Anda di halaman 1dari 4

Superhero Itu Cita-Citaku !

Bukan senang mahu menjadi superhero

Cepat! Cepat! Cepat semua ! Nanti kita lambat ke kedai buku,arah Encik Sham kepada anak anaknya . Baik, ayah ! Cepat semua ! Saya nak sampai cepat dan pulang awal sebelum kartun itu bermula,kata Shamsul sambil berlari ke arah kereta . Sul, jangan berlari . Nanti,belum sempat Encik Sham menghabiskan kata-katanya, Shamsul sudah tersadung di atas seketul batu. Aduh, sakitnya !itulah yang dikatakan Shamsul apabila sudah ditimpa malang . itulah aku, mahu cepat sangat . Sekarang aku dah terjatuh,bisik hati Shamsul . Encik Sham bertanya kepada anaknya itu,Luka ke tak, Sul ?. Tidaklah, ayah. Cuma sakit sedikit sahaja ini,jawab Shamsul . Kalau sedikit sahaja, cepatlah masuk kereta . Nanti kamu tidak sempat tengok kartun kegemaran kamu itu,ajak Encik Sham agar anaknya cepat masuk ke dalam kereta . Shamsul masuk ke dalam kereta bersama abangnya yang tua dua tahun darinya. Selepas memastikan kesemua anaknya telah masuk ke dalam kereta, Encik Sham memandu keretanya ke kedai buku yang berada di bandar daerah negeri tersebut .

Cita-cita
Shamsul dari tadi asyik berputar dari kiri ke kanan biliknya . Hari itu Cikgu Jahibah ada tanya pada semua tentang cita-cita . Cikgu cakap, cikgu akan tanya cita-cita aku pada minggu depan . Masalahnya sekarang, apakah itu cita-cita ?fikir Shamsul sejak tadi lagi . Bunyi ketukan didengari oleh Shamsul .Shamsul mendengar bunyi itu dari pintunya dan meluru ke pintu biliknya . Shamsul membuka dan melihat seorang lelaki berada di luar pintu biliknya .

Eh, abang ! Kenapa abang datang ke bilik saya ini ?tanya Shamsul sebaik sahaja melihat abangnya. Abang datang ke sini kerana ibu panggil kamu untuk makan tengah hari ini . Baik , sekejap lagi pergi ke dapur . Abang keluar dulunya,abang Shamil meminta diri sebelum keluar dari bilik adiknya tetapi adiknya tidak membenarkan abangnya keluar kerana mahu bertanya sesuatu . Abang sudah berumur 14 tahun . Mesti dia tahu apa itu cita-cita,sempat lagi dia berfikir sesuatu. Cepatlah sedikit, abang hendak buat kerja sekolah selepas ini,abang Shamil memberitahu kepada Shamsul agar cepat . Ok, abang ! Abang tahu tak apa itu cita-cita?tanya Shamsul ingin tahu . Abang Shamil menjawab sambil memerli adiknya Soalan senang macam itu pun tak tahu . Adik ini berumur 12 tahun atau 7 tahun ini? Cita-cita ini ialah apa yang adik hendak jadi ketika keluar dahulunyaabang Shamil keluar dari bilik Shamsul dan menuju ke dapur .

Merujuk Buku
Keesokan harinya, Shamsul tidak keluar dari biliknya seperti biasa . Shamsul sedang memikirkan tentang cita-citanya sejak semalam .Baik,aku merujuk kepada buku agar dapat idea untuk mencari cita-cita aku fikir Shamsul sambil menuju ke rak bukunya . Shamsul mencapai 3 buah buku yang berada paling atas dan melihat buku tersebut .Wow, bukubuku ini berkaitan tentang superhero! Nampaknya buku-buku ini mungkin boleh jadi rujukan untuk aku dan boleh mengisi masa lapang aku,kata Shamsul .

Shamsul membaca buku-buku tersebut dengan khusyuk sekali . Ok, aku mahu menjadi seorang superhero yang dapat menyelamatkan semua orang,kata Shamsul sekuat hati . Tiba-tiba bunyi suara perempuan dari dapur. Sul, senyap sedikit . Abang kamu sedang belajar itu,kata ibunya yang sedang memasak . Baik , ibu !kata Shamsul sebaik sahaja mendengar ibunya memanggil namanya dari dapur .

Sekarang, aku akan beritahu pada guru besok bahawa mahu menjadi superhero,kata Shamsul sekuat hatinya . Sul !kata ibunya sekali lagi dari dapur . Maaf, ibu ! Terlupa,kata Shamsul sambil ketawa kecil .

Kotak Lama
Cikgu kata tadi bahawa aku kena tulis karangan bertemakan cita-cita aku . Cikgu kata karangan ini kena dibuat seperti diary .Tetapi aku mana ada diary . Aku hendak buat macam mana ini ?fikir Shamsul. Tiba-tiba dia ternampak sebuah kotak yang berada di penjuru biliknya .Eh, itu kotak lama aku! Sungguh lama kotak ini berada di situ sehingga sudah berhabuk,kata Shamsul dan menuju ke penjuru biliknya untuk membuka kotak tersebut . Shamsul membuka kotak besar tersebut . Shamsul melihat isi dalam kotak tersebut . Malangnya, isi kotak tersebut berada di dasar kotak . Shamsul tidak dapat mencapai isi kotak tersebut. Dalam masa yang sama, kesemua ahli keluarga Shamsul sedang berkumpul dI ruang tamu . Pada ketika itu, Encik Sham sedang membaca surat khabar manakala ibu Shamsul dan abang Shamil sedang meminum air teh herba dari Cameron Highlands . Suasana sepi di ruang tamu itu kembali bergegar sebaik sahaja terdengar bunyi kuat dari bilik Shamsul . Semua terkejut terutama ibu Shamsul yang sedang minum air teh . Nasib baik cawan yang digunakan untuk diminum oleh ibu Shamsul tidak terjatuh dan pecah . Ya Allah ! Bunyi apa yang kuat dari bilik Shamsul tadi,kata ibu Shamsul . Semua bergegas ke bilik Shamsul untuk melihat keadaan Shamsul . Encik Sham terus membuka pintu bilik Shamsul tanpa mengetuk pintu bilik itu dahulu .

Diary Cita-cita
Kerana sebuah kotak, semua orang risau. Bagaimanalah aku boleh terjatuh ke dalam kotak besar itu. Nasib baik aku tidak tercederabisik hatinya . Cakap pasal kotak, tadi aku ada ambil barang di dalam kotak tersebut . Mana aku letak buku itu? fikir Shamsul sambil mencari barang tersebut . Selepas 5 minit mencari, dia terjumpa barang tersebut .Eh, ini 2 buah buku lama aku ini ! Buku-buku ini bersiri dengan 3 buah buku superhero itu . Lagipun buku-buku ini ialah buku diary superhero. Aku dapatlah tulis karangan cita-cita seperti diary,kata Shamsul .

Dua hari digunakan oleh Shamsul untuk habis membaca buku itu . Akhirnya, Shamsul dapat menulis karangan berkaitan diari cita-citanya iaitu menjadi superhero . Sungguh panjang dan kreatif karangan yang ditulis oleh Shamsul . Gurunya memberi markah penuh untuk karangan yang menarik itu .

Tercapai Atau Tidak ?


Sejak kebelakangan ini, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Shamsul untuk menjadi seorang superhero . Antara perkara yang dilakukan oleh Shamsul ialah pada masa itu, ibu Shamsul masuk ke dapur dan mahu mengambil tikar untuk digunakan pada waktu berkelah minggu depan . Ibu Shamsul mencari di semua tempat tetapi tidak berjumpa . Ibu Shamsul membuat perkara lain iaitu mahu memasak makan malam . Malangnya, ibu Shamsul tidak berjumpa dengan periuk dan senduk . Dalam masa yang sama, bunyi suara budak lelaki dari satu tempat bergema ke seluruh ruang di rumah tersebut .Budak itu kata,Aku akan serang kamu wahai raksasa yang. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, bunyi suara seorang perempuan menghalang di untuk bercakap. Sul,nanti patah meja kayu ini dan di sini rupanya senduk dan tikar . Kenapa kamu jadikan tikar sebagai kain mantel dan senduk sebagai pedang ini ? Kamu dah 12 tahun pun perangai macam budak-budak,tegur ibu Shamsul sebaik sahaja menjumpai Shamsul yang berada di ruang tamu . Mestilah, ibu ! Sayakan mahu menjadi superhero,kata Shamsul . Ikut suka hati kamulah, Sul ! Tetapi jangan bagi bersepah-sepah rumah inikata ibunya . Itulah di antara perkara yang dilakukan oleh Shamsul untuk menjadi superhero. Selepas beberapa bulan berusaha untuk menjadi superhero, Shamsul berhenti mencuba kerana menjadi superhero ialah perkara yang mustahil. Akhirnya, cita-cita Shamsul mahu menjadi seorang superhero tamat begitu sahaja . Shamsul akhirnya menjadi lebih matang selepas dia berhenti mahu menjadi superhero.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai