Anda di halaman 1dari 9

Pusat Tuisyen Wawasan Maju Bersatu

Kaedah: Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah


Perhatikan cakap ajuk di bawah :
"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu
kepada Aini.
Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah, murid
hendaklah berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :
a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali persona
c. Kenali Konteks Komunikasi
Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:
a. Kenali Topik Perbincangan :
i. makanlah segera.
ii. jangan lupa basuh pinggan.
b. Kenali persona :
i. ibu
ii. Aini
c. Kenali Konteks :
i. pesan
Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina ayat
sendiri dalam ragam cakap pindah. Misalnya,

i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan


lupa membasuh pinggan.
ii. Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera
dan jangan lupa membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa
membasuh pinggan.
Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan:

Diambil drpd guru cemerlang

1. Kata Ganti Nama Diri

Pusat Tuisyen Wawasan Maju Bersatu

saya - dia

pagi tadi - pagi itu

kami - mereka

semalam - semalamnya

kita - mereka

6. Kata Seru
Cis - dengan marah

awak - dia

kalian - mereka

Amboi/Wah - dengan kagum

kau/engkau - dia

Aduh - mengerang kesakitan

dia - dia

Eh - dengan hairan

beliau - beliau

Oh - dengan terkejut/hairan/kecewa

Wahai - Menyeru

2. Kata Ganti Tempat


di sini - di sana

di situ - di sana

3. Kata Ganti Tunjuk


begini - begitu

ini - itu

7. Kata Perintah
Jangan - melarang

Sila masuk - menjemput

Tolong - meminta pertolongan/bantuan


8. Kata Singkatan
nak - hendak

4. Kata Tanya
mengapa - sebab

tak - tidak

di mana - tempat

mau - mahu

bagaimana - cara

dah - sudah

berapa hari - tempoh

berapa ringgit - harga

bila - masa

5. Masa
sekarang - pada masa itu/pada ketika itu

esok - pada hari keesokannya

hari ini - pada hari itu

Diambil drpd guru cemerlang

9. Bahasa Arab
Alhamdulillah
kesyukuran/bersyukur

10. Unsur-unsur Slanga dan Dialek


Jom - mengajak

satsat - sebentar

bergebang - berbual kosong

mengucapkan

Contoh:
Cakap Ajuk

Cakap Pindah

``Saya harap awak dapat


datang ke sekolah esok,
kata Cikgu Halimah kepada
Musa.

Cikgu Halimah berharap agar


Musa dapat datang ke
sekolah esok.

``Di bilik makmal sekolah,


saya dapati terdapat enam
buah kerusi. Saya juga
melihat ada satu unit
televisyen dan lima unit
komputer yang diletakkan di
atas meja di sebelah pintu
masuk, kata Ah Ling.

Kata Ah Ling, di bilik makmal


sekolahnya terdapat enam
buah kerusi serta satu unit
televisyen dan lima unit
komputer yang diletakkan di
meja bersebelahan dengan
pintu masuk.

``Datang ke kantin segera!,


jerit Cikgu Linggam kepada
murid-murid Tahun Enam
Melur.

Cikgu Linggam berteriak


mengarahkan murid-murid
Tahun Enam Melur datang ke
kantin segera.

``Saya hendak ke kedai,


kata Mahani sambil
mengayuh basikalnya.

Sambil mengayuh basikalnya,


Mahani memberitahu dia
hendak ke kedai.

``Selamat Hari Guru, kata


murid-murid sekolah itu
secara serentak semasa
perhimpunan pagi.

Murid-murid sekolah itu


mengucapkan Selamat Hari
Guru secara serentak semasa
perhimpunan pagi.

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada
Chan.
Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya
hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata
guru itu.

Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas
kerana berlakunya penipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru
disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada
hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan
ubat yang diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan
kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur
walaupun sudah pukul 11.00 pagi.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
A. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
1. Kata Yusri,saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi
2. Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhati-hati,kata
Mak Cik Zainab kepada anaknya.
3. Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,kata hazimah
dengan perasaan marah.
4. Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?tanya Kumar kepada John.
5. Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal? tanya Cikgu Mokhtar
kepada Cikgu Ramli.
6. Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,pinta Yuhaini kepada
anaknya.
7. Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,beritahu
Muhaimin kepada pelanggan tetapnya.
8. Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,ajak Muazzim kepada
kawan-kawannya.
9. Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,kata Maisarah
kepada Marsilla.
Jawapan
1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu.
2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat
bahawa anaknya tidak berhati-hati.

3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan
peribadinya.
4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya.
5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada
Cikgu Ramli.
6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia
meminta anaknya menolongnya mencuci kereta itu.
7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang
musim panas dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.
8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka
bermain bola sepak.
9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat
angin kuat pada malam semalam.

Contoh 1:
Kamariah :
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula
jadi
yang indah.
Aziz :
Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong tempatan atau pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:
Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu
memberi potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu ditanam dalam diri.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai
pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju
dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak
swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat
Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.

Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu
Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan
Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari
yang lepas, Kamarul memberikan alasan.
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman
rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa
Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan
mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia
datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak
teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Contoh 3
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam
keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak
berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah
mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja
kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya
bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak
Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia
berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Jawapan:
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?

Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa


Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
Contoh 4
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke
bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan
tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa
kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya
menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang
dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan
bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi
pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang
mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap
mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya
tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.
Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?
Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan
kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke
bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

Contoh 5
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang
berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di
dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan
hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan
membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana
kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana
keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa

mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi


baru selesai dua hari sebelumnya.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan
Cikgu Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar
sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah
naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu
Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan
mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua
hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan.
Contoh 6:
Aini ; Awak ke pekan semalam?
Nas : Tidak,mengapa?
Aini : Saya lihat banyak penunggang motosikal kena tahan
Nas : siapa yang tahan mereka?
Aini : Pihak polis kerana mereka terlibat dalam lumba haram
Nas : Betullah,mereka tidak sayang akan nyawa sendiri
Aini
: Aku berharap
mengulanginya
lagitindakan itu akan menyedarkan mereka dan tidak
Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak kelmarin.Nas
berkata bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya semula kepada Aini
tentang pertanyaannya itu.Aini menjelaskan bahawa dia melihat banyak
penunggang motosikal yang ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang
menahan mereka.Aini menjelaskan bahawa mereka ditahan oleh pihak polis
kerana terlibat dalam perlumbaan haram.Nas berkata bahawa mereka tidak
saying akan nyawa sendiri.Aini menyatakan harapannya,dengan tindakan itu
mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak melakukan perbuatan itu
lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain mengharapkan mereka
itu akan melakukan perkara yang lebih berfaedah pada masa depan.
Contoh 7
Fatimah: Eh,apa yang kaubaca tu?
Meor
: Ni hah,berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di
sekolah
Akhir-akhir ini.
Fatimah: Aku pun pernah terbaca.Tapi,apakah puncanya?
Meor : Daripada petikan ini,aku rasa pengusaha kantin sekolah mengabaikan
factor
kebersihan.

Fatimah: Betul pendapat kau tu.Mereka sepatutnya mementingkan


kebersihan,bukan
keuntungan semata-mata.
Meor : Aku setuju,pandai pun kau.
i.

Dengan perasaan ingin tahu,Fatimah bertanya kepada Meor tentang bahan yang
sedang dibacanya.
ii. Dengan tegas,Meor menjelaskan kepada Fatimah,berita hangat tentang
keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini.
iii. Fatimah memberitahui Meor bahawa dia juga telah membacanya.Namun,Fatimah
menyatakan bahawa dia belum mengetahui punca-punca berlakunya kejadian
tersebut.
iv. Berdasarkan berita terkini,dia berpendapat bahawa pengusaha kantin sekolah
yang mengabaikan kebersihan adalah antara faktornya.
v. Fatimah bersetuju dengan pendapat Meor.Menurut Fatimah,mereka sepatutnya
mengutamakan kebersihan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
vi. Meor bersetuju dengan pendapat Fatimah lantas memuji Fatimah yang dianggap
sebagai seorang yang bijak.
Contoh 8:Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak
semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir
memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan
kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan
giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika
ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor
hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi
pada masa itu juga.
"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas
Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal
lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

Anda mungkin juga menyukai