Anda di halaman 1dari 2

Di keheningan malam, di sebuah pondok yg using kelihatan seorang ibu sedang menjahit sehelai

baju. Di penjuru yang lain pula, dua remaja perempuan sdg m’ulangkaji pelajaran, manakala
seorang kanak2 perempuan sdg tidur berhampiran mereka.

Kedengaran batuk-batuk kecil dari si ibu, Mak Bedah. “ Aminah, Aminah, mana adik kau?” Mak
Bedah mula bersuara. “Entahlah mak. Tadi dia keluar katanya nak ke rumah kawan.” Jawab
Asmah, sambil menghampiri emaknya.

“Dah pukul berapa sekarang?” Tanya Mak Bedah lagi. “Hampir pukul 12 malam mak,”Jawab
Asmah. Dia duduk di belakang ibunya sambil memicit2 bahu ibunya. Ditambah dgn kesakitan
serta batuk-batuk yg dialaminya menambahkan lagi bebanan untuk menyara anaknya seramai 4
orang itu.

Ayahnya telah lama meninggal dunia tanpa secebis harta. Tanah tapak rumah itu adalah satu-
satunya harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka.

“ Dah tgh mlm ni, kenapa adik kamu tak balik2 lagi. Risau mak. Adik kamu tu selalu keluar
malam, apa yang dibuatnya pun tak tahu.” Ujar Mak Bedah sambil terbatuk-batuk lagi.

Tok,Tok,Tok...Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Aisyah yg sdg mengulangkaji


pelajaran b’gegas membuka pintu.

“Kakak ni selalu lambat, penat tau tunggu kat luar tu.” Amir berkata. “ Ala ,tunggulah kejap.
Sape suruh balik lambat.”kata Aisyah. “eh, suka hati akulah! kau peduli apa!” Jerkah Amir.
“MasyaAllah...Kamu berdua ni pantang bertemu mata mesti bergaduh. Macam anjing dgn
kucing.” Celah Mak Bedah.

Amir terus menuju ke dapur. Dia mengangkat saji. “Ape ni mak, hari2 lauk ikan kering, tak de
lauk lain ke!” “EEE.. Menyampah betul.” Dia menghempaskan sajinya ke lantai.Amir berjalan
kearah Mak Bedah “Mak ! Duit!” Amir menghulur tangan meminta dengan Mak Bedah.

“Ish... semalam kan mak dah bagi 20 ringgit. Tu je la duit makan minggu nie. Semua mak dah
bagi dekat kau Mir.” Mak Bedah mengesat airmatanya yang mula menitis.

“Mak ni,, RM20 mana cukup. Cepatlah Amir lapar ni. Dah la makanan kat rumah tak sedap.”

“Amir! Mak cakap tak ada duit tak faham ke?” Celah Asmah. “Hello.....mak.....mak dengar baik2
apa Amir nak cakap ni ye, Amir nak guna duit tu malam ni, bukan esok, bukan lusa!Bak gelang
tu cepat!” ujar amir lagi,

Dia cuba mengambil gelang ibunya tetapi dihalang olh kakaknya. Amir berasa marah lalu
menyepak kakaknya berkali-kali.Asmah mengerekot kesakitan.

“SUDAH!!! Amir ambik la duit ni.” Mak Bedah berang. “Kalau sebab duit sebanyak ni kau
sanggup pukul kakak kau. Ambil jela duit nie. Biar la kami tak de duit nak beli beras pun tak
pe.” Mak Bedah mengambil nafas. Terketar-ketar tubuh tua tu menahan marah. “Dah la mak..tak
payah marah2..Bagi awal2 kan senang.”Amir tersenyum puas. “Syaitan apa yang rasuk kau ni
haa!!! Dari kecil sampai besar mak jaga kau. Ni yang kau balas kat mak. Tak kenal dah mana
satu kakak kau,semua kau nak pukul.” Mak Bedah mula mengalirkan air mata.Sebak benar
dengan apa yang menimpanya.

Aisyah dan Asmah mengusap-usap belakang ibunya.Cuba untuk menenangkan perasaan ibu tua
itu.

Amir tidak mempedulikan ibunya lantas mencapai duit yang dilemparkan ibunya. Dia bergegas
keluar. Vrooom.....deruman motor kuat kedengaran menandakan Amir telah keluar.

“Semua ni salah mak.Salah mak! Dia satu2nya anak lelaki mak.Mak terlalu manjakan dia selama
ni.” Tangisan Mak bedah semakin kuat.Aisyah dan Asmah menghamppiri ibu mereka. Mereka
turut sebak. “Mak..Bukan salah mak amir jadi macam tu...Salah Amir mak,salah Amir.Dia
terlalu asyik dengan keseronokkan dunia dia mak”Aisyah memujuk ibunya. Asma bersetuju
dengan aadiknya itu. Mak Bedah mengesat air matanya unutuk kesekian kali. Dia tersenyum
memandang kearah anak2nya. “Aisyah,Asma...dah la esok kamu berdua sekolah.Hari pun dah
lewat benar ni.Kamu berdua pergilah tidur.Mak pun nak kemaskan baju td dulu.” Ujar Mak
Bedah kepada anak2nya.

Keesokkan harinya, sedang Mak Bedah menyapu daun kering di halaman rumah dia didatangi 2
orang anggota polis.

“Assalamualaikum mak cik, Ini rumah Mohd Amir b. Adnan?” Tanya anggota polis tersebut.

“ye encik.Inila rumahnya.Saya ibu Amir...Err..kenapa encik?” jawab Mak Bedah.

“Kami berharap makcik bersabar dengan berita yang akan kami sampaikan ni. Anak makcik,
Amir kini berada di hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Kami dapati dia dan kawan2nya
berlumba pada malam tadi, tapi dia terbabas lalu melanggar penghadang jalan.” Panjang lebar
penerangan anggota polis tersebut. Mak Bedah terkedu. “Makcik,ada baiknya kami hantarkan
makcik ke hospital sekarang.” kata anggota polis tersebut.

Setibanya dihospital...

“Nak...” Mak Bedah mengusap kepala Amir. “Mak...saya ...saya minta maaf. Amir berdosa
mak...salah Amir,amir jadi macam nie.Amir cacat mak..Cacat!!!” raung amir...Mak Bedah hanya
mampu menangis melihat anaknya itu...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai