Anda di halaman 1dari 3

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah Lembaran Kerja Latihan 1 Tulis ayat dalam bentuk cakap ajuk di bawah

kepada cakap pindah tanpa mengubah maknanya. 1. Nazrul, makanlah ubat ini supaya kamu cepat sembuh, kata Kak Mila. 2. Aduh, banyaknya kerja sekolah yang perlu saya siapkan! keluh Munira. 3. Beginikah caranya engkau membalas jasa orang tua? kata Pak Mail kepada anaknya. [6 markah] Latihan 2 Tulis ayat dalam bentuk cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maknanya. 1. Ke manakah arah untuk pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian? tanya Cik Salimah. 2. Saya sedang sibuk sekarang. Harap awak dapat berjumpa dengan saya pada hari esok, kata Cikgu Ridzuan kepada Hasniza. 3. Semoga abang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, kata Fazli kepada abangnya. [6 markah]

Latihan 3 Tulis petikan dialog di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Hamdan : Ah, geram aku! Geram! Rosli : Apa halnya engkau terjerit-jerit ni, Hamdan? Hamdan : Geram sungguh aku dengan perangai adik aku itu. Rosli : Apa yang telah adik engkau buat? Hamdan : Aku telah menyiapkan lukisan yang hendak dihantar esok itu tetapi adik aku telah mengoyakkannya. Rosli : Oh, begitu! Kau mesti faham perangai kanak-kanak. Mereka masih belum dapat berfikir dengan baik. [6 markah] Latihan 4 Tulis petikan perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Sudah lama saya menunggu bas di sini, kata Puan Alina kepada gadis di sebelahnya. Puan hendak ke mana? tanya gadis itu. Saya hendak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, jawab Puan Alina. Tentu puan hendak membeli kain ela, kata gadis itu. Bukan, saya hendak berjumpa dengan kawan saya, jelas Puan Alina. Oh, begitu! Kalau puan hendak cepat, saya cadangkan puan naik teksi kerana bas lambat lagi akan sampai, kata gadis itu. [6 markah]

Jawapan Lembaran Kerja

Latihan 1 (i) Kak Mila memujuk Nazrul agar makan ubat itu supaya dia cepat sembuh. (ii) Munira mengeluh kerana ada banyak kerja sekolah yang perlu disiapkannya. (iii Pak Mail bertanyakan cara anaknya membalas jasa ) orang tua. Latihan 2 (i) Cik Salimah bertanya tentang arah untuk pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. (ii) Cikgu Ridzuan berkata bahawa dia sedang sibuk pada masa itu dan berharap agar Haniza dapat berjumpa dengannya pada hari berikutnya. (iii Fazli berharap agar abangnya berjaya menjejakkan kaki ) ke menara gading. Latihan 3 Hamdan terjerit-jerit kerana berasa geram. Rosli ingin tahu sebab Hamdan terjerit-jerit. Hamdan sebenarnya berasa geram dengan perangai adiknya. Rosli ingin tahu hal yang telah dibuat oleh adik Hamdan. Menurut Hamdan, dia telah menyiapkan lukisan yang hendak dihantar keesokan harinya tetapi adiknya telah mengoyakkan lukisan itu. Rosli faham akan masalah yang dihadapi oleh Hamdan. Bagaimanapun, bagi Rosli, Hamdan mesti faham perangai kanak-kanak. Mereka masih belum dapat berfikir dengan baik. Latihan 4 Puan Alina berkata kepada gadis di sebelahnya bahawa dia sudah lama menunggu bas di situ. Gadis itu pula bertanya kepada Puan Alina tentang tempat yang hendak ditujuinya. Puan Alina menjawab bahawa dia hendak pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gadis itu menyangka bahawa Puan Alina hendak membeli kain ela. Bagaimanapun, Puan Alina menafikannya dan menyatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan kawannya. Gadis itu faham akan maksud Puan Alina. Dia mencadangkan Puan Lina agar menaiki teksi jika hendak cepat kerana bas akan lambat sampai.

Anda mungkin juga menyukai