Anda di halaman 1dari 20

MONOLOG

'MATTE LOVE'

__________________________

Skrip Teater M onolog

Oleh Khairunazwan Rodzy


14 M ac 2018

Contact:
REVOLUTION STAGE
5-11, DATARAN PELANGI UTAM A,
ONE AVENUE, JALAN M ASJID,
PJU 6A, 47400, PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
+60196031262
khairunazwan.rs@gmail.com
MONOLOG
MATTE LOVE
Oleh Khairunazwan Rodzy

MONOLOG 1
(ADIK PEREMPUAN KEPADA IS TERI)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M uzik. M asuk Amira 16 tahun berpakaianan


sekolah sedang duduk dan kerap tengok jam
dengan beg galas sekolahnya sudah
digenggamnya.

Bunyi loceng sekolah tanda tamat waktu


sekolah, terus dia menggalas begnya dan bangun
dan keluar kelas.

AM IRA
M enjadi kebiasaan pelajar di setiap sekolah, mereka menjadi sangat gembira apabila
mendengar bunyi loceng tamat waktu sekolah, termasuklah aku. Bukan aku tak suka
belajar atau nak balik cepat sebab bosan belajar, tapi ada sesuatu yang boleh membuatkan
aku happy bila sampai saja di rumah. Bukan saja masa nak balik sekolah, tapi masa
bangun pagi nak ke sekolah pun begitu. Aku tinggal dengan kakak aku, sebab mak dan
ayah aku meninggal dunia tiga tahun lepas. Kemalangan jalan raya. Jadi sejak dari itu aku
tinggal di rumah kakak aku di KL. Aku hanya ada dia saja dan kami hanya dua beradik.
Hanya dia tempat aku bergantung. Kakak aku ni dah berkahwin. Waktu mula-mula nak
tinggal dengan kakak aku, usia perkahwinan kakak aku baru setahun. Dia risau suami dia,
abang Azmi tak izinkan sebab dulu masa abang Azmi bawak adik lelaki dia, Syakir, tinggal
dengan mereka, kakak aku berkeras menentang atas alasan tiada privasi dan mereka sedang
usaha untuk bagitau Syakir supaya cari rumah sewa yang lain, tanpa mengguris hatinya.
Kemudian sekarang, adik perempuan sendiri pula nak tinggal sekali. Kakak aku pun buat
kata sepakat dengan abang Azmi, yang mana selepas aku tamat sekolah menengah, aku
akan dihantar belajar ke pusat pengajian tinggi dan aku kena belajar hidup berdikari. Begitu
juga dengan Syakir, waktu tu dia dah belajar di Universiti swasta di KL, selepas saja aku
keluar dari rumah itu, Syakir juga kena keluar berdikari. Ya. Fair and square. Tarik rambut
dalam tepung, tepung jangan berselerak dan rambut jangan sampai putus.
2.

Halus dan sangat adil. Kami pun hidup sebagai satu keluarga di bawah satu bumbung
rumah yang mewah.

M uzik. Amira seperti baru tiba di rumah,


meletakkan beg dan seperti tergesa-gesa.

AM IRA
Sampai saja rumah aku akan tolong kakak aku hidangkan makanan tengahari untuk kami
makan sekali bila abang Azmi balik dari kerja. Abang Azmi kerja sendiri dan dia pasti akan
balik makan tengahari di rumah lepas tu dia akan keluar kerja semula. Syakir juga begitu,
dia akan balik bersama abang Azmi, tapi tak selalu, kadang-kadang saja bila jadual
kelasnya tak padat hari itu. Kakak aku juga kerja sendiri, dia bukak butik muslimah yang
tak jauh dari rumah. Jadi dia akan balik masak tengahari untuk satu keluarga makan
bersama. Inilah part yang membuatkan aku happy setiap kali balik sekolah. Sebuah
keluarga yang aku rasakan lengkap dan penuh kasih sayang yang diterajui oleh abang
Azmi sebagai pemimpin keluarga dan ditaati penuh oleh kakakku. Waktu makan, kakak
akan menyedokkan nasik dan lauk ke pinggan abang Azmi, lepas tu baru aku dan Syakir,
kemudian baru ke pinggannya. Abang Azmi setiap kali itu, akan senyum dan
mengucapkan terima kasih sambil menyedokkan lauk ke pinggan kakakku. Kakakku juga
mengucapkan terima kasih. Abang Azmi akan membaca doa dan diaminkan oleh kami
semua. Abang Azmi akan mulakan suapan kepada kakakku. Begitu juga kakakku. Selepas
tu barulah mereka makan makanan masing-masing dan sambil itu menyedok tambah lauk
atau nasi yang sudah berkurang di pinggan antara mereka. Wah!! Bahagianya aku tengok!!
Aku perhatikan saja gelagat mereka itu satu persatu. Sweet sangat mereka berdua!!!
Kadang-kadang sampai aku lupa nak makan. Jari aku saja yang main-main nasi sambil
senyum seorang-seorang. Tapi takdelah sampai mereka perasan aku perhatikan mereka.
Syakir? Tak payah cakaplah. Dia buat hal dia sendiri je, tunduk makan je. Lepas dia habis,
basuh tangan, masuk bilik. Lepas kami habis makan, Abang Azmi akan basuh pinggan
sama-sama dengan kakak sambil bergurau dan gelak ketawa. Aku? M enjadi pemerhati dan
pendengar gurau senda mereka berdua. Bila pagi pun sama, meraka akan cium tangan, cium
pipi, cium dahi, cium hidung, lepas tu baru berpisah ke tempat kerja masing-masing. Bila
hari cuti mereka akan luang masa bersama, tengok tv sama-sama, kemas rumah sama-sama,
cuci kereta sama-sama, boleh dikatakan semuanya bersama-sama sambil diselang-selikan
dengan usik gurau manja yang bagi aku sangat sweet dan indah. Kadang-kadang waktu
malam sebelum tidur, dalam bilik, aku pasang telinga untuk dengar apa yang mereka
bualkan, apa yang mereka buat, bukan kadang-kadanglah, selalu, memang setiap malam
aku pasang telinga dan setiap malam hingga ke hari ini aku gagal dengarkan apa-apa pun.
Tapi aku tak putus asa, setiap malam aku terus usaha. Aku rasa aku ni dah gila. Gila
dengan kemesraan kakak dan abang ipar aku.
3.

M uzik. Amira baring seperti di atas katil dan


sedang berangan seperti orang angau.

AM IRA
M alam tu kakak dan abang ipar aku keluar menyambut anniversary mereka ke tiga. Kakak
aku berpakaian dan make up sangat cantik. M aklumlah kakak aku antara hijabster terawal
di M alaysia ni. Abang Azmi pulak sememangnya segak. Baju dan seluar yang
dikenakannya menampakkan lagi dirinya yang tampan. Bertuah sungguh kakak aku ni dan
bertuah juga abang ipar aku tu. Sama cantik, sama padan. M alam ni aku tak buat rutin aku
yang mana pasang telinga tu, tapi aku teruskan rutin aku yang berangan setiap malam.
Berangan bagaimana menjadi isteri yang sweet buat suami. Aku berangan bagaimana nanti
suami aku. Kalau boleh aku nak sama macam abang Azmi. Bukan rupa, tapi sikapnya
yang sangat menghargai isteri. Kadang-kadang dalam bilik, aku bercakap sendiri seolah
sedang bercakap dengan suami. Berlakon sebagai seorang isteri melayan suami. Suap
makan pada suami, pilih baju untuk suami, basuh pinggan sama-sama, basuh kereta sama-
sama sambil bergurau manja. Gila. Ya aku memang dah gila. Gila nak kahwin. Aku
memang dah rasa tak sabar nak kahwin. Tak sabar nak menjalani kehidupan berumah
tangga sebagaimana kakak aku dan abang ipar aku. M ereka bahagia walau belum
dikurniakan cahaya mata. Sekarang, aku tingkatan empat, lepas tingkatan lima aku kena
lanjutkan pelajaran ke peringat pengajian tinggi. Aduh.. Rasa macam lama lagi aku nak
kahwin. Aku ada beberapa kali cuba nak bagitau kakak aku, yang aku nak terus kahwin
bila tamat SPM , tapi aku yakin kakak aku mesti tak setuju dan kata aku gatal nak berlaki.
Jadi setiap kali tu aku lupakan hajat aku tu. Aku kena sabar. Tapi dalam masa yang sama
aku kumpul alasan-alasan yang kukuh untuk berdebat dengan kakak aku bila dia menegah
aku berkahwin lepas SPM nanti. Contohnya macam, ajaran agama Islam pun meletakkan
wajib berkahwin kepada seseorang yang mampu dan khuatir terhadap dirinya akan
melakukan zina. Jadi aku pun tergolong dalam golongan begitu. Satu lagi, tak baik
melambatkan urusan mendirikan masjid kerana ianya adalah perkara baik dan risau akan
terjadi fitnah terutama kepada perempuan. Satu lagi alasan kukuh adalah, syurga bagi
kaum hawa terletak kepada keredhaan suaminya. Jadi bukankah orang muslim patut
mengejar syurganya, dan tak salah aku mengejar syurgaku. Ewah! M acam tajuk filem
Indonesia, ‘Syurga Yang Patut Dikejar’. Aku khayal terus dengan impian, angan-angan
dan cita-cita aku. Bagi mendapatkan sebuah perhubungan suami isteri yang indah dan
bahagia! BANG!!!!

Tiba-tiba bunyi pintu ditendang. Amira terkejut


dan bangun periksa.
4.

AM IRA
Tiba-tiba pintu bilik aku ditendang kuat. Pintu bilik aku terbuka menghempas dinding
dengan kuat. Aku sangat terkejut. Aku bangun dan periksa apa yang berlaku. Aku rasa
takut sangat. Siapa pulak yang tendang pintu bilik aku, aku hanya seorang di rumah.
Kakak dan abang Azmi keluar, Syakir juga tiada sebab tidur di kolej, ada kerja kumpulan
yang perlu disiapkan. Lagi pun kakak aku tak pernah izinkan aku tinggal bersama Syakir
berdua saja di rumah. Siapa pula yang ada dalam rumah ini. Pelahan-lahan aku pergi
mendekati pintu. Niat aku hanya satu. M ahu menutup pintu bilik dan kunci selak pintu
yang aku terlupa tadi. Semasa aku menghampiri pintu, tiba-tiba... ARGHHHH!!!!!!!!!!!!

Amira menjerit sekuat hati. M uzik suspen.


Transisi.
5.

MONOLOG 2
(EX BOYFRIEND)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M uzik. M asuk Lafman yang kelihatan muram


dengan keadaan diri yang tak terurus. Rambut
panjang dan berjambang. Ala hippies yang
kecewa bercinta.

LAFM AN
Dah macam orang gila! Aku buat benda gila!! Banyak kali! Kerana cinta aku jadi gila
macam ni! Aku bertambah sakit bila melihat kemesraan mereka di FB, Instagram.
Berpeluk, bergurau tawa bersama. Aku benci! Aku benci melihat mereka bahagia
sedangkan jiwa aku menderita. Aku dendam. Aku mahu runtuhkan rumah tangga mereka.
Sepatutnya kebahagiaan itu milik aku dan dia. Ya, dulu aku bahagia bersama dia sebelum
dia berubah fikiran untuk berkahwin dan meneruskan kehidupan sebagaimana fitrah
manusia di dunia. Berkahwin, ada anak, ada cucu, ada cicit. Bukan aku tak mahu
berkahwin, tapi bagaimana? Bagaimana aku mahu merubah kehidupan aku ini menjadi
seperti mana ‘fitrah’nya manusia lain. Aku begini lebih ‘fitrah’ dari manusia yang
kononnya meletakkan garis ‘fitrah’ panduan untuk hidup di dunia. Agama konon.
M anusia konon beragama hanya pada kad pengenalan. Hati mereka tidak. Sebab itu aku
nyatakan aku lebih fitrah dari mereka. Dulu aku adalah orang yang selalu melaungkan kata-
kata cinta. Cinta untuk semua! Hidup ini hanya untuk bercinta. Sebarkan cinta ke serata
alam. Love No War!! Tapi sekarang kerana dia aku jadi pembenci. Tapi aku hanya benci
mereka berdua yang telah memusnahkan cinta pada hati aku. Aku akan rosakkan cinta
palsu antara mereka yang kononnya bahagia tu. Ini dendam aku!

M uzik. Lafman tiba-tiba menangis.

LAFM AN
Aku bukan begini sebenarnya. Aku benci menjadi pembenci. Sekarang baru aku sedar
betapa susahnya menjadi manusia yang hanya memberi cinta dengan ikhlas tanpa
berbalas. Hanya menyayangi dan berkasih kepada orang yang tidak memberi kasih sayang
kepada kita. Hanya meneruskan cinta, kasih dan sayang tanpa memiliki. Sebulan pertama
selepas aku ditinggalkan, aku cuba memujuk diri aku untuk tenang dan mencari keikhlasan
itu, tapi gagal. Aku tak jumpa keikhlasan itu. Jiwa aku tetap minta untuk dibalas kasih
sayangku, cintaku. Tetap ingin memiliki dia supaya hanya menjadi milik aku. Hanya milik
aku selamanya.
6.

Sebuah kegagalan besar dan menjatuhkan martabat manusia kepada manusia yang terhina
bila mana aku tidak membuktikan apa yang aku laungkan selama ini. Cinta bukan untuk
dimiliki, cinta bukan alat jajahan dan manusia bukan penjajah. Cinta perlu dikongsikan.
Gagal, aku manusia paling gagal. Aku ingin memiliki, aku manusia penjajah yang tamak,
aku menolak perkongsian kasih sayang. Selepas sebulan aku gagal bertemu keikhlasan,
setiap hari aku menangis. Aku lepaskan berat sebak di dada, aku lepaskan raungan
kecewaku, aku teriakkan kelukaan aku. Aku terlalu murung, perutku tidak terasa lapar,
mataku tidak terasa mengantuk, nafasku terasa sia-sia, tubuhku terasa tak berguna dan
cinta aku terasa murah dan hina. Setelah hampir dua bulan aku berkurung mengenang luka
cinta ini, aku sudah hilang rasa dalam diri ini. Buat pertama kali aku bangun dari katil,
pertama kali aku keluar dari bilik kurunganku, aku buka pintu rumahku dan berjalan keluar
dengan tak terurus. Aku pergi ke setiap tempat yang pernah aku dan dia bersama dalam
kebahagiaan dulu. Walaupun aku tidak merasakan apa-apa, tapi air mataku tetap gugur
laju. Kenangan menerjah laju ke kepalaku. Satu demi satu kenangan memukul dan
menghukum ke dalam ingatan aku. Air mata terus laju jatuh membasah pipi. Sehingga ke
tempat terakhir. Kedai makan kegemaran kami bersama. Di situ aku duduk, aku order
banyak makanan. Semuanya makanan yang pernah kami makan dulu. Bila semua makanan
itu sampai, tiba-tiba otakku seperti terhenti tentang kenangan lalu. Kosong. Aku seperti
harimau kelaparan, membaham dan meratah semua makan dengan gelojoh tanpa pedulikan
manusia sekeliling yang jijik melihat aku. Aku habiskan setiap makanan tersebut dengan
rakus, terasa sebutir-sebutir makanan dan air minuman masuk mengisi perutku yang
kosong itu. Selesai saja makan semua makanan itu. Aku duduk diam. Di situlah niat gila
datang berpusu-pusu menghuni akalku. Semuanya bagi menjahanamkan kehidupan dia dan
pasangannya kini.

Lafman bangun dengan muka yang penuh dengan


maksud kejahatan.

LAFM AN
Aku pergi ke rumah dia. Aku nampak ada kereta dia. Aku panjat pagar rumahnya. Aku
ketuk pintu rumahnya. Diam tak berjawab. Aku ketuk banyak kali tanpa henti sampai
tangan aku bengkak. Kemudian barulah pintu dibuka. Aku nampak muka yang aku rindu.
M atanya merah berair. Dia menangis. Aku bingung. Niat aku tadi yang mahu menampar
muka dia bila dia buka pintu terhenti bila nampak air matanya mengalir ke pipi. Hati aku
jadi lembut dan aku juga turut menangis. Tiba-tiba kami terus berpelukan. Agak lama kami
berpelukan sambil mulut aku terusan membisikan rindu yang tak tertanggung. Setelah itu,
aku berasa tubuhku ditolak dari pelukan. Dia meleraikan pelukan kami sambil membisik,
“Baliklah”. Kemudian dia masuk ke rumah. Aku ikut masuk dan aku tanya, kenapa? Dia
bagitau aku, yang aku tak boleh buat macam tu, dia rasa berdosa. Pukimak dosa!!! Aku
cintakan kau dan aku tahu kau masih cintakan aku!!
7.

Air mata kau jawapan yang kau masih sayang pada aku!! Pelukan kau tadi tanda kau
masih rindukan aku.”. Aku terus yakinkan dia yang dia masih ada perasaan pada aku
sambil pegang bahu dia dengan kasar. Tiba-tiba dia menolak aku kuat ke belakang. Dia
kata yang dia menangis sebab sedih tengok keadaan aku macam ni, tak terurus!! Pelukan
tadi untuk menenangkan keadaan aku yang sedang marah!! Dia kata sudah, pergi balik
uruskan hidup aku, sekali dia sayang selamanya dia akan terus sayang, cuma kisah kami
dah tamat. Aku terasa bagai mimpi bila dia mengakui dia masih sayangkan aku. Aku terus
merapati badan aku kepadanya, kembali kepada aku!! Kembali kepada aku!! Kau tak
bahagia dengan dia kan?! Kau derita kan?!! Jawab!!!

M uzik sedih. Lafman berubah muka, dan


terdiam. Dia perlahan undur diri. Dia senyum
bahagia. Transisi.
8.

MONOLOG 3
(IS TERI)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M uzik. M asuk Azika yang bertudung berfesyen


ala hijabster.

AZIKA
Kebahagiaan aku ini hanya lakonan semata-mata. Lakonan yang hanya satu usaha untuk
mencari kebahagiaan dalam hubungan suami isteri. M acam orang bodoh aku rasa. M ana
taknya, aku ikut nasihat pakar motivasi dekat tv, bagi menjadikan hubungan suami isteri
bahagia perlu berlakon sebagaimana suami isteri yang bahagia katanya. M akan sama-sama,
buat kerja sama-sama, buat hobi sama-sama. Semuanya sama-samalah. Kononnya akan
memberi kesan dan rasa kebahagiaan dan merubah sebuah kehidupan kepada lebih baik.
Perbuatan yang konon-konon akan membuatkan hati juga turut sama berubah. Bodoh.
M acam mana boleh berubah kalau hati dan perasaan ini hanya ada penolakan yang
sebulat-sebulatnya. Bodoh!!

Azika cuba menenangkan dirinya.

AZIKA
Aku berkahwin dengan suami aku dulu atas dasar suka sama suka. Sebab di kolej dulu aku
antara pelajar yang popular kerana kecantikan aku mengolah pakaian muslimah menjadi
lebih menarik dan bergaya tanpa mecemarkan niat utama bagi melindungi aurat. Suami aku
pula adalah seorang pelajar lelaki kegilaan pelajar perempuan. Bukan saja perempuan,
pelajar lelaki pun turut minat dan menaruh hati. Semua pensyarah sangat baik dengannya
kerana dia bukan saja seorang yang tampan tapi pelajar paling pintar di kolej tersebut.
Oleh kerana penampilan dan pencapaian pelajaran kami yang baik dan saling bersaing
menyebabkan ramai di kolej mengusik kami dan menyatakan kami pasangan sepadan
sebagai kekasih. Waktu tu, semua usikan itu aku rasakan begitu indah dan sweet. Yelah,
dia paling pintar dan paling tampan kot. Kami pun menjadi pasangan kekasih dan ramai
yang happy dan ada juga yang cemburu dan iri hati. Hubungan kami terus membawa ke
jinjang pelamin. Tahun pertama aku sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia
hanya mesra dan nampak menghargai aku bila di luar rumah, bila di dalam rumah
perbuatannya atau sikapnya biasa saja. Di depan orang lain tak kisah keluarga atau kawan-
kawan, layanannya, sikapnya sememangnya terbaik dan sangat menghargai isteri. Aku
sedar kelakuan dia ini selepas setahun hidup sebagai suami isteri.
9.

Sebelum ini aku ingat dia adalah masalah di tempat kerjanya atau ada perkara yang
mengganggu fikirannya. Rupa-rupanya perangai dia memang macam tu. Dia suka bila
semua orang memuji setiap perbuatannya yang kononnya menghargai aku itu. Jelas dia
seorang yang sangat dahagakan pujian orang ramai. Ya, itu memang dirinya yang sebenar.
M ungkin dari zaman belajar lagi dia dah terbiasa mendapat pujian, jadi pujian itu seolah-
olah seperti satu keperluan dalam hidupnya walaupun itu melukai aku dalam diam. Aku
juga suka pujian tersebut, tapi apa gunanya kalau hanya palsu. Perkara ini aku pernah
luahkan kepada dia, tapi akhirnya hanya menjadi punca bergaduhan. Sejak dari itulah aku
banyak tonton rancangan motovasi di tv dan aku amali satu persatu apa yang
dinasihatkan. Aku berlakon bahagia dan melayani baik dirinya walau di mana juga, dan
akhirnya aku yang sakit sendiri. Perasaan cinta aku, kasih aku dan sayang aku pada dia
semakin lama menjadi lakonan semata-mata, aku terbiasa dengan lakonan tapi isi hati aku
hanya kosong kontang. Tambah-tambah lagi bila adik perempuan aku dan adik lelakinya
tinggal bersama kami. Aku perlu berlakon dua puluh empat jam. Hanya dalam bilik waktu
tidur saja kami akan bergaduh, tapi bukan dengan suara atau perbuatan, tapi dengan cara
kami berbalas whatsapp berjela-jela. Tetap nak jaga air muka masing-masing dan jangan
terkejut bila aku kata kami tak pernah langsung menjalinkan hubungan suami isteri.

M uzik. Riak wajah Azika hanya kosong.

AZIKA
Aku tak boleh terus berlakon dan terluka mcm ni. Hati aku mula memberontak. Secara
tidak sengaja hati aku mengalihkan perhatian kepada orang lain. Syakir, adik ipar aku yang
tinggal sekali tu. Perkara ini terjadi bila suatu hari tu aku hanya tinggal bersama dengan dia
saja dalam rumah. Aku demam dan masih membuat kerja rumah dan tiba-tiba aku rasa nak
pitam dan badan aku nak rebah. Entah datang dari mana, Syakir sempat menyambut tubuh
lemah aku. Aku dibawa duduk ke kerusi meja makan. Dia membawa panadol dan air suam
untuk ku. Dia membantu aku menyiapkan semua kerja rumah sehingga selesai satu hari tu.
Dia membawa aku ke klinik dan satu hari itu dia menjaga aku dengan penuh hormat
sebagai seorang kakak ipar dan sebagai seorang wanita. Ya Allah, aku betul-betul rasa
sangat dihargai. Penghargaan yang tulus, bukan palsu dan pura-pura. Hati aku mula
berbunga. Tidak terjadi apa-apa pun antara kami hari itu. Cuma seperti yang aku kata tadi,
perhatian perasaan ku beralih kepada Syakir. Setiap hari aku bila bangun pagi, walaupun
aku masakkan sarapan pagi untuk semua, sebenarnya aku buat untuk Syakir. Aku kemas
rumah, aku buat untuk keselesaan Syakir. Aku melawa dengan pakaianku, aku melwa
untuk raih pujian Syakir. Aku cium tangan suami aku, tapi bayangan aku adalah Syakir.
Aku bergurau dengan suami aku, tapi khayalan aku hanyalah Syakir. Aku bermanja
dengan suami aku, tapi fantasi aku tetap Syakir. Sekarang barulah aku rasa hidup aku
sudah punyai tujuan. Hanya untuk impress kan Syakir.
10.

Walaupun dia seorang pendiam dan suka buat hal dia, tapi sekali dia mengangkat mata
mengerling arah aku, aku rasa puas dan bahagia. Walaupun hanya sepatah dia
mengucapkan terima kasih, jantung aku terasa berdebar. Semua yang aku buat di dalam
rumah ini hanya untuk dia. Ya aku berlakon, tetap berlakon. Tetapi aku bukan pelakon
tipu yang penuh dengan kepalsuan dan pembohongan lagi, aku kini menjadi seorang
pelakon yang mendalami jiwa dan penuh dengan rasa kejujuran.

M uzik. Azika gelisah dan mundar-mandir.

AZIKA
M akin lama aku rasa itu saja tidak cukup. Aku hanya memiliki bayangan Syakir, hanya
bercium dengan khayalan semata, hanya memeluk fantasinya sahaja. Aku mahu dirinya
yang jasad, yang berjiwa, yang benar. Aku tak peduli lagi, aku mesti memiliki Syakir! Aku
mula merancang pelbagai akal untuk memutuskan hubungan suami isteri aku yang tak ke
mana-mana ini. M alam tu, malam anniversary aku. Kami dijemput ke suatu majlis yang
diaturkan bagi meraikan anniversary kami berdua. Sampai saja di majlis tersebut, mulalah
lakonan basi si suami, seorang yang menyayangi dan mengasihi isterinya. Kami dapat
banyak hadiah. Kami disambut dan diraikan dengan penuh penghargaan. Ramai yang
hadir, kenalan baru dan lama, kawan rapat dan jauh, rakan sekolah dan kolej malah
keluarga dan saudara juga turut hadir. Kami menari, kami main permainan yang sweet,
kami potong kek dan kami disandingkan semula di atas pelamin yang mewah. Semua orang
bahagia melihat ‘kebahagian’ kami waktu tu. Acara terakhir suami aku di jemput memberi
ucapan. Seperti biasa, pelakon palsu yang paling pandai menipu, dengan kata-kata manis
dan indah dilafazkan bagi manyatakan kebahagiaannya bersama aku dan memuji-muja aku
sebagai insan paling sempuran. Ucapannya mendapat tepukan gemuruh dari semua orang.
Kemudia aku pula dijemput untuk memberi ucapan. Aku senyum dan penuh keyakinan
seperti biasa. Aku memberi salam, “Assalamualaikum semua dan salam hormat buat
suamiku yang sangat dikasihi oleh semua orang. M alam ini saya ingin meminta abang
Azmi, suamiku yang sah ini menceraikan saya sekarang.” . Semua orang kecoh, ada yang
terkejut, ada yang cuak, ada yang ketawa kerana menyangka gurauan. Aku sambung
bercakap di mic, “Ini bukan gurauan atau gimik atau mainan. Hal cerai tak boleh dibuat
main, ya, saya tahu. Tolong ceraikan saya. Aku derita hidup dengan Azmi celaka! Lelaki
tak guna!”. Ya kali ini benar-benar kecoh. M uka suami aku terkejut. M ulutnya sedikit
terbuka, matanya terpaku, tanpa bergerak, tanpa terkata apa-apa. Sungguh dia tak sangka.
Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Amira adik aku call. Suara dia menangis! Kenapa
Amira? Kenapa? Amira? Amira?!

M uzik. Keadaan sekeliling kecoh dan riuh,


tetapi Azika tidak peduli. Transisi.
11.

MONOLOG 4
(ADIK LELAKI S UAMI)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M uzik. M asuk Syakir dengan berkaca mata dan


berbaju kemas seperti budak nerd.

SYAKIR
M alam tu aku balik awal. Sememangnya aku sudah rancang. Sudah lama aku tunggu saat
macam ni. Aku mengambil masa yang lama untuk kenal dan menghafal rutin seta tabiat
masing-masing di rumah ini supaya malam ini boleh muncul dan dapat aku laksanakan
impian aku. Sampai depan pintu bilik dia aku tendang kuat!!! BANG!!! Lepas tu aku
sembunyikan badan aku di balik dinding luar bilik. Aku dengar bunyi tapak kaki dia
datang dekat pintu. Semakin lama semakin dekat. Bila betul-betul hampir aku terus peluk
badan dia. Aku pusing badan dia membelakangkan aku, aku tutup mulut dia dengan sapu
tangan yang aku calitkan sejenis cecair yang boleh membuatkan orang pengsan bila
menghidunya. Dia meronta kuat. Aku perkemaskan pelukan aku. Semasa aku memeluk
dia. Terasa kepejalan isi tubuhnya yang montok dan mugil. Lama kelamaan dia semakin
lemah dan selepas itu tubuhnya terkulai. Aku senyum bangga!

M uzik. Syakir melihat dinding dan menyentuh


dinding yang penuh dengan gambar.

SYAKIR
Tubuhnya sangat montok. Aku suka badan perempuan yang lebih rendah sikit dari
standard tinggi perempuan di M alaysia ni. Perempuan yang badannya rendah sikit ni
kalau ada cutting, sangat mengiurkan. Aku selalu save gambar yang dia post kat FB dan di
instagram dia. Walaupun dia pakai tudung, tetap menarik minat aku untuk melihatnya.
Lebih menarik minat aku untuk melihat apa yang terselindung disebaliknya. Kadang-
kadang aku print gambar-gambar yang paling aku suka dan lekat dekat dinding bilik aku.
Dinding bilik aku penuh dengan gambar dia. Aku tutup gambar pada dinding tu aku ni
dengan empat keping kertas majong putih yang ada nota kolej aku. Kononnya tampal
benda study lah. Ye aku kena sembunyikan, kalau abang aku nampak mati aku! Jadi
ketaksuban aku dengan dia ni, aku jaga jangan sampai terbocor dan jangan sampai
terbongkar.
12.

M uzik. Syakir senyum.

SYAKIR
Amira ni adik ipar abang aku yang tinggal sekali dalam satu rumah. Kecantikan setanding
dengan kakaknya. Kakak ipar aku tu. Pernah satu hari tu, aku pernah mendakap tubuh
kakak ipar aku waktu dia nak pitam dulu. Waktu tu hanya ada kami berdua dalam rumah.
Aku bawak ke kerusi bagi dia makan ubat. Ubat tu ubat pelali. M emang aku ada stok, tapi
aku tak tahu bila waktu boleh pakai, dan bila kejadian tu berlaku, inilah masa yang tepat.
Lepas dia terlentok atas meja. Aku angkat atas meja, aku bukak pakaian dia. Aku ambil
gambar. Pergh! Putih, gebu, satu karya seni paling indah dan ghairah yang pernah aku
tengok. Lepas puas ambil gambar, aku sentuh seluruh tubuhnya secara lembut dan
beberapa kali aku terkasar. Kemudian aku pakaikan semua pakaiannya. Aku masih sedar,
itu adalah isteri abang aku, jadi aku tak mahu lebih-lebih sebab aku bukan jenis makan
saudara punya barang. Itu hak abang aku, aku hormat abang aku dan aku takkan rosakkan
hak abang aku. Selepas tu aku kemas rumah dan buat semua kerja rumah yang dia tak
sempat siapkan. Sebab aku nak pastikan bila kakak ipar aku bangun, perhatian dia teralih
kepada rumah yang kemas dan kerja rumah yang sudah siap dan tidak langsung
memikirkan pasal kesakitan tubuhnya yang aku terkasari tadi. Oleh kerana kejadian itu,
maka aku tahu betapa cantik dan menariknya tubuh kakak ipar aku, jadi aku menyimpan
cita-cita untuk merasai pula tubuh adiknya, Amira. Pasti lebih menarik! Aku rancangkan
sesuatu dengan teliti!! M ungkin aku boleh menggunakan modus operandi yang sama.

M uzik. Syakir dengan handphonenya.

SYAKIR
Aku mengambil gambar pelbagai sudut dan cara. Banyak gambar yang cantik aku dapat.
Sememangnya tiada tolok bandingnya keindahan tubuh ini dengan kakaknya. Selepas puas
aku mengambil gambar, aku mulakan agenda aku seterusnya. Aku tengok jam, malam
masih awal. Abang dan kakak aku belum mahu pulang pada jam-jam begini. M ereka sibuk
di majlis anniversary mereka. Ya, Amira, kau milik aku malam ini. Aku meratah lumat
tubuhnya dengan sepuas dan semahuku. Aku tidak terlalu terburu-buru kerana aku
mempunyai masa yang panjang untuk aku nikmati dengan seenaknya. Dalam masa minit-
minit terakhir aku kelemasan dalam mahkotanya, tanpa aku sedar Amira mula terjaga. Dia
membuka matanya perlahan, lalu dia terkejut dan terus menjerit. Aku lihat matanya
memang tepat melihat wajah aku! Dia menolak aku dan lari ke sudut katil. Dia menjerit
meminta tolong. Aku jadi panik, aku ambil baju aku aku keluar bilik dia. Aku terus berlari
keluar dari rumah.

M uzik cemas. Syakir sedang berlari dengan


pandai.
13.

SYAKIR
Semasa aku berlari, aku tak tahu tempat yang hendak di tuju, yang pasti aku mahu jauh
dari rumah itu. Waktu aku berlari itu, secara pelahan akalku boleh berfungsi. Kenapa aku
lari?! Aku boleh saja tumbuk mukanya kasi pengsan dan pakaikan kembali pakaiannya
kemudian sepahkan rumah. Setelah itu aku balik ke kolej seperti mana abang dan kakak
ipar aku sedia maklum. Bila ditanya aku akan nyatakan mungkin rumah dimasuki
perompak. Tapi Amira nampak jelas muka aku! Aduh kenapa aku tak tutup muka aku
masa main tadi! Bodoh! Tapi mana aku tahu dia akan tersedar awal! Celaka! Barang online
ni memang takde kualiti! Banyak yang menipu dari betul! Lepas ni aku takkan percaya
lagi dengan barang online. Jadi sekarang macam mana? Aku tak tahu!! Yang aku tahu
sekarang ini, aku kena lari sejauh mungkin! Aku terbayang wajah abang aku yang marah,
wajah kakak ipar aku yang marah, wajah ibu ayah aku yang kecewa!! Sial!! Aku kena lari
dari realiti!!!!

M uzik. Syakir terus berlari menyelamatkan diri.


Transisi.
14.

MONOLOG 5
(S UAMI)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M uzik. M asuk Azmi dengan baju yang segak


dan fikirannya celaru.

AZM I
Aku betul-betul kusut! Aku dimalukan dua kali dalam satu malam yang sama. Isteri aku
minta cerai dengan aku depan orang ramai yang mana sedang menganggumi aku! Adik aku
rogol adik ipar aku!! Celaka!! Kisah penceraian aku di khalayak ramai dan kes rogol itu
menjadi viral di laman social. Prestasi aku selama ini jatuh merudum!! Orang yang sanjung
aku selama ini semuanya sudah mula menghina aku, mengherdik aku. Pekerja aku berhenti
kerja, bisnes aku jatuh. Kawan dan kenalan aku mula menjauh dari aku. Saudara mara dan
keluarga semua menyalahkan dan menghukum aku. Sial! Aku tak sangka aku kena hadapi
semua ini. Selama ini aku berusaha menjadi yang terbaik di hadapan semua manusia. Tiada
langsung keburukan yang terlihat pada diri aku. Aku jaga penampilan aku, aku jaga
pendidikan aku, aku jaga hubungan aku dengan isteri, kawan-kawan, kenalan, saudara mara
dan keluarga. Aku jaga semua itu di hadapan setiap manusia. Aku betul-betul bernasib
malang!! Bagaimana aku mahu teruskan hidup tanpa sanjungan orang ramai? Bagaimana
aku mampu hidup dengan cercaan dan hinaan semua orang? Kusut, aku betul-betul kusut!

M uzik. Azmi dalam baringan dan duduk yang


tidak senang.

AZM I
Lama aku berkurung dalam rumah aku. Isteri aku bersama adiknya sudah tinggalkan aku,
adik laki aku larikan diri sehingga sekarang tak ditemui. Aku offkan telefon aku, aku
matikan semua social media aku, kerana semua yang menghubungi hanya dipenuhi cacian
dan kejian. Aku tak sanggup dengar dan aku tak sanggup baca semua itu. Aku murung di
dalam rumah ini. Aku pernah cuba nak membunuh diri beberapa kali. Aku tarik kerusi,
aku panjat dan ikatkan tali pada kipas angin. Aku sarungkan tali ke leher aku. Bila aku
hendak jatuhkan kerusi, badan aku mengeletar, aku menangis semahu-mahunya. Kenapa
aku perlu jadi begini?! Ini bukan salah aku. Bukan aku yang merosakkan hidup aku, jadi
kenapa aku perlu membunuh diri. Aku kembali ke bilik dan cuma untuk tidur dan
mengharapkan bila aku terjaga nanti, ini semua adalah mimpi paling ngeri.
15.

Tapi malang, mata aku tak boleh terlelap. Otak aku letih, badan aku penat, aku tak makan
tak minum, tapi aku tetap tak boleh tidur. Otak aku terusan memikirkan nasib aku. Aku
tak tahu nak buat apa. Aku hilang punca. Aku terus berkurung diri.

M uzik. Bunyi ketukkan pintu beberapa kali.


Azmi menjadi takut.

AZM I
Aku menjadi sangat paranoid! Hari tu, bila dah lama aku berkurung dan tak diganggu
orang. Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk berulang kali. Ada bayangan orang di luar depan
pintu rumah aku. Aku takut. Aku lari bersembunyi di dapur. Aku peluk lutut aku. Aku
tutup telinga aku. Aku menangis, aku tutup mulut aku. Aku betul-betul takut. Aku tak
bersedia untuk jumpa orang lagi. Bila dah lama bunyi ketukan itu diam, aku beranikan diri
pergi menjengah ke depan. Bayangan orang itu sudah tiada. Tapi ada sampul surat di
bawah pintu seperti di tolak masuk dari celah ruang bawah pintu. Aku langsung tak ambil
sampul tu. Aku langsung tak mendekatinya. Aku tak bersedia untuk tahu apa isi
kandungan sampul itu. M ungkin orang nak dajal aku. M ungkin surat sumpah seranah
yang nak hidup aku hancur. M ungkin juga berita malang yang lain yang aku belum cukup
mampu aku terima lagi. Kejadian ketukan pintu dan pemberian sampul tu belaku lagi
selepas dua hari dan terus berlaku setiap selang dua hari. Sampul yang terkumpul makin
lama makin banyak dan langsung tiada minat aku untuk membukanya.

M uzik. Azmi masih memerhatikan pintu


rumahnya.

AZM I
Lebih dua minggu sampul tu tak datang lagi. Yang datang hanya penghantar makanan
segera yang aku order online. Aku tulis note supaya meninggalkan bungkusan makanan itu
di luar. Dalam masa yang lama aku berkurung ni, aku mula terasa sangat lapar setelah
bekalan makanan di rumah sudah habis kesemuanya. Aku mula membeli makanan segera
secara online menggunakan handphone aku tanpa pedulikan ribuan mesej dan notification
yang ada. Waktu aku mengambil makanan kali terakhir itu. M akanan aku tertumpah atas
sampul yang tak terusik itu. Kesan minyak dari makanan itu membuatkan sampul itu
tebus nampak isi tulisan dalamnya. Aku terbaca satu nama, Keroz. Keroz? Ya Keroz!
Sahabat baik aku semasa di kolej dulu. Dia melanjutkan pelajaran ke Sweden. Lama kami
tak berjumpa. Aku ambil dan pegang sampul itu, ada perasaan ingin tahu menujah ke
dalam hati aku, tapi sama juga perasan takut yang menghentam benakku. Apakah Keroz
sudah tahu kes aku dan membenci aku serta surat ini adalah penghinaan yang seterusnya.
Namun perasaan ingin tahu aku lebih tinggi, dengan pantas aku membuka sampul itu lalu
aku membaca surat yang tertulis. Semasa aku membaca, air mata aku mengalir.
16.

Aku membuka semua sambul dan membaca semua surat-suratnya. Sungguh aku tak
sangka, tulisan surat ini betul-betul membuatkan aku tak percaya. Aku menangis
semahunya. Tak tertanggung sedih yang melanda hati aku. Yang hanya mampu aku ucap
adalah namanya. Keroz... Keroz... Kenapa? Kenapa? Kenapa!!!!??

M uzik. Azmi peluk semua sampul itu sambil


menangis dalam rebahan badan di lantai.
Transisi.
17.

MONOLOG 6
(PARTNER)

Kelihatan pentas mempunyai set yang boleh


dijadikan sebagai katil, kerusi, pangkin dan
pelbagai lagi.

M asuk Keroz yang kelihatan sangat gagah dan


macho serta metroseksual.

KEROZ
Berpuluh surat aku jolok bawah tu, bertahun baru kau nak contact aku. Hey Azmi, aku
bukan macam netizen M alaysia ni. Asyik tahu nak bash orang je. Aku ni jenis memaafkan
orang. Lagi pun kau bukan buat salah apa pun, isteri dengan adik kau yang buat hal, jadi
takde benda yang aku nak maafkan kau. Hey Azmi dah kau tahu engkau tak buat salah,
lepas tu yang kau nak kurung diri macam orang bersalah tu kenapa? Nak malu apa? Kau
kena move on. Kau boleh bina balik hidup kau. Kau pedulikan manusia-manusia yang
negatif tu dan bangkit untuk diri kau. Banyak lagi manusia di dunia yang nak hargai kau
dari netizen M alaysia yang ciput ni. Sudah. Aku takmau tengok air mata kau tu lagi! Aku
nak kau semangat dan bersinar macam dulu!! Bangun sini, peluk aku, aku nak share energy
positif aku dengan kau!

Keroz bangun dan konon-konon memberi


pelukan kepada seseorang.

KEROZ
Aku peluk dengan seerat mungkin. Tubuh ni pernah aku peluk dulu masa kami remaja
belajar di kolej dulu. Dulu aku peluk dia atas sebab kegembiraan dan kegemilangan dia.
Kami share energy positif sama-sama. Give and take. Tapi sekarang aku peluk dia atas
sebab kelemahan dan kecundangnya dia dengan kehidupan. Aku izinkan dia serap energy
positif dari aku sebanyak mana pun. Sebab aku tak suka tengok keadaan dia macam ni.
Gila! Waktu aku pergi sambung belajar dulu, aku nampak kegemilangan dia, bila aku balik
lain pula keadaannya, tiga ratus enam puluh darjah pusingnya. Bila aku dapat tahu kisah
sebenar dia, terus aku datang rumah nak bagitau yang aku ada dan ready untuk menjadi
pendengar setia tanpa judge. Nasib baik dia call aku. Aku pergi ambik dia kat rumah dia
yang dah macam rumah tinggal dah aku tengok. Aku bawa dia balik rumah aku ini. Lepas
dengar dengan sabar satu persatu cerita dan luahan kekecewaan dia sehingga habis, aku apa
lagi, mulalah aku tarbiahkan dia sampai mengecut jadi besar semut dia aku tengok. Geram
betul aku, mana dia lelaki yang bijak pandai, pandai mengambil hati, pintar dalam berfikir,
waras dan arif dalam berkeputusan, semua tu hilang.
18.

Dulu, dialah orang yang disanjungi sampai pernah satu masa tu dia pernah lupakan aku ni,
yang selalu ada untuk dia. Dia lupa aku disebabkan sibuk dengan populariti dia, dia lemas
dalam sanjungan. Aku tak peduli, bila dia lupa saja, aku pergi kat dia, aku sound direct kat
muka dia. Biar dia sedar. Lepas tu barulah terhegeh-hegeh betulkan kesilapan dia tu dan
balik rapat dengan aku. Ni sekarang ni, apa yang berlaku ni mesti ada benda yang dia lupa
lah tu, lepas tu aku aku pulak takde nak datang sound tepek kat muka dia nak kasi sedar.
Itu yang sampai jatuh tertiarap macam orang putus nyawa tu. Haih! Geram pulak aku ni.
Rasa nak siku-siku perut dia tu!

M uzik. Keroz lebih tenang.

KEROZ
Okay hari ni aku nak bawak kau pergi shopping baju, lepas tu pergi saloon potong rambut
kau tu. Dah macam orang gila dah aku tengok. Lepas tu aku akan bawak kau berjumpa
kenalan aku. Jangan takut! kawan aku bukan sejenis netizen bodoh tu. Kawan aku ada
klas dan pandai berfikir semua. Nanti masa aku bawak pergi jumpa kawan aku, aku nak
kau berperwatakan macam masa kau tengah famous dulu. Penuh keyakinan! Faham!

M uzik. Keroz di majlis keramaian.

KEROZ
Semua orang dekat situ suka dengan Azmi. Dia mula ada keyakinan kembali. Ramai yang
puji keyakinan diri dia, ketampanan dia. Lama-kelaman aku nampak Azmi yang asal, dia
telah kembali bersinar. M emang dia ni kena hidup dengan pujianlah. Kalau takde pujian
boleh lemas atas darat ni. Semasa aku melihat dia yang dah semakin okay, aku tiba-tiba
mengimbau kenangan lama aku dengan dia sebelum dia berkahwin dulu. Aku bukan saja-
saja sambung belajar ke Sweden tu, ada sebabnya. Aku tak pergi pun hari perkahwinan
dia, aku tak suka si Azika hijabster tu. Poyo sangat. Sejak dia rapat dengan Azika lagi, aku
dah tak berkenan tapi aku nampak dia happy dan tak buat salah, takkan aku nak sekat dia
happy kan? Jadi aku biarkan, tak sangka pulak sampai nak kahwin. Sebelum dia kahwin
aku pergi berjumpa dengan Azika. Aku cakap baik-baik dengan dia supaya dia jaga Azmi
elok-elok, dia boleh blah je masa aku tengah cakap. Aku tengking dia, “Hoi pompuan, kau
jangan ingat kau lawa, kau tu bagus sangat!”. Dia datang dekat aku balik, lepas tu dia
lempang muka aku, siap warning aku jangan kacau dia dengan Azmi. Aku pun apa lagi,
pegang tangan dia kuat, aku terus teking depan muka dia, “Kau ingat aku tak tahu, kau tu
rapat dengat Azmi tu sebab kau nak tumpang populariti dia kan!! Kau tu gila glamour!!!”.
Dia ludah muka aku sambil tarikh tangan dia, sempat dia cakap, yang aku ni mengonkong
hidup Azmi dan aku gunakan Azmi untuk kepentingan peribadi aku. Aku tak sabar, aku
tolak dia. Perlahan je aku tolak, jatuh dia ke lantai.
19.

Waktu tu kebetulan ada pula dua orang lelaki lalu kat situ, apa lagi, lelaki M elayu, pantang
nampak perempuan cantik kena sikit mulalah nak jadi hero. Diorang datang terus tumbuk
aku tanpa sempat aku terangkan apa benda yang sebenarnya berlaku. Diorang pukul aku
dengan teruk, aku tak sempat nak pertahankan diri. Lepas lembik aku kena belasah,
diorang pergi dekat betina tu kemudian baru bertanya apa benda yang dah jadi. Lahanat!
Dah separuh mati kau belasah aku baru kau nak tanya. Aku ambil kesempatan itu untuk
bangun dan kerah tenaga aku untuk lari dari situ. Aku bagitau apa yang berlaku pada
Azmi, tapi mesej aku tak berbalas. Aku sangat kecewa. Lepas sebulan diorang berkahwin,
aku terus buat keputusan untuk sambung belajar ke Sweden dan aku berjaya sambung
pelajaran aku di sana.

Tiba-tiba lamunan Keroz dikejutkan dengan


pangilan seseorang.

KEROZ
Aku tersentak dari lamunan. Azmi menegur aku sambil tersenyum. Aku tengok wajahnya,
ya, sungguh kacak Azmi ni. Aku tarik dia peluk aku. Aku bisik pada dia, jom ikut aku
pindah Sweden. Azmi lepaskan pelukan aku. Dia tengok muka aku. Dia mengangguk
setuju, dia kata dia nak jadi dirinya yang mana sebelum berkahwin dulu. Aku sangat
happy! Aku bagitau lagi dia, “Sudi tak kau kahwin dengan aku dan mulakan hidup baru di
sana”. M uka dia berubah. Dia bersuara, dia kata, kenapa dari dulu aku tak pernah
suarakan perasaan aku pada dia. Kemudian dia senyum dan tarik peluk aku.

M uzik. Azmi senyum.

TAM AT.

Anda mungkin juga menyukai