Anda di halaman 1dari 4

KISAH RUMAH AGAM YANG MENAKUTKAN

AMAR sedang membaca surat kabar yang berkaitan dengan kes pembunuhan yang berlaku 5
tahun lepas. Kes pembunuhan itu sampai kini masih belum dipecahkan oleh sesiapa. Sedang
Amar khusyuk membaca tiba-tiba mejanya diketuk. Amar mengangkat mukanya untuk
melihat orang yang telah menganggunya membaca.

“Oh, awak bertiga! Nak apa?” tanya Amar dengan nada yang malas melayan 3 orang
manusia yang ada dihadapannya ini.

“Jom ikut kami pergi mencari hantu.” ajak Ayuni sambil memegang tangan Amar lalu
membuat muka dengan penuh harapan.

“Cari hantu?” tanya Amar dengan wajah yang hairan.

“Tak payah ajak dia Ayuni! Dia bukannya boleh buat apa-apa pun kalau kita bawa dia
sekali!” kata Afiq dengan angkuhnya sambil memeluk tubuh.

“Tak kan kita pergi berdua sahaja…” nada Ayuni berubah menjadi suram.

“Jadi di mana loksi pencarian hantu ni?” tanya Amar dengan nada yang putus asa apabila
melihat Ayuni seperti hendak menangis.

“Kamu tahu tak tentang rumah agam usang dekat hujung kampung ni. Dengar cerita itu
adalah rumah di mana tuan rumahnya telah di bunuh 5 tahun yang lepas. Anak dan isterinya
telah berpindah ke tempat yang lain. Kini rumah tu telah di huni oleh makhluk lain. Ramai
jiran tetangga cakap yang mereka terdengar suara orang mengerang pada waktu malam.
Semalam apabila saya mahu balik ke rumah, saya ternampak benda yang terapung di dalam
rumah dan bargh!” tiba-tiba sahaja Ayuni menjerkah Amar dengan muka yang tersenyum
ngeri.

Amar yang sedang fokus mendengar cerita itu terkejut dengan serangan Ayuni. Dia
mengusap dadanya yang berdegup kencang.

“Itu hanyalah rekaan semata-mata. Mana ada benda macam tu dalam dunia zaman
sekarang. Awak hanya akan melihat hantu di dalam televisyen ataupun buku.” kata Iqbal yang
berada disebelah Amar. Matanya fokus menghadap buku yang berada ditangannya.

“Tapi itu boleh jadi. Sebab kita berada di kampung. Kampung ni di kelilingi hutan dan jarak
untuk ke bandar ialah 5 kilometer.” kata Amar dengan selamba.

Iqbal yang ada di tepinya meneguk air liur kesat. Betul juga apa yang dikatakan oleh Amar.
Dekat kampung yang terpencil seperti ini tidak mungkin tidak ada penunggunya. Ayuni
memegang tangan Iqbal dan Amar sambil merayu. Dengan wajah yang penuh paksa mereka
berdua mengangguk setuju.

“Jadi kalau semua dah setuju esok lepas habis kita pergi ke rumah agam sama-sama.” kata
Afiq menjerit dengan nada yang penuh semangat. Amar dan Iqbal yang di tarik hanya
tersenyum penuh paksa.

ESOK selepas tamat sekolah, mereka berempat bergerak menuju ke arah rumah agam yang
berada di hujung kampung itu dengan basikal. Apabila tiba di hadapan rumah itu, Afiq
meminta sahabat-sahabatnya mengeluarkan barang yang mereka bawa. Mereka
mengeluarkan barang yang mereka bawa kecuali Amar.
“Eh, Amar! Mana barang-barang awak?” tanya Iqbal dengan nada yang hairan.

“Menyusahkanlah kalau nak bawa banyak barang. Jadi saya bawa diri sahaja.” jawab Amar
dengan selamba.

Terkejut mereka bertiga dengan jawapan selamba yang diberikan oleh Amar. Amar hanya
menghiraukan pandangan sahabat-sahabatnya lalu memasuki ke dalam laman rumah
meninggalkan mereka bertiga di belakang. Mereka bertiga mengejar Amar yang telah jauh ke
hadapan. Dihadapan pintu rumah agam itu, Afiq memberanikan diri untuk membuka pintu
rumah itu.

“Ah, rumah ni terlalu gelap! Saya tak boleh melihat apa-apa dan ianya sedikit
menyeramkan.” Iqbal menyalakan lampu suluhnya ke arah tempat gelap itu.

Ayuni berasa seram sejuk. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ayuni mengajak sahabat-
sahabatnya untuk pulang dan membatalkan rancangan mereka. Afiq dan Iqbal memarahi
Ayuni lalu menyuruhnya pulang sendirian kerana mereka masih ingin meneroka rumah agam
itu. Bunyi dentuman guruh terkejutkan Ayuni lalu Ayuni berlari masuk ke dalam rumah.
Terkejut mereka bertiga apabila Ayuni berlari ke dalam rumah itu dengan tergesa-gesa.

“Ayuni, jangan lari jauh dari kita orang!” jerit Amar dengan nada yang kuat.

Tiba-tiba mereka bertiga terdengar Ayumi menjerit. Mereka bertiga segera berlari ke arah
Ayuni berada. Amar menghalakan lampu ke hadapan tempat Ayuni terjatuh lalu ketawa kecil.

“Ayuni, awak tak perlu takut. Itu hanyalah patung yang berupa iblis.” terang Amar lalu
membantu Ayuni bangun.
Ayuni mengeluh kerana tangannya kotor akibat debu yang melekat di tangannya. Dia
ternampak tandas lalu dia segera ke arah tandas. Ayuni mencuba untuk membuka paip itu.
Nasibnya beruntung kerana ada air yang mengalir.

‘Eh, bukan ke ni rumah yang sudah lama di tinggalkan. Macam mana boleh ada air.’ desis
hati Amar dengan penuh curiga.

Selepas Ayuni menyelesaikan urusannya di tandas, mereka sambung mengembara di dalam


rumah itu. Sambil-sambil itu mereka bermain lakonan yang selalu ada di kumpulan
pengembaraan fantasi.

Sedang mereka ketawa bersama tiba-tiba sahaja salah satu

Anda mungkin juga menyukai