan cemerlang kerana itulah satu-satunya perkara yang
ibu inginkan daripadamu.
Salam sayang,
Ibu”

97
Kau Ilhamku
Hasil karya:
Intan Suraya binti Mohamad Hashimi
Intansuraya1799@gmail.com

Pada hari ini, telah genap sebulan aku menggalas tanggungjawab sebagai
pendidik bangsa, impian yang sudah lama aku idamkan dan sematkan dalam hati sejak
kecil lagi. Adik-beradikku yang sering mengusikku kerana kelemahan ku yang satu iaitu
mudah gugup ketika berada di khalayak ramai, sudah boleh tersenyum bangga kerana
tawa mereka itu menjadi pembakar semangat aku untuk membuktikan bahawa aku
mampu mencapai cita-citaku.

Buat pertama kalinya Guru Besar mengarahkan aku untuk menjadi pegawai
penjaga dewan peperiksaan di sekolahku, katanya untuk menimba pengalaman yang
mungkin berguna di kemudian hari. Jujurnya, aku lebih selesa untuk menjaga dewan
peperiksaan berbanding mengajar di hadapan, kerana aku sejujurnya masih gugup di
depan anak-anak muridku, tapi seringkali aku tutupi perasaan itu dengan mengingatkan
wajah bangga ayah dan ibuku. Kukerling jam ditangan kiri, ah, peperiksaan bakal
bermula lagi 25 minit, aku perlu mempercepatkan langkah.

Kawasan dewan peperiksaan aku perhatikan dengan penuh teliti, wajah-wajah


para pelajar yang berbagai rupa itu sedikit sebanyak menghiburkan hati ini, serta-merta
teringatkan memori ketika di sekolah dulu, sama seperti mereka. Aku cukup tidak
berkenan apabila sistem pendidikan di Malaysia menetapkan untuk mengadakan tiga
peperiksaan bagi setiap tahun. Bagiku, penilaian yang berterusan di dalam bilik darjah
sudah cukup untuk menentukan kemampuan murid dan keberkesanan di dalam bilik
darjah. Sejak menjadi seorang guru, aku mulai memahami usaha-usaha yang dilakukan
oleh kementerian pendidikan kita, benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.
**************
Usai memberikan taklimat peperiksaan, kini peperiksaan sudah selamat
berlangsung selama 45 minit. Aku mengambil langkah untuk melakukan rondaan bagi
memastikan tiada pelajar yang cuba meniru atau lebih teruk, melayari bahtera mimpi
ketika peperiksaan. Kebanyakan murid yang menghadiri peperiksaan menjawab
dengan penuh tekun, kecuali seorang. Aku berasa hairan kerana wajahnya seringkali
berkerut dan dia menggarukan kepalanya berulang kali sambil membalik-balikkan
kertas tersebut. Kira-kira aku, kertas peperiksaan pada hari ini hanyalah subjek Bahasa
Inggeris, itupun kertas satu, yang memerlukan murid untuk membulatkan jawapan yang

98
betul, takkan murid itu menghadapi masalah yang besar? Aku melangkah ke arahnya
untuk mengetahui lebih lanjut, sekiranya aku boleh tolong, sudah pasti aku akan
membimbingnya.

Derapan langkahku yang pantas dicampuri bunyi tumit tinggiku sedikit sebanyak
menarik perhatiannya, seraya dia mengangkat wajahnya. Ada riak tidak senang dan
risau di wajahnya. Aku berasa sedikit terkejut kerana kertas jawapannya bersih, beerti
dia sedikitpun tidak menulis sebarang jawapan. Wajahnya aku tatap dan aku bertanya
perlahan, “Kenapa kamu tak jawab soalan ini? Sudah satu jam masa berlalu tahu?”.
Wajahnya kosong dan matanya tidak berkelip memandangku, soalanku dibiarkan
berlalu tanpa jawapan. Aku yang keliru, mendapatkan rakan sekerjaku, Ain, untuk
menanyakan perihal pelajar itu. Ain bersahaja menjawab “Oh, namanya Khairi, dia
memang pendiam, malah dalam kelas dia tidak memberikan respons yang positif,
sudah pelbagai usaha kami lakukan untuk memaksa dia membuka mulut, tapi tidak
berhasil, respons yang hanya diberikan selalunya anggukan atau gelengan sahaja,
maklumlah pelajar darjah satu, mungkin masih berasa malu.”

Hal yang diceritakan oleh Ain telah menarik minatku untuk mengenali Khairi,
sebagai seorang guru, aku tidak sanggup untuk melihatnya jauh ketinggalan
berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Pasti ada masalah tentang budak ini,
bisikku didalam hati. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mendekatinya untuk
mengetahui masalahnya dengan lebih lanjut. Bunyi loceng yang bingit menandakan
waktu rehat sudah bermula, berpusu-pusu murid keluar daripada kelas untuk mengisi
perut mereka. Waktu mengajarku di kelas 3 Amanah juga telah habis, ketika aku
meneruskan langkah di koridor, aku melihat susuk tubuh Khairi yang duduk
bersendirian di dalam kelas. “Khairi, kamu tak makan sekali dengan kawan-kawan?”,
tanyaku lembut. Khairi mengangkat wajah polosnya dan menggeleng perlahan, mujur
aku sentiasa menyediakan makanan buat diriku, aku mengeluarkan sepeket roti dari
beg tanganku dan kuhulurkan kepadanya. Pada awalnya, dia agak ragu-ragu tapi
setelah dipujuk, dia akhirnya mengambil dan memakan roti tersebut.

Bajunya yang agak lusuh aku tatapi dengan penuh kasih sayang, kasihan, mungkin
anak ini berasal daripada keluarga yang susah. “Kamu kenal cikgu tak? Nama cikgu,
Cikgu Intan.” Aku memperkenalkan diriku padanya dan tersenyum. Dia mula
mengukirkan senyuman nipis dan menyalami tanganku, hatiku mulai sebak melihatkan
betapa jujurnya anak kecil ini. Aku mula menjalankan misiku untuk menanyakan
masalahnya, “Kenapa kamu tidak menjawab soalan peperiksaan tempoh hari?”,
tanyaku lembut. Respons yang diberikan oleh Khairi hanyalah panahan anak matanya

99
yang seperti tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana masalahnya kepadaku. Aku
mengambil nafas panjang sebelum berkata “Kalau Khairi nak cikgu tolong, Khairi jumpa
cikgu selepas waktu persekolahan hari ini ya? Cikgu tunggu.” Kataku sambil bangkit
daripada kerusi dudukku.

Bak kata pepatah, lembu berpegang pada tali, manakala manusia berpegang pada
janji, aku menunggu kelibat Khairi untuk datang ke mejaku selepas loceng terakhir
bordering pada hari itu. Setelah satu jam menunggu, aku mula bangkit dan
mengemaskan mejaku, “Tak mengapalah, mungkin dia masih berasa malu lagi dengan
aku”, bisik hati kecilku. Perbuatanku terhenti apabila melihat susuk tubuh kecil milik
Khairi tersembul di balik daun pintu bilik guru itu, aku yang berasa lucu, memanggilnya
untuk masuk. Dia menyeret kasut sekolahnya yang putih kekuningan itu sambil
tersenyum kelat kepadaku. “Kenapa lambat? Khairi sudah makan?” bertubi-tubi soalan
kuajukan padanya, jawapannya seperti biasa, cuma anggukkan dan gelengan
menghiasi wajahnya. Aku mengeluarkan makanan yang sudah kubungkus di kantin
tengahari tadi. Aku mempelawanya makan dan mengambil peluang itu untuk
menanyakan soal akademiknya. Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui bahawa
Khairi tidak tahu membaca dan menulis seperti rakan-rakannya yang lain sedangkan
lagi beberapa bulan untuknya naik ke darjah dua.

Setelah ditanyakan berberapa soalan, aku mula berniat untuk mengajarnya


membaca diluar waktu persekolahan, biarlah waktuku habis untuknya, asalkan aku
tidak melepaskan tanggungjawabku untuk mendidiknya. Khairi bersetuju untuk
mengikuti kelas tambahan bersamaku, aku berasa amat gembira kerana dapat
membantunya. Usai sesi membaca yang pertama, aku mengajaknya pulang ke
rumahnya. Wajahnya sedikit terkejut dan berubah menjadi sedih, pada awalnya dia
menggelengkan kepala berberapa kali untuk menolak pelawaanku, tetapi aku berkeras
dengan alasan tidak mahu dia berjalan kaki seorang diri ke rumah. Perjalanan yang
mengambil masa 15 minit itu ku lalui dengan penuh sebak, melihatkan keadaan jalan
yang masih bertanah merah ketika keretaku menyelusuri kawasan perkampungan itu.
Aku tidak dapat membayangkan bagaimana seorang anak kecil berumur 7 tahun
menapakkan kakinya sejauh ini setiap hari demi mendapatkan secebis ilmu di sekolah.

Khairi memintaku memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah kayu yang


sangat usang, mungkin rumahnya. Wajahnya serta-merta menjadi ceria tatkala muncul
bayang-bayang seorang wanita yang mendukung bayi di hadapan pintu. “Ibu!”,
teriaknya saat keluar dari perut keretaku. Inilah kali pertama aku mendengar suara

100
kecilnya begitu lantang. Aku menyalami wanita yang berkemungkinan berusia didalam
pertengahan 40 tahun itu, “Maaflah cikgu, kalau Abang Long menyusahkan cikgu”, kata
ibunya. Aku tersenyum dan menidakkan pernyataannya, “Eh, tidaklah kak. Saya
memang ikhlas nak hantar Khairi ke rumah.”. Alang-alang aku di rumahnya, aku
berbincang dengan ibunya tentang keadaan Khairi di sekolah, ibunya melepaskan
keluhan panjang tatkala mendengar pemberitahuanku itu. “Salah saya cikgu, saya yang
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada Khairi, saya tidak
mampu untuk menghantarnya ke pra-sekolah dahulu, malah, saya terpaksa
membawanya untuk berniaga bersama saya”, keluh ibunya. “Pelajarannya juga saya
terpaksa abaikan, saya tidak pernah mengajarnya di rumah, itulah dia menjadi lambat di
dalam pelajaran. Masanya banyak habis dalam membantu saya dan ayahnya, samada
menolong ayahnya di kebun getah atau menjaga gerai Nasi Lemak saya. Besar dosa
saya pada Khairi, cikgu.”, tambahnya. Air mata yang bergenang di tubir mata aku seka
dengan lengan bajuku, siapa sangka, tubuh kecil milik Khairi telah bekerja seperti orang
dewasa apabila terpaksa menggalas sedikit bebanan daripada ketidakmampuan kedua
ibu bapanya. Tidak hairanlah apabila dia tidak mampu untuk belajar seperti rakan-rakan
yang lain.
***********
Sejak daripada peristiwa itu, aku mula menjalankan tanggungjawabku dengan
membimbing Khairi untuk membaca dan menulis dengan baik. Dia juga menunjukkan
respons yang baik apabila sentiasa menurut sahaja apa yang aku ajarkan. Hari demi
hari, dia mula tahu membaca dengan baik dan menunjukkan respons positif di dalam
kelas. Aku amat bersyukur apabila perubahan yang paling ketara ditunjukkan oleh
Khairi ialah apabila dia sendiri menawarkan diri untuk menjawab soalan di dalam kelas,
bagiku, untuk mendengar suara emasnya yang satu itu merupakan anugerah yang
terindah dan membanggakan sebagai seorang guru. Betapa kejayaannya aku
dambakan agar dia menjadi seorang manusia yang berguna pada masa akan datang.

Kini, sudah 29 tahun sejak peristiwa bersejarah itu berlaku. Aku sebagai seorang
pendidik, akhirnya menghabiskan sisa baki tahun perkhidmatanku, jujur, aku tidak
bersedia lagi untuk meninggalkan dunia sebagai seorang guru kerana bagiku ianya
merupakan kerja yang sungguh mulia. Peristiwa pada hari ini menyebabkan aku
merasa bahawa segala penat lelah dan pengorbananku telah berbaloi apabila aku
melihat namaku menjadi nama rasmi bagi sebuah model komputer riba keluaran
terbaru, oleh seseorang yang aku kenali. Ya, Khairi merupakan tuan syarikat kepada
syarikat yang mengeluarkan model komputer riba yang dikenali ramai pada zaman ini.
Katanya, model ini akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan
bagi membantu mereka untuk memahami pelajaran dan mengakses maklumat bagi

101
memudahkan mereka belajar. Aku bangga menjadi seorang guru yang mampu untuk
membawa anak muridku yang pada awalnya tidak bercakap dan tidak tahu membaca
sehingga menjadi seorang yang mampu berbakti kepada negara. Benarlah, sebaik-baik
pertolongan akan dikembalikan kepadamu jika kamu ikhlas berbuat kerana Allah SWT.

102
Guru Lilin Hidupku

Hasil karya:

Kartik Raja a/l Sangaran

kartikraja1539@gmail.com

Saya tidak berasakan malam itu cepat berlalu. Tubuh terasa sangat malas untuk
bergerak dari katil lembut saya. Walaupun jam di dinding bilik saya menunjukkan 7.15
saya masih berseronok.

Tiba di pintu pagar sekolah saya melihat Puan Salbiah sebagai guru Matematik
serta guru Bimbingan dan kaunseling(BK) saya. Beliau masih kelihatan semangat
mengawasi para pelajar walaupun umurnya sudah menjangkaui 50 tahun. Rambut
putihnya yang terikat sangat rapi sangat serasi dengan kulit wajahnya yang mula
mengecut. "Kartik, adakah anda terlambat?" Katanya lembut. Saya hanya tersenyum
dan segera mengambil alat pembersihan dan mula membersihkan tempat letak kereta
guru kesayangan saya. Saya tidak berasakan loceng berbunyi 3 kali dan saya terus ke
bilik darjah saya.

Tiba di tempat saya,saya meletakkan badan letih saya di atas meja. Azizan
satu-satunya rakan saya mula melihat saya."Jangan, anda tidak kehilangannya
sebelum ini. Kami telah melakukan 3 peperiksaan sekaligus. "Dia berkata dengan
gembira."Ooi ... Jadi?" Kata saya dengan santai. Azizan hanya diam dengan tidak
percaya. Mungkin dia berfikir mengapa masih ada orang seperti saya.Semasa
pengajaran saya hanya tersenyum. Daripada mendengar apa yang guru mengajar
tetapi saya tidur nyenyak. Seorang pun tidak ada perasaan untuk bangunkan saya.

"Kartik, pergi ke bilik Bimbingan dan kaunseling. "En.Tan ,guru sejarah


memberitahu saya. Saya segera pergi ke tempat yang menjadi tempat ke-2 di sekolah
ini yang saya paling kerap dilawati di samping kantin.Tiba di bilik Bimbingan Kaunselling,
Puan Salbiah kelihatan senang kerana beliau menjemput saya duduk di
hadapannya."Anda mendapat surat amaran lagi. Ini surat yang ketiga. Inilah amaran
terakhir. "Saya harap anda boleh datang bersama keluarga anda dan kami akan
membuat keputusan terbaik.

103
Selepas bilik Bimbingan Kaunselling saya tidak pergi ke bilik darjah. Sebaliknya
saya pergi ke kantin. Saya melihat surat itu. Kebanyakan perjalanan hidup ini
membuat saya berasa seperti saya tidak berguna ,tiba-tiba loceng berbunyi
menunjukkan bahawa aktiviti di sekolah ini akhirnya berakhir.Ketika saya sedang
pulang ke rumah, saya segera menuju ke arah bilik ketika saya melalui bilik keluarga,
ayah, ibu tiri dan ibu bapa saya sedang bergurau. Mereka tidak peduli dengan saya.
Mereka bahkan tidak tahu kewujudan saya sama sekali. Pada hal itu biasa, saya hanya
menjadi acuh tak acuh walaupun nafas saya mula berasa ketat.

Tidur adalah satu-satunya perkara yang boleh menenangkan perasaan saya,


tetapi tidur saya terganggu oleh bunyi yang kuat di pintu yang dipaksa terbuka. Saya
tidak mempunyai masa untuk bangun dari katil, saya rasa tamparan keras di wajah
saya."Awak seorang anak yang tidak boleh dipercayai. Apa ini? "Bapa kelihatan
sangat marah sambil melemparkan surat amaran kepada wajah saya. Saya hanya
bertindak dengan tenang untuk mempertahankan diri sendiri."Bagaimana saya boleh
berjaya sedangkan tiada seorang pun di rumah ini menganggap saya di sini. "Adakah
saya hanya bayangan palsu di rumah ini?"Ayah cuba menampar saya lagi, tetapi kali ini
saya memegang tangannya."Tanpa mengurangkan hormat saya kepada bapa."Ayah
bertindak seperti itu supaya anak-anak boleh menjadi orang yang dibanggakan. Tidak
boleh kamu meniru Azizan saudara kamu. Dia sentiasa mendapat tempat pertama di
sekolahnya. . Bolehkah kamu! "Kemarahannya seolah-olah menjadi puncak gunung
Everest.

"Kemarahannya seolah-olah menjadi puncak.buat keputusan terbaik.". . Ya


Tuhan, betapa sedihnya hidup saya. Seorang anak yang tidak pernah dipertimbangkan.
"Setelah kejadian itu, saya meninggalkan bilik saya sendiri dan menuju ke
gudang.Saya mengambil album ketinggalan zaman. Ia kelihatan seperti bapa, ibu dan
saya tersenyum gembira dalam foto. Saya mula menitiskan air mata. Saya tidak
percaya bahawa hidup saya sangat gembira pada masa itu.Sejak kematian ibu semua
telah berubah. Terutamanya sejak ayah saya berkahwin semula dengan wanita itu.
Ayah berkahwin 3 bulan selepas kematian ibu saya. Itulah salah satu faktor yang
menyebabkan saya tidak suka wanita itu.

Saya pernah mengatakan bahawa cerita Bawang Putih dan Cinderella, hanya
karut. Tetapi kini saya dapat berasakan apa yang mereka rasa. Perbezaannya adalah
ayah mereka masih sangat menyayangi anak biologinya. Sedangkan saya?Keesokan
harinya ayah saya dan saya pergi ke sekolah. Tiba di hadapan bilik Bimbingan
Kaunselling, saya diberitahu untuk menunggu di luar. Selepas beberapa lama saya

104
dipanggil ke dalam bilik."Saya telah berhenti memikirnya. Sekiranya dipecat adalah
perkara terbaik yang saya boleh terima. Hatiku berasa seperti ia berhenti berdetak
sejenak. Tidak ada cinta sejati untuk saya dari ayah? Tetapi dengan pertahanan Puan
Salbiah saya akhirnya dapat meneruskan sekolah dengan satu peluang terakhir.
Saya jatuh lemas di dewan sekolah. Titisan air mata berasakan seperti sungai kecil
yang tidak akan berhenti mengalir di pipiku. Saya mula menyanyi lagu yang
menggambarkan perasaan saya pada masa ini.

(Malam ini hujan turun lagi bersama kenangan yang ungkit luka di hati luka yang
harusnya dapat terubati Yang ku harap tiada pernah terjadi Ku ingat saat ibu pergi, dan
kami mula kelaparan hal yang biasa buat aku, hidup di jalanan disaat ku belum
mengerti, erti sebuah perceraian yang hancurkan semua perkara indah, yang dulu
pernah aku miliki Wajar bila masa ini, ku hidup bahagia berkat suasana indah dalam
rumah.Hal yang selalu aku bandingkan dengan hidupku yang tiada harga diri agar
hidupku terus bertahan,mungkin sejenak dapat aku hidup bahagia berkat suasana
cantik di rumah .Perkara yang saya selalu bandingkan dengan ini.)

Dengarkan kehidupan gelap ini saya tidak ada kebanggaan sehingga hidup
saya terus bertahan Seseorang tiba-tiba memegang bahu saya. Rasanya sangat
sayang. Saya sangat terkejut mendapati bahawa ia adalah Puan Salbiah. "Kehidupan di
rumah memang boleh menjejaskan kehidupan kita di persekitaran lain. Tetapi awak
perlu ingat bahawa kehidupan yang awak mahukan akan membawa awak ke jalan yang
cerah jika awak mencuba, "katanya. "Walaupun anda berasa sangat hancur, jangan lari
dari masalah kerana ia akan membuat anda berasa lebih dibebani. Anda perlu
berurusan dengannya. Walaupun hasilnya tidak sesuai dengan harapan anda,
sekurang-kurangnya anda akan berasa lebih baik kerana anda telah mencuba.
Kebahagiaan anda ada di tangan anda sendiri, "Dia meneruskan, tersenyum pada saya.
Saya nampak kasih sayang yang tulen dari mata indahnya. Satu pandangan yang saya
terlepas begitu banyak. Pandangan yang tidak pernah saya dapatkan selepas kematian
ibu saya. Dalam fikiran saya, saya mula mempunyai keinginan yang kuat untuk
mengubah segala-galanya. Keesokan harinya saya menghadapinya dengan lebih baik.
Walaupun kadang-kadang saya masih terperangkap dalam masa-masa buruk saya
tetapi tangan membantu Puan Salbiah yang penuh cinta sentiasa dapat
menyelamatkan saya dan membawa saya ke jalan yang betul.

Saya tidak lupa esok adalah 7 November,hari jadi Pn.Salbiah. Saya sibuk
mencari hadiah untuk wira saya. Tetapi hari ini saya mendapat berita yang dapat
membuat saya menangis lagi. "Pengumuman bagi semua pelajar agar kita mengumpul

105
di padang sekolah esok kerana Pn.Salbiah Guru mata pelajaran matematik dan juga
sebagai guru Bimbingan Kaunselling akan berpindah ke sekolah lain." Ucap pengetua
sekolah. Pada waktu petang saya benar-benar berharap esok tidak akan wujud. Saya
rasa tidak bersedia untuk kehilangan wira saya, tetapi apa yang boleh saya lakukan
saya terpaksa berpisah daripada orang yang paling saya sayangi. Keesokan harinya
saya bergegas ke sekolah. Semasa majilis itu, saya mula berasa tidak selesa. Ketika
menyanyikan lagu perpisahan guru, saya menangis. Saya tidak peduli apa yang
orang lain nampak saya menangis di tengah padang. Mereka mengatakan saya
bodoh,berlagak, berlebihan, gila Saya tidak peduli lagi. Apabila gimik pengumpulan
bunga saya tidak dapat melihat wajah Puan Salbiah. Tangan saya gementar dengan
kuat. Dia memeluk saya dengan sangat sayang. Seperti pelukan ibu kepada anaknya.

Akhirnya tiba di acara perpisahan. Saya membawa lagu kepada wira


saya yang hebat Guru, saya suka ... Guru, saya ingat ... Sentiasa ingat apabila kita
bersama-sama, Sekarang kamu jauh, saya merindui kamu. sekali lagi ... Tetapi saya
tidak lupa ... Itulah namanya ... Dalam ketetapan DOA saya ... Semua orang
menangis ketika itu tidak terkecuali Puan. Salbiah. Air matanya kelihatan seperti berlian
berharga. "Saya harap anda boleh menjadi pelajar yang baik walaupun saya tidak boleh
melihat anda lagi." Itu adalah ayat terakhir yang beliau katakan. Ia tidak berasakan ini
adalah 1 tahun dari langkahnya. Walaupun dia tidak berada di sini, saya akan
menyimpan kepercayaan yang diberikan kepada saya sehingga ke akhir hayat saya.
Hanya terima kasih boleh dinyatakan oleh saya. Beliau merupakan guru unggul yang
menjadi inspirasi dan mampu mengubah sebuah kehidupan muridnya yang gelap
kepada masa depan yang cerah bersinar terang. Ribuan terima kasih kerana sudi
membaca cerpen saya.

106
Secebis Semangat
Hasil karya:
Muhd Shahrul Idzwan Bin Mohd Sanusi
anderherrerul21@gmail.com

Setiap murid di SK Benta pasti mengenali Cikgu Wan. Guru yang mengajar subjek
Sains tahun enam itu memang terkenal sebagai seorang guru yang garang dan tegas.
Setiap kali beliau masuk ke kelas, pasti murid-murid akan diam dan cuba menunjukkan
kelakuan yang baik supaya tidak ditegur apatah lagi dimarahi oleh Cikgu Wan. Bahkan,
dengan melihat wajahnya sahaja mampu menggetarkan hati murid-murid tahun satu
yang nakal itu. Sebagai seorang guru disiplin, beliau juga amat terkenal dalam kalangan
murid kerana sering merotan murid-muridnya yang didapati melakukan kesalahan.
Sungguhpun begitu, beliau hanya akan merotan murid yang betul-betul didapati
bersalah sahaja dengan menyiasat dengan teliti sebarang masalah disiplin yang
berlaku di sekolah. Memikul amanah dalam menjaga disiplin murid membuatkan Cikgu
Wan menjadikan rotan sebagai antara teman karibnya yang akan dibawanya ke mana
sahaja selain pen dan buku nota Sains miliknya.

Tahun ini, Cikgu Wan ditugaskan untuk mengajar kelas di mana aku belajar iaitu
kelas Enam Bestari. Kelas ini majoriti muridnya terdiri daripada murid-murid sasaran
untuk memperoleh keputusan lima A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Walau
bagaimanapun, terdapat juga pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Antara murid-murid tersebut, rakan karibku, Hakimi merupakan murid
yang paling kerap dimarahi oleh guru-guru. Wajah Hakimi juga bukanlah asing lagi bagi
Cikgu Wan kerana Hakimi juga sering dipanggil ke bilik guru disiplin disebabkan
masalah-masalah disiplin seperti bergaduh di dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja
rumah. Dalam kalangan rakan-rakan pula, Hakimi dikenali dengan perangai-perangai
nakalnya seperti gemar memetik buah-buahan milik Pak Abu yang terletak berhampiran
pagar belakang sekolah dan mandi di dalam kolam ikan sekolah. Perwatakan Hakimi
ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang merupakan
kalangan anak-anak guru dan berperwatakan kemas dan berdisiplin. Namun begitu, itu
tidak menghalang untuk aku dan Hakimi bersahabat baik. Hal ini kerana, kami tergolong
dalam kalangan murid-murid sederhana dan bukanlah murid harapan sekolah seperti
rakan sekelas kami yang lain. Tambahan pula kami sama-sama merupakan murid dari
kelas kedua yang diserap masuk ke kelas pertama berdasarkan keputusan peperiksaan
akhir tahun lima dahulu.

107
“Baik murid-murid, sila kumpul dan letakkan kerja rumah yang saya telah beri semalam
ke atas meja saya sekarang.” “Sesiapa yang tidak menyiapkan kerja rumah tersebut,
sila mengaku sebelum saya sendiri yang dapat tangkap kamu.” arah Cikgu Wan.
Semua murid segera meletakkan buku latihan mereka di atas meja guru kecuali Hakimi.
Aku terketar-ketar melihat rotan Cikgu Wan yang sedang dipegangnya itu. Aku tidak
dapat membayangkan apakah nasib Hakimi hari ini. Hal ini kerana, ini merupakan kali
keempat dia didapati tidak menyiapkan kerja rumah. Bermula daripada subjek
Matematik pada pagi tadi, sehingga subjek Sains tengah hari ini tiada satu waktu pun
dia tidak didenda oleh guru-guru yang masuk ke kelas. Tingkah lakunya pada hari ini
juga tidak seperti kebiasaan kerana pada hari ini dia agak pendiam dan berpakaian
lebih selekeh berbanding hari lain. Kami juga hanya berborak sebentar semasa waktu
rehat tadi kerana dia telah didenda lewat untuk keluar rehat gara-gara tidak menyiapkan
tugasan Cikgu Jamiyah.

Cikgu Wan mengira buku-buku yang telah dihantar di atas mejanya dan mendapati
jumlah tersebut kurang satu buku. Hakimi terus tertunduk di tempat duduknya
menunggu Cikgu Wan untuk mendendanya. Cikgu Wan memanggil Hakimi dan
memberitahu sesuatu kepadanya tanpa didengari oleh kami dan meneruskan sesi
pembelajaran kami. Aku berasa amat lega melihat Hakimi tidak didenda sekali lagi
terutamanya oleh Cikgu Wan. Namun, aku juga masih tertanya-tanya apakah perkara
yang diberitahu oleh Cikgu Wan kepada Hakimi sebentar tadi. Kami meneruskan sesi
pembelajaran dengan membincangkan tajuk Mikroorganisma melalui pembentangan
menggunakan aplikasi ‘Powtoon’ selain membuat pemerhatian terhadap uji kaji roti
yang telah kami lakukan semalam. Kami berasa amat seronok dapat belajar bersama
Cikgu Wan kerana kaedah pengajarannya yang menarik kerana disebalik wajahnya
yang garang tersebut, beliau amat pandai dalam menyampaikan ilmunya kepada kami.
Beliau sering mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya kami berasa berminat
untuk mendalami subjek Sains ini. Selain itu, beliau juga amat prihatin terhadap
kebajikan anak muridnya. Sesiapa sahaja yang didapati tidak memakai tali pinggang ke
sekolah pasti akan dimarahinya sebelum membelikan tali pinggang kepada murid-murid
yang tidak berkemampuan. Kami amat faham sekali dengan tujuan sebenar Cikgu Wan
memarahi murid-murid yang bersalah ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk
mendidik dan sebagai tanda ambil berat dan sayangnya beliau kepada anak didiknya.
Hakimi juga dilihat semakin selesa dan semakin fokus di dalam kelas semenjak Cikgu
Wan ditugaskan mengajar kelas kami.

108
***************************************************************************************************

Loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Seperti
kebiasaan, aku akan mengayuh basikal bersama Hakimi untuk pulang ke rumah kami.
Namun, hari ini aku perlu menunggunya sebentar kerana katanya Cikgu Wan hendak
berjumpanya selepas tamat waktu persekolahan. Setelah 20 minit menunggu, kelibat
Hakimi masih belum muncul di garaj basikal sekolah. Aku segera berjalan untuk
mencari ke mana perginya Hakimi. Setibanya aku di hadapan kelas 6 Bijak, aku
terdengar bunyi kerusi dan meja ditolak dengan kasarnya. Kelihatan Hakimi dan
beberapa orang rakan yang lain sedang bergaduh sambil memaki hamun sesama
mereka.

“Kau jangan nak tunjuk baik sangat Kimi, kau tu budak nakal!” jerit salah seorang
daripada mereka. “Tak usah lah nak jadi baik atau rajin Kimi, kalau sudah bodoh itu
bodohlah!” tambahnya lagi.

Aku segera bergegas ke bilik guru untuk melaporkan kepada Cikgu Wan. Kebetulan
pada waktu itu Cikgu Wan juga sedang menunggu kehadiran Hakimi untuk
berjumpanya. Sebaik sahaja mendengar berita yang aku laporkan, Cikgu Wan segera
bergegas ke kelas 6 Bijak untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tersebut.
Setibanya Cikgu Wan di sana, kesemua mereka berlari lintang-pukang meninggalkan
Hakimi yang telah dibelasah mereka. Cikgu Wan amat kenal sekali dengan kelibat
murid-murid nakal tersebut. Mereka merupakan murid kelas 6 Bijak yang juga
merupakan rakan-rakan baik Hakimi dahulu. Kini, Hakimi tidak lagi bersahabat dengan
mereka kerana telah berpindah ke kelas baharu yang terdiri daripada murid-murid yang
lebih cemerlang dalam akademik berbanding mereka yang dilihat lebih gemar bermain
dan tidak mengambil berat terhadap pelajaran mereka sendiri.

Cikgu Wan membawa kami ke tempatnya di bilik guru untuk berbincang mengenai
perkara yang berlaku sebentar tadi. Kelihatan mejanya dipenuhi dengan buku-buku
yang sedang ditandanya dan bahan-bahan pengajaran untuk persediaan beliau
mengajar pada hari esok. Cikgu Wan memberitahu Hakimi bahawa tujuan sebenarnya
memanggil Hakimi ke tempatnya adalah untuk bertanyakan sebab dia tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan serta berkongsi sebarang masalah yang boleh
dibantu oleh beliau. Namun disebabkan pergaduhan yang berlaku sebentar tadi, Cikgu
Wan juga terpaksa bertanya tentang perkara tersebut. Hakimi memberitahu kesemua
masalah yang dihadapinya kepada Cikgu Wan. Sebenarnya, dia tidak dapat
menyiapkan kerja rumah tersebut kerana rumahnya telah terputus bekalan elektrik

109
kerana telah lama tidak dibayar manakala lilin yang disimpannya juga telah habis
digunakan. Keadaan neneknya yang tidak begitu sihat menyebabkan neneknya tidak
dapat bekerja bagi menampung mereka sekeluarga setelah Hakimi kematian kedua ibu
bapanya. Hakimi juga memberitahu bahawa keadaan neneknya yang sakit itu menjadi
pemangkin untuk dirinya berubah dan belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah
nasib keluarga. Namun, semua itu bukanlah semudah itu kerana terdapat banyak
cabaran yang dihadapinya disebabkan oleh perangai nakalnya dahulu. Perspektif
guru-guru dan rakan-rakan masih tidak berubah terhadap dirinya dengan masih
melabelnya sebagai seorang murid yang bermasalah dan tidak berpotensi. Namun
begitu, Hakimi amat terharu dan tersentuh dengan keprihatinan Cikgu Wan yang tidak
sewenang-wenangnya mendenda dirinya ketika di dalam kelas tadi. Hakimi juga
menceritakan bahawa sebenarnya murid-murid nakal yang memukulnya tadi
disebabkan keengganannya untuk menyertai mereka untuk mencuri ayam-ayam Pak
Ahmad. Sebaliknya Hakimi memberi alasan bahawa dia perlu berjumpa dengan Cikgu
Wan dan kemudian hendak mengulang kaji di rumah. Oleh sebab itulah, mereka berang
terhadap Hakimi yang dilihat sudah tidak seperti mereka lagi.

Setelah mendengar penjelasan daripada Hakimi, Cikgu Wan sedar bahawa Hakimi
sebenarnya bukanlah murid yang gemar menimbulkan masalah. Sebaliknya
persekitaran dan perspektif oranglah yang menyebabkannya sukar untuk berubah ke
arah yang lebih baik. Cikgu Wan juga menyedari bahawa memang ada murid-murid
yang berpotensi seperti Hakimi tetapi tidak diberi perhatian dan peluang yang cukup
untuk menonjolkan potensi mereka. Beliau menasihati kami untuk teruskan belajar
dengan bersemangat selagi masih diberi peluang. Cikgu Wan juga menyatakan
kepercayaannya kepada setiap muridnya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
dan mencapai keputusan yang cemerlang. Beliau juga telah mengajak kami untuk
merenungi kata-kata Imam Syafie berkenaan menuntut ilmu iaitu “sekiranya kamu tak
mampu menanggung letihnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan peritnya
kebodohan”. Setelah habis berbincang dan memberi motivasi kepada kami, Cikgu Wan
telah meminta izin untuk datang ke rumah Hakimi untuk melawat neneknya yang sakit
dan memberi bantuan ubat yang mampu dibantunya.

Keesokan harinya, seperti biasa, tepat pukul tujuh pagi kami sudah tiba ke sekolah.
Akan tetapi, kami masih tidak dapat menandingi Cikgu Wan yang sebelum pukul tujuh
pagi lagi sudah tiba di sekolah bagi membuat persediaan sebelum masuk ke kelas. Aku
dan Hakimi juga mengambil kesempatan yang ada untuk membaca tajuk-tajuk yang
akan dipelajari pada hari ini. Kami sedar bahawa dengan secebis kepercayaan
semangat baharu yang disuntik oleh Cikgu Wan dapat merubah persepsi kami terhadap

110
pembelajaran kami serta memberi dorngan psikologi yang mungkin kurang kami terima
sebelum ini. Aku begitu terharu melihat perubahan sikap Hakimi yang semakin serius
dalam menuntut ilmu dan semakin bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah
diberikan oleh guru-guru. Sejak kejadian semalam, ramai guru yang mula kagum
dengan perubahan positif pada diri Hakimi. Rakan-rakan pula ramai yang sudah mula
segan dengan kami disebabkan oleh kesungguhan yang ditonjolkan Hakimi. Aku juga
turut merasakan semangat yang membara untuk bersama-sama dengan Hakimi
membuktikan yang kami juga mampu untuk mencapai kejayaan sekiranya diberi
kepercayaan dan peluang untuk membuktikannya. Setiap kali kami mempunyai perkara
yang kurang difahami atau tertarik untuk mengetahuinya, pasti Hakimi akan mengajak
aku untuk berjumpa guru setelah tamat persekolahan atau ketika waktu rehat. Waktu
rehat kami tidak lagi dihabiskan dengan bermain sorok-sorok atau kejar-mengejar
seperti dahulu sebaliknya lebih ditumpukan terhadap pembelajaran terutamanya dalam
beberapa bulan sebelum peperiksaan UPSR berlangsung. Guru-guru pula tidak pernah
menolak kehadiran kami, sebaliknya sangat mengalu-alukan murid-murid untuk
bertanya kepada mereka sehingga kami semakin dipercayai oleh guru-guru untuk
menjadi calon harapan lima A UPSR. Semua ini berpunca daripada sedikit sentuhan
kepercayaan dan kasih saying daripada Cikgu Wan.

***************************************************************************************************
Para ibu bapa menanti dengan penuh debaran. Namun, degupan jantung
calon-calon UPSR SK Benta ini pastinya lebih kencang menunggu nama murid-murid
yang berjaya mendapat keputusan lima A diumumkan di atas pentas. Aku bersama
kedua ibu bapaku menunggu dengan penuh gelisah. Hakimi pula dilihat tenang
menantikan apa sahaja keputusannya nanti. Cikgu Wan yang turut berada di dalam
dewan ketika itu memanggil kami untuk bersembang dengannya kerana katanya ada
amanat yang ingin disampaikannya kepada kami.

“Kalian perlu ingat, apa sahaja keputusannya nanti sudah ditentukan Ilahi.” ujar Cikgu
Wan. “Segala usaha kamu Tuhan yang lebih tahu. Dialah yang akan menentukan apa
sahaja yang patut kamu terima. Cikgu harap kamu dapat terima keputusan dengan hati
yang penuh syukur dan berbangga dengan usaha yang telah kamu curahkan untuk
mendapat keputusan tersebut. Kamu juga perlu ingat bahawa sekiranya kamu gagal
sekarang, bukanlah bermakna kamu gagal selama-lamanya. Teruskan berusaha dan
yang paling penting perlu berterima kasih kepada ibu bapa dan guru kerana kejayaan
kita juga mungkin berpunca daripada doa mereka sebenarnya.” nasihat Cikgu Wan
kepada kami. Kami berasa amat terharu dengan pesanan beliau itu tadi. Sebentar
sahaja lagi, keputusan UPSR akan diumumkan. Puan Zalina, Guru besar SK Benta

111
sudah mula memberi ucapan kepada ibu bapa dan murid-murid sebelum
mengumumkan keputusannya.
“Calon pertama yang memperoleh keputusan lima A ialah… Muhamad Shahrul Idzwan
Bin Mohd Sanusi.” umum Puan Zalina. Aku berasa amat terharu dan memeluk kedua
ibu bapaku. Namun, aku masih belum cukup gembira selagi keputusan Hakimi tidak
diumumkan. Puan Zalina terus mengumukan keputusan UPSR bagi pelajar yang
memperoleh keputusan lima A. “Dan yang terakhir, calon yang kelapan yang
memperoleh keputusan lima A ialah… Muhd Hakimi Bin Rastam.” Aku berasa amat
terharu mendengar pengumuman tersebut. Kupeluk Hakimi dengan erat dan kami
segera bertemu dengan Cikgu Wan serta guru-guru yang lain bagi berterima kasih
terhadap segala doa dan ilmu yang telah dicurahkan. Hakimi tidak dapat menahan air
matanya apabila berpelukan dengan Cikgu Wan kerana baginya, itulah guru terunggul
yang telah dijadikannya sebagai suri tauladan dalam hidupnya. Cikgu Wan turut sebak
menahan air mata. Itulah saat yang terindah bagi aku dan Hakimi kerana dengan berkat
sentuhan seorang guru yang ikhlas mengajar kami itu berjaya merubah hati kami yang
keras dan degil ini menjadi lembut dan terbuka luas untuk menerima ilmu pengetahuan
seterusnya mencapai kejayaan.

112
Terima Kasih Cikgu
Hasil karya:
Muhd. Amrin Luqman bin Khalid
amrin.luqman99@gmail.com

“Ini bukan cerita fantasi. Ini adalah kisah realiti.” Berikut merupakan kata-kata
akhir Arjuna setelah beliau menceritakan mengenai kisah pengalamannya berada di
bangku sekolah kepada teman-teman rapat beliau. Arjuna merupakan seorang bekas
pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sebuah sekolah yang berprestij di
Malaysia. Beliau menghabiskan masa selama lima tahun berada di sekolah tersebut,
bukan sahaja mendalami ilmu pendidikan namun pelbagai pengalaman suka dan duka
telah beliau alami sepanjang tempoh lima tahum tersebut. Siapa sangka Arjuna yang
merupakan seorang pelajar nakal dan digelar sebagai pelajar bermasalah yang tiada
masa depan, namun sekarang beliau adalah pemilik dan juga pengurus kepada sebuah
syarikat perhotelan terkemuka di Malaysia iaitu Seri Hotel Groups Sdn. Bhd. Benarlah
kata pujangga, jangan menilai seseorang dari sisi luarannya. Tiada yang mustahil,
siapa sahaja boleh berjaya asalkan dia mahu dan berusaha.
*****************
Setelah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), Arjuna menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian
beliau di Maktab Rendah Sains Mara. Sungguh gembira kedua-dua ibu bapa beliau
setelah mereka mengetahui tentang berita baik ini, jelas mereka sangat berbangga
dengan pencapaian anak mereka ini. Walaupun Arjuna tidaklah terlalu berkeinginan
dan berniat untuk belajar di MRSM, beliau bersyukur mendapat tawaran tersebut. Hal
ini adalah setelah beliau sedar bahawa kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan
dapat menggembirakan ibu bapa beliau. Sejak dari saat itu, Arjuna bertekad untuk
belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang manusia yang berjaya suatu hari
nanti, dan seterusnya dapat memberi kebahagiaan kepada keluarga beliau.
*****************
Pada awalnya, kehidupan Arjuna di sekolah tersebut adalah sangat positif.
Beliau mempunyai ramai kawan dan juga hubungan yang baik dengan semua warga
sekolah. Bukan itu sahaja, Arjuna juga sangat cemerlang dalam bidang pendidikan dan
sering memperoleh antara keputusan yang paling cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Berada dalam kedudukan tiga teratas dari segi pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan antara semua pelajar di situ sudah menjadi kebiasaan bagi Arjuna. Arjuna
sangat bersyukur dan gembira atas rezeki kejayaan kurniaan Allah SWT tersebut.

113
Beliau menganggap bahawa itu adalah salah satu cara yang beliau dapat lakukan untuk
membalas jasa ibu bapa beliau.
Setiap ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan dalam bidang pendidikan
daripada anak-anak, hal ini adalah agar mereka mempunyai masa depan yang cerah
pada masa hadapan. Kegembiraan yang beliau dapat berikan kepada ibu bapa beliau
itu sudah cukup untuk menjadi pembakar semangat beliau untuk terus belajar dengan
tekun dan mendapat keputusan yang cemerlang.
*****************
Siapa yang dapat menyangka, hidup ini tidak selalunya indah. Selepas masuk
ke peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat, Arjuna mula berubah. Bukan sahaja
rakan-rakan rapat beliau, namun semua warga sekolah termasuk guru-guru sedar akan
perubahan yang muncul dalam diri Arjuna. Atas sebab itu, segalanya berubah. Arjuna
sudah tidak lagi bersemangat untuk belajar seperti sebelumnya, hal ini jelas
menjejaskan pencapaian akademik Arjuna. Guru-guru mulai risau, namun tiada siapa
yang tahu apakah punca sebenar atas perubahan tersebut dan masalah yang dihadapi
oleh Arjuna.
Ramai menyangka bahawa kehidupan Arjuna adalah sempurna, namun yang mereka
lihat hanyalah sisi luaran yang Arjuna tunjukkan sahaja. Arjuna ini sebenarnya adalah
seorang insan yang tidak gemar untuk berkongsi masalahnya dengan orang lain, beliau
lebih gemar untuk memendamnya sendiri. Hal ini telah sebati dalam diri Arjuna sejak
dari kecil lagi.
*****************
Perubahan yang berlaku dalam diri Arjuna semakin merisaukan dan beliau mula
bergaul dengan rakan-rakan yang nakal dan bermasalah. Pergaulan dengan
rakan-rakan yang bermasalah ini jelas telah mempengaruhi Arjuna sendiri apabila
beliau telah ditangkap merokok di tandas asrama sekolah oleh guru disiplin, Cikgu
Badrul. Atas kesalahan tersebut, Arjuna menerima tamparan bertubi-tubi daripada
Cikgu Badrul. Bukan itu sahaja, Arjuna juga digantung persekolahan selama dua
minggu.
Kejadian tersebut jelas menjadikan semua pihak terutamanya guru-guru
bingung, mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar atas perubahan dahsyat dalam
diri Arjuna. Ibu bapa beliau sangat terkesan dengan kejadian tersebut, mereka sangat
sedih. Mereka juga sangat menyesal kerana sentiasa memberi tekanan kepada Arjuna
untuk belajar dengan tekun, namun sering alpa untuk bertanya mengenai keadaan diri
anak mereka itu.
Sebagai anak yang soleh dan sangat menyayangi kedua-dua ibu bapa beliau,
Arjuna memohon maaf kepada mereka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan

114
tersebut. Tiada yang dapat dilakukan oleh ibu bapa beliau selain menyatakan rasa
sayang mereka kepada beliau dan mendoakan yang terbaik kepada beliau.
*****************
Setelah tamat tempoh penggantungan, Arjuna kembali ke sekolah dengan
semangat yang positif dan beliau bertekad untuk berusaha menjadi pelajar yang
cemerlang seperti sebelumnya. Namun semuanya tidaklah semudah seperti yang
beliau sangkakan. Hampir semua warga sekolah termasuklah guru-guru mula
memandang serong kepada Arjuna. Mereka menyatakan rasa kecewa kepada Arjuna,
dan menyifatkan beliau sebagai pelajar yang tiada masa depan.
“Kenapa kamu pulang sini? Kamu dah terlibat dengan gejala merokok, ada hati
lagi nak belajar di MRSM?! Kamu tidak layak untuk berada di sini Arjuna!”, ungkap
Ustaz Hafiz kepada Arjuna. Sungguh Arjuna sangat terkesan dengan kata-kata yang
keluar dari mulut gurunya itu, kerana sebelumnya Arjuna sangat akrab dengan guru
beliau itu. Sebagai seorang pelajar yang bijak dan menghormati guru beliau, Arjuna
tidak melenting. Beliau faham bahawa beliau sendiri yang salah. Beliau menjadikan
kejadian tersebut sebagai pembakar semangat untuk beliau terus belajar
bersungguh-sungguh.
Proses perubahan yang Arjuna cuba usahakan ternyata tidaklah mudah, kerana
guru-guru tidak lagi ingin memberi perhatian kepada beliau. Mereka sudah tidak lagi
mengendahkan Arjuna. Arjuna sangat sedih namun beliau bersyukur kerana Cikgu
Salmy Anas iaitu Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar masih mempunyai
kepercayaan yang tinggi terhadap Arjuna. Beliau percaya bahawa Arjuna berupaya
untuk berjaya dengan cemerlang jika diasuh dan mendapat bantuan daripada
guru-guru.
“Saya tahu kamu pelajar bijak dan memiliki potensi yang tinggi untuk berjaya.
Saya juga percaya bahawa kamu mempunyai alasan sendiri atas kesalahan yang telah
kamu lakukan sebelum ini. Apa yang berlaku kepada kamu sekarang, kamu patut
jadikannya sebagai pembakar semangat untuk kamu terus berusaha dan belajar
dengan tekun. Buktikan kepada semua guru dan rakan-rakan bahawa kamu boleh
berjaya. Saya percaya kamu boleh Arjuna.” Berikut merupakan kata-kata Cikgu Salmy
kepada Arjuna yang sentiasa terpahat dalam diri Arjuna.
*****************
Setelah kejadian tersebut, Arjuna sentiasa berusaha untuk berfikiran positif dan
hanya memandang ke hadapan. Beliau mengabaikan segala tanggapan negatif
terhadap diri beliau dan hanya fokus terhadap pelajaran beliau. Beliau mengatakan
kepada diri beliau sendiri, “Aku ke sini untuk belajar. Aku ada orang tua yang perlu aku
banggakan, yang perlu aku hadiahkan kejayaan kepada mereka. Aku pasti akan
berjaya tidak kiralah apa yang orang fikir terhadap diriku.”

115
Hasilnya, Arjuna berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A+
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga diberikan penghargaan
untuk memberi ucapan pada hari penerimaan keputusan peperiksaan SPM tersebut.
Antara intipati dalam ucapan Arjuna ialah, “Pertama sekali, saya bersyukur kepada
Allah SWT atas kejayaan ini. Saya hendak berterima kasih kepada ibu bapa saya yang
tidak henti mendoakan kejayaan saya, yang sentiasa memberi saya kekuatan dan
semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan ini adalah hadiah buat
mereka. Saya juga hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga
sekolah terutamanya guru-guru yang sentiasa membantu saya dalam soal pelajaran
selama saya berada di sini.”
Kejayaan yang Arjuna peroleh ternyata memberi kebahagiaan kepada semua
pihak. Arjuna mengambil peluang untuk berjumpa dengan semua guru untuk
menyatakan rasa terima kasih beliau secara peribadi kepada guru-guru atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan kepada beliau selama beliau belajar di sekolah tersebut.

116
Bayang
Hasil karya:

Myzatul Akmaar binti Kamarudin

myzatulakmaar.deen@gmail.com

Pagi itu cerah berwarna biru lazuardi diterangi sinaran matahari yang tidak
terlindung walaupun oleh sekelumit awan mendung. Cikgu Nazim baru sahaja selesai
membersihkan taman bunganya. Dia berpuas hati melihat bunga-bunga yang
ditanamnya berkembang mekar. Dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar
memandangkan kudratnya yang telah berusia 54 tahun kini telah banyak menyusut.
Surat khabar Sinar Harian yang berada di atas meja kecil di sebelahnya digapai. Tajuk
besarnya menarik perhatian Cikgu Nazim, “Pelajar 14 tahun dirogol guru. Di manakah
silapnya?”. Hirupan akhir air kopi hangat yang dibancuh isterinya dihirup perlahan
sebelum meneruskan pembacaannya.

Pada hari ini, 6 September 2018, genap 20 tahun Cikgu Nazim menerima surat
pertukaran dengan notis 24 jam. Dia ditukarkan daripada sekolah lamanya atas
kesalahan yang tidak pernah dilakukannya malah tidak pernah terlintas dalam benak
fikirannya untuk melakukan perbuatan terkutuk yang akan mencemarkan namanya
sebagai seorang guru. Namun, pada waktu itu, tiada siapa yang menyebelahinya. Dia
berdiri seorang diri. Segala yang diterimanya hanyalah pandangan jijik dan penghinaan
sehingga hari terakhir dia di sekolah tersebut. Tiada sebarang ucapan terima kasih
diterima. Dia redha. Semuanya telah dimaafkan. Berdendam hanya akan memberinya
lebih tekanan dan sakit hati. Cikgu Nazim menarik nafas panjang sebelum dia disapa
oleh isterinya.

“Masih teringat kejadian lama ya bang? Sudahlah, mereka tak pernah faham
perjuangan abang sampai disalahertikan. Abaikan kata-kata negatif orang lain. Saya
dan Arif akan sentiasa di belakang. Biarlah yang berlalu itu berlalu.” pujuk isterinya,
Puan Adila.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh Cikgu Nazim lagi. Hanya sebuah
senyuman nipis diukir sebagai tanda dia kini telah redha dengan apa yang pernah
terjadi. Mana tidaknya, pengalaman itu terlalu pahit untuk ditelan oleh seorang manusia
biasa. Dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat penyabar dan
mempercayainya pada waktu tiada siapa yang mempercayainya.

117
****************************************************

“Cikgu Nazim ! Macam mana cikgu nak pertahankan diri cikgu dalam hal ni
Tergamak cikgu ambil kesempatan atas Aina. Aina ni pelajar cikgu! Cikgu juga ada
anak bukan? Apa perasaan cikgu kalau ada orang buat macam ini dekat anak cikgu?
Sungguh, saya malu dan kecewa dengan sikap cikgu. Sangkaan saya meleset. Saya
sangkakan guru-guru muda yang bersemangat macam cikgu ni dapat bantu tingkatkan
prestasi sekolah kita. Malangnya tak. Harapkan pegar, pegar makan padi.” Cikgu
Rokiah, Pengetua SMK Narinang itu berterusan menempelak Cikgu Nazim tanpa
memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri.

“ Tapi Cikgu, biar saya jelaskan dulu. Saya tak berniat langsung,”

“ Sudahlah cikgu. Saya tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Aina sendiri dah
mengaku cikgu cuba nak perkosa dia. Mujur Aina buat keputusan untuk tidak
melaporkan perbuatan cikgu. Kalau tidak, saya tak pasti apa reaksi keluarga cikgu.”
nafas Cikgu Rokiah turun naik menahan amarah. Dahinya berkeru seribu, tangannya
tidak lepas menggenggan erat pen miliknya. “Cikgu pulanglah ke rumah. Sebelum
keadaan menjadi lebih keruh, saya akan uruskan penukaran cikgu dalam masa
terdekat.”

“Tapi cikgu..” Kata-kata Cikgu Nazim dibiarkan sepi. Dia ditinggalkan di


dalam bilik Pengetua itu sendirian. Kelihatan guru-guru lain mengintai-intai mencuba
untuk mencuri dengar perbualan hangat yang mengejutkan seluruh warga sekolah
tersebut.

Berita hangat Aina yang mengadu kepada warden asramanya bahawa Cikgu
Nazim cuba memperkosanya ketika sedang menjalankan sesi kaunseling bersama
Aina yang dikatakan mempunyai masalah dengan kedua ibu dan bapanya menjadi tular
dengan agak cepat. Namun pada hakikatnya, hanya Cikgu Nazim dan Aina sahaja yang
mengetahui bahawa pada petang tersebut, Aina telah mencurahkan perasaan cintanya
pada Cikgu Nazim namun ditolak. Amarahnya akibat cintanya ditolak mendorong Aina
untuk memfitnah Cikgu Nazim sehingga dia dipindahkan ke sekolah lain menjadi tanda
dendamnya pada Cikgu Nazim telah terbalas.

Dia dipindahkan jauh daripada Sabah ke Semenanjung Malaysia untuk


memulakan hidup baru. Namun begitu, Cikgu Nazim bersyukur kerana penukaran

118
sekolahnya itu telah menyuntik semangat yang baru kepadanya untuk menjadi
seorang guru kaunseling yang lebih baik.

****************************************************

Kring……

Lamunan Cikgu Nazim terhenti apabila loceng waktu rehat dibunyikan. Hari ini hari
Isnin. Hari ini selepas waktu persekolahan, Cikgu Nazim menerima tugasan khas untuk
menggantikan seorang guru kaunseling di sebuah sekolah kerana guru kaunseling
yang berkhidmat di sekolah tersebut telah meninggal dunia seminggu yang lalu. Tanpa
banyak soal, Cikgu Nazim menerima tawaran tersebut sementara pihak sekolah
menerima guru kaunseling yang baru.

****************************************************

Kereta Honda Civic Cikgu Nazim menderu laju masuk ke perkarangan SMK Taman
Permai memandangkan itu merupakan hari pertama dia akan bertugas di sekolah
tersebut.

“Selamat pagi semua. Kita telah menerima seorang guru baru yang sangat
berpengalaman untuk menggantikan arwah Cikgu Johari yang telah meninggal dunia
pada minggu lepas. Beliau akan bertugas di sini sehingga kita mendapat guru baharu
untuk mengisi kekosongan jawatan guru kaunseling di sekolah ini, Saya berharap para
guru dan pelajar dapat memberi kerjasama dan menunjukkan akhlak yang baik
sepanjang keberadaan Cikgu Nazim di sini. Sekian terima kasih.” ucapan Pengetua
SMK Taman Permai itu mengakhiri perhimpunan pagi pada hari itu.

“Selamat datang cikgu. Saya Azman, guru pembantu guru Cikgu Johari sebelum ini.
Saya gembira dapat bekerjasam dengan cikgu. Tak menang tangan saya nak
menguruskan hal-hal pelajar di sekolah ni sejak seminggu Cikgu Johari meninggal
dunia.” terpampang kegembiraan dan kelegaan di riak wajahnya menerima kedatangan
Cikgu Nazim di situ.

“Terima kasih cikgu Azman. Lega saya kehadiran saya di sini membawa
kesenangan. Bolehlah kita berkongsi pengalaman dan ilmu saya yang tidak seberapa
ini.”

119
“Jangan macam itu cikgu, ilmu kaunseling dan semangat cikgu ini lah yang patut
kami guru-guru contohi.” ujar Cikgu Azman berseloroh.

Selepas perbualannya bersama Cikgu Azman, Cikgu Nazim berasakan sesuatu.


perasaan yang sama 20 tahun yang lalu. Debaran yang sama sewaktu dia berhadapan
dengan tuduhan Aina. Dia telah mengelak untuk memberi sebarang khidmat kaunseling
kepada mana-mana pelajar perempuan di sekolahnya dan menyerahkannya kepada
guru pembantunya, Cikgu Saleha dengan alasan,

“Bukankah perempuan lebih memahami perempuan lain? Jadi sama juga seperti
saya. Saya yakin Cikgu Fariha boleh.”

****************************************************
Cikgu Nazim membelek fail-fail rekod sesi kaunseling yang berada di rak di dalam
biliknya. Matanya tertarik kepada sebuah fail yang tertulis nama ‘Nur Aina Safira binti
Husin’. Jantungnya berdebar lagi. Nama pelajar itu sama seperti nama pelajar yang
menconteng arang ke wajahnya dahulu. Masalahnya sama, seorang anak tunggal yang
dihujani kemewahan wang ringgit namun tidak mendapat perhatian daripada ibu
bapanya dan berusaha mencari perhatian orang lain. Menurut rekod, pelajar ini
merupakan seorang pelajar yang ‘slow learner’ kerana walaupun telah berada di
Tingakatan 4, kebolehannya untuk menguasai subjek-subjek yang diajar sangat tidak
memberansangkan.

Dalam pada itu, rekod juga menyatakan bahawa kedua ibu bapa Aina tidak pernah
menghadirkan diri ke beberapa sesi kaunseling bersama pihak Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah untuk membincangkan masalah dan penyelesaian kepada anak
malang , Aina ini. Alasan yang diberikan adalah mereka sibuk bekerja dan Aina hanya
berpura-pura untuk mendapatkan perhatian.

“Malangnya nasibmu nak. Semoga Allah memberimu rahmatnya sebagai galang


ganti perhatian yang kau kehilangan selama ini. Cukuplah Allah sebagai pelindungmu.”
bisik Cikgu Nazim perlahan.

“Apa yang diomelkan seorang diri tu Cikgu Nazim?”

“Eh, Cikgu Azman. Tiada apa-apa lah. Cuma saya hairan,kenapa anak istimewa
seperti Aina ini dibiarkan ibu bapanya.”ujar Cikgu Nazim.

120
“Itulah cikgu, saya sendiri juga merupakan kali pertama hendak berurusan dengan
Aina ni cikgu. Sebelum ni, kes ini diuruskan oleh Cikgu Johari. Jadi, saya kurang tahu
apa-apa mengenai Aina. Kalau Cikgu Nazim ingin berjumpa dengan Aina, saya boleh
uruskan. Mana tahu dengan ilmu kaunseling Cikgu Nazim yang tersohor ini dapat
membantu selesaikan masalah ini.” terang Cikgu Azman.

“Alahai Cikgu Azman, memuji sampai ke langit, insya-Allah kita sama-sama


usahakan.” Cikgu Nazim cuba menyembunyikan gentar dalam suaranya.

“Ya Allah, sekiranya perkara ini dapat membantuku menghilangkan rasa takutku
untuk terus menjalankan tugasku sebagai seorang pendidik anak bangsa, Kau
permudahkanlah.” bisiknya di dalam hati.

****************************************************
Keesokan paginya, tepat jam 10 pagi, pintu bilik kaunseling dibuka perlahan
selepas salam diberi. Kelihatan seorang gadis berjalan masuk perlahan. Banyak buku
yang dibawanya walaupun waktu rehat hanya berdurasi 30 minit.

“Waalaikumussalam. Kamu mesti Aina bukan? Jemput duduk. Saya Cikgu Nazim.
Guru kaunseling sementara di sini. Kalau ada apa-apa perkara yang kamu ingin
berkongsi dengan saya. Jangan segan. Saya akan cuba bantu sebanyak mana yang
boleh.” Aina hanya menunduk lalu mengangguk.

“ Baik cikgu. Boleh saya minta diri dulu. Saya perlu jumpa cikgu lain untuk tanya
soalan yang saya tak faham dalam kelas tadi. Saya minta diri dulu cikgu.” ujar Aina
teragak- agak. Mungkin juga takut dimarahi.

pertemuan mereka beberapa kali selepas itu juga tidak berjalan lancar.Aina sama
ada akan melarikan diri atau tidak bercakap apa-apa. Namun, Cikgu Nazim tidak
menyalahkan Aina. Mungkin pendekatan yang digunakannya tidak bersesuaian dengan
situasi Aina. Hal ini juga mungkin didorong oleh perasaan takut dan berhati- hati Cikgu
Nazim. Takut pisang berbuah dua kali.

Namun begitu, perasaan takut untuk berhadapan dengan Aina telah berganti
dengan perasaan simpati. Dia membayangkan bagaimana kehidupan Aina di dunia luar
nanti jika di tidak berubah. Pasti dirinya mudah diperkotak-katikkan dan dibuli oleh
orang lain yang suka megambil kesempatan.

121
“Cikgu Azman, boleh berikan saya nombor telefon ibu dan bapa Aina? Saya
bercadang hendak berjumpa mereka. Tapi, tidak perlu adakan sesi di sekolah. Saya
sendiri akan ke rumah mereka.” tekad Cikgu Nazim semakin kuat. Cikgu Azman hanya
mengangguk tanda bersetuju.

Cikgu Nazim berjaya berjumpa dengan bapa Aina yang merupakan pengurus besar
syarikat pembinaan rumah. Malang sekali, kemewahan yang ada padanya tidak dapat
membahagiakan anaknya. Setelah berbincang dan menceritakan hal sebenar kepada
bapa Aina mengenai keadaan Aina yang memerlukan sokongan keluarga, akhirnya
bapa Aina sedar dan menyesal akan pengabaiannya terhadap Aina selama ini.

****************************************************
Solat Subuh pada pagi itu sangat menenangkan Cikgu Nazim. Sujudnya yang
terakhir itu sengaja dilamakan. Dia ingin menzahirkan rasa syukurnya terhadap Allah
kerana telah mengurniakannya kekuatan untuk membantu Aina.

Aina telah mengejutkan seluruh warga sekolah SMK Taman Permai apabila dia
telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan
Malaysia pada tahun berikutnya. Dia telah berubah sepenuhnya menjadi seorang insan
yang baru. Tiada lagi Aina yang berjalan menunduk dan membongkok kerana malu
akan keadaannya. Aina yang kini adalah Aina yang mampu berbangga dengan dirinya
yang berani berubah.

Benarlah kata orang, guru itu pelita dalam kegelapan. Guru yang baik mampu
mendidik seluruh anak bangsa. Hanya ganjaran syurga yang mampu membalas jasa
guru. Cikgu Nazim bersyukur kerana dia memberanikan juga langkahnya untuk
berhadapan dengan Aina dan bapanya pada ketika itu. Sisa- sia akhir hidup Cikgu
Nazim kini dapat dihabiskan dengan tenang menunggu timangan cucu hasil
perkahwinan anak lelakinya Arif dan Aina yang bertemu di universiti dan meneruskan
hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Sekurang-kurangnya,jika dia mati,ada bekalan
buatnya untuk bertemu Tuhan. Aina buktinya bahawa dia telah menebus rasa
bersalahnya sebagai seorang pendidik yang juga berbuat dosa.

122
Amin
Hasil karya:
Nayyah binti Md Din
nayyahhafiez@gmail.com

“Papa, tolonglah jangan tinggalkan Amin kat sini. Amin nak balik rumah, Amin
janji Amin tak akan buat masalah lagi.”, rayu Amin dengan bersungguh-sungguh.
Melihat Amin menangis sambil memeluk abangnya membuatkan hati Encik
Jamal bertambah sayu, namun dia terpaksa membuat keputusan yang berat ini.
Dengan hati yang berat Encik Jamal mengajak abang Amin, Hanif untuk menaiki kereta.
Walaupun hati kebapaannya meraung-raung untuk tidak meninggalkan Amin disitu,
namun digagahkan jua hatinya kerana dia tahu bahawa itu yang terbaik untuk Amin.
Hanif memeluk badan adiknya seerat yang mungkin, bagaikan itu adalah perpisahan
yang terakkhir bagi mereka walaupun dia tahu yang mereka akan melawat Amin dua
minggu kemudian. Hanif begitu sayangkan Amin. Baginya Amin adalah segala-galanya.
Hanif dan Encik Jamal melangkahkan kaki ke kereta dan cuba memekakkan telingan
daripada mendengar tangisan Amin.
***
“Anak Encik terencat! “, tengking Cikgu Dolah, setelah Encik Jamal berkali-kali
merayu untuk tidak membuang Amin dari sekolah.
“Maafkan kami Encik Jamal, nampaknya kami tidak dapat lagi menerima Amin
bersekolah disini, Amin tidak seperti abangnya yang mencapai kecemerlangan dalam
segenap bidang. Kami bimbang jika dia terus bersekolah di sini, dia akan tidak dapat
bergerak seiring dengan para pelajar lain.”, jelas Cikgu Dolah.
“Tapi, tidak bolehkah cikgu bagi Amin peluang yang terakhir? Saya jamin Amin
akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.”, rayu Encik Jamal lagi.
“ Kami minta maaf sekali lagi Encik Jamal, kami tidak dapat berbuat apa-apa. Sila
bawa Amin pulang ke rumah.”, kata Cikgu Dolah.
Encik Jamal memandang Amin dengan pandangan sayu. Dengan perlahan-lahan
dia membawa Amin melangkah keluar dari bilik guru tersebut.
***
“Abang, minumlah teh tu, nanti sejuk tak sedap pulak.”, tegur Puan Salmah yang
melihat suaminya asyik dalam lamunannya.
Encik Jamal tersentak dan tersedar dari imbauannya setelah ditegur Puan Salmah.
Dia terus mengambil dan meneguk air kopi yang berada di atas meja di hadapannya.
Dia begitu risau dengan nasib anak bongsunya itu. Sudah berapa kali anaknya terpaksa
berpindah sekolah dek kerana anaknya dikatakan terencat. Dia juga risau bagaimana

123
keadaan anaknya berada di sekolah baru tersebut. Dia sengaja menyekolahkan Amin
di sekolah berasrama supaya Amin dapat berdikari tanpa perlu bergantung kepada
keluarga.
***
Pagi Amin dimulai dengan matapelajaran Seni. Amin sangat gembira kerana mata
pelajaran tersebut merupakan kegemarannya sejak kecil lagi. Dia suka melukis kerana
baginya dengan melukis dia dapat membebaskan segala imaginasinya dan
bereksperimentasi tanpa sempadan.
“Assalamualaikum murid-murid. Memandangkan kita ada pelajar baru, nama saya
Cikgu Ali dan saya adalag guru Seni kamu. Baiklah, pada pagi ini kita akan belajar
melukis bentuk. Sekarang saya nak kamu lukis bulatan seiras dengan bulatan yang
saya lukis di papan putih di hadapan. Faham?”, arah Cikgu Ali kepada murid-murid
kelasnya.
"Faham!”, jawab murid-murid serentak.
“Amin, apa yang kamu buat? Bukankah Cikgu Ali menyuruh kita melukis bulatan?”,
tanya Ah Meng apabila melihat Amin melukis seekor harimau.
“Tidak bolehkah?”, tanya Amin kembali.
“Tidak bolehlah Amin. Kalau cikgu nampak nanti, pasti kamu akan dimarahinya.
Kalau kamu hendak tahu, di sini kita semua harus mengikut arahan para cikgu tanpa
boleh meluahkan idea kita sendiri, kalau tak, kita pasti akan dimarahi”, jelas Ah Meng.
“Apa kamu buat ni Amin? Bukankah saya menyuruh kamu melukis bulatan? Ini
bukan bulatan! Baru masuk sekolah sudah mula tunjuk perangai, patutlah sekolah lama
kamu tidak mahu menerima kamu”, bentak Cikgu Ali.
Amin hanya mendiamkan diri tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia sedar bahawa
dia tidak pandai seperti orang lain. Amin banyak mendiamkan diri dan mengasingkan
diri dari orang-orang sekelilingnya. Dia sering membuat hal sendiri tanpa mempedulikan
orang lain.
***
Pagi yang dingin dengan sinaran mentari yang redup menandakan ianya hari yang
baik untuk bersukan. Alunan muzik yang dapat didengari dari jauh membuatkan para
pelajar yang masih berada didalam kelas dan sedang bersiap-siap untuk ke padang
tertanya-tanya. Semakin lama bunyi muzik tersebut semakin menghampiri kelas
mereka. Dengan tidak semena-mena terpacul muka seorang lelaki muda sedang
bermain seruling sambil melangkah masuk ke dalam kelas 3 Jujur.
“Hai! Nama saya Ahmad, dan saya guru baru kamu yang hebat. Jom! Ikut saya ke
padang cepat… La… La… La… La… La…”, nyanyi Cikgu Ahmad dengan ceria.
Semua murid 3 Jujur kelihatan girang dengan guru baru mereka dan terus
beratur mengorak langkah bersama –sama guru baru mereka yang sedang bermain

124
seruling menuju ke padang. Tiba sahaja di padang, Cikgu Ahmad menyuruh
murid-muridnya membuat satu bulatan besar, kemudian sesiapa sahaja yang dituding
olehnya perlu masuk ke dalam bulatan dengan membuat gerakan fizikal samada
melompat atau berlari setempat sambil menyanyikan lagu kegemaran mereka dan
Cikgu Ahmad akan mengiringi nyanyian mereka dengan alunan muzik. Semasa aktiviti
tersebut berjalan, beliau perasan ada seorang murid seakan hanya melayan
perasaannya dan tidak mempedulikan apa yang berlaku sekelilingnya.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, beliau menyuruh semua murid mengambil
peralatan sukan yang mereka sukai yang terletak di pinggir padang dan meneruskan
aktiviti mereka. Cikgu Ahmad mendekati murid yang pendiam tadi.
“Hai! Siapa nama budak comel ni?”, tanya Cikgu Ahmad dengan lembut.
“Amin”, jawab Amin sepatah tanpa sebarang reaksi.
“Wau! Nama kita bermula dengan huruf yang sama. Apa hobi awak?”, tanya
Cikgu Amin
“Melukis”, Amin memberikan jawapan sepatah lagi.
“Ouhhhh”, jawab Cikgu Ahmad.
Melhat reaksi Amin yang tidak menunjukkan minat untuk melanjutkan perbualan,
beliau meninggalkan Amin melayan perasaannya sendirian. Beliau gusar melihat
keadaan anak muridnya yang sebegitu rupa lalu tertanya-tanya apakah yang
membuatkan Amin menjadi begitu. Dia mula menyelidiki latar belakang Amin bukan
sahaja rekodnya di sekolah tersebut, malah turut menyiasat rekod Amin disekolah yang
lama. Semasa Darjah 1, Amin merupakan seorang pelajar yang sangat pintar. Dia
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan dalam bidang sukan dan dia
amat pandai melukis. Berbekalkan rasa ingin tahu, Cikgu Ahmad pergi ke rumah Amin
untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang Amin.
***
“Apa hajat cikgu datang ke sini?” tanya Encik Jamal yang pelik dengan
kedatangan Cikgu Ahmad secara tiba-tiba.
“Sebenarnya saya ingin bertanya serba sedikit tentang Amin.”, jawab Cikgu
Ahmad dengan lembut.
“ Saya minta maaf jika Amin menimbulkan banyak masalah di sekolah, tapi
tolonglah jangan buang dia cikgu. Saya memohon dengan cikgu.”, rayu Encik Jamal
dengan bersungguh-sungguh.
“Jangan risau encik, Amin tidak menimbulkan apa-apa masalah di sekolah.
Justeru kedatangan saya kesini hanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amin.
Kalau encik tidak keberatan, bolehkah saya ingin tengok bilik tidur Amin?”, jelas Cikgu
Ahmad sambil meminta kebenaran daripada Encik Jamaluntuk melawat bilik tidur Amin.

125
“Boleh sahaja cikgu. Silakan. Biliknya berada di tingkat atas sebelah kanan.”,
kata Encik Jamal.
“Terima kasih encik, saya minta izin ke bilik Amin dulu ya…”, kata Cikgu Ahmad.
Melangkah masuk kedalam bilik Amin membuatkan Cikgu Ahmad diselubungi
dengan penuh rasa kagum. Dinding bilik Amin dipenuhi dengan hasil lukisannya yang
sangat cantik. Setiap lukisan yang terpampang di dinding itu mempunyai maksud yang
tersirat. Beliau sedar bahawa beliau perlu melakukan sesuatu supaya Amin dapat ke
kembali menjadi seperti dulu lagi.
***
Setiap petang Cikgu Ahmad akan meluangkan masa dengan Amin. Masa yang
di luangkan bersama diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Cikgu Ahmad
mengajar apa sahaja yang tidak Amin fahami di dalam kelas. Beliau akan memastikan
Amin faham dengan setiap apa yang dipelajarinya di sekolah, kerana beliau tahu, Amin
seorang pelajar yang pintar. Beliau hanya perlu menggunakan cara yang betul untuk
mengajar Amin.
***
Hari ini keputusan peperiksaan akhir tahun akan keluar. Semua murid teruja
ingin mengetahui keputusan peperiksaan mereka. Amin telah mendapat tempat ketiga
dalam keseluruhan darjah 3 di sekolahnya. Dia amat terkejut dengan keputusan
tersebut dan terus berlari mencari Cikgu Ahmad.
“Terima kasih cikgu! Kalau tanpa cikgu, saya tidak tahu apa akan terjadi kepada
saya”, kata Amin sambil menangis teresak-esak.
“Ini juga atas usaha kamu sendiri. Tapi kamu tidak boleh berhenti disini sahaja.
Perjalanan kamu masih panjang. Kita akan berusaha bersama-sama dengan lebih gigih
lagi selepas ini”, kata Cikgu Ahmad dengan penuh bersemangat.

126
Sentuhan Kasih
Hasil karya:
Norfarahanah binti Nazri
Sugalikesugar93@gamil.com

Usai sahaja solat subuh aku terus ke kepala katil membaca Al-quran sebelum
memulakan rutin-rutin harianku. Sudah genap setahun aku berpencen, dan setelah
berpencen masa lapangku lebih banyak diluangkan untuk beribadah dan meluangkan
masa bersama isteri dan dua orang puteriku. Selama 24 tahun aku berkhidmat sebagai
guru, masaku lebih banyak diluangkan di sekolah bersama anak-anak murid. Pada usia
56 tahun barulah waktu-waktu lapangku dihabiskan di rumah. Sebagai guru tidak dapat
dinafikan bahawa keperluan murid-murid harus didahulukan daripada keperluan dan
kepentingan sendiri. Lebih-lebih lagi itu memang tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepada setiap guru.

Belum sempat aku bangun dari katil, kedengaran bunyi “beep” bertalu-talu dari
telefon bimbitku. “Whatsappku” dipenuhi dengan mesej-mesej berbentuk ucapan
“Selamat Hari Guru” daripada sahabat handaiku yang telah berpencen mahupun yang
masih bekerja. Sudah tentunya, bekas-bekas pelajarku lebih ramai menghantar ucapan
tersebut. Sebenarnya aku sudah menjangkakan bahawa aku akan menerima
mesej-mesej ini memandangkan hari ini merupakan 16 Mei bersamaan dengan
sambutan Hari Guru. Naluri kelakianku tersentuh dengan ucapan-ucapan yang dihantar
oleh bekas para pelajarku. Namun, satu mesej daripada pelajar bernama Imran
membawa aku mengimbau kembali liku-liku dan pengalaman hidupku sebagai insan
bergelar guru 31 tahun yang lepas.

Cikgu Umar merupakan gelaran yang dipanggil oleh anak-anak muridku di


sekolah. Pada usia 24 tahun aku sudah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah
Kebangsaan Kelana di Kelantan. Walaupun berjauhan dengan ibu bapaku yang berada
di Negeri Sembilan, aku seikhlas hati menerima tanggungjawab ini. Sekolah ini berada
di kawasan kampung yang jauh daripada bandar mahupun pekan. Aku ditugaskan
mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas tahun lima. Memandangkan bilangan
murid-murid di sekolah ini tidak ramai, setiap kelas daripada tahun satu hingga tahun
enam hanya terdiri daripada satu kelas sahaja. Bilangan muridnya juga dalam
lingkungan 24 hingga 25 orang sahaja.

127
Setelah hampir empat bulan mengajar di kelas tahun lima itu, perhatianku lebih
tertumpu kepada seorang murid bernama Imran. Hal ini kerana, kawan-kawannya yang
lain mampu menguasai subjek Bahasa Melayu dengan baik. Namun, Imran seringkali
mendatangkan keresahan dalam hatiku. Dia mendapat markah paling rendah dalam
ujian Mac yang telah dijalankan. Sikapnya yang pendiam membuatkan aku mengambil
inisiatif untuk bertanya soalan padanya di dalam kelas. Namun, dia seakan-akan
teragak-agak menjawab pertanyaanku. Kerja sekolah yang diberikan juga seringkali
tidak dihantar. Aku juga mendengar rungutan daripada guru lain berkenaan Imran dan
ramai guru mengatakan bahwa dia sering lambat ke sekolah. Aku pernah meminta dia
menemui aku di bilik guru dan bertanyakan masalahnya, namun dia hanya berdiam diri.
Aku turut memberikan kata-kata nasihat padanya untuk berubah. Malang sekali,
nasihatku seakan-akan tidak diendahkan. Imran malahan sering datang lewat ke
sekolah dan bajunya juga kelihatan lusuh. Kerja sekolah yang diberikan masih tidak
disiapkan.

Aku mengambil keputusan untuk merotannya setelah nasihat dan amaranku


seakan-akan “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” untuknya. Kesabaranku semakin
tercabar apabila sikapnya masih sama dan dia seakan-akan lali dengan tindakanku
untuk merotannya sekiranya dia berbuat kesalahan. Suatu hari, kelibat Imran tiada di
dalam kelasku. Jam menunjukkkan waktuku masih berbaki sepuluh minit sebelum
menamatkan pelajaran hari ini. Imran tiba di pintu kelas dan aku bertanya mengapa dia
datang ke kelas begitu lewat memandangkan masaku merupakan masa pertama
mereka untuk hari ini. Nada suaraku masih lagi lembut untuk kali kedua pertanyaanku.
Kesabaranku sudah sampai hadnya apabila dia tidak menjawab pertanyaanku untuk
kali yang ketiga. Tiada kata-kata maaf pun yang keluar dari bibirnya. Disebabkan
amarah yang membuak-buak aku meninggikan suara padanya diikuti leteran yang
panjang lebar dan merotannya. Tidak dapat dinafikan, itulah kali pertama aku memarahi
muridku seteruk itu.

Setelah tiba di rumah dan mengenangkan kembali tindakanku terhadap Imran,


rasa bersalah menyelubungi jiwaku. Aku sedar aku perlu lebih memahami dan bijak
mendekati murid-murid untuk mengubah mereka. Aku bertekad untuk meminta maaf
pada Imran keesokan harinya. Namun batang hidung Imran tidak kelihatan di kelasku.
Aku berasa pelik kerana sudah hampir seminggu Imran tidak hadir ke sekolah. Aku rasa
bersalah dan menyangka mungkin dia termakan dengan kata-kataku tempoh hari. Oleh
itu, setelah selesai waktu sekolah, aku bertekad untuk pergi ke rumahnya. Alamatnya
aku dapatkan daripada pejabat sekolah. Aku pergi ke sana dengan menaiki kereta.
Malangnya, jalan menuju ke rumahnya amat sempit dan dipenuhi dengan lalang-lalang

128
hijau yang menyukarkan perjalananku. Jika tidak menaiki kereta, perjalanannya akan
mengambil masa yang sangat lama lebih kurang 40 hingga 45 minit untuk ke sekolah.
Mujur, ada seorang pak cik yang memboncengkan aku ke rumah Imran. Aku sangat
terkejut setelah sampai ke rumah Imran.

Rumah papannya sangat kecil dan kelihatan usang. Motor Suzuki di luar rumah
itu juga seakan-akan tidak berfungsi. Adik-adiknya masih ramai dan dia merupakan
anak sulung daripada empat beradik itu. Aku memberikan salam. “Cikgu!” Mukanya
sangat terkejut melihat kelibat aku di rumah itu. Aku dipelawa masuk ke dalam rumah.
Papan di rumahnya seakan-akan rapuh apabila dipijak. Barulah aku tahu bahawa dia
merupakan anak yatim dan ibunya sudah seminggu terlantar sakit. Aku merasa sangat
bersalah kerana memarahinya tempoh hari. Aku sedar dengan keadaan sebegini, amat
sukar untuknya datang ke sekolah tepat waktu.

Imran juga menceritakan bagaimana dia menolong ibunya untuk mejual kuih
setiap pagi selama seminggu ini memandangkan ibunya sedang sakit. Imran juga
meminta maaf kepadaku kerana dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menyempurnakan kerja rumah yang aku beri padanya. Hal ini kerana, pada waktu
malam dia sangat penat setelah bekerja separuh masa di bengkel Pak Ali untuk
membantu meringankan beban ibunya dan menguruskan adik-adiknya. Tanpa aku
sedari, air mataku jatuh dari kelopak mata yang tersentuh dengan pengorbanan anak
kecil ini. Aku memeluknya erat dan meminta maaf padanya. Dia juga menangis
teresak-esak di pelukanku. Sejak hari itu aku bertekad untuk membantu Imran di dalam
kelas mahupun di luar kelas. Aku ingin memastikan dia mendapat keputusan yang
cemerlang agar diterima masuk ke sekolah berasrama penuh dan mendapat bantuan
daripada kerajaan. Keesokan harinya aku membawa ibunya ke klinik. Setelah itu aku
membawanya ke pekan untuk membeli baju seragam sekolah dan sepasang kasut
yang baru untuk Imran.

Aku juga mengupah Pak Yeh, yang tinggal berdekatan dengan Imran untuk
menhantar dan menjemputnya ke sekolah setiap pagi dengan motosikal. Dengan ini,
Imran tidak akan lewat ke sekolah. Ibunya juga telah beransur pulih. Selesai sahaja
kelas, aku memanggil Imran untuk bertanyakan jika dia tidak faham dengan topik yang
diajarkan. Aku juga membelikan buku latihan untuknya memandangkan dia tidak
mampu untuk membeli sebuah buku latihan pun. Di samping itu, aku mengadakan
kelas tambahan setiap petang untuk semua murid dan aku pastikan setiap murid hadir
termasuk Imran memandangkan Pak Yeh ada untuk menjemputnya balik. Oleh kerana
Imran banyak tertinggal dalam pelajaran sebelumnya, aku ke rumahnya hampir setiap

129
malam termasuk malam minggu untuk membantunya mengulangkaji pelajaran yang
telah lalu. Hal ini kerana, tahun depan dia akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan amat penting untuknya menguasai perkara-perkara asas dalam
tatabahasa Bahasa Melayu dan cara-cara untuk menulis karangan.

Kerajinan dan usaha yang ditunjukkan oleh Imran membuatkan dia mendapat
markah yang lebih tinggi daripada peperiksaan sebelumnya. Imran juga semakin aktif di
dalam kelas dan semakin banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan
sekelasnya yang lain. Kadangkala aku menghulurkan duit poket padanya sekiranya dia
tidak ke kantin. Dia juga semakin rajin berjumpa denganku dan guru-guru subjeknya
yang lain untuk mendapatkan tunjuk ajar. Guru-guru lain yang mengajarnya turut
meberikan komen yang positif dengan perubahan sikapnya. Imran juga dilihat semakin
terbuka untuk meceritakan masalah yang dihadapinya. Akhirnya, Imran mendapat Gred
B dalam subjek Bahasa Melayu untuk peperiksaaan akhir tahun lima yang dijalankan.
Walaupun tidak mendapat Gred A, dia telah menunjukkan peningkatan yang sangat
baik dek kerana kerajinan dan semangatnya. Dia berjumpa denganku di bilik guru dan
tidak henti-henti berterima kasih padaku. Menurutnya, kesungguhan yang telah aku
tunjukkan untuk menolongnya telah membuka hatinya dan membakar semangatnya
untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarganya.

Aku masih lagi mengajarnya ketika dia berada di tahun enam di mana dia akan
mengambil UPSR. Aku juga masih lagi berkunjung ke rumahnya untuk menjenguk
ibunya dan membantu apa yang perlu seperti membantu Imran mengulangkaji
pelajaran dan kadangkala aku juga belanja keluarganya makan. Aku menggunakan
teknik pembelajaran yang sama seperti tahun lepas, Bezanya, tahun ini latihan yang
diberikan bertubi-tubi dan berlipat kali ganda untuk membantu mereka mempersiapkan
diri bagi menduduki peperiksaan UPSR. Aku turut terkejut bahawa Imran berupaya
menyiapkan segala latihan yang diberi walaupun dia perlu menguruskan banyak kerja
di rumah. Dia juga sering menemuiku untuk bertanyakan mengenai pengurusan masa.
Semangat, kesungguhan dan dorongan yang diterima oleh Imran melayakkan dirinya
untuk diterima masuk di sekolah berasrama penuh dengan bantuan kerajaan setelah
mendapat 5A dalam pepriksaan UPSR yang dijalankan. Walaupun dia berada di
sekolah asrama penuh, dia sering menghubungiku dan memberitahuku tentang
masalah yang dia hadapi.

Hari ini, dia telah berjaya menjadi seorang jurutera. Namun begitu, dia tidak
pernah lupa diri dan sentiasa datang menjengukku hampir 3 kali setahun. Dia juga
sering membawa buah tangan untukku setiap kali berkunjung ke sini. Pengalaman yang

130
kulalui bersama Imran menyedarkan aku bahawa profesionalisme keguruan tidak
hanya terbatas di dalam kelas sahaja. Guru juga perlu memainkan peranan dan
mendidik mereka di luar waktu sekolah supaya mereka dapat berubah menjadi
murid-murid yang lebih baik. Bunuh kekerasan hati meraka mahupun kedegilan mereka
dengan kelembutan, kesungguhan dan pendekatan kita sebagai guru yang tiada
hentinya. Terbukti, satu sentuhan kasih daripada insan bergelar guru mampu
mengubah hidup seseorang.

131
Kerana Seorang Guru
Hasil karya:
Nur Athirah binti Ahmad
athirah21.aa@gmail.com

“Cikgu, berapa luas kah lautan di dunia ini?”


“Cikgu, kenapa mata pensel berwarna hitam? Mengapa tidak berwarna-warni?”

Aku hanya mampu tersenyum. Itu lah antara soalan unik dan aneh yang sering
diujarkan oleh pelajar-pelajar 6 Arif Sekolah Kebangsaan Merchang kepadaku. Namun
begitu, tidak pernah sesekali aku berasa aneh dan hairan dengan soalan-soalan
mereka. Malah, terdapat suatu perasaan teruja dan terhibur apabila melihat gelagat
pelajar-pelajarku begitu kreatif dalam bertanyakan soalan yang aku sendiri tidak
mengetahui jawapannya. Justeru, telah banyak perkara yang aku belajar daripada
pelajar-pelajarku. Melihat jiwa-jiwa yang polos itu begitu rakus dalam menerokai
pelbagai perkara baharu telah membangkitkan kembali memori aku berpuluh-puluh
tahun yang lalu.

************************

“Kriiiiinggggggg……..”
Bunyi loceng yang nyaring itu telah mengejutkan aku daripada mimpi dan lenaku.
Aku terpisat-pisat keseorangan di dalam kelas. Air liur basi di bibir ku lap pada lengan
uniform sekolahku yang kelihatan agak lusuh. Terdapat beberapa kesan kotoran lama
pada uniform sekolahku yang membuatkannya kelihatan buruk dan lama. “Ah, aku
tertidur sewaktu kelas Cikgu Amir tadi”, aku bermonolog sendiri. Semasa kelas Bahasa
Melayu sebentar tadi, Cikgu Amir memeriksa latihan yang telah diberikan dengan
memanggil seorang demi seorang ke meja guru. Namun begitu, apabila tiba giliranku,
aku telah disuruh untuk kembali ke mejaku. “ Budak lembam, baliklah ke meja kamu.
Kamu bukannya mampu buat latihan yang saya bagi semalam. Buang masa sahaja jika
saya semak latihan kamu.” Suasana di kelas hening dengan gelak tawa rakan-rakan
sekelasku. Mereka menatapku dengan pandangan jijik dan melemparkan senyuman
sinis kepadaku. ‘Budak lembam’, itulah panggilan yang sering dikenakan oleh Cikgu
Amir kepadaku. Nama panggilan itulah yang sering membuatkan rakan-rakan
sekelasku mengejekku. Aku tertunduk bisu, menahan takungan air mata di kelopak
mataku. Pada saat-saat itu, hanya wajah ibu dan abahku berserta pandangan sayu dan
penuh pengharapan yang bermain di mindaku. Jika diikutkan kata hati, aku mahu keluar

132
dari kelas ini dan menjerit sepuas-puasnya. Kekadang, aku merasakan bahawa aku
tidak layak untuk tergolong di mana-mana sekolah untuk mendapatkan pendidikan.
Cikgu Amir tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum.
Meskipun, aku menanam minat yang mendalam terhadap syarahan, minatku terpaksa
dikuburkan begitu sahaja dek kerana kekurangan yang dimiliku olehku.

*************************

Aku menatap tajam ke arah liang lahad yang ku kira agak dalam dan sempit di
hadapanku ini. Namun, seolah-olah terdapat tempat yang luas dan indah terdampar di
dalam sana. Dapat ku lihat wajah-wajah duka dan sedih saudara mara serta
sahabat-sahabat abah yang sedang berada di kawasan tanah perkuburan. Sayup
kedengaran esakkan ibuku di belakangku. Aku tidak menangis mahupun tersenyum.
Hairan bukan? Aku sendiri tidak bisa menjelaskan dengan kata-kata. Segalanya
berlaku dengan pantas sehingga aku tidak dapat memberikan apa-apa respon. Yang
aku tahu, aku sudah tidak berbapa. Sempat aku menyalahkan Tuhan dan takdir, “Tuhan
jahat, sampai hati ambil bapaku daripada keluargaku.” Hidupku yang tidak sesenang
rakan-rakanku yang lain menjadi semakin sesak dan tidak stabil sesudah pemergian
abahku. Melihat kegigihan ibuku yang kurang upaya membanting tulang siang dan
malam untuk menyaraku dan adik-adikku telah membakar semangatku untuk menuntut
ilmu dengan bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga kecilku.

**********************
Pada keesokkan harinya, aku hadir ke sekolah seperti biasa. Sudah menjadi rutin
bagi Cikgu Amir untuk hadir ke kelas lewat 15 minit atau 30 minit. Kadang-kadang,
Cikgu Amir hanya hadir ke kelas 10 minit sebelum berakhirnya waktu pembelajaran
untuk menandatangani buku rekod kehadiran guru ke kelas. Namun begitu, pada hari
itu, tepat pada jam 8 pagi, dapatku dengari derap sepasang kaki bersepatu tumit tinggi
menuju ke arah kelasku. “Tidak mungkin Cikgu Amir memakai kasut tumit tinggi ke
sekolah harini ini,” ujarku sendiri dengan diiringi ketawa kecil. Kelihatan satu susuk
badan menghampiri pintu kelas lalu memberikan salam. Guru tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Faridah yang ditugaskan untuk menggantikan
tempat Cikgu Amir kerana beliau telah berpindah ke sekolah lain. Cikgu Faridah
memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan mengadakan sesi teka-teki
yang menarik di dalam kelas. Selepas beberapa soalan, Cikgu Faridah memanggilku ke
hadapan bagi menyelesaikan teka-teki yang diberikan. Seluruh badanku menggigil dan
peluh sejuk mula menghujani dahiku. Berpasang-pasang mata sedang asyik
merenungku dengan senyuman sinis. Aku cuba untuk menyelesaikan teka-taki tersebut,

133
namun tidak termampu dek akalku. Jawapan yang telah aku berikan adalah salah.
Dapatku dengar bisikan-bisikan halus yang mengatakan, “Ala, soalan senang macam ni
pun tak boleh fikir,” “Patutlah Cikgu Amir gelarkan dia lembam,”. Aku seperti anjing
bercawat ekor di dalam kelas tersebut.

“Anak-anakku sekalian, ingatlah, tidak kira betapa pandai atau hebatnya kita,
jangan pernah memandang rendah terhadap kebolehan seseorang. Seorang pelajar
yang baik akan sentiasa menolong rakannya yang dalam kesusahan. Tidak salah untuk
kita mencuba. Tidak salah untuk kita melakukan kesalahan. Tidak ada manusia yang
sempurna di dunia ini. Manusia haruslah sentiasa belajar daripada kesalahan yang
telah mereka lakukan.”
Aku terdiam. Setiap bait kata yang dilemparkan oleh Cikgu Faridah menyentuh hati
dan sanubariku. Terutamanya perkataan keramat ‘anak-anakku’. Satu perkataan yang
cukup indah untuk menggambarkan sifat penyayang Cikgu Faridah. Kelopak mataku
mula terasa panas.

*************************
“Abu, saya tidak mahu ada istilah berputus asa dalam kamus hidup awak. Saya
yakin kamu mampu. Kamu harus terus mencuba tidak kiralah banyak mana sekalipun
kamu telah gagal. Jangan pernah berhenti mencuba.”
Aku terdiam seribu bahasa. Namun, bagai ada kekuatan yang maha besar yang
memberikan aku keberanian untuk membalas kembali kata-kata Cikgu Faridah.
“Saya telah mencuba, cikgu. Saya telah berusaha. Apa gunanya mencuba apabila
tiada siapa yang peduli? Apa gunanya mencuba apabila semua orang hanya tahu untuk
menjatuhkan? Cikgu Amir cakap saya tidak mampu, Cikgu Faridah.
Saya…lem…lembam. Mengapa cikgu harus memaksa saya untuk mencuba lagi? Tiada
gunanya cikgu.”
Air mata mengalir deras mengingati setiap bait kata negatif oleh seorang guru yang
telah sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa polosku dan menjatuhkan semangatku.
“Kerana saya mempercayai terhadap sesuatu yang kamu tidak percaya, anakku.
Diri kamu... Saya yakin kamu mampu.” Ujar Cikgu Faridah dengan linangan air mata.
Aku terdiam sepi.

**************************
Semenjak peristiwa itu, aku bangkit mengukir langkah berteman cebisan semangat
dan sisa kekuatan untuk mengatasi kekuranganku. Cikgu Faridah telah banyak
membantuku baik dari segi mental mahupun akademik. Beliau telah memberiku
dorongan dan keberanian untuk terus melangkah ke hadapan. Beliau telah memberi

134
peluang kepadaku untuk memberikan syarahan pada waktu perhimpunan di hadapan
semua guru dan pelajar lain. Beliau juga tidak lokek dalam berkongsi ilmu denganku
serta rakan-rakanku.
* * * * ** * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Cikgu, latihan yang cikgu berikan tadi sudah kami siapkan.”
Suara halus yang dimiliki oleh pelajar berbadan kecil molek itu menyentapkan daku
daripada lamunan. Ku menjeling sekilas ke arah jam di tangan kiriku.
“Baiklah, kamu semua dibenarkan untuk keluar rehat.”
Aku tersenyum sendirian. Di sinilah, di tempat aku berdiri inilah, kelas 6 Arif SK
Merchang yang menjadi saksi terhadap perstiwa pahit manis yang berlangsung
sepanjang zaman persekolahanku. Tidak ku sesali walau sesaat pun daripada masa
silamku. Aku yakin, semua yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Kerana seorang guru, aku berjaya melawan kekuranganku. Kerana seorang guru, kini
aku telah bergelar sebagai seorang pendidik. Itulah Cikgu Faridah, guru unggulku.

135
Penawar Kasih
Hasil karya:

Nur Syazatul Azreen binti Roslan

nurazreen99@yahoo.com

Badanku terasa lemah dan kepala terasa berat sekali. Aku perlahan-lahan
membuka kelopak mataku. Pandanganku terus ke cahaya lampu yang terang dan
kemudian aku terdengar suara-suara yang bising dan aneh di sekelilingku. Lantas, aku
terlihat kelibat manusia-manusia berpakaian serba putih yang sedang melihatku.
Mereka kelihatan panik dan risau.
“Bertahan puan!” jerit seorang wanita yang melihatku sambil memegang tanganku.
Mereka kelihatan seperti jururawat. Aku cuba mengingati kejadian yang telah
menimpaku lalu pandanganku menjadi nanar, aku terasa hendak pitam. Namun, ketika
aku mengangkat tangan kiriku, aku terkedu melihat cecair pekat yang berwarna merah
melumuri tanganku. Pandangan aku kabur lalu aku pitam.
“Cikgu Syazreen, cikgu Syazreen”, aku membuka mataku perlahan-lahan untuk
mencari suara yang memanggilku. Kelihatan satu susuk tubuh badan berpakaian serba
putih berdiri di tepiku. Mataku mengerling ke arah tanda nama yang tersemat pada kot
putih individu tersebut lalu aku mengamatinya. ‘Dr. Syamil…’

11 tahun yang lalu,


“Hei kamu semua, jangan kacau dia!” jerit aku ketika melihat seorang pelajar
dibuli oleh sekumpulan pelajar lain. Lantas, mereka lari bertempiaran meninggalkan
pelajar itu. Aku menghampiri pelajar tersebut dan memegang bahunya. “Kamu tak
apa-apa ke?” Pelajar tersebut terus menjarakkan dirinya dariku lalu mengutip
kertas-kertas yang sudah ronyok di lantai akibat perbuatan sekumpulan pelajar tadi. Dia
mengganggukkan kepala tanpa melihat diriku lalu berjalan laju meninggalkan aku. Aku
terkedu sebentar namun aku sempat mengamati tanda nama pelajar itu. ‘Syamil...’
Hari ini merupakan hari pertama aku di Sekolah Kebangsaan Durian Runtuh
dan aku merupakan guru Sains. Debaran untuk mengajar menyebabkan dadaku terasa
bagaikan dihimpit namun rasa semangatku mengatasi segalanya.
‘I can do this!’
Dengan iringan doa di dalam hati, aku masuk ke dalam kelas pertamaku dan
mata aku terus terarah kepada pelajar yang aku jumpa pagi tadi, Syamil. Syamil
perasan akan pandanganku lalu dia terus tunduk.

136
Ketika aku mengajukan soalan di dalam kelas, semua murid bersemangat dan saling
berebut untuk menjawab soalanku. Namun, Syamil hanya berdiam diri di belakang
sambil melakar sesuatu di atas mejanya. Aku berasa tidak puas hati. “Syamil,
bagaimana jantung boleh tersumbat?” Soalanku membuatkan kelas menjadi senyap.
Aku memandang tajam ke arah Syamil. Namun, dia tidak menjawab.
“Kringgggg”
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aku berjalan menuju ke bilik guru lantas
aku ternampak Syamil duduk berseorangan di pondok kecil sambil melukis sesuatu.
Kemudian dia bangun lalu berjalan ke perpustakaan lantas aku perlahan-lahan
mengekori dia dari belakang. Dia duduk di celahan rak yang sunyi lalu membaca buku.
Ketika itu juga aku sedar yang Syamil tidak bercakap dengan sesiapa pun.
‘Tak ada kawan ke dia ni…’ ujar diriku.
Syamil merupakan seorang murid yang genius di dalam kelas. Hasil jawapan
yang aku terima dalam buku latihannya sering membuatkan aku tergamam dan
tersenyum tanda kagum. Namun ketika aku mengarahkan muridku untuk buat kerja
berkumpulan untuk dibentangkan, Syamil langsung tidak bergerak dari kerusinya dan
terus menunduk ke bawah. Aku dengan pantas mencari kumpulan yang tidak cukup
ahlinya.
“Ahmad, kenapa kamu tak ajak Syamil masuk kumpulan kamu?
“Tak nak lah cikgu, dia takkan cakap apa pun macam orang bisu” lalu Ahmad
dan rakan-rakanya ketawa. Tiba tiba hatiku terasa bagai di himpit rasa sedih yang
teramat dan aku menyoal status diriku sebagai seorang guru. Aku pandang ke arah
Syamil, dia hanya menunduk dan tenung meja. Di saat itu, aku tergerak untuk
melakukan sesuatu.
Selepas kelas tamat aku terus mendapatkan salah seorang rakan kelas Syamil.
Aku tanya dia, bagaimana cikgu lain mengajar Syamil. "Cikgu lain biarkan saja sebab
memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja," kata rakannya. “Kamu pernah jadi
jiran dia kan? Boleh cerita dekat cikgu macam mana dia jadi pendiam macam tu?” lalu
dia pun bercerita.
Syamil bukan dilahirkan sebagai seorang yang pendiam. Namun, dia
dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda. Setiap hari dia menyaksikan
pertengkaran antara ibu bapanya. Bapanya seorang penagih dadah dan sering
memukul ibunya kerana tidak memberi wang kepadanya. Pernah sekali, Syamil dipukul
ayahnya kerana cuba melindungi ibunya. Sejak itu, dia menjadi pendiam. Lebih teruk
lagi, dia sering diejek dan dibuli oleh kanak-kanak lain kerana mempunyai ayah yang
merupakan seorang penagih dadah. Setelah pemergian ayahnya, dia hanya tinggal
bersama ibunya. Rasa sebak mula menyelubungi diriku.

137
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan
salah seorang guru yang pernah mengajar Syamil dalam subjek Sains sebelum ini.
Cikgu itu cuma cakap, "Dia memang tak boleh buat apa dah. Biar ja, terpaksa abaikan".
Luluh hatiku mendengarnya. Semenjak itu, aku bertekad untuk menolong Syamil.
Malam itu, aku menelaah pelbagai buku teori psikologi untuk membantu murid seperti
Syamil.
Keesokan harinya, aku menghampiri Syamil di pondok kecil. Syamil yang
ternampak kelibat aku di tepi terus menundukkan diri. “Wah, kamu lukis ni? So
amazing!” ujar aku setelah melihat lakaran anatomi yang dilukis oleh Syamil yang aku
sendiri tidak mampu buat. Syamil mengganguk kecil tanpa melihatku. “Kamu tahu tak,
kamu lukis anatomi lagi elok daripada zaman cikgu dekat universiti dulu. Pensyarah
cikgu ingat cikgu lukis tulang ikan, kecil hati saya.” lalu aku ketawa teringat kenangan
dulu. Tiba-tiba aku tersedar Syamil sedang ketawa kecil di sebelahku. Senyuman lebar
terukir di bibirku. “Syamil, boleh cikgu tahu kenapa kamu tak bercakap dengan orang
lain, dan jarang beri pendapat dalam kelas cikgu? Kawan buli kamu ya?” tanya aku
dengan lembut supaya dia tidak panik. “Kalau kamu tak nak jawab takpa,”
“Tak… saya yang takut cikgu,” jawab Syamil perlahan.
Lalu, dia menceritakan segalanya kepadaku. Dia tidak bercakap dengan orang
lain kerana dia tidak mempunyai keyakinan untuk meluahkan pendapat dan dia takut
jika pendapatnya ditolak dan orang akan mengejeknya. Air mata membasahi pipi
Syamil dan pernafasan dia tersekat-sekat selepas luahan tersebut.
“Takpa, cikgu boleh tolong kamu, we can overcome this” ujar aku sambil menepuk bahu
Syamil.
Masa berganti masa, hari bersilih ganti, dan aku tidak berputus asa dalam
membantu Syamil. Ada hari aku luangkan masa untuk mengajar Syamil untuk
berinteraksi dikhalayak orang ramai dan cara mengatasi ketakutan dia. Ada hari aku
mengajak rakan sekelas Syamil untuk bersembang dengannya. Ada hari aku bawa
Syamil untuk menyaksikan pertandingan ceramah dan pidato untuk memberi inspirasi
kepadanya. Saat itu, kebetulan seorang doktor datang ke sekolah untuk memberi
ceramah tentang kesihatan dan beliau sangat petah berkata-kata.
“Syamil, kalau kamu nak jadi doktor, kamu kena jadi macam dia tau. Baru boleh pesakit
dengar cakap kamu.” Dia mengukir senyuman yang lebar di bibirnya lalu mengangguk
kecil.
Di dalam kelas pula, aku menyuruh muridku untuk menyusun kedudukan meja
dan kerusi secara berkumpulan. Aku yakin dengan cara ini dapat membantu Syamil
untuk berinteraksi dengan rakan sekelasnya. Hari demi hari, aku sedar akan diri Syamil
yang sudah mula berani untuk bercakap dan memberikan pendapat dalam khalayak
ramai. Ketika kerja berkumpulan dijalankan, Syamil berjaya menyampaikan pendapat

138
dengan tenang dan yakin bersama rakan sekumpulannya. Terserlah keyakinan pada
riak wajahnya.
Setelah hampir setahun mengajar, aku diarahkan untuk bertugas di sekolah lain.
Berat bagiku untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana banyak memori berharga
tercipta di situ. “Cikgu Syazreen, Cikgu Syazreen” lantas aku menoleh ke belakang
untuk mencari suara yang memanggilku. Syamil dengan tercungap-cungap
menghampiriku.
“Cikgu, jangan la pindah, takda orang macam cikgu dekat sini.” ujar Syamil
dengan riak wajah yang sedih. Mataku mulai berkaca dengan air mata namun aku
menahan diri daripada menangis.
“Maafkan cikgu, cikgu kena jalankan tugas cikgu di tempat lain. Tapi, cikgu nak kamu
belajar elok-elok dan sentiasa yakin ya. Cikgu akan sentiasa doakan kamu, Syamil.”

11 tahun kemudian,
‘Syamil?’ Lalu, aku memandang tepat muka individu tersebut lalu aku
mengamati wajah beliau. Aku membulatkan mata setelah sedar bahawa dia
seakan-akan bekas anak muridku. “Syamil, kamu ke tu?” Mataku berkedip-kedip tanda
tidak percaya. “Ya, cikgu. Saya Syamil, bekas anak murid cikgu,” balas Syamil dengan
senyuman. Syamil kini merupakan seorang doktor pakar yang berjaya. Dia kelihatan
yakin ketika bercakap dengan pesakit-pesakit lain. Aku berasa bangga.
Hari terakhirku di hospital, aku diiringi Syamil sampai ke pintu utama. “Terima
kasih Syamil sebab rawat cikgu sampai cikgu rasa sihat, boleh la cikgu datang sini lagi
kalau sakit, free pulak tu.” Syamil ketawa kecil. Ketawa itu masih sama seperti dulu.
“Cikgu Syazreen,” Syamil memanggilku.
“Ya?” aku menyahut.
“Saya nak ucap terima kasih atas segalanya. Sebab cikgu la saya berjaya
sampai tahap ni. Kalau tak, saya masih lagi seorang yang pendiam dan tak yakin cikgu,
terima kasih cikgu” ujar Syamil.
Amat besar maknanya bagiku untuk mendengar kata-kata itu. Air mataku mula
mengalir membasahi pipi menandakan kegembiraan bercampur dengan kebanggaan.
Aku tidak sangka aku telah berjaya mengubah hidup seseorang. Namun aku berharap
agar aku terus kuat untuk membantu murid-murid lain yang memerlukan bantuan dan
sokongan seperti Syamil kerana aku yakin, seorang guru mampu mengubah kehidupan
anak muridnya dan hal inilah yang menjadikan seorang guru itu “guru unggul.”

139
Penawar Kasih
Hasil karya:

Nur Syazatul Azreen binti Roslan

Nurazreen99@yahoo.com

Badanku terasa lemah dan kepala terasa berat sekali. Aku perlahan-lahan
membuka kelopak mataku. Pandanganku terus ke cahaya lampu yang terang dan
kemudian aku terdengar suara-suara yang bising dan aneh di sekelilingku. Lantas, aku
terlihat kelibat manusia-manusia berpakaian serba putih yang sedang melihatku.
Mereka kelihatan panik dan risau.
“Bertahan puan!” jerit seorang wanita yang melihatku sambil memegang tanganku.
Mereka kelihatan seperti jururawat. Aku cuba mengingati kejadian yang telah
menimpaku lalu pandanganku menjadi nanar, aku terasa hendak pitam. Namun, ketika
aku mengangkat tangan kiriku, aku terkedu melihat cecair pekat yang berwarna merah
melumuri tanganku. Pandangan aku kabur lalu aku pitam.
“Cikgu Syazreen, cikgu Syazreen”, aku membuka mataku perlahan-lahan untuk
mencari suara yang memanggilku. Kelihatan satu susuk tubuh badan berpakaian serba
putih berdiri di tepiku. Mataku mengerling ke arah tanda nama yang tersemat pada kot
putih individu tersebut lalu aku mengamatinya. ‘Dr. Syamil…’

11 tahun yang lalu,


“Hei kamu semua, jangan kacau dia!” jerit aku ketika melihat seorang pelajar
dibuli oleh sekumpulan pelajar lain. Lantas, mereka lari bertempiaran meninggalkan
pelajar itu. Aku menghampiri pelajar tersebut dan memegang bahunya. “Kamu tak
apa-apa ke?” Pelajar tersebut terus menjarakkan dirinya dariku lalu mengutip
kertas-kertas yang sudah ronyok di lantai akibat perbuatan sekumpulan pelajar tadi. Dia
mengganggukkan kepala tanpa melihat diriku lalu berjalan laju meninggalkan aku. Aku
terkedu sebentar namun aku sempat mengamati tanda nama pelajar itu. ‘Syamil...’
Hari ini merupakan hari pertama aku di Sekolah Kebangsaan Durian Runtuh
dan aku merupakan guru Sains. Debaran untuk mengajar menyebabkan dadaku terasa
bagaikan dihimpit namun rasa semangatku mengatasi segalanya.
‘I can do this!’
Dengan iringan doa di dalam hati, aku masuk ke dalam kelas pertamaku dan
mata aku terus terarah kepada pelajar yang aku jumpa pagi tadi, Syamil. Syamil
perasan akan pandanganku lalu dia terus tunduk.

140
Ketika aku mengajukan soalan di dalam kelas, semua murid bersemangat dan saling
berebut untuk menjawab soalanku. Namun, Syamil hanya berdiam diri di belakang
sambil melakar sesuatu di atas mejanya. Aku berasa tidak puas hati. “Syamil,
bagaimana jantung boleh tersumbat?” Soalanku membuatkan kelas menjadi senyap.
Aku memandang tajam ke arah Syamil. Namun, dia tidak menjawab.
“Kringgggg”
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aku berjalan menuju ke bilik guru lantas
aku ternampak Syamil duduk berseorangan di pondok kecil sambil melukis sesuatu.
Kemudian dia bangun lalu berjalan ke perpustakaan lantas aku perlahan-lahan
mengekori dia dari belakang. Dia duduk di celahan rak yang sunyi lalu membaca buku.
Ketika itu juga aku sedar yang Syamil tidak bercakap dengan sesiapa pun.
‘Tak ada kawan ke dia ni…’ ujar diriku.
Syamil merupakan seorang murid yang genius di dalam kelas. Hasil jawapan
yang aku terima dalam buku latihannya sering membuatkan aku tergamam dan
tersenyum tanda kagum. Namun ketika aku mengarahkan muridku untuk buat kerja
berkumpulan untuk dibentangkan, Syamil langsung tidak bergerak dari kerusinya dan
terus menunduk ke bawah. Aku dengan pantas mencari kumpulan yang tidak cukup
ahlinya.
“Ahmad, kenapa kamu tak ajak Syamil masuk kumpulan kamu?
“Tak nak lah cikgu, dia takkan cakap apa pun macam orang bisu” lalu Ahmad
dan rakan-rakanya ketawa. Tiba tiba hatiku terasa bagai di himpit rasa sedih yang
teramat dan aku menyoal status diriku sebagai seorang guru. Aku pandang ke arah
Syamil, dia hanya menunduk dan tenung meja. Di saat itu, aku tergerak untuk
melakukan sesuatu.
Selepas kelas tamat aku terus mendapatkan salah seorang rakan kelas Syamil.
Aku tanya dia, bagaimana cikgu lain mengajar Syamil. "Cikgu lain biarkan saja sebab
memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja," kata rakannya. “Kamu pernah jadi
jiran dia kan? Boleh cerita dekat cikgu macam mana dia jadi pendiam macam tu?” lalu
dia pun bercerita.
Syamil bukan dilahirkan sebagai seorang yang pendiam. Namun, dia
dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda. Setiap hari dia menyaksikan
pertengkaran antara ibu bapanya. Bapanya seorang penagih dadah dan sering
memukul ibunya kerana tidak memberi wang kepadanya. Pernah sekali, Syamil dipukul
ayahnya kerana cuba melindungi ibunya. Sejak itu, dia menjadi pendiam. Lebih teruk
lagi, dia sering diejek dan dibuli oleh kanak-kanak lain kerana mempunyai ayah yang
merupakan seorang penagih dadah. Setelah pemergian ayahnya, dia hanya tinggal
bersama ibunya. Rasa sebak mula menyelubungi diriku.

141
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan
salah seorang guru yang pernah mengajar Syamil dalam subjek Sains sebelum ini.
Cikgu itu cuma cakap, "Dia memang tak boleh buat apa dah. Biar ja, terpaksa abaikan".
Luluh hatiku mendengarnya. Semenjak itu, aku bertekad untuk menolong Syamil.
Malam itu, aku menelaah pelbagai buku teori psikologi untuk membantu murid seperti
Syamil.
Keesokan harinya, aku menghampiri Syamil di pondok kecil. Syamil yang
ternampak kelibat aku di tepi terus menundukkan diri. “Wah, kamu lukis ni? So
amazing!” ujar aku setelah melihat lakaran anatomi yang dilukis oleh Syamil yang aku
sendiri tidak mampu buat. Syamil mengganguk kecil tanpa melihatku. “Kamu tahu tak,
kamu lukis anatomi lagi elok daripada zaman cikgu dekat universiti dulu. Pensyarah
cikgu ingat cikgu lukis tulang ikan, kecil hati saya.” lalu aku ketawa teringat kenangan
dulu. Tiba-tiba aku tersedar Syamil sedang ketawa kecil di sebelahku. Senyuman lebar
terukir di bibirku. “Syamil, boleh cikgu tahu kenapa kamu tak bercakap dengan orang
lain, dan jarang beri pendapat dalam kelas cikgu? Kawan buli kamu ya?” tanya aku
dengan lembut supaya dia tidak panik. “Kalau kamu tak nak jawab takpa,”
“Tak… saya yang takut cikgu,” jawab Syamil perlahan.
Lalu, dia menceritakan segalanya kepadaku. Dia tidak bercakap dengan orang
lain kerana dia tidak mempunyai keyakinan untuk meluahkan pendapat dan dia takut
jika pendapatnya ditolak dan orang akan mengejeknya. Air mata membasahi pipi
Syamil dan pernafasan dia tersekat-sekat selepas luahan tersebut.
“Takpa, cikgu boleh tolong kamu, we can overcome this” ujar aku sambil menepuk bahu
Syamil.
Masa berganti masa, hari bersilih ganti, dan aku tidak berputus asa dalam
membantu Syamil. Ada hari aku luangkan masa untuk mengajar Syamil untuk
berinteraksi dikhalayak orang ramai dan cara mengatasi ketakutan dia. Ada hari aku
mengajak rakan sekelas Syamil untuk bersembang dengannya. Ada hari aku bawa
Syamil untuk menyaksikan pertandingan ceramah dan pidato untuk memberi inspirasi
kepadanya. Saat itu, kebetulan seorang doktor datang ke sekolah untuk memberi
ceramah tentang kesihatan dan beliau sangat petah berkata-kata.
“Syamil, kalau kamu nak jadi doktor, kamu kena jadi macam dia tau. Baru boleh pesakit
dengar cakap kamu.” Dia mengukir senyuman yang lebar di bibirnya lalu mengangguk
kecil.
Di dalam kelas pula, aku menyuruh muridku untuk menyusun kedudukan meja
dan kerusi secara berkumpulan. Aku yakin dengan cara ini dapat membantu Syamil
untuk berinteraksi dengan rakan sekelasnya. Hari demi hari, aku sedar akan diri Syamil
yang sudah mula berani untuk bercakap dan memberikan pendapat dalam khalayak
ramai. Ketika kerja berkumpulan dijalankan, Syamil berjaya menyampaikan pendapat

142
dengan tenang dan yakin bersama rakan sekumpulannya. Terserlah keyakinan pada
riak wajahnya.
Setelah hampir setahun mengajar, aku diarahkan untuk bertugas di sekolah lain.
Berat bagiku untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana banyak memori berharga
tercipta di situ. “Cikgu Syazreen, Cikgu Syazreen” lantas aku menoleh ke belakang
untuk mencari suara yang memanggilku. Syamil dengan tercungap-cungap
menghampiriku.
“Cikgu, jangan la pindah, takda orang macam cikgu dekat sini.” ujar Syamil
dengan riak wajah yang sedih. Mataku mulai berkaca dengan air mata namun aku
menahan diri daripada menangis.
“Maafkan cikgu, cikgu kena jalankan tugas cikgu di tempat lain. Tapi, cikgu nak kamu
belajar elok-elok dan sentiasa yakin ya. Cikgu akan sentiasa doakan kamu, Syamil.”

11 tahun kemudian,
‘Syamil?’ Lalu, aku memandang tepat muka individu tersebut lalu aku
mengamati wajah beliau. Aku membulatkan mata setelah sedar bahawa dia
seakan-akan bekas anak muridku. “Syamil, kamu ke tu?” Mataku berkedip-kedip tanda
tidak percaya. “Ya, cikgu. Saya Syamil, bekas anak murid cikgu,” balas Syamil dengan
senyuman. Syamil kini merupakan seorang doktor pakar yang berjaya. Dia kelihatan
yakin ketika bercakap dengan pesakit-pesakit lain. Aku berasa bangga.
Hari terakhirku di hospital, aku diiringi Syamil sampai ke pintu utama. “Terima
kasih Syamil sebab rawat cikgu sampai cikgu rasa sihat, boleh la cikgu datang sini lagi
kalau sakit, free pulak tu.” Syamil ketawa kecil. Ketawa itu masih sama seperti dulu.
“Cikgu Syazreen,” Syamil memanggilku.
“Ya?” aku menyahut.
“Saya nak ucap terima kasih atas segalanya. Sebab cikgu la saya berjaya
sampai tahap ni. Kalau tak, saya masih lagi seorang yang pendiam dan tak yakin cikgu,
terima kasih cikgu” ujar Syamil.
Amat besar maknanya bagiku untuk mendengar kata-kata itu. Air mataku mula
mengalir membasahi pipi menandakan kegembiraan bercampur dengan kebanggaan.
Aku tidak sangka aku telah berjaya mengubah hidup seseorang. Namun aku berharap
agar aku terus kuat untuk membantu murid-murid lain yang memerlukan bantuan dan
sokongan seperti Syamil kerana aku yakin, seorang guru mampu mengubah kehidupan
anak muridnya dan hal inilah yang menjadikan seorang guru itu “guru unggul.”

143
Sinar Harapan
Hasil karya:

Nurul Hidayah binti Md. Zin

coklatkek99@gmail.com

Malik bin Osman ialah seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan
Batu Kuala yang terletak di kawasan pedalaman Sabah. Dia dikenali sebagai Cikgu
Malik di sekolah manakala orang kampung menggelarnya ‘si rajin’ kerana sifatnya yang
ringan tulang dalam membantu penduduk kampung.

Setiap hari, Malik akan menaiki bot untuk ke sekolah. Bayaran tambang
sebanyak RM 5 yang dikenakan untuk setiap penumpang dirasakan sangat kecil
baginya. Hal ini kerana rasa cinta dan minatnya terhadap profesion keguruan adalah
sangat tinggi sehingga membuatkan Malik sanggup melakukan apa sahaja demi
membantu anak-anak muridnya di kawasan tersebut.

Perjalanan selama dua jam untuk menuju ke sekolah terasa singkat baginya.
Setibanya Malik di sekolah, dia disapa lembut oleh rakan sekerja dan muridnya.
Guru-guru di sekolah tersebut amat menyenanginya malahan murid-murid juga
menyukai Malik kerana karakternya yang baik dan periang.

Sesi persekolahan hampir bermula. Malik yang telah bersiap sedia untuk
mengajar, berjalan ke kelas dengan penuh tenang beserta senyuman yang tidak
pernah lekang di wajah. Suara murid-murid di dalam kelas 3 Arif yang lantang
kedengaran sehingga ke koridor bertukar senyap apabila Malik tiba di hadapan pintu
kelas mereka. Murid-murid itu terus kembali ke tempat duduk mereka masing-masing
dan memberi salam kepadanya sejurus Malik melangkah masuk ke dalam kelas.

“Selamat pagi, cikgu”.

“Selamat pagi murid-murid. Silakan duduk.” jawabnya lembut.

Malik memulakan sesi pengajaran dengan menulis sesuatu di papan putih dan
meminta salah seorang daripada muridnya iaitu Arif untuk membacanya.

144
“Arif, tolong bacakan apa yang saya tulis di papan putih”, arahnya. Arif segera
berdiri namun dia hanya melihat papan putih di hadapan dan terdiam. Malik yang
berasa pelik dengan kelakuan Arif itu terus menyoalnya dengan lembut.

“Arif, kenapa awak diam? Awak ada masalah?” Arif memandang Malik dengan
mata yang berkaca. “Cikgu, saya tak pandai membaca.” jawab Arif. Hampir satu kelas
mentertawakannya. Malik yang berasa simpati menyuruh Arif duduk dan meminta murid
lain untuk membacanya.

Sesi pengajaran di dalam bilik darjah berlangsung dengan baik sehingga waktu
tamat. Malik tidak meninggalkan kelas tersebut setelah sesi pengajaran tamat. Sambil
menanda buku, dia memerhatikan gelagat Arif dan rakan-rakannya yang bermain di
dalam kelas semasa waktu rehat. Gelagat Arif yang nakal itu tidak ubah seperti
perangainya sewaktu zaman sekolah dahulu- seorang yang nakal tetapi lemah dalam
pelajaran. Malik tersenyum sambil mengimbau kenangan lama.

15 tahun dahulu…

Malik dikenali sebagai murid yang nakal dan lemah dalam pelajaran di sekolah itu.
Guru-guru tidak menyukainya kerana sikapnya yang suka mengusik rakan-rakannya
dan tidak mendengar kata. Tambahan pula, kelemahan Malik dalam pelajaran
membuatkan semua guru berputus asa daripada mengajarnya. Pada mereka, tiada apa
yang dapat menolong Malik untuk berubah. Malik dianggap sebagai orang yang tiada
masa hadapan bagi mereka.

Semasa perhimpunan pagi di sekolah, semua pelajar dikenalkan dengan seorang


guru baharu iaitu Cikgu Nazim. Cikgu Nazim mempunyai pengalaman selama 20 tahun
dalam bidang pendidikan. Dia akan mengajar subjek Sains di kelas 3 Bukhari iaitu kelas
Malik.

Cikgu Nazim melangkah masuk ke kelas 3 Bukhari dengan wajah yang manis. Dia
memperkenalkan diri dan memulakan sesi pengajaran sejurus selepas itu. Cikgu Nazim
berasa senang hati mengajar kelas tersebut kerana semua muridnya sangat
mendengar kata kecuali Malik. Dia selalu mengusik rakannya yang lain semasa Cikgu
Nazim sedang mengajar.

“Malik, jangan kacau kawan kamu itu. Fokus dan pandang hadapan.” tegurnya
lembut. Malik hanya diam selama beberapa minit dan mula mengusik rakannya semula.

145
Cikgu Nazim yang tidak tahan dengan sikap Malik itu terus ke tempat duduk Malik dan
merotan tangannya. Malik hanya tunduk dan menangis dalam diam.

Loceng berbunyi menandakan habis waktu persekolahan pada hari itu. Semasa
sedang memandu, Cikgu Nazim ternampak Malik yang sedang berjalan seorang diri di
bawah panas mentari. Simpati melihat keadaannya, Cikgu Nazim berhenti di tepi jalan
dan menumpangkannya balik ke rumah walaupun Malik agak enggan pada mulanya.

Jarak antara rumah Malik dengan sekolah hanyalah sekangkang kera. Cikgu
Nazim agak terkejut melihat keadaan rumah Malik yang agak usang setibanya mereka
di rumahnya. Dia mematikan enjin kereta dan keluar untuk menyapa ibu Malik yang
sedang berdiri di hadapan pintu.

“Terima kasih cikgu kerana menumpangkan Malik. Maaf kerana menyusahkan”,


kata ibunya. Cikgu Nazim tersenyum dan menjawab, “Tidak mengapa, sudah menjadi
tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk memastikan dia selamat.” Dia
meminta diri untuk beredar selepas itu.

Keesokan paginya, semasa dalam perjalanan ke sekolah, Cikgu Nazim ternampak


Malik dan ibunya di sebuah gerai kecil di tepi jalan. Malik berhenti untuk menjenguk dan
membeli kuih-muih sebagai alas perut. Malik menggantikan tugas ibunya untuk mengira
semasa ibunya sedang sibuk menggoreng di belakang. Cikgu Nazim kagum melihat
kecekapan dan kebijaksanaan Malik dalam mengira tanpa menggunakan kalkulator.
Usai membeli, dia meminta izin untuk beredar dan menumpangkan Malik ke sekolah.

Setibanya dia di sekolah, dia terus duduk di atas kerusi di dalam bilik guru dan
kelihatan termenung sejenak. Cikgu Nazim mulai sedar bahawa Malik sebenarnya
mempunyai potensi sendiri yang sekiranya diasah dan digunakan dengan betul, akan
mampu dikembangkan dan menjadi seorang yang hebat kelak. Dia bertekad untuk
membuat sesuatu bagi menolong Malik dalam pelajarannya.

Loceng pertama berbunyi menandakan sesi persekolahan telah bermula. Dia


mempersiapkan diri dan melangkah ke kelas. Murid-murid terus berdiri dan mengucap
salam setibanya dia di kelas. Usai mengucap salam, dia menyuruh pelajar
menunjukkan latihan yang diberi semalam untuk diperiksa. “Baiklah semua, keluarkan
buku dan tunjukkan latihan yang saya beri semalam.”

146
Semua pelajar bergegas mengeluarkan buku dari beg dan meletakkannya di
atas meja kecuali Malik. Cikgu Nazim menghampiri Malik dan bertanya, “Malik, mana
buku latihan awak?” Malik mengangkat kepala seraya berkata “Maaf cikgu, saya tidak
siap latihan yang cikgu berikan semalam.” Cikgu Nazim menghela nafas panjang. Riak
mukanya berubah. “Ini bukan kali pertama awak tidak siap kerja yang saya beri!” Cikgu
Nazim meninggikan suara. Malik diam membisu. “Awak harus menghadiri kelas
tahanan pada setiap petang mulai hari ini. Anggap sahaja ini sebagai denda.” Malik
akur.

Cikgu Nazim tidaklah berniat untuk mendenda Malik atas kesalahannya,


sebaliknya dia hanya ingin mengadakan kelas khas untuk membantu Malik dalam
pelajarannya. Dengan cara ini, fokus akan dapat diberikan kepada Malik. Cikgu Nazim
berharap agar dengan cara ini, dia akan dapat mengenali Malik dengan lebih mendalam
dan mengetahui kebolehan Malik.

Kelas khas pertama bermula setelah tamat sesi persekolahan pada jam 2
petang. Cikgu Nazim memulakan kelasnya dan mengajar subjek Sains seperti biasa.
Selepas 30 minit pertama, dia mendapati bahawa Malik mudah hilang fokus dan tidak
boleh duduk diam. Dia juga mendapati bahawa Malik ialah ‘slow learner’ dan tidak
boleh membaca tetapi sangat cekap mengira walaupun dia sering gagal dalam ujian
Matematik. Pada usia 9 tahun, Malik sepatutnya sudah boleh membaca dan berfikir
dengan baik. Cikgu Nazim harus mencari inisiatif lain bagi mengajar Malik.

Kelas pertama mereka berakhir pada jam 3.30 petang. Dia menghantar Malik ke
rumahnya dan beredar ke kedai makan untuk minum petang. Cikgu Nazim berfikir
sejenak. Berdasarkan pemerhatiannya di dalam kelas tadi, Malik mudah hilang fokus
dan tidak boleh duduk diam. Dia harus bergerak. Jadi, Cikgu Nazim harus melakukan
aktiviti bagi membolehkan dia bergerak tetapi dalam masa yang sama, tidak
menganggu fokusnya terhadap pelajaran.

Kelas kedua pada keesokan harinya bermula pada jam 2 petang seperti biasa.
Cikgu Nazim telah menyediakan beberapa peralatan untuk melakukan aktiviti sambil
belajar di dalam kelasnya. Dia mendapati bahawa Malik sangat seronok dan
memberikan maklum balas yang positif. Malik lebih memahami apa yang diajarkan oleh
Cikgu Nazim di dalam kelas berdasarkan aktiviti yang dilakukan. Selain mengajar
subjek Sains, Cikgu Nazim juga menolong mengajar Malik membaca dan mengira.

147
Selepas beberapa bulan, Cikgu Nazim mendapati bahawa terdapat banyak
perubahan positif dalam diri Malik. Malik lebih rajin menyiapkan tugasan yang diberi
oleh gurunya dan selalu menjawab soalan dengan pantas selain semakin fasih
membaca. Dia juga sudah kurang mengusik rakan-rakannya dan memberi tumpuan
sepenuhnya semasa guru sedang mengajar. Guru-guru lain yang mengajar Malik juga
sedar akan perubahan Malik dan memuji Cikgu Nazim kerana kesabaran dan
kebijaksanaannya dalam mendidik murid seperti Malik. Ternyata, usaha dan
kesabaran Cikgu Nazim selama ini berbaloi.
Hubungan Malik dan Cikgu Nazim menjadi semakin akrab hari demi hari. Malik
mula menyayangi Cikgu Nazim. Malik bermonolog sendiri di dalam hati, ‘Aku akan
balas semua jasa baik Cikgu Nazim pada aku suatu hari nanti.’

Keesokan harinya, satu sekolah telah digemparkan dengan berita kematian


Cikgu Nazim yang telah diserang sakit jantung. Malik yang seakan-akan tidak percaya
dengan berita tersebut terus melarikan diri ke tandas dan menangis sendiri. Tiada apa
yang mampu mengungkap rasa sedihnya terhadap berita kematian seorang guru yang
amat disayanginya.

Bacaan yasin diadakan beramai-ramai di surau sekolah pada waktu rehat. Malik
membaca yasin sambil menitiskan air mata. Dia masih tidak dapat menerima hakikat itu.
Cikgu Nazim pergi menghadap Ilahi sebelum sempat Malik mengucapkan terima kasih
untuk segalanya. Namun, dia terpaksa akur dan redha.

Peperiksaan semakin hampir. Malik bertekad untuk belajar


bersungguh-sungguh demi mendapatkan kecemerlangan. Di dalam hati, dia berkata
‘aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat menjadi seperti Cikgu Nazim
yang banyak berbakti untuk anak muridku.’

15 tahun kemudian…

Mata Malik berkaca. Dia duduk bersila di atas tikar kecil sambil membaca surah
yasin di hadapan pusara seorang guru yang telah banyak berbakti dan menjadikannya
insan yang berjaya hari ini. Usai bacaan yasin, dia menadah tangan dan membacakan
al-fatihah untuk disedekahkan kepada Cikgu Nazim. Hatinya sayu.

“Cikgu, terima kasih kerana telah banyak menolong saya semasa di sekolah dahulu.
Cita-cita cikgu yang suatu masa dahulu ingin melihat saya berjaya telah menjadi
kenyataan. Saya merupakan seorang pendidik kini. Saya berjanji, selagi kudrat masih

148
dikandung badan, akan saya teruskan usaha untuk berbakti kepada murid-murid saya
sama seperti yang cikgu lakukan dahulu. Terima kasih cikgu!” Malik bercakap sendiri
sambil memandang pusara Cikgu Nazim. Dia segera beredar. Jasa cikgu Nazim tidak
akan pernah dilupakan.

149
Aku Gurumu, Aku Yang Mencintaimu

Hasil karya:

Sangavi a/p Ramesh

sangaviyahoo@gmail.com

Sekolah Kebangsaan Methodist tersergam indah di hadapanku kini. Setinggi-tinggi


kesyukuran aku panjatkan pada satu-satunya Tuhan yang Maha Esa terhadap
kejayaan yang dianugerahkan padaku. Setelah sekian lama aku berpenat lelah
mengejar ilmu di puncak menara gading, akhirnya, hari ini aku sudah pun bergelar
sebagai seorang pensyarah yang berkredibiliti. Kini, aku dalam perjalanan berhasrat
untuk melawat bekas guru-guruku yang amat aku sayangi terutamanya Cikgu Hafizi.
Sewaktu saya menjejak kaki di pintu pagar sekolah tersebut, fikiran saya mengimbas
kembali kisah zaman persekolahan dahulu.

Beginilah permulaan kisah Dr.Badrul semasa zaman persekolahan dimana beliau


seorang pelajar yang bernama Badrul Hashiq yang sangat lemah dalam pelajaran.
Badrul berasal dari keluarga yang sangat miskin dimana ayahnya merupakan seorang
penoreh getah manakala ibunya seorang suri rumah. Dia merupakan anak bongsu
dalam keluarganya di mana abang dan kakaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran di
menara gading. Badrul sememangya merupakan pelajar yang berpotensi dan
berkebolehan tinggi tetapi disebabkan kawan yang mempunyai akhlak yang buruk
menyebabkan Badrul turut terpengaruh dengan mereka sehingga mengabaikan
pelajaran dan tidak cakna terhadap kepentingan menelaah ilmu pengetahuan.

Keadaan ini bertambah buruk, seperti mana Badrul telah menjadi budak yang
berkelakuan agresif dan sering melakukan perkara-perkara yang jahat dan akhirnya
mendatangkan kesan negatif kepada pihak pengurusan sekolah apatah lagi kepada
golongan masyarakat. Badrul yang memiliki pelbagai karenah yang negatif dan tidak
baik akhirnya dapat menjejaskan keselamatan orang lain. Ekoran daripada itu, sikap
malas juga turut menghantui dalam jiwa dan naluri Badrul. Dalam pada itu, Badrul juga
seorang yang sangat degil di mana dia tidak menghormati orang tua dan senantiasa
biadab dengan guru-gurunya. Dari aspek pendidikan pula, Badrul sering berponteng
kelas dan selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya.

Bermulanya waktu Matematik, maka Cikgu Hafizi pun masuk ke kelas 6 Dahlia.
Tibanya masa untuk Cikgu Hafizi untuk memeriksa kerja rumah yang diberinya
150
semalam. Dia mendapati bahawa Badrul tidak menyiapkan kerja sekolah dan
memberikan alasan yang tidak boleh diterima. Keadaan ini menyebabkan Cikgu Hafizi
berasa muak dengan perangai anak muridnya seperti Badrul. Oleh itu beliau
melaporkan masalah tersebut kepada Guru Besar Sekolah yang bernama En. Ahmad
Nasron bin Ahmad Adam.

*********************************

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Loceng sekolah mula berdering menujukkan
waktu persekolahan telah pun mula. Dalam beberapa minit kemudian, Cikgu Hafizi pun
masuk ke kelas dengan penuh kemarahan. Selepas masuk ke kelas, Cikgu Hafizi
menuju ke tempat Badrul dan memberitahu “Badrul, guru besar ingin berjumpa dengan
kamu dengan segera”. Kemudian, cikgu tersebut pun meneruskan pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa.

Hati Badrul berdebar-debar sehingga badanya berpeluh. Tanpa melengahkan


masa, dia melangkah menuju ke bilik guru besar yang penuh kesunyian itu. Tangannya
menggeletar sewaktu berhadapan dengan guru besar yang badannya gempal dengan
misainya yang tebal itu.

“Badrul, kenapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah dan sering berponteng
sekolah ?”

“Cikgu, saya sebenarnyaaaaaaa…… errrrrr…….”, beritahu Badrul dengan


tercungap-cungap.

Tanpa mengacukan persoalan lagi, guru besar En. Nasron mengambil sebatang
rotan yang berada di tepi mejanya lalu memukul Badrul pada punggungnya. Badrul
membisu tanpa kata-kata. Air matanya mula meleleh, membasahi pipi cengkungnya.
Sewaktu dia melangkah ke kelas, rakan sekelasnya melemparkan senyuman yang sinis
terhadap Badrul. Badrul berasa malu lalu menunduk kepalanya. Namun perasaan
marah semakin menebal dalam jiwa Badrul sewaktu rakannya ketawa akan kejadian
yang berlaku tersebut.

Selepas tamat waktu persekolahan Badrul berlari secara lintang pukang pulang
sebelum murid-murid lain beredar. Sekejap pun dia tidak berhenti kerana takut diejek
oleh rakan sekaribnya.

151
***************************

Pada keesokan hari, tempat duduk Badrul kelihatan kosong. Cikgu Hafizi sedar
bahawa Badrul tidak datang ke sekolah. Hari berikutnya juga dia tidak hadir ke sekolah.
Hari selepasnya juga begitu. Kini, seminggu sudah Badrul tidak datang ke sekolah.

Hanya beberapa bulan lagi, Peperiksaan Pertengahan UPSR pun dah semakin
dekat. Demam peperiksaan telah wujud dalam hati murid-murid tahun 6 . Semua murid
bertungkus lumus, bersiap siaga untuk mengulangkaji semua matapelajaran kecuali
Badrul. Cikgu-cikgu yang mengajar kelas Tahun 6 turut mengadakan Program Kelas
Cerdas dan Program Intensif kepada murid-murid yang cemerlang dan berkebolehan.
Murid-murid yang harapan untuk mendapat markah yang cemerlang diberi tumpuan
yang baik dan sepenuhnya oleh para guru tersebut manakala murid-murid yang lemah
telah diketepikan.

Namun begitu, Badrul masih tidak hadir ke kelas dan ia membimbangkan semua
cikgu termasuklah Cikgu Hafizi. Cikgu Hafizi berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan dengan Badrul daripada murid-murid
yang lain.

“Dia kata hendak berhenti sekolah, cikgu” kata salah seorang kawan Badrul.
Jawapan ini menyebabkan Cikgu Hafizi terserentak. Beliau mula berasa bahawa anak
muridnya Badrul telah berkecil hati. Cikgu Hafizi tidak menyangka bahawa tindakannya
telah menyentuh perasaan muridnya. Rasa bersalah mula menyerang perasaannya.
Beliau mula berasa kehilangan anak muridnya, Badrul. Niatnya, beliau mahu Badrul
menjadi murid yang cemerlang dari semua aspek seperti murid-murid yang lain di
sekolah itu.

Jika Badrul berhenti sekolah, Cikgu Hafizi berasa gagal sebagai seorang guru yang
unggul dalam mendidik anak muridnya ke arah kecemerlangan. Mana ada guru yang
mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-muridnya
berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Bagi
Cikgu Hafizi : murid dan guru itu perlu saling melengkapi. Maka, seorang guru yang
bertanggungjawab dan prihatin, beliau telah mengambil keputusan untuk pergi ke
rumah Badrul. Dengan adanya panduan daripada murid-murid yang lain, beliau melalui
denai-denai sempit dengan motosikalnya ke hujung kampung.

152
“Jauh juga rumah Badrul ni”, bisik hati kecil Cikgu Badrul. Beliau juga berasa
empati di mana beliau membayangkan betapa sukarnya Badrul ke sekolah setiap hari.
Sebaik sahaja sampai di sebuah rumah yang layak disebut pondok, En.Hafizi
mendapati bahawa tiada penghuni dalam rumah tersebut. Pada ketika itu, Cikgu Hafizi
menikmati pemandangan kampung tersebut.

“Badrul”! teriak Cikgu Hafizi. Namun suasana sunyi kembali. Tiba-tiba seorang
wanita separuh umur muncul dari belakang rumah, terhincut-hincut dan uzur benar.

“Badrul tak ada. Dia pergi ke ladang bersama ayahnya untuk menoreh getah.
Sebentar lagi dia balik,” kata orang tua itu. “Encik ni siapa?” tambahnya kemudian.

“Saya Cikgu Hafizi”. Riak wajah wanita itu terus berubah sewaktu mendengar
nama yang disebutkan tadi. Tidak lama kemudian, Cikgu Hafizi ternampak seorang
budak lelaki yang berjalan di celah-celah semak yang menuju ke rumah yang beliau
berada sekarang. Jauh daripada pandangan, En.Hafizi dapat melihat Badrul yang telah
pun habis menoreh getah dan berjalan dengan penuh keletihan.

Sewaktu Badrul sampai dekat pintu belakang rumahnya: “Badrul”! sapa Cikgu
Hafizi dengan suaranya yang penuh dengan kesian terhadap anak muridnya. Badrul
terkejut apabila mendengar sapaan dan terperanjat sewaktu melihat kehadiran Cikgu
Hafizi yang berada di rumahnya.

“ Kenapa kamu tidak hadir ke sekolah?”


“ Kamu dah berhenti sekolah ke?”tanya Cikgu Hafizi dengan penuh kerisauan

“Cikguuuuuu…… hmmmmmmm……. sebenarnya…..errrrrrr… keluraga saya


miskin”. “Jadi, saya tolong, bapa untuk mencari duit supaya dapat menampung
keluarga saya”. “Lebih-lebih lagi saya tak ada minat nak belajar cikgu”. “Bapa saya turut
minta saya untuk menolongnya untuk menoreh getah”.

“Encik boleh tak saya tahu kenapa Badrul sering tak datang ke sekolah, “ tanya
Cikgu Hafizi kepada bapa Badrul. “Cikgu sebenarnya saya selalu paksa Badrul untuk
pergi ke sekolah tapi dia ikut saya untuk menoreh getah”. “Tetapi saya mampu mencari
duit untuk menampung keluarga saya”. “Harapan saya anak-anak perlu rajin belajar
dan menikmati kehidupan yang senang kemudian”. “Tapi saya tidak tahu kenapa Badrul
tidak mahu pergi ke sekolah”.

153
“Badrul, bagitahu alasan kamu kenapa kamu tidak mahu datang ke sekolah?”tanya
Cikgu Hafizi kepada Badrul.

“Cikguuu…..Hmmmm…. Cikgu sebenarnya saya tidak ada minat dalam subjek


Matematik”. “Lagi pun saya langsung tak faham apa yang diajarkan oleh cikgu”.
“Lebih-lebih lagi saya kurang pandai dalam pengiraan”. “Sebab tu saya tak dapat
siapkan kerja Matematik setiap hari menyebabkan saya berponteng sekolah”. “Tapi hari
tu saya dah terperangkap dan dipukul oleh guru besar sebab tak siapkan kerja rumah”.
“Sejak hari itu saya mula benci akan subjek Matematik dan berhasrat untuk berhenti
sekolah” kata Badrul sambil menangis.

“Badrul, sebenarnya kamu merupakan murid yang berkebolehan dan berpotensi


tinggi tau”. “Kalau kamu tidak lagi berkawan dengan murid yang jahat tu sudah pasti
awak boleh dapat markah yang tinggi seperti yang kamu peroleh masa tahun 3”. “Awak
ni kan murid yang bukan lemah dari segi persepsi saya”. “Kalau kamu belajar rajin-rajin
sudah tentulah kamu boleh capai cita-cita yang kamu idamkan tu”. “Sebagai cikgu, saya
boleh tolong awak dari segi pelajaran”. “Apa yang saya nak ni, kamu mesti datang ke
sekolah tanpa ambil cuti”. “ Dengan ini, sudah pasti kamu dapat menjadi murid harapan
serta dapat mengharumkan nama keluarga kamu tau”. “Mahu tak ibu bapa kamu
gembira atas kejayaan awak?” “Oleh tu, belajar rajin-rajin, jadi murid yang berakhlak
mulia dan beriman tinggi”. “Esok jangan lupa nak hadir ke sekolah tau”, pesan Cikgu
Hafizi dengan penuh keikhlasan.

“Minta maaf cikgu atas kesilapan dan kesalahan sebelum ni”. “Saya akan belajar
rajin dan memperoleh markah yang tinggi serta menjadi pelajar yang cemerlang, cikgu”,
kata Badrul dengan penuh semangat.

****************************************

Semenjak itu, Cikgu Hafizi memegang konsep Vygotsky di mana guru perlu
bertindak sebagai seorang pembantu dan mediator kepada murid yang mengalami
kesukaran dalam pendidikan. Sejak itu Cikgu Hafizi menggunakan kaedah pengajaran
yang lebih efektif kepada Badrul seperti menggunakan set induksi yang berkesan.
Selain daripada itu, beliau mengambil berat tentang emosi dan mental Badrul supaya
dia sentiasa berfikir secara rasional agar dia berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Sebagai seorang guru yang unggul, Cikgu Hafizi juga turut mengambil berat terhadap
pendidikan anak muridnya di mana beliau rela membeli buku-buku rujukan serta latihan
kepada Badrul supaya dia mahir menguasai semua subjek.

154
Usaha yang berterusan menyebabkan Badrul mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR. Ibu bapa serta semua cikgu kagum akan pencapaian Badrul
dan memuji kebolehannya. Selaras dengan peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’
menyebabkan Badrul melipat gandakan usaha sehingga berjaya menamatkan
pengajian di menara gading dan menjadi seorang pensyarah yang bertauliah dan
berkarisma disebabkan sokongan dan dorongan yang diberi oleh guru kesayangannya,
En Hafizi.

***********************************

Sewaktu Dr Badrul berjumpa dengan Cikgu Hafizi, air matanya mengalir


membasahi pipinya yang sebenarnya menggambarkan betapa gembiranya dia sewaktu
berhadapan dengan insan yang telah mengorbankan tenaga dan masa semata-mata
untuk mencerahkan kehidupan anak muridnya. Jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh
Cikgu Hafizi itu dikenang selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

155
Sinar
Hasil karya:
Tengku Suraya Najihahbinti Tengku Khairul Ismail
n.tengkusuraya@gmail.com

Cikgu Anna merenung jeda ke luar beranda, duduknya tidak berkalih sejak
dari tadi. Awan mendung telah mula mencurahkan hujan yang dikandungnya. Namun
demikian, duduk Cikgu Anna masih tidak berkalih. Tangan tuanya mengangkat cawan
berisi teh yang telah dibuat pembantunya sejak mula dia duduk di beranda tersebut.
Dia menghirup perlahan air di dalam cawan. Air teh yang masih hangat itu terasa
enak dikala cuaca dingin seperti itu.
Anak kecil berusia 7 tahun berjalan perlahan dari ruang tamu ke beranda
rumah tersebut. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Cikgu Anna,
meletakkan buku dan sekotak pensil warna tanpa bersuara sedikit pun. Wajahnya
sugul. Cikgu Anna mengalihkan pandangannya kepada anak kecil itu.
“Kenapa Hazim murung saja? Mama marah Hazim?” Soal Cikgu Anna kepada
cucu sulungnya itu. “Hazim sedih saja.” Jawabnya pendek sambil mengambil warna
ungu untuk mewarna rajah yang ada di dalam buku tersebut.
“Boleh Nek Ma tahu mengapa?” Cikgu Anna cuba mencungkil isi hati
cucunya.
“Hazim hairan lah, Nek Ma. Kawan baik Hazim selalu tak datang ke sekolah.
Kadangkala, dia datang seminggu tiga kali sahaja. Siang tadi guru kelas Hazim
marah-marah apabila kami kata dia tak datang lagi. Dia kata pelajar seperti ini
menyusahkan.” Cerita Hazim panjang. Anak kecil itu memang petah berkata-kata,
tidak perlu dicungkil secara mendalam untuk mengetahui isi hati dan fikirannya. Cikgu
Anna terdiam sejenak mendengarkan hal itu. Hazim menyambung semula aktiviti
mewarnanya sebentar tadi. Fikiran Cikgu Anna melayang kepada peristiwa 30 tahun
lepas, saat dia mula menjejakkan kaki ke sekolah untuk mengajar. Semangatnya
sebagai seorang guru tidak pernah putus gara-gara peristiwa yang ditempuhnya pada
tahun pertama menjadi seorang guru.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Semangat Cikgu Anna berkobar ketika melangkah masuk ke pagar sekolah.


Anak-anak murid Kampung Warisan berlari-lari anak memintasnya. Cikgu Anna

156
tersenyum melihat telatah mereka. Ketika itu, tangan Cikgu Anna sarat memegang
projektor dan kotak yang berisi Bahan Bantu Mengajar.
Kelas pertamanya berjalan dengan lancar dan murid-murid kelihatan teruja
dengan paparan slaid dan permainan interaktif atas talian yang digunakan.
Senyumnya tidak panjang apabila dia melangkah masuk ke bilik guru usai pengajaran
pertamanya sebagai seorang guru hari itu.
Bilik guru gempar dengan suara Cikgu Ahmad, guru displin sekolah pada
ketika itu. Cikgu Anna berjalan diam ke mejanya. “Pelajar begini elok dibuang sahaja.
Dari menyusahkan pihak sekolah dan menjatuhkan kedudukan sekolah, baik kita
keluarkan surat amaran supaya dia dapat memohon untuk bertukar.” Cikgu Ahmad
meneruskan lagi omelannya tadi. Sebahagian guru yang turut berada di dalam bilik
guru itu mengiyakan, manakala sebahagian lagi tidak mengendahkan beliau. Setelah
puas melemparkan isi hatinya kepada staf yang berada di situ, Cikgu Ahmad keluar
sambil membawa rotan dan buku laporan mengajar, barangkali ingin ke kelas untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Terlintas di fikiran Cikgu Anna untuk bertanya tentang apa yang digemparkan
oleh Cikgu Ahmad. Cikgu Lily didekatinya. “Oh, ada seorang pelajar darjah empat
yang kerap tidak hadir ke sekolah. Setiap bulan, kehadirannya akan terisi dua hingga
tiga minggu sahaja. Pihak sekolah telah menelefon keluarganya, tetapi perkara yang
sama berulang bagi bulan hadapan. Stresslah Cikgu Ahmad tu.” Ujar Cikgu Lily yang
duduk di sebelahnya.
“Darjah empat? Kelas mana ya, Cik Lily?”
“4 Mawar. Tak silap saya, Daniel namanya.” Jawab Cikgu Lily lagi. Cikgu
Anna mengangguk tanda faham. Hari itu berakhir sepi. Malam itu, Cikgu Anna leka
memikirkan permasalahan pelajar yang tidak hadir ke sekolah itu. Baginya, tentu ada
sebab atas ketidakhadiran pelajar tersebut.

Keesokan harinya di bilik guru, sedang Cikgu Anna memeriksa paparan slaid
yang akan digunakan pada hari itu, Cikgu Ahmad yang duduk bertentangan dengan
mejanya menyapa, “Hai, bagusnya pembelajaran yang menggunakan teknologi tapi
sayangnya budak-budak di kampung ini tidak tahu apa-apa mengenai teknologi. Tak
perlulah kita menggunakan perkara yang di luar pemahaman mereka. Kalau
pengalaman dan pengetahuan sudah banyak, pengajaran dan pembelajaran pasti
berjalan lancar juga. Bukankah cikgu lulusan ijazah?”
Bidasan Cikgu Ahmad itu menyinggung perasaan Cikgu Anna tetapi beliau
membalasnya dengan senyuman. “Tak apalah, Cikgu Ahmad. Saya hanya cuba
memanfaatkan apa yang dituntut oleh Kementerian Pendidikan. Dengan izin-Nya, ia

157
akan membantu saya yang masih mentah ini.” Ujar Cikgu Anna. Cikgu Ahmad hanya
tersenyum sinis sambil mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya.
Guru veteran itu kemudian menyambung, “Oh ya, lupa hendak saya
khabarkan. Tadi semasa saya melintasi pejabat sekolah, saya lihat nama cikgu
tercatat di atas papan kenyataan. Cikgu perlu menjadi ‘guru ganti’ bagi subjek Bahasa
Melayu kelas 4 Mawar.” Cikgu Anna mengangguk dan mengucapkan terima kasih di
atas peringatan tersebut. “Semoga berjaya dengan murid-murid kelas itu.” Ujar Cikgu
Ahmad, sinis. Cikgu Anna hanya diam.
Cikgu Hani yang sepatutnya mengajar kelas 4 Mawar sudah mula mengambil
cuti bersalin, maka menjadi tugas Cikgu Anna untuk menggantikan tempatnya.
Tengahari itu, tepat pukul 12, Cikgu Anna sudah berdiri di hadapan kelas 4 Mawar.
Melihatkan kelibat seorang guru di muka pintu, para pelajar berkejaran ke tempat
duduk masing-masing. Suasana yang riuh bertukar senyap.
“Cikgu ambil kehadiran dulu, ya. Sila angkat tangan apabila nama kamu
disebut.” Ujar Cikgu Anna. Satu persatu nama disebutnya, sehinggalah, “Daniel Hariz
bin Hakim.” Tangan pelajar tersebut diangkat ke udara. Cikgu Anna merenung kejap
pelajar tersebut. ‘Bukankah ini pelajar yang Cik Lily maksudkan?’ Bisik hati Cikgu
Anna. Namun, renungan itu tidak dibiarkan lama dan dia kembali membaca
nama-nama pelajar yang lain.
“Baik semua, hari ini cikgu akan ajar tatabahasa. Kita lihat paparan di
hadapan, ya. Jika tidak faham, jangan takut untuk angkat tangan. Kita boleh ulang
semula.” Arah Cikgu Anna seperti biasa. Pelajar 4 Mawar memberikan fokus yang jitu
terhadap pembelajaran kali ini. Pelajar-pelajar nakal juga tidak mengganggu
rakan-rakan mereka. Ketika loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah
tamat, para pelajar berkejaran untuk pulang. Cikgu Anna mengambil masanya
mengemas Bahan Bantu Mengajar yang dibawa. Set induksi yang digunakan
dikemas ke dalam kotak sebelum duduk untuk melepaskan lelah.
Cikgu Anna hairan dengan kata-kata Cikgu Ahmad. ‘Pelajar di sini baik-baik
sahaja. Malah, mereka tidak mengganggu rakan-rakan mahupun membuat bising.’
Ujar hatinya. Dia juga hairan memikirkan bagaimana paparan slaid yang begitu asas
mampu menarik minat para pelajar dengan begitu jitu. ‘Berdasarkan apa yang
dikatakan oleh Cikgu Ahmad, nampaknya sekolah ini tidak dilengkapi dengan
kemudahan IT. Penggunaan projektor ini sahaja sudah menjadi teguran guru-guru
lain dan fokus para pelajar menunjukkan bahawa ini adalah kali pertama mereka
dipertontonkan bahan mengajar seperti ini. Bukankah sekarang guru sekolah
diperuntukkan untuk menggunakan kemudahan IT semasa mengajar?’ Hatinya
tertanya-tanya sendiri.

158
Renungan Cikgu Anna tersentak apabila bunyi meja ditolak kedengaran.
Daniel sedang menongkat untuk keluar dari kelas. Tika itu, mata Cikgu Anna terarah
kepada kaki Daniel. Rupanya pelajar yang menjadi sebutan Cikgu Ahmad itu
tempang dan memerlukan tongkat untuk berjalan. Bunyi meja ditolak kedengaran
sekali lagi gara-gara kesukaran Daniel untuk mengawal tongkatnya di laluan sempit
itu. Disebabkan hal itulah Daniel menjadi pelajar terakhir yang meninggalkan kelas.
Cikgu Anna terus bangun dari duduknya untuk membantu Daniel.
“Tak apa, cikgu. Saya baik-baik saja.” Ujar Daniel, cuba mengelak
pertolongan Cikgu Anna. “Tak mengapa, mari cikgu tolong.” Balas Cikgu Anna.
“Minta maaf, cikgu.” Ucap Daniel perlahan.
“Kenapa kamu minta maaf? Tiada apa untuk dimaafkan. Kamu pulang ke
rumah dengan siapa?” Soal Cikgu Anna. “Saya… saya tak pasti. Mungkin papa.”
Wajahnya jelas menunjukkan kegusaran apabila ditanya mengenai hal itu. Cikgu
Anna diam, hatinya tertanya-tanya samada dia perlu mendapatkan jawapan yang
diingininya dari Daniel.
“Daniel, boleh cikgu bertanya?” Cikgu Anna akhirnya menyoal usai memapah
anak muridnya itu ke koridor kelas. “Kenapa, cikgu?” Suara Daniel menunjukkan
keberatan dan riak wajahnya mula menggambarkan kerisauan yang dipendam.
“Boleh cikgu tahu kenapa Daniel selalu tidak hadir ke sekolah? Daniel ada
masalah dengan guru atau rakan-rakan?” Soalan Cikgu Anna akhirnya keluar.
Baginya, dia harus mencari solusi kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar
ini. Sudah tentu ada sebab atas ketidakhadirannya. “Tidak ada apa, cikgu. Cuma…
cikgu, saya minta diri dulu ya.” Ujar Daniel lalu menongkat langkah ke hujung koridor.
Cikgu Anna hanya mampu melihat kelibatnya hilang di balik bangunan sekolah. Dia
kemudian melangkah masuk ke dalam 4 Mawar untuk mengambil peralatan yang
berada di atas meja tadi dan melangkah ke bilik guru.
Hari itu, sebelum pulang, Cikgu Anna berjalan di sekitar kawasan sekolah
untuk mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikirannya. Melihatkan
kelibat pengawal keselamatan yang sedang meronda bangunan sekolah ketika itu,
Cikgu Anna segera menegur, “Assalamualaikum, encik.” Pengawal keselamatan itu
terkejut namun cepat-cepat menjawab ucapan salam yang diberikan. “Boleh saya
tahu, di mana makmal komputer sekolah ini?” Soal Cikgu Anna. “Makmal computer?
Bilik stor maksud cikgu?” Pengawal itu menyoal kembali.
Cikgu Anna hairan. “Kali terakhir saya lihat bilik itu digunakan sebagai makmal
adalah 6 tahun lepas, cikgu. Komputernya ada dua buah. Selepas kedua-dua
komputer tidak boleh digunakan lagi, pihak sekolah menjadikan makmal itu sebagai
bilik stor.” Pengawal itu menjelaskan apabila melihatkan wajah Cikgu Anna yang

159
berkerut. Cikgu Anna mengangguk faham. “Terima kasih, encik. Saya minta diri dulu.”
Ujar Cikgu Anna. Pengawal itu tersenyum.

Dua bulan berlalu selepas hari pertama Cikgu Anna menjejakkan kaki ke sekolah
itu. Serba sedikit tentang sekolah itu sudah diketahuinya. Baik dari tingkahlaku murid
dan guru sehinggalah kepada prasarana sekolah. Dia akur dengan kenyataan
bahawa sekolah itu tidak dibekalkan dengan kemudahan ICT sama sekali, dan dia
juga tidak senang duduk memikirkan hal itu. Namun demikian, guru-guru lain
bagaikan acuh tidak acuh mengenai hal terbabit. Mereka selesa dengan kaedah
‘chalk and talk’ yang diamalkan oleh setiap guru di situ. Oleh sebab itu, ketika Cikgu
Anna baru mula mengajar dan menggunakan projektor, dia dipandang sinis oleh guru
lain. Dia juga runsing memikirkan Daniel yang dirasakan istimewa baginya.
Pagi itu, suara Cikgu Ahmad gempar lagi. “Saya dah buat surat buang sekolah
bagi pelajar 4 Mawar itu. Cikgu Asmawi, berikan kepada penjaganya hari ini juga.”
Ujar Cikgu Ahmad seraya masuk ke dalam bilik guru. Cikgu Asmawi, guru kelas
Daniel mengangguk tanda faham. Cikgu Anna terpempan di tempat duduknya.
“Cikgu, boleh berikan saya peluang untuk berjumpa dengan penjaganya sebelum
surat ini disampaikan?” Celah Cikgu Anna selepas beberapa ketika. Rata-rata kepala
di bilik guru itu menoleh kearahnya. Semua guru di sekolah itu tahu bahawa Cikgu
Ahmad adalah guru veteran dan tiada siapapun yang berani menentang
pendapatnya.
“Kenapa cikgu rasa cikgu perlu berjumpa dengan penjaganya?” Tingkah Cikgu
Ahmad.
“Saya percaya pasti ada sebabnya. Tidak salah jika saya mencuba.” Ujar Cikgu
Anna.
“Ini bukan kali kedua atau ketiga hal ini terjadi, cikgu. Pihak sekolah dah berikan
lebih dari peluang yang sepatutnya. Setelah segala perbualan telefon yang telah saya
adakan dengan penjaganya, cikgu fikir cikgu mampu mengubah apa yang saya tidak
mampu?” Bidas Cikgu Ahmad lagi. “Berjumpa, cikgu. Tidak sama dengan perbualan
telefon. Siapa tahu dengan cara berjumpa, kita mampu mencungkil permasalahan
pelajar tersebut.” Cikgu Anna tegas dengan pendiriannya. Guru-guru lain yang
menyaksikan adegan itu mula berbisik sesama sendiri manakala sesetengah mereka
mula beredar untuk proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Cikgu
Ahmad merenung wajah Cikgu Anna yang bersungguh-sungguh mahukan peluang
terakhir itu.
“Terpulang kepada cikgu. Saya tidak akan ikut serta dalam hal itu. Ingat, akal
kalau sudah keras, tidak ada apa yang mampu diubah.” Ujar Cikgu Ahmad, merujuk

160
kepada Daniel. Cikgu Anna tunduk. “Saya bagi cikgu satu minggu untuk jawapan.”
Sambung Cikgu Ahmad lagi.
Setelah mendapatkan kebenaran, Cikgu Anna terus meminta alamat rumah dan
maklumat yang diperlukan dari kerani sekolah. Cikgu Anna terus menghubungi bapa
Daniel pada petang itu. Persetujuan untuk berjumpa telah diperoleh Cikgu Anna
setelah beberapa kali mencuba. Tepat pada masa yang dijanjikan, Cikgu Anna
sampai ke rumah Daniel.
Ketukan pintu dijawab oleh Daniel sendiri. “Eh, cikgu buat apa di sini?” Soal
Daniel sebaik sahaja pintu dibukanya. Cikgu Anna tersenyum. “Assalamualaikum.
Ayah kamu ada?” Soal Cikgu Anna. Daniel menggeleng. “Papa kerja.” Jawabnya.
“Cikgu datang sini nak marah saya sebab tak datang sekolah?” Soal Daniel dengan
wajah gusar.
“Daniel rasa cikgu marah? Kenapa Daniel tak hadir?” Cikgu Anna cuba
mencungkil apa yang difikirkan oleh murid itu. Daniel tunduk. Seraya itu, kedengaran
bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Daniel mengangkat kepala untuk
melihat ke arah garaj. “Papa balik?!” Teriak Daniel spontan lalu terus menghilangkan
diri ke dalam rumah. Cikgu Anna kaget. Selampai tubuh keluar dari pintu kereta dan
terus menyapa Cikgu Anna.
“Assalamualaikum, cikgu. Maaf, saya terlewat sedikit. Ada masalah di pejabat.”
Ujar Encik Hakim, klise. Cikgu Anna mengangguk. Setelah dijemput masuk,
perbincangan dimulakan. Dapatan dari soalan Cikgu Anna menjelaskan bahawa
kehidupan keluarga tersebut berubah setelah Daniel kematian ibunya dalam suatu
kemalangan. Kejadian yang berlaku 3 tahun lepas itu melibatkan Daniel dan ibunya.
Meskipun Daniel terselamat, dia tidak lagi normal seperti sebelumnya. Kakinya
tempang. Bapanya pada ketika itu sedang sibuk menguruskan hal bisnes di Sabah.
Daniel menghadapi saat sukar lantaran tiada bimbingan yang biasa diperoleh.
Ketika eksiden itu berlaku, ibunya sedang sarat mengandung. Operasi
bersalin terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi yang masih berusia 7 bulan
itu. Hasil daripada pembedahan itu, bayi tersebut mengalami komplikasi yang
mengakibatkan pertumbuhannya tidak normal. Bapanya merupakan ahli perniagaan
yang baru mula berjinak untuk maju dan menempa nama. Maka, masa yang
diperuntukkan di rumah tidak mencukupi. Daniel mula hilang semangat untuk
meneruskan aktiviti hariannya termasuklah ke sekolah.
“Saya merayu kepada cikgu, tolong jangan buang anak saya. Peluang untuknya
diterima masuk ke sekolah baharu selepas ini akan tercemar. Tambahan pula,
sekolah yang paling hampir selain sekolah ini terletak di bandar. Saya baru berpindah

161
ke sini untuk melangsungkan projek pembangunan baharu. Untuk menghantarnya ke
sekolah yang jauh di bandar akan menyukarkan urusan harian saya.” Rayu bapanya.
Cikgu Anna diam sebelum bersuara, “Jika begitu, mengapa encik tidak
mengambil apa-apa tindakan selepas ditelefon oleh pihak sekolah?” “Bukan saya tak
mahu ambil, cuma saya rasa Daniel sudah banyak terasa hati dengan saya. Ketika
dia mula-mula bersemangat untuk ke sekolah dahulu, saya seringkali terlupa untuk
mengambil dia pulang. Kadangkala urusan di pejabat memerlukan saya untuk tidur di
sana, sehinggakan saya lupa untuk menghantarnya ke sekolah pada keesokan hari.
Apabila saya ada di rumah, saya akan menghabiskan masa yang lama dengan
adiknya yang berusia 3 tahun itu. Saya dapat rasa dia jauh hati dengan saya, cikgu.
Tapi saya tak tahu apa yang saya harus lakukan. Sebagai tanda protes, dia sendiri
enggan untuk pergi ke sekolah apabila ditanya. Jika saya memaksanya, pasti makin
jauh hati anak lelaki saya itu.” Luah lelaki itu. Wajahnya sugul sekali ketika
menuturkan isi hatinya.
Permasalahan ini tidak mudah. Cikgu Anna meneruskan lagi pertanyaannya,
“Maaf bertanya, encik tidak ada pembantu untuk menguruskan Daniel dan adiknya?”
“Dulu ada, tapi lama kelamaan, mungkin kerana kealpaan saya, Daniel mula
melepaskan marahnya pada pembantu kami. Dia memulakan ragam sehingga
pembantu itu tidak mahu lagi bekerja di rumah ini. Saya sukar untuk percaya pada
orang asing bagi menjaga anak-anak saya.” Jawabnya.
“Boleh cikgu tolong saya? Saya berjanji bahawa saya akan sedia membantu
perkembangan sekolah selepas ini. Namun, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan
dengan Daniel. Saya buntu, cikgu.” Ujar Encik Hakim lagi. Cikgu Anna terdiam
memikirkan solusi.

Tiga bulan selepas pertemuan yang diatur diantara Cikgu Anna dan Encik Hakim,
Daniel telah mula ke sekolah seperti murid-murid lain. Sekolah Kebangsan Setia
Warisan itu juga telah mula diperuntukkan peralatan ICT setelah dibantu oleh kenalan
Encik Hakim. Encik Hakim yang mula hadir pada mesyuarat PIBG tahunan seperti
yang dijanjikan mendengar suara Cikgu Anna yang mengusulkan tentang kegunaan
peralatan ICT. Sementara ibu bapa lain di kampung itu yang tidak tahu-menahu
tentang ICT mengendahkan Cikgu Anna, Encik Hakim terpanggil untuk membantu.
Kenalan besarnya yang dirasakan mampu untuk menaja prasarana itu dihubungi.
Setelah pembentangan kertas kerja untuk meminta saluran secara rasmi diadakan,
24 buah komputer telah diberikan kepada sekolah itu. 5 buah projektor bagi kegunaan
guru-guru di sekolah juga turut diperuntukkan.

162
Wajah Daniel tampak gembira dan bahagia, tidak lagi sugul seperti dahulu. Dia
mula menikmati zaman kanak-kanaknya seperti murid lain. Melihatkan perubahan
kecil yang telah dilakukannya pada tahun pertama dia ditempatkan di sekolah itu,
Cikgu Anna berpuas hati dan mengambilnya sebagai titik tolak bagi kemajuan yang
akan datang.
Cuma satu pesan Cikgu Anna kepada Encik Hakim dan Cikgu Ahmad yang
berjaya mengubah persepsi mereka, “Anak kecil tidak akan ‘tumbuh’ sekiranya ‘tanah’
tidak dibaja. Kita yang perlu menapak mereka menjadi insan, bukan menyisihkan.”

✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Lamunan Cikgu Anna terhenti ketika tangan Hazim memegang lengannya.


“Nek Ma, ibu panggil makan.” Ujar Hazim.
“Hazim ada tanya kawan Hazim kenapa dia tak datang?” Soal Cikgu Anna.
Hazim menggeleng. “Hazim perlu tanya, kita perlu peka dan bantu orang yang dekat
dengan kita.” Nasihat Cikgu Anna. Hazim mengangguk pula kali ini. Mereka bangun
dari duduk untuk menjamah makanan yang telah disediakan.
Jauh di sudut hati Cikgu Anna, ternyata isu pelajar yang tidak hadir ke sekolah
masih tidak dapat dibendung hingga kini. Mungkin pendekatan yang digunakan salah,
atau mungkin ada sesuatu yang perlu dicungkil dari lubuk hati pelajar-pelajar terbabit.
Sesungguhnya, setiap pelajar itu permata. Harus digilap untuk melihat sinarnya.

163
PELAJAR
PISMP
AMBILAN
JUN 2018
(UNIT T7)
164
Bayangan Yang Dirindu
Hasil karya:
Amirul Afif Bin Yusuf
wanamirulasyrafusm@gmail.com

PAGI itu ternampak begitu cerah sekali. Ahmad sedang leka membaca komik
yang baru dibeli olehnya dua hari lepas. Komik itu bertujuan untuk mengisi masa
lapangnya yang sedang menunggu panggilan universiti.
“Mat!!” jerit ibu Ahmad dari luar rumah. Ahmad begitu terperanjat apabila ibunya
menjerit seolah-olah rumahnya itu mahu runtuh. Dia pun berlari ke luar rumah untuk
mendapatkan ibunya.

“Ada apa Umi?” soal Ahmad kepada ibunya.


“Umi ada berita gembira untuk kamu,” kata ibunya sambil menghulurkan sepucuk
surat kepada Ahmad. Tanpa membuang masa, dia pun terus mengeluarkan surat itu
dari sampulnya lalu mula menelitinya. ‘Pelantikan Sebagai Guru Sementara di
Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan’. Ahmad mula tersenyum kerana berasa amat
gembira apabila resume yang dihantar olehnya sebulan yang lepas kepada Pejabat
Pendidikan Daerah akhirnya dibalas dengan berita gembira.
“Semoga berjaya Cikgu Ahmad!” kata ibunya sambil tersenyum lebar. Semenjak
daripada itu, Ahmad mula mengulangkaji subjek yang akan diajar olehnya iaitu
Matematik. Bukan itu sahaja, dia juga mengambil tahu tentang ilmu pendidikan
supaya dia lebih mengenali sistem pemikiran kanak-kanak di sekolah tersebut.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Ahmad pun menadah tangannya


lalu berdoa, “Ya Allah, bantulah hambamu dalam mendidik generasi baru demi
negara dan bangsa. Amin”. Ahmad pun berjaya sampai ke Sekolah Kebangsaan Seri
Sitiawan setelah menaiki motosikal selama 10 minit.
“Ahmad, kamu akan menggantikan Cikgu Muzaffar yang perlu menjaga isterinya yang
baru sahaja bersalin. Saya berharap kamu dapat menjalankan tugas ini dengan
penuh bertenaga dan bertanggungjawab” kata Guru Besar iaitu Tuan Ismail.
“InsyaAllah tuan, saya bersedia untuk tugas ini.” sahut Ahmad dengan penuh
bersemangat lalu berlalu dari pejabat guru besar. Kelas yang diamanahkan kepada
Ahmad ialah kelas 6 Cahaya. Kelas itu dikatakan istimewa oleh semua guru di
sekolah itu. Sedang Ahmad berjalan ke kelas, dia ternampak seorang guru disiplin

165
sedang memarahi seorang murid. “Kau ni Man memang tak puas-puas kena pukul
dengan aku ke? Ni dah kali ke empat belas aku tangkap kau lewat datang sekolah,”
suara guru tersebut yang kuat sudah cukup untuk menggambarkan ketegasannya itu.
Murid yang dikenali sebagai Man itu tertunduk tanpa kata-kata.
“Ketuk ketampi lima puluh kali sekarang!” jerit cikgu itu kepada Man. Ahmad yang
sedang kelam kabut terpaksa berlalu dari tempat tersebut. Loceng pun berbunyi
menandakan waktu rehat.

“Terima kasih cikgu!” ucap murid-murid kelas 6 Cahaya. Ahmad pun keluar dari
kelas tersebut.
“Kelas ni memang istimewa. Tak ada sorang pun yang tidur. Postur kedudukan
mereka pun tepat 90 darjah. Setiap formula yang aku tulis itu semuanya formula
tingkatan dua tapi mereka tetap faham tanpa sebarang soalan” bisik Ahmad yang
begitu bangga dengan kelas itu. Mata Ahmad tiba-tiba tertarik dengan kelibat dua
orang remaja yang berdiri di hadapan tandas lelaki.
“Eh! Itu budak tadi.” Kata Ahmad sambil mula mendekati Man dan seorang lagi murid.
Tiba-tiba, Man mencekik murid tersebut.
“Tolong! Ada orang gila!” jerit murid tersebut meminta tolong.
“Man...!” kedengaran satu suara yang datang daripada seorang guru yang
memegang rotan iaitu guru disiplin sekolah itu, Cikgu Zamri. Man pun melepaskan
murid tersebut.

“Kau ni tak habis-habis menyusahkan orang. Kau buka tangan kau sekarang!”
jerit Cikgu Zamri. Beliau pun menghayun rotannya itu sekuat hati. Belum sahaja rotan
itu sampai ke tangan Man, Ahmad meletakkan tangannya untuk dipukul. Tindakan
Ahmad menegangkan lagi suasana.
“Apa kata cikgu tanya dahulu sebelum menghukum?” soal Ahmad ringkas.
“Dia ejek ayah Man yang baru meninggal sebulan lepas cikgu.” jawab seorang murid
perempuan yang menyorok di tepi tangga kerana takut akan Cikgu Zamri. Man pun
berlari meninggalkan mereka.
“Kenapa kau sibuk nak pertahankan budak yang tak ada harapan tu?” soal Cikgu
Zamri kepada Ahmad.

“Saya percaya semua murid mempunyai harapan untuk berjaya jika mereka
dididik dengan betul” jawab Ahmad dengan yakin.

166
“Cisss! Kalau budak tu boleh dapat sekurang-kurangnya satu A dalam peperiksaan,
aku letak jawatan sebagai guru.” kata Cikgu Zamri lalu berjalan meninggalkan Ahmad.
Ahmad berasa tercabar lalu berlari mendapatkan Man yang sedang makan di kantin.
“Takziah atas pemergian ayah kamu Man.” sapa Ahmad.
“Apa cikgu nak?” jawab Man sambil membuka bungkusan roti.
“Cikgu boleh bantu kamu kalau kamu betul-betul mahu berjaya. Cikgu Zamri cakap
kepada saya bahawa dia akan berhenti kerja jika kamu mendapat satu A dalam
peperiksaan yang akan datang. Kamu mahu sahut cabaran dia?” soal Ahmad kepada
Man. Murid itu pun bangun.

“Cikgu, benarkah semua murid mempunyai harapan?” kata Man.


“Benar. itu yang saya percaya!” jawab Ahmad.
“Kalau macam tu, tunjukkan saya harapan itu,” kata Man yang mula menunjukkan
minatnya. Maka bermulalah misi Ahmad bersama muridnya, Man. Setiap kali waktu
rehat, Man akan datang ke bilik guru untuk belajar. Ahmad menolong muridnya itu
dalam setiap subjek yang tidak difahami. Hari demi hari, Man mula memahami subjek
yang dipelajarinya. Pada waktu petang, Ahmad akan membawa Man ke padang
sekolah untuk mengajar serba sedikit berkaitan ilmu kesukanan dan kesihatan. Tanpa
disangka, Man merupakan bekas atlet sekolah yang pernah memenangi anugerah
olahragawan.

“Kenapa kamu berhenti Man?” soal Cikgu Ahmad yang hairan tentang potensi
muridnya itu.
“Cikgu Zamri mengeluarkan saya dari pasukan dengan alasan yang tidak munasabah.
Kelewatan saya ke sekolah menjadi satu isu yang menyebabkan saya dibuang
daripada pasukan,” jelas Man yang amat kecewa dengan perbuatan Cikgu Zamri.
Cikgu Ahmad mula berfikir sejenak tentang isu tersebut. Didalam hatinya, seperti ada
satu suara yang mengatakan bahawa kelewatan Man bukanlah disengajakan.
“Kenapa kamu selalu lewat ke sekolah Man?” soal Ahmad ringkas.

“Rumah saya terletak 5 kilometer dari sekolah cikgu. Keluarga saya tidak
mempunyai kenderaan. Ibu saya sedang sakit dirumah. Setiap kali cuti, saya akan
bekerja untuk menyara keluarga saya cikgu.” jawab Man dalam nada sedih.
“Cikgu Zamri tahu tentang semua ini?” soal Ahmad yang semakin musykil.
“Sudah berjuta-juta kali saya memberitahu Cikgu Zamri tetapi sekali pun dia tak
terima sebab yang saya beri Cikgu.” kata Man.

167
“Jangan risau! Mulai esok, cikgu akan ambil kamu dan kita akan ke sekolah
bersama-sama.” Kata Ahmad yang mula sayu dengan jawapan Man.
“Terima kasih cikgu!” ucap Man sambil mengukir senyuman. Semenjak dari itu, Man
tidak lagi lewat ke sekolah. Bukan itu sahaja, dia juga mula menunjukkan sifat-sifat
positif dalam menjalani rutin hariannya di sekolah. Akhirnya, hari peperiksaan pun
tiba. Man menjawab dengan penuh keyakinan hasil daripada pertolongan Cikgu
Ahmadnya. Selepas beberapa hari peperiksaan selesai, Man tidak lagi hadir ke
sekolah. Ahmad mula berasa tidak sedap hati tentang perkara itu. Keputusan
peperiksaan telah pun keluar. Ahmad sangat yakin bahawa Man akan berasa
gembira dengan keputusan tersebut. Apabila Ahmad ke rumah anak muridnya itu,
adik-adik Man menyuruh Ahmad untuk pulang kerana Man tidak mahu berjumpa
dengannya. Setelah genap enam hari berturut-turut Man tidak datang ke sekolah,
Ahmad membuat keputusan untuk membongkar misteri yang disorok oleh Man.
Ahmad hadir ke rumah Man dengan membawa gula-gula dan aiskrim. Adik-adik Man
berjaya disogok oleh Ahmad dengan menggunakan gula-gula tersebut. Akhirnya,
mereka pun memaklumkan bahawa abang mereka itu, sedang bekerja disebuah
tapak pembinaan di bandar. Semenjak hari dimana Man tidak hadir ke sekolah, dia
rupa-rupanya sudah mula bekerja di sana. Ahmad pun terus ke tempat pembinaan
tersebut. Sampai sahaja di sana, mata Ahmad mula meliar tajam untuk mencari anak
muridnya itu. Hanya orang dewasa sahaja yang dapat dilihat bekerja disitu. Tiba-tiba,
Ahmad ternampak seorang budak yang amat dia kenali. Budak itu sedang
mengangkat bahan-bahan binaan yang amat berat.

“Man...!” jerit Ahmad yang tidak sabar untuk bertemu dengan anak muridnya itu.
Man yang leka bekerja, terus berpusing kerana dia amat mengenali suara cikgunya
itu. Ahmad berjalan perlahan-lahan kearah Man. Tanpa disedari, dia terpijak kayu
yang sudah rapuh. Secara pantas, Man menolak cikgunya itu dan hampir terjatuh
kebawah bangunan itu. Ahmad sempat menarik tangan anak muridnya itu. Puas dia
meminta tolong tetapi mereka berada jauh daripada pekerja-pekerja lain. Ajal dan
maut ditangan tuhan. Tangan Man terlepas daripada pautan Ahmad. Dia jatuh ke
bawah sambil dilihat oleh Ahmad yang tidak mampu membuat apa-apa. Dia berlari ke
bawah untuk mendapatkan Man. Dia tahu bahawa Man tidak lagi dapat diselamatkan,
tetapi sifat tidak kenal erti putus asa Ahmad membuatkan dia membawa Man ke
hospital.

“Macam mana dengan keadaan anak murid saya doktor?”, soal Ahmad.

168
“Maafkan saya Encik. Kami tidak dapat berbuat apa-apa.” jawab doktor tersebut.
Ahmad berasa hatinya seperti berkecai apabila mendengar berita tersebut. Air
matanya mula bergenang. Tangannya yang mengenggam keputusan peperiksaan
Man mula longgar. Man berjaya mendapatkan satu A di dalam ujian. Dia tidak sempat
memberitahu Man tentang perkara itu. Keesokan harinya, Ahmad hadir ke sekolah
untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk hari yang terakhir.
“Hari ini merupakan hari terakhir saya di sini. Sebelum saya mengundur diri, saya
ingin menceritakan tentang satu kisah perjalanan hidup seorang murid yang amat
saya sanjungi. Dia mempunyai impian untuk mengubah nasib keluarga, menjadi ikon
sekolahnya tetapi tidak diberi peluang untuk menjadi seperti yang diingini. Puas dia
mencuba, akhirnya peluang itu mula menunjukkan diri. Ketika peluang itu hadir, dia
ditimpa kemalangan yang tidak lagi membenarkan dia untuk menjalani kehidupan
seperti seorang pelajar lagi. Dalam masa kamu semua berlumba untuk berada diatas,
ingatlah bahawa ada insan yang tidak mendapat peluang seperti kamu semua.
Bersyukurlah dan hayatilah perjalanan hidup kamu. Akhir kata daripada saya, sukses
kepada kamu semua,” kata Ahmad kepada murid-muridnya. Ada yang menangis dan
ada yang menundukkan wajah mereka ke bawah. Mereka mula sedar atas kesilapan
mereka yang sentiasa mahu mementingkan diri sendiri dalam pelajaran.
“Terima kasih Cikgu!” ucap ketua kelas tersebut. Ahmad pun melangkah keluar dari
kelas itu. Selesai sudah tugasnya di sekolah tersebut. Segala kenangan dan
pengalaman yang dia hadapi, pasti akan kekal didalam ingatannya buat
selama-lamanya. Ahmad mendongak ke langit lalu menutup matanya.
“Alangkah indahnya jika kau dapat bersama-sama aku sekarang Man. Berehatlah
disana.” ucap Ahmad didalam hatinya. Bayangan wajah Man yang berada
dibenaknya membuatkan air mata Ahmad berlinang tanpa disedari. Senyuman yang
dipamerkan oleh Man seolah-olah membawa makna yang tersirat.
“Terima kasih cikgu, saya sayang cikgu!”

169
Murid-Ku Sazali
Hasil karya:
Siti Fadhilah Binti Abu Samah
fadhilahxx@gmail.com

JAM 7.00 pagi, penampakan awan gelap bergerak perlahan menutupi sipi-sipi ruang
cahaya matahari yang menerangi bumi yang hijau ditambah pula dengan angin
sepoi-sepoi bahasa meniup rambut Muhammad yang kemas.
“ Hiss...,” Muhammad membetulkan rambutnya yang kusut.
Walaupun cuaca sebegitu, Muhammad masih bersemangat menaiki motosikalnya
untuk ke sekolah yang jauh di pedalaman demi menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada anak bangsa yang menantikan kehadirannya di sekolah tersebut. Perjalanan
ke sekolah tersebut amat memberi cabaran terhadap Muhammad untuk menempuh
liku-liku dalam perjalanan ke sekolah. Jalan yang penuh dengan lopak, ditutupi
semak samun, dikelilingi tasik, ditemani embun pagi berserta kicauan burung
memberi satu pengalaman baru kepada Muhammad setiap pagi untuk tiba di sekolah.
Muhammad hanya berpakaian kemeja dan tali leher serta sepasang selipar untuk
mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Setelah 20 minit perjalanan bermotosikal, akhirnya tiba ke destinasi untuk
Muhammad mencurah bakti kepada sekolah dan anak bangsa. Setibanya di
sekolah, Muhammad disambut oleh beberapa orang pengawas yang berpakaian
kemas berwarna biru gelap dengan seorang guru disiplin.
“ Selamat pagi cikgu!” kata Dewi dengan senyumannya.
“Selamat pagi Dewi!” kata cikgu Muhammad kepada Dewi.
Senyuman yang manis persis bidadari diberikan oleh pengawas terhadap
Muhammad. Tibanya di pejabat sekolah, Muhammad didatangi oleh dua petugas
pejabat tersebut seorang berwajah bengis manakala seorang lagi berwajah sungguh
manis. Muhammad disoal dengan pelbagai soalan dan selepas itu dia melaporkan diri
di pejabat tersebut. Perasaan yang bercampur baur untuk Muhammad dalam
memulakan hari pertamanya di sekolah.
Hari Muhammad bermula dengan perhimpunan pada pukul 7.45 pagi dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Murid-murid berkumpul
walaupun pelbagai karenah yang dapat Muhammad lihat dari sudut yang jauh.
Mereka bergalaskan beg besar membawa buku dan juga harapan ibu ayah untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh. Seorang demi seorang murid diperhati oleh

170
Muhammad akan tetapi seorang yang amat menarik perhatiannya iaitu seorang murid
lelaki berkulit warna sawa matang, rambutnya yang kusut masai, baju sekolah tidak
bergosok, kasut putih bertukar warna seperti setahun tidak dicuci tetapi masih
tersenyum lebar bergalaskan beg berwarna biru gelap. Apabila perbezaan jarak
murid tersebut dengan Muhammad hanya beberapa meter, nama murid jelas dibaca
oleh Muhammad iaitu Sazali. Ketika itu, Muhammad teringat akan cerita seniman P.
Ramlee bertajuk Anak-ku Sazali dek kerana namanya yang sama.
Usai perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu, Muhammad terus dibawa
ke mejanya yang akan dia duduki untuk beberapa bulan sepanjang perkhidmatannya
disitu. Tempatnya yang menghadap ke tingkap memberi permandangan yang cantik
lagi tenang dikelilingi pohon-pohon dan tanah lapang. Muhammad ditempatkan untuk
memasuki kelas 3 Kuning untuk mengantikan guru yang cuti bersalin sementara
menunggu kelas yang sepatutnya dia mengajar. Tepat jam 9.25 pagi, Muhammad
berjalan melintasi blok pentadbiran, kelas dan juga kantin untuk sampai ke kelas 3
Kuning. Muhammad masih menanti di depan kelas untuk guru sebelumnya keluar
supaya membolehkan dia untuk masuk. Dalam pemerhatiannya, kelas yang bakal dia
masuk agak aktif dan bising yang membuatkan dia berdebar untuk masuk ke kelas
tersebut. Pelbagai imaginasi yang berlegar di fikirannya tentang apa yang akan
berlaku sebentar nanti.
Muhammad melangkah masuk dengan muka yang agak tenang walapun hatinya
sungguh berdebar. Usai masuk, murid-murid memberi salam dan duduk dengan
senyap. Muhammad melangkah mencapai kapur dan menulis di papan hitam “SIAPA
SAYA?” untuk memulakan kelasnya yang senyap mungkin kerana takut akan wajah
Muhammad yang agak bengis. Murid-murid mula berbisik dan bertanya antara satu
sama lain tetapi seorang menarik perhatiannya iaitu murid yang menarik perhatiannya
semasa perhimpunan, Sazali. Dengan bangga Muhammad memanggil Sazali tentang
apa yang difahami tulisan di papan hitam. Sazali hanya berdiam dan tidak
mengeluarkan sebarang perkataan. Muhammad mendekati Sazali agar
membolehkan dia bercakap sesuatu, tetapi hanya bunyi kipas berpusing dan suara
dari kelas sebelah yang didengarinya. Muhammad mencari murid lain untuk bercerita
tentang diri mereka sendiri dan meninggalkan Sazali sendirian. Muhammad cuba
untuk membuatkan semua di dalam kelas untuk bersuara tetapi hanya Sazali tidak
mengeluarkan pendapatnya.
Usai kelas, Muhammad sengaja melambat-lambatkan masanya untuk keluar
dari kelas dan membiarkan semua murid keluar untuk ke kantin tetapi memanggil
Sazali ke hadapan apabila separuh daripada kelas telah keluar. Muhammad
mengambil pendekatan untuk membuatkan Sazali bercakap dengan menanyakan

171
nama dan asal usulnya. Jawapan yang diberikan hanya sepatah dua selari dengan
soalan ditujukan.
Muhammad bertanya “Mengapa tidak pergi ke kantin?” tetapi hanya gelengan yang
diberikan kepada Muhammad. Muhammad bingung, mungkin tidak mempunyai wang
saku berdasarkan penampilannya yang agak sadis. Muhammad mengajaknya ke
kantin, ruangan guru untuk membelikannya semangkuk nasi goreng dan sirap ais
sebagai alas perut. Setelah menghidangkan pinggan dan cawan terhadap Sazali, air
matanya menitis setitik demi setitik, Muhammad keliru dan terus menghulurkan sapu
tangan yang ada di dalam koceknya. Tanpa sebarang pertanyaan, Muhammad
menyuruh Sazali menjamah makanan yang dibelikan untuknya. Semasa makan tidak
didengari suaranya, hanya suapan demi suapan yang masuk ke dalam mulutnya
tanpa sebarang bunyi.
Setelah habis menjamah, Muhammad bertanya kepada Sazali “Mengapa menangis
tadi?” dengan perlahan Sazali menjawab “Terharu” kepada Muhammad.
Sazali menceritkan tentang kawan-kawannya yang tidak mempedulikannya dek
kerana dia miskin dan penampilannya yang kurang berbanding kawan-kawannya
yang lain. Curahan demi curahan di keluarkan dari mulut anak kecil itu, Sazali.
Muhammad tekun mendengar cerita yang diluahkan oleh anak muridnya itu, air mata
jantannya akhirnya jatuh kerana sebak mendengar kisah yang diceritkan oleh Sazali
mengenai kawannya dan juga keluarganya.
Keesokan harinya, Muhammad bersemangat untuk pergi ke sekolah kerana
seorang murid. Muhammad telah membelikan set pakaian sekolah yang lengkap dan
baharu untuk murid tersebut. Masih berbau kedai, berbalut plastik elok terletak
didalam beg kertas. Muhammad mencari-cari di manakah Sazali. Setelah habis satu
rondaan di sekolah, Sazali masih tidak ditemui yang membuatkan Muhammad nekad
untuk mencarinya di rumah pada akhir waktu persekolahan. Pelbagai spekulasi yang
muncul di dalam minda Muhammad sebab ketidakhadiran Sazali ke sekolah.
Muhammad menghitung waktu supaya dapat ke rumahnya yang dikatakan sangat
dekat dengan sekolah, hanya beberapa minit dengan berjalan kaki.
Dengan hanya berjalan kaki mencari rumah Sazali, Muhammad terus
menjumpai rumahnya kerana penampakan susuk tubuh Sazali yang kecil di luar
rumah sedang termenung dengan hanya berseluar pendek dan baju yang lusuh
tanpa berselipar. Muhammad mendekati Sazali dan memberi salam dengan reaksi
terkejut terletrai di muka Sazali. Dia menjauhkan diri daripada Muhammad mungkin
kerana malu dengan keadaannya yang serba tidak kena dan rumahnya yang naïf.
Muhammad memegang bahunya dan berkata “Tidak mengapa Sazali, cikgu
mengerti…”. Sazali hanya menunduk dan tidak berkata apa. Beg kertas dihulurkan

172
kepada Sazali dan disambut dengan penuh tanda tanya dimukanya. Dia membuka
beg kertas dengan pantas dan melihat set pakaian baru sekolah berserta kasut baru.
Sazali dengan penuh gembira membuka dan mengacukan pakaian ke badannya
tanpa mempedulikan Muhammad. Sazali berlari mendapatkan ibunya di dapur dan
menarik ibunya berjumpa dengan cikgunya. Lantas Sazali memeluk Muhammad
dengan penuh tangisan air mata mencurah kerana terlalu gembira. Muhammad turut
sebak tetapi gembira kerana dapat mengembirakan seorang anak murid yang telah
ditindas oleh kawanya hanya kerana penampilannya.
Muhammad berpesan sebelum mengundur diri “Datang ke sekolah ye esok, cikgu
menunggu kehadiran Sazali.” kata Muhammad kepada Sazali. Sazali terus bersalam
dan mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Muhammad.
Pagi yang begitu cerah seperti cerah dan gembiranya hati Muhammad setelah
apa yang berlaku dan sangat menunggu hari ini. Perhimpunan tidak berlangsung
pada setiap hari, tetapi semua murid perlu berhimpun di dataran sebelum beredar
untuk masuk ke kelas. Muhammad memerhati setiap gerak geri murid untuk mencari
Sazali tetapi masih tidak ditemui. Seminit demi seminit berlalu, akhirnya susuk tubuh
Sazali dilihat dari jauh dan senyuman tidak lekang di bibir memberi senyuman kepada
semua orang. Sazali kelihatan segak dan kemas dengan berpakaian serba baru.
Muhammad lantas menunjukkan gerakan tangan kepada Sazali kerana amat bangga
terhadap keberaniannya. Dilihatkan Sazali diramah baik oleh rakan sekelasnya tidak
berbanding kelmarin. Muhammad amat terharu kerana mampu mengubah seorang
anak muridnya menjadi lebih ceria dan gembira untuk ke sekolah. Harinya bermula
seperti biasa untuk masuk ke kelas berbakti kepada anak bangsa. Langit yang cerah
menemaninya sepanjang hari. Muhammad masih bermain dengan fantasi dek kerana
kepincangan dia dapat mengubah masa depan Sazali dengan izin-Nya. Muhammad
bersyukur Allah SWT telah mengerakkan hatinya untuk membantu Sazali dalam
menyelesaikan perkara yang selama menghantui hidupnya. Bahkan nawaitu diri
Sazali masih dapat dilihat amat berkobar-kobar dalam mempelajari ilmu demi negara
sejahtera. Hari-hari Muhammad bermula seperti biasa setiap hari di sekolah tersebut,
dengan harapan tiada masalah yang bakal menimpa pada dirinya.

173
Masih Ada Sinar
Hasil karya:
Fatin Farhana Shamsul Kamal
fatinshamsulkamal99@gmail.com

SEPERTI biasa hari-hariku sebagai seorang guru baru di Sekolah Kebangsaan


Tunku Mahmod, datang ke sekolah untuk mengajar dan dalam pada masa yang
sama, aku menimba ilmu baru dari guru-guru lama di sekolah tersebut dengan
membuat pemerhatian.
“Keluarkan kerja sekolah yang kelmarinnya telah saya berikan dan juga pen merah.
Kita akan tanda bersama-sama,” kata Cikgu Anita.
Tanpa berlengah, pelajar- pelajar 6 Anggerik meletakkan buku mereka di atas meja.
Aku di belakang memerhati setiap gerak geri guru otai yang telah memperoleh
banyak anugerah itu untuk menjadikan metod mengajarnya sebagai garis panduan.
“Kau ingat kau boleh tipu aku Faiz?” teriak Cikgu Anita kepadanya semasa beliau dan
pelajar-pelajar lain sedang ralit membincangkan soalan dan menandakan jawapan
yang betul.
Aku tersentak. “Apa yang sudah dilakukan oleh murid tersebut?” bisik hatiku.
Bagaikan mahu pecah ketawaku apabila melihat Cikgu Anita menarik bekas pen
merah yang diletakkan di atas pensel milik Faiz.
“Budak bijak! Bekas pen merah yang sudah tiada dakwat tersebut dia letakkan pensel
di dalamnya agar dia dapat menyiapkan kerja sekolah itu dengan tepat,” bisik hatiku
lagi sambil menahan ketawa. Ya! Cikgu Anita bukanlah seorang yang senang untuk
diperdaya kerana beliau telah banyak makan garam dalam bidang pendidikan ini.
Semua helah yang dilakukan oleh pelajar akan dapat dihidu olehnya dan padah akan
menanti murid-murid yang mencabarnya.
Loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat. Aku mengatur langkah mengikuti
Cikgu Anita keluar dari kelas 6 Anggerik. Kelihatan muka Cikgu Anita masam
mencuka dek Faiz yang telah menimbulkan amarahnya.
“Awak nampak budak Faiz tu buat apa tadi Cikgu Hana? Tak padan dengan nak
menduduki peperiksaan, nak buat masalah sahaja kerjanya bagaikan tidak punya
cita-cita untuk dikejar,” kata Cikgu Anita kepadaku. Aku mengangguk tanpa berkata
apa-apa. Kami mengatur langkah ke bilik guru ditemani dengan riuh-rendah
pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmod yang sedang rehat.

174
Baru sahaja aku melabuhkan punggung diatas kerusi, kelihatan Cikgu Anita menuju
ke meja Cikgu Aini dan Cikgu Rokiah.
“Nak membawang agaknya.” Baru sahaja aku mengalihkan pandangan, Cikgu Anita
memanggilku. Tanpa menanyakan apa-apa, aku berjalan menuju ke meja Cikgu Aini
dan Cikgu Rokiah.
“Sudah agak! Apa yang aku fikirkan sebentar tadi sememangnya tepat,” keluhku
dalam hati. Teringat pula kepada azamku sebelum aku mula mengajar. Untuk
menjadi guru yang unggul, aku tidak mahu menjadi seperti guru-guru biasa yang
bercerita tentang keburukan anak-anak murid sendiri kepada guru lain. Namun
apakan daya, aku hanya seorang guru baru yang harus mengikut kata otai-otai bagi
mengelakkan diriku mendapat gelaran ‘cikgu baru kerek’.
Aku mengatur langkah ke kelas 4 Siantan dengan semangat yang waja. Tiba-tiba aku
tersentak, terperanjat dek kerana terdengar suara Cikgu Anita yang nyaring itu
menjerit nama Faiz. Aku berlari anak ke belakang pintu kelas untuk memerhatikan
babak tersebut. Ternyata, perkara yang aku dengari itu sesuatu yang mebantutkan
semangatku sebentar tadi.
“Aku sumpah kau tidak akan dapat semua A dalam UPSR,” teriak Cikgu Anita. Ya!
Aku akui beliau merupakan seorang guru yang cemerlang dan disegani oleh
guru-guru di daerah Kluang ini. Namun, menyumpah pelajar yang nakal bukanlah
jalan penyelesaian untuk membuat mereka berubah. Sayu hatiku melihat Faiz yang
tertunduk malu apabila diherdik di hadapan semua rakan-rakannya.
Sedang alpa aku memerhati situasi tersebut, aku tersedar yang aku masih ada
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sekarang. Aku terus menuju ke kelas 4
Siantan sambil mengenangkan nasib Faiz.
“Kenapalah agaknya Cikgu Anita sangat tidak suka akan Faiz?” aku mula
tertanya-tanya. Setelah selesai kelas, aku terus menjenguk kelas 6 Anggerik untuk
melihat keadaan Faiz. Dengan bajunya yang comot dan tidak bergosok itu, Faiz tidur
di atas meja berbantalkan lengan. Aku menjadi lebih keliru.
“Mengapa agaknya Faiz tidak ke kantin untuk makan?” Aku terus ke bilik guru tanpa
mengejutkan Faiz dan menuju ke meja Cikgu Anita. Nampaknya, Cikgu Anita
bermasam muka seperti semalam.
“Assalamualaikum. Boleh saya menanyakan sesuatu kepada cikgu?” Beliau hanya
mengangguk tanda setuju. Kelu lidahku tatkala ingin melontarkan soalan yang
bermain di minda. Aku cuba sedaya upaya untuk membina ayat yang paling sesuai
bagi mengelakkan Cikgu Anita memarahi aku pula nanti.
Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan jawapan yang aku cari selama aku berada
di sekolah ini. Ternyata, Faiz bukanlah pelajar yang nakal tetapi hanya sedikit

175
bermasalah. Aku tidak bertanya dengan lebih banyak lagi kerana aku yakin setiap
pelajar yang bermasalah pasti ada alasan disebaliknya. Aku terus ke mejaku dan
menambah baik alat bantu mengajar bagi memastikan pelajar-pelajar kelas belakang
berminat dengan pengajaranku.
“Seminggu sudah aku tidak menjengguk Faiz. Apalah agaknya khabar si Faiz itu.”
Lalu, aku terus ke kelasnya pada waktu rehat.
“Manalah tahu rezekiku dia ada di dalam kelas. Boleh juga aku berikan bekal lebih ini
kepadanya.”
Seperti biasa, Faiz memang tidak pergi ke kantin seperti rakan-rakannya yang lain
dan dia sedang lena di tempatnya.
“Faiz, ambillah makanan ini. Makan supaya Faiz ada tenaga untuk buat kerja-kerja
seharian. Jika Faiz ada masalah, datanglah ke meja cikgu untuk meluahkan
perasaan,” kataku sambil mengusap kepala anak yatim tersebut. Menurut guru kelas
Faiz, dia telah kehilangan ayahnya sejak umurnya 7 tahun lagi.
Minggu peperiksaan ini tidak begitu sibuk jadi aku boleh pulang ke rumah tepat pada
waktu kerana aku tidak perlu tunggu sebentar di sekolah untuk menyiapkan menanda
kerja sekolah murid-murid. Baru sahaja 500 meter aku memandu kenderaan untuk
menuju ke rumah, aku terlihat Faiz yang sedang berjalan kaki. Tanpa berfikir panjang,
aku terus mempelawa Faiz untuk menaiki kereta dan memandunya pulang ke rumah.
Sebak hatiku melihat rumahnya yang uzur bagai mahu menyembah bumi.
“Inilah rumah saya Cikgu Hana. Kalau sudi marilah naik dahulu. Saya tidak boleh
berborak lama didalam kereta kerana saya perlu berikan baju yang saya sedang
pakai ini kepada adik saya yang bersekolah pada sesi petang.” Allahuakhbar. Sayu
hatiku tidak terkata dan aku mengambil keputusan untuk naik ke rumahnya.
Kedatanganku disambut baik oleh ibu Faiz, tetapi katanya dia hendak ke kedai untuk
meniaga sampailah ke petang. Setelah ibu Faiz selesai menghidangkan air kepadaku,
dia terus ke kedai.
“Bolehkah Cikgu Hana menolong Faiz dalam mata pelajaran Bahasa Melayu? Bukan
kerana saya tidak faham akan apa yang Cikgu Anita ajarkan, cuma kadang-kadang
Faiz hanya keluar begitu sahaja jika dia menyumpah Faiz dengan mengugut Faiz
tidak akan mendapat semua A dalam UPSR.” Aku mengangguk tanda setuju tetapi
bersyarat. Faiz haruslah beritahu segala masalahnya kepadaku. Namun, dia sedaya
upaya menukar topik agar dia tidak perlu memberikan jawapan yang aku mahu.
Sepanjang pembelajaran bersama Faiz, aku dapati Faiz merupakan seorang pelajar
yang berkebolehan dan tidak banyak pun yang dia ketinggalan.
Sedang aku sibuk menanda kertas peperiksaan yang telah pelajar duduki pada
minggu lepas, Faiz berdiri di hadapanku membawa bersama buku-bukunya.

176
“Boleh saya belajar dengan Cikgu Hana hari ini?” soal Faiz sambil menundukkan
pandangannya menyembunyikan riak wajah sedih.
“Sudah tentu boleh. Mari sini duduk sebelah cikgu. Nampak gayanya, Faiz buat hal
lagi dalam kelas Cikgu Anita ya?” tanyaku sambil tersenyum bagi mengelakkan Faiz
lebih sedih. “Saya tidak sempat menyiapkan kerja sekolah pada malam tadi kerana
terpaksa menolong ibu saya menghabiskan jualannya di kedai. Lalu, tadi saya
dimarahi oleh Cikgu Anita dan seperti biasa, saya disumpah olehnya,” kata Faiz. Aku
terus mengajar Faiz tanpa menanyakan dengan lebih lagi. Bisik hatiku tidak salah
pada awalnya yang mengatakan Faiz budak yang bijak kerana Faiz sangat cepat
faham akan suatu pelajaran cuma pendekatan yang berbeza membuatkan dia
menyekat mentalnya untuk meneruskan pelajaran.
“Faiz, doa seorang ibu itu tiada hijab antaranya dengan Allah. Jadi, percayalah pada
diri sendiri bahawa awak boleh lakukan yang terbaik untuk UPSR pada tahun ini
dengan bantuan doa daripada ahli keluarga dan cikgu-cikgu yang amat menyayangi
Faiz,” pesanku kepadanya dengan harapan dia mendapat kembali semangatnya
yang hilang.
Untuk hari-hari yang mendatang Faiz kerap bertanyakan soalan-soalan yang dia
kurang jelas. Nampaknya, semangatnya kali ini tidak mudah patah dan dia juga
berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar azamnya untuk mendapat semua A
didalam peperiksaan UPSR.
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Seramai 37 orang murid telah berjaya mendapat
semua A dalam UPSR pada tahun ini dan perkara yang amat membanggakan aku
adalah Faiz merupakan salah seorang daripada pelajar cemerlang tersebut. Tarikh
keramat yang telah mencorek kejayaan Faiz dan bukti kemampuannya dalam
akademik. Kelihatan semua murid memeluk erat kedua ibu bapa mereka dan
bergembira di atas kejayaan yang mereka peroleh. Walaupun Faiz telah berjaya
mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR, tiada senyuman yang terukir di
wajahnya.
Aku mendekatinya dan bertanya, “Adakah kamu tidak gembira dengan kejayaanmu
wahai muridku?”
Faiz toleh kekanan dan kekiri lalu menjawab, “Ibu dan bapa saya tiada disini untuk
menyambut kecemerlangan ini.” Sedih, sebak dan pilu hati ini.
Aku memeluknya dan mengusap kepalanya lalu berkata, “Tahniah Faiz. Cikgu sangat
bangga dengan awak.”
Faiz menjawab, “Terima kasih cikgu kerana selama ini telah banyak membantu saya.
Cikgu Hana, sebenarnya, saya sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
oleh Cikgu Anita kerana saya harus menolong ibu saya di kedai sehingga lewat

177
malam. Bukan itu sahaja, saya juga seorang yang comot dan selekeh kerana pakaian,
beg sekolah dan alatan persekolahan saya bergilir dengan adik saya yang bersekolah
pada sesi petang. Cikgu Anita amat tidak suka pelajar yang comot dan tidak menjaga
kebersihan. Beliau pernah mencampak beg saya dengan mengatakan beg saya
seperti tong sampah.”
Tidak sempat Faiz menghabiskan ceritanya, Cikgu Anita datang ke arah Faiz dan
bertanya secara sarkastik,
“Bagaimana kamu boleh mendapat semua A dalam UPSR ini?” Faiz tertunduk, aku
mengusap kepalanya dan mengambil langkah dengan berkata,
“Doa seorang ibu itu tiada hijab antaranya dengan Allah. Jadi, apalah sangat sumpah
seorang guru yang tidak suka akan pelajar yang bermasalah dengan sebab yang
munasabah. Faiz percaya pada diri sendiri bahawa dia boleh lakukan yang terbaik
untuk UPSR pada tahun ini dengan doa daripada ahli keluarga dan cikgu-cikgu yang
amat menyayangi Faiz.” Cikgu Anita berlalu dari situ dengan muka masam mencuka.
“Seorang guru cemerlang yang menjadi contoh tauladan kepada guru lain tidak
sepatutnya mempunyai perangai seperti itu. Ya memang benar dia amat
mementingkan kejayaan setiap muridnya. Namun, menggertak mereka dengan
mengugut dan menyumpah mereka dengan tidak mendapat kejayaan adalah perkara
yang keji,” bisik hatiku.
Faiz bukan sahaja mengajarku erti bersyukur dengan kesenangan yang telah kita ada,
malah dia juga mengajar aku erti untuk menghargai setiap pelajar kerana setiap murid
itu pasti ada kelebihannya yang tersendiri walaupun mereka bukanlah kegemaran
setiap guru pada setiap waktu.

178
Nurani
Hasil karya:
Muhammad Khaizuran Bin Shamsuddin
khaizuranmuhammad@gmail.com

TEPAT jam 6 pagi, aku bangkit daripada tidurku dan mula bersiap untuk memulakan
hari pertamaku sebagai guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya.
Perasaanku mula bercelaru apabila memikirkan nasibku di sekolah pada pagi ini.
Setelah siap solat Subuh aku berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala
urusanku di sekolah sepanjang hari aku menjadi guru praktikum.
“Ya Allah, aku bermohon agar engkau permudahkan urusanku di sekolah.” doaku
sebelum memulakan perjalan ke sekolahku. Aku tidak risau untuk mengajar di
sekolah kerana aku sudah biasa mengajar kanak-kanak di pusat tuisyen yang
berhampiran dengan rumahku.Terdapat perkara yang menyebabkan aku berasa
risau untuk mengajar di sekolah yang akan aku bertugas itu ialah sekolah tersebut
telah terlibat dalam satu kes yang amat besar. Seorang guru Bahasa Melayu, Encik
Hashim telah memukul seorang pelajar tahun 5 sehingga pelajar itu terpaksa
dimasukkan ke dalam wad akibat mengalami kecederaan yang serius di kepala.
“Haih! Kenapalah cikgu Hashim itu kejam sangat? Sampai hati dia pukul budak itu
dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad.” bisikku dalam hati ketika sedang memandu
ke sekolah. Setelah sampai di sekolah, aku terus membawa peralatanku dan
bergegas ke bilik Guru Besar sekolah itu. Kehadiranku disambut baik oleh Guru
Besar dan guru-guru lain yang berada di dalam ruangan itu.
“Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Bunga Raya, Cikgu Khaizuran. Kami
sangat berbesar hati untuk menerima khidmat guru pelatih seperti kamu terutama
sekali guru Bahasa Melayu.” kata Guru Besar kepadaku.
“Terima kasih puan. Saya pun ingin berterima kasih kepada pihak sekolah kerana
sanggup menerima perkhidmatan saya. Tapi puan kenapa puan amat gembira
menerima guru pelatih Bahasa Melayu seperti saya ya?” kata aku kepada Guru
Besar.
“Sebenarnya kami baru sahaja kehilangan seorang guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu
Hashim. Dia telah dipindahkan ke sekolah lain kerana dia telah memukul seorang
pelajar.” kata Guru Besar dengan muka yang amat kecewa.
Sekolah Kebangsaan Bunga Raya mengalami kekurangan tenaga pengajar terutama
sekali guru Bahasa Melayu dan kes Cikgu Hashim itu menambahkan lagi derita yang
dialami Sekolah Kebangsaan Bunga Raya.

179
“Khaizuran nanti kamu akan mengajar kelas 5 Pintar menggantikan Cikgu Hashim ya.
Semoga berjaya menjadi seorang guru yang ikhlas dalam melakukan kerja.” pesan
Guru Besar kepadaku. Rasa risau dan takut mula menghantui diirku kerana aku tahu
aku akan mengajar kelas yang pernah dibimbing oleh Cikgu Hashim. Sebenarnya aku
sangat tidak bersetuju dengan cara Cikgu Hashim mendidik pelajarnya kerana
caranya amat kasar. Aku lebih mementingkan pendekatan yang lebih lembut dan
penuh kasih sayang supaya pelajar lebih mesra untuk belajar denganku.
Jam menunjukkan tepat pukul 10. Aku bersedia di hadapan muka pintu kelas tahun 5
Pintar. Aku memasuki kelas tahun 5 Pintar dan setiap pelajar berdiri untuk
memberikan salam kepadaku.
“Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu.” para pelajar menyampaikan salam
kepadaku.
“Waalaikummussalam dan selamat pagi murid-murid.” jawabku kepada pelajar tahun
5 Pintar.
Ketika aku mendengar salam yang diberikan kepadaku, aku berasa janggal dan pelik.
Aku dapat merasakan bahawa pelajar berada dalam ketakutan kerana nada suara
mereka sangat tegas dan keras. Aku tahu hal ini berlaku kerana para pelajar masih
lagi berasa takut kepada guru mereka terutama sekali guru CIkgu Hashim. Perbuatan
Cikgu Hashim telah meniggalkan parut yang tidak boleh dihilangkan oleh pelajar itu
sendiri. Oleh itu, aku berazam untuk menghilangkan memori buruk mereka tentang
Cikgu Hashim. Setelah memberi salam, setiap pelajar duduk dan terus tidak
mengeluarkan suara. Mereka diam dan hanya mendengar apa yang aku beritahu.
Aku cuba untuk menceriakan keadaan kelasku dengan membuat lawak tetapi
malangnya tidak ada seorangpun pelajar yang gelak. Aku berasa sangat hairan.
“Kenapa kamu semua tak gelak bila cikgu buat lawak.” aku bertanya kepada
pelajarku. Semua pelajar masih mendiamkan diri dan cuba mengelak pertanyaanku.
Setelah berfikir sejenak aku mendapat satu idea.
“Cikgu akan beri hadiah kepada sesiapapun yang jawab soalan cikgu tadi.” aku
berkata kepada pelajarku sambil menggenggam gula-gula yang aku beli di kedai
runcit semalam. Kemudian seorang murid mengangkat tangan dan memberitahu
bahawa dia ingin menjawab soalan aku.
“Cikgu Hashim cakap kami tidak boleh gelak dan buat bising dalam kelas, kalau tak
nanti Cikgu Hashim akan pukul kami macam cikgu pukul Fitri.” kata Ashaima iaitu
ketua kelas 5 Pintar.
“Oh macam tu ke, dalam kelas cikgu, kamu semua boleh gelak dan membuat bising
kecuali ketika cikgu sedang mengajar Cikgu sayangkan kamu semua dan cikgu tidak
akan pukul kamu.” kataku kepada pelajarku.

180
Aku sudah tahu bahawa Cikgu Hashim merupakan punca pelajar kelasku bersikap
seperti itu. Aku berazam bahawa aku akan cuba untuk membantu pelajar kelasku
menjadi ceria semula. Untuk hari pertama aku mengajar, aku akan menggunakan
masaku itu untuk pengenalan diriku dan juga pelajarku. Aku menanyakan pelbagai
soalan yang dapat menarik minat mereka seperti makanan kegemaran, hobi dan juga
penyanyi kegemaran mereka. Aku mendapat pelbagai jawapan yang menarik dan
para pelajar juga mula menerimaku sebagai guru mereka. Tindakan Cikgu Hashim
menyuruh pelajarnya untuk mendiamkan diri dalam kelas sangat tidak efektif kerana
beliau telah menghalang pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Seorang
guru perlulah menggalakkan pelajar untuk aktif supaya kemahiran komunikasi
mereka dapat ditingkatkan dan menjadi pelajar yang berjaya.
Pada keesokan harinya, ketika aku berada di bilik guru, aku terdengar beberapa
orang guru sedang bersembang.
“Kesian si Fitri tu, Cikgu Hashim pukul dia sehingga kepalanya berdarah.” kata Cikgu
Salmah.
“Betul tu, tapi kita tak boleh nak salahkan Cikgu Hashim sahaja kerana Fitri tu budak
yang sangat nakal. Sebab itulah dia kena pukul dengan CIkgu Hashim.” jawab Cikgu
Nisa.
“Betul tu Nisa, Cikgu Hashim pukul Fitri sebab die melukis gambar kartun ketika
Cikgu Hashim sedang mengajar dan itu membuatkan Cikgu Hashim naik angin.” kata
Cikgu Lina.
“Biarlah dia, nasib baik saya tak ajar budak tu, tadi saya nampak dia masuk ke kelas 5
Pintar. Dah elok la tu kecederaan si Fitri tu.” kata Cikgu Nisa.
Setelah mendengar perbualan cikgu-cikgu tersebut aku berasa sangat kecewa akan
sikap beberapa guru yang sanggup memburukkan pelajar mereka. Sepatutnya
seorang guru itu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik. Pelajar yang
bermasalah dan nakal haruslah dididik dengan penuh sabar dan kasih sayang agar
mereka berubah ke arah yang lebih baik.

“Aku berjanji aku akan membentuk semula pelajar-pelajarku supaya mereka akan
berjaya dan membuktikan bahawa mereka boleh berubah.” aku berkata kepada diriku.
Setelah tamat waktu rehat, aku memasuki kelas 5 Pintar untuk memulakan sesi
pengajaran. Aku ternampak seorang pelajar baharu lantas aku menanyakan
namanya beserta hobinya.
“Nama saya Fitri dan saya suka melukis cikgu.” kata Fitri kepada aku.
“Oh Fitri. Fitri suka lukis apa?” soalku kepada Fitri.
“Fitri suka melukis Ultraman.” kata Fitri kepadaku.

181
Fitri merupakan pelajar yang suka melukis kartun dan dia merupakan pelajar yang
sangat diam dalam kelas. Cikgu Hashim memukul Fitri kerana dia telah melukis dan
membuat bising ketika beliau sedang mengajar dan bagi aku itu adalah perbuatan
yang salah. Seorang guru mestilah menyokong dan membantu pelajar untuk
mengembangkan dan meningkatkan kemahiran mereka. Sekiranya mereka
melakukan kesalahan, seseorang guru tidak seharusnya menggunakan kekasaran
tetapi seorang guru perlulah menasihati pelajar mereka terlebih dahulu. Oleh itu, aku
cuba sedaya upaya untuk melibatkan Fitri dalam perbincangan dan kerja-kerja
kumpulan yang aku berikan kepada para pelajar. Pada awalnya Fitri berasa amat
janggal dan tidak mahu menyertai aktiviti yang aku jalankan. Setelah kelas tamat, aku
memanggil Fitri dan berbincang dengannya akan masalah yang dia alami.
“Saya takut Cikgu Khai, haritu Cikgu Hashim pukul saya sebab saya bising dan saya
melukis dalam kelas dia. Saya risau jika saya bising dalam kelas Cikgu Khai saya
akan kena pukul lagi.” kata Fitri kepada aku.
“Fitri dengar sini baik-baik. CIkgu Khai tidak akan pukul Fitri sebab cikgu sayangkan
Fitri. Cikgu nak Fitri menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran. Jadi Fitri
haruslah sertai aktiviti yang cikgu jalankan.” pesan aku kepada Fitri.
“Baik cikgu, saya akan cuba yang terbaik.” janji Fitri kepada aku.
Pada keesokan harinya Fitri mula melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan
ceria ketika berada di dalam kelas. Para pelajar 5 Pintar sudah tidak dikenali sebagai
pelajar yang pasif dan pendiam malah menjadi pelajar yang disayangi oleh warga
sekolah. Aku sangat gembira kerana para pelajar sudah membuka pintu hati mereka
kepada aku dan menerimaku sebagai guru Bahasa Melayu mereka. Ucapan terima
kasih yang mereka ucapkan kepadaku merupakan pendorong aku untuk meneruskan
perjuanganku untuk mendidik mereka hari demi hari. Senyuman Fitri dan para pelajar
5 Pintar yang lain menunjukkan bahawa aku telah berjaya mengubah mereka untuk
menjadi pelajar yang lebih baik. Aku berharap pada masa hadapan, aku akan dapat
menolong pelajar-pelajar yang lain untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan
gemilang.

182
Jangan Paksa Saya
Hasil karya:
Preethy A/P Muniandy
preethy1109@gmail.com

MATA Pak Cik Moorthi mula berair. Badannya mula berpeluh. Berita yang diterima
melalui telefon bimbitnya telah menyebabkan perubahan yang berbeza terhadap En
Moorthi. “Apa sudah terjadi, En Moorthi! En Moorthi!” ayahku mula terkejut apabila
melihat perubahan Pak Cik Moorthi. Tanpa melengahkan masa, ayahku ambil telefon
bimbitnya dan mula bercakap. Muka ayah aku pun menjadi merah. Saya
tertanya-tanya, apakah punca yang menjadikan mereka menjadi macam itu.
“Ayah,apa dah jadi? Kenapa muka ayah dan Pak Cik Moorthi macam ini? Adakah
sesuatu terjadi? Ayah! Ayah!” ayahku tidak mengeluarkan sepatahpun. Ayah menaiki
kereta bersama Pak Cik Moorthi tanpa bercakap dengan saya.
Saya masih berada dalam kekeliruan. Pak Cik Moorthi bapa kawan baik saya, Leena.
Leena ialah seorang budak perempuan yang sangat cerdik dan baik hati. Dialah satu
satunya anak kepada Pak Cik Moorthi. Dialah kawan yang sentiasa berada di sisi
saya. Perkara yang sentiasa dia suka dan inginkan adalah kebebasan. PaK Cik
Moorthi hanya mengutamakan pendidikan.
Beliau tidak membenarkan Leena untuk bermain, bercuti dan juga bercakap dengan
kawan-kawan lain. Walaupun ia menekankan Leena, tetapi dia tidak pernah
meluahkannya kepada saya dan kawan-kawan lain. Leena akan berjumpa dengan
saya dengan satu lagi kawan, Chu Pauh secara sembunyi tanpa pengetahuan
ayahnya. Pak Cik Moorthi seorang yang tegas. Beliau sentiasa mahupun Leena
mendapat tempat pertama dalam pembelajarannya.
“Leena ini adalah jadual pembelajaran kamu. Ingat! Hanya dapat tempat pertama
dalam peperiksaan,”inilah kata-kata yang beliau menggunakannya kepada Leena
setiap kali sebelum peperiksaan bermula.
“Rithika, jangan paksa diri kamu sekiranya kamu berasa mengantuk. Simpan buku itu
dan pergi tidur,” ayah kata melihat mukaku.
Ayah saya seorang guru di sebuah sekolah menengah. Menurut pandangan saya,
saya tidak pernah lihat seorang guru dan juga ayah yang sangat hebat dalam dunia
ini walaupun dalam filem. Beliau tidak suka memaksa pelajar-pelajarnya dan juga
anaknya sendiri iaitu saya. Beliau membenarkan seseorang untuk membuat segala
aktiviti menggunakan cara mereka. Pendek kata, beliaulah guru yang paling hebat
dalam membaca minda dan memaham pelajar. Saya masih ingat hari itu. Itulah hari

183
Leena berpisah daripada saya dan Chu Pauh kerana dia mendapat tempat di sekolah
asrama penuh. Pak Cik Moorthi kelihatan sangat gembira terhadap Leena tetapi
muka Leena pula sangat sedih dan tidak ceria. Saya tidak sempat bercakap tentang
punca kesedihannya.
Hari berlalu. Pada suatu hari, ayah kelihatan sangat serius.
“Ayah, ada apa-apa masalahkah? Saya tidak pernah kelihatan ayah macam ini.”
Saya mula bercakap dengan ayah. “Arjun…….hhmmm…….tidak ada apa-apa. Kamu
pergi tolong ibu di dapur. Nanti ayah datang untuk makan malam,” balasan ayah
untuk soalan saya. Walaupun ayah tidak memberitahu apakah masalahnya, tetapi
saya sudah pasti bahawa ayah sedang fikirkan tentang suatu perkara yang berlaku di
sekolahnya. Keesokan hari, saya dapat melihat wajah ayah tidak tenang. Saya cuba
untuk menanya sekali lagi.
“Ayah, saya lihat ayah semacam je sejak semalam. Aoa sudah berlaku ayah?” saya
tidak dapat menahan kecurigaan saya. “Hmmm…Arjun. Saya tidak dapat
memahaminya. Dia pun seorang anak guru tetapi kelakuannya bukan seperti itu,”
ayah berasa kecewa. “Siapa itu Arjun ayah? Anak murid ayahkah?” saya Tanya balik.
“Ya. Dia seorang budak yang cerdik tetapi kelakuannya... Ayahnya pun tidak dapat
memahami masalahnya,” ayah menjawab soalan saya.
Saya memahami bahawa ayah berasa tertekan disebabkan seorang muridnya. Ayah
selalu menceritakannya tentangnya. Arjun ialah seorang budak yang sangat cerdik
dan mahir tetapi ayahnya sentiasa suruhnya membuat perkara yang tidak disukai
oleh Arjun. Oleh itu, Arjun tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan
mula membuat aktiviti yang memburukkan nama sendiri dan juga keluarganya.
“Ayah tengah fikirkan apakah caranya untuk mengubah kelakuan Arjun,” ayah mula
memproses pemikirannya.
Seorang guru haruslah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan seseorang murid.
Itulah ayat yang ayah akan gunakan setiap kali sekiranya anak-anak muridnya
menghadapi masalah. “Saya kena masuk ke dalam dunia Arjun untuk memahami
dirinya. Saya tidak kisah tentang pandangan guru-guru lain terhadap saya, tetapi
saya nak Arjun menjadi baik semula,” ayah membuka hatinya kepada saya. Saya
sudah dapat petunjuk bahawa ayah dapat membuatnya sekiranya beliau tekad untuk
membuat sesuatu.
Sejak hari itu, ayah mula bergaul rapat dengan Arjun dan menjadi sebagai kawan
baiknya. Bukan itu sahaja, beliau juga menyokong Arjun dalam semua situasi
walaupun guru-guru lain tidak menyukainya.
“Cikgu! Semua guru dan pelajar tidak suka akan saya. Saya seorang budak yang
hanya memberikan kesusahan kepada orang lain. Saya tidak dapat melihat cikgu

184
dibenci oleh guru-guru lain disebabkan saya seorang,” Arjun mula menangis di
hadapan ayahku. “Arjun, kamu tahu saya sedang buat semua ini untuk kamu sahaja
demi masa depan kamu. Saya nak kamu berubah. Peperiksaan semakin hamper.
Belajar bersungguh-sunguh dan tunjukkan kepada semua bahawa kamu boleh buat,”
ayah menyokong sambil memeluknya.
Sejak hari itu, Arjun mula berubah. Dia mula mengulangkaji pelajaran dan bergaul
dengan orang lain secara baik. Semua orang terharu dan gembira melihat perubahan
yang besar dalam diri Arjun. Semuanya berjalan dengan baik dan lancer sehingga
hari yang sangat sedih itu. Itulah hari Pak Cik Moorthi mendapat panggilan daripada
pihak sekolah Leena. Panggilan itulah yang membuatkan Pak Cik Moorthi dan
ayahku menjadi tegang. Selepas sejam selepas mendapat panggilan itu, ayah
menghubungi saya dan memberitahu saya untuk datang ke hospital bersama Chu
Pauh.
Saya tidak faham apa-apa pun, tetapi saya tahu perkara itu adalah tentang Leena.
Tanpa melengahkan masa, Chu Pauh dan saya bergegas ke hospital tersebut.
Selepas pergi ke hospital, saya dan Chu Pauh terkejut kerana Leena berada di atas
katil tanpa kesedaran diri. Dengan penuh kesedihan kami memeluk ayah dan
bertanya tentang punca keadaan Leena.
“Leena cuba bunuh diri di tempat pembelajarannya dengan minum racun. Dia berasa
sangat tertekan untuk belajar sesuatu yang tidak disukainya tanpa keizinannya,” ayah
menerangkan kepadan situasi yang berlaku kepada kami. Pak Cik Moorthi kelihatan
sanagt sedih. Beliau sedang menangis teresak-esak sambil melihat keadaan Leena
yang menyedihkan.
“En Moorthi, inilah keputusannya jika kita tidak memahami anak kita. Kita haruslah
memahami kesukaan mereka dan membiarkan mereka dalam cara mereka untuk
belajar. Ibu bapa haruslah menjadi kawan dan juga guru yang memahami anak,” ayah
menasihati Pak Cik Moorthi.
Masa itulah saya sedar satu perkara bahawa kita haruslah memberikan kebebasan
yang secukupnya kepada anak-anak kita supaya mereka dapat belajar dan hidup
dengan cara mereka. Ini akan memberikan kegembiraan dan juga kepuas hatian
dalam diri mereka. Seseorang guru tahu bahawa apakah yang terbaik untuk
anak-anak murid mereka. Seperti ayah saya, semua guru haruslah memahami
murid-murid mereka demi kehidupan mereka yang aman dan gembira.

185
Harga Sebuah Pengorbanan
Hasil karya:
Nur Irawatie Syi’ma binti Masnura
irsyiee869@gmail.com

ANGIN pagi menyapa lembut melalui pipi Cikgu Alisa, perhimpunan pagi Ahad SMK
Pangkor Jerami berjalan seperti biasa. Mencari kelibat salah seorang anak muridnya
yang berada di tingkatan lima iaitu Helmi.
“Syamil, Helmi mana?” tanya Cikgu Alisa sambil tersenyum manis kepada anak
muridnya yang pendiam itu.
“Helmi ada di kantin, cikgu,” balas Syamil dengan lembut dan sopan.
Terus Cikgu Alisa menuju ke tempat yang dikatakan Syamil itu untuk mencari Helmi.
Melihat kelibat anak muridnya yang berbadan gagah dan tinggi itu, dia terus
melemparkan senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.
Namun, seperti biasa Helmi hanya tidak mengendahkan gurunya itu sambil makan
nasi berlaukkan ayam goreng kegemarannya itu. Helmi dulunya seorang pelajar
yang pandai dalam akademik dan juga sangat aktif dalam sukan. Malangnya,
selepas penceraian ibu dan ayahnya, bakat Helmi itu seakan-akan pudar dan hilang
begitu sahaja. Dia berubah menjadi pelajar yang nakal dan suka membuat masalah
di sekolah. Perhatian keluarga yang kurang dari rumah sedikit sebanyak merupakan
punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah. Cikgu Alisa yang merupakan
guru kelas Helmi ketika dia berada di tingkatan tiga sangat arif dan tahu perwatakan
sebenar Helmi. Dia seorang pelajar yang hebat dalam pelajaran. Malah, dia berjaya
mendapat keputusan semua A dalam ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Oleh
sebab itu, Cikgu Alisa berasa sangat sedih dan kecewa apabila Helmi menjadi
bualan hangat di bilik guru bukan lagi sebagai pelajar cemerlang di sekolah tersebut
malah kerana sikapnya yang nakal di sekolah.
Cikgu Alisa, seorang guru yang sangat terkenal dengan keayuaannya dan dia sangat
akrab sekali dengan semua anak muridnya. Walaupun masih bujang, tetapi sikap
prihatin dan ambil berat terhadap anak-anak didiknya mirip sekali seperti kasihnya
seorang ibu terhadap anak-anaknya.
“Helmi, boleh saya jumpa awak sekejap di bilik guru selepas waktu sekolah nanti?”
tanya Cikgu Alisa dengan tenang. Sengaja Cikgu Alisa mahu bertemu Helmi pada
waktu itu untuk mengelakkan anak muridnya itu ponteng kelas sebelum tamatnya
waktu sesi persekolahan.

186
Helmi tidak membalas sepatah perkataan pun tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
Mengiakan tidak, menolak pun tidak.
“Cikgu harap awak tidak akan kecewakan saya, Helmi. Sekejap sahaja sudah
memadai. Saya tunggu di tempat saya,” sambung guru yang cantik molek sambil
tersenyum lagi.
Namun begitu, Helmi tidak juga memunculkan dirinya untuk bertemu Cikgu Alisa
sehingga selesai sesi persekolahan tamat pada hari itu.
° ° °
Setelah beberapa minggu sejak kejadian itu, tidak pernah sehari pun Helmi datang
ke sekolah. Pada suatu malam, Cikgu Alisa pergi ke pekan untuk membeli
barang-barang dapur untuk stok sebulan bersama-sama ayahnya. Walaupun masih
membujang, namun tanggungjawabnya kepada kedua-dua ibu bapanya seringkali
dia tidak lupa. Setelah selesai membeli belah di sebuah kedai runcit, Cikgu Alisa
singgah di sebuah warung untuk membungkus makan malam untuk ibunya. Dia
hampir terkejut kerana melihat anak murid yang dulu pernah rapat dengan dirinya,
sedang dimarahi oleh salah seorang pelanggan di kedai itu semasa dia mengambil
pesanan makanan.
“Tidak mungkin Helmi bekerja disini. Ibu dan ayahnya adalah daripada kalangan
orang berada. Walaupun selepas penceraian kedua ibu dan ayahnya, tidak mungkin
Helmi melalui hidup sesukar ini,” getus hati kecilnya.
Cikgu Alisa menegur anak muridnya itu dan sempat memberikan nasihat serta
sedikit wang untuk perbelanjaan Helmi. Dia tidak jemu menasihati Helmi untuk
datang ke sekolah dan belajar bersungguh-sunguh walaupun nasihatnya itu
seakan-akan masuk ke telinga kiri dan keluar di telinga kanan si Helmi.
° ° °
Helmi terpaksa pulang lewat pada hari ini ke rumah usangnya itu kerana banyak
kerja yang perlu diselesaikan di warung. Neneknya telah nyenyak tidur berlampikan
bantal yang telah pudar warnanya dan lusuh dimamah usia. Mungkin tertidur ketika
menunggu Helmi pulang. Rumah banglo yang didiami oleh Helmi sekeluarga kini
telah tergadai dek sifat suka berjudi ayahnya. Ibunya pula telah meninggal tiga bulan
yang lepas kerana menghadapi penyakit kanser payudara. Sejak penceraian kedua
ibu bapanya, hidup Helmi menjadi huru hara dan tidak teratur.
“Kenapalah hidup aku diuji sebegini? Dulu aku punya keluarga bahagia, rumah
banglo yang tersegam indah dan dinobat sebagai pelajar cemerlang tetapi semua itu
telah musnah. Bagaimana aku hendak ke sekolah, nak makan pun tiada duit apatah
lagi nak beli buku dan yuran persekolahan,” keluh si Helmi di dalam hati sambil
menatap wajah tua neneknya itu.

187
Tiba-tiba, air matanya keluar daripada tubir matanya dan mengalir deras di atas
pipinya itu.
° ° °
Keesokan harinya, tanpa diduga, Cikgu Alisa datang ke rumah Helmi untuk bertanya
khabar mereka sekeluarga. Cikgu Alisa berasa sangat terkejut kerana Helmi dan
neneknya hanya tinggal di rumah usang yang hampir reput dek anai-anai.
“Patutlah Helmi tidak bersemangat untuk belajar seperti dahulu lagi. Ketiadaan
sokongan ibu dan ayahnya mungkin menganggu prestasinya dalam pelajaran. Aku
harus membuat sesuatu,” getusnya perlahan.
Cikgu Alisa dengan lemah lembutnya memberi salam dan kelihatan nenek Helmi
sahaja yang berada di rumah. Tiba-tiba, nenek Helmi menjadi lemah longlai dan
terjelopok jatuh di atas tangga. Cikgu Alisa sedaya upaya memapah tubuh tua nenek
Helmi itu ke dalam keretanya dan terus meluncur laju ke hospital berdekatan
rumahnya itu. Cikgu Alisa segera memberikan pesanan ringkas melalui aplikasi
mesej menyatakan keadaan neneknya. Menurut doktor, nenek Helmi menjadi lemah
dan tiada tenaga kerana tidak mengambil makanan dan ubat mengikut waktu.
° ° °
Hampir luluh jantung Helmi apabila mengetahui bayaran bil pembedahan neneknya
yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Dia tidak mempunyai wang simpanan
kerana wang gajinya telah habis untuk membeli ubat neneknya selama ini. Helmi
bertekad untuk menjual organnya kepada kelab kongsi gelap secara haram untuk
membiayai yuran perubatan neneknya. Baginya, apa lagi jalan yang ada untuknya
mendapatkan wang dengan cara yang cepat. Nenek adalah satu-satunya ahli
keluarga yang dia ada sekarang. Cukuplah kehilangan papa dan mamanya telah
menjadikan hidupnya tidak menentu arah kini. Tanpa melengahkan masa, Helmi
terus ke premis kelab kongsi gelap itu pada malam itu juga. Mungkin dia tidak sedar
akan kelibat Cikgu Alisa yang mengikutinya daripada belakang ketika menuju ke
tempat itu.
“Kemana sebenarnya Helmi nak pergi ni?” monolog Cikgu Alisa bersendirian.
Perasaan Cikgu Alisa mula tidak tenteram dan terus menghubungi pihak berkuasa
sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
° ° °
Helmi masuk ke tempat persembunyian kelab kongsi gelap itu dan terus menyatakan
hasratnya untuk menjual salah satu buah pinggang miliknya. Bayangkan sebiji buah
pinggang sudah mencecah nilaian ribuan ringgit iaitu RM 22,500.
Petugas di kelab itu memintanya untuk duduk dahulu bagi membuat pemeriksaan
sementara menunggu “doktor” untuk melakukan pembedahan terhadapnya.

188
Cikgu Alisa dengan beraninya memasuki premis itu dan terus menghentikan
tindakan Helmi. Petugas-petugas itu berasa sangat marah dan terus mengeluarkan
senjata untuk memberhentikan perbuatan Cikgu Alisa kerana bagi mereka, Helmi
sengaja untuk menjatuhkan perniagaan penjualan organ secara haram mereka itu.
Tubuh kecil Cikgu Alisa terjelopok jatuh di atas lantai apabila ditolak oleh salah
seorang petugas yang betubuh sasa itu. Helmi tidak mampu menolong kerana
kepalanya juga telah diacukan pistol. Dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana
nafasnya bagai hampir terhenti.
Nasib baik pihak berkuasa telah sampai ke premis tersebut tepat pada waktunya.
Sesi tembak menembak hebat berlaku dalam premis kelab kongsi gelap itu dan
semua petugas hampir berjaya diberkas oleh pihak polis. Namun begitu, tanpa
diduga, seorang petugas kongsi gelap itu menembak Cikgu Alisa. Guru yang berani
itu terus digegaskan untuk dibawa ke hospital.
Ketika dalam ambulans, Helmi tidak putus-putus memberikan kata semangat kepada
gurunya untuk bertahan sehingga sampai di hospital.
“Saya harap cikgu mampu bertahan. Semua ini salah saya. Jika tidak dek akal
pendek saya untuk mendapatkan wang secara cepat, perkara ini tidak akan mungkin
berlaku,” kata Helmi.
“Tidak mengapa, Helmi. Berjanjilah kepada cikgu bahawa kamu akan terus berusaha
dan tidak mengalah selepas ini. Kemiskinan bukanlah halangan kepada kamu untuk
berjaya dalam hidup. Kamu mempunyai bakat besar dalam bidang pelajaran, jangan
sia-siakan bakat itu. Kamu juga tidak perlu risau tentang pembiayaan bil hospital
nenek kamu. Pihak sekolah sedang mengusahakan wang bagi menampung sedikit
sebanyak bayaran perubatan dan pembedahan nenek kamu. Apa yang penting
sekarang ni kamu jangan berputus asa,” kata Cikgu Alisa perlahan-lahan menahan
sakitnya.
Belum sempat Helmi mengucapkan terima kasih, Cikgu Alisa telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir dalam ambulans itu sebelum sempat tiba di hospital.
Helmi berasa sangat kecewa dengan sikapnya yang tidak mahu menerima nasihat
daripada cikgunya itu selama ini dan dia bertekad untuk mengubah nasib hidupnya.

° ° °
Kini telah sedekad berlalu, namun peristiwa itu masih segar bermain dalam
ingatannya. Masih tergambar jelas di ingatannya, wajah ayu Cikgu Alisa yang tidak
pernah lekang dengan senyuman itu. Tanpa pengorbanan seorang guru yang gigih
menyelamatkannya daripada lembah dan lorong kegelapan itu, tidak mungkin dia
dapat menggapai cita-citanya. Kini Helmi telah berjaya menjadi seorang arkitek yang

189
berjaya di Kuala Lumpur. Neneknya juga telah kembali sihat seperti sediakala.
Benarlah kata orang, tugas guru bukan hanya terhenti di dalam bilik darjah, tapi juga
di luar kawasan sekolah. Betul juga kata orang, tugas guru bukan hanya mengajar
sukatan pelajaran subjek, tetapi juga untuk mendidik akhlak. Kini Helmi sedar harga
kemanusiaan sukar dibeli, kasih sayang tidak mungkin akan bertukar ganti dan nilai
murni yang semakin bersemi. Harga sebuah pengorbanan guru kepada anak
didiknya sangat ternilai sehinggakan tidak mungkin akan ada galang gantinya.

190
Ribuan Terima Kasih
Hasil karya:
Preyangka Karunakaran
ranranjana99@gmail.com

“CIK Adania, bangun. Sudah lewat ini,” Bibik Suriati menggoncang tubuh Tengku
Adania. Tengku Adania yang masih diselimuti comforter menggeliat malas.
“Cik Adania, bangun. Aduh kamu ini, jangan nanti marah saya sekiranya kamu lewat
ke sekolah,” Bibik Suriati membebel dengan pelat jawanya yang pekat. Sejak dua
tahun lepas, itulah tugasan yang Bibik Suriati yang paling tidak gemar setelah
keceraian kedua-dua ibu bapanya di mana Tengku Adania terpaksa tinggal bersama
ibu tirinya yang hanya sibuk dalam pekerjaannya.
“Apa bibik ini, goncang-goncang saya. Saya tidak sukalah,” balas Tengku Adania
dengan kasar,rimas dan perlakuan pembantu rumahnya yang menggangu tidurnya.
Bibik Suriati menggelang-gelang kepala. Spotan dia mengurut dada yang beromabak
merah. Mana tidaknya, jam sudah tujuh dua puluh lima pagi, tetapi dia masih lagi di
rumah sedangkan waktu persekolahan bermula pada pukul tujuk puluh pagi. Dalam
keadaan kelam-kabut, Tengku Adania menuju ke meja makan. Pantas dia menjamah
roti bakar dan air milo yang dihidangkan dengan terkocoh-kocoh.
Tengku Adania masuk ke dalam kelas semasa Puan Arnid sudah memulakan
pengajaran subjek Matematik pada pagi itu.Dengan muka selamba, Tengku Adania
menuju ke tempatnya.Zatul yang duduk di sebelahnya tersenyum sumbing.
Memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir, kebanyakkan pelajar lebih suka
menghabiskan masa rehat dengan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Aktiviti
begitu memang sudah menjadi satu aktiviti wajib terutamanya bagi golongan ulat
buku. Tengku Adania terkecuali. Dia tetap menggunakan masa rehat bagi mengisi
perutnya. 5 Sains 2. Ini merupakan kelas Tengku Adania dan dia bergelar pelajar
Tingkatan 5.
Menjelang pukul sepuluh setengah loceng mula kedengaran kring, kringg, kringgg.
Loceng menandakan waktu rehat sudah tamat, sudah berbunyi nyaring. Sesi
pengajaran dan pembelajaran pun bermula, seperti biasa Cikgu Haizuizwa akan
memulakan pengajarannya dengan menasihati pelajarnya terlebih dahulu. Kali ini,
Tengku Adania sangat tersentuh dengan kata-katanya.
“Nanti bila kamu dah habis sekolah, dah kerja, ingat pesan Cikgu, jangan sombong
dengan ibu bapa kamu, gaji pertama beri pada mereka untuk mendapat keberkatan.
Sekarang ini tugas kamu ialah belajar. Saya tahu kamu berasa susah, tetapi fikirlah

191
tentang pengorbanan ibu bapa kamu yang penat lelah membesarkan kamu, tidak
sesusah kamu belajar”, pesan beliau kepada kami. Pesanan Cikgu ini sangat
terkesan untuk Tengku Adania. Sejak itu, Tengku Adania nekad untuk belajar
bersungguh-sungguh kerana dia sangat sensitif apabila disentuh mengenai ibu bapa.
Mata pelajaran lain tiada masalah bagi Tengku Adania tetapi masalahnya hanya
dalam subjek Matematik Tambahan. Cikgu Haizuizwa masih menggunakan teknik
yang sama iaitu menumpukan pada kumpulan-kumpulan kecil. Sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku seperti biasa hari demi hari.
Pada suatu hari, Tengku Adania terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa
Cikgu Haizuizwa akan berpindah ke Johor kerana perlu mengikut suaminya. Pada
hari itu, Tengku Adania berharap bahawa khabar angin itu tidak benar kerana dia
sangat selesa dengan cara cikgu mengajar bukan sahaja itu tidak lama lagi Tengku
Adania akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan depan. Dia mula mengenang
nasib aku jika Cikgu tidak mengajarnya lagi.Tengku Adania mula berfikir yang
bukan-bukan.
Walaupun Tengku Adania dan rakan-rakan yang lain sering tidak melakukan kerja
rumah yang diberi, sering mengguris hatinya, tetapi jauh di sudut hati mereka, mereka
sangat menyayangi beliau kerana sikap beliau yang tidak jemu melayan kerenah
yang nakal ini. Beliau sangat tabah kerana keputusan ujian kami sering tidak lulus,
tetapi beliau tidak pernah marah. Beliau terus mengajar tanpa rasa jemu dan
mengeluh.
Hari ini, Cikgu Haizuizwa masuk ke kelas seperti biasa, setelah sejam sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, beliau membuat satu pengumuman yang
mengejutkan kami.
“Baik semua, Cikgu ada perkara nak beritahu, tapi Cikgu rasa kamu tak akan
bersedih”, kata Cikgu kepada semua pelajar.
Ketua kelas bertanya,“Beritahu apa Cikgu?”.
Cikgu membalas, “Cikgu akan berpindah ke Johor dan akan mengajar di sekolah
yang baru, Cikgu harap kamu akan bersikap baik dengan Cikgu yang baru”
Semua pelajar memberikan respon yang sama iaitu bersedih dengan pengumuman
Cikgu tadi, begitu juga Tengku Adania. Sejujurnya, Tengku Adania sangat kecewa
kerana Cikgu akan berpindah sebelum silibus habis diajar. Maknanya, betullah apa
yang dia dengar sebelum ini, Cikgu akan berpindah.

Saya berasa sangat sedih setelah mngetahui bahawa berita ini adalah
benar. Perkara yang membuat saya berat hati apabila mendengar Cikgu ingin

192
berpindah ialah saya akan kehilangan seorang guru yang sering menasihati aku,
saya akan kehilangan seorang guru yang sangat profesional dengan kerjayanya,
saya akan kehilangan seorang guru yang pandai mengajar Matematik Tambahan
untuk pelajar yang lemah seperti saya. saya tahu guru lain tidak boleh mengajar
seperti beliau.
Sesampai di bilik guru, Tengku Adania lihat Cikgu Haizuizwa sedang mengemas
barangnya untuk berpindah lala saya menghampiri cikgu.
“Cikgu..betul ke Cikgu nak pindah?”, tanya saya kepada Cikgu Haizuizwa untuk
mendapatkan kepastian.
“Betul Hidayah, kenapa ni?”, tanya Cikgu Haizuizwa.
“Saya tak boleh terima Cikgu nak pindah, siapa nak ajar saya Matematik Tambahan
dalam kumpulan? Siapa yang nak nasihatkan saya selepas ini?”, tanya saya dengan
nada yang sedih.
“Selepas ini akan ada guru yang menggantikan saya, awak jangan risau ok?”, jawab
Cikgu kepada saya.
“Cikgu, saya minta maaf kalau saya ada menyinggung hati Cikgu, saya harap Cikgu
akan selalu pakai baju yang saya bagi itu. Kalau Cikgu nak tahu, baju itu saya jahit
sendiri semata-mata untuk Cikgu. Cikgu lain saya tak bagi tau. Cikgu jangan lupakan
saya ye Cikgu”, kata Tengku Adania kepada Cikgu Haizuizwa sambil menitis air
matanya.
“Hidayah, kamu jangan sedih. Cikgu sentiasa memaafkan dan mendoakan
pelajar-pelajar cikgu berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih sebab hadiahkan saya
baju kurung itu. Saya sangat terharu apabila dengar kamu jahit sendiri baju itu.
Daripada mana kamu tahu saiz Cikgu?”, kata Cikgu kepada saya.
“Terima kasih Cikgu. Saya tahu saiz Cikgu daripada adik Cikgulah. Hehe. Saya suruh
Aina rahsiakan daripada Cikgu. Selamat maju jaya Cikgu," saya membalas.
“Terima kasih sekali lagi, dah jangan sedih-sedih”, kata Cikgu Haizuizwa sambal
memelukku.
** Selepas tiga bulan kemudian **
Keputusan SPM akan diumumkan pada hari esok. Malam itu, Tengku Adania sempat
menuaikan solat tahajjud dan solat hajat, minta ditenangkan hatinya.
Usai solat subuh, Tengku Adania bersiap-siap mahu ke sekolah. Puan Najla dan
Tengku Adania berganding ke dewan sekolah. Sudah ramai pelajar yang berkumpul
dan beratur bagi mengambil keputusan. Kini tiba giliran Tengku Adania pula. Debaran
makin kencang terasa di dada lebih-lebih lagi mata pelajaran Matematik Tambahan.
“Assalamualaikum, cikgu,” Tengku Adania dengan sopan memberi salam kepada
guru kelasnya, Puan Mashitta.

193
”Waalaikumussalam,” Puan Mashitta yang terkenal dengan kelembutan seorang ibu
itu tersenyum manis. Wajahnya kelihatan berseri-seri.
"Tengku Qasih Adania binti Tengku Muiz. Betul bukan?” Puan Mashitta meminta
kepastian. Sudah dua kali Puan Mashitta menyelak slip-slip peperiksaan namun slip
peperiksaan milik Tengku Adania tidak dijumpai.
“Rasanya slip awak di tangan pengetua. Adania pergi bilik pengetua sekarang ya,”
arah Puan Mashitta.Tengku Adania bermonolog. Rasa cuak semakin meninggi,
setinggi gunung kinabalu ataupun mungkin sudah setinggi Gunung Everest.
“Assalamualaikum, puan pengetua,” sapa Tengku Adania.
“Wa’alaikumussalam,” Puan Jamelah mengukirkan senyuman. “Tahniah, Adania!
Awak sudah berjaya mengharumkan nama sekolah kita,” ujar Puan Jamelah. Sebaik
mendengan bicara Puan Jameleh, Tengku Adania cepat-cepat melihat slip keputusan
SPM pada tanganya.
Wah, semuanya dapat A+. Tidak cukup dengan lompat-lompat hadapan pengetua.
“Syukur, alhamdulillah….,” dalam suka-suka itu, Tengku Adania masih memanjat
kesyukuran kepada Allah yang Maha Kuasa. Tengku Adania tidak melupakan guru
Matematik Tambahan iaitu Cikgu Haizuizwa yang merupakan insan mencorakkan
Tengku Adania untuk mendapat kejayaan seperti ini.
Jika diberi peluang, saya ingin berjumpa dengannya dan mengatakan sejuta-juta
terima kasih untuk kejayaan yang saya perolehi ini. Tanpa cikgu kejayaan ini pasti
hanya satu khayalan sahaja. Pasti cikgu akan berasa bangga dengan pelajar yang
dahulunya lemah seperti saya akan berjaya dalam masa depan nanti. Seribu terima
kasih buatmu Cikgu Haizuizwa.

194
Dibalik Cahaya
Hasil karya :
Nurain Binti Abu Abbas
yasminmelur98@gmail.com

1: Permulaan lorong baharu


PAGI yang hening itu aku mulakan dengan sebuah senyuman dan fikiran yang positif-
dengan harapan hari pertamaku ditempat kerja bakal berjalan dengan lancar.
Bahan-bahan mengajar sudah aku sediakan, alat-alat tulis dan sedikit gula-gula juga
sudah selitkan didalam beg. Jam menujukkan 7 pagi. Masih punya waktu yang
berbaki 20 minit untuk aku berjalan ke Sekolah Rendah Bakti.
“Selamat pagi, cikgu!” seorang murid darjah satu menyapaku beserta sebuah
senyuman diwajahnya. Aku tersenyum.
“Selamat pagi, Hafiz.”
“Cikgu ingin ke sekolah, bukan? Boleh saya berjalan sekali?” Kerdipan matanya
mencuit hatiku.
“Tentu sahaja boleh,” aku mengusap kepalanya. Dia tersengih, menunjukkan barisan
giginya yang tersusun rapi.
Perjalanan selama 15 minit itu dipenuhi dengan kisah-kisah riang Hafiz berkenaan
kehidupan sehariannya. Bagaimana ibunya bangun awal untuk menyiapkan sarapan,
ayahnya bersiap untuk ke kebun getah, dan kakaknya yang membantu mengemas
rumah. Hafiz bukan anak yang kaya, malah keadaan hidupnya juga bukan dalam
golongan sederhana. Tetapi dia ‘kaya’ dengan semangat ingin menuntut ilmu yang
pastinya susah untuk dipupuk dalam diri kanak-kanak sepertinya.
2: bibit cahaya menerpa
“Cikgu.”
Aku mengangkat kepalaku, melihat wajah yang memanggilku ketika aku
menghentikan seketika pembelajaran di dalam kelas 6 Sina.
“Hafiz. Ada apa?” Aku memberi tumpuan kepadanya.
“Saya sudah habis baca buku yang cikgu sarankan minggu lepas. Boleh cikgu beri
cadangan buku-buku lain yang saya boleh baca?” Hafiz melihatku dengan matanya
yang bulat. Bersinar-sinar.
Hatiku tersentuh. Anak sekecil ini sudah mempunyai keinginan untuk menjelajah
ilmu-ilmu baru menerusi pembacaan buku.
“Saya pun nak, cikgu!” Alia mengangkat tangannya sambil tersengih.
“Saya pun!”

195
“Saya juga, cikgu!”
Di hadapanku, lebih kurang 10 daripada 12 pelajar mengangkat tangan mereka. Aku
tersenyum.
“Bagus, semangat membaca inilah yang cikgu mahu! Cikgu mahu lihat semua
berusaha mengembangkan potensi individu dari segi intelek,” buku ditanganku aku
angkat ke langit- tanda semangat.
“Intelek? Apa maksudnya, cikgu?” wajah-wajah berkerut kerana tidak memahami
maksudku menghiasi ruang mataku.
“Maksudnya, rakyat Malaysia perlu berilmu dan berpengetahuan tinggi, dimana
konsep rakyat berpengetahuan itu ialah mencintai ilmu pengetahuan, gemar
membaca, sentiasa menambah ilmu pengetahuan, berfikiran luas dan terbuka serta
memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk diri sendiri dan juga orang lain.”
Mata para pelajarku bersinar mendengar penjelasanku.
“Kalau macam tu saya mahu menjadi menjadi intelek!” Hafiz mengangkat buku cerita
kanak-kanak ditangannya. Pelajar-pelajar yang lain menepuk tangan tanda sokongan.
Aku ketawa melhat keletah masing-masing.
Sedang aku ralit meneliti wajah-wajah suci dihadapanku, mata aku terhenti pada
wajah sugul Hafiz. Ah, baru kuteringat! Hafiz sudah berusia 12 tahun namun dia
masih menghadapi kesukaran membaca. Bacaannya kurang lancar dan dia juga
menghadapi kesukaran untuk mengeja dengan betul. Ketika rakan-rakannya yang
lain sudah mula membaca buku-buku remaja, Hafiz masih lagi membaca cerita
kanak-kanak. Tidak tahan melihat kesugulan wajah tersebut, segera aku
menamatkan kelas tersebut.
“Hafiz, boleh awak tunggu kejap?”
Dia merenungku. Wajahnya masih sugul seperti tadi.
“Boleh cikgu.”
2: terang
Di dalam kelas 4 Sina, aku dan Hafiz duduk bertentangan. Aku merenung wajahnya
yang menunduk sayu. Tanganku mengambil buku ceritanya.
Sang Itik Yang Hodoh.
“Hafiz, awak dah baca sampai habis cerita ini?”
Dia masih menunduk.
“Sudah, cikgu.”
“Awak tahu pengakhiran ceritanya, kan?”
“Tahu.” Wajahnya diangkat dan dia membalas renunganku.

196
“Macam itu lah kita dalam hidup ni.. Jangan cemburu dengan orang yang lebih hebat
dari kita kerana dengan usaha, pasti kita juga mampu berjaya seperti mereka,” aku
senyum.
“Maksud cikgu?”
“Cikgu nak awak sentiasa berusaha membaca. luangkan sedikit masa untuk
membaca. Cikgu percaya suatu hari awak pasti dapat mengatasi masalah awak.
Sekarang ni cikgu nak awak luangkan masa untuk belajar membaca dengan cikgu
setiap kali habis kelas hari ini, boleh?”
“Boleh ke cikgu?” Senyuman terukir di wajahnya.
Aku membalas senyuman manis itu.
“Cikgu akan buat apa sahaja untuk anak-anak murid cikgu.”
“Boleh kita mula sekarang? Saya dah bagitahu ayah saya yang saya balik lambat sikit
sebab nak baca buku di perpustakaan,” hati aku tersentuh melihat semangat yang
membara dalam diri Hafiz. Ah, budak sekecil ini pun sudah mengerti kepentingan
membaca!
Buku cerita aku buka. “Mestilah boleh.”
Maka, bermulalah satu titik permulaan perjuangan aku dalam mendidik anak muda
mengembangkan ilmu pengetahuannya.
3: visual sinar
Sejurus habis kelasku, Hafiz menantiku seperti biasa untuk belajar membaca dan
mengeja denganku. Namun aku perasan ada sesuatu yang lain pada hari itu.
Tangannya kosong tanpa buku.
Perlahan-lahan dia melangkah kepadaku. Wajahnya menunduk.
“Cikgu.”
“Ya, Hafiz.”
“Saya rasa nak berhenti belajar membaca.”
Aku terkedu. Tutur kataku hilang ditelan bunyi sepi. Wajah Hafiz aku tatap
sedalam-dalamnya. Pelbagai soalan bermain di mindaku. Mengapa? Kenapa? Hafiz
suka membaca, apa yang menyebabkan dia mengambil tindakan itu?
“Kenapa, Hafiz? Awak dah makin lancar membaca. Awak dah pandai mengeja. Apa
yang mendorong awak untuk berhenti membaca?”
Dia senyap. Wajahnya sayu.
“Semalam.. saya cuba baca buku yang Alif baca,” dia mula menangis.
Alif- pelajar paling pandai di kelasku. Alif suka baca buku yang tebal. Fikiranku dapat
meneka apa yang Hafiz hadapi.
“Saya tak mampu, cikgu. Alif.. satu muka surat tu dia mampu habiskan dalam masa
tak sampai tiga minit. Tetapi saya? Sepuluh minit saya tergagap baca. Saya malu.

197
Saya tak mampu…,” Hafiz tersedu-sedu menangis. Dia menekup wajahnya dengan
tangan.
Semangat Hafiz runtuh disebabkan kerana terlalu mahu mengikut orang lain. Aku
mengusap kepalanya.
“Hafiz, awak masih ingat apa yang jadi pada si itik di akhir cerita?”
“Dia jadi cantik seperti adik-beradiknya yang lain.”
“Awak pun akan jadi macam tu juga.”
Hafiz mengangkat wajahnya. Air mata yang membasahi pipi aku usap perlahan.
Senyuman dilemparkan.
“Tapi dengan syarat awak tak boleh berputus asa. Awak kena terus usaha dan jangan
fikir apa yang orang lain boleh buat tetapi awak kena fikir apa yang awak nak capai.
Saya tahu awak boleh buat.”
“Kenapa saya lambat membaca, cikgu? Saya cemburu tengok kawan-kawan yang
lain dapat membaca buku cerita dihadapan kelas dengan lancar. Tetapi saya..,” Hafiz
tidak dapat menghabiskan ayatnya disebabkan air mata yang kian membasahi pipi.
“Hafiz, dalam hidup ini awak jangan terlalu membandingkan hidup kita dengan
kehidupan orang lain. Macam buku, bab kita mungkin berbeza dengan bab orang lain.
Hidup setiap manusia itu berbeza dan yang paling penting adalah sikap kita untuk tak
pernah berhenti berusaha.”
Hafiz perlahan-lahan mengangguk.
“Terima kasih, cikgu. Saya akan terus berusaha.”
Dan seperti hari-hari sebelumnya, Hafiz duduk dihadapanku dengan buku ceritaku
dan mula bercerita tentang Si Buaya dan Si Kancil.

4: sinar masih wujud


“Tempat pertama jatuh kepada.. Mohd Hafiz bin Abdullah!”
Tepukan gemuruh kedengaran dalam dewan SK Syed Jailudin. Dengan rasa bangga,
aku bangun memberikan tepukan kepada Hafiz yang telah memenangi pertandingan
bercerita peringkat negeri. Hafiz berjalan ke atas pentas dengan senyuman seluas
alam- terharu, gembira, tersentuh dan bermacam-macam lagi perasaan jelas
terpapar pada ekspresi wajahnya.
Sejurus sahaja Hafiz turun dari pentas, dia terus meluru ke arahku yang berada di
belakang dewan.
“Cikgu! Saya berjaya!”
“Alhamdulillah. Cikgu bangga dengan awak, Hafiz. Cikgu tahu awak boleh buat dan
sekarang awak dah buktikan kepada cikgu.”

198
“Terima kasih, cikgu. Terima kasih kerana sudi ajar saya yang lemah membaca ini di
kala guru lain menolak saya ketepi kerana saya melambatkan proses pembelajaran.
Tanpa cikgu saya tidak mungkin berada di sini hari ini.” Air mata gembira jatuh dari
pipinya. Hatiku tersentuh dan sebak.
“Sebenarnya semangat awaklah yang membuatkan cikgu turut bersemangat untuk
mengajar awak. Cikgu harap awak mampu memanfaatkan ilmu yang cikgu turunkan
dengan sebaik-baiknya.”
“Terima kasih, cikgu. Saya sayang cikgu.”

199
Tekad
Hasil karya:
Nur Adriana Safi binti Suhimi
adrianasafi0@gmail.com

“KRING...!” Loceng sekolah berbunyi menandakan bermulanya waktu rehat yang


telah dinanti-nantikan oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sri Jaya.
“Kau tahu tak tadi cikgu Halim marah Ajim sebab dia tak siapkan kerja rumah,” kata
Ali yang bercermin mata bulat itu kepada Nisa, rakan sekelas dan serehatnya.
“Biarkanlah, siapa yang suruh dia tak siapkan. Kenapa perlu cari nahas sedangkan
dia pon tahu yang cikgu Halim tu garang,” jawab Nisa yang bertubuh montel itu.
“Ehem ehem,” batuk Cikgu Halim sambil mengusap misai bertaringnya setelah
terdengar celoteh kedua-dua muridnya sebentar tadi. Mereka bertempiaran lari
apabila menyedari bahawa Cikgu Halim telah memasang telinga terhadap perbualan
mereka. Cikgu Ali yang baru sahaja habis mengajar tertawa kecil melihat telatah
murid-murid berkenaan yang takut akan Cikgu Halim, guru disiplin sekolah tersebut.
“Assalamualaikum, Cikgu Halim. Banyak buku di tangan harini. Kerja rumah budak
ke?” sapa cikgu Ali mesra. Cikgu Halim buat endah tak endah terhadapnya.
“Hmmmmm. Dia tak dengar ke tadi?” monolog cikgu Ali yang cuba untuk berfikiran
optimistik. Dia juga tertanya-tanya adakah sikapnya menegur Cikgu Halim minggu
lepas setelah Cikgu Halim menjerit marah terhadap seorang murid tahun 3 yang
terkial-kial untuk menulis namanya sendiri mengundang rasa kecil hati cikgu disiplin
sekolah tersebut.
Perjalanan cikgu Ali untuk pergi ke kantin terbantut apabila dia ternampak
seorang murid perempuan sedang duduk termenung di dalam kelas berseorangan.
“6 Dinamik,” baca Cikgu Ali akan nama kelas tersebut. Murid perempuan itu terkejut
dengan kehadirannya lantas segera keluar dari kelas tersebut dan menuju ke tandas.
Cikgu Ali sempat memerhatikan tag nama murid itu tetapi mematikan niatnya untuk
menegur murid tersebut kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa murid itu tidak
mahu diganggu.
“Syazleen,” bisik Cikgu Ali perlahan.

RUMAH SYAZLEEN
Syazleen yang baru sahaja pulang dari sekolah terus berlari ke biliknya.
Suasana muram di rumah itu menimbulkan segala nostalgia di benak fikirannya.

200
Syazleen lantas teringat kembali akan memori terakhirnya bersama Dato’ Ismail dan
Datin Izzaida iaitu ayah dan mamanya.
“Ayah kena pergi merantau dengan mama kamu untuk urusan bisnes. Kamu duduk di
rumah bersama Maktok ya,” ujar Dato’ Ismail kepada Syazleen. Anak daranya itu
hanya mengangguk-anggukan kepala. Diam tak terkata. Nampak sangat rajuknya.
Ayah dan mama Syazleen adalah pasangan usahawan terkemuka Malaysia
yang memiliki projek bernilai jutaan ringgit. Tidak hairanlah jika mereka perlu
bekerja sehingga ke luar negara. Walaupun begitu, mereka tidak pernah
menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak menghabiskan masa bersama
anak dara tercinta. Malangnya, projek terbaru syarikat memaksa mereka untuk
meninggalkan Syazleen seketika di rumah agam mereka.
Namun, Syazleen tetap tidak suka apabila ayah dan mamanya keluar
merantau tanpa membawanya bersama.
“Mama dengan ayah kena cepat balik,” bisik Syazleen perlahan semasa mereka
berdua ingin masuk ke dalam kereta.
“Baiklah Leen, nanti mama hadiahkan kasut Puma Basket yang Leen nakkan tu ya,”
pujuk Datin Izzaida. Syazleen serta merta tersenyum mendengar pujukan mamanya
itu. Dia memang sudah lama teringin untuk memiliki kasut Puma ekslusif tersebut.
Syazleen mencium tangan kedua ibu bapanya dan mengucapkan selamat tinggal
kepada mereka.
*Keesokan harinya*
Syazleen segera berlari ke arah televisyen selepas pulang dari sekolah untuk
menonton rancangan kartun kegemarannya.
“Pergi mandi dulu,” ujar Maktok yang sedang asyik menonton berita tengahari itu
sambil mengangkat alat kawalan jauh yang hampir diambil oleh cucunya itu. “Ala
maktok ni, kacau daun betul,” rajuk Syazleen.
“Sebuah kapal terbang yang ingin menuju ke Los Angeles telah terhempas kerana
kegagalan ruangan enjin beroperasi. Setakat ini beberapa orang rakyat Malaysia
yang terlibat dapat dikenalpasti termasuklah usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’
Ismail dan Datin Izzaida. Saya Nur Malin Zakaria melaporkan kepada berita TV0.”
Langkahan kaki Syazleen terhenti apabila dia terdengar berita ini. Dia yang
baru sahaja berhasrat untuk menyegarkan diri hanya mampu terkesima apabila
ternampak gambar ayah dan mamanya terpampang di skrin televisyen 110 incinya.
Maktok yang sedang bersenang-lenang di atas sofa segera bangun dari pembaringan
dan berlari mencapai telefon bimbitnya untuk memastikan kesahihan berita tersebut.
Belum sempat dia mencari nombor sekretarinya, satu panggilan telefon daripada
polis telah mengesahkan perkara berkenaan.

201
DI SEKOLAH
Syazleen masih berada di dalam tandas. Bergaul dengan orang lain
merupakan perkara utama yang ingin dia elakkan. Ikutkan hati, dia tidak mahu
menjejakkan kaki ke sekolah tetapi kerana teringatkan pesan ayahnya yang
menyuruhnya belajar bersungguh-sungguh, digagahkan jua kakinya untuk
melangkah datang.
“Jom Syazleen kita ke kelas”, monolognya kepada diri sendiri.
*Bilik guru*
Habis waktu rehat, semua guru bersiap sedia untuk bergerak ke kelas
masing-masing tidak terkecuali Cikgu Ali.
“Aku risau la dengan Syazleen ni Halim. Dia asyik termenung sahaja semenjak
kematian kedua ibu bapanya. Sudahlah dia murid harapan sekolah.
Latihan-latihan yang aku berikan juga tak tersiap. Kau kena disiplinkan dia ni Halim,”
pinta Puan Salma yang sudah memang dikenali kerana mulut becoknya kepada
Cikgu Halim.
Cikgu Ali yang terdengar perbualan mereka berdua segera menyampuk,
“Jangan terlalu berkeras dengan budak itu. Jika kita berada di tempatnya sudah
pasti kita juga akan bersedih. Syazleen juga baru berusia 12 tahun. Dia datang ke
sekolah pon saya rasa sudah cukup besar rahmatnya.”
Cikgu Ali berlalu pergi setelah menyatakan pendiriannya. Dia berasa sedikit
kesal akan sikap sesetengah guru yang hanya memikirkan keputusan hitam putih
peperiksaan tanpa mengambil kira kesihatan emosi dan mental murid. Cikgu Ali
bertekad untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Syazleen.
Sudah beberapa hari cikgu Ali pergi ke kelas 6 Dinamik dan setiap kali dia
berada di sana, Syazleen akan mengelakkan diri daripadanya. “Agaknya dia sudah
tahu akan niat aku untuk mengambil tahu pasalnya.” Dia mengambil keputusan untuk
meminta izin guru kelas Syazleen bagi melihat buku rekod murid berkenaan. Dia
agak terkejut dengan penurunan mendadak prestasi Syazleen semenjak kematian
ibu bapanya. Guru kelas Syazleen, Cikgu Murni juga menyatakan bahawa Syazleen
sudah tidak fokus dalam kelas seperti dahulu malahan dia sering melihat Syazleen
bersama-sama dengan beberapa orang pelajar sekolah menengah di pusat
membeli-belah.
“Kenapa Murni tak beritahu pihak sekolah? Murni boleh sahaja menegur Syazleen
ketika itu,” soal cikgu Ali.

202
“Saya sudah cuba untuk menegur Syazleen tetapi rakan-rakannya menyuruh saya
untuk menjaga tepi kain sendiri,” jawab cikgu Murni yang menggoyangkan jari
telunjuk dan jari hantunya ketika menyebut perkataan rakan.
Cikgu Ali yang sudah pun berlalu pergi untuk ke kelasnya segera menoleh
apabila cikgu Murni tiba-tiba memanggilnya.
“Saya lupa nak beritahu bahawa hari ini Syazleen tidak hadir ke sekolah. Walaupun
dia sudah jarang fokus di dalam kelas, dia tidak pernah ponteng sekolah. Saya
berhasrat untuk menjenguknya selepas ini. Adakah awak mahu turut serta?”
Cikgu Ali bersetuju untuk mengikut cikgu Murni ke rumah Syazleen.

RUMAH SYAZLEEN
Kedua-dua pendidik itu berasa tidak sedap hati lalu mereka mempercepatkan
langkahan mereka ke rumah agam tersebut. Kehadiran mereka disajikan dengan
linangan air mata Maktok yang risau akan cucunya yang sudah tidak pulang
semalaman. Maktok bertanyakan kepada mereka berkenaan dengan Syazleen sama
ada cucunya itu masih berada di sekolah. Cikgu Ali yang memang sudah
mengetahui jawapannya segera menghubungi polis sementara Cikgu Murni
menenangkan Maktok yang hampir pengsan setelah mendengar jawapan daripada
mulutnya.
Pasukan Mencari dan Menyelamat sedang giat menjalankan tugas mereka.
Mencari seorang budak di tengah-tengah bandar bukanlah suatu perkara yang
mudah. Kedua-dua guru tersebut juga menolong pihak polis mencari Syazleen.
Selepas 3 jam pencarian, Syazleen akhirnya dijumpai di sebuah lorong gelap
bersama dengan seorang makcik tua gelandangan yang sememangnya sudah
berada di situ sejak sekian lama. Makcik itu hanya membantu menjaga Syazleen
kerana dia risau perkara buruk akan berlaku jika dia membiarkan Syazleen
berkeliaran seorang diri.
“Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana telah menemukan cucuku kembali,”
ucapan syukur Maktok kedengaran di setiap pelosok rumah.
“Kamu pergi mana Syazleen, Maktok berasa sangat risau. Jangan buat begini lagi ya,”
pinta Maktok sambil memeluk Syazleen.
“Maafkan Leen, Maktok. Leen tak akan buat lagi,” kesal Syazleen sambil menangis
teresak-esak. Perasaan takut Syazleen terhadap dunia luar masih belum reda
akibat pengalaman peritnya itu. Syazleen juga menerangkan kepada pihak polis
bahawa dia keluar bersama rakan-rakannya untuk mengubati kesunyiannya tetapi
rakannya meninggalkan dia terkontang-kanting berseorangan setelah mereka

203
mengambil duitnya secara paksaan. Mereka hanya meninggalkan dua ringgit
kepadanya untuk perjalanan pulang.
“Saya meminta belas ehsan pakcik teksi untuk menghantar saya sehingga ke depan
rumah tetapi dia segera menghalau saya keluar dari teksinya apabila mengetahui
saya hanya mempunyai dua ringgit,” terang Syazleen kepada pihak polis.
Kenyataan tulus Syazleen menyebabkan kedua-dua pendidik tadi berlinangan air
mata. Mereka tidak menyangka bahawa masih ada lagi manusia yang tidak
bersimpati atas kesusahan orang lain.
“Syazleen hanyalah budak kecil! Sanggup mereka berbuat begitu kepadanya,” marah
Cik Murni.
“Maafkan Leen Cikgu Murni. Leen berjanji tidak akan mengulangi perkara sebegini
lagi. Leen rasa kosong sangat setelah ayah dan mama tiada,” ujar Syazleen.
“Cikgu maafkan kamu Syazleen. Lain kali berkomunikasilah dengan rakan-rakan
sekelas kamu. Mereka juga ingin berkawan dengan kamu tetapi oleh kerana sikap
kamu yang seakan-akan dingin, mereka tidak tahu untuk memulakan perbualan.
Tambahan pula, semenjak ibu bapa kamu meninggal, kamu sudah semakin menjauh
daripada mereka,” nasihat cik Murni. Syazleen hanya merenung kasut putih
berjenamanya yang sudah kotor terkena tanah. Dia berasa bersalah dengan Cikgu
Murni Dan Cikgu Ali yang selama ini ingin menolongnya.
“Hai, nama saya Cikgu Ali,” sampuk Cikgu Ali dengan tona yang ceria kerana dia
ingin cuba memecahkan suasana kekok tersebut.
“Cikgulah yang selalu melihat kamu ketika kamu di dalam kelas berseorangan.
Maaflah jika selama ini kamu rasa tidak selesa. Cikgu hanya ingin menyapa kamu
yang bersedih semasa itu,” cakap cikgu Ali dengan jujur.
“Hai cikgu Ali,” balas Syazleen dengan malu-malu. Malu dengan sikapnya yang
selalu lari itu mungkin. Ataupun malu dengan keadaannya yang sangatlah kusut
masai sekarang.
“Cikgu balik dulu ya. Jangan lupa untuk datang ke sekolah esok. Nota kelmarin
sudah cikgu berikan kepada ketua kelas,” pesan cikgu Murni kepada Syazleen.
Sebelum kedua-dua guru tersebut berangkat pulang, Syazleen berlari-lari
anak ke bahagian beranda rumahnya dan bertindak untuk menjerit ‘terima kasih cikgu’
di situ. Cikgu Ali dan Cikgu Murni tersipu-sipu malu dengan jiran-jiran Syazleen
yang telah berkumpul di hadapan rumah agam tersebut setelah mendengar siren
polis.
“Kenapa awak begitu bersemangat untuk melibatkan diri awak dengan Syazleen,”
tanya Cikgu Murni kepada Cikgu Ali.
“Entah,” jawab cikgu Ali pendek sambil mengangkat bahunya.

204
“Amboi, pendeknya jawapan. Saya jawab ya. Mungkin sebab awak tu ada ciri-ciri
guru yang sebenar,” puji cikgu Murni.
“Mungkin. Awak pon apa kurangnya,” balas cikgu Ali sambil tersenyum.
Kedua-dua pendidik itu melangkah pergi daripada rumah agam tersebut.
Mereka yang baru setahun jagung meniti alam pendidikan berjanji bahawa mereka
akan setia menjadi pembimbing yang bagus kepada anak murid mereka. Suasana
di dalam kenderaan yang sunyi itu menjadi saksi tekadnya azam dua orang guru
untuk membantu anak bangsa Malaysia.

205
Sentuhan Fajar
Hasil karya:
Nurul Izzati Fahida binti Mohd Arshad
t7-30292@ipgmipoh.edu.my

“PAPP!” bunyi hempasan buku pada meja di penjuru bilik guru itu memecahkan
kesunyian yang sudah sekian lama mengisi tempat di situ. Sekaligus ianya
mengejutkan aku dari fokus yang tertumpu pada buku laporan pengajaran harian
yang telah dibuka sejak sejam yang lalu. Guru yang lain juga tersentak dengan bunyi
tersebut. Masing-masing menjengah mencari dari mana datangnya bunyi itu. Aku
pula hanya mencuri pandang dari sebalik komputer riba yang terbuka di atas mejaku.
Terdengar suara Cikgu Azizah merungkai persoalan, “Ada apa Cikgu Zaidah? Apa
yang sudah terjadi?
“Seperti biasa cikgu, murid kelas 4 Kekwa itu. Suka benar menyusahkan saya”,
rungutnya sambil mengurut kepala yang dipangku dengan sebelah tangan.
“Oh, itu perkara biasa cikgu. Pasti murid yang sama, bukan?” balas Cikgu Azizah
dengan wajah yang mencebik.
“Siapa lagi kalau bukan dia, cikgu. Saya sudah buntu memikirkan cara untuk menarik
perhatiannya di dalam kelas tapi satu pun tidak menjadi,” sambung Cikgu Zaidah.
Benak fikiranku pantas sahaja membayangkan keadaan kelas yang disebut
termasuklah murid yang menimbulkan masalah kepada guru-guru di sini. Seingat aku,
sepanjang tiga minggu aku ditugaskan di sekolah ini, isu ini tidak pernah timbul.
Hanya pernah sekali dua terdengar cerita tentang permohonan pertukaran seorang
guru yang juga mengajar di kelas 4 Kekwa itu. Tidak pula aku maklum akan sebab
musabab mengapa pertukaran itu menjadi masalah besar buat para guru di sini.
Almaklum sahaja, sebagai orang baharu di sekolah ini, aku lebih senang
mendiamkan diri dan mengelakkan diri daripada menanyakan perkara-perkara
sensitif.
Langkah ku hayun sedikit berat untuk melangkah keluar dari bilik itu.
Perjumpaaan ringkas dengan guru besar sebentar tadi membuatkan aku hilang butir
kata untuk diluah. Aku ditukarkan untuk mengambil alih tugas di kelas 4 Kekwa.
Entah apa yang silap, aku juga tidak pasti dengan tugas ini.
“Ahh… tidak mengapalah. Tiada salahnya jika aku mencuba. Kata orang, tak kenal,
maka tak cinta”, getus hatiku menyedapkan hati.

206
Keesokan harinya aku terus mengajar di kelas tersebut. Aku memulakan hari
aku dengan niat dan persepsi yang baik bahawa tiada apa akan berlaku dan apa
yang aku dengar dari mulut guru-guru yang lain hanyalah berita palsu.
Alhamdulillah, syukur. Hari itu, semuanya berjalan lancar. Sesi pengajaran
dan pembelajaranku di 4 Kekwa mengikut perancanganku. Melakukan aktiviti seperti
mana aku lakukan di kelas-kelas lain. Mereka memberikan kerjasama yang baik.
Cuma benarlah, ada satu dua silap yang aku sendiri tidak boleh elakkan seperti
anak-anak yang cuba untuk tidak terlibat dengan sesi aktiviti. Aku tidak menjadikan itu
masalah utama kerana aku masih baru dan aku yakin mereka memerlukan masa
untuk menyesuaikan diri dengan diriku. Bahkan, aku juga amat butuhkan masa untuk
kenali mereka seorang demi seorang kerana memang begitulah lumrahnya sebagai
seorang guru untuk mendalami personaliti dan latar belakang murid-muridnya.
Sudah dua hari aku mengajar di kelas 4 Kekwa, tiada masalah yang aku
hadapi yang memberatkan kepalaku apatah lagi menyukarkan hari aku di sekolah.
Aku melangkah menuju ke arah garaj kereta dengan langkah yang laju untuk segera
pulang. Lima jam pengajaran hari ini benar-benar menguji kekuatan aku. Mungkin
lama-kelamaan aku akan terbiasa dengan perubahan ini.
Kelihatan Cikgu Zaidah yang juga menuju ke keretanya, kami berjalan beriringan.
“Bagaimana Cikgu Razita? Adakah semuanya baik-baik sahaja?” sapa Cikgu Zaidah
sambil menoleh ke arahku.
“Alhamdulillah, semuanya okay, cikgu”, jawabku dengan senyuman.
Perbualan kami tidak panjang memandangkan hari sudah lewat, jam sudah
pun pukul 4 petang dan aku harus segera pulang. Namun, perjalanan pulangku
ditemani dengan banyak persoalan. Sejak akhir-akhir ini, aku asyik saja diduga
dengan soalan sebegitu oleh rakan-rakan guru yang lain. Entah apa yang salah
dengan murid-murid 4 Kekwa aku juga tidak mengerti. Aku yang tidak cakna atau
mereka yang terlalu berfikiran negatif.
Di rumah, aku masih lagi berjaga biarpun jam sudah menunjukkan pukul
12.30 tengah malam. Buku-buku latihan masih ada yang belum habis diperiksa.
Menyiapkan laporan pengajaran harian juga memerlukan masa yang lama
memandangkan hari ini laporan mesti dilakukan untuk tiga kelas.
Buku-buku yang tersusun elok di atas meja aku ambil dan diperiksa
satu-persatu. Mengajar subjek Bahasa Melayu bukanlah mudah meskipun ianya
dilihat sebagai subjek yang senang kerana sebagai seorang guru yang mendalami
ilmu dalam subjek ini, aku telah merasakan jerih payahnya untuk mahir dalam bidang
ini.

207
Satu daripada buku-buku latihan itu mencuri fokusku. Seperti ada yang tidak
kena pada anak ini. Kerisauan tiba-tiba sahaja menjengah dalam mindaku sekarang.
Apabila diingat kembali satu-persatu wajah anak-anak 4 Kekwa, aku tidak dapat
mengecam yang mana seorang daripada mereka yang bernama Haziq. Tidak
mengapalah, akan ku lakukan sesuatu pada hari esok, tekadku di dalam hati.

* * * * * *

Seorang demi seorang nama mereka ku panggil untuk mengambil kembali


buku-buku kerja mereka. Ini salah satu cara untuk aku mengingat nama
murid-muridku. Sekaligus untuk aku mengenali mereka dengan lebih rapat.
“Muhammad Haziq bin Ahmad Razif”, tibalah nama yang aku panggil merupakan dia
yang aku tunggu-tunggu. Anak itu datang ke arah ku lalu berdiri di tepi meja di mana
tempat aku sedang duduk.
“Haziq, cikgu nak tanya sesuatu, boleh?” ku mulai dengan sehalus yang mungkin. Dia
hanya mengangguk sambil bola matanya asyik memandang ke luar kelas.
“Kenapa Haziq conteng buku Haziq? Kenapa Haziq tidak melakukannya seperti cikgu
ajar semalam? Haziq tidak faham ya apa yang cikgu ajar semalam?” soalku lembut
sambil menunjukkan buku kerjanya.
“Sudah. Haziq sudah buat macam yang Haziq faham. Tapi kawan-kawan semua
mengejek Haziq kerana Haziq buat berbeza dengan mereka”, jawabnya, memandang
sekilas ke arah ku.
Tamat sahaja sesi di kelas 4 Kekwa, fikiran aku tidak putus memikirkan
tentang anak itu. Haziq ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan para
guru. Ada satu hal yang tidak disedari oleh guru yang lain tentang keadaan Haziq.
Saat itu barulah aku memikirkan logik akalnya tentang apa yang menjadi buah mulut
para guru di situ.
“Pasti Haziq. Aku yakin”, getus aku sendirian.
Di bilik guru, aku teringat tentang apa yang aku pelajari sewaktu menerima
latihan perguruan beberapa tahun yang lepas. Aku pernah menerima tugasan untuk
menjalankan sebuah kajian tentang kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Satu darinya ialah disleksia. Ya, disleksia. Aku yakin bahawa Haziq
mengalami simptom disleksia.
Pada masa yang sama, fikiranku ligat mengingat kembali hasil tulisan Haziq
dalam buku latihan yang dikerjakannya. Sempat juga aku membelek-belek buku di
dalam rak di sampingku semata-mata untuk mencari bukunya. Nahh, jumpa akhirnya.
Beberapa huruf ditulis terbalik dan songsang.

208
D.I.S.L.E.K.S.I.A. Laju sahaja jariku menaip mencari lebih maklumat tentang
perkara ini. Ianya merupakan sejenis masalah pembelajaran yang disebabkan oleh
perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Kesannya pada anak itu, mereka akan mengalami kesukaran dalam mengeja,
membaca, menulis dan mengira. Aku tidak mampu berdiam diri lagi. Malam itu, aku
tidak putus-putus mencuba mencari ciri-ciri kanak-kanak disleksia. Aku sudah
mengikat tekad untuk tidak lagi melengahkan perkara ini.
Keesokan harinya, selesai sahaja sesi pengajaran di kelas 4 Kekwa, aku
meminta Haziq untuk mengikut aku ke bilik rehat di tingkat satu. Di situ, aku
melakukan suatu ujian ringkas buatnya. Ujian ini bertujuan untuk menguji kelemahan
pelajar ini sama ada dalam kemahiran mengeja, membaca atau menulis. Maka,
hasilnya menunjukkan bahawa Haziq mengalami kesukaran dalam menulis.
Sudah tiga hari aku meluangkan masa bersama Haziq pada waktu petang
setelah sesi persekolahan tamat. Walaupun sesetengah guru memandang remeh
terhadap usahaku ini, aku harus membuktikan bahawa niat aku hanya untuk
membantu muridku yang mempunyai keistimewaan kerana aku yakin Haziq pasti ada
kelebihannya yang tersendiri. Syukur Haziq tidak banyak menolak meskipun ada
masanya dia kelihatan rimas dengan pujukanku.
Selain mempersiapkan bahan-bahan untuk murid lain, aku mencuri sedikit
masa untuk menyiapkan bahan buat Haziq. Kelemahannya untuk menulis huruf
dengan betul mendorong aku untuk menyediakan sebuah papan grafik yang tersusun
kemas huruf-huruf dengan pelbagai warna di atasnya. Dia juga aku bawa ke padang
sekolah untuk melakukan aktiviti menulis huruf-huruf yang telah diajar. Lapangan
pasir yang ada di satu penjuru padang itu menjadi tempat kami duduki.
“Cikgu, bila kita hendak bermain tanah liat lagi?” tanya Haziq sambil
melompat-lompat menuruni tangga di hadapan dewan itu.
“Haziq suka ya bermain dengan tanah liat?” tanyaku sambil mengusap kepalanya.
Dia hanya mengangguk tanpa suara.
“Tidak mengapa, esok cikgu bawakan ya. Sekarang kita kira nombor pada tangga ini.
Tadi Haziq lompat di tangga nombor berapa?” tanyaku sambil menunjukkan nombor
yang tertulis pada susunan tangga itu.
Haziq pada pandanganku sudah banyak berubah. Dia sudah mulai seronok
sewaktu di dalam kelas. Bahkan, sering saja dia bertanya tantang aktiviti yang akan
dilakukan pada petangnya.
Guru-guru lain sudah mulai bersuara dan bertanya tentang perubahan pada
Haziq kepadaku memandangkan masanya banyak dihabiskan denganku sejak
akhir-akhir ini. Mereka semua gembira dengan pendekatan yang ku ambil terhadap

209
Haziq. Mereka mengakui akan kesilapan mereka kerana tidak mengambil tahu akan
keadaan dan keperluan murid yang seorang itu. Saat itu aku sedar bahawa
kebanyakan pendidik tahu akan kewujudan anak-anak sebegini tetapi sukar untuk
mereka kenalpasti dan mengambil pendekatan yang sesuai. Guru besar juga sempat
berbual denganku soal Haziq. Katanya beliau telah membuat keputusan yang tepat
dengan menukarkan aku ke kelas tersebut. Beliau juga menyatakan rasa khuatirnya
terhadap Haziq yang sudah melangkah ke darjah empat namun satu-satunya pelajar
yang belum mampu membaca dengan baik seperti rakan sebayanya.
“Cikgu, macam mana hendak tulis ayat ini? Boleh cikgu ajarkan?” lamunanku terhenti
dengan sapaan daripada Haziq yang sedang perlahan berjalan ke arahku.
Aku tersenyum melihatnya yang kini semakin berminat untuk belajar. Sudah
tiga bulan berlalu, dia tidak lagi malu untuk bertanya kerana dahulunya bimbang
diejek oleh rakan-rakan dan dimarahi guru yang lain. Syukur, semoga Haziq menjadi
bukti kekuatan jiwa seorang guru dan tiada yang mustahil buat anak istimewa
sepertinya.

210
Tanpa Suara
Hasil karya:
Ameera Sabeela bt Shohor
t7-30324@ipgmipoh.edu.my

FAJAR menyinsing, cahaya mentari menerusi tingkap bilikku, menghangatkan


tubuhku , petanda waktu untuk ku bangkit memulakan hari. Aku membuka mataku
dan kulihat sepasang seragam pakaian sekolah tergantung kemas di dinding bilikku.
Seragam itu digosok rapi, bajunya putih, seluarnya biru kegelapan. Aneh… tidak
pernah kulihat seragam itu di malam hari. Aku menyentuhnya dan kulihat terdapat
sepucuk nota dari ibu menyuruhku bersiap dan memakainya ketika sarapan. Patuh
dengan arahannya aku turuti. Setelah selesai mandi dan meragamkan seragam itu
aku berjalan ke dapur. Ku lihat ibu bapa ku tersenyum indah dan mempelawa aku
makan bersama mereka. Ibu ku menghulurkan sebungkus nasi lemak dan dia
berkumat-kamit akan sesuatu. Aku tidak memahaminya, aku tidak dapat
mendengarinya. Aku lihat pada abah ku dan dia menyuruh ku memakai ‘nya’. Akur
dengan suruhannya, aku pergi ke bilikku dan memakainya lalu kembali ke dapur.
Setelah itu baru lah aku dapat mendegar bunyi-bunyian di sekeliling dan aku terasa
diriku seakan berada di paksi yang nyata. Benar… aku, Zarif… anak tunggal
pasangan Encik Mansor dan Puan Zubai adalah seorang budak yang cacat
pendengaran… tanpa alat bantuan aku tidak dapat mendegar…
“Zarif… kenapa kamu tak pakai alat telinga kamu itu tadi? Penat ibu terangkan. Lepas
mandi pakai. Senang ibu nak sampaikan amanat. Dah mari sini makan dengan ibu
ayah” leter ibu ku .
“ Zarif lupa ibu” senyumku sambil menuju ke arahnya.
“Ibu, ayah, baju apa yang Zarif pakai ini? Ini bukan baju sekolah ke? Zarif akan ke
sekolah?” tanya ku dengan penuh musykil.
“Ya betul tu Zarif. Ayah dan ibu dah bincang masak-masak. Kami nak kamu belajar di
sekolah. Kami nak kamu merasa pengalaman dan suasana belajar kat sekolah
macam mana,” jelas bapa ku.
“Betul tu Zarif. Tahun depan kamu akan jadi pelajar sekolah menengah. Kesian nanti
kamu tak ada pengalaman belajar di sekolah rendah. Selama ini kamu belajar di
rumah lain suasananya dari belajar di sekolah. Ibu tak nak kamu menyesal nanti,”
jelas ibu ku pula. Secara jujurnya belajar di sekolah merupakan hasrat ku yang sudah
lama ku pendam. Ibu bapa ku yang sangat berjaga-jaga akan keselamatan ku tidak
mendaftarkan aku ke dalam sistem persekolahan. Mereka khuatir dengan

211
keselamatanku kerana kekurangan pendengaran aku. Disebabkan keadaan diriku
ini, aku telah menerima pendidikan di dalam rumah. Beberapa orang guru akan
dibayar untuk mengajarku dirumah. Aku tidak perlu ke pusat sumber mahupun ke
kantin dan makmal sains. Aku hanya belajar subjek-subjek yang diajari oleh guru
secara bersemuka selama enam tahun ini. Akhirnya ibu bapa ku telah memberi
keizinan untuk melepaskan aku mengikuti pembelajaran di sekolah, fikirku sendirian
tersenyum gembira.
“Terima kasih ibu ayah. Zarif tak sabar nak ke sekolah. Gembira Zarif dengar,”
tersenyum lega ibu ayah ku melihat reaksi ku.
Setelah selesai bersarapan bersama ibu dan ayah, aku bersalam dengan ibu lalu aku
menyusul mengikuti ayahku ke pacuan empat rodanya menuju destinasi yang
bergelar sekolah. Ayahku menjelaskan sekolah yang bakal aku duduki digelar
sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar. Kedengaran namanya sahaja
sudah membuatku teruja. Aku berangan mempunyai ramai sahabat, membeli
makanan di kantin bersama-sama, bergurau senda, menaiki pentas membuat
persembahan bersama rakan-rakan dan pergi ke lawatan sekolah kelak semasa di
sekolah. Sudah lama aku mengimpikan suasana pembelajaran disekolah. Novel
dan komik adaptasi yang telah ku baca memberi aku imaginasi akan kehebatan dan
keseronokan suasana disekolah. Aku tertawa sendirian apabila memikirkan
saat-saat aku masih kecil dan merengek meminta ibu membelikanku baju seragam
sekolah di masa lampau. Ah… Akhirnya penantian aku sudah berakhir dan impianku
menjadi kenyataan.
“Zarif mari turun nak. Kita dah sampai,” angan-angan aku terhenti apabila ayahku
memanggilku turun. Kini aku di sekolah teriak hati kecilku gembira.
Setelah tamat sesi pendaftaran, ayahku telah meninggalkan aku berseorangan
dengan seorang wanita bergelar Cikgu Balqis. Lembut rupanya dihiasi dengan
ukiran senyuman yang manis di wajah.
“Saya Cikgu Balqis. Guru kelas awak, Zarif. Mari ikut saya ke kelas. Kamu akan
duduk di kelas 6 Hamzah,” petahnya kepadaku. Setelah itu, Cikgu Balqis memimpin
aku ke arah sebuah kelas jauh di atas tingkat dua. Ku lihat kelas itu ceria dihiasi
dengan lukisan mural dan para-para bakal sahabat ku sekalian. Aku tersenyum
melihat kelas ini, kelas 6 Hamzah yang bakal menjadi tempatku belajar.

“Ew. Tengok tu. Apa yang dia pakai dalam lubang telinga dia tu? Jijiknya!,” jerit
seorang pelajar perempuan sambil menunding ke arahku.
“Rupa dia macam atok aku lah kat kampung,” tawa seorang pelajar lelaki.

212
“Ha ah lah. Orang tua saja yang pakai benda itu,” tambah seorang lagi yang bersuara
sumbing. Seisi kelas kemudiannya mentertawakan aku. Seperti seekor binatang
yang dipamerkan di zoo aku dikelilingi oleh ‘rakan-rakan’ yang sebaya, ditertawakan
dan dijadikan bahan lawak, dicaci dan dipersendakan. Air mataku bergenang,
hatiku hiba, timbul rasa benci dan malu dalam diriku. ZAP! Bunyi alat peranti
telingaku disambar seorang pelajar.
“Kau tak perlu lah pakai benda ini. Macam makhluk asing aku tengok,” tawanya sinis.
Saat itu aku merasakan seperti diriku dicabuli, hak peribadiku di cemari lalu air
mataku menitis dan aku berteriak dengan berang meminta alat peranti pendengaran
aku dikembalikan. Aku tidak dapat mendengar tanpa alat itu. Alat itu adalah
telingaku, alat itu adalah anggota tubuhku. Aku ketakutan akan tetapi aku hanya
mampus menangis dan melihat mereka mentertawakanku. Walaupun aku tidak
dapat mendengari suara-suara sumbang itu, aku masih dapat merasai racun
kepedihan tawa sinis mereka.
Cikgu Balqis Menarik tanganku ke tengah kelas. Dia menghulurkan sapu tangan
kepadaku lalu dia menulis sesuatu yang paling indah pernah ku baca seumur hayat
ku. Seisi kelas kemudiannya berhenti menunjuk tangan ke arahku. Mereka lantas
memelukku dan bersalaman denganku. Aku dapat melihat raut wajah muka mereka
penuh dengan kesesalan dan malu. Pelajar lelaki yang mengambil alat peranti
pendegaran aku memulangkan semula alatku setelah membaca ayat yang ditulis
Cikgu Balqis di papan kenyataan. Dia memelukkan dengan erat dan aku terlihat air
matanya bergenang dan tanganya bergetar sambil memelukku. Setelah aku
memakai semula alat pendegaranku aku mengucap terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas kerana sudi menerimaku dan aku tidak akan melupakan jasa Cikgu Balqis
yang menulis ‘Sayangilah rakan kamu. Dia tidak berbeza dengan kamu semua.
Tuhan sayangkan dia maka Tuhan telah menarik nikmat pendengarannya agar
terselamat dari suara-suara sumbang seperti kita’ .
“Saya Cikkgu Balqis telah berjanji dari awal saya memegang jawatan sebagai
seorang guru saya akan memberi layanan yang sama kepada semua pelajar saya
dan saya akan tunjukkan kepada awak, Zarif yang awak adalah sama seperti
pelajar-pelajar yang lain. Awak terpilih kerana awak adalah seorang yang cekal dan
tabah.”

213
Wasilah
Hasil karya:
Khalifah Mastura Binti Azmie
khalifahmastura99@gmail.com

NAMA aku Adib. Aku bukan seorang pelajar yang cerdik. Di sekolah, aku salah
seorang budak yang nakal. Budak yang tidak pandai belajar, belajar pun main-main.
Jadi, aku tidak belajar hingga ke menara gading, apatah lagi mahu memegang
jawatan besar. Aku bukan pelajar kesukaan cikgu, tetapi ada seorang sahaja cikgu
yang suka pada aku, cikgu disiplin iaitu Cikgu Zahari yang lebih dikenali dengan
panggilan Cikgu Zack. Cikgu Zack masih bujang tetapi aku tidak berapa suka
dengannya. Cikgu-cikgu lain kebanyakannya sudah putus asa hendak mengajar aku.
Cikgu mengajar di depan, aku keluar ikut pintu belakang. Tugasan yang diberi aku
tidak pernah siapkan. Macam mana la hendak pandai, belajar pun malas. Ponteng
kelas adalah hobi aku dan kawan-kawan.
Emak aku pun pening memikirkan aku, cuma emak aku selalu kata, "kalau tak pandai
belajar pun tidak apa, asal belajar jadi orang”.
Tetapi biasalah, budak remaja tengah nakal macam aku ni, mana hendak dengar kata.
Hari-hari emak aku cakap perkara yang sama sampai naik jemu aku mendengarnya.
Cuma itulah, cikgu disiplin yang seorang ini, aku pun tidak faham apa yang dia mahu
pada mulanya. Dia yang tidak jemu-jemu menghadap muka aku, kadang-kadang aku
tidak buat apa-apa kesalahan pun tetapi dia tetap memanggil aku. Bukan aku
seorang yang kena, selalunya Cikgu Zack akan panggil semua kawan aku yang
sama-sama nakal. Kadang satu sesi kami berdepan dengannya hanya sekadar
berborak santai. Jauh beza pendekatan Cikgu Zack dengan cikgu-cikgu disiplin
sebelum ini.
"Saya tahu kamu semua susah bangun pagi, lewat sedikit ke sekolah tak mengapa
daripada tak datang langsung," sambil dia terangkan, kalau datang lewat
sekurang-kurangnya masih ada mata pelajaran yang kami boleh belajar tetapi kalau
ponteng, apa ilmu pun tidak dapat.
Mula-mula dahulu aku cukup benci padanya, tetapi cara dia dekati aku buat aku
hormat padanya. Pernah satu hari dia memanggil aku dan kawan-kawan datang ke
rumahnya.
"Adib, petang ni datang ke rumah saya ye, ajak kawan-kawan sekali," ajaknya dari
jauh. Itulah kali pertama dia mengajak kami. Aku dan kawan-kawan terpinga-pinga
sambil mengangguk perlahan kepala.

214
"Baik cikgu, nanti kami datang…!" jeritku. Kami tertanya-tanya apakah yang di
rancang oleh Cikgu Zack.
Petang itu selepas masuk waktu asar aku dan kawan-kawan pergi ke rumah Cikgu
Zack. Cikgu Zack sudah bersiap sedia menyambut kami. Soalan pertama yang
diajukan kepada kami buat segelintir daripada kami terdiam.
"Semua dah solat? Siapa yang belum solat lagi?” tanya cikgu.
Ada yang tersipu-sipu malu nak mengaku. Diam seribu bahasa.
"Tak mengapa, yang belum solat pergi solat di bilik belakang, cikgu dah sediakan
tempat solat,” katanya. Entah mengapa kawan-kawan aku yang nakal ni senang
menurut kata-kata Cikgu Zack.
"Kita nakal sekalipun, Allah jangan lupa." pesan Cikgu Zack.
Petang itu kami bersembang macam-macam perkara. Cikgu Zack mengambil berat
setiap cerita daripada kami. Sejak dari hari itu boleh di katakan setiap petang kami
menghabiskan masa di rumah Cikgu Zack. Dia mengajar kami setakat yang kami
mampu. Dia tidak memaksa kerana dia tahu paksaan tidak akan berjaya. Dia tolong
kami menyiapkan kerja sekolah. Cikgu-cikgu lain pelik tengok kami menghantar
setiap tugasan yang diberi. Ponteng? Tidak lagi. Kehadiran kami semakin baik cuma
kadang-kadang datang lewat sedikit. Nampak ada perubahan pada kami.
Emak aku pun hairan. Setiap petang aku ke rumah Cikgu Zack.
"Kau buat apa je dekat rumah Cikgu Zack tu Dib? Jangan buat yang idak-idak," kata
mak aku. Risau juga emak aku sebab Cikgu Zack itu bujang.
"Tak buat apa-apalah mak, cuma nak jadi orang je, mak kan suruh Adib jadi orang,"
jawab aku tersenyum.
"Bertuah punya anak, mak tanya betul-betul dia main-main pulak," bebel mak aku
sambil dia berlalu ke ruang tamu. Maklah orang yang paling gembira tengok
perubahan aku. Ayah aku sudah tiada jadi dia risau apa akan jadi pada aku kalau aku
masih tidak berubah.
Alhamdulillah, Cikgu Zack berjaya membimbing aku untuk menjadi seorang yang
memandang masa hadapan itu suatu benda yang penting. Aku mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kalau ikutkan aku dahulu, malas aku
hendak ambil sebab sudah tahu aku tidak akan berjaya. Kali ini aku bersemangat
hendak menduduki peperiksaan SPM. Kata-kata Cikgu Zack terkesan dalam hati aku.
"Ambillah SPM, buat setakat kamu mampu, buat mak dan ayah kamu bangga, tak
pandai sekarang bukan bermakna kita bodoh selamanya," katanya.
"Kalau kamu tak ambil SPM, maka ayah kamu pasti kecewa, biarlah orang kata kita
bodoh tapi kita masih hormat dan pandai jaga hati orang tua, itu lagi penting,” katanya

215
lagi. Aku ambil kata-kata nasihat Cikgu Zack. Aku akan buktikan aku mampu lakukan
yang terbaik walaupun aku tidak sepandai orang lain.
Bila keputusan keluar, emak aku ialah orang yang paling gembira. Manakan tidak,
aku lulus semua mata pelajaran. Tetapi sayang, ketika keputusan keluar, Cikgu Zack
tiada. Kalau dia ada mesti dia pun gembira melihat kejayaan kami. Ya, kami berjaya
walaupun bukan dengan keputusan yang cemerlang. Cikgu Zack berjaya memujuk
kami menduduki peperiksaan, Cikgu Zack berjaya membimbing kami jadi pelajar dan
Cikgu Zack berjaya buat kami mendapat kelulusan penuh semua mata pelajaran. Ini
kejayaan kami tetapi inilah kejayaan Cikgu Zack sebenarnya.
Setelah selesai semua urusan, aku dan kawan-kawan bergerak ke kampung halaman
Cikgu Zack. Selepas zohor, kami sampai ke Tanah Perkuburan Teluk Rintis. Ya,
inilah tempat tersemadinya jasad Cikgu Zack. Dia bukan tidak mahu hadir pada hari
yang dia sendiri tunggu-tunggu. Dia telah pergi buat selamanya, meninggalkan kami.
Sebulan sebelum keputusan keluar, kami dikejutkan dengan berita Cikgu Zack jatuh
sakit. Virus menyerang darahnya. Dua minggu Cikgu Zack menderita, namun pada
petang Jumaat yang mulia, Cikgu Zack menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Terima kasih cikgu, cikgulah insan yang begitu mulia hati. Kami akan kenang jasa
cikgu hingga akhir hayat.
Sekarang, umur aku sudah 24 tahun. Aku ada bengkel membaiki kereta. Selepas
SPM aku cuma belajar di Giat Mara. Sambil-sambil aku belajar, aku membaiki kereta
jiran-jiran di rumah emak aku. Akhirnya makin ramai orang yang menghantar kereta
pada aku untuk dibaiki. Untungnya aku depan rumah emak aku agak luas, makanya
aku dirikan bengkel di depan rumah emak aku itu.
Pekerja-pekerja aku, aku ambil budak-budak yang ada masalah pembelajaran. Aku
ajar, aku latih, aku asuh dan aku didik mereka seperti mana Cikgu Zack mendidik aku.
Aku cuba pendekatan yang Cikgu Zack amalkan. Ya, memang berhasil.
Seperti kata Cikgu Zack "Saya tak mampu bantu kamu dengan harta benda, saya
cuba sedaya upaya saya bantu kamu dengan mendidik kamu jadi orang berjaya
dengan kemampuan kamu".
Dan seperti kata mak aku sekarang, "Akhirnya jadi orang jugak kau ya".
“Ya lah mak, dah jadi orang ni. Kalau jadi orang-orang mak tak mengaku anak pulak
nanti," jawab aku sambil seloroh dengan emak aku.
Aku bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan kepada aku. Ikatan yang terjalin
antara aku dengan Cikgu Zack, telah mengajar aku untuk ‘belajar menjadi orang’.
Terima kasih Cikgu Zack.

216
Cikgu Ayu
Hasil karya:
Nurul Amira Anessya binti Razali
amiraanessya@gmail.com

Hujan lebat mencurah ke bumi ibarat disimbah oleh sesuatu dari atas sana. Guruh
berdentum dan kilat sabung menyabung amat merumitkan situasi yang ada. Tangisan
dan teriakan seorang kanak-kanak masih dapat didengari orang ramai walaupun
hujan masih tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Mak Cik Besah pergi untuk
mendapatkan Hakim supaya proses ini berlangsung dengan lancar. Pak Tam
tersandar lesu di tiang usang rumah papannya sambil melihat Hakim yang
meronta-ronta ingin menggapai tubuh ibunya. Pak Tam hanya mampu melepaskan
keluhan kerana tidak tahu bagaimana ingin membuat Hakim faham tentang situasi ini.
Tiba-tiba, Pak Tam teringat tentang kata-kata Hakim pada minggu lalu.
“Hakim sayang ibu. Hakim akan belajar bersungguh-sungguh supaya ibu dapat hidup
senang nanti,” kata Hakim kepada Mak Melah.
Menitis air mata seorang ibu apabila satu-satunya anak yang ditatang bagai minyak
yang penuh selama ini bersedia untuk berbakti kepadanya kelak. Senyuman kelat
yang dilemparkan Mak Melah kepada Pak Tam membuatkannya berasa gusar
tentang keadaan isteri kesayangannya itu. Hakim yang melihat keadaan itu tidak
dapat memahami apa-apa selain dari mengatakan bahawa ibu bapanya sangat
bahagia dan bangga mempunyai anak sepertinya. Pak Tam tersedar dari lamunan
apabila mendengar guruh yang berdentum tetapi rontaan Hakim masih kuat dan
dapat didengari olehnya.
Hakim seorang pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat keputusan peperiksaan
yang cemerlang. Dia juga sentiasa terpilih untuk menyertai apa jua pertandingan
untuk mewakili sekolah seperti dalam bidang sukan, menghafaz, dan juga pidato. Dia
amat disenangi oleh guru-guru di sekolah itu walaupun dia bukan dari keluarga yang
berada. Pak Tam menyara keluarganya dengan mengambil upah memotong rumput
atau membersihkan lading-ladang di kampong manakala isterinya, Mak Melah
mengambil upah menjahit pakaian sebelum dia terlantar sakit kerana penyakit yang
menyerang dirinya. Pak Tam sudah habis ikhtiar untuk mencari penawar untuk
penyakit Mak Melah. Walau bagaimanapun, Pak Tam tidak pernah mengeluh apatah
lagi berhenti mencari penawar untuk isterinya. Dia yakin bahawa suatu hari nanti
isterinya akan kembali sihat dan terseyum manis kepadanya lagi jika Allah
mengizinkannya.

217
Langit yang turut sama menangisi pemergian Mak Melah pada malam itu. Sebaik
sahaja jenazah dibawa keluar rumah untuk diusung ke tanah perkuburan, langit
umpama mengerti mengenai pengebumian tersebut lantas hujan berhenti secara
tiba-tiba.
“Alhamdulillah,” kata Pak Tam yang mengenangkan arwah isterinya yang bakal
dikebumikan sebentar lagi. Dia tidak ingin menangguh pengebumian Mak Melah
kerana tidak mahu menyeksa jenazah isterinya itu.
Jenazah Mak Melah telah selamat dikebumikan tetapi Hakim masih tidak berhenti
menangis dan meronta-ronta memanggil ibunya. Pak Tam mendekati Hakim dan
memeluknya dengan erat. Pelukan Pak Tam sedikit sebanyak telah mengurangkan
rontaan Hakim. Pak Tam memujuk Hakim supaya berhenti menangis dengan
mendukungnya ke hulu dan ke hilir. Mak Cik Besah membawa nasi goreng dan
segelas air putih untuk diberikan kepada Hakim. Lalu, Pak Tam mengambilnya untuk
disuapkan kepada Hakim. Hakim masih lagi dalam keadaan sendu mengenangkan
pemergian ibu kesayangannya.
Cikgu Ayu baru sahaja dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mawar, Kelantan
pada minggu ini. Hari ini merupakan hari pertama beliau menjalankan tugas di
sekolah itu sebagai guru Bahasa Melayu. Beliau ditugaskan untuk menjaga kelas 5
Berlian kerana Cikgu Rohani, guru kelas yang sebelumnya telah bersara dua minggu
sebelum kehadiran beliau. Pada pagi itu, Cikgu Ayu bergegas ke kelas 5 Berlian
kerana beliau mendapat laporan bahawa ada seorang murid kelasnya pengsan ketika
waktu rehat. Hakim yang dibawa ke bilik rawatan sekolah itu telah menyedarkan diri
ketika Cikgu Ayu sampai. Hakim ingin pulang ke rumah kerana katanya dia rindu
pada ibunya. Ketika sampai di rumah Hakim, Pak Tam menyambut kehadiran Cikgu
Ayu dengan riak wajah yang penuh kerisauan. Hakim dipapah hingga ke dalam
rumah. Cikgu ayu menceritakan apa yang berlaku kepada Pak Tam dan senyuman
tawar membalas kata-kata Cikgu Ayu.
Setelah pemergian Mak Melah, Hakim seolah-olah kehilangan semangat untuk pergi
ke sekolah. Dia akan memberikan pelbagai alas an kepada ayahnya untuk tidak hadir
ke sekolah. Atas pujukan Pak Tam, Hakim akhirnya mengalah jua. Namun begitu,
prestasi Hakim semakin merosot dari semasa ke semasa. Hakim tidak lagi
menduduki tempat pertama dalam kelas apatah lagi mahu mendapat markah yang
tinggi. Dia menjadi seorang yang pasif di dalam kelas sehingga mendapat perhatian
guru besar. Cikgu Ayu ditugaskan untuk membangkitkan semangat Hakim untuk
terus belajar dan mendapat prestasi cemerlang. Katanya ini semua untuk masa
hadapan Hakim dan bapanya, Pak Tam. Pendidikan merupakan salah satu peluang
yang cerah untuk meningkatkan taraf hidup orang seperti Pak Tam dan Hakim. Cikgu

218
ayu pergi menjumpai Pak Tam untuk membicarakan tentang hal ini. Pak Tam sangat
terkejut kerana tidak menyangka prestasi Hakim telah merosot sehingga mendapat
perhatian guru besar. Pak Tam mula berasa gusar tentang berita yang disampaikan
oleh Cikgu Ayu.
Hakim pergi ke sekolah pada keesokan hari untuk menghadiri seminar UPSR yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Cikgu Ayu begitu risau melihat Hakim yang langsung
tidak mempunyai minat untuk menyertai seminar itu. Dia cuma sekadar memenuhi
permintaan ayahnya yang tidak ingin anaknya terlepas peluang untuk menimba ilmu
kerana peperiksaan UPSR sudah semakin dekat. Setelah berakhirnya seminar itu,
Cikgu Ayu pergi untuk menemui Hakim untuk menasihatinya tentang pelajarannya.
“Selama ini saya belajar bersungguh-sungguh untuk memberikan kehidupan yang
selesa kepada ibu saya kelak. Saya mahu ibu hidup senang kerana saya tidak
sanggup tengok ibu bersengkang mata mencari wang untuk menyara saya. Saya
mahu membalas jasa ibu saya. Tapi sekarang ibu saya sudah tiada. Dia sudah pergi
meninggalkan saya seolah-olah tidak mahu saya membalas balik pengorbanannya
untuk saya. Jadi, untuk apa lagi saya belajar bersungguh-sungguh, cikgu?” kata
Hakim dan berlalu pergi sambil mengesat air mata yang mengalir.
Cikgu Ayu terkesima mendengar jawapan daripada mulut Hakim. Hakim sangat
terpukul dengan pemergian ibunya tempoh hari sehingga hilang segala semangatnya
untuk belajar. Ketika Hakim pergi ke padang untuk latihan bola sepaknya, Cikgu Ayu
pergi menemui Pak Tam untuk menceritakan perkara yang berlaku selepas
berakhirnya seminar tadi. Pak Tam juga berasa amat terkilan dengan pemergian Mak
Melah tetapi dia tidak menyangka bahawa pemergian Mak Melah memberikan impak
yang begitu besar kepada Hakim. Pak Tam juga buntu memikirkan solusinya.
Usai solat isyak berjemaah di rumah, Pak Tam terus berpaling menghadap Hakim di
belakangnya. Hakim sedikit terkejut dengan perilaku ayahnya pada malam itu. Wajah
ayahnya dibasahi dengan dengan air mata dan diselangi esakan. Belum sempat
Hakim berkata apa-apa, Paktam bersuara,
“Ayah tahu kamu sayang sangat dekat arwah ibu. Kamu mahu membalas kebaikan
ibu dengan belajar bersungguh-sungguh sebab nak bagi kesenangan kepada ibu.
Ayah tahu kamu kecewa tetapi pada pandangan ayah, apa yang kamu buat sekarang
adalah tidak betul. Kamu mengabaikan pelajaran kamu kerana terlalu bersedih
dengan pemergian ibu. Itu salah, Hakim. Bagaimana dengan ayah? Adakah kamu
tidak sayang pada ayah? Siapa yang akan jaga ayah suatu hari nanti kalau kamu
tidak mempunyai apa-apa untuk menjaga ayah. Belajalah rajin-rajin Hakim. Kalau
bukan untuk ibu kamu, untuk ayah. Ayah juga mahu kamu jaga ayah kelak. Ibu kamu
pasti tidak mahu melihat kami dalam keadaan begini. Selain ibu, ayah juga sangat

219
menyayangi kamu, Hakim.” Hakim berasa sangat terpukul dengan kata-kata ayahnya.
Dia menangis teresak-esak sambil memohon ampun daripada ayahnya kerana telah
mengabaikan tanggungjawab terhadap ayahnya.
Pada keesokan harinya, Hakim sangat bersemangat mahu belajar semula kerana dia
telah banyak ketinggalan dalam pelajarannya. Cikgu Ayu telah membantu Hakim
untuk kembali belajar dan menyediakan nota-nota untuk Hakim belajar di rumah.
Cikgu Ayu juga sering bertandang ke rumah Hakim untuk membimbing Hakim dalam
menjawab soalan sebenar UPSR. Menjelang hari peperiksaan UPSR, Hakim sangat
gementar untuk masuk ke dalam dewan utama kerana dia tidak yakin dengan
kemampuannya. Pak Tam yang berada di rumah tidak berhenti mengutuskan doa
supaya Hakim dapat menjawab menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Peperiksaan UPSR berlangsung selama tiga hari dan hari demi hari berlalu
sedikitpun tidak mengurangkan rasa gementar Hakim.
Hari ini merupakan hari yang penting untuk Hakim. Guru besar akan mengumumkan
calon yang mendapat 6A terlebih dahulu dan akan diikuti oleh calon-calon lain.
Beberapa nama calon telah disebut tetapi nama Hakim masih lagi tidak menunjukkan
petanda untuk disebut. Nama calon terakhir yang mendapat 6A akan disebut dalam
masa beberapa saat sahaja. Hakim berasa begitu gementar manakala Pak Tam tidak
berhenti berselawat dan berdoa supaya anaknya mendapat keputusan yang terbaik.
“Muhammad Hakim As-Syahid bin Halim,” ucap guru besar. Hakim menangis
kegembiraan lalu meluru ke arah ayahnya. Pak Tam mengucapkan syukur kepada
Allah S.W.T kerana memberikan yang terbaik untuk anaknya.
“Anak kita dah berjaya, Lah,” kata Pak Tam dalam nada berbisik.

220
Qaseh
Hasil karya:
Qatrunnada Binti Abd Samat
nadasamat@gmail.com

JAM tangan hitam jenama Casio yang dipakai kemas pada pergelangan tangan
kirinya dikerling lagi.
“Mana lah si Faliq ni,“ bisik Qaseh di dalam hati.
Sejak seminggu ini murid lelaki bernama Faliq itu kerap sungguh hadir lewat ke
sekolah. Apabila diajukan soalan puncanya lewat ke sekolah ada saja alasan diberi.
Qaseh, yang merupakan guru kelas 6 Anggerik itu sungguh risau akan perubahan
mendadak Faliq. Mana tidaknya, sebelum ini Faliq tidak pernah buat masalah. Dia
selalu hadir awal ke sekolah, kerja sekolahnya tidak pernah tidak lengkap. Namun
kebelakangan ini dia menunjukkan perubahan drastik dengan selalu hadir lewat ke
sekolah malah kerja sekolah yang ditugaskan juga tidak disempurnakan dengan baik.
Lamunan Qaseh tersentak dengan ketukan pintu kelas yang sedikit perlahan namun
cukup untuk membuatkan dia tersedar daripada lamunan.
“Assalamualaikum cikgu, maaf saya lambat.” Kelihatan tubuh seorang murid lelaki
berdiri di hadapan pintu kelas 6 Anggerik. Mata Qaseh kini tertumpu kepada Faliq
yang hadir dengan baju sekolahnya yang tidak bergosok ditambah pula kasut sekolah
yang kotor tidak bercuci.
“Faliq, masuk dan duduk di tempat kamu,” jawab Qaseh tenang seusai melepaskan
keluhan yang membawa seribu satu makna. Ya, memang dia bingung mengapa
tiba-tiba sahaja Faliq jadi sebegini. Mana hilangnya Faliq yang dulu. Tidak
menghukum secara melulu, dia nekad untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi
kepada Faliq.
Waktu rehat pada hari itu diisi oleh Qaseh untuk menyemak buku latihan anak-anak
muridnya. Fokusnya teralih tatkala terdengar perbualan lain di dalam bilik guru.
“Ya Hanim, saya sendiri pun tak tahu apa yang sudah terjadi kepada Faliq. Sebelum
ini dia tak pernah buat masalah. Tapi kebelakangan ini kerja sekolah yang saya beri
jarang disiapkan.”
“Betul kata awak Farah. Faliq selalu tidur dalam kelas saya sekarang. Saya juga
perasan dia sukar untuk menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Saya risau
mengenangkan UPSR dah dekat. Faliq ni pelajar contoh dan harapan sekolah, tapi
kalau sudah jadi begini saya tak tahu nak cakap apa.” Mendengarkan apa yang

221
dibualkan oleh cikgu Hanim dan cikgu Farah sebentar tadi membuktikan lagi bahawa
kes Faliq ini telah menjadi topik hangat dalam kalangan guru.
“Qaseh, awak tak tahu apa-apa ke tentang kes Faliq ni. Awak kan guru kelas dia dan
sepatutnya awak prihatin dengan apa yang terjadi pada anak murid awak” kata-kata
Cikgu Farah sebentar tadi menusuk terus ke hati Qaseh. Dia sedar akan
tanggungjawabnya sebagai guru kelas Faliq. Segala apa yang terjadi terhadap anak
didiknya sedikit sebanyak dia akan turut menerima tempias.
“Ya cikgu saya tahu mengenai perubahan Faliq. Saya akan cuba siasat mengenai kes
ini secepat mungkin,” jawab Qaseh sambil menyusun buku-buku latihan yang siap
ditanda di sisi kiri mejanya. Mata pen merahnya ditutup lalu dia beransur keluar dari
bilik guru.
“Hari ini aku perlu cari tahu mengapa Faliq berubah sebegini rupa,” hatinya berbisik
sendiri.
Tengah hari itu tepat jam 1.30 Qaseh sudah bersedia untuk ke rumah Faliq. Dia tekad
untuk mengekori Faliq diam-diam tanpa pengetahuannya. Seperti biasa, kelibat Faliq
kelihatan di tempat meletak basikal khas untuk murid-murid. Seusai membuka
mangga pada tayar basikalnya, Faliq terus menunggang basikal keluar dari
perkarangan sekolah. Qaseh mengikutinya dari belakang. Qaseh bersedia untuk
memberi lampu isyarat kanan di simpang tiga di hadapan sekolah kerana dia sendiri
tahu lokasi rumah Faliq. Anehnya, Faliq sebaliknya mengambil simpang kiri iaitu
menuju ke bandar. Dengan penuh persoalan di fikiran, Qaseh terus mengekori Faliq.
Setelah beberapa minit, Faliq berhenti di hadapan sebuah kedai membasuh kereta.
Dia meletakkan basikal di belakang kedai tersebut lau melulu masuk ke dalam
sebuah bilik. Tidak sampai beberapa minit, kelihatan Faliq keluar dengan
tergesa-gesa beserta pakaian sekolahnya yang telah bertukar kepada sehelai t-shirt
bersama seluar trek. Qaseh masih setia memerhati dari jendela keretanya. Faliq
kemudiannya menjalankan kerja dengan tekun. Dia membersihkan alas-alas getah
kereta yang sedia untuk dicuci di kedai tersebut. Dia juga ada kalanya disuruh
membilas kereta yang sudah siap dicuci dengan getah paip yang disediakan. Luluh
hati Qaseh melihatkan anak kecil seperti Faliq itu membuat kerja sedemikian.
Sepertinya Qaseh sedar bahawa dia perlu bertanya terus kepada Faliq tentang
masalah yang dihadapinya sehingga dia perlu bekerja selepas tamat waktu
persekolahan. Qaseh berlalu pergi dari kawasan tersebut. Dalam perjalanannya, dia
bertekad untuk berjumpa secara berdepan dengan Faliq esok dan berbincang
mengenai perkara yang terjadi hari ini.
Malam itu Qaseh bersiap-siap untuk keluar makan. Kebetulan pula Umi keluar ke
rumah ibu saudaranya malam itu kerana ada barang yang mahu diberikan.

222
“Hmmm...Terasa nak makan kedai lain hari ini,” bisik hati kecilnya. Memang ada
sebuah kedai makan yang sering dikunjungi Qaseh tetapi entah kenapa malam itu dia
terasa hendak menukar selera. Tidak sampai beberapa minit memandu, Qaseh tiba
di sebuah restoran makanan barat. Memang betul pilihannya pada malam itu.
Masakannya sungguh enak dan kena dengan selera Qaseh. Qaseh bangun dari
duduknya sambil merapikan kedutan di bajunya akibat terlalu lama duduk. Dia
bergerak ke sinki untuk mencuci tangan. Sambil mencuci tangan, Qaseh melihat
kelibat seorang budak lelaki sedang mencuci pinggan mangkuk di ruang dapur. Dia
sungguh kenal sosok tubuh itu.
“Faliq kalau dah penat berhenti lah nak, pak Man tak sanggup tengok kamu bekerja
sampai malam begini. Esok kamu nak ke sekolah pula.” Tanpa disedari air jernih
mula membasahi kelopak mata Qaseh yang sedia memerhati dari tadi. Tidak cukup
dengan apa yang dilihatnya petang tadi, sekali lagi insiden malam ini menghancur
lumat hatinya sebagai seorang guru. Tidak hairanlah Faliq sering kelihatan penat dan
lesu di dalam kelas. Malah kerja sekolahnya juga turut tidak disiapkan. Rupa-rupanya
masanya dihabiskan untuk mengerah keringat mencari rezeki.
“Tidak mengapa Pak Man, sedikit sahaja lagi ni. Sekejap lagi Faliq berhenti ya.”
Jawab Faliq walaupun mukanya jelas kelihatan penat. Tidak sanggup lagi Qaseh
melihat Faliq sebegitu rupa. Dia kembali ke tempat duduk sambil anak matanya
melilau mencari kelibat Encik Razman, tuan empunya restoran tersebut.
“Encik!” panggil Qaseh mencuri pandangan Encik Razman.
“Ya cik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” jawabnya kembali.
“Saya Qaseh, cikgu kepada Faliq budak lelaki yang kerja sebagai pencuci pinggan di
belakang sana. Boleh encik terangkan mengapa encik mengambil dia sebagai
pekerja di sini. Dia masih budak di bawah umur, tak seharusnya bekerja di sini.”
Qaseh mengutarakan apa yang bermain-main di dalam fikirannya.
“Ya cik saya sendiri tahu mengenai perkara ini. Berat juga hati saya untuk menerima
Faliq bekerja, tapi setelah mendengar ceritanya saya rasa tak sampai hati. Ayahnya
terlibat dengan kegiatan judi dan sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Katanya ayahnya jadi sebegitu setelah dtipu oleh penjual skim cepat kaya. Ibunya
pula sedang sakit di rumah kerana terlalu sibuk bekerja sehingga tidak cukup rehat.
Kata Faliq dia perlu membeli ubat di farmasi untuk ibunya. Cikgu sendiri tahu Faliq
merupakan anak sulung. Jadi dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga
keluarganya. Saya tak sangka budak sekecil itu sudah kenal erti tanggungjawab.”
Keterangan yang dikeluarkan oleh Encik Razman dihadam oleh Qaseh. Sekarang
segala persoalannya telah terjawab.

223
Keesokan harinya Qaseh sibuk menguruskan apa yang sepatutnya dijalankan.
Qaseh membentangkan usul untuk mengadakan tabung bantuan buat Faliq dalam
mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru petang itu. Qaseh menceritakan nasib yang
menimpa Faliq sehingga dia perlu bekerja dan mengabaikan pelajarannya. Semua
guru memberikan reaksi terkejut. Rata-rata berasa simpati dengan nasib yang ditimpa
oleh Faliq.
“Saya mahu semua guru yang mengajar kelas 6 Anggerik cuba untuk membantu
Faliq. Jangan terus menghukum dia jika kerja sekolahnya tidak disiapkan. Sebaliknya
cuba cari masa untuk mengadakan sesi tambahan bersama dia. Berikan
modul-modul yang boleh membantu dia untuk mengulangkaji mana-mana topik yang
tidak dikuasai olehnya. Cikgu Qaseh, saya nak awak bercakap dengan Faliq
mengenai isu ini. Cuba berbincang dengan dia untuk tidak lagi bekerja selepas tamat
waktu sekolah. Beritahu dia pihak sekolah akan cuba bantu apa yang patut dan saya
sendiri akan cuba masukkan nama Faliq sebagai salah seorang penerima biasiswa
negeri bagi kategori murid sekolah,” tegas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa
Murni, Tuan Haji Ismail yang turut memandang serius mengenai isu ini. Terasa lega
hati Qaseh mengenangkan isu ini yang sudah mula menampakkan cahaya
penyelesaian.
Setelah hampir sebulan berlalu, Faliq kini kembali menjalani hidup seperti
murid-murid biasa. Tiada lagi kes hadir lewat ke sekolah, tidur di dalam kelas, tidak
menyiapakan kerja sekolah dan sebaginya. Qaseh bersyukur atas perubahan yang
ditunjukkan oleh Faliq. Dia masih ingat reaksi Faliq apabila dia memberitahu
rancangan pihak sekolah mengenai isu ini.
“Jangan risau Faliq, cikgu dan pihak sekolah akan bantu kamu. Tabung dana untuk
kamu juga telah disediakan. Cikgu tak mahu lagi kamu bekerja selepas sesi
persekolahan tamat sebaliknya cikgu mahu kamu fokus dalam pelajaran. Janji
dengan cikgu ya Faliq”. Wajah lega jelas terpampang di wajah Faliq. Tidak
putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepada Qaseh. Dia berjanji untuk fokus
kepada peperiksaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.
Kini, hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan.
Kelihatan Faliq sedang setia menunggu di ruang hadapan dewan ditemani ibunya
yang beransur pulih. Berkat bantuan pihak sekolah, Puan Aminah menerima rawatan
yang sepatutnya dan sudah boleh kembali bekerja sebagai tukang jahit. Encik Solihin,
bapa Faliq pula sudah mula menunjukkan perubahan sikap yang positif setelah pihak
kaunseling sekolah mengambil inisiatif untuk membantunya menyelesaikan isu yang
dihadapi.

224
“Sekarang dimumkan senarai pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang
keseluruhan 6A. Mendahului senarai, Muhamad Faliq Rizky bin Solihin, Nur Qasyifa’
Binti Halim…” Mendengarkan nama Faliq diumum sebagai salah seorang pelajar
cemerlang sudah cukup untuk membuatkan tangisan mengalir keluar daripada
kelopak mata Qaseh. Setelah sesi pengambaran tamat, Faliq berlari turun dari pentas
lantas matanya terus melilau mencari kelibat Cikgu Qaseh, guru yang menjadi
idolanya sejak dulu lagi. Kedua-duanya tidak mampu menahan rasa sebak dalam hati
masing-masing.
“Terima kasih cikgu. Kalau bukan kerana cikgu, saya tidak akan berada di atas
pentas sebentar tadi. Segala jasa yang telah cikgu curahkan akan saya kenang
sampai bila-bila. Terima kasih cikgu,” kata-kata Faliq sangat menyentuh jiwanya
sebagai seorang guru.
“Faliq, tahniah dan terima kasih kerana tidak pernah berputus asa untuk
membuktikan kepada pihak sekolah bahawa awak mampu berjaya. Cikgu harap
kamu takkan lupakan segala pengorbanan dan jasa guru di sekolah ini.” Ucap Qaseh
sambil memeluk Puan Aminah yang setia berdiri di sebelah Faliq. Ungkapan Terima
Kasih Cikgu tidak pernah gagal membuatkan Qaseh berasa beruntung untuk bergelar
seorang guru. Seperti namanya, kasihnya terhadap anak-anak murid yang sudah
dianggap seperti anaknya sendiri tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata.
Datanglah segala apa cabaran sekali pun, dia tidak akan pernah mengalah untuk
terus berbakti demi melahirkan permata bernilai yang berguna kepada negara kelak.

225
Warkah
Hasil karya:
Kesavan A/L Vekraman
skesavan504@gmail.com

AKU telah dipanggil untuk ke pejabat sekolah. Menurut khabar angin, aku akan
menerima seorang pelajar baharu dalam kelasku. Aku bersimpati terhadap pelajar
baharu tersebut. Dengar kata, dia berasal dari kawasan bandar sebelum berpindah
ke sini. Sudah pasti dia susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kampung
yang serba kekurangan ini. Jika diberi pilihan, aku sudah tentu akan meninggalkan
kampung ini untuk bertugas di bandar.
Bau kertas yang baharu dicetak bercampur aroma kopi mencucuk hidung sebaik
sahaja pintu pejabat dibuka. Suasana dalam pejabat sekolah pada hari itu sama
seperti hari-hari sebelumnya. Deretan meja yang tersusun kemas sudah didiami oleh
kerani dan staf sokongan. Bunyi telefon berdering, taipan papan kekunci pada
komputer, cetakan mesin faks, dan bunyi yang tidak dapat dikenalpasti sumbernya
boleh didengari di seluruh pejabat itu.
Aku tersedar dari lamunanku apabila bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Aku
terus menyahut sapaan tersebut dengan memandang ke arah individu tersebut.
Seperti yang disangkakan, tangan tersebut milik Encik Khaizuran, iaitu Guru Besar
bagi sekolah yang aku sedang berkhidmat ini. Encik Khaizuran memperkenalkan aku
kepada anak kecil yang berumur tujuh tahun bernama Niesya. Aku tergamam
seketika. Warna rambutnya yang keperangan ditemani oleh mata kebiru-biruan itu
sememangnya menonjol kerana ciri-ciri fizikal ini amat berbeza daripada kebanyakan
warga Asia.
Nampaknya, pelajar baharu yang dikhabarkan itu bukan sahaja berasal daripada
kawasan bandar sebelum ini malahan dia merupakan kacukan Inggeris. Ibu Niesya
merupakan wanita berbangsa Eropah. Dia baru sahaja bercerai dengan suaminya
yang berbangsa Melayu. Dia berpindah ke kampung ini untuk memulakan hidup baru
bersama anaknya. Tambahan pula, Niesya merupakan kanak-kanak kurang upaya
kerana dia mempunyai masalah pendengaran ataupun pekak. Walaupun begitu,
Encik Khaizuran amat yakin bahawa Niesya mampu berdikari seperti kanak-kanak
yang lain.
Aku telah membawa Niesya ke kelas. Aku menyuruh dia memperkenalkan dirinya
kepada rakan-rakan sekelasnya. Aku menyentuh bahunya sebagai tanda isyarat.

226
Niesya mengeluarkan sebuah buku nota daripada beg galasnya. Dia membuka pada
helaian pertama buku tersebut:
‘Nama saya Niesya,’ ditulis rapi pada muka surat tersebut.
Anak-anak muridku yang lain menunjukkan riak wajah kebingungan. Niesya dapat
merasakan kehairanan mereka terhadap cara perkenalan dirinya itu. Dia membelek
buku nota itu kepada muka surat sebelah.
‘Saya pekak. Sila guna buku ini jika hendak bercakap dengan saya. Saya berharap
dapat menjadi rakan anda semua.’ Seperti yang dijangkakan, suasana dalam kelas
tersebut menjadi riuh rendah dengan bisikan dan teriakan anak-anak muridku yang
lain.
Sudah sebulan sejak kedatangan Niesya di sekolah ini. Ternyata Niesya agak
ketinggalan berbanding rakan sekelasnya yang lain. Dia tidak dapat mengikut rentak
rakan sekelasnya yang lain terutamanya dalam aktiviti membaca dan mendengar.
Kekurangannya dari segi pendengarannya mengehadkan potensinya untuk
membaca secara lisan. Aktiviti perbincangan juga merupakan halangan yang besar
buat Niesya kerana dia tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Namun begitu,
rakan-rakan sekelasnya giat berinteraktif dengannya menggunakan buku nota milik
Niesya itu.
Walaupun pada mulanya aku tidak berpuas hati akan tindakan Encik Khaizuran yang
meletakkan Niesya di bawah tanggunganku, saya rasa bersalah apabila melihat sifat
kekanak-kanakan Niesya. Sekolah ini tidak mempunyai guru terlatih untuk mendidik
kanak-kanak istimewa seperti Niesya. Aku mula mendekati Niesya. Aku
menghubungi ibunya, Puan Angelina dan bertanya akan prestasi Niesya di sekolah
sebelum ini dan punca dia tidak bergaul dengan rakan-rakannya di kelas.
Sesungguhnya, aku nak ambil tanggungjawab akan prestasi Niesya yang semakin
menurun ini. Walaupun aku sememangnya tidak dilatih untuk mengajar kanak-kanak
sepertinya, aku ingin sangat untuk mebantu Niesya. Aku mencari strategi-strategi
yang boleh digunakan untuk mengajar dan meningkatkan prestasi pelajar seperti
Niesya dalam internet dan cuba mengaplikasikannya dalam kelas.
Niesya sudah mula menggunakan alat bantuan pendengaran. Pasti ibunya telah
bertungkus-lumus untuk membelikannya kemudahan tersebut. Walaupun aku tidak
tahu harga sebenar bagi alat tersebut namun aku pasti alat itu bukanlah murah. Alat
tersebut hanya dapat membantu Niesya mendengar di tempat yang bising serta
mengenalpasti punca datangnya bunyi itu. Alat bantuan tesebut telah banyak
membantu Niesya untuk berinteraksi dengan rakan sekelasnya tetapi dia masih lagi
menggunakan buku nota miliknya itu. Aku sedar bahawa sehebat mana pun ciptaan
manusia sudah pasti ia tidak dapat mencabar ciptaan Tuhan.

227
Aku dapat merasakan bahawa terdapat segelintir pelajar yang sering mengganggu
Niesya. Contohnya, murid lelaki yang duduk bersebelahan dengannya di dalam kelas,
Amirul. Amirul boleh dikatakan sebagai pelajar yang agak nakal. Dia sering
mengganggu Niesya dengan menarik rambut, menjerit ke dalam telinga dan
menconteng mejanya. Aku sudah menasihati Amirul berulang kali tetapi dia masih
tidak menghiraukanku. Aku juga malas untuk ambil tahu dengan lebih lanjut tentang
perkara ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak kecil untuk bergurau senda
dengan cara demikian, bukan?
Sebulan kemudian, aku mendapat panggilan daripada ibu Niesya, Puan Angelina. Dia
menyatakan bahawa dalam tempoh satu bulan, 3 pasang alat pendengaran Niesya
telah sama ada dirosakkan atau hilang semasa di sekolah. Dia mengesyaki bahawa
Niesya dibuli di sekolah oleh rakan-rakannya yang lain. Aku hanya menafikan
tuntutan yang telah dinyatakan oleh Puan Angelina. Kanak-kanak memang sering
bermain secara kasar sesama rakan-rakan mereka, bukan? Ini semua normal,
bukan?
Warna senja mulai memamah suasana. Aku tersedar dari tidurku. Aku meninjau ke
arah jam dinding yang terdapat di bilik guru. Jam dinding menunjukkan pukul 5.30
petang. Nampaknya aku telah terlelap sewaktu menanda buku latihan anak muridku.
Aku bergegas keluar dari bilik guru untuk pulang ke rumah. Sedang aku menuju ke
arah tempat parkir kereta, aku terlihat seorang anak kecil di dalam kolam ikan mini
yang terletak tidak jauh dari bangunan utama sekolah.
“Apa awak buat di sini, Niesya? Kenapa tak balik lagi?” tanyaku secara
perlahan-lahan supaya dia boleh membaca gerak bibirku.
Baju kurung sekolahnya yang putih itu sudah menjadi hijau akibat lumut yang
terdapat yang terdapat di dalam kolam itu. Dia kelihatan basah kuyup. Matanya
kelihatan bengkak seperti dia telah menangis sepanjang hari. Dia hanya mampu
mengukir senyuman kecil dan menunjuk ke arah kolam tersebut untuk menandakan
bahawa dia sedang mencari sesuatu.
Tanpa berfikir panjang, aku turut membantunya mencari barang misteri yang
dicarinya itu. Beberapa minit berlalu, aku terjumpa buku nota yang selalu digunakan
oleh Niesya untuk berkomunikasi dengan rakan sekelasnya terapung-apung di suatu
sudut kolam itu. Buku itu basah dan telah membuatkan tulisan di dalamnya luntur.
Namun, aku masih dapat membaca isi kandungan buku itu. Aku terkejut.
“Kau ni suka menyusahkan orang.”
“Kalau dah pekak tu, buatlah gaya orang pekak.”
“Sedarlah diri tu sikit!”

228
Sepanjang hidup aku, tidak pernah kusangka anak muridku mampu mengeluarkan
kata-kata kesat begitu. Aku menutup buku nota itu dan terus menghantar Niesya
pulang ke rumahnya. Aku sedar bahawa pergaduhan antara kanak-kanak ialah bukan
sesuatu yang boleh dipandang remeh. Itulah yang menyebabkan Niesya kurang
fokus dalam kelas. Ia juga telah mengurangkan keyakinan diri Niesya yang
merupakan sesuatu perkara yang amat merisaukan.
Sejak dari peristiwa itu, aku sedar akan tanggungjawab yang perlu aku galas. Tugas
seorang guru bukan sahaja mengajar anak muridnya tentang ilmu pendidikan tetapi
seorang guru hendaklah mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sifat-sifat moral
dalam diri murid-murid.
Niesya telah berpindah ke sekolah yang lain menjelang bulan Oktober pada tahun
2016. Aku telah memohon ampun dan maaf kepada Niesya dan ibunya kerana tidak
mengendahkan perkara tersebut dari mula lagi. Namun, nasi sudah menjadi bubur.
Pemindahan Niesya ke sekolah baharu merupakan tindakan yang tepat diambil oleh
Puan Angelina. Aku masih teringatkan senyuman Niesya yang mengusik jiwa.
Pada tahun ini, Niesya akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada
minggu hadapan. Aku telah menerima sekeping surat yang dilipat kemas yang
diletakkan di atas mejaku. Surat tersebut hanya terkandung dua baris ayat tetapi
mampu membuatkan bendungan air mataku pecah.
‘Cikgu ialah guru unggul yang belum pernah saya lihat di mana-mana sekolah
sebelum ini. Doakan kejayaan saya Cikgu.’

229
Hasrat Terakhir
Hasil karya:
Luqman Hakim Bin Adlan
akim19lala@gmail.com

ENAM bulan. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah otak tahap empat. Masa
yang dijangka oleh doktor untuk aku terus melangkah di bumi ini dan menghirup
udara yang dikurniakan oleh Allah SWT. Takkanku persiakan waktu-waktu yang
tinggal ini dengan perkara-perkara yang lagha dan akan aku sempurnakan niatku
yang satu, iaitu memastikan anak-anak didikku berjaya. Mengajar bukanlah perkara
yang mudah malah mencabar. Ada segelintir masyarakat yang memandang kerjaya
sebagai seorang guru adalah perkara yang mudah. Benar mengajar subjek-subjek di
dalam buku teks adalah perkara yang mudah, akan tetapi masyarakat juga terlupa
sesuatu perkara bahawa tugas guru bukan hanya mengajar, malah seorang guru juga
harus mendidik dan menbentuk murid-muridnya agar mereka menjadi insan yang
berguna kepada bangsa, agama dan negara. Misi terakhirku sebelum aku
menghembuskan nafasku yang terakhir adalah ingin membentuk pelajar paling
bermasalah di sekolahku dan jadikan mereka sebagai pelajar yang berdisiplin. Nama
aku Nur Maya Syazwani Binti Abdul Rahim. Aku merupakan tenaga pengajar di SK
Seri Perpat. SK Seri Perpat merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid
yang sedikit dan yang paling menarik, hanya ada satu kelas bagi setiap darjah.
Tambahan pula, satu kelas hanya mempunyai sekitar sepuluh hingga lapan belas
orang pelajar. Walaupun tidak ramai pelajar di dalam kelas, pelajarku tidak terlepas
daripada mempunyai ragam dan karenah masing-masing.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) semakin menghampiri. Lima bulan lagi
muri-murid kesayanganku murid tahun 6 akan menduduki UPSR dan aku rasakan
bahawa mereka tidak bersedia baik dari segi pelajaran mahupun rohani. Hampir
kesemua pelajarku mempunyai masalah dalam pembelajaran dan sebilangan dari
mereka mempunyai masalah disiplin yang berpunca daripada keluarga. Bagi
mengatasi masalah ini aku cuba mangadakan kelas malam dan mengajar mereka
tanpa memikirkan apa-apa balasan. Aku hanya inginkan mereka berjaya. Akan tetapi,
seorang dari pelajarku tidak dapat turut serta kerana dihalang oleh bapanya. Amin
merupakan pelajar yang sering tidak ke sekolah kerana harus membantu keluarganya.
Amin merupakan pelajar yang pintar dan cerdik tetapi malangnya keputusan
peperiksaan Amin yang cemerlang seperti tiada apa makna dimata bapanya.
Bapanya hanya mahu Amin bekerja dan membantunya mencari wang utuk menyara

230
mereka sekeluarga. Aku cuba untuk menghampiri Amin dengan memberinya segala
kerja rumah dan nota setiap kali Amin tidak ke sekolah. Hanya dengan cara itu aku
dapat memastikan Amin terus belajar dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Hari-hariku berlalu tanpaku sedar, semakin hari semakin teruk barahku merebak,
rawatan kimoterapi hanya melambatkan proses barah itu merebak. Setiap kali aku
buka tudungku pasti akan ada rambut yang gugur. Kepalaku hampir botak dan aku
kelihatan semakin pucat dan tidak bermaya.
“Tiga bulan lagi,” bisikku sendiri. Aku cuba gagahkan diri dan pergi ke sekolah. Untuk
memastikan pelajar-pelajarku tidak menyedari bahawa aku sedang sakit, aku cuba
menebalkan solekkanku agar mukaku tidak kelihatan pucat dan aku cuba untuk
mengukir senyuman setiap kali berada di sekolah bagi menunjukkan imej yang ceria.
Dengan ini aku dapat memastikan pelajar-pelajarku selesa untuk belajar denganku.
“UPSR lagi dua bulan dan Amin semakin kerap tidak ke sekolah. Aku harus lakukan
sesuatu,” bicaraku sedirian. Aku nekad bahawa petang ini aku akan ke rumah Amin
dan berbincang dengan bapanya tentang Amin. Tepat pukul dua setelah aku usai
melaksanakan solat Zohor, aku pergi ke rumah Amin menaiki kereta. Setelah tiba
dirumah Amin aku memarkir keretaku di bawah pokok manggis dan terus memberi
salam. Bapa Amin yang berada di bangsal sedang mengasah parang berhenti dari
melakukan kerjanya dan menjawab salamku.
“Encik Zamri, saya ingin berbincang dengan encik tentang Amin,” kataku pada bapa
Amin.
“Adakah ini berkenaan sekolah?” soal Encik Zamri.
“Ya, saya rasa Amin perlu ke sekolah seperti murid-murid yang lain kerana ujian
UPSR semakin hampir. Tinggal lagi dua bulan sahaja Encik Zamri. Tidakkah encik
mahu melihat anak encik berjaya?” soalku.
“Tapi cikgu, saya orang susah cikgu, kalau Amin belajar pandai-pandai pun nanti
sampai satu saat saya tidak akan mampu tampung kos pembelajaran Amin,” balas
Encik Zamri.
“Encik, rezeki, jodoh, ajal, maut itu semua kerja Allah SWT bukan kita yang tentukan.
Percayalah dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, Insya’Allah jika encik ikhlas
mahu menyekolahkan Amin, Allah akan mudahkan urusan encik,” balasku.
“Saya hanya mahu lihat Amin berjaya sahaja dan dapat membantu keluarganya
kelak,” sambungku.
“Saya tahu Amin seorang pelajar yang pandai, saya hanya menjalankan tugas saya
sebagai guru dan membantu Amin berjaya dalam pelajarannya. Saya akan berusaha
mencarikan Amin biasiswa untuk dia belajar dan akan meringankan beban encik
untuk menyekolahkan Amin,” kataku pada Encik Zamri.

231
“Kenapa Cikgu sanggup pergi sejauh itu untuk membantu kami walhal kita bukan
keluarga?” soal Encik Zamri.
“Kerana saya sayang anak-anak murid saya dan saya ingin melihat mereka berjaya,
itu sahaja yang saya mahukan,” jawabku.
“Cikgu Maya…,” Amin memanggilku dengan suara yang sayu. Setelah mendengar
penjelasanku, Encik Zamri menjawab “Baiklah Cikgu, saya akan pastikan Amin akan
bersekolah tanpa ponteng sehingga UPSR tamat dan saya akan berusaha
bersungguh-sungguh supaya Amin dapat belajar dengan selesa,” janji Encik Zamri
padaku.
“Saya akan cuba bantu Encik Zamri dan Amin sedaya upaya saya,” balasku.
“Terima kasih cikgu,” kata Amin sambal menangis teresak-esak di hapadan pintu
rumah.
“Ayah, Cikgu Maya, Amin janji akan belajar bersungguh-sungguh dan Amin akan
banggakan cikgu serta Ayah,” janji Amin kepada kami.
“Itulah yang Cikgu mahukan…,” itulah ayatku yang terakhir sebelum aku pitam dan
tidak sedarkan diri. Apa yang aku tahu aku sudah terlantar di atas katil hospital.
Doktor memberitahu aku yang Encik Zamri dan Amin yang menghantarku ke hospital.
Memandangkan aku sebatang kara dan tiada keluarga lain untuk dihubungi, doktor
menerangkan penyakitku kepada Amin dan Encik Zamri. Rahsia yang aku cuba untuk
selindungkan akhirnya terbongar. Amin tahu segalanya. Aku hanya mampu berpesan
pada Amin agar perkara ini akan menjadi rahsia diantara kami. Amin menerima
khabar berita ini dengan hati yang berat dan sayu.
“Cikgu nak tinggalkan Amin ke?” tanya Amin kepadaku.
“Tidak selagi Cikgu tidak dapat lihat kamu berjaya,” jawabku.
“Cikgu tipu! Cikgu kata mahu lihat Amin berjaya tapi Cikgu nak tinggalkan Amin,
tinggalkan kami semua,” jawab Amin sambil menangis teresak-esak.
“Amin, cikgu janji cikgu akan ajar kamu sampai kamu berjaya, cikgu sayang kamu
semua, mana mungkin cikgu akan tinggalkan kamu semua sebelum melihat kamu
berjaya,” kataku pada Amin.
“Cikgu janji?” tanya Amin.
“Janji,” balasku walaupun aku sedar janji itu belum pasti dapatku kotakan.
Hari berlalu dan UPSR menghampiri, sejak daripada kejadian petang itu, tidak
seharipun Amin tidak ke sekolah, malah Amin semakin bersemangat untuk ke
sekolah. Esok adalah detik bersejarah bagi mereka kerana mereka bakal menduduki
peperiksaan UPSR. Semakin hari aku juga semakin tidak bermaya aku sudah tidak
mampu untuk melawan penyakit ini tetapi disebabkan anak-anak muridku, aku

232
gagahkan juga diriku untuk mengajar mereka hanya Amin sahaja yang tahu tentang
penyakitku.
Pada hari peperiksaan, aku tidak dapat hadir ke sekolah untuk memberikan mereka
semangat kerana terlantar di hospital. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan
mereka. Begitulah apa yang aku mampu lakukan sepanjang peperiksaan UPSR
berjalan. Selepas habis peperiksaan aku menerima satu kejutan dari kelas tahun 6.
Mereka beramai-ramai datang melawatku. Aku sungguh terharu aku berasa bahawa
aku telah berjaya mendidik anak-anak muridku. Ternyata aku telah menghasilkan
anak murid yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang baik malah
mempunyai akhlak serta budi pekerti yang tinggi.
Setelah sekian lama aku terlantar di atas katil hospital, akhirnya slip keputusan
peperiksaan UPSR tiba. Ternyata jangkaan doktor hanyalah jangkaan, aku berjaya
hidup sehingga hari keputusan peperiksaan UPSR keluar. Amin berjaya memperoleh
keputusan yang cemerlang, keputusan yang diimpi-impikan oleh Amin iaitu 5A.
“Cikgu Maya! Amin berjaya! Amin berjaya banggakan cikgu dan ayah,” kata Amin
padaku.
“Tahniah Amin. Ingat perjalanan kamu bermula disini, jauh lagi perjalanan kamu,
cikgu berharap agar kamu tidak akan mengalah dan terus melangkah ke hadapan,”
kataku dengan lemah. Tidak lama selepas itu, aku merasa semakin lemah dan lemah
sehingga berasa aku ingin tidur buat selamanya. Mataku tertutup dan jantungku
terhenti. Doktor cuba sehabis baik untuk menyelamatkanku tetapi Allah lebih
menyayangiku. Maafkan cikgu Amin, cikgu pergi dahulu.

233
Aku Bukan Setan

Hasil karya:
Nur Farra Aniesya binti Zoharizan
farraaniesya@gmail.com

"KAKAK...! Cepatlah turun...! Kita dah lewat ni," jerit Harith. Panggilan adik Hanessya
terus menghentikan lamunannya yang kelihatan tiada penghujung.
"Huh," keluhnya dengan nada yang sayu sekali. Hari ini ialah hari yang paling berat
buat Haneesya. Sudah tiba masanya untuk dia mengajar di sekolah baharu iaitu
Sekolah Kebangsaan Seri Indera yang terletak tidak jauh daripada rumah yang baru
dipindahnya itu. Keluarga Hanessya perlu berpindah ke Negeri Perlis Indera
Kayangan kerana ayah Hanessya telah dinaikkan pangkat dan perlu bekerja di sana.
Sungguh perit rasanya hati Haneesya di saat dia mahu meninggalkan sekolah
lamanya itu kerana dia sangat sayang akan warga di sekolah tersebut. Itulah sekolah
di mana Hanessya memulakan kariernya sebagai seorang guru. Namun apakan daya,
hanya masa yang menentukan segalanya.
"Aduh, apalah nasib aku ni. Dah elok-elok mengajar dekat sana, kena pindah pulak,"
bisik Haneesya. Tanpa membuang masa, Hanessya terus menyandang beg yang
khas untuk ke sekolah dan turun dengan hati yang duka.
Setelah tiba di sekolah, Harith terus berlari ke kelas yang berada di sebelah
bangunan pentadbiran sekolah. Senyuman Harith yang tidak lokek itu telah
membuatkan Haneesya meluat dengan perangai adik kandungnya sendiri.
"Huh, apalah nasib aku dapat adik macam ni," Haneesya mengeluh. Hanessya
dengan berat punggunya, keluar daripada kereta Myvi baru yang berwarna merah
menyengau. Baju kurung merah jambu lembut dikenakan dengan tudung merah
jambu keluaran Neelofa telah menyerlahkan keayuan dan kecantikan Hanessya.
Hatinya sudah mula bergoncang setelah dia memulakan langkah pertama ke arah
sekolah.
"Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini," doa Hanessya di
dalam hati. Benar, Hanessya sangat gementar untuk berdepan dengan guru-guru di
sana kerana sekolah tersebut bukan calang-calang sekolah. Sekolah tersebut ialah
sekolah terbaik di negeri Perlis dan telah dinobatkan sebagai sekolah pertama yang
menjulang panggilan sekolah kluster. Jika hendak dibandingkan dengan sekolah
lama Hanessya, memang jauh beza sekali sekolah lamanya berada di kawasan

234
pedalaman kampung dan hanya mempunyai pelajar yang berpemikiran biasa-biasa
sahaja.
Dengan bacaan bismillah, Hanessya melangkah masuk ke pejabat sekolah untuk
melaporkan diri.
"Assalamualaikum, saya Farra Hanessya dari Pahang yang baru berpindah ke sini,"
kata Hanessya dengan nada yang lembut dan senyuman yang bergitu manis
Hanessya hadiahkan kepada orang yang berada di dalam pejabat tersebut. Alangkah
terkejutnya Hanessya apabila melihat semua guru di sana melayan Hanessya
dengan baik sekali. Tiada sedikit pun yang membuat muka ketika bersapa dengannya.
Hanessya berasa sangat gembira dan terus membuat anggapan yang bahawasanya
bekerja di situ tidak akan menjadi satu masalah.
"Terima kasih Ya Allah. Engkau telah permudahkan segala urusanku. Sesungguhnya
aku sangat bersyukur kepada-Mu," bisik Hanessya dengan perasaan yang gembira.
Fail yang telah diberikan oleh kerani sekolah yang bermuka tembam dan kulit sawa
matang itu telah dibuka oleh Hanessya dengan bacaan bismillah. Hatinya berdegup
dengan kencang sambil matanya terkebil-kebil mencari pelajar tahun apakah yang
perlu dia mengajar. Akhirnya, di satu sudut borang tersebut terdapat info tentang
pelajar yang perlu Hanessya mengajar. Hanessya berasa amat gembira kerana dia
perlu mengajar pelajar tahap 1 sahaja.
"Fuh, nasib baik dapat tahap 1. Kalau aku kena mengajar tahap 2, habislah..." kata
Hanessya. Ini telah memudahkan kerjanya kerana sebelum ini Hanessya juga hanya
mengajar pelajar tahap 1 ketika berada di sekolah lama. Sambil sibuk Hanessya
menelaah borang tersebut, dia menjumpai satu kertas yang mengandungi jadual
kelasnya. Alangkah terkejutnya Hanessya apabila melihat waktu kelas pertamanya
hanya tinggal lagi 10 minit untuk bermula.
"Alamak ! Sekarang sudah jam 10.20 pagi ! Aku kena cepat ni !" terjerit Hanessya
dengan muka kemerah-merahan kerana terlalu terkejut dan tidak menyangka bahawa
hari pertamanya ini dia perlu mengajar. Pada kebiasaanya, hari pertama tidak akan
ada kelas untuk diajar.
" Haish, apalah nasib aku," keluh Hanessya sambil berlari-lari anak ke kelas.

Nasib Hanessya baik kerana kelas tersebut hanya terletak betul-betul di sebelah
bangunan pejabat sekolah. Setibanya di kelas, Hanessya terus memberi salam.
"Assalamualaikum kelas," Hanessya memberi salam. Namun, suasana kelas itu tidak
berubah. Pelajar kelas tersebut tetap bising dan tidak menghiraukan Hanessya.

235
Terdapat sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola kertas di bahagian belakang
sambil diberi sokongan oleh pelajar perempuan kelas tersebut.
"Go Adam...!" jerit pelajar perempuan di dalam kelas tersebut sambil menonton
pelajar lelaki bermain. Suasana kelas tersebut amatlah bising sehingga dapat
didengari Hanessya ketika dalam perjalanan hendak ke sana. Hanessya masih
berfikiran positif yang mereka sebenarnya tidak mendengari akan suaranya.
"Assalamualaikum kelas", ulangnya lagi tapi dengan nada yang lebih kuat dan tinggi.
Akhirnya semua pelajar di dalam kelas itu beralih pandangan ke arah Haneesya.
Muka mereka penuh dengan tanda tanya siapalah makhluk yang tengah berdiri di
hadapan ini.
Haneesya terus melemparkan senyuman manisnya lalu berkata "Selamat
pagi,semua. Hari ini cikgu akan mengajar kamu subjek Bahasa Melayu". Tanpa perlu
menunggu sesaat pun, semua pelajar di dalam kelas itu membalas dengan ketawa
yang terbahak-bahak. Hanessya berasa bergitu hairan dan tertanya-tanya apakah
yang menyebabkan mereka gelak sampai bergitu sekali. Rupa-rupanya terdapat
seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di belakang Hanessya dan sedang
mengajuk percakapannya. Namun, Haneesya masih bersabar. Dia terus menarik
nafas yang dalam dan menghembusnya dengan perlahan.
"Sabar Nessya, ini ialah ujian pertama kau. Jadi kau harus kendalinya dengan baik
sekali," nasihat Hanessya kepada dirinya.
"Siapa nama kamu budak segak? Tak baik tau buat cikgu macam tu, nanti tuhan
marah", tegur Hanessya dengan harapan pelajar tersebut akan memohon maaf atas
perlakuannya. Terlihat tanda nama "Badrul" di baju sekolah yang kusam itu.
"Cikgu siapa nak tegur saya? Suka hati sayalah nak buat apa pun",kata budak lelaki
itu lantas menunjukkan jari tengah kepada Hanessya dan terus berlari keluar kelas
diikuti dengan beberapa pelajar lelaki yang lain.
"Astaghfirullah", Hanessya terus terduduk di atas kerusi guru di hadapan kelas. Tidak
tahu untuk membuat reaksi dan tindakan apa. Sungguh, Hanessya tidak menyangka
bahawa budak sekecil itu sudah pandai malawan dan menggunakan perkara yang dia
sendiri tidak berani melakukanya. Namun apa yang harus dia lakukan, Hanessya
dengan rasa berat hatinya terus memulakan sesi kelasnya pada hari itu. Dia terpaksa
berlakon seperti tiada apa-apa yang telah berlaku. Hatinya tidak tenang memikirkan
tragedi yang berlaku di dalam kelas tadi.
"Aku harus melakukan sesuatu",bisik hatinya.
Seusai kelas pertamanya tersebut, Hanessya terus bergegas ke bilik guru dan
mencari kelibat Puan Aishah. Puan Aishah telah menjadi rakan sekerjanya yang agak

236
rapat kerana dialah yang menolong Hanessya dalam proses pertukaran ke sekolah
baru tersebut.
"Kak Aishah, Nessya nak tanya sikit. Si Badrul pelajar kelas 3 Efektif tu memang
perangai macam tu ke?" tanya Hanessya dengan muka yang berkerut. Hanessya
masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku pada dirinya tadi. Hanessya
merasakan dia perlu tahu mengapa Badrul bertindakan sedemikian. Mesti ada
sesuatu yang telah menimpa kepada dirinya.
"Oh si Badrul tu. Ya, dia memang berperangai begitu. Dia dah selalu dikenakan
tindakan disiplin. Dia pernah membuli pelajar, tumbuk budak darjah satu dan
pecahkan tayar kereta cikgu pun pernah. Orang kat sekolah ni semua gelarkan dia
budak setan," kata Puan Aishah dengan bersungguhnya.
"Tapi Si Badrul tu baik sebenarnya. Dia ada masalah keluarga. Ibu Badrul sudah
meninggal dunia 3 tahun lepas akibat kemalangan. Sekarang hanya tinggal ayah dia
yang kena tanggung 5 anak-beranak. Tapi ayah dia seorang penagih dadah yang
tegar. Jadi, si Badrul itulah yang terpaksa menyara adik-beradiknya. Setiap hari dia
akan bekerja di kedai basikal," balas Puan Aishah. Sedih Hanessya mendengar
penerangan yang diberikan oleh Puan Aishah tersebut. Sekarang, barulah dia faham
mengapa Badrul menjadi bergitu.
Malam menjelma dengan bergitu pantas sekali. Hanessya sedang duduk di atas
kerusi belajarnya sambil memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Badrul.
Sesungguhnya, Hanessya tahu bahawa Badrul ialah seorang anak yang baik kerana
sanggup bekerja setiap hari di kedai basikal hanya untuk menanggu keluarganya.
Pada zaman kini, susah untuk masyarakat melihat anak-anak muda yang sanggup
melakukan perkara yang mereka tidak gemari demi kepentingan keluarga. Lain jika
dibandingkan dengan Badrul, seorang yang rajin dan sanggup mengorbankan zaman
keceriaan kanak-kanaknya.
"Hm, mungkin dia tertekan dengan kehidupannya itu, lalu dia lepaskan di sekolah,"
Hanessya membuat anggapannya sendiri. Hanessya berasa amat sedih apabila
mengenangkan nasib Badrul yang baru berusia 9 tahun sudah perlu mengharungi
kehidupan yang sebegitu rupa.
Keesokkan harinya, Hanessya pergi ke sekolah dengan azam dan tenaga yang
baru. Dia sudah tahu apa yang terbaik yang perlu diberikan kepada Badrul agar dia
dapat berubah menjadi pelajar yang lebih baik.
"Aku mahu ubah perangai si Badrul tu," bisik hatinya dengan berapi. Setelah dia
melangkah ke dalam kelas 3 Efektif, terus dia memanggil nama Badrul ke hadapan.
Badrul dengan tanpa segannya datang ke hadapan dengan muka yang riak.

237
"Cikgu nak apa lagi?" tanya Badrul kepada Hanessya. Riak mukanya jelas sekali
menunjukkan bahawa dia sangat meluat dan benci akan Hanessya.
"Cikgu nak bagitahu sesuatu kepada kamu," kata Hanessya dengan lembut sekali.
Hanessya mengharapkan agar Badrul akan dengar akan cakapnya pada kali ini.
"Nak cakap apa?" timbul sedikit perasaan kerisauan di wajah Badrul.
"Cikgu nak cakap yang bahawasanya cikgu sangat berbangga dengan kamu, Badrul.
Kamu telah mengorbankan masa dan tenaga kamu demi menanggung keluarga
kamu, bukan? Nah, ini duit ikhlas yang cikgu hadiahkan buat kamu. Khas untuk sikap
dan niat ikhlas kamu itu," kata Hanessya dengan muka yang penuh sayu dan
senyuman manis yang tidak lokek.
Tergamam Badrul dibuatnya. Mukanya bertukar menjadi merah-kemerahan menahan
rasa sebaknya di dalam dada kerana tidak menyangkakan perbuatan cikgunya itu.
Akibat tidak mampu menahan kesedihannya, akhirnya Badrul tertunduk dan
menangis tersesak-esak.
"Tiada siapa pun yang pernah cakap berbangga dengan saya cikgu. Tiada siapa pun
yang pernah menghargai apa yang telah saya lakukan kini. Saya penat cikgu. Saya
tidak pernah dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Apa salah saya
cikgu? Orang lain semua gelarkan saya 'budak setan'. Teruk sangat ke saya ni cikgu?
" teriak Badrul dengan teresak-esaknya. Suasana kelas menjadi sunyi setelah melihat
keaadan Badrul itu. Malah, ada seorang pelajar perempuan turut sebak mendengar
isi hati Badrul.
"Ya Badrul, cikgu faham. Susah nak dapat anak seperti Badrul sekarang. Cikgu
yakin ibu Badrul sangat bangga dengan kamu," kata Hanessya lalu memeluk Badrul
dengan eratnya. Sungguh, tangisan insan kecil itu amat ikhlas dan terbukti telah
dipendam sekian lamanya.
Selepas kejadian tersebut, Badrul yang sekarang bukanlah Badrul yang dahulu.
Dia telah bertukar menjadi seorang pelajar yang rajin, berdedikasi malah
menghormati semua guru di sekolah tersebut. Hanessya juga turut mendapat
kepujian daripada warga sekolah akibat berjaya mengubah perangai Badrul yang
sangat nakal tersebut. Sekarang, Hanessya dan Badrul menjadi sangat rapat dan
Hanessya menganggap Badrul seperti adiknya sendiri.

238
Realiti
Hasil karya:
Auni Balqis Binti Mohd Zaid
onniecookies@gmail.com

“SEMUA murid diminta berada dalam keadaan senyap sekarang! Ada perkara
penting yang ingin cikgu beritahu kepada anak-anak murid semua,” ujar Cikgu Adam
tenang sewaktu menarik perhatian murid-murid Tahun 1 Anggerik yang sebentar tadi
hingar-bingar umpama suasana di pasar tani itu. Kesemua pasangan mata
murid-murid tersebut terpampam kemas menghadap ke hadapan kelas, lagi
menambah keinginan tahuan dan penasaran mereka apabila melihat seorang insan
yang tidak dikenali berada di sebelah Cikgu Adam. Desas-desus kata-kata bagai
kicauan burung-burung yang berbisik antara sesama mereka kedengaran oleh ku.
“Ini guru kelas kamu yang baru bagi menggantikan Cikgu Rahayu yang sudah
berpencen pada minggu lepas. Sila perkenalkan diri cikgu kepada kelas,” tambahan
Cikgu Adam seraya menyuruhku untuk berinteraksi dengan mendahulukan
perkenalan diri di hadapan kelas.

Dengan menghela nafas secara perlahan-lahan bagi menghilangkan sedikit rasa


gemuruh yang membelenggu dalam diriku, “Assalamualaikum dan selamat pagi
anak-anak murid, nama cikgu ialah Mariah Mariana. Kamu semua boleh panggil cikgu,
Cikgu Mariah. Saya akan mengajar kamu subjek Bahasa Melayu. Selamat
berkenalan semua.” Itulah salam perkenalan ringkasku kepada mereka yang kini
menatap tepat pada wajahku dengan penuh keraguan. Maka, bermulalah perjalanan
hidupku sebagai insan yang bergelar guru yang bakal menerangi hidup seluruh anak
kecil bagai menjadi cahaya lampu yang menyuluh jalan mereka ke puncak kejayaan
kelak.

Keadaanku sekarang menjadi semakin hari semakin berkurangan kesusahan


yang dialami malah bertambah selesa bagiku dalam meneruskan kehidupan dan
menjalankan tugas penting sebagai seorang pendidik ini. “Tuk, tuk,” ketukan halus di
mejaku menghentikan benakku yang melayang memikirkan silibus pelajaran yang
ingin diajar sebentar nanti. Empunya tuan bunyi ketukan itu adalah milik Puan Fika
yang sering mengambil berat tentang perihalku dan keselesaanku sepanjang aku
bertugas di sini.

239
“Kamu selepas ini mengajar di Kelas 1 Anggerik, kan?” soal beliau. Tanpa
mengeluarkan kata-kata, aku mengiakan persoalan Puan Fika itu dengan anggukan
dan senyuman dihulurkan.

“Tidakkah kamu berasa penat melayan karenah Si Danish tu? Selalu buat hal dan
bising. Mengganggu orang lain pula tu.” Seloroh beliau lagi dengan rasa ingin tahu
terhadap pendapatku berkaitan tentang anak muridku seorang itu. Si Danish ini
menjadi satu cerita hangat yang diperkatakan dari bait-bait mulut setiap guru di
sekolah ini.

Aku menjawab seloroh Cikgu Fika dengan senyuman dan berkata, “Danish
biasa-biasa sahaja hari ini. Dia tidak buat banyak hal dan dia memberi perhatian di
dalam kelas saya.” Hal ini terjadi kerana sikap peribadi Si Danish yang terlalu
istemewa dan berbeza daripada rakan-rakannya yang lain di mana dia mempunyai
suatu sindrom iaitu Autisme. Namun begitu, sindrom itu tidak menghalang Danish
untuk bertindak sebagai kanak-kanak lain yang biasa, tetapi kenakalan dan sikap
terlalu aktifnya itulah yang membuatkan guru-guru lain tidak mampu untuk
melayannya.

Alahai anak kecil yang seorang itu, nak dikatakan menyusahkan, tidak malah aku
lebih berterima kasih dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi dengan izin yang
diberikan lalu Dia pertemukan aku dengan anak didik istimewa ini. Alangkah
gembiranya aku dapat mendidik anak sebegini yang mana sering ditidak ambil endah
peduli daripada guru-guru lain yang mana mengatakan bahawa budak Danish ini
sukar untuk diajar. Namun pada aku, Danish hanyalah seorang kanak-kanak riang
yang masih lagi perlahan-lahan berjalan melangkah dalam mengenali dunia yang
fana ini.

“Kring...!” kedengaran loceng rehat bagi tahap 1 telah tamat, segera aku membawa
segala peralatan bantu mengajarku dengan membuka langkah dengan pantas
menuju ke Kelas 1 Anggerik, yang mana jua kelas yang diduduki oleh Danish.

“Selamat pagi cikgu,” sapaan anak-anak murid kelas ini dengan nada ceria yang amat
apabila mereka peralatan yang dibawa olehku lantas aku membalas sapaan mereka
tersebut.

“Nampaknya mereka tidak lupa janjiku pada mereka dalam waktu kelas yang lepas,”
desis kata hatiku apabila melihat keterujaan anak-anak murid ini jelas terpampam
dengan mata mereka yang bersinar-sinar bak kilauan permata itu. Objektifku untuk

240
menarik minat murid ke arah melakukan pengucapan awam menerusi alat bantu
mengajar ini harap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hasratku juga ingin melihat
murid-murid yang lain terutamanya Danish yang sering mengalami sedikit masalah
percakapan dari segi cara pertuturannya yang sedikit gelabah dan diulang-ulang,
serta penggunaan kata yang sedikit dan terhad.

Teringat kembali aku akan peristiwa dahulu sewaktu pertama kali aku
mengajar di kelas ini, “Hari ini kita tak mulakan pembelajaran lagi, apa kata kamu
semua perkenalkan diri kamu kepada cikgu. Cikgu teringin nak kenal lebih dekat
dengan kamu,” arahan itu ku suarakan dengan lantang agar didengari oleh kesemua
murid di dalam kelas tersebut. Maka itu bermulalah perkenalan mereka dari kanan
kelas, satu demi satu melontarkan nama mereka dan sedikit latar belakang keluarga
mereka.

Tiba giliran seseorang murid lelaki, aku menjadi sedikit pelik dengan caranya
bercakap, “Na.. na.. nama saya, um.. umm.. Danish. Saya tinggal dengan keluarga,
kat rumah, ada ayah, mak, kakak dan nenek,” yang sedikit gelabah pertuturannya dan
tidak teratur. Apabila diselidik tentang latar belakangnya, baru dapat ku tahu bahawa
anak ini mengalami sindrom Autisme. Ketahuan akan maklumat tesebut, aku terus
bertungkus lumus menelaah serba sedikit akan sindrom ini bagi memudahkanku
untuk lebih bersedia dengan menggunakan kaedah serta cara mengajar yang sesuai
dengan penerimaan murid Autisme ini.

Terhentinya lamunanku akan peristiwa yang lepas, telah membawa aku


kembali ke realiti di mana situasi sekarang berlaku. Pancaran video dari projektor
telah ku pasang ke skrin layar untuk paparan kepada semua murid. Video tersebut
adalah video pengucapan oleh Perdana Menteri negara kita. Dapat ku tangkap akan
ekpresi wajah segelintir murid yang terpukau akan kredibiliti yang dibawa oleh
Perdana Menteri kita ini. Murid-murid ini seakan-akan mengimpikan untuk memiliki
cara pengucapan sebegitu. Setelah selesainya video tersebut, dapat aku rasakan
kehadiran seseorang mengikut aku keluar kelas mereka. Ku toleh ke belakang dan
melihat Danish seperti ingin mengatakan sesuatu kepadaku.

“Saya nak jumpa Perdana Menteri suatu hari nanti,” ujarnya kepadaku. Aku lantas
terkejut akan penyataan yang diperkatakan oleh Danish itu. Bukan pada hari itu
sahaja, akan tetapi Danish sering mengutarakan hasrat hatinya kepadaku setiap kali
kami bersua muka.

241
Ayat yang sama diulangi kepadaku iaitu, “Saya nak jumpa Perdana Menteri
suatu hari nanti.” Benak pikiranku menjadi celaru memikirkan bait kata-kata anak itu,
akan tetapi keinginanku untuk membawa kata-kata anak itu menjadi realiti adalah
sangat tinggi. Akanku ingin lihat wajahnya bereaksi ceria melihat orang yang
disanjung tingginya itu. Dalam senyap-senyap tanpa perkhabaran kepada anak-anak
muridku, aku melontarkan suaraku di kalangan guru-guru di sekolah itu dengan
memberikan satu buah pikiran yang selma ini membelenggu di dalam kepalaku.
Ideaku adalah mengadakan suatu lawatan ke Pusat Konvensional Antarabangsa
Putrajaya (PICC). Hal ini kerana tedapat satu program yang akan berlangsung di
sana dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita sendiri. Usahaku ini adalah bagi
memberi cahaya kepada hasrat anak muridku yang seorg itu yang tidak henti-henti
menyuakan keinginannya untuk bertemu Perdana Mnenteri ini menjadi suatu realiti.

Setelah mendapat kebenaran dari pihak atasan akan kertas kerja yang telah
kubentangkan ini, aku bersama-sama rakan seperjuanganku yang lain akan turut
serta dan membantuku menjayakan program lawatan ini. Dalam perjalanan
rombongan kami ke sana, keterujaan dalam diri peserta-peserta ini dapat ku lihat
sebagaimana aku juga berasa gembira, ceria dan tidak sabar untuk ke destinasi, ada
mungkin penat lelah terasa untuk menjaga keselamatan dan keselesaan peserta agar
terjaga.

Setibanya kami di platform keretapi, terkumat-kamit mulutku umpama


membaca mantera sewaktu aku mengira bilangan ahli peserta lawatan akan tetapi
tidak cukup seorang. Anak muridku itu hilang bagai halimunan, tidak dapat dijangka
dan tidak dapat dijelaskan bagaimana dia hilang dari pandangan kami sedangkan dia
tidak henti-henti menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan Perdana
Menteri kepada rakan-rakannya malah dia beria-ria beratur mengikut barisan
sebelum ini. Tanpa melengahkan masa yang lebih panjang, aku memulakan
pencarianku akan Danish dengan memeriksa kesemua gerabak sepanajng keretapi,
namun kelibatnya juga tidak ku kelihatan. Kesuntukan masa yang hanya tinggal lagi
beberapa minit sebelum keretapi tesebut berlepas, aku berpesan kepada rakan
sejagatku bahawa aku akan meneruskan pencarianku ini langsung aku
mempercepatkan langkahku keluar daripada gerabak ini. Seorang pun anak muridku
hilang kerana sesat takkan aku berdalih daripada mencarinya, itulah pendirianku.

“Cikgu.. cikgu.. Hanif.. Farhan.. mana semua orang..” perlahan sahaja aku terdengar
teriakan seorang budak yang memanggil seseorang. Di sebalik tiang yang besar itu,
berdiri di situ Danish dengan memeluk tubuhnya yang mungkin berasa sedikit

242
ketakutan. Aku menyahut namanya lalu berpaling Danish menghadap dan berlari ke
arahku. Soal aku kepadanya akan keberadaannya sebelum ini, rupa-rupanya dia
tertarik akan poster Perdana Menteri yang terpapar di tiang tersebut sehinggakan dia
ralit dan terlupa akan rombongan lawatan telah meninggalkannya sendirian. Setelah
mendapat penjelasan daripada mulut kecil Danish ini, aku lantas menemani dia buat
sementara waktu bagi meredakan keresahannya yang mengharungi pengalaman
yang menakutkan sebentar tadi. Selamat anak murid ini tidak mengalami apa-apa
kecederaan.

Aku lihat waktu di jam yang berada lekat kemas di pergelangan tangan
kananku, masa hanya tinggal lagi setengah jam sebelum majlis tersebut bermula.

“Masihkah sempat kami berdua bersama ke destinasi yang ulung kami tunggu-tunggu
ini?” persoalan ini berlegar-legar di dalam pikiranku. Akan tetapi dengan azam dan
semangat yang kental, aku bersama-sama Danish bergegas menaiki keretapi yang
seterusnya. Perjalanan kami ke sana akan memakan masa selama sejam lima belas
minit.

“Cikgu Mariah, sempat ke kita tengok Perdana Menteri berucap?” ujar Danish
kepadaku.

“InsyaAllah kita sempat sampai sana sebelum Perdana Menteri selesai berucap,”
balasku.

Sesampai sahaja kami tiba di destinasi yang dituju iaitu PICC, aku bergegas
pantas menerpa ke dewan utama di mana berlangsungnya acara tersebut. Kelihatan
lautan manusia memenuhi ruang-ruang di dalam dewan tersebut sehinggakan aku
tidak dapat lagi meneka rombongan lawatanku sendiri. Ku memanjatkan kesyukuran
kepada Allah kerana memberi aku dan Danish kesempatan menyaksikan
pengucapan Perdana Menteri ini secara langsung di hadapan kami sendiri.
Perarakan keluar dewan berlangsung seusai ucapan perasmian daripada Perdana
Menteri.

Tidak dapat ku duga akan tindakan Danish yang membuka langkah seribu menuju ke
arah perarakan Perdana Menteri tersebut. Disebabkan tubuh kecil molek Danish, dia
berjaya meboloskan diri di dalam lautan manusia itu, namun aku tidak berjaya dan
tidak dapat menghalang Danish daripada mengganggu perarakan itu. Dia lantas
mengejar Perdana Menteri dan pengiring-pengiringnya lalu menghalang mereka
daripada meneruskan perjalanan tersebut. Tindakan berani Danish itu telah menarik

243
perhatian orang ramai lalu menimbulkan tanda tanya orang ramai termasuk Perdana
Menteri sendiri. Dengan minat dan azam Danish yang tinggi, telah membawa Danish
untuk berani menyatakan isi hatinya kepada idolanya sendiri.

“Saya dah.. dah lama teringin em.. nak jumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri
adalah idola saya”. Itulah bait-bait kata Danish yang sering ingin diperkatakan
olehnya kepada Perdana Menteri. Dengan itu, Perdana Menteri menghulurkan
tangannya untuk berjabat salam si kecil molek Danish ini. Dari kejauhan dapat kulihat
kegembiraan yang dirasai oleh Danish apabila dapat bertemu Perdana Menteri.
Tanpa disedari, air mata gembiraku menitis membasahi pipiku setelah aku
menyaksikan detik-detik istimewa itu. Siapa dapat menyangka akan bait-bait kata
yang sering diperkatakan setiap hari kepadaku menjadi suatu kenyataan dalam
hidupnya.

244
PELAJAR
PISMP
AMBILAN
JUN 2018
(UNIT T8)
245
Mat Bodoh
Hasil karya:
Nur Najihah Binti Mazlan
jihah_99@yahoo.com

GURU. Apabila disebut sahaja perkataan itu ramai yang memandang tinggi,
berasa gerun, tidak kurang juga yang menaruh harapan yang tinggi untuk melihat
bangsa Malaysia terdidik dengan jayanya. Banyak liku dan cabaran yang harus aku
tempuhi demi menggalas jawatan guru. Salah aku juga, dulu ayahku tegas
menyuruhku menyambung legasi syarikatnya aku tolak mentah-mentah.
“Aina, ikut cakap ayah. Sambung saja perniagaan ayah ini, ayah ada untuk bimbing
kamu. Ayah lebih makan garam daripada Aina. Kerja guru itu bukanlah senang. Silap
langkah orang kampung serang dan salahkan kamu atas kegagalan anak-anak
mereka!” ujar ayah.
“Ayah, Aina tahu apa yang Aina nak. Jangan risau, Aina jaga diri Aina, ayah.” balasku
dengan lembut.

* * *

5 tahun kemudian

Surat yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga. Setelah 5 tahun meminta


pertukaran tempat perkhidmatan, akhirnya aku berjaya dipindahkan ke negeri
kelahiranku iaitu Kedah Darul Aman. Tujuan aku bertukar tempat kerja hanyalah satu
iaitu mahu menjaga kedua-dua orang tuaku di Kampung Tualang. Bagai pucuk dicita
ulam mendatang, aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tualang yang jaraknya
hanyalah 1 kilometer dari rumah kelahiranku.
Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Jadual waktu menunjukkan
waktu Bahasa Melayu di kelas 4 Pintar. Jantungku sedikit berdebar kerana inilah
pertama kalinya aku mengajar di kelas yang paling hujung ataupun kelas yang
dipanggil sebagai kelas kurang pintar. Aku mengatur langkahku dengan penuh
semangat untuk mengajar budak-budak kampung aku. Sesi pembelajaran di kelas 4
Pintar berakhir dengan lancar, murid-murid memberi kerjasama yang sangat baik.

246
Usai sesi pengajaran aku memberikan kerja rumah untuk menguji kefahaman
murid-muridku.
Hari kedua aku mengajar di kelas 4 Pintar, aku meminta murid-muridku untuk
menghantar tugasan yang telah aku berikan pada dua hari yang lalu. Kesemua murid
kelas 4 Pintar menghantar tugasan mereka kecuali seorang murid lelaki.
“Mat, di mana tugasan yang saya beri haritu?”
Mat hanya diam seribu bahasa sambil menundukkan kepalanya.
“Saya maafkan awak kali ini, namun kalau awak ulang benda yang sama, saya akan
ambil tindakan ke atas awak” ujarku dalam nada yang agak tegas.
Minggu berikutnya aku mengambil keputusan untuk memerhatikan Mat. Di dalam
kelas, dia agak pasif dan pendiam. Aku memanggil keputusan untuk bertanya kepada
Cikgu Rohani, iaitu guru kelas 4 Pintar.
“Akak, kenapa dengan Mat tu? Kerja saya tak pernah disiapkannya, setiap kali diberi
soalan dia diam macam tunggul. Apa masalah dia yang sebenarnya?”
“Alah kau ni Aina, Mat tu satu sekolah panggil dia Mat bodoh sebabnya dia sangat
bodoh. Setiap kali peperiksaan ditinggalkan kertas itu kosong tanpa dijawab.
Cikgu-cikgu lain dah putus harapan dengan si Mat tu Aina”.
Aku terkedu mendengar jawapan daripada Cikgu Rohani. Aku tahu sebodoh
manapun murid itu, dia boleh dibentuk dan diasah agar menjadi pelajar yang
cemerlang. Aku mengimbau kembali pembelajaranku sewaktu di Institut Pendidikan
Guru mengenai teori perkembangan kanak-kanak iaitu teori Vygotsky. Teori itu
menekankan pentingnya interaksi sosial demi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Aku yakin jika mendapat sokongan daripada insan sekeliling, dia boleh berjaya.
Demi menginginkan Mat berubah, aku menjemputnya ke tuisyen perseorangan di
rumahku. Hati aku ikhlas mengajar Mat tanpa meminta bayaran. Sebak rasanya
melihatkan masih ada murid yang tidak tahu mengeja dan menulis di zaman yang
serba moden ini. Sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang inginkan setiap murid mampu menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia, aku menggunakan segala kaedah dan teknik yang menarik demi
mengubah Mat.
“Mat, jangan segan-segan bertanyakan soalan kepada kawan kamu. Kawan-kawan
kamu bersama cikgu boleh ajar kamu.”
“Cikgu, tiada siapa pun yang mahu berkawan dengan saya. Bukan apa, mereka jelek
melihat saya di dalam kelas itu. Tiap-tiap hari ada ada sahaja perkataan Mat bodoh di
mulut mereka. Saya dibuli disebabkan keadaan diri saya yang serba kekurangan ini.
Kenapa saya diuji begini cikgu? Tiada guna saya pergi ke sekolah kalau orang
sekeliling memulaukan saya.”

247
Aku menangis dalam diam. Hatiku remuk melihatkan masyarakat sekeliling yang
begitu angkuh sehingga sanggup memandang rendah kepada Mat. Naluri hati guruku
kuat mengatakan bahawa aku perlu membantu Mat. Berdosa rasanya jika aku
mengabaikan Mat terbiar hilang tanpa arah.

* * *

Bulan berganti bulan, Mat sudah menunjukkan pemkembangannya dalam subjek


Bahasa Melayu. Dia sudah berubah menjadi murid yang agak aktif sewaktu aku
mengajar. Suatu hari aku memanggil Mat untuk berjumpa denganku pada waktu
rehat di bilik guru.
“Mat, cikgu berbangga dengan pencapaian awak sekarang. Banyak guru yang
memuji kamu di hadapan cikgu. Cikgu nak awak kekalkan prestasi dan momentum
awak, walaupun cikgu tiada untuk membimbing awak”.
“Kenapa cikgu cakap macam tu? Saya tak nak belajar tanpa cikgu!” ujar Mat dengan
nada yang agak marah.
“Sebenarnya, cikgu akan berpindah hujung minggu ini. Cikgu dipindahkan ke sekolah
lain sebagai guru penolong di sana. Saya mahu awak teruskan semangat untuk
belajar walaupun saya tiada untuk bimbing awak.” aku berkata dalam nada sayu.
Mat hilang arah mendengar berita dariku. Dia berlari sepantas kilat keluar daripada
bilik guru dan aku hanya mampu memandangnya dari jauh. Sebelum pulang ke
rumah, aku sempat menjenguk ke kelas 4 Pintar untuk memujuk Mat, namun rakan
kelasnya
Sewaktu hari terakhir aku mengajar di kelas 4 Pintar, Mat tidak hadir ke sekolah.
Sempat aku memberi kata-kata terakhir dan dorongan kepada muridku agar mereka
tidak penat dalam mencari ilmu.
Sebulan berlalu, walaupun aku sibuk dengan jadual baruku, aku teringat akan
Mat. Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Cikgu Rohani demi bertanyakan
mengenai Mat.
“Mat dah jadi macam dulu Aina, dia dah tak minat untuk belajar. Katanya cikgu-cikgu
yang lain tak sama dengan Cikgu Aina. Hanya Cikgu Aina yang faham karenahnya.”
jawab Cikgu Rohani.
Hancur hatiku mendengarkan jawapan daripada Cikgu Rohani. Aku bukan
kecewa disebabkan pengorbananku sia-sia begitu sahaja, aku kecewa kerana aku
tahu Mat keseorangan di sekolah. Guru yang lain hanya memandang Mat sebagai
bahan umpat. Aku menggelengkan kepala. Aku tahu aku bukanlah siapa-siapa dan

248
hanya doa yang mampu aku titipkan kepada Mat. Aku minta agar dia berubah kerana
aku tahu dia merupakan murid yang sangat berpotensi.

* * *

8 tahun kemudian
Aku diminta untuk menghadiri kursus perguruan di Universiti Malaya. Dek perut
yang lapar, aku singgah ke kafe untuk mengalas perutku. Usai makan, aku ingin
membayar namun dihalang oleh seorang pemuda. Dia bertegas mahu membayarkan
untukku. Disebabkan tergesa-gesa dengan kursus yang akan bermula hanya
beberapa minit lagi, aku hanya bersetuju dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Kursus dimulakan dengan ucapan daripada pihak Universiti Malaya dan aku
terkejut disebabkan individu itu merupakan orang yang sama membayarkan makanan
untukku. Melalui ucapannya, aku dapat tahu dia merupakan Vice-Chancellor di
universiti tersebut. Setelah selesai ucapan, aku bergegas berjumpanya dalam senyap
disebabkan perasaan kebingungan yang meninggi.
“Maaf tuan, saya tertanya-tanya kenapa tuan bayarkan makanan saya tadi.” ujarku
dengan nada sopan.
Sambil tersenyum, dia membalas “Cikgu Aina, cikgu tak ingat saya ? Saya Mat bodoh
anak murid cikgu sewaktu sekolah rendah dulu”.
“Ya Allah Mat! Keciknya dunia! Macam mana kamu boleh jadi mcam ni?” suaraku
sedikit menjerit disebabkan rasa teruja. Hampir aku memeluk Mat namun diriku masih
waras dan hanya gerakan teruja yang aku berikan.
“Sejak cikgu berpindah, saya rasa hilang semangat untuk belajar. Saya hilang tempat
bergantung sampailah satu hari Cikgu Rohani datang menasihati saya. Dia
menasihati saya agar saya tidak mensia-siakan segala pengorbanan yang Cikgu Aina
buat. Sejak itu saya bertekad untuk mengubah diri saya untuk Cikgu Aina, dan
keluarga saya. Alhamdulillah saya berjaya mengubah diri saya menjadi insan yang
boleh buat cikgu Aina berbangga.
Aku menitis air mata kegembiraan. Aku sedar betapa pentingnya nilai seorang guru
dalam mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna. Aku bersyukur kepada
Allah. Aku bersyukur kerana aku merupakan insan yang bertuah dan terpilih untuk
bergelar “guru”.

249
Mewarna Pelangi
Hasil karya:
Khairul Anwar Bin Reduan
ka56693@gmail.com

“INI bukan cerita fantasi. Ini adalah kisah realiti.” Berikut merupakan kata-kata akhir
Zalaily setelah beliau menceritakan mengenai pengalamannya berada di bangku
sekolah kepada teman-teman rapat beliau. Zalaily merupakan seorang bekas pelajar
di SM Sains Tuanku Jaafar, sebuah sekolah yang berprestij di Malaysia. Beliau
menghabiskan masa selama lima tahun berada di sekolah tersebut, bukan sahaja
mendalami ilmu pendidikan namun pelbagai pengalaman suka dan duka telah beliau
alami sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

Siapa sangka Zalaily yang merupakan seorang pelajar nakal dan digelar sebagai
pelajar bermasalah yang tiada masa depan, namun sekarang beliau adalah pemilik
dan juga pengurus kepada sebuah syarikat pel terkemuka di Sabah iaitu Seri Hotel
Groups Sdn. Bhd. Benarlah kata pujangga, jangan menilai seseorang dari sisi
luarannya. Tiada yang mustahil, siapa sahaja boleh berjaya asalkan dia mahu dan
berusaha.

Dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah


Rendah (UPSR) seterusnya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian beliau di
SM Sains Tuanku Jaafar. Sungguh gembira kedua-dua ibu bapa beliau setelah
mereka mengetahui tentang berita baik ini, jelas mereka sangat berbangga dengan
pencapaian anak mereka ini.

Walaupun Zalaily tidaklah terlalu berkeinginan dan berniat untuk belajar di sana,
beliau bersyukur mendapat tawaran tersebut. Hal ini adalah setelah beliau sedar
bahawa kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan dapat menggembirakan ibu
bapa beliau. Sejak dari saat itu, Zalaily bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh
dan menjadi seorang manusia yang berjaya suatu hari nanti, dan seterusnya dapat
memberi kebahagiaan kepada keluarga beliau.

Pada awalnya, kehidupan Zalaily di sekolah tersebut adalah sangat positif. Beliau
mempunyai ramai kawan dan juga hubungan yang baik dengan semua warga

250
sekolah. Bukan itu sahaja, Arjuna juga sangat cemerlang dalam bidang pendidikan
dan sering memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Berada dalam kedudukan tiga teratas dari segi pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan antara semua pelajar di situ sudah menjadi kebiasaan bagi Zalaily.
Zalaily sangat bersyukur dan gembira atas rezeki kejayaan kurniaan Allah SWT
tersebut. Beliau menganggap bahawa itu adalah salah satu cara yang beliau dapat
lakukan untuk membalas jasa ibu bapa beliau.

Setiap ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan dalam bidang pendidikan daripada
anak-anak, hal ini adalah agar mereka mempunyai masa depan yang cerah pada
masa hadapan. Kegembiraan yang beliau dapat berikan kepada ibu bapa beliau itu
sudah cukup untuk menjadi pembakar semangat beliau untuk terus belajar dengan
tekun dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Siapa yang dapat menyangka, hidup ini tidak selalunya indah. Selepas masuk ke
peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat, Zalaily mula berubah. Bukan sahaja
rakan-rakan rapat beliau, namun semua warga sekolah termasuk guru-guru sedar
akan perubahan yang muncul dalam diri Zalaily. Atas sebab itu, segalanya berubah.
Zalaily sudah tidak lagi bersemangat untuk belajar seperti sebelumnya, hal ini jelas
menjejaskan pencapaian akademik Zalaily. Guru-guru mulai risau, namun tiada siapa
yang tahu apakah punca sebenar atas perubahan tersebut dan masalah yang
dihadapi oleh Zalaily.

Ramai menyangka bahawa kehidupan Zalaily adalah sempurna, namun yang mereka
lihat hanyalah sisi luaran yang Zalaily tunjukkan sahaja. Zalaily ini sebenarnya adalah
seorang insan yang tidak gemar untuk berkongsi masalahnya dengan orang lain,
beliau lebih gemar untuk memendamnya sendiri. Hal ini telah sebati dalam diri Zalaily
sejak dari kecil lagi.

Perubahan yang berlaku dalam diri Zalaily semakin merisaukan dan beliau mula
bergaul dengan rakan-rakan yang nakal dan bermasalah. Pergaulan dengan
rakan-rakan yang bermasalah ini jelas telah mempengaruhi Zalaily sendiri apabila
beliau telah ditangkap merokok di tandas asrama sekolah oleh guru disiplin, Cikgu
Zainal. Atas kesalahan tersebut, Zalaily menerima tamparan bertubi-tubi daripada
Cikgu Zainal. Bukan itu sahaja, Zalaily juga digantung persekolahan selama dua
minggu.

251
Kejadian tersebut jelas menjadikan semua pihak terutamanya guru-guru bingung,
mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar atas perubahan dahsyat dalam diri
Zalaily. Ibu bapa beliau sangat terkesan dengan kejadian tersebut, mereka sangat
sedih. Mereka juga sangat menyesal kerana sentiasa memberi tekanan kepada
Zalaily untuk belajar dengan tekun, namun sering alpa untuk bertanya mengenai
keadaan diri anak mereka itu.

Sebagai anak yang soleh dan sangat menyayangi kedua-dua ibu bapa beliau, Zalaily
memohon maaf kepada mereka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
tersebut. Tiada yang dapat dilakukan oleh ibu bapa beliau selain menyatakan rasa
sayang mereka kepada beliau dan mendoakan yang terbaik kepada beliau.

Setelah tamat tempoh penggantungan, Zalaily kembali ke sekolah dengan semangat


yang positif dan beliau bertekad untuk berusaha menjadi pelajar yang cemerlang
seperti sebelumnya. Namun semuanya tidaklah semudah seperti yang beliau
sangkakan. Hampir semua warga sekolah termasuklah guru-guru mula memandang
serong kepada Zalaily. Mereka menyatakan rasa kecewa kepada Zalaily, dan
menyifatkan beliau sebagai pelajar yang tiada masa depan.

“Kenapa kamu pulang sini? Kamu dah terlibat dengan gejala merokok, ada hati lagi
nak belajar di sini?! Kamu tidak layak untuk berada di sini Zalaily!”, ungkap Ustaz Aidil
kepada Zalaily.

Sungguh Zalaily sangat terkesan dengan kata-kata yang keluar dari mulut gurunya itu,
kerana sebelumnya Zalaily sangat akrab dengan guru beliau itu. Sebagai seorang
pelajar yang bijak dan menghormati guru beliau, Zalaily tidak melenting. Beliau faham
bahawa beliau sendiri yang salah. Beliau menjadikan kejadian tersebut sebagai
pembakar semangat untuk beliau terus belajar bersungguh-sungguh.
Proses perubahan yang Zalaily cuba usahakan ternyata tidaklah mudah, kerana
guru-guru tidak lagi ingin memberi perhatian kepada beliau. Mereka sudah tidak lagi
mengendahkan Zalaily. Zalaily sangat sedih namun beliau bersyukur kerana Cikgu
Hasni Awang iaitu Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar masih mempunyai
kepercayaan yang tinggi terhadap Zalaily. Beliau percaya bahawa Zalaily berupaya
untuk berjaya dengan cemerlang jika diasuh dan mendapat bantuan daripada
guru-guru.

252
“Saya tahu kamu pelajar bijak dan memiliki potensi yang tinggi untuk berjaya. Saya
juga percaya bahawa kamu mempunyai alasan sendiri atas kesalahan yang telah
kamu lakukan sebelum ini. Apa yang berlaku kepada kamu sekarang, kamu patut
jadikannya sebagai pembakar semangat untuk kamu terus berusaha dan belajar
dengan tekun. Buktikan kepada semua guru dan rakan-rakan bahawa kamu boleh
berjaya. Saya percaya kamu boleh Zalaily.” Berikut merupakan kata-kata Cikgu Hasni
kepada Zalaily yang sentiasa terpahat dalam diri Zalaily.

Setelah kejadian tersebut, Zalaily sentiasa berusaha untuk berfikiran positif dan
hanya memandang ke hadapan. Beliau mengabaikan segala tanggapan negatif
terhadap diri beliau dan hanya fokus terhadap pelajaran beliau. Beliau mengatakan
kepada diri beliau sendiri, “Aku ke sini untuk belajar. Aku ada orang tua yang perlu
aku banggakan, yang perlu aku hadiahkan kejayaan kepada mereka. Aku pasti akan
berjaya tidak kiralah apa yang orang fikir terhadap diriku.”

* * *

Hasilnya, Zalaily berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A+ dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga diberikan penghargaan untuk
memberi ucapan pada hari penerimaan keputusan peperiksaan SPM tersebut. Antara
intipati dalam ucapan Zalaily ialah, “Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah
SWT atas kejayaan ini. Saya hendak berterima kasih kepada ibu bapa saya yang
tidak henti mendoakan kejayaan saya, yang sentiasa memberi saya kekuatan dan
semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan ini adalah hadiah buat
mereka. Saya juga hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga
sekolah terutamanya guru-guru yang sentiasa membantu saya dalam soal pelajaran
selama saya berada di sini.”

Kejayaan yang Zalaily peroleh ternyata memberi kebahagiaan kepada semua pihak.
Zalaily mengambil peluang untuk berjumpa dengan semua guru untuk menyatakan
rasa terima kasih beliau secara peribadi kepada guru-guru atas segala tunjuk ajar
yang telah diberikan kepada beliau selama beliau belajar di sekolah tersebut.

253
Usaha Tiada Sempadan
Hasil karya:
Rifqah Dhamirah binti Mohd Azami
rifqahdhamirah99@gmail.com

“KRINGGGGGG!”
Bunyi bising jam loceng mencelikkan dua biji mataku ini. Liat badanku bangkit dari
pembaringan. Aku menguis-nguis pelupuk mata yang seakan-akan melekat rapat
seperti tidak dapat dibuka. Aku gagahkan juga badanku ke kamar mandi dan mula
membuat persiapan diri.

Usai persiapan diri, aku menuju ke pintu utama rumah dan menyarungkan sepatu lalu
terus menghidupkan enjin kereta untuk berangkat ke sekolah.

Beginilah rutin harianku. Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah aku? Aku
merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah tempat tumpah
darahku sendiri. Aku menjadi anak jati tempat aku membesar dan aku kini sedang
ralit mencurahkan bakti kembali ke tempat asalku.

Kini, sudah genap setahun aku menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Sektor
pendidikan bukanlah pilihan pertama selesai aku menghabiskan pengajian
menengahku tapi Tuhan Maha Mengetahui. Cantik percaturan-Nya meletakkan diri
berada di tempat selayaknya aku. Walaubagaimanapun, aku seronok dan gembira
melakukan tugasan dan tidak dinafikan bidang ini juga ada cabarannya.

“ Good morning, teacher!”

Itulah ungkapan yang aku dengari setiap pagi. Ucapan ini juga menaikkan semangat
aku untuk mendidik para pelajar. Pelbagai kerenah dan ragam aku hadapi walau
dalam tempoh sesingkat setahun itu. Namun, semua ini menjadi lubuk ilmu untuk aku
menimba pengalaman bagi membentuk diri menjadi seorang guru yang benar-benar
matang dalam menguruskan profesionnya.

“Teacher, susahlah belajar Bahasa Inggeris ni. Teacher ajar benda lain lah.”

254
Ya, keluhan demi keluhan aku hadam. Setiap hari aku memikirkan cara untuk
menarik minat para pelajarku untuk menggemari subjek ini. Bahasa Inggeris
merupakan kursus major yang diambil aku semasa tempoh pengajian di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dahulu. Minat aku dalam subjek tersebut menjadi alasan aku
untuk tidak pernah berasa jemu menuntut ilmu. Aku juga tidak pernah merasakan
subjek itu begitu sukar seperti yang digambarkan oleh anak pelajar aku. Barangkali
kerana minat mendalam, perkara ini yang membuatkan aku untuk tidak pernah
mempunyai persepsi bahawa subjek Bahasa Inggeris merupakan satu subjek yang
sukar tapi tidak juga aku nafikan ada bahagian tertentu yang mencabar untuk
dikuasai. Persoalan demi persoalan berlegar dalam benakku tentang sejauh mana
aku mampu membimbing anak pelajar aku?

“Cikgu Ana, apa nak jadi dengan anak pelajar kita? Sekarang ini, dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, sudah ditegaskan agar para pelajar
profisien dalam penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tapi melihatkan
anak pelajar seperti tidak berminat dan asyik mengeluh, aduh, membimbangkan
betul."

Begitulah bentuk rungutan dari pihak guru pula. Kami yang memegang status
pendidik ini kian runsing dengan kerenah anak pelajar yang tidak menunjukkan minat
mereka terhadap subjek bahasa asing tersebut. Pihak guru sering melakukan
mesyuarat dan perbincangan untuk menambah baik dan membantu para pelajar
dalam usaha menguasai subjek tesebut. Kami tidak pernah berputus asa kerana kami
percaya setiap kegigihan dan usaha yang dikorbankan pasti membuahkan hasil.

Hari ini aku telah menyiapkan BBM iaitu bahan bantu mengajar untuk digunakan di
dalam kelas bagi sesi Pembelajaran dan Pengajaran(PnP). Bagi BBM yang akan
digunakan untuk para pelajarku, aku telah menetapakan spesifikasi yang diperlukan
di mana bahan-bahan yang disediakan perlulah bersifat kreatif dan menarik. Perkara
ini merangkumi penggunaan warna, bentuk tetapi perkara paling diberi perhatian
ialah kandungan BBM itu sendiri yang akan mempengaruhi keseluruhan sesi
pembelajaran anak-anak pelajar. Sesuai dengan pendidikan abad ke-21 ini,
penggunaan projektor tidak asing lagi. Projektor sememangnya diperlukan dalam
PnP yang dijalankan dan rata-rata ramai guru menggunakannya termasuklah diriku
sendiri. Para guru haruslah mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut demi
memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan menunjukkan ciri-ciri guru abad

255
ke-21 itu sendiri. Pada mulanya, aku tearasa kekok juga menggunakan
peralatan-peralatan elektronik zaman moden ini akan tetapi, atas tuntutan kerja yang
mendesak, aku pelajari juga kemahiran-kemahiran yang diperlukan dengan hati yang
terbuka.

Kebiasaannya, apabila aku menggunakan pojektor dengan memaparkan


paparan-paparan media elektronik, pembelajaran lebih mudah dikendalikan. Para
pelajar lebih mudah menumpukan perhatian dek tertarik dengan paparan-paparan
media yang dipaparkan. Mereka juga lebih mudah respon dan memberi fokus yang
tinggi apabila diajukan soalan. Perbezaan positif yang agak ketara aku kira jelas
dipaparkan oleh para pelajarku. Perbezaan yang belaku ini menaikkan semangatku
kembali setiap kali timbulnya keluhan dan kekecewaan melihat anak pelajar sebelum
ini yang lambat memberikan respon serta kelihatan kurang berminat dalam sesi PnP.
Pendekatan teknologi canggih tidak dinafikan banyak manfaatnya. Buktinya
perbezaan positif yang ditonjolkan oleh anak didikku cukup menyedarkan aku.

Perkara ini mungkin nampak enteng bagi sesetengah pihak tetapi tidak kepada kami
golongan para guru. Aku sendiri juga tidak pernah memandang mudah dalam
menyediakan bahan-bahan untuk digunakan semasa PnP. Bagi aku, bahan-bahan
tersebut penting khususnya untuk tujuan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
tetapi tidak dinafikan, jenuh juga memikirkan bahan yang sesuai untuk proses
pembelajaran anak-anak pelajar tahap satu ini. Maklumlah, mereka tidak mempunyai
tahap kematangan seperti pelajar tahap dua. Perhatian perlu dilebihkan bagi tujuan
pembelajaran dan banyak juga perkara yang perlu diimplementasikan dalam proses
pengajaran mereka ini.

Di samping menyediakan bahan-bahan untuk tujuan PnP yang berkualiti, aku juga
sentiasa cuba untuk mempraktikkan asas-asas yang telah dipelajari semasa tempoh
pengajian aku dahulu terutamanya dalam subjek Perkembangan Kanak-kanak. Ilmu
yang telah dipelajari sememangnya berguna untuk diaplikasikan dalam sesi
pengajaranku. Dalam hal ini, pelbagai aspek perlu diambil kira termasuklah daripada
perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan juga sosio-emosi. Seorang guru
perlu bijak merangka pelan pengajaran mereka demi memastikan pengajaran yang
berlaku berkesan dan mendapat respon baik dari pelajar.

Dalam situasi seperti aku yang mengajar pelajar tahap satu ini, aku akan melakukan
rujukan pada buku McDewitt yang ada menyebut berkenaan perkembangan

256
kanak-kanak dari segi fizikalnya di mana kanak-kanak sekitar usia begini sudah mula
mampu melakukan pergerakan fizikal yang kompleks dan mula menunjukkan minat
dalam penglibatan sukan. Berbeza pula dengan pula perkembangan kognitif,
kanak-kanak mula menunjukkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
melakukan eksplorasi dalam bidang akademik lain manakala bagi perkembangan
sosio-emosi pula, kanak-kanak mula mengenali erti tanggungjawab dan bermula
dengan tugas-tugas asas seperti membantu kerja rumah.

Di samping mengaplikasikan segala pengetahuanku yang telah dipelajari sejak


bangku pengajian dahulu, aku juga perlu menyelesaikan masalah para pelajar yang
tidak menunjukkan minat dalam subjek Bahasa Inggeris. Perkara ini menimbulkan
kerisauan kepada kami para guru yang gusar akan pencapaian para pelajar yang
tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Masyarakat mula
menyedari akan kepentingan para pelajar yang perlu profisien kedua-dua bahasa
tersebut bagi menghadapi cabaran masa depan. Perkara ini seolah-olah memberikan
tekanan dan mendesak para guru untuk melahirkan produk pelajar yang berkualiti
bagi memastikan anak-anak pelajar memenuhi semua aspek yang dikehendaki untuk
menempuh masa hadapan yang mencabar.

Berkat usaha sama para guru melalui mesyuarat dan perbincangan diadakan yang
tidak kenal erti penat dan lelah, kami para guru telah berjaya menemukan kaedah
pembelajaran yang berkesan untuk anak pelajar. Semestinya, kreativiti kunci kepada
kejayaan idea teknik pembelajaran ini. Silap yang pernah dilakukan kami ialah,
mungkin kerana kaedah pembelajaran yang begitu streotaip menjadikan proses
pembelajaran menjadi satu sesi yang membosankan sekali gus menjejaskan
konsentrasi, fokus dan keberkesanan sesi pembelajaran tersebut.

Setelah menemukan kaedah yang lebih efektif, para pelajar cenderung untuk
menunjukkan perkembangan prestasi pembelajaran yang positif. Boleh dikatakan
peningkatan sebanyak 70 peratus menunjukkan kaedah teknik yang berkesan
mempengaruhi peningkatan prestasi pembelajaran khususnya untuk subjek Bahasa
Inggeris. Benarlah kata-kata hikmah yang disebut-sebut, usaha tangga kejayaan.
Para guru telah bekerjasama mengerah keringat dan tenaga untuk membuat
penemuan akan kaedah dan teknik berkesan dalam menyampaikan ilmu bahasa
asing ini.

257
Semestinya mengajar bahasa asing bukanlah satu perkara yang mudah kerana
rata-rata anak pelajar dibesarkan menggunakan bahasa ibunda justeru untuk
memastikan mereka mampu menguasai bahasa asing pastinya mengambil masa
kerana perkara ini turut melibatkan perkembangan kognitif mereka. Inilah perkara
yang aku selalu sematkan dalam diri setiap kali terdetik dalam hatiku keluhan dek
para pelajar yang seakan-akan tidak dapat hadam perkara yang aku sampaikan.

Kaedah ‘chalk and talk’ tidak lagi relevan bagi pelajar era ini. Pendekatan teknologi
sememangnya ‘makanan’ bagi mereka. Sebagai guru zaman serba moden ini,
sememangnya aku sedar, golongan bergelar guru ini perlu beberapa langkah ke
hadapan daripada pelajar demi memastikan diri sentiasa menjadi rujukan para pelajar
dan perkara ini yang menjadikan seorang tenaga pengajar itu digelar ‘Guru Unggul’.

258
Keranamu Cikgu
Hasil Nukilan:
Amirah Batrisyia Binti Muhammad Kamarizal
batrisyia.kamarizal@gmail.com

TERHENTI sejenak mataku menatap nama tersebut. Muhammad Zaidan Bin Zali.
Sudah hampir seminggu ruangan kedatangan pelajar tersebut ditanda “P”,
menunjukkan hampir seminggu jugalah pelajar itu ponteng.
“Aduh, tak boleh jadi ini.” getus hatiku.
Aku bergegas ke kelas 6 Bestari. Tibanya aku di kelas tersebut, aku mengintai sedikit
dari pintu kelas, melihatkan tiada guru di dalam kelas, aku mengetuk pintu kelas dan
segera masuk ke dalam kelas.
“Assalamualaikum, maaf cikgu ambil masa kamu sebentar, tapi ada sesiapa tahu
kenapa Zaidan tidak hadir ke?” tanyaku sambil memerhati setiap penjuru kelas.
“Tak tahulah Cikgu Syaza, tapi semalam saya ada nampak dia kerja kat warung Pak
Samad. Saya tanya dia kenapa tak datang sekolah tapi dia jelling pada saya dan
terus ke belakang warung.” jawab Fauzi iaitu ketua kelas 6 Bestari.
“Haah cikgu, saya dengan Hasan pun ada terjumpa dia semalam, tapi tidaklah tegur
kerana Zaidan tidak begitu rapat dengan kami, bimbang dikatakan menyibuk pula,
betul tak Hasan?” sampuk Amir disambut dengan anggukan kepala Hasan.
“Hmm… baiklah kalau begitu, terima kasih ya atas jawapan kamu semua,
Assalamualaikum.” Salamku disambut oleh anak-anak muridku dan aku beredar
meninggalkan kelas tersebut.
Pada Isnin minggu berikutnya, aku tekad. Jika hari ini Zaidan tidak hadir ke sekolah
lagi, aku sendiri yang akan ke rumahnya untuk mengetahui punca sebenar dia tidak
hadir ke sekolah. Aku telahpun meminta kebenaran daripada Puan Kamalia, Guru
Besar sekolahku untuk ke rumah Zaidan selepas tamat sesi persekolahan, bersama
dengan salah seorang guru kaunselor sekolah, Cikgu Amin. Setibanya aku dan Amin
di alamat seperti yang tertera di dalam borang maklumat pelajar Zaidan, aku dan
Amin serentak memberi salam. Kelihatan seorang wanita berusia 40-an keluar
daripada rumah yang luasnya hanyalah sekangkang kera.
“Waalaikumusalam. Ye cik, cik berdua ini cari siapa ye?” tanya wanita tersebut sambil
tersenyum manis.
Amin menjawab pertanyaan wanita tersebut “Maaf mengganggu puan, kami berdua
ini cikgu dari Sekolah Kebangsaan Batu Lima, cikgu di sekolah Zaidan belajar,
benarkah ini rumahnya Muhammad Zaidan Bin Zali?”

259
“Ye cikgu, ini rumahnya Zaidan. Ya Allah apa pula budak bertuah ini buat.” celah
wanita itu.
“Saya Aini, ibu Zaidan. Jemputlah masuk dulu cikgu. Nanti saya buatkan air.”
sambungnya lagi,
Aku dan Amin perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Tidak
lama kemudian Puan Aini keluar sambil membawa dulang berisi gelas dan air.
“Pagi tadi seingat saya, saya ada kejut dia bangun untuk pergi ke sekolah. Selepas itu
saya terus keluar untuk hantar nasi lemak ke gerai Pak Samad. Sebenarnya saya
tahu perihal surat amaran yang pernah diterima Zaidan. Selepas itu Zaidan berjanji
untuk tidak ponteng lagi...aduhai...mungkin salah saya juga, tak mampu beli barang
keperluan sekolah dia. Keluarga kami ini bukanlah senang sangat cikgu, mana
mampu belikan dia barang-barang baru seperti yang kawan-kawan dia ada. Tapi
cikgu, kakak dia tidaklah begitu, kakaknya boleh sahaja belajar walaupun kami ini
serba kekurangan. Kakaknya itu siap dapat biasiswa penuh lagi, setiap bulan dia
hantar wang kepada kami” kata Puan Aini sambil mengesat air matanya.
Tiba-tiba terdengar pintu bilik dikuak, kelihatan Zaidan keluar dari bilik tersebut dalam
keadaan baru bangun tidur. Pucat lesi wajah dia apabila terlihat ibunya.
“Eh, mak tak pergi menoreh ke? Cikgu? Cikgu buat apa di sini?” kata Zaidan terkejut.
Puan Aini menoleh kepada Zaidan. Jelas kelihatan Puan Aini sangat marah akan
anaknya itu. “Ke sini kau, bertuah punya budak. Kau tunggulah ayah kau balik.
Memalukan aku betul. Aku hantar pergi sekolah suruh belajar, bukan ponteng!”
Zaidan berjalan perlahan ke arah ibunya sambil tertunduk. Tidak lama kemudian
terdengar bunyi motosikal berhenti.
“Assalamualaikum, ada apa kecoh-kecoh ini Aini daripada luar saya dengar? Eh,
Cikgu Amin, apa cikgu buat disini? Sebelum ini, kita selalu jumpa di surau sahaja.”
kata Encik Zali sambil tersenyum.
“Abang tengoklah anak abang ini, buat perangai lagi. Buat malu kita je. Ponteng tak
habis-habis. Sampai cikgu kena datang rumah semata-mata nak lihat keadaan dia.”
sampuk Puan Aini.
“Betulkah Zaidan?” tanya Encik Zali dengan tenang sambil memerhati wajah redup
Zaidan.
Zaidan mengangguk perlahan. Suasana di rumah itu agak tegang. Aku yang sejak
dari tadi diam sahaja akhinya bersuara.
“Zaidan, boleh cikgu cakap dengan kamu sekejap.” kataku kepada Zaidan.
Zaidan mengagguk perlahan lalu mengikutku keluar rumah selepas aku memberi
isyarat kepada ibu bapa Zaidan untuk bercakap di luar rumah.

260
“Cikgu Syaza, saya bukan tak nak pergi sekolah, saya rasa tak suka la nak belajar.
Dahlah saya ini tak pandai. Anak orang susah. Saya malu dengan kawan-kawan, baju
sekolah buruk, kasut sekolah buruk, kawan-kawan sering gelakkan saya. Lepastu
mak ayah saya selalu tak bagi duit belanja dengan alasan mereka tak mampu. Sebab
itu saya kerja. Saya nak ada duit nanti boleh beli barang yang saya nak.” luah Zaidan.
“Cikgu faham perasaan kamu itu Zaidan. Tapi kalau kamu nak duit kamu mesti
belajar bersungguh-sungguh. Nanti bila kamu sudah berjaya duit yang akan datang
cari kamu.” balasku lembut.
“Betulkah Cikgu Syaza? Duit boleh datang cari kita?” Zaidan mula mengangkat
kepalanya.
“Betul. Percaya la cakap cikgu.” kataku sambil tersenyum.
Keesokan harinya, Zaidan mula hadir ke sekolah. Tengahari itu merupakan waktu
kelasku. Aku mulakan sesi pengajaranku seperti biasa. Selesai menulis tugasan latih
tubi di papan putih, aku bersuara.
“Baiklah kelas, siapkan latih tubi ini sebelum balik, hantar dekat saya. Siapa tak siap
tak boleh balik.” kataku dengan tegas.
Satu jam kemudian, loceng menandakan tamat waktu persekolahan berbunyi.
Seorang demi seorang mula menghantar buku latihan masing-masing dan beredar
pulang. Akhirnya tinggal Zaidan seorang.
“Zaidan, kamu ada masalah?” soalku sambil berjalan ke arah meja Zaidan.
“Saya tak fahamlah cikgu, nak buat macam mana ni?” jawab Zaidan.
Lalu, aku menerangkan satu persatu cara untuk menjawab soalan tersebut. Hampir
setengah jam kemudian, Zaidan berjaya menjawab semua latihan dengan bantuanku.
Mulai hari tersebut, Zaidan sentiasa bertanya kepadaku sekiranya dia tidak
memahami sesuatu. Guru–guru mata pelajaran lain juga mula bercakap mengenai
perubahan Zaidan. Zaidan juga tidak lagi memonteng sekolah. Beberapa minggu
kemudian, keputusan percubaan telahpun keluar. Apa yang mengejutkan, Zaidan
telah berjaya memperoleh tiga A daripada lima subjek yang diambil. Namun, tidak
lama kemudian, Zaidan mula tidak hadir ke sekolah seperti dahulu. Aku mula
bimbang memandangkan UPSR akan tiba sebulan lagi. Suatu hari, Amin datang
menemuiku di bilik guru. Amin memaklumkan bahawa ayah Zaidan, dipatuk ular
ketika menoreh di kebun seminggu yang lepas. Amin turut memaklumkan ayah
Zaidan baru sahaja keluar hospital dan masih tidak boleh bekerja. Aku dan Amin
kemudiannya merancang untuk melawat ayah Zaidan pada petang itu. Tibanya kami
disana, kelihatan Zaidan sedang menyapu sampah diluar rumah. Aku dan Amin turun
daripada kereta.

261
“Eh, cikgu! Masuklah dulu ke dalam rumah. Nanti saya panggil mak saya.” sapa
Zaidan.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah Zaidan sambil memberi salam. Terlihat Encik
Zali terbaring di ruang tamu rumah itu. Amin terus menegur Encik Zali.
“Bang Zali, bagaimanana boleh jadi sebegini?” sambil menghulurkan tangannya
untuk bersalam dengan Encik Zali.
Encik Zali berusaha untuk bangun dengan bantuan Zaidan.
“Nak buat macam mana, benda dah jadi. Masa aku tengah menoreh itu tak sedar ada
ular menunggu di dahan pokok itu. Tahu-tahu dipatuknya aku. Nasib baik ada Jamil
dan Kamal di kawasan itu, dibunuhnya ular itu dan terus bawa aku ke hospital.”
jawabnya sambil tersenyum.
Tidak lama kemudian Puan Aini datang membawa sedulang air lalu bersalaman
denganku.
“Maaflah cikgu, ini je yang ada. Jamahlah sedikit ubi kayu ini, saya tanam sendiri,”
kata Puan Aini sambil tersenyum.
“Eh, tak apa Puan Aini, saya datang ini nak tengok keadaan ayahnya Zaidan. Maaflah
menyusahkan Puan Aini pula.” jawabku.
“Zaidan, kenapa dah seminggu lebih tak datang sekolah ni? Risau cikgu. UPSR nak
dekat dah ni. Sayang kalau kamu ponteng memandangkan sekarang sekolah kita
mengadakan program Pecutan Akhir UPSR.” Sambungku sambil melihat Zaidan
yang hanya tertunduk.
“Itulah Cikgu Syaza, sudah berulang kali cakap pada dia suruh pergi sekolah. Tapi dia
sibuk juga nak kerja. Padahal wang meniaga nasi lemak dan menoreh masih ada lagi.
Tak lama lagi ayah dia pun akan sembuh. Haih, puas saya suruh pergi sekolah.” kata
Puan Aini
Selesai memberikan bantuan daripada pihak sekolah kepada keluarga Zaidan, kami
mula beredar pulang. Sempat aku dan Amin memberikan kata-kata semangat dan
nasihat kepada Zaidan. Esoknya Zaidan mula kembali ke sekolah. Setelah dua bulan
tamatnya UPSR, keputusan akhirnya dikeluarkan. Satu-persatu nama pelajar yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang disebut. Zaidan turut tersenarai sebagai
salah satu pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A. Selepas
turun daripada pentas, Zaidan terus meluru ke arahku.
“Terima kasih Cikgu Syaza, terima kasih sebab banyak tolong saya. Kerana cikgulah
saya berjaya mendapat keputusan macam ini.” katanya sambil tersenyum gembira.
“Sama-sama Zaidan. Cikgu sangat bangga dengan kamu.” kataku sambil tersenyum
bangga melihat Zaidan.

262
Beberapa bulan kemudian, aku mendapat berita bahawa Zaidan berjaya diterima
masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh dan mendapat biasiswa penuh. Aku
berasa amat bangga dan gembira mendengar berita tersebut. Kini, sudah lebih
sepuluh tahun berlalu, khabarnya Zaidan sudahpun melanjutkan pelajaran keluar
negara. Sedang aku sibuk menanda buku anak-anak muridku ada suatu suara
menyapa,
“Assalamualaikum Cikgu Syaza, cikgu ingat saya lagi tak?”
Aku mengangkat kepala untuk melihat siapa yang menegur, tersenyum banggaku
melihat anak muridku seorang ini. Zaidan. Dia pulang setelah hampir empat tahun
menuntut di luar negara demi segulung ijazah. Air mata bangga mula bertakung di
mata.
“Eh, Cikgu Syaza janganlah menangis pula, cikgu tak sukakah tengok saya? Saya
dah berjaya sekarang. Semua ini adalah kerana cikgu. ” katanya sambil tersenyum
banggga.
“Terima kasih cikgu.” sambungnya lagi
“Ha! ha! ha!” meletus tawaku sambil memerhati wajah bangga Zaidan.
Mustahil aku tak suka lihat anak muridku berjaya. Bersyukur aku mendapat anak
murid yang tidak pernah lupakan aku. Benarlah kata orang keranamu cikgu, jasamu
akan sentiasa dikenang.

263
Samudera Hikmah
Hasil karya:
Nur Hidayah Binti Abdullah
Hidayah7199@gmail.com

“CIKGU Azmi!!!”
Aku terdengar suara jeritan anak muridku memanggilku dari jauh. Aku toleh ke
belakang melihat Latif yang berlari kelam kabut ke arah aku. Aku bertanya dengan
rasa curiga.
“Latif, kenapa dengan kamu ni? Macam kena kejar dengan hantu saja saya tengok.”
“Cikgu, ikut saya cepat! Naufal mengamuk dalam kelas!” Latif berkata dengan nafas
tercungap-cungap.
“Astaghfirullah, jom cepat cepat,” aku membalas.
Tanpa membuang masa, aku dan Latif bergegas berlari menuju ke Kelas 6 Bakti. Aku
menyingsing lengan kemeja aku dan terus menahan Naufal dari membaling kerusi.
Aku mengenggam tangan Naufal dan terus membaringkannya di atas lantai dengan
bantuan murid lain. Sukar untuk menenangkan Naufal daripada terjerit-jerit meronta
minta dilepaskan. Lebih kurang 15 minit berusaha, akhirnya Naufal berjaya
ditenangkan. Keadaan di dalam kelas yang cacamarba sebentar tadi bertukar
menjadi sunyi sepi. Murid lain seakan takut melihat keadaan Naufal yang hilang
kawalan tadi.
Naufal merupakan salah seorang pelajar kelas aku. Dia adalah salah seorang
penghidap ASD dan ADHD iaitu Autisme Spectrum Disorder and Attention Deficit
Hyperactivity Disorder. Dalam bahasa yang lebih mudah, Naufal adalah penghidap
autisme.
Kali pertama aku ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Ulu di
Pahang, aku dikejutkan dengan keadaan Naufal menghentak-hentakkan kepalanya di
dinding kelas sehingga lebam. Panik aku pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang
tahu. Aku tiada pengalaman untuk mengawal murid autisme seperti Naufal. Namun,
setelah hampir 5 bulan aku mengajar di sini, aku tahu serba sedikit cara untuk
mengawal Naufal apabila dia mengamuk secara tiba-tiba.
Petang itu, seperti biasa aku datang ke rumah Naufal untuk kelas tambahan khas
untuknya. Aku duduk menunggu Naufal di pangkin hadapan rumahnya. Sementara
menunggunya, aku menikmati kehijauan pepohon desa yang mengelilingi kawasan
kampung. Sungguh tenang sekali mendengar bunyi kicauan burung dengan angin
sepoi-sepoi bahasa yang menyapa lembut pipiku.

264
“Cik…cik…cikgu. Sudah lamakah cikgu tung…tunggu di sini?” tanya Naufal.
“Eh, taklah Naufal. Baru je. Dah bersediakah kelas sekarang?”aku bertanya.
“Su…su…dah cikgu!” ujar Naufal dengan penuh semangat.
Tersenyum aku melihat reaksinya yang penuh semangat untuk kelas tambahan khas
untuknya. Naufal menghadapi kesukaran dalam pembelajarannya di sekolah. Autistik
mengalami masalah sukar bertutur dan berinteraksi dengan orang lain. Kesannya,
Naufal mengalami masalah gagap ketika berkata-kata. Selain itu, Naufal sukar fokus
di dalam kelas. Pada umur 12 tahun, Naufal sepatutnya sudah boleh menulis,
membaca, dan mengira seperti rakan-rakan seusianya. Namun, sebaliknya yang
berlaku. Guru mana yang mahu melihat anak-anak murid mereka gagal dalam
pembelajaran. Aku terdetik untuk mengadakan kelas khas untuk Naufal supaya aku
dapat memberi sepenuh perhatian terhadapnya. Disebabkan keistimewaan Naufal ini,
aku perlu menjadi lebih kreatif. Bahan bantu mengajar yang aku sediakan untuknya
berwarna-warni supaya menarik perhatiannya seterusnya meransang sel-sel neuron
Naufal.
“Cik...cik...cikgu, cuba cikgu te…tengok ni. Betulkan sa…saya buat?” tanya Naufal
kepada aku.
“Alhamdulillah, Naufal. Cikgu lihat semakin hari, semakin banyak peningkatan
dalam pembelajaran kamu. Inilah yang cikgu katakan pada kamu dahulu, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun kamu agak lambat dalam
pembelajaran, tapi itu tak menghalang kamu untuk berusaha, Naufal. Cikgu bangga
dengan kamu,” aku berkata kepada Naufal.
“Wah, betulkah cikgu? Saya pun tak sang…sangka akhirnya sa…ya boleh menu...lis.
Sa...ya mahu ber...berjaya dalam peperiksaan UPSR tak la...lama la...lagi cikgu.
Sa...ya nak banggakan mak a...yah saya. Nak to…tolong mereka bila saya dah
be…berjaya,” luah Naufal kepada aku.
Aku berbangga dengan Naufal. Walaupun dia serba kekurangan dari aspek fizikal
dan mental, dia tidak pernah lupa akan jasa ibu dan ayahnya. Ayah Naufal, Pak Karim
terlantar sakit di birai katil rumahnya kerana kanser prostat. Ibunya, Mak Timah juga
sudah tua namun masih mempunyai kudrat untuk menguruskan rumah tangga
mereka. Sebak aku melihat keadaan Naufal dan keluarganya sebegitu.
Setelah selesai kelas tambahan, seperti biasa aku menjenguk keadaan orang tua
Naufal di dalam rumah dan berbual sedikit tentang perkembangan Naufal.
“Cikgu, kami berdua nak ucapkan banyak terima kasih kepada cikgu sebab sudi
mengajar anak kami yang serba kekurangan. Sebelum cikgu hadir ke kampung ni
untuk mengajar, selalu cikgu-cikgu sekolah datang ke rumah kami. Mereka marah
Naufal sehingga ada yang suruh kami pindahkan Naufal ke rumah kebajikan

265
kanak-kanak kalau kami tak reti jaga anak sendiri. Itu belum lagi dengan ibu bapa
pelajar yang mengadu dekat kami anak mereka dikasari Naufal. Kami dah putus asa.
Alhamdulillah, dengan kehadiran cikgu dalam hidup kami, Naufal boleh dikawal,” luah
Mak Timah kepada aku.
“Tidak mengapa Mak Timah. Itu sudah memang tugas saya. Mendidik pelajar-pelajar
saya hingga mereka berjaya dalam hidup mereka. Jujur saya katakan, Naufal
kanak-kanak yang sangat istimewa Mak Timah. Banyak pengalaman yang saya
dapat sepanjang mengajar Naufal,” ujar aku kepada Mak Timah.
Setelah beberapa lama berbual, aku mengundur diri untuk pulang ke rumah.
Tiga bulan sudah berlalu. Hanya seminggu sahaja lagi yang berbaki untuk para
pelajar Tahun 6 menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semua guru
dan pelajar telah melakukan sehabis baik untuk menghadapi peperiksaan ini. Pada
saat-saat akhir ini, hanya doa dan tawakal sahaja yang mampu mereka lakukan.
Setelah seminggu tempoh peperiksaan berlangsung, tibalah hari terakhir peperiksaan
UPSR. Aku menunggu pelajar kelasku di luar dewan. Gembira aku melihat senyum
lebar terukir pada wajah kanak-kanak ini.
“Amboi, gembira sungguh cikgu lihat kamu semua. Mentang-mentang peperiksaan
dah habis. Ingat, perjalanan kamu masih jauh lagi. UPSR ni baru permulaan dalam
kehidupan kamu. Banyak yang menanti kamu selepas ini,” nasihat aku kepada anak
muridku.
“Baik, cikgu. Kami semua gembira sangat. Akhirnya, kami berjaya hadapi
peperiksaan UPSR. Apa yang kami pelajari semasa di dalam kelas sebelum ini,
sangat membantu kami untuk menjawab kertas soalan. Terima kasih, Cikgu Azmi,”
kata Saiful kepadaku.
“Betul apa yang Saiful katakan tu cikgu. Tak sabar rasanya mahu tahu keputusan
UPSR kami. Alhamdulillah, soalan tahun ini lebih mudah dari jangkaan kami,” ujar
Latif dengan penuh semangat.
“Alhamdulillah, cikgu doakan yang terbaik untuk kamu semua. In Sya Allah, cikgu
yakin dengan usaha yang kita lakukan selama ini, akan membuahkan hasil yang baik,”
kata aku dengan penuh harapan kepada mereka.
“Eh, kamu semua ada nampak Naufal? Cikgu tak nampak dia selepas dia keluar
dewan tadi.” aku bertanya kepada pelajar kelasku.
“Oh, saya rasa Naufal pulang ke rumah terus tadi. Tak silap saya, ayahnya sakit tenat
sejak semalam. Saya dengan kawan-kawan ada menjenguk keluarganya semalam.
Teruk juga keadaan ayah dia, cikgu,” jawab Latif.
“Oh, baiklah kalau begitu. Saya bercadang untuk melawat Naufal dan keluarganya.
Kamu semua nak ikut?” aku bertanya kepada mereka.

266
“Boleh juga cikgu. Kami pun risau dengan keadaan Pak Karim,” ujar pelajar kelas
aku.
Setelah itu, kami semua bergerak ke rumah Naufal untuk menjenguk keadaan
ayahnya.
Sampai sahaja kami di sana, kami pelik melihat orang ramai berkumpul di
perkarangan rumah Naufal. Ada yang berketayap putih dan berpakaian serba gelap.
Aku mulai merasa tidak sedap hati melihat keadaan itu. Aku dan murid-muridku
bergegas naik ke ruang tamu rumah Naufal untuk mengetahui apa yang terjadi.
“Cikgu, ayah Naufal…,” kata Latif sambil menuding jari ke arah Pak Karim yang
terbujur kaku di selimuti dengan kain putih.
“Innalillahwainnailaihirrajiun,” aku mengucap panjang sambil menekup mukaku.
Mataku melilau mencari Naufal dan akhirnya anak mataku terhenti apabila ternampak
satu sosok tubuh yang sangat aku kenali di penjuru ruang tamu. Naufal menangis
teresak-esak di samping Mak Timah yang kelihatan sugul tidak bermaya.
“Ya Allah, kesiannya Naufal. Kau kuatkanlah Naufal dan Mak Timah dalam
menghadapi dugaan ini,” getus hati kecilku.
Aku dan rakan-rakan sekelas Naufal cuba menenangkan hati dua beranak ini.
“Mak Limah, Naufal, banyakkan bersabar ya. Ini semua ujian dari Allah SWT. Tuhan
lebih menyayangi Pak Karim. Saya tahu betapa beratnya dugaan yang Mak Limah
dan Naufal hadapi sekarang ini. Banyakkan bersabar. Sama-sama kita doakan yang
terbaik untuk arwah Pak Karim,” kataku kepada dua beranak ini.
“Naufal, jangan risau ya. Janganlah menangis lagi. Kami semua ada dengan kamu.
Maafkan kami, Naufal kalau selama ini, kamu terasa hati dengan sikap kami terhadap
kamu,” kata rakan-rakan Naufal kepadanya. Naufal hanya mampu menangis, tidak
mampu berkata apa-apa.
Setelah hampir sebulan, tibalah masa yang mendebarkan buat para pelajar Tahun 6
iaitu keputusan peperiksaan UPSR. Kebanyakan pelajar kelas aku lulus dalam
peperiksaan ini.
“Naufal? Kamu sihatkah? Lama cikgu tak melawat kamu. Cikgu ada hal penting
sepanjang sebulan ini. Macam mana keputusan UPSR kamu?” tanya aku kepada
Naufal.
“Oh begitu. Takpa, cikgu. Alhamdulillah, ka…kawan kawan sekelas selalu
me…melawat saya di rumah. Mere…re...ka memberi saya sedikit semangat selepas
saya kehila…la...ngan ayah sa...saya,” kata Naufal kepadaku.
“Sa…saya ber...syu…kur dengan keputusan… saya. 3A2B cik...cikgu. Sa...saya tak
sangka ber...jaya menda...dapat A walaupun tidak ba...nyak. Terima kasih, cik…cikgu
kerana mengajar sa...saya,” Naufal berkata lagi.

267
Pelangi senja
Hasil karya:
Nur Aina Zafirah Binti Hishamudin
Ainazafiraah99@gmail.com

AWAN mendung berarak menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Cikgu Anis
merenung jauh ke luar jendela, memikirkan nasibnya yang harus mengharungi
liku-liku kehidupan di sebuah perkampungan orang asli yang terletak di hulu Pahang.
Entah berapa lama lagi dia sanggup bertahan. Tanpa sedar, ada uraian air mata yang
berterjunan di pipi Cikgu Anis, sehebat lebatnya hujan yang turun membasahi kaki
bukit Semarahan.
Cikgu Anis merupakan anak bongsu daripada dua orang adik- beradik dan dilahirkan
dalam keluarga yang serba mewah. Selama 24 tahun, dia tidak pernah merasai
kepayahan dan kesusahan dalam hidup sehinggalah suatu hari, dia ditugaskan untuk
mengajar murid di pedalaman.
“Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini”. Pintanya kepada
Rabbul Jalil. Dia yakin sepenuhnya bahawa ada hikmah di sebalik setiap apa yang
berlaku. Saat syahdu begini, wajah keluarga yang dirindui terpugau di mandala
fikrahnya. Rasa rindu yang kuat bertandang di sanubarinya. Namun, rasa rindu yang
hadir ditepis sekuatnya.
“Aku mesti kuat untuk mendidik generasi akan datang, akan ku gagahkan jua
langkahku untuk menyampaikan ilmu walaupun pelbagai dugaan mendatang”.
Tekadnya di dalam hati.
Dia pun bergegas pulang ke rumah sewanya yang perjalanannya mengambil masa
selama dua jam. Jalan tanah yang perlu ditempuhi dengan pacuan empat roda bukan
sahaja dipenuhi lumpur dan licin, tetapi ada kalanya berbukit dan mempunyai curam
yang berbahaya. Dia juga terpaksa berdepan dengan ketiadaan capaian internet
yang menyukarkan dirinya untuk bertanya khabar tentang keluarga yang dirindui.
Walaupun terdapat 1001 alasan kukuh untuk berundur dari sekolah tersebut, dia
yakin bahawa dia adalah insan terpilih dan memasang niat yang murni iaitu mahu
menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan iaitu untuk mendidik anak bangsa.
Pernah suatu hari, anak muridnya iaitu Azfan menengking dirinya. Hati guru mana
yang tidak terasa apabila diperlakukan sedemikian rupa? Walaupun jiwanya luluh,
Cikgu Anis tetap bersabar dan tidak semudah itu menjatuhkan hukuman kepada
murid yang baru berumur 12 tahun.

268
“Azfan, sudah banyak aduan yang saya terima dari guru-guru matapelajaran awak
yang lain. Awak tak pernah menyiapkan kerja sekolah yang diberi termasuk subjek
saya. Apa yang awak buat selama 2 minggu cuti sekolah? Sepatutnya sudah tiada
alasan lagi untuk tidak menyiapkan kerja-kerja tersebut.” Cikgu Anis mengambil
inisiatif untuk bertanyakan masalah yang dihadapi muridnya dengan berjumpa secara
persendirian.
“Saya minta maaf cikgu, saya tahu saya salah.”
“Perkataan maaf saja yang boleh diungkapkan? Cuba beritahu cikgu apa sebenarnya
masalah awak.”
“Saya tiada masalah”.
“Sebagai guru kelas, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid saya
mempunyai akademik dan sahsiah diri yang baik. Disiplin awak pun bertambah
merosot sejak akhir-akhir ini. Awak dituduh mencuri duit kawan, kenapa awak dah
berubah?”
“Jangan tuduh saya sesuka hati! Saya tahu saya tidak berguna tapi seteruk-teruk
saya, saya tidak akan mencuri!” Azfan keluar dari kelas dan menghempaskan pintu.
Cikgu Anis tersentak apabila terdengar bunyi pasu bunga yang jatuh. Dia tersedar
daripada lamunan yang panjang. Rasa bersalah bertandang di hatinya apabila dia
menuduh anak muridnya secara serkap jarang. Dia terfikir ada baiknya jika dia sendiri
yang pergi melawat ke rumah anak muridnya untuk melihat situasi sebenar
kehidupan Azfan.
Setelah diselidik, rupa-rupanya Azfan dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Ibu
bapanya sudah lama bercerai dan dia kini tinggal di rumah kecil bersama ibu serta 4
orang adik-beradik yang lain. Kehidupan mereka ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang’. Pendapatan yang diperolehi Cik Asmah sebagai penoreh
getah memang tidak cukup untuk menampung tanggungan yang banyak. Oleh itu, dia
dibantu oleh Azfan dan abangnya untuk mencari sumber pendapatan bagi
menampung perbelanjaan persekolahan adik-adik yang lain. Mereka berdua
mengambil upah menjual sayur di pasar malam.
Barulah Cikgu Anis tahu bahawa Azfan menggalas tanggungjawab yang besar dalam
menampung kehidupan keluarganya pada usia yang mentah. Pilu hatinya apabila dia
sendiri melihat keadaan rumah yang mereka tinggal. Barulah dia sedar bahawa
selama ini, Azfan tidak mampu menyiapkan kerja sekolah kerana kesibukannya
menguruskan kerja rumah, menjaga adik-adik serta menjual sayur di pasar malam.
“Kehidupan Azfan sangat berbeza dengan kehidupanku. Ampunilah aku, Ya Allah jika
aku tidak mensyukuri nikmat-Mu!” bisik Cikgu Anis dalam hati.

269
“Cik Asmah, saya hanya mampu menghulurkan sedikit wang sahaja buat masa kini.
Segala bantuan dan sumbangan kepada keluarga Cik akan saya usulkan pada pihak
sekolah. Namun, perlu diingatkan bahawa Azfan tetap seorang murid sekolah dan
saya harap dia lebih komited terhadap tugasnya sebagai penuntut ilmu. Ini adalah
untuk kepentingan Cik juga pada masa hadapan.”
“Terima kasih banyak cikgu atas pertolongan dan keprihatinan terhadap nasib
keluarga kami. Azfan memang seorang anak yang baik dan mendengar kata tetapi
sayalah penyebab dia gagal dalam pelajaran. Kehidupan kami ibarat kais pagi makan
pagi, kais petang, makan petang. Tambahan pula, saya menghidapi penyakit kencing
manis dan tidak mempunyai kudrat yang kuat untuk menyara keluarga saya seorang
diri setelah suami meninggal. Saya meletakkan beban yang menggunung kepada
dia.”
“Jangan cakap begitu, Cik Asmah. Mulai sekarang, Cik kena jadi pemangkin
semangat Azfan untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Selagi saya mampu,
selagi itulah saya akan terus menolong masyarakat yang memerlukan. Sebelum saya
terlupa, terdapat jawatan kosong di sekolah sebagai pekerja kantin. Dengan keadaan
Cik sebegini, saya rasa pekerjaan itu lebih sesuai berbanding pekerjaan Cik sekarang
iaitu penoreh getah. Cik Asmah harus jaga kesihatan ya.”
“Tiada perkataan lagi yang mampu diungkap sebagai tanda terima kasih. Sungguh
bertuah kampung ini ada insan mulia seperti cikgu.” kata Cik Asmah sebak.
“Saya bukanlah sesiapa yang patut dibanggakan, malahan insan biasa yang penuh
cacat cela. Baiklah Cik, saya beransur pulang dulu ya.”
Usai bersalaman, Cikgu Anis terus pulang ke rumahnya.
Semasa menanda buku latihan anak muridnya, otak Cikgu Anis ligat berfikir tentang
kaedah lain untuk menarik minat murid-murid kelas 6 Mawar dalam mempelajari
subjeknya iaitu Bahasa Inggeris”.
“Aku perlu menjadi seorang yang kreatif dan inovatif supaya mereka tertarik dengan
pengajaran aku”. Dia bermonolog sendirian.
Cikgu Anis teringat dengan apa yang termaktub dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Salah satu anjakan utama untuk mentransformasi
sistem pendidikan negara ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Dia sedar bahawa selama ini dia sering menggunakan kaedah pembelajaran
yang lama iaitu melibatkan hanya komunikasi sehala dan menggunakan buku latihan.
Dia seharusnya membawa alat bantu mengajar yang sesuai dengan jiwa murid-murid
seperti kadbod bergambar, tayangan video, pembelajaran di luar kelas, membina
menara dan sebagainya.

270
Di samping itu, suasana kelas yang hambar, tidak ceria, dan tidak mempunyai sudut
info menyebabkan murid-murid tidak berasa bersemangat untuk hadir ke sekolah
khususnya bilik darjah tahap rendah iaitu darjah 1-3. Dia pun terfikir satu idea untuk
menarik minat murid-murid tersebut. Ideanya telah diusulkan kepada pihak
pentadbiran sekolah dan besarlah harapannya agar usaha ini membuahkan hasil.
“Assalamualaikum Syima, kau di mana?”
“Waalaikumussalam, aku di bilik guru, Anis. Mengapa kau telefon?”
“Jom pergi ke pekan petang ni. Aku nak beli barang sedikit untuk hias bilik darjah”.
“Boleh sangat, kebetulan hari ini aku tidak mempunyai banyak kerja jadi bolehlah
temankan kau”.
“Baiklah, aku tunggu di tempat parkir kereta pukul 5.00 petang ya. Pastikan kau
sampai tepat pada masanya Ha! Ha! Ha!” usik Cikgu Anis.
“Kau macam tak kenal aku Anis, Ha! Ha! Ha! Insya-Allah, aku akan tepati masa kali
ini.”
“Inilah semangat yang kita mahukan!” Kedua-duanya meletus ketawa riang.
Keakraban mereka memang tidak dinafikan sejak di zaman universiti lagi.
Setibanya di pekan, Cikgu Anis dan Cikgu Syima membeli barang hiasan kelas
untuk mewujudkan suasana ceria dan harmoni di dalam kelas semasa Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) berjalan.
Keesokan harinya, mereka berdua datang ke sekolah untuk menghias kelas
dengan barang-barang dan kelengkapan yang sudah dibeli. Kos harga
barangan-barangan tersebut ditanggung separuh oleh pihak pentadbiran sekolah dan
selebihnya duit mereka berdua. Mereka bertungkus-lumus bergotong-royong
membersih dan menghias bilik darjah sambil dibantu oleh guru-guru lain. Mereka
berharap bahawa ada sinar harapan baru kepada murid-murid sekembalinya mereka
ke sekolah.
“Berkat usaha kamu, semoga murid-murid lebih bersemangat pergi ke sekolah
selepas ini.” kata seorang guru kepada Cikgu Anis.
Pengorbanan yang dilakukan oleh Cikgu Anis dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Semarahan adalah untuk melihat anak-anak murid berjaya menjadi
orang yang berguna pada agama, bangsa, dan negara.
“Aku berharap semoga apa yang diusahakan mendapat keredhaan Ilahi. Aku berniat
untuk melihat anak didikku berjaya sehingga ke menara gading. Pengorbanan yang
aku buat ni apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kejayaan yang akan
mereka kecapi. Semoga cikgu dapat menyaksikan kalian semua menjadi insan
berguna.” bisik Cikgu Anis di dalam hati kecilnya.

271
‘Aisling’
Hasil karya:
Nurfatihah binti Khalip
nur991212@gmail.com

BAHANG sang mentari yang panas menghangatkan lagi suasana tengah hari itu.
Najjah menutup buku motivasi hadiah daripada ibunya itu yang bertajuk ‘Aisling;
dream or vision?’ dan bermalas-malasan menuju ke pintu utama rumahnya. Dia
menjenguk ke luar rumah melalui tingkap dengan harapan ibunya sudah pulang ke
rumah. Namun, Puan Latifah masih belum pulang walaupun jarum jam dinding klasik
di rumah sudah menunjukkan angka tiga.

“Oh lupa pula bateri jam tu belum tukar”, omel gadis sembilan belas tahun yang
sedang cuti semester itu.

Najjah kembali duduk di sofa empuk yang baru dibeli seminggu lalu. Dilihatnya
sekeliling rumah yang berselerak itu, masih terlalu banyak untuk dikemas walaupun
sudah sebulan mereka berpindah ke rumah banglo yang baru siap dibina itu. Cat
dinding juga masih dapat dihidu baunya oleh sesiapa yang menjejakkan kaki ke
rumah itu.

Najjah teringat akan rumah lamanya dahulu yang terletak di Putrajaya. Sungguh jauh
bezanya. Kalau dahulu, rumahnya dekat dengan pusat membeli belah tetapi
sekarang rumahnya agak jauh dari sebarang pusat beli belah. Fikiran gadis itu terus
menerawang jauh dan terhenti seketika apabila dia mendengar satu suara yang
dikenalinya memberi salam.

“Ya Allah kakak, kamu ini dari tadi ibu beri salam tak disahut buat apa? Baru bangun
dari tidur?”

272
“Alah ibu, kakak itu biasalah makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah
teringatkan, mengenangkan pujaan hati pengarang jantungnya nun jauh di sana
hehehehe ... “

Seperti biasa Boboi ataupun Muhammad Rayyan Firdaus si makhluk kecil yang selalu
menyakitkan hati Najjah itu sering menyakatnya dan adakala telatahnya mencuit hati
setiap penghuni rumah.

Boboi baru sahaja berusia tujuh tahun tetapi petah berkata-kata seperti orang dewasa
dan boleh disifatkan sebagai mulut murai kerana ada sahaja perkara yang menjadi
modal celotehnya setiap hari. Boboi selalunya pulang ke rumah bersama ibunya
setiap hari kerana dia bersekolah di sekolah yang sama dengan tempat mencari
rezeki Puan Latifah. Wanita yang berusia lewat 40-an itu tidak mengajar kelas
anaknya sendiri kerana padanya anaknya harus berdikari apabila berada di sekolah.

Bertukar persekitaran bekerja bukanlah sesuatu yang asing bagi beliau kerana
padanya walau di mana sahaja beliau berada, perkongsian ilmu haruslah berterusan
sepanjang masa. Walaubagaimanapun, dia berasa agak kekok untuk menyesuaikan
diri di sekolah yang padanya agak mencabar kerana kebanyakan pelajar di sekolah
berkenaan kurang mahir dalam subjek Bahasa Inggeris. Namun begitu, cabaran yang
datang itu dianggapnya sebagai satu pembakar semangat untuk beliau terus
menabur bakti kepada anak bangsa yang dahagakan ilmu.

“Good morning class”.

Tiada sebarang sahutan seperti yang biasa diterimanya dahulu untuk kelas pertama
di sekolah baharu ini.

My name is Madam Latifah and you can call me Teacher Faa. So, today we will start
our class with an ice-breaking session as I am eager to know all of you. Then, we will
proceed to learn about occupation. Any of you would like to volunteer ?
Kelas 1 Venus yang dikenali dengan kenakalan itu terdiam seketika. Semua pelajar
kelihatan terpinga-pinga apabila Puan Latifah menggunakan Bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi dengan mereka. Dalam masa yang sama, seorang pelajar lelaki
bertanda nama Adam yang terkenal dan sering kali menjadi bualan dalam kalangan

273
guru-guru mengangkat tangan kanannya sambil tergelak-gelak sendirian dan diikuti
rakan-rakan yang lain.

“Cikgu ni dari planet mana ? Saya tak fahamlah cikgu cakap alien macam tu.”

Satu kelas tersebut gelak terbahak-bahak apabila si kecil Adam mengatakan Puan
Latifah menggunakan bahasa makhluk asing. Bagi Adam, sebarang komunikasi yang
tidak difahaminya dianggap sebagai bahasa makhluk asing. Mudah.

Situasi Adam yang berkelakuan sebegitu terhadap Puan Latifah itu mungkin kelihatan
seperti kurang ajar pada mata guru-guru lain tetapi bagi cikgu Bahasa Inggeris yang
bermatlamat besar itu, keadaan yang terjadi itu adalah suatu pengalaman yang baru
dan sangat menarik. Beliau dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang berbeza pada
anak kecil yang bernama Adam itu berbanding anak-anak yang lain di dalam
kelasnya. Dia petah berkata-kata sama seperti Boboi yang selalu menghiburkan
hatinya di rumah dan juga jujur dalam setiap apa yang dibicarakan. Anak kecil yang
tidak pernah berselindung tetapi cara penyampaian sahaja yang berbeza dari
kebiasaan yang dihadapinya di rumah.

“Mungkin si Adam inilah penyebab utama guru-guru lama di sekolah ni memberi


amaran awal kepadaku tentang kelas 1 Venus ni”, ujar hati kecil Puan Latifah sambil
menggosok-gosok dadanya mengingatkankan dirinya untuk terus bersabar dan
bersemangat.

Seusai memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar kelas 1 Venus itu, Puan Latifah
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Beliau faham akan
situasi pelajar-pelajarnya tidak memahaminya apabila dia berkomunikasi sepenuhnya
dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, beliau tekadkan juga untuk terus
menggunakan Bahasa Inggeris tetapi diselitkan juga sedikit Bahasa Melayu bersama
nilai-nilai murni dalam sesi pengajarannya. Hal ini demikian kerana, Puan Latifah
berpendapat bahawa pembelajaran subjek bahasa memerlukan aplikasi dalam
pertuturan dan pendengaran. Sekiranya dia tidak menggunakan bahasa tersebut
semasa mengajar, bagaimana pula para pelajar mahu belajar sesuatu daripadanya?

274
Oleh itu, dia menggunakan kaedah code-switching apabila berkomunikasi dengan
para pelajar bagi memastikan mereka memahami apa yang diajarnya. Walaupun
tidak memahami kesemua yang diajar, mungkin ada sedikit yang difahami. Itu misi
dan visi utama Puan Latifah sepanjang masa.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Puan Latifah terlihat Adam berjalan sendirian.
Anak-anak lain kelihatan sudah pulang dijemput oleh ibu bapa masing-masing namun
tidak si anak kecil bernama Adam itu. Beliau memandu kereta Myvi putih
kepunyaannya menghampiri si anak kecil itu dan menawarkannya bantuan untuk
menghantarnya pulang ke rumah. Adam pada awalnya menolak pertolongan Puan
Latifah namun, menerima akhirnya setelah dipujuk oleh Boboi yang menyatakan
ibunya itu akan belanja aiskrim sekiranya Adam menerima bantuan ibunya itu.

Puan Latifah ketawa kecil, terhibur dengan tindakan anak lelakinya yang panjang akal
itu.

“Rumah Adam di mana? Teacher hantarkan.”

“Eh teacher tak cakap alien dah. Saya tak ada rumah, tapi nenek saya ada rumah
hehe.”

Anak kecil berusia tujuh tahun itu sebenarnya banyak menyembunyikan sesuatu di
sebalik kenakalannya. Dia sebenarnya merupakan anak sulung dari tiga adik-beradik
yang jarak umur mereka hanya berbeza masing-masing setahun. Mereka tinggal
bersama nenek mereka yang mengusahakan perniagaan ikan dan sayur-sayuran
segar di kampung itu.

Setibanya di rumah Adam, kelihatan sebuah kedai kecil yang uzur dan seorang
kanak-kanak berusia lingkungan lima ke enam tahun sedang memegang pisau dan
kelihatan beberapa ekor ikan untuk disiang. Apabila Puan Latifah memerhatikan,
anak tersebut mirip rupa pelajarnya bernama Adam itu.

“Oh, itu adik saya teacher”.

275
Banyak perkara berlegar-legar dalam fikiran Puan Latifah. Sedih, kasihan, terharu
dan banyak lagi perasaan berbaur dalam dirinya. Dia sedar bahawa anak sekecil itu
seharusnya masih lagi bermain dan belajar tanpa memikirkan sebarang
tanggungjawab sebegitu.

Puan Latifah sebak, beliau pulang dengan tekad untuk mendidik anak muridnya
dengan lebih baik serta harapannya adalah anak didiknya nanti akan dapat
memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk membantu keluarga mereka, bangsa dan
negara suatu hari nanti.

276
Dan Bila Esok
Hasil karya:
Nur Farzana binti Fakhruddin
nurf.zana@gmail.com

JAM di dinding menunjukkan tepat jam 2.30 pagi. Kelopak mataku masih tidak
menunjukkan tanda-tanda untuk terpejam. Keadaan sekeliling sunyi sepi hanya
ditemani bunyi unggas malam yang masih berbicara dengan alam. Dalam
keterujaanku menunggu hari esok tiba, namun aku juga berdebar. Perasaanku
bercampur baur. Tiba-tiba peluh sejuk mengalir di tubuhku. Aku tidak bisa
membayangkan bagaimana hari pertamaku esok di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Tumboh sebagai guru Bahasa Inggeris. Sekolah ini merupakan sekolah
pertamaku setelah aku tamat pengajian tahun lalu.
* * *
“Guru itu ibarat kayu yang terbakar dia menjadikan dirinya abu tapi semua orang
menjadikannya terang”. kata-kata yang dituturkan ibu ini masih lagi bermain di
mindaku. Aku berazam untuk menjadi seorang guru yang mampu menerangi
kehidupan semua dengan ilmu yang dicurahkan. Dengan azam dan tekad yang
membara di dada, aku melangkah masuk ke sekolah. Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Tumboh terletak di kawasan kampung di Yan, Kedah. Melihat
kepada keadaan sekolah ini aku dapat agak bahawa sekolah ini telah dimamah usia.
Destinasi pertama tujuan ku adalah ke pejabat pengetua bagi melaporkan diri pada
hari pertama aku bekerja.
“Assalamualaikum, Puan Rohaya.” sapa aku sambil tangan aku ligat mengetuk pintu
bilik pejabatnya.
“Waalaikumussalam. Awak Cikgu Adiba ? Silakan masuk cikgu.” jawab Puan
Rohaya iaitu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tumboh yang tidak
pernah lekang dengan senyuman.
“Saya ingin melaporkan diri pada hari pertama saya bertugas di sekolah ini.” lalu aku
menerangkan kepadanya dengan lebih lanjut tentang butir-butir peribadi aku.
“Saya berharap awak dapat menjalankan tugas awak dengan baik di sini. Walaupun
keadaan sekolah ini serba kekurangan, saya harap semangat awak takkan pernah
pudar dan teruskan membantu saya dalam membangunkan sekolah ini.” tutur Puan
Rohaya kepada aku.
Melangkahnya keluar aku daripada pejabat pengetua maka bermula lah perjalanan
ku sebagai seorang guru yang penuh ranjau onak dan duri. Aku ditugaskan untuk

277
mengajar Bahasa Inggeris tingkatan lima. Tugas aku adalah sedikit berat kerana
kelas tersebut bakal menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). 5 Sukma. Itulah kelas yang bakal menjadi anak didikku buat masa ini. Aku kira
perjalanan hari ini bagi kelas yang pertama akan baik-baik saja memandangkan ini
hariku yang pertama. Namun, sangkaanku meleset. Kelas yang bakal aku ajar
merupakan kelas yang terakhir dan kelas yang mempunyai rekod disiplin tertinggi.
Angin pengap berat meruntun jiwa aku, aku tahu aku tidak mampu untuk menghadapi
kelas tersebut. Peluh-peluh sejuk mengalir menjadi arus gelisah. Perasaan aku yang
tadi teruja kini bertukar risau, takut dan cemas.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di sekolah dalam kawasan
kampung adalah sedikit sukar untuk aku. Aku perlu berusaha lebih kerana
pelajar-pelajar di sekolah ini kebanyakannya tidak fasih berbahasa Inggeris
terutamanya kelas yang ku ajar. Tambahan pula, kelas tersebut merupakan kelas
terakhir dan terdiri daripada pelajar yang nakal. Hari pertama aku menjejakkan kaki
aku kelas itu, aku tidak diterima dengan baik. Malah, kehadiran aku di situ seperti
tidak memberi apa-apa makna untuk mereka.
“2 minggu telah berlalu. Tak sangka sudah 2 minggu aku mengajar di sini. Cepat
betul masa berlalu”. tingkah aku sendirian di bilik guru.
Aku meneruskan pengajaran aku pada hari itu seperti biasa. Setelah 2 minggu aku di
sini, mereka sudah boleh menerima kehadiranku, cuma mereka masih lagi tidak
menunjukkan minat untuk belajar bahasa Inggeris. Maklumlah, bahasa penjajah.
Namun, ada juga dua tiga orang yang menunjukkan minat untuk belajar bahasa
Inggeris denganku. Setiap kali sebelum aku memulakan sesi pengajaran aku, aku
akan sentiasa menasihat pelajar supaya berubah demi masa depan mereka kerana
kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Namun,
nasihat yang aku curahkan itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Akan tetapi, mata
aku menangkap beberapa pelajar yang sering memberikan tumpuan dan sentiasa
bertanya kepada aku biarpun mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.
“Teacher Adiba, saya tidak tahu bagaimana untuk membaca ini”. datang seorang
pelajar kepada aku iaitu Imran. Raut wajahnya yang bersih itu aku renung dan
tiba-tiba timbul perasaan kasihanku terhadapnya kerana di usia ini dia masih tidak
boleh membaca dengan lancar. Melihatkan kepada keadaan baju sekolahnya yang
lusuh aku dapat mengagak bahawa Imran bukanlah kelarga yang senang.
“Tidak mengapa Imran, teacher boleh ajarkan”. jawabku.
Cabaran aku agak besar apabila kebanyakan daripada mereka tidak boleh membaca
dalam bahasa Inggeris dengan lancar walaupun sudah berada di tingkatan lima.
Disebabkan ketidakfasihan mereka dalam berbahasa Inggeris, aku tidak boleh

278
berbicara dalam bahasa Inggeris dengan mereka kerana mereka tidak akan faham.
Aku berusaha untuk memastikan mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan
baik sebelum peperiksaan SPM tiba. Bermacam-macam cara aku lakukan supaya
misi aku berjaya. Aku juga ada membuat kelas tuisyen di rumahku secara percuma
kepada pelajar kelasku supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan
lebih lagi. Selain Imran, Aisyah dan juga Hana merupakan antara pelajar yang sering
bertanya kepada aku jika mereka tidak faham. Mereka bertiga juga sentiasa
menghadiri kelas tuisyenku.
“Izzat, kamu tahu ke mana Imran pergi ? Sudah dua hari dia tidak hadir sekolah”. aku
mengajukan pertanyaan kepada Izzat yang merupakan ketua kelas 5 Sukma.
Sebelum itu, aku lupa untuk memberitahu, aku juga ditugaskan untuk menjadi guru
kelas kepada 5 Sukma.
“Tak tahu cikgu. Cikgu pergilah rumah dia”. jawab Izzat kepadaku.
Petang itu, aku nekad untuk ke rumahnya untuk mencari tahu apa yang terjadi
sebenarnya dan mengapa dia tidak menghadirkan diri ke sekolah. Alamat yang
tertera pada rekod peribadi itu menjadi panduan aku untuk mencari rumah Imran.
Setelah mecari rumah Imran dan bertanya dengan orang kampung, aku menemui
rumahnya. Seketika aku memperhatikan keadaan rumah tersebut. Dapat aku lihat
rumah kayu yang sudah dimamah usia, ada sebahagian daripada rumah yang sudah
dimakan anai-anai. Atap rumah yang sudah bocor. Sungguh tersentuh hati aku
melihat rumah tersebut.
Lamunanku terhenti apabila disapa oleh seseorang. Lantas aku menoleh. Aku melihat
susuk tubuh yang uzur, kulitnya yang sudah berkedut. Namun, masih gagah
membanting tulang.
“Assalamualaikum, anak ini cari siapa ?” tanya wanita tua itu yang ku kira ibu kepada
Imran.
“Waalaikumussalam, saya cikgu Adiba. Guru kepada Imran. Saya ke sini mahu
mencari Imran. Sudah dua hari dia tidak menghadirkan diri”. aku memberitahu tujuan
ku ke mari.
“Eh, cikgu Adiba”. sapa Imran dari belakang. lantas aku meminta izin dengan ibunya
untuk bercakap sebentar dengan Imran.
“Imran, kenapa sudah dua hari awak tidak datang ke sekolah? Kawan-kawan awak
juga tidak tahu ke mana awak pergi.”
“Cikgu, saya memang teringin sangat hendak pergi ke sekolah, tapi saya perlu
membantu ibu saya mecari rezeki. Ayah saya sudah meninggal dunia. Kami tiada
tempat untuk bergantung harap. Kalau nak harapkan ibu saya seorang sahaja yang

279
bekerja, tidak cukup cikgu untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Tambahan pula, adik-adik saya masih kecil dan perlu bersekolah”.
Sayu hatiku mendengar jawapan yang diberikan Imran kepadaku. Jauh di sudut hati
kecilku, aku terusik dengan kata-katanya. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga
yang serba cukup biarpun tidak mewah.
“Imran, awak perlu ke sekolah. Peperiksaan SPM sudah tidak lama lagi, awak perlu
belajar bersungguh – sungguh supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang
agar awak dapat merubah nasib keluarga awak Imran. Tentang perbelanjaan rumah
dan adik-adik awak, awak jangan risau ya. Cikgu akan bantu mana yang cikgu
mampu”. Pujuk aku supaya dia ingin kembali semula ke sekolah. Sayang rasanya jika
pelajar yang pintar seperti Imran disia-siakan.
* * *
Waktu yang digeruni dan ditakuti pelajar tingkatan lima telah tiba. Hari ini merupakan
hari pertama pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tumboh
menduduki peperiksaan SPM. Aku tidak pernah berhenti berdoa dan membantu anak
didikku 5 Sukma untuk mereka terus cemerlang sekaligus membuktikan bahawa
berada di kelas terakhir bukanlah penentu kejayaan mereka. Kata-kata terakhir dan
semangat telah ku berikan terhadap mereka. Tidak lupa juga kepada Imran, Aisyah
dan juga Hana yang banyak menunjukkan minat mereka terhadap pelajaran. Setelah
apa yang aku usahakan untuk 5 Sukma selama ini, aku berharap apa yang diajarkan
oleh aku di dalam kelas dapat dimuntahkan kembali di atas kertas peperiksaan di
dalam dewan nanti.
* * *
Tiga bulan penantian telah berakhir. Hari ini merupakan hari di mana keluarnya
keputusan peperiksaan SPM yang telah mereka jawab tiga bulan dahulu. Sungguh
aku mengharapkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah ini terutamanya anak
didikku iaitu 5 Sukma. Dan bila esok mungkin aku sudah tiada, aku berharap ilmu
yang aku sampaikan kepada mereka dapat memanfaatkan diri mereka sendiri
seterusnya memanfaatkan diri orang lain juga.
Akhirnya, keputusan telah diumumkan. Aku berasa sangat gembira dan teruja apabila
mendapat tahu keputusan peperiksan para pelajarku 5 Sukma. Hatiku terlonjak
keriangan. Rata-rata mereka memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 7A, 8A
dan 9A dan aku berhasil membuktikan kepada sekolah bahawa berada di kelas
terakhir bukanlah bererti kita gagal. Aku tidak dapat menemukan Imran pada hari itu.
Aku mendapat tahu bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A tetapi
dia tidak menunjukkan bayangnya. Puas aku mencarinya dan aku tidak sempat untuk
berjumpa denganya. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiranku. Ke manakah

280
menghilangnya Imran. 5 Sukma kelas pertamaku. Sungguh aku sangat menyayangi
mereka dan terasa berat hati sekali ingin berpisah dengan mereka.
Aku ada juga mendengar bahawa Imran telah berpindah ke kota kerana ingin bekerja
di sana tetapi aku tidak pasti mengapa kepergiannya tidak dikhabarkan kepada
semua dan mengapa dia seperti melarikan diri daripada aku. Aku terkenang kembali
bagaimana perjuangan Imran yang begitu berusaha untuk mendapatkan skor yang
terbaik dalam peperiksaan. Daripada seorang yang sangat lemah, Imran berjaya
bangkit dan dia telah membuktikan kepada semua bahawa tidak semua pelajar yang
berada di kelas belakang tidak boleh berjaya dan tidak mempunyai masa hadapan
tetapi kehilangannya meninggalkan tanda tanya buat semua.
Buat Imran, cikgu akan sentiasa mendoakan kamu walau di mana kamu berada
biarpun kamu telah menghilang. Tetapi aku tahu kamu masih di sini.
Dan bila esok, moga kita dipertemukan lagi.

281
Adam
Hasil karya:
Muhammad Nur Hidayat Shahrullizam
nurhidayatsh@gmail.com

“ADAM”, jawab ringkas seorang muridku apabila diminta memperkenalkan dirinya.


Lalu aku pun beranggapan dia adalah seorang yang pasif di kelas. Di kala
rakan-rakannya yang lain menceritakan perihal seperti asal usul, kerjaya ibu bapa,
bilangan adik-beradik dan sebagainya. Tanpa membazirkan banyak masa, aku
meneruskan sesi perkenalan aku dengan murid-murid kelas itu dengan agak santai
supaya mereka selesa dengan aku. Kelas sangat tenteram dan aman.
“Ni aku punya!” bergema di seluruh kelas.
Kelas terdiam seketika akibat terkejut, aku terdiam kerana suara itu daripada sudut
kanan kelas, tempat duduk Adam. Keadaannya yang berdiri dan rakan semejanya
yang berwajah ketakutan menarik lagi perhatian aku atas kewujudannya dan
perwatakannya. Aku cuba memenangkan Adam. Aku memujuk diriku, inilah cabaran
seorang guru.
“Adam, jangan marah dia, dia terambil tu. Cikgu tahu itu pemadam kamu,” pujukku.
Adam lantas duduk dan kembali kepada keadaannya yang pasif, ibarat tiada apa
yang berlaku. Semakin lama aku di kelas 3 Cempaka tersebut, semakin banyak aku
teliti kelakuannya. Pengera telefon aku berbunyi menandakan sudah hampir kelas ke
penamatnya. Lalu loceng berbunyi, Adam terus bangun dan dengan pantas beredar
keluar dari kelas walaupun rakan-rakan yang lain masih menunggu aku melepaskan
mereka keluar untuk waktu rehat. Aku makin tertarik dengan perwatakannya yang
agak unik.
Hari berikutnya, aku tiada masa mengajar bersama kelas 3 Cempaka. Aku
mengemaskini log dan pemfailan aku di bilik guru. Aku merasakan masa yang ada
perlu aku manfaatkan sepenuhnya. Kemudian, aku terserempak dengan Puan Linda,
yang daripada maklumat aku tahu daripada guru besar, beliau adalah guru kelas 3
Cempaka. Beliau menceritakan tentang Puan Linda kerana kami terjumpa beliau
semasa di pejabat. Kak Lin merupakan nama mesranya tambah beliau.
Memanggil beliau Kak Lin masih belum selesa bagi aku kerana aku berasa masih
baru di sini. Aku pun mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya tentang Adam.
Adakah perwatakan Adam sememangnya begitu, bermaksud normal bagi dirinya?
Adakah Adam sedang menghadapi masalah?

282
“Adam? Oh dia memang macam itu. Pendiam saja. Tapi, dia makin diam
kebelakangan ni,” ujar Puan Linda.
“Kak pun jarang ke kelas kebelakangan ni sebab banyak tugasan luar. Cikgu lain
tolong ganti masa saya. Jadi kak tak sempat bertanyakan khabar mereka semua,”
tambah beliau lagi.
Aku pula membalas dan memberitahu tentang kejadian yang berlaku semalam.
Beliau terperanjat kerana atas pengalamannya, dia adalah seorang yang pendiam di
kelas. Tidak pernah pula bergaduh atau meninggikan suaranya. Puan Linda kelihatan
risau apatah lagi aku yang baru mengajarnya.
Aku bersangka dia mungkin berada dalam masalah. Aku mula risau kerana wujudnya
kes-kes kemurungan dan bunuh diri di kalangan kanak-kanak yang semakin menjadi
cerita di dada akhbar. Kanak-kanak bagi aku adalah kain putih yang masih boleh
diwarnai dan dicorak. Maka pentinglah bagi aku sebagai seorang guru untuk
menyumbang tenaga dalam menjadikan mereka seorang insan yang seimbang.
Mereka juga lah yang akan memimpin negara pada hari kelak. Jika aku tidak
menolong, siapa lagi?
Aku sudah mula menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan di sekolah. Kehadiran
yang awal adalah sesuatu yang memudahkan. Tiada kesesakan jalan raya, tempat
letak kenderaan yang masih banyak, dan sempat aku bersarapan di kantin sekolah.
Masa itu emas malah membawa faedah sekiranya dijaga. Sedang aku bersarapan,
aku terlihat suatu susuk tubuh kecil berlari di hadapan kantin. Aku merasakan hari
masih awal untuk para pelajar tiba di sekolah. Aku berhenti mengalas perut seketika
dan mendekati pelajar itu.
“Awak,” aku tegur.
Sebaik dia berpaling, aku berasa lega kerana pelajar itu ialah Adam. Aku merasakan
inilah peluang aku untuk membantunya.
“Adam dah sarapan?” tanyaku dengan niat untuk mengajaknya bersaparan
bersamaku.
Dia tidak menjawab malah hanya mengangguk sahaja. Aku mula buntu namun aku
mendapat akal lain.
“Jom teman cikgu sarapan nak? Kawan-kawan cikgu tak sampai lagi. Adam
kawankan cikgu nak?” pujukku lagi dengan harapan untuk menarik minatnya.
Kelihatan raut wajahnya seperti bercahaya.
“Jadi kawan cikgu?” soal Adam.
Aku mengangguk sahaja dan aku membawanya duduk di meja makan pelajar. Aku
membawa kuih-muih aku dari bilik makan guru ke meja Adam.
“Adam suka kuih?” soal aku.

283
“Suka,” jawabnya dengan ringkas seperti yang aku jangka.
“Adam suka kuih apa?” soal aku lagi,
“Semua kuih saya suka, dulu arwah ibu saya selalu buat kuih” jawabnya dengan
santai.
Aku terkedu. Seorang kanak-kanak 9 tahun sudah tiada ibu, tempat berpaut. Aku
tidak mahu merosakkan suasana lalu menawarkan beberapa kuih untuknya makan.
“Ini karipap. Sedap tahu? Makan lah” balasku dengan cubaan mewarnakan semula
suasana.
Dia tersenyum sahaja dan memandang aku dengan wajah yang senang. Aku juga
memesan secawan air coklat malt untuk Adam supaya lebih bertenaga di sekolah.
“Kalau cikgu nak Adam kawankan cikgu lagi esok boleh?” aku memujuk dengan
harapan dia mahu.
“Nak,” jawabnya ringkas
Aku merasakan dia hanya kesunyian. Aku kemudian bertanyakan Puan Linda akan
pemergian ibu Adam. Dia pun tidak mengetahuinya. Lalu kami berdua mula bertanya
guru-guru di bilik guru. Maklumat yang kami dapat ialah ibu Adam telah lama sakit.
Beliau meninggal beberapa minggu sebelum hari aku ditugaskan ke sini. Aku
merasakan arwah layak dipanggil beliau kerana seorang ibu kedudukannya sama
penting dan tinggi dengan mana-mana orang penting.
Respons itu menjawab beberapa persoalan aku dan Puan Linda. Mungkin dia
kesepian kerana kehilangan seorang ibu. Aku bersyukur aku dibesarkan olah seorang
ibu sehingga ke alam pekerjaan. Bertapa besarnya cabaran Adam untuk membesar
tidak seperti majority kanak-kanak. Kami menyimpulkan bahawa dia perlukan
sokongan.
“Kamu tolong dia ya Alif. Kamu muda lagi, mesti kanak-kanak suka kamu,” cadang
Puan Linda.
Aku bersetuju maka hari-hariku yang seterusnya dipenuhi masa bersama Adam.
Bukanlah aku memilih kasih tetapi mencuba membantu seseorang murid atas nama
kemanusiaan. Adam mungkin tidak senang bersama rakan-rakannya kerana
lama-kelamaan, atas pemerhatianku dia berasa terasing kerana ketiadaan seorang
ibu. Dia masih kecil, mungkin selepas ini, dia lebih matang dan mula ramah.
Sekiranya dia kembali ke keadaan sebelum aku bertugas di sini sudah memadai bagi
aku. Zaman ini sangat kritikal bagi Adam dan aku tidak mahu dia terpesong.
Dia mula kelihatan lebih ceria setelah bersarapan dengan aku hampir setiap hari. Aku
tidak kesah sekiranya dia memandang aku sebagai pengisi tempat kosong yang
ditinggalkan ibunya. Demi kemenjadian Adam, aku tidak kesah. Alhamdulillah dia

284
semakin mesra dan sudah mula matang. Semakin ramai kawan dia peroleh atas
beberapa nasihat yang aku beri setiap kali bersarapan.

285
Lina
Hasil karya:
Naresh Naidu A/L Jeya Kumaran
nareshnaidu111@gmail.com

LINA mengimbas kembali kenangan-kenangan manisnya semasa belajar di


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Dia sedang terbang ke Lahore, Pakistan,
dalam perjalanan untuk bertugas sebagai guru antarabangsa di negara itu.
Pada mulanya, Lina dalam keadaan tidak kepastian untuk menerima tawaran
perguruan di luar negara. Ini kerana, Lina tidak pernah berpisah keluargannya untuk
tempoh masa yang panjang. Walaupun begitu, dia tetap menggalas
tanggungjwabnya sebagai seorang guru, di mana dia juga tahu bahawa seorang guru
perlu menghadapi pelbagai cabaraan dalam mencapai status guru unggul.
Setelah sampai di Lahore, Lina terus ke kawasan perumahan yang disediakan
khas untuk guru antarabangsa di bandar tersebut. Setelah melihat rumah sewa untuk
tempat penginapannya selama tinggal di Lahore, Lina mendapati sebuah rumah yang
sesuai buat dirinnya serta harga sewa rumah yang kurang berbanding yang lain. Dia
mendapat persahabatan yang baharu sebagai jiran rumannya, setelah bertemu
dengan Sally, wanita kulit hitam yang berasal daripada Afrika Selatan, juga
merupakan guru antarabangsa. Sally bertugas sebagai guru, selama setahun
setengah di sekolah yang sama Lina bakal mengajar. Sally menceritakan
pengalamannya selama tinggal di Lahore dan tentang kariernya sebagai guru di sana.
Lina berasa gembira atas mendapat seorang kawan di tempat barunya.
Lina tahu bahawa bertugas sebagai guru di negara Asia selatan tersebut bukan
sesuatu tugas yang mudah. Hal ini kerana, masih ramai kanak-kanak, terutamannya
perempuan, tidak mendapat pendidikan. Kadaar literasi untuk perempuan di sana
mempunyai jurang yang besar berbanding lelaki, kerana kaum wanita masih
ketinggalan dalam mendapti pendidikan di sana.
Atmosfera ataupun keadaan seumpama tersebut merupakan sesuatu yang
baharu untuk Lina. Walaubagaimanapun, Lina tetap tabah dan berani untuk
mengahadapi suatu keadaan baru buat dirinnya, kerana dia tahu pengalaman yang
bakal didapati daripada tugasnya di negara tersebut akan menjadi sesuatu yang
sangat berharga dalam kariernya sebagai guru.
Lina berbual-bual dengan keluargannya melalui skpe pada malam tersebut. Lina
menceritakan perjalanannya ke Lahore dengan keluargannya. Setelah berbual

286
dengan keluarga, dia membuat persiapan awal untuk memulakan tugasannya hari
keesokan. Kepenatan membuatnya tertidur awal.
Keesokan harinya, Lina bangun awal, mempersiapkan diri dan betolak dengan
Sally ke sekolah yang bakal bertugas. Mereka pergi ke sekolah melalui perkhidmatan
pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak sekolah tersebut untuk guru-guru
dari luar negara. Ia amat memudahkan pendidik dari luar negara, termasuk Lina dan
Sally. Lina berjumpa dengan Guru besar sekolah setelah tiba. Pihak pengurusan
sekolah menyambut ketibaan guru antarabangsa yang baru. Semasa pebualan
dengan guru besar, Lina mendapat pandangan tentang pendidikan di negara
Pakistan, terutamannya di kawasan tersebut. Guru besar menyatakan cabaran
pendidikan yang dihadapi oleh murid-murid sekolah itu, yang datang daripada
kekangan komuniti serta kekurangan kemudahan pelajaran.
Lina berkata, “I promise, to be a responsible teacher here; no matter from what
background the students come from”, kepada guru besar tersebut semasa
perbualannya, di mana dia sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru
dalam memberi ilmu kepada anak-anak murid, tidak mengira latar belakang mereka.
Guru besar kagum dengan kata-kata Lina yang memberi keyakinan baru untuk
sekolah tersebut dalam meningkatkan prestasi pelajaran.
Lina diberi tugas untuk mengajar Bahasa Inggeris, yang juga merupakan subjek
opsyenya sendiri, untuk kelas 5C, yang mengandungi pelajar-pelajar yang berusia 11
hingga 12 tahun. Setelah memperkenalkan dirinnya, dia ingin untuk berkenal dengan
kesemua pelajar di kelas itu. Lina mendapati bahawa anak-anak muridnya datang
daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Lebih daripada separuh pelajar di
kelas tersebut datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan atau miskin.
Lina sudahpun mendapat pandangan tersebut setelah melihat personaliti
pelajar-pelajar tersebut yang tidak sempurna. Bahasa juga menjadi masalah buat
Lina untuk berkomunikasi dengan anak-anak muridnya, kerana ramai daripada
mereka kurang berfasih Bahasa Inggeris dan hanya dapat bertutur dalam Bahasa
ibunda mereka. Ia bukan sesuatu yang baharu buat Lina, yang sudah mempunyai
pengalaman mengajar pelajar-pelajar yang kurang berprofisen bahasa global
tersebut semasa bertugas di sekolah-sekolah kampung di Malaysia.
Lina juga mendapati bahawa kurangnya pelajar-pelajar perempuan di kelas yang
mengajarnya berbanding pelajar lelaki.
Kata-kata guru besar datang ke fikiranya, “Sebenarnya, hal ini mungkin sesuatu yang
baharu buat anda, sebagai warganegara Malaysia yang sudah maju dari segi
persamaan dalam memberi pendidikan tanpa mengambil kira jantina. Situasi di
Pakistan memang berbeza. Di mana, kaum wamita masih tidak maju dalam

287
mendapat pendidikan, walaupun sekarang sudah lebih maju daripada zaman 90an
dahulu. Saya sebagai ahli dalam Kelab Pendidikan di bandar ini, mengambil pelbagai
inisiatif dalam meningkatkan bilangan pelajar perempuan yang bersekolah”, kata
beliau. Lina faham tentang cabaran kaum wanita untuk mendaptkan pendidikan di
kawasan serta negara tersebut. Pada masa yang sama, Lina berasa bangga akan
inisiatif yang diambil oleh Gutu Besar dalam meningkatkan bilangan pelajar
perempuan di kawasan tersebut. Inisiatif beliau tersebut menjadi insipirasi Lina, di
mana guru bukan sahaja manjalankan tugas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, tetapi juga bertanggungjawab dalam kebaikan serta kemajuan
komuniti dan masyarakat.
Dia berasa gembira melihat anak-anak muridnya bermesra serta peramah
dengannya, walaupun ada kekangan bahasa dalam komunikasi.
“Saya faham akan kesusahan anda dalam berinteraksi dengan saya dalam Bahasa
Inggeris. Ini masih permulaan. Kita sama-sama boleh mempertingkatkan kefasihan
dalam Bahasa Inggeris, agar menjadi solusi untuk kekangan ini”, katannya kepada
anak-anak murid.
Setelah kelas habis, Lina berbincang dengan Sally tentang kelas hari
pertamannya. Sally menasihati Lina untuk menyesuaikan diri dengan situasi dengan
keadaan di tempat baharu. Mereka juga berbincang idea-idea mempertingkatkan
kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Lina seperti biasa masuk ke kelasnya untuk mengajar pada hari-hari seterusnya.
Dia berasa senang untuk berinteraksi dengan anak-anak muridnya yang mesra dan
peramah. Dia juga sentiasa menyatakan kepada diri sendirinya bahawa dia
mempunyai tugas yang besar dalam mempertingkatkan prestasi anak-anak didiknya.
Selepas dua minggu mengajar di kelas tersebut, Lina mendapati bahawa kehadiran
pelajar kelas tersebut tidak konsisten. Ada juga hari di mana hanya lima atau enam
pelajar yang hadir ke kelas daripada keseluruhan dua puluh orang murid. Lina
memberitahu perkara tersebut kepada guru besar, dan beliau menyatakannya
sebagai perkara yang biasa berlaku atau ‘common’ di sekolah tersebut. Dia bersama
Sally berbincang dengan guru besar untuk pendekatan mengatasinya.
Lina berpakat dengan Sally untuk mengambil inisiatif untuk berkunjung ke
rumah-rumah anak muridnya yang tidak hadir ke kelas untuk tempoh masa yang
panjang. Mereka mendapat bantuan daripada pihak guru besar yang menyediakan
pengangkutan. Lina ingin untuk menjadikannya sebagai suatu lawatan ke
kawasan-kawasan di bandar tersebut, kerana dia tidak lagi melawat kesemua
kawasan-kawasan di bandar Lahore, terutamannya pedalaman. Anak-anak murid
yang dikunjung Lina menyambut kehadiran gurunya. Lina berasa amat sedih melihat

288
situasi atau keadaan keluarga anak-anak muridnya yang datang daripada latar
belakang yang miskin tegar. Lina ingin untuk mengatasi masalah yang menghalang
segelintir anak-anak muridnya yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Dia berbincang dengan pihak pengurusan sekolah serta guru besar, dengan
mencadangkan untuk mengutip duit perbelanjaan dari pihak-pihak yang
berkemampuan di kawasan tersebut. Duit yang dikutip dapat digunakan menyediakan
pengangkutan untuk pelajar-pelajar, terutamannya yang tinggal di pedalaman, kerana
masalah pengangkutan menjadi factor yang signifikan pelajar tidak hadir ke sekolah.
Lina untuk memberitahu bahawa sebahagian lagi duit tersebut dapat digunakan untuk
kebajikan pelajar. Pihak sekolah menerima cadangan Lina serta berjanjinya untuk
melakukan inisiatif.
Pada masa yang sama, Lina sedar bahawa mental atau fikiran anak-anak
muridnya yang berputus-asa untuk mendapatkan ilmu disebabkan masalah tertentu
perlu ditukarkan. Dia juga tahu bahawa fikiran kanak-kanak pada umur mereka
selalunya dalam keadaan cepat berputus-asa. Dia sering menasihati anak-anak
murinya untuk tidak berputus-asa dalam kehidupan, terutamannya dalam
mendapatkan ilmu, di apa jua situasi.
“Kehidupan penuh dengan cabaran dan dugaan. Saya sendiri telah bertemu dengan
pelbagai cabaran dalam mencapai impian saya untuk menjadi seorang guru.
Sekarang, saya masih menghadapi cabaran sebagai seoran guru antarabangsa yang
mengajar di luar negara, di mana bukan sesuatu benda yang mudah untuk
membiasakan diri dengan atmosfera baru di sebuah negara yang baru. Jelas bahawa
saya sendiri sebagai seorang guru mempunyai cabaran hidup, untuk menjadi seorang
guru yang unggul pada suatu hari nanti. Oleh itu, para pelajar yang dikasihi,
janganlah berputus-asa dalam menimba ilmu serta mencapai impian anda,”
merupakan kata-kata Lina yang sering menjadi nasihat kepada para pelajarnya waktu
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar-pelajarnya berjanji Lina bahawa mereka akan menggunakan
kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan oleh pihak sekolah, seperti
pengangkutan untuk hadir ke sekolah, agar azam mereka dicapai suatu hari nanti.
Lina berasa bangga dengan peningkatan prestasi anak-anak muridnya, dalam
beberapa bulan dia mengajar mereka. Pelajar-pelajarnya juga mempertingkatkan
kefasihan mereka dalam Bahasa Inggeris, yang memudahkan lagi mereka untuk
berkongsi perasaan atau pendapat mereka dengan gurunya. Lina menggunakan
segelintir daripada pendapatannya untuk kebajikan anak-anak muridnya, seperti
membeli pakaian seragam kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

289
Lina, sebagai seorang guru, menerima tawaran untuk mengajar di luar negara
walaupun dia tahu bahawa ia bukan tugas yang mudah. Dia tetap ingin menggalas
tanggungjawab sebagai seorang guru dalam membimbing anak-anak muridnya, yang
datang daripada banga yang berbeza, pada masa yang sama latar belakang yang
berbeza. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, dia terus ingin melakukan
tugasnya untuk mencapai status guru unggul, dengan mengambil inisiatif-inisiatif
seperti mencadangkan idea-idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak
muridnya. Karier Lina sebagai seorang guru yang unggul perlu dicontohi oleh bangsa
pendidik agar mereka dapat memberi sumbangan yang besar dan signifikan untuk
pembangunan anak-anak murid yang menjadi pemimpin pada masa hadapan.

290
Janjiku Cikgu
Hasil karya:
Nurul Mahfuzah binti Abd Malek
mahfuzahnurul99@gmail.com

“MAYA,bawakan bekalan ini untuk Cikgu Suri. Pesan pada cikgu, ini masakan dari ibu,
kata ibu kepada Maya.”
Beg dijinjing ke bahunya itu, lalu dibuka langkah kecilnya ke sekolah. Maya terus
berjalan dengan penuh semangat ke sekolah. Di fikirannya hanya 1, Cikgu Suri. cikgu
yang berjaya memupuk minatnya ke sekolah. Maya sayang Cikgu Suri. Maya pergi ke
sekolah tiap-tiap hari kerana Cikgu Suri.
“Assalamualaikum Cikgu Suri. Selamat pagi.” Itulah penyeri pagi milik Cikgu Suri.
Senyuman yang terukir pada wajah Maya, itulah penyubur semangatnya di sekolah.
Bukan sebarang pelajar, semangat yang ada pada diri Maya ini sangat istimewa dan
rugi sekiranya disia-siakan. Maya bukanlah lahir dalam keluarga berada, namun kaya
dengan budi dan adab yang luhur. Mengingatkan kepada perkenalannya dengan
Maya, Suri terimbau kembali kisah 2 tahun yang lalu di mana segala-galanya
bermula.

“Cikgu Suri, harini ada pelajar baru mendaftar ke kelas cikgu, ya.” pesan guru besar
SK Semarak Maju. Suri tidak pasti mahu menerima berita tersebut sebagai suka atau
duka. Dengan kerenah pelajar yang sedia ada, itu pun sudah banyak memeningkan
kepalanya sebagai guru kelas. Inikan pula tambahan seorang pelajar.

Maya Suliana, si gadis kenit yang banyak membuka matanya dalam bidang
perguruan. 2 minggu pertama, Suri mengajar dalam suasana kelas yang berbeza
dengan kehadiran si dia. Si dia yang masih mentah dalam pendidikan. Ada ketika itu,
Suri terdetik untuk putus asa dan serahkan Maya ke kelas pemulihan. Namun, dia
sedar bahawa perkembangan Maya agak lambat dari pelajar-pelajar yang lain malah
Maya mempunyai potensinya sendiri.

Cikgu Suri mula berazam untuk menanam tekad dalam diri supaya berusaha
bersungguh-sungguh membentuk perkembangan Maya sehingga berjaya. Bermula
dengan menarik minatnya ke sekolah. Sebagai guru kelas Maya, Suri dapat
mengenal pasti bahawa Maya hanya hadir ke sekolah pada hari Isnin, Selasa dan
Jumaat dalam seminggu.

291
Hari Rabu, “Maya Suliana binti Andang.” laung Cikgu Suri di dalam kelas semasa
memeriksa kehadiran. “Maya tidak hadir hari ini, cikgu.” jawab Amran, ketua kelas 3
Seroja. Sudah diduga itulah jawapan yang akan diterima. Lagipun, sudah puas dia
meronda di sekeliling sekolah awal pagi tadi sebelum kelas bermula. Namun, masih
tidak kelihatan juga bayang Maya di mana-mana pelusuk sekolah.

“Baiklah. Masa rehat waktu tengahari nanti sebelum kelas kokurikulum, Amran sila
datang ke bilik guru dan berjumpa dengan saya.” pesan Cikgu Suri sebelum
meninggalkan kelas tersebut.

Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari dan Suri sedang mengumpul segala
maklumat yang diketahui Amran. Suri mula mengangguk kepala tanda mengerti akan
apa yang disampaikan Amran. Di benak fikirannya, mindanya juga merangka rencana
untuk ke rumah Maya. Amran sudah pun beredar ke kantin. Maya mula mengorak
langkah ke keretanya dan menuju ke Kg. Serapat. Memandangkan tugasannya untuk
waktu kokurikulum sudah diselesaikan terlebih dahulu, Suri mempunyai masa dari
tengahari hingga ke petang untuk menjayakan misinya.

Struktur jalan ini pasti sering digunakan oleh lori-lori dan jentera perladangan. Maya
mula menganalisis apa sahaja kemudahan yang ada di sekitar kampung tersebut. 30
minit sudah pun berlalu namun dia masih belum melihat bayangan rumah di sekitar
Kampung Serapat tersebut.

“Bagaimana Suri ke sekolah dengan jarak yang jauh sebegini? Dengan berkenderaan
juga memakan masa yang lama, inikan pula dengan berjalan kaki.” Suri mula
bersimpati dengan Maya yang bertubuh kecil itu.

Setelah 1 jam 35 minit berlalu dengan meredah jalan hutan, ladang kelapa sawit dan
sebagainya, Suri akhirnya melihat kelibat sebuah perkampungan. Rumah-rumah
yang usang dan tidak relevan di zaman pembangunan ini. Bagaikan dipagari dengan
kawasan hutan, perkampungan kecil itu agak tersorok dan dikelilingi dengan
pokok-pokok hutan.

“Bagaimanakah proses perkembangan kanak-kanak di sini? Pasti sukar untuk


mendapatkan perkembangan yang sewajarnya. Padanlah kelakuan Maya sebegitu

292
rupa di dalam kelas. Maya seakan asing di dalam kelas dan wujud di dunianya
sendiri.” Cikgu Suri mula berkata pada diri sendiri.

Teringat Suri akan satu sesi di dalam kelasnya tempoh hari. Semua murid diminta
untuk menyatakan cita-cita dan harapannya dalam hidup. Tiba di giliran Maya, seisi
kelas sepi. Maya tidak memberi sebarang jawapan. “Maya, boleh kamu kongsikan
dengan kawan-kawan kamu, apakah cita-cita dan harapan kamu dalam hidup ini?”
soal Cikgu Suri buat kali kedua.

“Saya hendak menjadi pandai, ada ilmu. Saya hendak jadi doktor, boleh merawat
orang sakit. Termasuk.. mak saya.” jawab Maya dengan nada yang perlahan. “Bagus,
Maya. Cikgu sokong cita-cita dan harapan kamu.” Segaris senyuman manis
dihadiahkan buat Maya tanda sokongan dan semangat untuk terus berusaha.

Enjin kereta dimatikan. Suri mula melangkah keluar dari kereta dan berlalu masuk ke
dalam kawasan kampung tersebut. Kawasan kampung yang sungguh asing bagi Suri.
Tiada sebarang kenderaan yang dapat dilihat di situ. Tiada kereta, mahupun
motorsikal, hanya basikal lama yang sudah karat besinya namun masih boleh
digunakan.

Di hujung sana, Suri perasan ada mata-mata yang curi-curi melihat. Meninjau,
memeriksa orang asing yang datang. Pengalaman sulung Suri memasuki kawasan
pedalaman sebegini, Suri mula berasa sedikit gementar.

“Selamat petang, pakcik. Saya datang ini, untuk berjumpa Maya. Maya Suliana binti
Andang. Saya guru kelas Maya, Cikgu Suri. Maya ada tak, pakcik? ” Suri menyoal
seorang pakcik yang baru keluar dari rumahnya.

Pakcik tersebut menuding jari ke arah sebuah rumah di hujung jalan dan terus berlalu
pergi. Suri berjalan ke arah rumah tersebut dan berjaya. “Maya?” sapa Suri pada
seorang gadis yang sedang menyapu halaman rumahnya. “Cikgu Suri? Buat apa di
sini?” Maya kehairanan melihat keberadaan Cikgu Suri di rumahnya. Mana mungkin
guru kelasnya itu yang berasal dari bandar berhasil untuk sampai ke rumahnya
dengan berkenderaan.

293
“Cikgu datang sini hendak berjumpa dengan kamu, Maya.” terang Cikgu Suri. “Cikgu,
Cikgu Suri ke tu?” terdengar suara halus yang datang dari dalam rumah. “Itu mak
saya, cikgu. Mak Sukina. Mak saya lumpuh. Jadi dia tak boleh bergerak ke
mana-mana. Cuma saya, abang, adik dan ayah yang buat ape yang patut untuk
keperluan mak.” Maya mula mengerti kepayahan hidup gadis di depannya ini.

“Maya, mana abang, adik dan ayah kamu?” soal Cikgu Suri. “Adik pergi sekolah.
Ayah dengan abang masuk hutan, bekerja.” Maya mula membuka cerita mengenai
keluarganya.

“Masuklah Cikgu. Mak pasti nak bertemu Cikgu Suri.” Maya mula menapak naik ke
rumah usang tersebut. Bunyi kayu reput itu kedengaran tiap kali melangkah
membuatkan Suri khuatir lantai kayu rumah tersebut akan roboh.

“Mak, ni guru kelas Maya, Cikgu Suri.” Suri hanya tersenyum mengiyakan kata-kata
Maya. “Cikgu, Maya ada buat salah di sekolah ke?” soal Mak Sukinah dengan penuh
tanda-tanya. “Tak, makcik. Maya sangat baik dalam kelas. Cuma saya pelik, kenapa
Maya cuma datang ke sekolah hanya 3 hari sahaja dalam seminggu. Hari Isnin,
Selasa dan Jumaat.” Mak Sukinah tersenyum.

“Maaf makcik, sekiranya saya masuk campur urusan keluarga makcik.” Suri mula
berasa serba salah. “Tak, cikgu. Suri pegi sekolah 3 hari dalam seminggu. Baki hari
tersebut giliran adiknya pula ke sekolah. Pengangkutan ke sekolah agak susah di
kawasan ini, jadi Maya perlu bergilir-gilir ke sekolah bersama adiknya. Abangnya
memang tidak bersekolah dan sama-sama bekerja dengan ayahnya jauh di dalam
hutan sana.” Mak Sukinah mula menerangkan apa yang terjadi di dalam rumah
tersebut.

“Oh, begitu rupanya. Kalau tidak keberatan, saya ada cadangan. Apa kata makcik
sekiranya Maya dan adiknya menginap di rumah saya sepanjang waktu sekolah?
Saya boleh bantu untuk hantarkan mereka berdua ke sekolah pada waktu pagi dan
jemput mereka setelah habis sekolah.”
“Menyusahkan cikgu sahaja nanti. Lagipun anak-anak saya ini anak kampung. Tidak
biasa duduk di bandar.” Maya mengangguk faham. “Tiada masalah, makcik. Lagipun,
saya tinggal berseorangan. Tidak menyusahkan saya sama sekali. Maya bagaimana,
setuju?’ Maya hanya diam dan memandang ke arah maknya mencari jawapan.

294
“Minggu depan, Maya dan adik akan mula duduk dengan cikgu, boleh? Nanti saya
akan maklumkan pada ahli keluarga yang lain. Jangan risau tentang makcik. Makcik
ada kakak yang boleh jaga makcik di sini. Maya, pergilah belajar
bersungguh-sungguh bersama adik di sana. Hujung minggu nanti, masih boleh
pulang ke kampung jumpa kami semua.” Maya dan Suri memeluk Mak Sukina
dengan erat. “Saya berjanji akan menjaga mereka berdua dengan baik, makcik.
Percayalah.” Mak Sukina hanya mengangguk megiyakan kata-kata Cikgu Suri.
“Cikgu Suri, mak saya dh sampai.” Maya menegur Cikgu Suri dan memaklumkan
kehadiran Mak Sukina sekeluarga. Cikgu Suri berbalas senyuman dengan Mak
Sukina. Kini, 2 tahun sudah berlalu. Di majlis anugerah cemerlang peringkat
kebangsaan ini lah, bukti harapan itu masih ada untuk sesiapa sahaja. Janji tertunai,
cita dicapai.

295
Origami Buatku
Hasil karya:
Nurul Amirah Binti Abdul Razak
nurulamirahrazak@gmail.com

AKU mengemaskan barang aku ke dalam kotak yang telah kubawa. Hari ini
merupakan hari terakhirku di SK Panglima Perang di Pahang. Setelah 8 tahun aku
berkhidmat di sini, akhirnya aku telah diminta untuk bertukar ke sekolah baharu di
Perak. Pelbagai kenangan manis dan pahit telah aku lalui di sini. Sekolah ini
merupakan sekolah pertama aku mendidik pelajar. Sejurus aku meraih ijazah sarjana
mudaku, aku telah ditempatkan di sekolah ini. Sambil aku mengemaskan barangku,
sekeping origami bunga terjatuh ke lantai.
“Origami bunga?” fikirku sejenak. Aku kutip origami tersebut lalu membeleknya.
Terima kasih cikgu untuk segalanya. Dari Daripada Kamal.
Kamal. Kamal bin Arifai. Anak murid yang pertama memberikan cabaran pendidikan
kepadaku. Origami bunga ini membuatku kembali ke masa silam, kembali ke tahun
pertama aku mengajar di sekolah ini. Aku mengenali Kamal pada usianya 10 tahun.
Aku mengajar subjek Pendidikan Seni dan Visual di kelas Kamal iaitu kelas 4 Cengkil.
***
“4 Cengkil. Inilah kelasnya. Baiklah Melur, kau jangan gementar sangat. Ingat
kata-kata ibu. Kau telah dilatih selama 5 tahun di Institut Pendidikan Guru. Inilah
masanya untuk menggunakan hasil latihan kau,” aku kata kepada diriku.
Setelah loceng berbunyi, pelajar berpusu-pusu memasuki kelas masing-masing.
Anak-anak muridku juga mempercepatkan langkah mereka setelah melihat aku
sudah menghadirkan diri di dalam kelas. Aku memperkenalkan diriku setelah mereka
selesai memberikan salam. Pengajaranku pada hari itu berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun, aku sedar bahawa ada seorang anak muridku yang kelihatan
tidak berminat dengan pelajaranku. Aku kehairanan sedangkan subjek yang aku
mengajar merupakan Pendidikan Seni. Subjek ini patut menarik perhatian setiap
pelajar.
Di bilik guru, aku berbual bersama-sama guru yang lain. Di samping aku beramah
mesra, aku persoal perihal pelajar di dalam kelasku. Aku ingin mengetahui personaliti
masing-masing dengan lebih jelas. Daripada perspektif guru-guru yang telah
mengajar mereka, aku mendapati bahawa anak-anak muridku senang untuk diajar
kecuali seorang. Pelajar yang sama aku perasan bahawa dia tidak berminat dengan
subjekku. Nama pelajar tersebut ialah Kamal.

296
***
“Melur, kau dah siap kemas? Mengelamun pula kau,” gelak Aisyah, kawan sejawatku.
Aku tersengih memandangnya.
“Belum lagi tetapi aku terjumpa origami bunga ini. Kamal yang bagi aku. Kau ingat
dia?”
“Kamal? Pelajar yang selalu tidak tumpukan perhatian di dalam kelas?” soalnya.
“Ye, Kamal dari kelas 4 Cengkil tahun 2012. Walaupun dia tidak tumpukan perhatian
di dalam kelas, ada sebabnya. Dia merupakan pelajar yang mempunyai masalah
pendidikan,” jelasku kepada Aisyah.
***
Selama 2 bulan aku mengajar di sekolah ini, aku memerhati Kamal tidak banyak
berinteraksi dengan pelajar lain. Kamal juga lebih suka untuk mendiamkan diri.
Walaubagaimanapun, hasil kerja seni Kamal sangat menarik. Aku memeriksa semula
hasil kerja Kamal selama 2 bulan ini dan aku perhati bahawa apabila Kamal menulis
namanya atau perkataan lain, beberapa abjad Kamal terbalik. Aku membuat
pencarian dan penyelidikan di internet dan aku mendapati bahawa Kamal mempunyai
masalah pendidikan iaitu disleksia.
“Patutlah Kamal tidak memberikan perhatiannya di dalam kelas. Bukan kerana dia
tidak gemar akan pelajaraan tersebut, tetapi kerana Kamal tidak dapat membaca dan
menulis dengan betul. Aku perlu memanggil Kamal selepas sesi sekolah esok.”
***
Selepas sesi kelasku di 4 Cengkil, aku memberitahu Kamal bahawa aku ingin
berjumpa dengannya selepas sesi sekolah. Kamal menghadirkan diri di tempatku 10
minit selepas loceng berbunyi menandakan sesi sekolah sudah tamat. Aku membawa
Kamal ke bilik seni.
Aku meminta Kamal untuk membaca dan menulis beberapa perkataan dan ayat. Aku
yakin bahawa Kamal mempunyai disleksia. Aku persoal Kamal perihal masalah dia
dan kenapa tidak memberitahu ibu bapanya akan masalah yang dihadipinya. Kamal
masih diam. Aku memujuknya lagi dan akhirnya Kamal meluahkan perasaanya.
“Saya telah cuba untuk memberitahu ibu bapa saya Cikgu Melur. Saya sudah cakap
bahawa saya melihat perkataan itu tunggang terbalik tetapi mereka tidak percaya
saya. Saya juga mempunyai seorang abang yang tua 2 tahun daripada saya. Dia
sangat pandai, cikgu. Dia sentisa mendapat anugerah cemerlang di akhir tahun. Ibu
saya selalu membandingkan dia dengan saya. Ibu saya cakap saya menipu dan saya
sebenarnya malas. Saya suka belajar, cikgu. Saya suka mengira dan melukis. Saya
teringin hendak belajar Bahasa Melayu dan Inggeris seperti kawan-kawan saya.
Tiada siapa hendak kawan dengan saya sebab mereka ingat saya tidak pandai dan

297
saya pemalas. Bukan salah saya cikgu bahawa saya tidak dapat melihat perkataan
tersebut seperti orang lain. Bukan salah saya,” luah Kamal dengan tangisan yang
sungguh pilu.
Aku sedih melihat Kamal. Aku tahu Kamal budak yang bijak. Dalam pencarian aku
perihal disleksia di Internet, aku mendapati bahawa kecerdasan otak tidak terjejas.
Kamal hanya mempunyai masalah untuk membaca dan menulis.
“Cikgu akan ajar kamu. Cikgu tahu kamu pandai Kamal. Kalau tidak kamu tidak akan
ada di sini. Cikgu akan mengajar kamu apabila sesi sekolah tamat pada setiap hari
untuk 1 jam. Kamu jangan risau tentang ibu bapa kamu. Nanti cikgu berjumpa dengan
mereka dan memberitahu perihal kamu. Sudah, jangan mengangis lagi. Cikgu akan
tolong kamu sedaya upaya cikgu,” ujarku kepada Kamal sambil menepuk bahunya
dengan lembut.
***
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” sahut seorang wanita.
“Puan Martina? Ibu kepada Kamal?” soalku.
“Ye saya. Siapakah cik?”
“Saya Cikgu Melur, guru Pendidikan Seni dan Visual di kelas Kamal. Saya datang ke
rumah Puan Martina hendak memberitahu perihal Kamal.”
“Perihal Kamal? Silalah masuk cikgu. Saya buatkan air dulu. Cikgu boleh duduk di
sini.”
Aku duduk di sofa yang ditunjukkan oleh Puan Martina.
“Silakan cikgu,” katanya dengan senyuman.
“Sebelum saya memberitahu perihal Kamal, Kamal di mana?”
“Kamal akan bermain di padang pada waktu petang. Pukul 7 dia akan balik. Kenapa
tentang Kamal, cikgu? Dia ada buat masalah di dalam kelas?” soal Puan Martina
dengan muka yang gusar.
“Tidak Puan Martina. Kamal tidak buat masalah tetapi Kamal memang ada masalah
iaitu masalah pendidikan. Puan, Kamal mempunyai disleksia. Dia tidak dapat
membaca dan menulis seperti kanak-kanak lain yang normal. Dia melihat perkataan
tersebut dengan keadaan tunggang-terbalik. Saya sudah berbincang dengan dia dan
dia telah setuju untuk belajar semula tentang abjad selepas sesi sekolah tamat. Saya
hanya akan mengajarnya selama 1 jam dan saya harap Puan boleh bersetuju,”
penjelasanku didengar Puan Martina dengan teliti.
“Kamal mempunyai disleksia? Jadi selama ini dia bukan malas untuk membuat kerja
dengan betul? Ya Allah, betulkah cikgu? Apa patut saya buat dengan Kamal
sekarang?” Puan Martina kelihatan risau dengan berita yang baru didengarnya.

298
“Puan Martina jangan risau. Puan boleh membantu Kamal dengan sentiasa
membantunya perihal kerja sekolahnya. Kamal murid yang pandai. Dia hanya
memerlukan bantuan sekeliling untuk dia membaca dan menulis dengan betul. Puan
perlulah memberikan sokongan moral tentang pendidikan Kamal. Saya lihat dia
muram ketika di kelas dan saya harap Puan boleh menaikkan semangatnya di rumah.
Buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk menaikkan semangat Kamal di
kelas dan membantu dia berinteraksi dengan pelajar yang lain.”
“Terima kasih Cikgu Melur kerana membantu Kamal. Saya terlalu risau akan anak
pertama saya kerana dia akan menjalani UPSR pada akhir tahun ini sehingga saya
mengabaikan Kamal. Saya tidak sangka bahawa Kamal mempunyai masalah
pendidikan.”
“Tidak mengapa Puan. Saya sebagai guru Kamal, bersedia untuk membantu anak
murid yang bermasalah,” senyumku kepada Puan Martina.
***
Setiap hari selepas sesi sekolah tamat, aku akan mengajar Kamal di bilik seni selama
1 jam. Aku mengajar Kamal menulis setiap abjad dengan betul dan membantunya
membaca perkataan demi perkataan. Pada mulanya, aku akan memegang tangan
Kamal dan menunjukkan cara menulis dengan betul. Aku juga akan menutur dahulu
perkataan tersebut supaya Kamal dapat mengikutnya. Apabila di kelas pula, aku akan
melakukan aktiviti berkumpulan kepada anak muridku. Aku yang memilih kumpulan
mana pelajar akan masuk supaya setiap pelajar dapat berinteraksi sesama mereka.
Ahli kumpulan tidak akan sama pada setiap minggu. Matlamat aku agar Kamal dan
rakan sekelasnya dapat mengenali satu sama lain.
Selama setahun aku mengajar di kelas tersebut, aku dapat melihat perubahan Kamal.
Kamal lebih ceria dan lebih bersosial di dalam kelas. Apabila sesi bersamaku, Kamal
tidak memerlukan pertolongan aku kecuali terdapat perkataan yang terlalu susah.
Kamal juga memberitahu bahawa ibu bapanya selalu membantunya menyiapkan
kerja sekolah. Aku bangga melihat perubahan Kamal.
Namun begitu, aku hanya berjumpa dengan Kamal pada tahun 2012 kerana ibu
bapanya telah mendaftarkan Kamal di sekolah yang khususnya kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pendidikan seperti disleksia. Sebelum
Kamal pergi, Kamal telah datang kepadaku dan memberikan origami bunga ini.
***
“Begitu rupanya. Tidak sangka bahawa Kamal mempunyai disleksia,” ujar Aisyah.
“Aku tahu. Aku juga tidak sangka pada tahun pertama aku mengajar aku telah
berjumpa dengan pelajar yang mempunyai masalah pendidikan tetapi aku bersyukur,
Syah. Kalau aku tidak berjumpa dengan Kamal, aku tidak akan merasai perasaan

299
sebegitu. Aku tidak akan memahami kenapa terdapat pelajar yang lambat belajar.
Aku sangat berterima kasih dengan Kamal, Syah.”
“Untung kau, Melur. Eh, aku kena pergi dulu. Kau juga siapkan mengemas barang.
Selamat tinggal Melur. Kalau ada masa, datang sini melawat aku,” katanya dengan
riang sebelum keluar dari bilik guru.
Aku melihat origami bunga ini dengan kenangan yang tidak terhingga.
“Terima kasih Kamal. Terima kasih kerana memberikan cikgu origami bunga ini.
Origami bunga yang berdasarkan nama cikgu. Origami Bunga Melur,” bisikku sendiri.

300
Pendidik Mulia
Hasil karya:
Thivyah A/P Thiruchelvan
thivyahthiruchelvan5@gmail.com

RUMAH papan yang besar tidak begitu jauh daripada jalan utama yang
menghubungkan Bemban dan Jasin. Azri tinggal bersama isterinya, Azmina sekian
lama disitu. Azri dan Muthu tinggal dalam komuniti yang sama di bandar Kemundur.
Mereka bersama-sama isteri masing- masing sedang menjangkakan kelahiran
putra-putra mereka. Kedua-dua pasangan suami isteri tersebut mempunyai perspektif
yang berbeza dalam membesarkan anak.

Azri merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Arab Jaim Selandar. Beliau
dipandang mulia oleh masyarakat setempat disebabkan personaliti unggul beliau.
Beliau dikatakan guru yang berhemah tinggi, berilmu pengetahuan dan mempunyai
keintelektualan yang tinggi. Azri mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang
jitu serta sentiasa berusaha ke arah pencapaian atau kejayaan cemerlang demi
bangsa, negara dan masyarakat. Manakala Muthu pula berkerja sebagai peniaga.
Muthu tidak suka bergaul dengan masyarakat setempat selain Azri yang merupakan
jiran sebelah rumahnya.

“Mina, abang bercadang untuk mengantar Mina melahirkan anak di rumah Mak Yam.
Cara tradisional merupakan cara terbaik untuk Mina dan juga anak kita,” kata Azri
sambil mencendokkan nasi ke pingganya.

“Mina setuju dengan apa jua keputusan yang abang ambil. Mina yakin abang akan
mengambil keputusan yang semestinya adalah untuk kebaikan Mina dan anak kita
ini,” jawab Azmina sambil mengusap perutnya yang sudah semakin membesar.

Muthu pula mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan semasa isterinya,


Abirami telah sampai masanya untuk melahirkan anak. Muthu telah mengarahkan
doktor yang memeriksa isterinya untuk melakukan pembedahan tersebut mengikut
tarikh dan masa yang dijadualkan supaya anaknya mempunyai horoskop terbaik.

301
Selepas beberapa minggu, Azmina dan Abirami melahirkan anak di tempat yang
dipilih oleh suami masing-masing. Azri menamakan puteranya Azizul Ariff Bin
Mohammad Azri manakala putera Muthu diberikan nama Danesh Raj.
Selepas dua tahun…

“Abang, anak kita sudah dua tahun. Kita harus mendaftakan Zul di sekolah. Sekolah
tersebut dikatakan sekolah berprestij, bang. Abirami, jiran kita telah mendaftarkan
Danesh di sekolah itu juga,” kata Azmina kepada Azri yang sedang menyemak buku
kerja anak-anak muridnya sambil melayan Azizul yang sedang bermain dengan
patung keretanya.

“Mina, abang rasa tidak perlu untuk menghantar Zul ke sekolah sekarang. Anak kecil
perlu menikmati zaman kanak-kanak dengan bermain. Abang akan mendaftarkan Zul
di sekolah semasa usianya mencecah 5 tahun,” ujar Azri sambil memberikan
senyuman yang manis kepada isterinya.

Azizul dan Danesh membesar dan ayah masing-masing mengajar dan menerapkan
aspek sosial yang berbeza ke dalam diri anak mereka. Azri yang merupakan guru
dengan ciri-ciri unggulnya mengajar Azizul supaya bersahabat dengan semua
golongan masyarakat,mempercayai orang lain, menikamati setiap saat hidup dan
berbuat baik kepada masyarakat.

“Kita sebagai manusia yang baik hendaklah mengikut jalan kebenaran dan
mengingati nilai-nilai manusia dalam setiap perbuatan kita, Zul,” kata Azri kepada
anaknya.

Muthu pula mengajar anaknya untuk tidak mempercayai sesiapa dan hanya
memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

“Danesh, awak mesti mengikut segala-gala yang saya aturkan. Awak harus
mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir ini di daerah ini,” Muthu berkata
kepada anaknya,

Muthu mempunyai hasrat untuk menempatkan Danesh dalam kolej yang berprestij
dalam negeri tersebut seterunya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di
Amerika Syarikat. Azizul dan Danesh membesar dan menjadi remaja. Azizul
menjadi remaja yang percaya pada kebolehan dirinya dan menjadi pelajar yang

302
cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan manakala Danesh maju dalam
pelajarannya tetapi menjadi seorang remaja yang tidak mempunyai keyakinan diri
dan tidak mampu menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupannya.

Azri yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang betanggungjawab dan
memahami anaknya malah beliau merupakan seorang guru unggul dengan ciri
meletakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang. Azri mengenal pasti bahawa
Azizul mempunyai minat untuk berenang dan mendaftarkannya dalam kelas renang.

“Ayah, sanggupkah ayah membiayai yuran bulanan kelas renang tersebut?” tanya
Azizul yang sedang menunduk memandangi lantai yang dipijaknya.

“Ayah sanggup melakukan apa jua demi kebahagiaan anak ayah ini.” kata Azri
sambil mengenggam tangan milik anaknya dalam tangannya.

Kegigihan dan ketekunan Azizul menyebabkan dia mencapai banyak kejayaan dalam
sukan renang dan berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records.
Danesh pula mempunyai minat dalam menulis puisi tetapi Muthu melarang dia
daripada menulis puisi kerana dianggap perbuatan tersebut akan menjejaskan tahap
akademik anaknya. Danesh sentiasa menemani Azizul di pondok belakang rumah
Azizul ketika ayahnya keluar bekerja. Azri sentiasa memberikan kata-kata semangat
kepada kedua-dua anak muda tersebut. Beliau tidak pernah gagal dalam
menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang
ayah kepada Azizul. Azizul dan Danesh belajar bersama-sama dan lulus dalam
peperiksaan kerajaan manakala Danesh dianugerahkan sebagai pelajar terbaik di
daerah tersebut seperti mana yang diinginkan oleh Muthu.

Muthu mendaftarkan Danesh di salah sebuah sekolah berasrama menengah yang


terkenal dari aspek pencapaian pendidikan dan peraturannya yang sangat ketat.
Danesh amat merindui kasih sayang ibunya di sekolah asrama. Dia tidak dapat
menyesuaikan dirinya dalam sekolah tersebut kerana dia tidak pernah bergaul
dengan orang ramai. Danesh menghadapi tekanan perasaan dan tidak mempunyai
sesiapa untuk berkongsi masalah yang dihadapinya. Akhirnya, Danesh mengambil
keputusan untuk membunuh diri.

Muthu terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak pengurusan sekolah dan
bergegas ke hospital bersama isterinya, Abirami. Muthu yang tiba di hospital

303
berjumpa dengan ketua warden Danesh. Beliau menyatakan bahawa pihak pengurus
sekolah menjumpai sepucuk surat di bilik Danesh. Surat tersebut ditulis oleh Danesh.

Ayah,
Saya membenci diri saya sendiri. Saya tidak mampu malalui semua ini. Saya
tidak kuat yah, tidak kuat. Saya meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi minat
dan impian ayah. Semua ini bukan keinginan saya,ayah. Sekolah berasrama dan
bidang perubatan merupakan keinginan ayah dan saya lakukan demi ayah. Tetapi
tidak lagi... saya tidak mampu untuk terukan. Saya ingin pergi jauh dari dunia ini.
Terima kasih atas segala yang pernah ayah lakukan untuk saya. Tidak akan saya
lupakan walaupun badan ini tidak bernyawa lagi. Kasih yang tidak terhingga buat
ayah dan ibu. Selamat tinggal.

Azri yang mendapat tahu tentang kejadian tersebut juga turut ke hospital bersama
Azmina.

“Saya sentiasa memikirkan masa depan Danesh dan mengambil segala keputusan
demi kebaikannya,” Muthu berkata kepada Azri, “saya tidak faham apa yang
menyebabkan dia mengambil tindakan sebegini.”

“Muthu, kita sebagai ayah seharusnya perlu memberikan kebebasan untuk


anak-anak mengambil keputusan dalam memilih hala tuju hidup mereka. Tugas kita
adalah membimbing dan menyokong keputusan mereka,” ujar Azri. Azri mengatakan
bahawa apa yang dilakukan oleh Muthu tidak salah kerana dia mementingkan masa
hadapan Danesh tetapi dia tidak seharusnya memaksa Danesh untuk melakukan
sesuatu. Azri menerangkan minat Danesh dalam bidang sastera.

“Saya menyesal. Saya tidak patut melakukan sebegitu. Saya akan pastikan Danesh
kembali kepada saya dan memberikan kebebasan sepenuhnya seperti mana awak
memberikan kebebasan kepada Zul untuk membuat keputusan dia sendiri,” Muthu
berkata sambil menangis teresak-esak,

Muthu insaf akan perbuatan atas perbuatan yang dilakukan. Doktor yang memeriksa
Danesh mangatakan bahawa Danesh berada dalam keadaan yang stabil. Azri berasa
gembira melihat perubahan dalam diri Muthu. Azri sebagai seorang pendidik
mempunyai sikap positif yang dapat membentuk keperibadian yang mulia Muthu. Azri
yang merupakan seorang guru dengan ciri-ciri unggul iaitu bersifat dinamik,gemilang,

304
menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat
setempat.

305
Sehangat Lentera
Hasil karya:
Nor Azreen Binti Zainudin
Azreenzainudin99@gmail.com

LANGIT yang sedari tadi cerah kian menyuram. Matahari mula melabuhkan tirai di
ufuk barat. Biasan jingga cahaya mentari yang sedari tadi terbias pada cermin
kenderaanku mulai pudar dan menghilang. Aku menapak perlahan menuju ke arah
pintu kenderaan beroda empat yang baru sahaja aku parkir di halaman rumahku. Aku
kuak perlahan pintu di bahagian penumpang itu. Terlihat susuk tubuh anakku yang
aku gelar anak syurga itu dibuai lena. Aku angkat perlahan tubuh anakku dan aku
letakkan ke bahu. Aku bawa bersama-sama barang-barang yang aku sudah jinjit di
tangan menuju ke dalam rumah.

Ana Maisarah, nama yang aku berikan buat satu-satunya anak tunggalku yang baru
sahaja menginjak ke usia 4 tahun. Dalam kesibukan membanting tulang empat kerat
mendidik anak bangsa di sekolah, aku kian terlupa akan usia Ana yang juga semakin
meningkat. Menatap wajah Ana yang masih enak dibuai mimpi membuka kembali
pintu memori yang telah sekian lama terkunci rapat. Ana bukan seperti kanak-kanak
normal kerana itulah aku gelarkannya anak syurga. Ana didiagnosis menghidap
penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Suamiku yang pada ketika
itu malu dan tidak dapat menerima kenyataan serta takdir yang telah ditulis olehNya
buat kami mula menyalahkan aku. Tekanan demi tekanan aku terima apabila aku di
desak supaya menghantar Ana ke rumah kebajikan. Aku pikul segala tekanan yang
diberi di rumah dan segala beban tugas di tempat kerja demi anak syurga itu.
Akhirnya, naluri keibuanku menyebabkan aku lebih memilih Ana berbanding
perkahwinan yang aku bina selama 3 tahun itu.

Jariku terasa seperti disentuh. Aku tersentak dari lamunan. Aku lihat Ana yang sedari
tadi lena sudah mulai bangun dan memegang tanganku. Perlahan aku usap
ubun-ubun Ana dan aku mengesat air mataku. Aku kembali berada di dunia nyata.
Setiap saat aku bertekad agar semangat membara aku sebagai pendidik tidak akan
pernah padam dek pelbagai onak yang melanda.
Seperti biasa setengah jam sebelum waktu persekolahan bermula, aku sudah berada
di perkarangan sekolah. Pagi itu terasa dingin, dedaun pohonan yang

306
melambai-lambai menembak rasa sayu ke hatiku. Angin menyapa lembut tudungku.
Aku melangkah perlahan menuju ke bilik darjah bagi memulakan hari itu.

“Good morning Teacher!” laungan anak-anak didikku bergema.

Laungan yang senantiasa meniti di bibir para pelajarku. Sepertinya hari aku tidak
lengkap tanpa laungan daripada mereka. Walaupun tugas mendidik sebenarnya
sukar, namun dengan semangat juang yang ada dan agar aku dapat menjadi lentera
yang menerangi hidup mereka, aku gagahkan jua. Segala keringat aku korbankan,
berbekalkan tulang empat kerat dan baki hayat yang ada demi memastikan anak
didikku berjaya dan dapat mencapai matlamat pendidikan sejajar dengan dasar
kerajaan.

Seperti biasa, seusai sesi persekolahan tamat semua pelajar mula berlari-lari anak
meninggalkan perkarangan sekolah. Perkarangan sekolah mulai sunyi. Aku
memperlahankan gerak kaki menuju ke bilik guru. Aku meneliti kembali setiap
rancangan pengajaran harian yang telah aku siapkan dengan lengkap. Ketika
kebanyakan guru beransur pulang, aku leka meneliti satu persatu keputusan
peperiksaan anak didik kelas 6 Kembangan itu. Bagi aku selain Ana, anak didikku
itulah tempat terletaknya jiwa aku. Aku sedar akan arus perkembangan pendidikan
yang semakin mencabar dengan perancangan kurikulum baharu, pembelajaran abad
ke-21 yang berteraskan pelan pembangunan pendidikan ini, anak didikku berdepan
cabaran yang hebat. Dalam memastikan pelaksanaan kurikulum berjaya, aku sebagai
guru mereka harus bertindak proaktif. Aku menguak muka hadapan kertas soalan
Bahasa Inggeris yang berada di atas meja aku. Aku teliti satu persatu soalan aras
tinggi itu. Otak dan mindaku berkerjasama bergerak ligat memikirkan strategi untuk
memastikan para pelajar tahu menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Dalam tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, aku dikejutkan
dengan satu panggilan telefon. Tertera di skrin telefon pintarku nama pengasuh Ana
di pusat asuhan kanak-kanak istimewa itu. Aku tersentak. Pantas aku jawab
panggilan itu.
“Assalamualaikum Puan Farihah. Saya nak maklumkan mengenai anak puan, Ana
Maisarah. Ana telah kami hantar ke hospital akibat kemalangan kecil di pusat asuhan.
Kami masih di hospital dan menunggu puan di sini. Pihak kami memohon maaf atas
apa yang berlaku.” suara cemas pengasuhku kedengaran di hujung talian.

Jantungku terasa luruh mendengar berita itu. Terkedu aku untuk menjawab kembali.

307
“Waalaikumussalam, saya akan segera ke sana. Terima kasih atas makluman.”
balasku ringkas.

Jari jemari aku berlari laju mengemas kembali mejaku sebelum bergegas
meninggalkan perkarangan sekolah. Aku pacu kederaan beroda empat itu ke hospital.
Aku beristighfar panjang mengenang Ana. Pelbagai perkara buruk mula menerjah ke
minda aku ketika itu. Dalam kekhuatiran mengenang Ana, otakku masih juga ligat
memikirkan soal sambutan hari guru yang bakal diadakan di sekolah dua hari akan
datang. Aku dilantik selaku ketua ahli jawatankuasa yang akan mengendalikan majlis
sambutan tersebut. Dalam pada itu, aku juga sibuk dengan kelas tambahan bagi anak
didik 6 Kembangan itu. Memikirkan soal anak, soal pekerjaan dan anak-anak didikku.
Hati aku mula bercelaru dan fikiran kian berkecamuk. Aku parkir kenderaan dan terus
meluru ke arah lif berdekatan. Aku atur langkah seribu seolah-olah berkejaran ke arah
wad kanak-kanak yang menempatkan Ana di situ.

“Ana, Ana okay sayang? Ana, Mama risaukan sayang.” kataku saat aku menatap
wajah anak syurga itu.

Air mataku berderai jatuh melihat Ana yang memandangku sayu. Ana yang
sememangnya anak istimewa yang lain daripada kanak-kanak lain itu seringkali
membuat hati aku sebagai ibunya pilu apabila mengenangkannya. Aku memeluk Ana
erat. Aku bersyukur kerana Ana cuma mengalami kecederaan ringan. Badannya
masih lemah dan diserang demam kerana terkejut akan kemalangan yang terjadi.
Berkali-kali pengasuh berkenaan memohon maaf kepada aku. Namun demikian, aku
tidak menyalahkan pihak pengasuh itu atas apa yang berlaku. Aku sedar menjaga
anak-anak istimewa dan memastikan mereka sentiasa dalam kawalan amatlah sukar.
Aku melempar senyuman dan berbesar hati memaafkan mereka serta berterima
kasih atas kesudian mengasuh Ana sepanjang aku berbakti di sekolah.

Aku bawa Ana pulang ke rumah malam itu setelah doktor mengesahkan Ana boleh
dibawa balik. Badannya masih panas dek demam yang dihidapi. Aku dukung Ana ke
arah kenderaan. Aku pacu perlahan menuju ke rumah.
***
Aku menuju ke sekolah pada petang itu bagi menyiapkan persiapan majlis sambutan
hari guru yang akan diadakan pada hari esok. Aku bawa semua barang yang telah
aku beli bersama-sama. Aku perlahan-lahan mengangkat Ana yang sedang nyenyak

308
tidur dan aku letakkan ke dalam kereta sorongnya. Aku menolak perlahan kereta
sorong Ana memasuki perkarangan dewan. Aku lihat anak-anak muridku berlari anak
menuju ke arahku. Aku bersalaman mesra dengan mereka dan rakan-rakan guru
yang lain. Aku membawa Ana bersama-sama kerana aku tahu keadaanya tidak
mengizinkan aku untuk meninggalkannya di pusat asuhan. Hanya ibu yang memiliki
anak seperti Ana sahaja yang merasai penat lelah membesarkan anak syurga ini.
Kerja-kerja persiapan majlis itu berakhir tepat jam 7 petang. Sebelum aku beransur
pulang aku sempat mengagihkan latihan buat anak-anak didikku yang telah aku
siapkan sebelum pergi ke dewan pada petang itu, Aku membawa Ana yang sudah
mula merengek masuk ke dalam kereta. Sudah menjadi kebiasaan bagi Ana
berkelakuan seperti itu apabila dia kurang sihat. Aku masih memikirkan soal
sambutan esok hari ketika memandu pulang. Aku tau apabila Ana kurang sihat, dia
semestinya tidak mahu berpisah atau tinggal di pusat asuhan.

Malam itu Ana tidur awal seolah-olah anak syurga itu memahami kepenatan aku yang
bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk sambutan esok. Sebelum
melelapkan mata, fikiran aku mula menerawang memikirkan keadaan Ana yang akan
aku tinggalkan esok hari di pusat asuhan.

***
“Maaf Puan Farihah, Ana tak berhenti menangis. Nampak gayanya dia tak mahu
berjauhan dari puan.” pengasuh Ana memberitahu aku.

“Tak mengapa saya bawa ke sekolah kerana hari ini sambutan hari guru sahaja.” aku
balas dengan ringkas lalu melemparkan sekuntum senyuman.

Aku berjabat tangan dengan pengasuh tersebut lalu bergerak ke arah kenderaanku.
Aku membawa Ana bersama-sama ke sekolah pada hari itu kerana Ana mulai
meragam. Sesampainya di sekolah, aku lihat warna-warni baju guru-guru yang sudah
bersedia untuk sambutan tersebut. Aku mendukung Ana yang sudah tertidur kerana
kepenatan akibat menangis. Aku masuk ke dalam dewan dan disambut mesra oleh
anak-anak didikku dan rakan-rakan guru yang lain. Majlis begitu meriah dan aku
bersyukur hasil usaha aku dan rakan-rakan guru yang bertungkus lumus untuk
sambutan ini membuahkan hasil. Pelbagai acara telah dijalankan dengan gilang
gemilang. Namun demikian, acara kemuncak yang dinanti-nantikan oleh para guru
ialah anugerah sambutan hari guru. Istimewanya anugerah ini ialah Anugerah Guru

309
Unggul yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dan hanya pendidik berjiwa sejati sahaja
yang benar-benar layak menyandang anugerah tersebut.

“Majlis diteruskan lagi dengan anugerah sambutan hari guru. Anugerah Guru Unggul
pada tahun 2018 jatuh kepada… Teacher Farihah.”

Jantungku berdegup kencang setelah namaku diumum. Aku tidak menyangka


anugerah itu akan menjadi milikku. Aku bukanlah seorang yang benar-benar layak
menerima penghargaan ini. Air mataku mula mengalir. Perasaan terharu menyelinap
ke seluruh jiwaku. Perlahan aku mendukung Ana dan menapak naik ke pentas bagi
menerima anugerah tersebut. Aku menanam azam dalam jiwaku. Sesukar apa pun
dugaan untuk mendidik anak-anak ini. Sepayah mana pun berjuang membesarkan
Ana. Lentera dalam jiwa aku takkan pernah padam demi anak bangsa dan masa
hadapan negara.

310
Al Fatihah
Hasil karya:
Fatin Nuraini Binti Abdul Ghani
Fatininia99@gmail.com

"SAYA benci cikgu! Cikgu tidak faham saya. Saya tak nak belajar lagi! Saya benci!"
Tersentap aku dari lamunan apabila loceng berbunyi. Tanda waktu rehat sudah habis
dan waktu belajar seterusnya akan bermula. Aku mula mengemas barang-barang aku,
dan bergerak ke kelas 6 Perdana. Kelas yang aku ajar dan didik.
Kehadiran diri aku, disahuti oleh suara anak-anak murid aku yang memberi salam
kepada aku. Aku menjawabnya, lalu menyuruh mereka duduk dan bersiap sedia
untuk belajar. Ajaran aku terhenti apabila seorang murid bersuara,
"Cikgu Hani! Dia tidak datang lagi hari ini." Kata Fahmi. Suaranya kuat bergema di
dalam kelas. Aku terkedu.
"Eh, kau ni Fahmi. Kau dah lupa apa yang jadi?"Aiman menepuk bahunya, lalu
menggelengkan kepala.
Fahmi yang tersedar dari kesilapannya, memandang aku dengan penuh risau dan
rasa bersalah.
"Saya minta maaf, cikgu."
Aku hanya menggangguk tersenyum. Aku teruskan dengan pembelajaran dan
pengajaran aku. Aku menayangkan video kepada mereka tentang topik kami pada
hari ini, iaitu tentang alam sekitar. Fahmi yang sebelum ini tidak memahami topik
tersebut ketika aku mengajar mereka, kini dapat memahami topik tersebut dengan
baik. Latihan yang aku berikan juga dapat diselesaikannya dengan bagus. Begitu
juga dengan murid-murid aku yang lain.
Sungguh cepat masa berlalu. Loceng berbunyi tanda waktu mengajar aku sudah
habis. Ucapan terima kasih dilaungkan oleh mereka. Aku senyum sambil mengemas
barang-barang aku. Fahmi dan rakannya, Zahir datang ke meja aku. Ingin membantu
membawa barang-barang aku ke bilik guru. Aku berterima kasih kepada mereka.
"Cikgu, saya minta maaf sekali lagi atas kesilapan saya tadi."
Aku tersenyum menggangguk kepadanya.
"Tidak mengapa Fahmi. Bukan senang kamu nak lupakan kawan kamu itu. Cikgu
faham perasaan kamu."
Fahmi hanya tersenyum sedih saat itu lalu dia pergi dengan ucapan selamat tinggal.
Aku mengeluh sedih sekali lagi. Kehilangan ini tidak mudah bagi mereka, tidak mudah
juga bagi aku.

311
Tanpa aku sedar, mindaku kembali lagi ke peristiwa itu.
"Luqman! Kenapa kamu pukul rakan kamu?"
Anak itu tidak endah akan amarah aku. Malahan dia berani tersenyum melihat muka
rakannya yang bengkak dan luka itu.
"Luqman, beritahu cikgu kenapa kamu pukul Azman. Kalau tidak cikgu hantar kamu
ke bilik guru besar."
"Hantar saja lah cikgu. Ingat saya hairan dengan guru besar itu. Dia itu besar saja,
bukan saya takut pun."
Tanpa aku sedar, satu tamparan telah aku berikan kepada anak itu. Sungguh kuat
kudrat aku sehingga anak itu terjatuh ke lantai. Aku terkedu melihat mukanya yang
terkejut.
"Ya Allah, Luqman, cikgu-"
"Argh! Aku benci semua cikgu di sekolah ini! Semua tak suka dengan aku! Baik aku
mati!"
"Luqman!"
Aku menjerit memanggilnya, tetapi tidak ada satu tolehan pun yang diberi olehnya.
Dia berlari keluar dari bilik guru lalu hilang dari pandangan aku. Aku cuba untuk
mengejarnya. Namun, laungan kesakitan dari Azman membuatkan langkah aku
terhenti dan aku membawanya ke klinik.
Keesokkan harinya, Luqman tiba lewat di sekolah. Mukanya masam tanpa senyuman.
Disuruh belajar, dia tidak mahu. Disuruh duduk diam, dia mengganggu rakannya
yang lain. Aku. menggeleng kepala melihat telatahnya. Lantas, aku mengajaknya
untuk mengikut aku ke sebuah tempat.

Pada mulanya, dia tidak mahu. Puas aku memujuknya. Aku menjanjikan kepadanya
bahawa aku akan menggunakan lagu dalam pembelajaran dan pengajaran aku yang
seterusnya. Riak wajahnya berubah, agak gembira sedikit dengan janji aku. Luqman
pernah memberitahu aku bahawa dia suka belajar menggunakan lagu.
Kami bertolak selepas habis waktu sekolah. Aku menghantar Luqman ke rumahnya
agar dia dapat menukar baju sekolahnya dan memakai baju yang lebih selesa ketika
dia berada di luar. Aku meminta izin dari kedua ibu bapa Luqman untuk membawa dia
keluar sebentar.
“Untuk apa cikgu bawa dia keluar? Saya dan suami saya ada untuk jaga anak kami.
Kami boleh gembirakan dia. Kami ini berduit, cikgu Hani. Kami ini bukan orang
susah.”
“Saya minta maaf jika saya ada buat Puan Tijah rasa terkilan. Tujuan saya membawa
Luqman keluar, bukan untuk mempersoalkan tanggungjawab Puan Tijah dan Encik

312
Rahman sebagai ibu bapa. Saya hanya mahu Luqman mendapat pelajaran yang
lebih intensif kerana dia agak ketinggalan di dalam kelas.”
Puan Tijah pada mulanya masih tidak mengizinkan aku untuk membawa Luqman
keluar. Namun, selepas Encik Rahman memberi kata putusnya bahawa aku boleh
membawa Luqman keluar, Puan Tijah terus terdiam. Luqman bersalaman dengan
kedua ibu bapanya sebelum kami bergerak ke kereta aku, diiringi jelingan tajam dari
Puan Tijah.
"Buat apa datang sini, cikgu. Bosan lah."
Luqman mengeluh. Dia kemudian mengutip batu-batu di tepi pejalan kaki lalu
melontarnya ke dalam tasik berdekatan. Aku mendapat satu idea. Aku juga mengutip
batu-batu tersebut tetapi setiapnya mempunyai saiz yang berbeza. Aku susun di
hadapan Luqman.
"Memandangkan di dalam kelas kamu tidak beri perhatian, mari cikgu ajar kamu
tentang topik kita hari ini."
Aku menyusun batu-batu itu mengkut saiz, dari besar hingga kecil. Memberitahunya
bahawa itu adalah urutan planet-planet di angkasa lepas. Pada awalnya, Luqman
tidak mengendahkan ajaran aku, tetapi kemudiannya dia mula bertanyakan beberapa
soalan mengenai topik perbincangan kami. Aku tersenyum gembira melihat
keinginannya untuk belajar walaupun sedikit.
Aku tertanya-tanya, mengapa di sekolah, Luqman begitu nakal. Lalu, persoalan aku
itu dijawab oleh Luqman sendiri tanpa perlu aku tanya.
"Di sekolah, semua tidak suka dekat saya cikgu. Saya ni jahat. Saya ini selalu pukul
orang."
"Kalau kamu tahu orang tidak suka kamu buat begitu, kenapa kamu buat lagi?"
"Saya cuma mahu berkawan cikgu. Di rumah, tidak ada sesiapa yang mahu
bersembang dengan saya. Ibu dan ayah sibuk. Bibik pula asyik buat kerja rumah.
Saya tidak pandai berkawan. Saya fikir, bila buat macam tu, semua suka saya."
Aku tersentuh mendengar luahan anak ini. Apalah nasibnya, hanya mahu berkawan
tetapi tidak tahu cara yang betul. Jadi, aku mengambil peluang ini untuk
membantunya.
Pada hari berikutnya, aku membuat aktiviti berkumpulan bersama anak murid aku.
Masing-masing tidak mahu berkumpulan bersama Luqman. Tetapi, aku menetapkan
kumpulannya bersama Fahmi dan Zahir. Mereka bertiga pada mulanya mahu
bergaduh kerana tidak mempunyai kesefahaman. Namun, atas sifat kepimpinan yang
ditunjukkan oleh Fahmi, mereka bertambah akrab. Luqman juga dilihat makan
bersama Fahmi dan Zahir. Aku tersenyum melihat perubahan pada diri Luqman.

313
Namun, apakan daya, perubahan itu tidak lama. Ibu bapa Luqman datang ke sekolah,
tidak berpuas hati kerana Luqman makin kerap keluar bermain bersama Fahmi dan
Zahir. Mereka tidak mahu Luqman hilang fokus dalam pelajaran.
Aku cuba untuk mengubah persepsi mereka bahawa Fahmi dan Zahir adalah salah
satu pembakar semangat untuk Luqman terus belajar. Ibu bapa Luqman tidak
mempercayai aku lalu memarahi Luqman. Aku melihat wajah sedih Luqman. Air
matanya mengalir membasahi pipi. Aku cuba bercakap dengannya namun ditepis
tanganku, kuat.
"Saya benci cikgu! Cikgu tidak faham saya! Saya tak nak belajar lagi! Saya benci!"
Dia berlari keluar dari situ. Aku mengejarnya. Suara aku lantang aku memanggil
namanya namun dia tidak pernah menoleh. Saat dia berlari ke arah jalan, aku
menjerit dengan kuat sekali tetapi semuanya terjadi dengan pantas. Aku berdiri kaku.
Jantung aku seolah-olah terhenti setelah melihat tubuh anak yang dilumuri darah itu.
Luqman segera dibawa ke hospital akibat cedera arah selepas dilanggar oleh sebuah
kereta. Aku dan kedua ibu bapanya menunggu di luar bilik kecemasan.
Aku mengambil peluang ini untuk bercakap dengan Puan Tijah.
"Puan, Luqman itu anak yang baik. Dia tidak jahat. Hanya nakal sedikit. Dia hanya
mahu berkawan. Dia beritahu saya yang dia sunyi di rumah. Zahir dan Fahmi, telah
banyak membantu dia untuk belajar semula. Saya harap, puan dan tuan, tidak akan
memarahi Fahmi atau Zahir dan cuba untuk memahami Luqman."
Ibu Luqman menangis mendengar kata-kata aku dan dipujuk oleh suaminya. Setelah
beberapa jam menunggu, akhirnya, seorang doktor keluar dari bilik yang
menempatkan Luqman. Wajah doktor itu tidak dapat ditafsir perasaannya.
"Saya minta maaf." Keluh doktor itu.
Aku cuba menahan sebak apabila kenangan pahit itu menyelubungi minda aku. Aku
menatap sebuah fail milik seorang anak murid yang amat aku kasihi. Aku tatap wajah
senyumnya. Tidak aku sangka, itu adalah kali yang terakhir aku bersua muka
dengannya. Aku memgesat air mata aku yang tidak henti-henti mengalir lalu aku
tersenyum sayu.
"Moga kamu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman." Aku berdoa.
Al-Fatihah, Muhammad Luqman Aizat Bin Rahman.

314
Cikgu Nurul
Hasil karya:
Azlin Syafinaz binti Ahmad Yusof
Azlinsyafinaz99@gmail.com

JAM menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih belum tidur menyiapkan tugasan yang
perlu diselesaikan sebelum ke sekolah esok. Sudah beberapa kali aku menguap
namun rasa mengantuk ini perlu ku tahan. Sekali-sekala aku memeriksa jikalau ada
mesej yang diterima melalui telefon pintarku. Kosong.
Aku melepaskan keluhan kecil. Barangkali amarah ayahku masih belum reda. Sudah
tiga hari sejak peristiwa itu berlaku. Perasaan sebak mula membukit dan air mata
bergenang di tubir mataku. Entah mengapa, ujian ini terasa sungguh berat.

“Eh, tak tidur lagi?” suara serak sahabatku, Anis menerpa ke gegendang telinga.
Tergesa-gesa aku mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Aku menoleh ke arahnya
dan tersenyum seraya berkata, “Belum, ada sikit lagi kerja nak disiapkan.”
“Kau nangis ke?” soal Anis perlahan.
Payah sekali rasanya untukku membohongi sahabtku sendiri. Air mata yang ku
empang akhirnya jatuh juga mendengarkan soalan Anis itu. Dia melangkah ke arahku
lantas duduk di sebelahku.
“Nis, apa aku dah buat ni? Kenapa aku jadi anak derhaka macam ni?” rintihku
diselangi tangisan.
Anis memandang wajahku dengan perasaan simpati. Dia sudah lama ada di sisiku
sejak di universiti lagi. Ini bukan kali pertama dia melihatku menitiskan air mata.
“Jangan cakap macam tu. Tak apa, nanti kau balik minta maaf dengan ayah kau. Dah
jangan nangis lagi. Buruklah,” pujuk Anis sambil mengesat air mataku.
“Pukul berapa nak tidur ni? Hari-hari tidur lambat tak baik untuk kesihatan,” sempat
pula dia membebel pada pagi buta.
“Yalah. Janganlah bebel. Esok aku tidur awal,” cepat-cepat aku menjawab.

Anis pulang ke kamarnya sementara aku masih perlu berjaga untuk menyiapkan kerja.
Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang suka tidur lewat. Namun kebelakangan ini,
aku mula menyibukkan diri dengan pelbagai tugasan supaya masaku tidak
dihabiskan dengan memikirkan masalah yang sedang kuhadapi. Aku tidak kuat.
Apabila teringatkan ibu dan ayah, entah mengapa mudah saja aku menangis. Tetapi,

315
sekali pun aku tidak pernah menyalahkan mereka. Akulah penyebab semua masalah
ini.

Hari itu, selepas tamat persekolahan, aku singgah ke kedai buku untuk membeli
beberapa alat tulis dan buku. Aku bercadang ke kedai buku Popular kerana terdapat
variasi buku yang banyak. Kadang kala aku tidak membeli walau sebuah buku pun,
namun sudah menjadi hobiku untuk ke kedai buku kerana aku berasa lapang dan
gembira melihat buku-buku yang tersusun rapi di atas rak. Suatu hari nanti kalau ada
rezeki aku bercita-cita untuk membuka kedai buku sendiri. Ya, cita-cita yang aku
kongsi bersama ayahku. Dalam hati, aku membisik doa agar semua ini cepat berakhir.
Tiada kata mampu menggambarkan betapa besar rasa bersalahku terhadap
kedua-dua orang tuaku.
Sewaktu hendak pulang ke rumah, aku terlihat susuk tubuh yang ku kenali. Setelah
memastikan bahawa dia adalah orang yang ku kenali, aku menghampirinya.

“Aniq datang sini dengan siapa?” aku bertanya.


Aniq merupakan salah seorang pelajarku yang berumur 9 tahun. Sebaik sahaja
melihatku, dia melemparkan senyuman manis kepadaku seperti selalu.
“Dengan kakak. Cikgu buat apa dekat sini?” Aniq bertanya kepadaku pula.
“Cikgu beli barang sikit. Awak datang sini naik apa? Kakak awak dekat mana?”
bertubi-tubi aku menyoalnya.
Belum sempat Aniq menjawab pertanyaanku, kakak Aniq menyapaku dari belakang.
“Assalamualaikum, cikgu. Lama tak jumpa. Cikgu sihat? Mesti sekarang tengah
sibuk,” kakak Aniq memulakan perbualan sambil menghulurkan tangan untuk
bersalam.
“Waalaikumussalam. Cikgu sihat je. Sibuklah juga sekarang. Awak kalau free datang
je sekolah. Boleh cikgu belanja.”
“Insha Allah, cikgu. Cikgu seorang sajakah?” tanya kakak Aniq apabila melihat tiada
sesiapa bersamaku.

“Ya, hari ni Cikgu Anis sibuk, jadi dia tak ikut. Jom cikgu hantarkan awak dan Aniq
balik,” pelawaku.
Namun, mereka menolak pelawaanku kerana tidak mahu menyusahkanku.
Disebabkan aku perlu segera pulang ke rumah, aku terus beredar selepas
berbual-bual dengan mereka.
“Cikgu, tayar kereta cikgu ni dah botak. Bahayalah bawa kereta macam ni,” sempat
kakak Aniq memberi pesanan kepadaku.

316
“Amboi, mentang-mentang belajar mechanical engineering, cepat saja awak perasan,”
selorohku.

Sebelum pulang, aku membelanja Aniq dan kakaknya kerana sudah agak lama aku
tidak bertemu mereka. Lapang seketika hatiku melihat kemesraan dua beradik ini.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, aku teringat pelbagai perkara tentang
Aniq. Mengenali Aniq membuka satu lembaran baru kerana dia banyak memberi
peluang kepadaku mempelajari hal baru. Meskipun dia hanya seorang anak kecil
yang kadang kala hanya tahu bermain, namun dia merupakan antara insan terpenting
yang menjadikan aku lebih kuat.

Aku masih ingat sewaktu aku mempelajari teori Erik Erikson tentang perkembangan
sosial. Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun berada pada peringkat ketekunan
atau rasa rendah diri. Melalui interaksi dengan orang di sekeliling mereka,
kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara. Mereka yang menerima bimbingan dan
sokongan moral yang mencukupi daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan dapat
membentuk keyakinan diri yang tinggi. Manakala kanak-kanak yang kurang
menerima sokongan dan perhatian daripada orang sekeliling mempunyai potensi
untuk memiliki keyakinan diri yang rendah.

Aniq dilahirkan dalam keluarga yang mewah. Kedua-dua ibu dan ayahnya sibuk
bekerja sehinggakan kurang meluangkan masa dengan Aniq dan kakaknya. Mereka
tinggal di kawasan perumahan elit di mana tiada seorang pun rakan Aniq yang tinggal
di kawasan yang sama. Aniq hanya ada seorang kakak sahaja. Oleh itu, dua beradik
itu sangat rapat namun apabila kakaknya pulang ke universiti, dunia Aniq kembali
sunyi.

Sebagai seorang anak kecil yang sedang membesar, Aniq tidak mendapat dorongan
dan motivasi yang diperlukan daripada ibu bapanya. Mereka ibu bapa yang baik
kerana Aniq tak pernah kekurangan dari segi keperluan. Namun, kanak-kanak seperti
Aniq memerlukan perhatian dan sokongan dari orang terpenting dalam hidupnya
untuk membina keyakinan diri.

Apabila rakan-rakannya sibuk bercerita mengenai ibu bapa masing-masing, Aniq


hanya berdiam seolah-olah dia kedua-dua insan itu tidak wujud dalam hidupnya. Dia
lebih banyak mendiamkan diri di dalam kelas. Di saat rakan-ralan sekelasnya sibuk
mencari perhatianku sebagai guru mereka, Aniq selesa membawa diri. Berbeza

317
dengan rakan-rakan sekelasnya, Aniq tidak suka menjadi tumpuan di dalam kelas.
Sebagai guru, aku berasa terpanggil untuk membantunya. Oleh itu aku selalu
meluangkan masa bersama Aniq dan rakan-rakannya. Waktu hujung minggu selain
diisi dengan aktiviti di sekolah, aku akan mengadakan aktiviti secara kecil-kecilan
dengan mereka seperti berkelah dan kadang kala aku mengadakan kelas untuk
membantu mereka dalam pelajar. Aku cuba bersikap adil kerana aku tidak ingin
walau seorang pun pelajarku berasa dianak tirikan.

Mungkin aku masih sangat lemah dalam pembahagian masa sehinggakan ibu dan
ayah terasa dengan sikapku yang lebih mengutamakan karierku berbanding keluarga.
Suatu hari, aku menelefon ayah untuk bertanya khabar. Sebaik sahaja aku
mendengar suara ayah, rinduku terhadapnya membuak-buak. Kemudian, ayah
memberitahuku bahawa kakakku bakal dilamar orang tidak lama lagi. Aku tumpang
bahagia.

“Tapi, Nurul tak boleh balik ayah. Sebab ada program hujung minggu ni,” kataku
sewaktu berbual dengan ayah melalui telefon.
“Kamu ni selalu sibuk Nurul. Baliklah minggu ni. Sudah dua bulan kamu tak
balik,nak.”
“Maaf ayah. Nurul kena hadir juga program ni. Nurul minta maaf sangat ayah.”

Namun, ayah tidak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri. Beberapa saat
kemudian baru ayah mula berbicara. Aku sangkakan ayah akan memahami
sebaliknya ayah meluahkan rasa kecewanya kerana aku selalu sibuk bekerja
sehinggakan mengabaikan ibu dan ayah. Pada ayah, aku tidak menghargai keluarga
kerana sudah lama tidak pulang ke rumah. Menangis hatiku mendengar setiap bait
kata-kata ayah pada waktu itu. Belum sempat aku memujuk ayah, ayah melarang aku
pulang ke rumah dan terus memutuskan talian. Apabila memikirkan hal ini, mudah
sekali air mataku jatuh. Bukan niatku ingin menyakiti ayah, namun kelemahan dan
kecuaianku telah menyebabkan ayah berjauh hati dengan sikapku.
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mujur ketika ini masih belum banyak kereta di atas jalan raya kerana waktu pejabat
masih belum berakhir. Sewaktu aku ingin membelok ke simpang yang menghala ke
kawasan perumahanku, sebuah kenderaan pacuan empat roda meluru laju dari arah
bertentangan. Aku cuba menekan brek namun entah di mana silapnya, kenderaanku
tidak berhenti. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan duniaku berganti dengan
kegelapan.

318
Dua minggu kemudian…

Masih segar di ingatanku peristiwa yang berlaku dua minggu lalu. Alhamdulillah,
keadaanku tidak terlalu teruk cuma dikenakan beberapa jahitan di wajah dan tangan
kiriku patah. Aku bersyukur kerana setidak-tidaknya, kemarahan ibu dan ayah sudah
reda. Aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi seorang guru dan anak yang
bertanggungjawab dan adil. Tidak pernah sekalipun aku terfikir untuk mengabaikan
kedua-dua orang tuaku. Namun, berita yang di bawa oleh ibu dan ayah
mengejutkanku.
“Ada orang datang merisik Nurul,” kata ibu pada hari aku dibenarkan keluar dari
hospital.
Aku terasa ingin pengsan semula.

319
Janji Yang Abadi
Hasil karya:
Mohd Nur Zalaily Bin Zabana
Zalailyzabana98@gmail.com

MENTARI mula menerbit dari keheningan suasana kampung yang damai dan
tenteram. Aku terpegun melihat keindahan alam kurniaan Ilahi yang tidak pernah aku
alami sebelum ini. Kicauan burung-burung, pemandangan yang nun menghijau, bunyi
air sungai mengalir serta bayu pagi yang bertiup menyegarkan membuatkan aku
berfikir sejenak. Mengapakah aku tidak pernah merasai persekitaran ini?
“Ya Allah, sungguh nyaman dan tenang ciptaan Mu ini”, fikirku didalam hati.
Persekitaran ini amat berbeza dari kehidupan di tempat asalku sebelum ini. Aku
menetap di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sebuah kota yang tidak pernah tidur,
kota yang sentiasa sibuk. Sejak dari kecil aku dibesarkan di kota itu. Aku bersekolah
di SMK Cheras Jaya, Kuala Lumpur dan seterusnya aku berjaya menyambung dan
menamatkan pengajianku selama 5 tahun di Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai guru Bahasa Melayu. Segalanya masih
segar dalam ingatanku. Aku mengimbas kembali detik-detik ketika menanti
keputusan dimana aku akan dihantar bertugas sebagai seorang guru buat pertama
kalinya di dalam hidupku. Hari demi hari aku menunggu dengan penuh debaran di
dada hinggalah masa yang dinanti tiba. Surat tempatku bertugas telah sampai di
kotak surat rumahku. Debaran yang aku alami disaat membuka surat itu masih lagi
hangat dalam ingatanku sehingga kini.
SK Tongod Telupid, Sabah. Itulah perkara pertama yang telah menarik perhatianku
setelah membuka surat tersebut. Aku terkesima. Mataku seolah-olah telah
sepenuhnya tertumpu dan terikat hanya pada nama sekolah tersebut. SK Tongod
Telupid? Sabah? Persoalan-persoalan ini terus berlegar di kepalaku. Siapa akan
menyangka bahawa aku akan ditugaskan jauh dari tempat tinggalku ini bahkan jauh
di sudut hatiku terniat yang aku hendak bertugas di sekolah kawasan pedalaman di
negeri Sabah. Perasaanku haru-biru. Gembira bercampur sedih. Aku gembira kerana
ini merupakan tugas rasmi pertama aku sebagai seorang guru. Namun, aku juga
sedih dengan keputusan ini kerana aku tahu aku bakal berada jauh dari keluargaku.
Aku mengambil langkah untuk menghubungi rakan-rakanku yang lain bertanyakan
mereka dimana tempat mereka akan bertugas dengan harapan mendengar jawapan
akan ada di antara mereka yang ditugaskan sekali denganku. Namun begitu, setiap
jawapan yang aku terima agak menyedihkan kerana mereka telah ditugaskan untuk

320
berkhidmat di tempat yang berbeza dariku. Aku berasa takut dan khuatir memikirkan
nasib yang bakal aku lalui ketika mengajar di sekolah pedalaman yang amat jauh dari
negeri asalku. Aku berhenti berfikir seketika. Aku cuba menenangkan diriku. Setelah
selesai, aku terus berjumpa dengan ibu dan ayahku untuk memberitahu mereka
tentang keadaanku pada ketika itu. Ayah dan ibuku mendengar segala isi hatiku yang
aku ceritakan kepada mereka. Setelah selesai meluahkan segalanya pada mereka,
aku akhirnya cuba untuk bertanyakan pendapat mereka. Aku berasa hairan kerana
aku melihat ada senyuman yang terukir di wajah kedua ibu dan ayahku. Aku
menjangkakan ayah dan ibuku akan bersedih sekiranya aku bersetuju untuk
menerima untuk mengajar di sekolah tersebut dan ternyata jangkaanku meleset.
Sebaliknya, ayah dan ibuku menasihatkan aku untuk bersabar dan redha atas
keputusan tesebut.
“Kita sebagai pendidik seharusnya sentiasa bersedia untuk mendidik walau dimana
pun kita ditempatkan, Adam. Ibu dan ayah sejak dari awal lagi telah bersedia untuk
melepaskan kamu sekiranya hal-hal sebegini berlaku. Sesungguhnya ibu dan ayah
redha, Adam dan ibu dan ayah tahu adam mampu menggalas tanggungjawab dan
ujian ini Adam”, tambah ibu.
Setelah mendengar kata-kata tersebut, aku yang pada awalnya merasa berat untuk
bertugas di negeri orang lain kini merasa kembali bsemangat untuk memikul
tanggungjawab ini. Aku menyedari bahawa aku perlu menunaikan tanggungjawabku
sebagai seorang pendidik dengan penuh amanah dan kesabaran. Seminggu
kemudian, tibalah masanya untuk aku bertolak ke negeri di bawah bayu, Sabah.
Sebelum bertolak, restu dan redha daripada kedua orang tuaku serta daripada
keluarga aku pohon sekali lagi. Walaupun agak berat, namun akanku teruskan
perjuangan sebagai seorang yang bergelar guru ini.
Hutan, orang asli, bahasa asing, tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik. Itulah
perkara-perkara yang aku dengar tentang sekolah yang bakal aku bertugas ini.
Perkara ini terus menerus berlegar-legar di ruang minda aku di sepanjang
perjalananku ke Sabah. Setibanya di sana, aku disambut mesra oleh Cikgu Mahmud,
yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tongod Telupid tersebut.
Daripada Lapangan Terbang Tawau, kami telah menaiki kenderaan selama 4 jam
untuk sampai ke sekolah ini. Sepanjang perjalanan, aku kagum melihat keindahan
alam semula jadi yang memenuhi negeri dibawah bayu ini. Aku telah ditempatkan di
sebuah rumah kayu kuarter untuk guru bersebelahan dengan Cikgu Mahmud tersebut.
Menurut Cikgu Mahmud, rumah ini sahaja yang mampu untuk diperuntukkan untuk
guru-guru sini. Melihat pada keadaan rumah ini, aku percaya sesiapa pun akan
berasa kehilangan semangat untuk mengajar. Namun, atas azamku yang kuat serta

321
dorongan dari ibu bapaku dan guru-guru yang lain aku menyahut ini sebagai satu
cabaran buatku dan aku percaya aku mampu mengatasinya.
Hari ini merupakan hari pertama aku melangkah masuk dan mengajar di sekolah ini.
Aku mendapat arahan dari guru besar sekolah ini, Encik Jefri, untuk mengajar
murid-murid dari darjah 3,4 dan juga darjah 5. Disebabkan sekolah ini merupakan
sekolah pedalaman yang kekurangan pelajar, murid-murid tadi telah digabungkan
menjadi sekelas yang aku akan ajari. Aku mendapat tahu hanya terdapat 8 orang
murid sahaja gabungan dari ketiga-tiga kelas. Aku berkenalan dengan semua
muridku dan mereka melayanku dengan senyuman. Syamsul, Zulkifli, Arif, Aisyah,
Zubaidah, Faisal dan Ikhwan. Namun begitu, diantara murid-muridku ini, seorang
murid ini telah menarik perhatianku. Wajahnya kelihatan sangatlah menceriakan dan
amat comel sekali.
“Nama saya Safwan bin Ahmad Khalid cikgu dan saya suka makan ayam hutan
masak merah”, ujarnya sewaktu aku cuma bertanyakan nama mereka.
Satu kelas terhibur dan tertawa dengan kenyataan yang diberikannya termasuklah
aku. Dia seolah-seolah membawa suatu aura keceriaan di dalam kelas tersebut.
Safwan, berumur 11 tahun dan merupakan antara yang tertua dalam kelas. Budak ini
amatlah periang dan sungguh peramah. Pada hari pertama aku mengajar sahaja, dia
telah berjaya menarik perhatian aku disebabkan sikapnya yang peramah dan
sentiasa riang itu. Setiap kali aku bertanyakan soalan, pasti akan ada tangannya yang
bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang aku ajukan di dalam kelas walaupun
ada kalanya dia tidak mengetahui jawapannya. Tidak cukup dengan itu, dia juga
seorang kanak-kanak yang berhati mulia. Pantang dilihatnya ada rakan-rakanya yang
bersedih atau muram, dia akan datang pada rakannya dan akan cuba menceriakan
mereka semula. Disebabkan itu, murid-muridku yang lain sungguh selesa untuk
berada disekeliling nya. Saban hari berlalu dan aku semakin rapat dengan
murid-muridku ini terutama sekali pada Safwan.
Masa berlalu tanpaku sedar. Lima bulan telah berlalu sejak aku mengajar mereka.
Aku tidak pernah jemu pergi sekolah semata-mata untuk mendidik dan bertemu
dengan anak-anak muridku ini. Telatah dan perwatakan mereka tidak pernah
membuatkan aku tidak terhibur terutama sekali dengan Safwan. Kegusaran yang aku
rasakan sebelum masuk ke kampung ini telah pun hilang tanpaku sedari disebabkan
mereka. Benarlah kata ayah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku temui
kegembiraanku sepanjang mengajar mereka di sekolah ini. Namun, tidak pernahku
menduga kegembiraan yang aku rasakan ini hanyalah seketika dan bertukar menjadi
perkara sedih dalam kerjaya hidupku sebagai seorang guru. Sesuatu yang tidak
mungkin mampuku lupa hingga ke akhir hayatku.

322
Pagi itu seperti biasa, aku bangun dan bersiap-siap untuk mengajar. Setelah selesai
menunaikan solat fardhu Subuh, aku bersarapan dan terus menuju ke sekolah.
Setibanya waktuku untuk mengajar, aku masuk ke dalam kelas seperti biasa. Namun
hari itu, kelihatan kelas agak suram seperti ada sesuatau yang hilang. Baruku sedari,
ternyata Safwan tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
“Safwan tak datang sekolah hari ini?”, tanyaku pada Syamsul yang merupakan
sahabat karib Safwan.
“Tidak Cikgu”, jawabnya.
“Oh. Safwan kemana?”, tanyaku lagi.
Tapi dia hanya menggelengkan kepala dan begitu juga pada yang lain bila aku
bertanyakan mereka tentang Safwan. Awalnya, aku tidak merasa apa-apa kerana
menganggap Safwan hanya sakit biasa sahaja. Namun, keesokan harinya, Safwan
masih lagi tidak datang ke sekolah dan begitu juga beberapa hari selepas itu.
Seminggu berlalu dan aku mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Suasana kelas
juga semakin berubah, tidak sama seperti sebelum ini. Aku tahu ada sesuatu yang
terjadi pada Safwan dan aku memutuskan untuk mengambil tahu dengan bertanya
kepada Guru Besar.
Aku masuk ke bilik Guru Besar sekolah dengan niat cuba untuk mengetahui
dimanakah Safwan.
“Assalamualaikum, Encik Jefri”, ujarku sambil mengetuk pintu bilik guru besar.
“Waalaikumussalam. Eh, Cikgu Adam. Masuklah”, pelawanya setelah membuka aku
membuka pintu biliknya.
“Ada apa yang boleh saya bantu cikgu?”, tanyanya.
“Eh, tidak Encik. Saya datang ke sini untuk bertanyakan perihal seorang anak murid
saya, Safwan. Sudah seminggu dia tidak hadir ke kelas Encik. Adakah Encik tahu
apa-apa mengenainya?”, tanyaku terus kepada Encik Jefri.
“Ohh, Safwan. Hmm…Saya tak taulah sekiranya saya patut memberitahu ini kepada
kamu, cikgu”, balas Encik Jefri dengan nada yang sedih yang menimbulkan tanda
Tanya kepadaku.
“Tapi encik, saya berhak untuk tahu sebab saya cikgu dia”, pintaku padanya.
“Hmm, baiklah. Saya ceritakan. Saya juga rasa kamu berhak tahu kerana kamu
adalah guru yang akrab dengannya.” balas Encik Jefri.
“Leukimia. Tahap 4. Itulah sakit yang dialami oleh Safwan sekarang. Dia sedang
dirawat dan berada di Hospital Dutchess Of Kent Sandakan (HDOKS) sekarang.
Saya harap kamu bertabah dan kekal merahsiakan hal ini dari rakan-rakannya yang
lain kerana ini merupakan hasrat dari Safwan sendiri. Dia meminta agar keluarganya
tidak memaklumkan hal ini kepada mana-mana kawannya dan juga daripada

323
pengetahuan kamu.” terang Encik Jefri kepadaku. Aku merasakan seolah jatungku
berhenti berdegup seketika. Air mataku mula berguguran.
“Dia baru berusia 11 tahun. Sejak bila ini berlaku Encik?”, aku bertanya dalam pilu.
“Dia telah menanggung sakitnya sejak awal lagi, Cikgu Adam. Ibu bapanya
merupakan orang kampung ini yang hidup sangat susah. Mereka tidak mampu untuk
menangung kos rawatannya. Safwan sedar akan hakikat ini dan dia redha dengan
apa yang menimpanya. Sebab itu, apapun yang terjadi, Safwan akan sentiasa
mencuba menjadi ceria asal dapat menyembunyikan sakitnya itu”. Encik Jefri cuba
menenangkanku. Dalam kepalaku cuma terbayang wajah ceria Safwan. Tidakku
sangka disebalik keceriaanya itu menyimpan seribu keperitan yang dipikulnya sendiri
pada usia muda sebegitu.
Aku bergegas menuju ke Sandakan bersama Cikgu Mahmud. Kami bertolak sesudah
selesai mengerjakan fardhu Maghrib. Perjalanan kami mengambil masa 3 Jam untuk
ke Sandakan. Sepanjang perjalanan tidak henti-henti memikirkan tentang keadaan
Safwan. Aku risau aku mungkin tidak akan sempat bertemunya. Kami tiba di hospital
tersebut tepat pada pukul 10 malam. Kami bergegas menuju ke wad Unit Rawatan
Khas(ICU) hospital tersebut. Aku dan Cikgu Mahmud telah disambut oleh kedua
insan yang kuduga merupakan ibu bapa Safwan. Ayah safwan terus memeluk ku
dengan erat.
“Safwan banyak bercerita tentang Cikgu. Terima kasih Cikgu”. Aku terkedu.
“Dimanakah Safwan encik?”, tanyaku dalam sebak. Mereka terus membawaku
masuk ke dalam wad tersebut. Kami berhenti dihadapan sebuah katil yang dikelilingi
dengan alat-alatan medik. Aku melihat Safwan dalam keadaan yang sangat pucat,
lesu, tidak bermaya sedang tidur. Aku sekali lagi mengalirkan air mata penuh dengan
kesedihan yang teramat melihat keadaan Safwan.
“Ini kah anak muridku dulu yang penuh dengan keceriaan itu?”, soalku dalam hati.
Aku menunggu di luar wad tersebut sampai keesokan paginya.
Setelah dia terjaga, aku dipanggil masuk oleh ayah Safuan untuk melawatnya. Aku
datang ke arahnya. Walau dalam keadaan yang lesu itu, dia masih lagi mampu untuk
senyum kepadaku dan berbual denganku.
“Hai, Cikgu Adam. Ayam Kampung masak merah cikgu ada bawakan untuk saya
tak?”, guraunya dalam keadaan lemah. Kami tergelak kecil.
“Nanti cikgu bawakan untuk kamu yaa Safwan. Sekarang ni kamu kena kuat. Cikgu
nak kamu masuk kelas supaya kita mampu bergurau dan belajar bersama semula”,
balasku dalam nada perlahan.
“Cikgu…Terima kasih kerana rapat dan ambil peduli dengan saya. Cikgu selalu
mengajar kami sekelas dengan baik. Cikgu tak pernah marah kami dengan kasar.

324
Cikgulah satu-satunya idola Safuan. Safuan suka cara cikgu mengajar. Cikgu bagi
saya adalah contoh terbaik saya cikgu. Cikgu, saya minta maaf pada cikgu sebab
saya tak dapat ke kelas cikgu selama beberapa minggu ini”, katanya lagi dengan
nada yang sayu. Aku pada ketika ini sudah tidak mampu menahan air mataku.
“Jangan cakap macam tu Safuan. Kamu tidak pernah melakukan silap dimata cikgu.
Kamu merupakan sebab mengapa cikgu bersemangat mnegajar di sekolah kamu
Safwan. Kamu adalah murid terbaik cikgu. Cikgu minta maaf kerana tidak pernah
menyedari sakit kamu”. Air mata ku jatuh.
“Alhamdulillah. Safuan senang mendengar itu cikgu. Cikgu, janji pada Safuan yang
cikgu takkan bagitau dengan kawan-kawan yang lain tentang keadaan Safuan. Janji
pada Safuan yang cikgu akan terus mengajar dengan penuh keceriaan di kelas walau
Safuan dah tiada yaa cikgu.” pintanya sambil mengusap air mataku.
“Yaa, Cikgu janji pada Safuan”. Aku senyum padanya. Dia juga senyum padaku.
Sejurus selepas itu, Safuan menghembuskan nafasnya yang terkahir di hadapanku.
Orang lain yang berada di tempat itu menangis dengan penuh kesedihan.
Setahun telah berlalu setelah peristiwa itu berlaku. Sungguh tidak aku menduga aku
akan mengalami peristiwa ini yang biasanya hanya kulihat berlaku di dalam drama di
kaca televisyen. Aku kembali mengajar ke sekolah itu seperti biasa. Janji aku pada
Safuan akan sentiasa aku tunaikan. Aku menjadikan apa yang berlaku ini sebagai
iktibar dan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan walau usiaku dimamah masa.
Kenangan mengajar Safuan abadi dalam diri dan ini telah menjadikanku seorang
guru cemerlang yang akan sentiasa memahami jiwa setiap pelajar yang aku didik.

325

Anda mungkin juga menyukai