Anda di halaman 1dari 22

Penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan innayahnya berjaya saya menyiapkan kerja kursus sejarah yang merupakan pencetus utama saya untuk mendapat A dalam subjek sejarah bagi peperiksaan PMR .Tanpa bantuan pihak pihak yang terbabit tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan sungguh sempurna sekali . Pertama sekali sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua SMKAP Muadzam Shah Puan Robiah Binti Othman kerana telah banyak memberi saya dorongan untuk melakukan kerja kursus ini . Tidak dilupakan juga kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Shamsul Bariah kerana telah banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas bagi membantu saya melaksanakan kerja kursus ini dengan mudah dan lengkap . Selain itu , saya ingin menngucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya , iaitu En Muzafar Bin Maarof dan Puan Salemah Binti Salleh kerana telah banyak memberi sokongan serta membelanjakan wang ringgit bagi membantu saya melaksanakan kerja kursus ini .Terima kasih saya ucapkan . Akhir , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En . Azmi bin Abu Bakar iaitu pengusaha gerai Lemang Panas Enterprise kerana sanggup membantu saya melakukan kajian ini . Terima kasih saya ucapkan . Sekali lagi ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada pihak-pihak yang terbabit .Terima kasih saya ucapkan .

Objektif Kajian
Maklumat Asas: Sejarah dan asal usul lemang Lokasi penjualan lemang dijalankan Nama pengusaha gerai Lemang Panas Enterprise Latar Belakang : Menyatakan proses ataupun cara pelaksanaan untuk membuat lemang Mengenal pasti peralatan yang digunakan untuk membuat lemang serta bahan yang diperlukan untuk membuat lemang . Mengetahui keluasan gerai Lemang Panas Enterprise Menyatakan kos pengendalian untuk membuka gerai Lemang Panas Enterprise Sumbangan kepada keluarga dan masyarakat : Menyatakan hubungan kemasyarakatan Menyatakan bahawa penjualan lemang merupakan sumber pendapatan atau tidak Menjelaskan sama ada lemang yang di jual memenuhi permintaan pelanggan ataupun tidak Mengenal pasti sama ada penjualan lemang di gerai Lemang Panas Enterprise membuka pekerjaan kepada masyarakat sekeliling ataupun tidak Prospek:

Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pengusaha gerai Lemang Panas Enterprise Menjelaskan reaksi penduduk terhadap jualan lemang yang dijalankan Menyatakan galakan yang dikemukakan oleh penduduk sekitar terhadap industri lemang yang dijalankan oleh pengusaha gerai Lemang Panas Enterprise Menyatakan saranan dan harapan pengusaha gerai Lemang Panas Enterprise

Kaedah Kajian
Pemerhatian : Saya telah pergi melawat ke gerai Lemang Panas Enterprise. Berdasarkan pemerhatian saya , saya mendapati bahawa keadaan di sekelilingnya sungguh bersih .Hal ini jelas membuktikan bahawa pemilik gerai ini merupakan seorang yang pembersih .Saya juga mendapati ramai pelanggan yang sering berkujung ke gerai tersebut untuk membeli lemang beserta rendang yang dijual disana .Bukan sahaja orang Melayu yang suka makan lemang tetapi saya dapat lihat orang Cina juga turut membeli lemang . Oleh hal yang demikian , gerai Lemang Panas Enterprise ini menjadi sebutan para penduduk di sekitar taman taman perumahan yang berhampiran.

Temu bual : Pada pagi yang hening dan nyaman di Kampung Paya Pagar , Bera ,Pahang , saya bertolak dari rumah pada pukul 7:30 pagi dengan menaiki motosikal . Saya telah melakukan janji temu dengan pemilik gerai Lemang Panas Enterprise iaitu En. Azmi bin Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Cik Mi . Berikut ialah dialog saya bersama beliau :

Pertemuan bersama En . Azmi bin Abu Bakar atau Cik Mi :

Saya

: Assalamualaikum , Cik Mi.

Cik Mi : Waalaikumussalam , oh kamu yang semalam tu kan ? Saya : Ye saya , saya dari SMKAP Muadzam Shah . Saya berminat ingin membuat kajian mengenai industri jualan lemang yang Cik Mi usahakan . Bolehkah Cik Mi ? Cik Mi : Oh , tak jadi masalah . Ape yang Cik Mi tahu , Cik Mi ceritalah . Saya : Sebelum saya memulakan kajian saya dengan lebih lanjut lagi saya ingin mengetahui serba sedikit mengenai biodata Cik Mi . Bolehkah Cik Mi? Cik Mi : Boleh . Saya : Apakah nama sebenar Cik Mi ?

Cik Mi : Nama Cik Mi yang sebenarnya ialah Azmi bin Abu Bakar , tapi orang di sini panggil Cik Mi sahaja , mereka kata lebih popular katanya . Saya : Oh , umur Cik Mi berapa ye ?

Cik Mi : Umur Cik Mi sekarang 50 tahun . Saya : Oh ye ke , tapi nampak baru dalam lingkungan 40 an . Cik Mi : Pandai betul kamu ni membodek Cik Mi .Hahahahaha Saya : Hahaha. Dimanakah Cik Mi dilahirkan ?

Cik Mi : Cik Mi dilahirkan di Kg. Jelam , Durian Tawar , Bera , Pahang. Saya : Oh, bilakah Cik Mi mula berniaga lemang ?

Cik Mi : Cik Mi mula berniaga lemang pada tahun 2005 sehinggalah sekarang ini.

Saya

: Cik Mi berkongsi perniagaan dengan orang lain ke persendirian ?

Cik Mi : Cik Mi buka perniagaan lemang ni secara persendirian dengan isteri. Saya : Oh , begitu .Adakah Cik Mi mempunyai pekerja sebelum ini ?

Cik Mi : Cik Mi pernah mengambil pekerja sebelum ini tetapi mereka berhenti

Disebabkan tidak minat untuk bekerja .Kebanyakan mereka mengatakan kerja membuat lemang ini merumitkan . Saya : Oh , begitu rupanya . Berapakah bayaran yang Cik Mi bayar kepada mereka dalam sehari? Cik Mi : Cik Mi bayar mereka Rm 30 sehari ,dan tugasnya hanyalah menunggu lemang untuk masak . Tetapi bukannya mudah. Kerja ini sangat memerlukan kesabaran yang secukupnya . Saya : Adakah Cik Mi mempunyai pekerja lagi sekarang ?

Cik Mi : Cik Mi sudah tidak mempunyai pekerja ,kerana anak anak muda sekarang ini tidak berminat dengan kerja kerja macam ini. Saya : Saya sokong Cik Mi . Memang mereka tidak menyukai kerja kerja sebegini mereka mengatakan ini semua kerja orang tua tua sahaja . Tetapi mereka tidak sedar , jika tiada orang tua tua , tiadalah generasi muda zaman sekarang ini . Betul tak Cik Mi ? Cik Mi : Betul kata kamu tu . Saya : Berbalik kepada cerita kita semula Cik Mi . Dalam sehari Cik Mi boleh untung berapa ringgit? Cik Mi : Dalam sehari Cik Mi boleh untung dalam Rm 100 .Itupun tengok keadaan .Kalau bulan puasa biasanya dalam sehari Cik Mi boleh untung dalam Rm 300 .Anggaran dalam sebulan hasil jualan lemang ini boleh mencecah sehingga Rm1000 hingga Rm2000 .

Saya

: Banyaknya Cik Mi .Pendapatan dalam sehariannya memang kasar sehinggakan boleh mencecah ratusan ringgit .Terkejut saya dibuatnya .Sepanjang Cik Mi berniaga lemang ini , ada pelanggan yang merungut ataupun tidak ?

Cik Mi : Setakat ni ,adalah dua ke tiga orang pelanggan yang merungut disebabkan pulut lemang itu tidak masak .Tetapi Cik Mi menggantikannya semula dengan wang ringgit. Saya : Selain pulut lemang tidak masak ada lagi tak pelanggan yang Merungut hal hal yang lain . Cik Mi : Ada. Terdapat sesetengah pelanggan yang mengatakan harga lemang yang Cik Mi jual mahal . Tetapi yang Cik Mi paling tersinggung lagi mereka mengatakan lemang yang Cik Mi jual Itu lemang rebus dan bukannya dibakar . Saya : Memang banyak sungguh dugaan untuk menjual lemang ini ye Cik Mi. Saya berharap Cik Mi menghadapinya dengan penuh kesabaran. Cik Mi : Terima kasihlah atas kata kata semangat yang kamu berikan Itu . Saya : Sama sama . Cik Mi , sepanjang Cik Mi menjual lemang ini , apakah kenangan paling manis yang Cik Mi tidak dapat lupakan? Cik Mi : Kenangan manis yang Cik Mi tidak dapat lupakan ialah ,lemang yang Cik Mi jual , tidak pernah merugikan daripada tahun 2005 hinggalah sekarang .Selalu sahaja mengaut keuntungan yang lumayan. Saya : Murah sungguh rezeki Cik Mi .

Cik Mi : Alhamdulillah , syukur .

Saya

: Cik Mi , sebelum saya mengundurkan diri , apakah harapan Cik Mi Kepada pelanggan pelanggan yang sering berkunjung ke gerai Lemang Panas Enterprise ini ?

Cik Mi : Oh , harapan Cik Mi agar pelanggan yang berkunjung ke gerai Lemang Panas Enterprise ini semakin bertambah dan tidak pernah berhenti untuk membeli lemang panas Cik Mi .

Saya

: Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mi kerana sudi menceritakan serba sedikit mengenai lemang .Kalau tiada Cik Mi tidak mungkin saya dapat siapkan kerja kursus ini .

Cik Mi : Tidak mengapa, kalau ada apa apa masalah jumpa sahaja Cik Mi ye. Saya : In Shaa Allah .Baiklah Cik Mi saya terpaksa pulang kerana ada kerja yang belum saya siapkan .Assalamualaikum. Sampaikan salam saya kepada isteri Cik Mi ye . Cik Mi : Baiklah . Waalaikumussalam .

Selepas selesai sesi menemuramah , saya pun pulang ke rumah dengan menaiki motosikal .

Hasil Kajian
Maklumat Asas :

Saya telah memilih kegiatan ekonomi tradisional mengenai penjualan lemang yang diusahakan oleh En . Azmi bin Abu Bakar .Beliau telah menamakan gerainya sebagai Lemang Panas Enterprise .Beliau merupakan seorang bekas tentera yang telah berkhidmat untuk negar hampir 25 tahun .Beliau pencen pada umur 41 tahun dan berpangkat sebagai Pegawai Waran 1.Pada mulanya beliau hanya membuat lemang di rumah dan menjualnya kepada jiran jiran di sekeliling .Lama kelamaan semakin ramai jiran yang mengatakan bahawa lemang yang beliau buat sungguh sedap .Beliau juga mendapat dorongan jiran jiran di sekeliling terutamanya jiran yang berada berhadapan dengan rumah beliau iaitu Ustaz Azhari @ Genari . Dengan berbekalkan modal Rm 1000 beliau memulakan perniagaan lemang yang hanya beratapkan sebuah kanopi bewarna biru . Perniagaan beliau bermula dari tahun 2005 hingga sekarang .Dari hari ke hari semakin ramai pelanggan yang berkunjung ke gerai Lemang Panas Enterprise . Bak kata orang tua tua bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Gerai tersebut terletak di Taman Jati ,Bera , Pahang . Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memindahkan gerai beliau ke taman perumahan beliau sendiri , iaitu di Taman Jerna Indah , Bera ,Pahang. Gerai beliau semakin mendapat sambutan oleh penduduk sekeliling , sehinggakan ada yang menempah lemang hamper berates ratus batang setiap hari .Beliau merupakan satu satunya pengusaha gerai lemang di situ .

Latar Belakang Gerai Lemang Panas Enterprise

Menurut En . Azmi , beliau menjalankan perniagaan ini adalah untuk memenuhi masa masa pencen beliau .Beliau tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan tetapi hanyalah sekadar minat dan memenuhi masa masa yang ada. Menurut beliau lagi , untuk membuat lemang mesti ada disiplin dan minat .Banyak proses proses yang perlu dilakukan . Berikut adalah proses proses untuk membuat lemang yang sedap dan enak :-

Ramuan Yang Digunakan Untuk Membuat Lemang

Santan = 3 kilogram + air sedikit Pulut = 3.5 kilogram/ 30 batang lemang

Jenis jenis buluh yang selalu digunakan untuk membuat lemang :


Buluh Telur = Paling sesuai dan juga paling miang Buluh Minyak Buluh Akar

Sumbangan kepada keluarga Menurut Cik Mi menjual lemang merupakan sumber pendapatan utama keluarga beliau .Beliau mengatakan bahawa menjual lemang telah membuatkan hidup beliau menjadi lebih senang . Buktinya ialah , beliau berjaya membeli rumah , kereta Pajero dan motosikal dari hasil titik peluh beliau yang sanggup berdepan dengan bahang api yang membakar lemang .Menurut beliau lagi , menjual lemang juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat sekeliling . Sebagai contoh , ada pelanggan yang datang dari daerah lain , hanya dengan satu tujuan iaitu hanya untuk membeli lemang beliau . Oleh hal yang demikian , perkara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat Membuka peluang pekerjaan. Peniagaan lemang beliau ini juga telah membuka peluang bekerjaan sebagai pembantu dan jurujual untuk menjual lemang .Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi peluang pekerjaan di daerah ini . Reaksi pelanggan Selain itu , lemang yang beliau jual juga telah berjaya memenuhi kehendak pelanggan .Menurut beliau lagi , beliau sering memberi potongan harga kepada pelanggan yang sering membeli lemang beliau .Oleh itu , kebanyakan pelanggan yang sering berkunjung ke gerai beliau tidak pernah memberi komen komen yang negatif walaupun terdapat segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati disebabkan masalah masalah yang tertentu .Tetapi perkara perkara yang sebegini jarang berlaku , kebanyakannya menyukai lemang yang di jual oleh Cik Mi .

Prospek

Dalam industri penjualan sudah pasti banyak cabaran yang dihadapi oleh para usahawan .Menurut beliau lagi , antara cabaran yang beliau hadapi ialah , lemang jualan beliau pernah dituduh sebagai lemang rebus dan ada pelanggan yang mengatakan lemang yang beliau jual , mahal . Kebanyakan penduduk sekeliling , menyukai lemang jualan beliau. Mereka mengalakkan Cik Mi mengusahakan jualan lemang dengan lebih besar lagi , bukan sahaja membuka gerai jualan lemang secara kecil kecilan di Taman Jerna Indah , malahan ada segelintir penduduk yang memberi cadangan agar Cik Mi membuka kedai lemang yang lebih besar . Harapan beliau adalah , beliau berharap pelanggan yang datang ke gerai Lemang Panas Enterprise semakin bertambah dan tidak putus putus membeli lemang beliau .Beliau juga berharap agar anak anak muda pada zaman sekarang boleh melakukan kerja menjual lemang , kerana kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat .

Rumusan
Alhamdulillah ,dengan kesihatan tubuh badan yang dikurniakan dapatlah saya melakukan kajian ini dengan jayanya.Sepanjang proses kajian berlangsung terdapat juga beberapa halangan yang berjaya saya tempuh dengan dengan ketabahan hati. Dalam proses pembelajaran yang paling penting ialah kesabaran kerana dengan kesabaranlah kejayaan dapat ditempuhi.Selain itu saya juga dapat mempelajari akan sesuatu yang bermanfaat iaitu cara-cara membuat lemang.Jikalau kita sebagai anak muda tidak memainkan peranan untuk menyambung warisan turun temurun kita,maka hilanglah budaya mahupun warisan yang diwarisi daripada nenek moyang kita.Sebagai anak bangsa,kita sememangnya perlu mengenal dan mengenang warisan turun temurun kita. Selain itu, saya juga dapat mempelajari ramuan untuk membuat pulut lemang dan mengetahui jenis jenis buluh . Sebagai contoh , buluh telur , buluh akar dan buluh minyak . Dari matra yang berbeza , saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama Cik Mi dan keluarga , yang mana sebelum ini kami tidak begitu rapat . Selepas melakukan kajian ini hubungan kami semakin rapat dan tidak ubah seperti sebuah keluarga . Saya berasa begitu bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan jayanya . Sekian sahaja daripada saya , Terima kasih .

Lampiran.

Di Lemang Panas Enterprise.

Cik Mie sedang mengenalpasti buluh yang ibin diambilnya.

Lemang yang sedia untuk diisi dengan beras.

Lemang yang sedang dibakar.

Lemang Panas Enterprise....Terbaik di Bera....Lagi sedap daripada Bahulu Keratong...

Anda mungkin juga menyukai