Anda di halaman 1dari 30

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam

sejahtera buat para pembaca Komik Niaga.


Tim Komik Niaga mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi, kerana memberikan peluang sekali lagi untuk meny-
empurnakan tugasan kami menghasilkan ezine Komik Niaga edisi
ke 8.
Edisi kali ini akan membawa satu lagi dimensi baru yang
menginspirasikan kepada para pembaca Komik Niaga. Di mana
kami mencoretkan kisah tokoh usahawan tempatan, yang ber-
jaya mengubah dunia animasi tempatan sebanyak 360 darjah.
Individu yang kami maksudkan ini adalah Hj. Burhanuddin, yakni
pengasas syarikat Les Copaque yang cukup sinonim dengan ani-
masi Upin & Ipin. Dalam ezine kali ini, kita akan dapat tahu lebih
banyak isu mengenai beliau.
Bagaimana beliau bermula, dari satu impian kecil menjadi
kenyataan yang berjaya menyentuh banyak jiwa dari seluruh
pelosok nusantara. Serta banyak lagi kisah-kisah yang mencuit
hati dan memberikan 1,001 pengajaran kepada bakal-bakal usa-
hawan tempatan.
Insya Allah, tim Komik Niaga akan terus berusaha dan berkor-
ban untuk memperbaiki ezine menjadi lebih baik dari pelbagai
sudut untuk edisi-edisi selanjutnya.
Sekiranya ezine ini cukup bermanfaat untuk anda, maka
jasa baik untuk menyebarkannya kepada orang
ramai sudah cukup untuk membayar semula
kos-kos pembangunan Komik Niaga ini.
Semoga kita bertemu lagi dalam edisi
akan datang. Salam kejayaan!
Hasbul Aqill & Aqif Azizan
Pengasas Komik Niaga.
www.KomikNiaga.com
Penerbit
Inovattic Solutions
(Part Of Flarebiz Network)
Pihak Pengurusan
Komik Niaga
Matbiz
Abang Is
Hasbul Ariff
Kartunis Ubi
Hasbul Aqill
Aqif Azizan
Krew Komik Niaga
Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Nurul Luvleey
Zamzami
Edy
Irfan Foner
Lya
Diterbitkan Oleh
INOVATTIC SOLUTION
(Part Of Flarebiz Network)
13-4-2, Jalan Semarak Api 2,
Diamond Square Commercial
Centre 53000 Kuala Lumpur
Tel: 603-4031 4641
Email
support@komikniaga.com
HAK CIPTA TERPELIHARA: Di larang sama sekali menerbit se-
mula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari
pihak KomikNiaga.com. Namun begitu, anda dibenarkan bahkan
digalakkan menyebarkan e-komik ini untuk tujuan kebaikkan,
tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.
Dalam perniagaan, pengurusan ibarat sistem yang menjamin
kestabilan syarikat. Bisnes yang mempunyai status gergasi dan
menguntungkan juga mampu jatuh muflis sekiranya gagal dalam
pengurusan bisnes. Perkongsian Prof. Niaga kali ini adalah menjurus kepada tip-tip
pengurusan bisnes. Ini adalah hasil kajian daripada beberapa syarikat gergasi terkemuka
tempatan dan persada dunia.
Pengurusan Bisnes #1 - Simpan Data Pelanggan
Pengurusan Bisnes #2 - Kemaskini Data Pelanggan
Pengurusan Bisnes #3 - Wujudkan SOP (Standard Operating Procedure)
Data pelanggan adalah aset perniagaan. Dapatkan maklumat mereka dan masukkan dalam
perisian data seperti Microsoft Excel. Antara maklumat penting pelanggan adalah:
1. Nama
2. Nombor Telefon
3. Tempat Tinggal
4. Jantina
Ambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam setiap hujung minggu untuk mengemaskini
data pelanggan. Dengan ini, kita dapat melihat perkembangan syarikat dengan jelas.
Serta merangka strategi yang diperlukan untuk memaksimumkan keuntungan menerusi
data-data pelanggan sedia ada.
SOP adalah sistem gerak kerja yang dibangunkan khas oleh syarikat. Ia digunakan untuk
memastikan pekerja mengikuti sistem sedia ada. Kita boleh belajar SOP lebih lanjut meneru-
si syarikat-syarikat francais seperti Mc Donalds dan KFC.
E
disi kali ini Dr. Minda ingin berkongsi dengan para pembaca Komik Niaga mengenai kuasa minda. Buat
pengetahuan umum, Dr. Minda sebenarnya menjalankan kajian terperinci terhadap individu yang cukup
sinonim dengan ayat Saya Kaya & Berjaya.
Ya, beliau adalah Dr. Azizan Osman. Berikut adalah dapatan kajian Prof. Minda selepas bedah siasat rahsia
kejayaan beliau dalam setiap seminar yang dikendalikan.
1.
2.
3.
Setiap Ayat Adalah Doa
Visi Hidup Mesti Jelas
Pilih Kawan yang Betul
Setiap kata-kata yang disebutkan setiap hari adalah doa. Oleh yang demikian, jika kita
mahu berjaya, sentiasa ucapkan kata-kata positif dalam diri sendiri. Ia akan mendorong
peningkat estim diri.
Tahu tujuan kita hidup di muka bumi, serta kenal pasti kelebihan yang Tuhan berikan
untuk memberikan manfaat kepada orang ramai.
Dr. Azizan tidak berkawan dengan orang sebarangan. Kerana beliau mahu mengekalkan
momentum untuk terus mencapai kejayaan.
Semoga perkongsian Prof. Minda mengenai kuasa minda yang ditekankan oleh Dr. Azizan Osman
memberikan 1,001 manfaat kepada para pembaca Komik Niaga. Teruskan usaha untuk mencapai lebih
banyak kejayaan.
Salam dan hai! Baru-baru ini Matbiz berjaya menemubual pengasas Upin & Ipin (siri ani-
masi popular di Malaysia dan Indonesia), iaitu Tuan Hj. Burhanuddin. Selain daripada
mengetahui siapa pengasas di sebalik karakter kartun ini, Matbiz juga berjaya mendapat
beberapa rahsia bisnes daripada beliau. Bagi yang berminat untuk memulakan pernia-
gaan, 3 tip daripada Tuan Hj. Burhanuddin ini berkemungkinan besar dapat membantu
kita untuk lebih cepat berjaya.
Ramai yang menganggap orang yang mempunyai modal bisnes yang besar lebih selamat kerana mereka
ada duit yang banyak. Kenyataan ini tidak betul. Tuan Hj. menyatakan, setiap bisnes pasti ada risiko yang
besar walaupun mempunyai modal atau peruntukan bernilai jutaan ringgit.
Animasi Upin & Ipin tidak akan memperoleh sentuhan yang cantik, tertarik dan menarik sekiranya syarikat
tidak mempunyai pekerja yang berkualiti. Maksudnya, kita mesti mengambil kira keupayaan pekerja untuk
dimanfaatkan sepenuhnya terhadap projek syarikat.
Dalam kes ini, Tuan Hj. Burhanuddin mencari mereka yang hanya mempunyai bakat dalam bidang peng-
hasilan animasi. Oh ya, kebanyakannya terdiri daripada graduan-graduan universiti yang tidak mempunyai
pengalaman.
Semoga perkongsian Matbiz ini memberikan inspirasi kepada pembaca Komik Niaga. Mat-
biz juga sedang berfikir-fikir untuk menghantar rayuan kepada Les Copaque, supaya da-
pat berlakon dalam siri Upin & Ipin akan datang. Oh~!
Betul, betul, betul.
Ayat ini cukup sinonim dengan karakter Upin & Ipin. Dalam masa sama, cari jalan untuk meningkatkan
jenama perniagaan kita secara berperingkat. Siapa tahu, perniagaan kita mampu terbang jauh sehingga ke
Indonesia atau Singapura dalam masa 3 tahun dari sekarang.
Bersedia Hadapi Risiko (Walaupun Ada Modal Besar)
Dapatkan Pekerja yang Berkualiti
Hasilkan Jenama dan Sebut-sebutan
Kamu nak jadi apa? Itulah kata-kata
yang pertama keluar dari mulut orang
tua itu. Berjam-jam aku menemankan
beliau dalam rumah orang tua, baru
sekarang dia buka mulut. Jadi apa pa-
kcik? Aku cuba cari penjelasan. Nada
soalannya seperti teguran sinis, mungkin
aku ada buat silap di hadapannya. Riak
wajahnya agak bengis. Dia marah aku
ke?
Ya, nanti lepas habis belajar kamu nak
jadi apa? Orang tua itu mengulangi
soalannya tadi. Dia perasan yang aku ini
seorang sukarelawan yang masih menun-
tut. Hendak jadi usahawan. Kalau boleh
tidak mahu kerja makan gaji. Aku selit-
kan sekali senyuman. Dia tak senyum
balik.
Kenapa? Pakcik tua itu bertanya lagi. Mata dia
tajam merenung anak mata aku. Rasa seperti men-
duduki temuduga kerja. Serius. Saya dengar orang
kata kalau hendak kaya kenalah kerja sendiri. Makan
gaji buat orang lain kaya sahaja pakcik. Jawab aku
dengan senyum simpul menandakan jawapan ini
bukanlah berbentuk formal.
Jadi kamu nak jadi kayalah ye? Pakcik itu masih
mengekalkan wajah seriusnya. Aku jadi makin tak
selesa. Ada baiknya dia tidak buka mulut tadi.
Kalau bolehlah. Aku tersipu.
Bila dah jadi kaya, kamu nak buat apa? Bertalu-
talu pula soalan dari orang tua ini. Mungkin inilah
sebab tak ramai pelajar sudi jadi sukarelawan di
rumah orang tua. Macam-macam kita boleh buat
pakcik. Ada duit semua boleh jadi. Jawapan secara
am harapnya dapatlah melepaskan aku dari perang-
kap persoalan ini. Aku resah dibuatnya.
Pakcik dulu macam kamu juga. Hendak sangat
jadi kaya. Tapi itu dulu. Pakcik itu menambah.
Sekurang-kurangnya kami sudah ada persamaan.
Common ground. Baru lega sikit rasanya.
Pakcik kerja apa dulu pakcik? Aku pula bertanya.
Bukan apa, baik aku yang bertanya dari dia. Biar dia
pula jadi calon temuduga.
Macam-macam. Asal boleh buat duit semua pakcik
buat. Dia menjawab setelah hampir seminit aku
menunggu dalam kesunyian yang menyiksa. Malu
kalau dia buat tak tahu.
Pakcik merasa jadi kaya? Aku tidak bagi peluang.
Sebelum dia tanya ada baik aku tanya dulu.
Kaya tu memanglah, berjuta duit pakcik, tapi pakcik
tidak dapat apa yang pakcik mahu. Laju jawapan
keluar dari mulut orang tua itu. Kebenarannya tak
dapat untuk dipastikan. Pakcik mahu apa sebenarn-
ya? Mungkin juga dia berhajat untuk jadi billion-
aire.
Pakcik mahu hidup semula. Pakcik mahu nyawa.
Pakcik mahu betulkan semua yang pakcik sudah
buat selama ini. Pandangan pakcik dilontar jauh ke
perkarangan rumah orang tua. Aku terdiam menden-
gar jawapan itu.
Pakcik biar betul. Macam seram bunyinya. Aku
pandang muka pakcik. Dia masih terpaku melihat
pemandangan diluar. Jauh fkirannya melayang
barangkali.
Setelah beberapa ketika berlalu,Pakcik masa mula-
mula berniaga dulu, pakcik tak ada ilmu, tak ada
pegangan agama. Nama sa-
haja Islam tapi serupa isi alam.
Hidup sekadar nak cari makan,
siang malam fkir cari duit sa-
haja. Solat entah kemana, zakat
tak pernah terlintas di kepala.
Sedekah jangan cerita.
Ada riak-riak penyesalan dalam
air mukanya.Pakcik masih
ada masa, masih boleh taubat,
masih sempat buat ibadat. Aku
cuba beri harapan. Selagi hayat
dikandung badan kita semua
sentiasa ada harapan.
Kau cakap senang. Pakcik
sudah buat semua itu tapi hati
pakcik masih tidak tenang.
Mata tuanya turun ke lantai.
Kerut dahinya berselirat tanda
tanggungan hati teramat berat.
Pakcik ada anak? Aku cuba
untuk mengalih bicara. Barang-
kali orang tua-tua sepertinya
suka berkisah tentang anak-
anaknya yang berjaya. Ada.
Ramai. Pakcik tenung aku.
Mungkin aku mengingatkan dia
kepada anak-anaknya.
Minta maaf kalau saya tanya
soalan sensitif sikit. Kenapa
anak pakcik letak pakcik di
sini? Aku perlu tahu. Terka-
dang aku sendiri hairan dengan
fenomena anak yang menghan-
tar orang tua mereka ke rumah
orang tua, mungkinkah kerana
mereka dulu sering dihantar ke
rumah asuhan kanak-kanak?
Ini semua natijah dari apa
yang pakcik cari selama ini.
Kekayaan. Mereka anak orang
kaya. Mereka tak senang mahu
pelihara orang tua seperti pak-
cik. Jawapan sinis dan ironik.
Sindrom anak orang kaya. Pen-
yakit kacang lupakan kulit.
Aku rasa mual dalam hati,
kesal dengan sikap sesetengah
manusia yang mengabaikan
orang tua mereka yang membe-
sarkan mereka dengan penuh
kasih sayang.Bukankah dulu
pakcik pernah kaya? Mereka
hidup hasil pahit jerih usaha
sepanjang usia pakcik. Hati
aku memberontak.
Aku tengok muka orang tua
itu seperti tiada apa yang perlu
dihairankan.Pakcikmahu
mereka hidup senang. Pak-
cik tidak mahu mereka susah
macam apa yang pakcik alami
dulu. Sekarang mereka dah
senang. Kata-kata pakcik
mengalir tenang. Redha dan
pasrah dengan ketentuan yang
dihadapinya.
Sunyi seketika. Aku melayan
mazmumah serta amarah
dalam hati. Orang tua itu me-
layan panorama petang yang
tenang.
Pakcik silap. Pakcik ingat bila
pakcik bahagi-bahagikan harta
semasa pakcik masih hidup
maka tidak timbullah masalah
berebut harta selepas pakcik
mati. Pakcik tidak mahu anak-
anak pakcik bergaduh sesama
mereka kerana harta.
Jadi, pakcik bahagi-bahagikan
segala apa yang pakcik ada
sama rata, tukar kepada nama
mereka, segala harta, segala
kuasa, pakcik pindahkan ke-
pada mereka. Pakcik cadang
hendak habiskan usia tua
berehat dan bermain dengan
cucu-cicit. Pakcik silap.
Mulanya, semua nampak
bahagia. Semua puas hati.
Selang beberapa tahun se-
muanya berubah. Rancangan
pakcik makan diri. Walaupun
pakcik masih hidup, anak-anak
pakcik nampaknya sudah mula
lupakan pakcik. Pakcik mereka
anggap seperti perabut lama
yang menyemak pada pandan-
gan mata, tak sesuai dengan
citarasa serta hiasan dalaman
rumah mereka.
Mereka sibuk dengan kerja,
dengan urusan bisnes, semua
orang sibuk zaman sekarang.
Tiada siapa sudi untuk tengok-
kan pakcik yang dah uzur ini.
Jadi pakcik minta dihantar ke
sini. Sekurang-kurangnya di
sini ada petugas boleh tengok-
tengokkan pakcik. Pakcik ada
kawan-kawan sebaya. Pakcik
tidak sunyi.
Mereka tak bantah? Aku
perlu tahu. Adakah semudah
itu orang tua ini tercampak ke
sini tanpa sebarang rasa simpati
dari anak-anaknya?
Mulanya mereka tak setuju.
Mereka tak mahu reputasi
mereka di mata masyarakat
tercalar dengan hal sebegini.
Namun selepas mereka berbin-
cang, akhirnya semua sepakat.
Mereka setuju dan berjanji akan
jenguk pakcik selalu. Itu janji
manis yang masih tinggal janji
sampai ke hari ini.
Pakcik nampak tegas. Sebagai
bekas usahawan, sudah pasti
apa yang diusulkan telah difkir-
kan masak-masak dari segenap
sudut. Dia tahu apa yang dia
mahu dan dia tahu anak-anakn-
ya akan sampaikan hajatnya.
Andai boleh diulang balik
masa, agak-agak apa yang
pakcik nak ubah dalam hidup
pakcik? aku mengandaikan
jawapannya tentu berkisar
tentang cara dia mendidik
anak-anaknya. Seorang anak
yang soleh tidak mungkin terga-
mak melepaskan orang tuanya
menghabiskan sisa-sisa hayat
sendirian tanpa ditemani kaum
keluarga.
Niat pakcik masa muda-muda
dulu. Pantas jawapan itu ke-
luar dari mulut pakcik. Seolah-
olah persoalan itu telah lama
dipendamnya, menunggu masa
untuk dizahirkan.
Niat? Aku tak faham.
Ya, dulu niat cuma nak cari
harta, nak jadi kaya, nak hidup
senang. Niat pun dah tak betul,
mana hidup nak berkat. Pak-
cik menerangkan namun masih
terasa perlunya pencahayaan
lanjut. Bukankah kita semua
pun mempunyai niat yang
sama?
Takde niat kerana Allah? aku
cuba meneka jawapannya dan
aku yakin aku betul, seratus
peratus pasti.
Ada. Bila orang tanya macam
itulah bunyinya. Usaha kerana
Allah. Berniaga kerana Allah.
Kerja lintang pukang siang
malam kerana mencari rezeki
Allah.
Cakap pandai. Niat sebenar
hanya Allah
sahaja yang
tahu. Kita
sendiri kadang
-kadang tak
tahu apa niat
kita, mana kita
letak Allah
dalam hidup
kita, yang
penting
mahsyuk.
Bila dah
terbuang
macam ini
baru kita
terfkir,
dulu kita lebih dahulu buang
Allah dari hidup kita. Barulah
padan dengan muka kita.
Memang terbukti pemikiran
orang tua seperti beliau
jauh mendalam hikmahnya
dan tidak ternilai harganya,
bentuk-bentuk pemikiran dari
pengalaman hidup sebeginilah
barangkali yang dimaksudkan
oleh sesetengah ahli fkir yang
dikatakan lebih afdhal dari
melakukan solat sunat seribu
rakaat.
Jika niat tak tepat mana mung-
kin ibadat akan ada berkat,
biarpun kuantitinya banyak
kualitinya kita tak mungkin
dapat.
Masa-masa sunyi namun tidak
sepi kami biarkan berlalu
dalam renungan tentang erti
hidup.Walau macam mana
pun, pakcik bersyukur. Allah
tunjukkan pada pakcik semasa
pakcik masih hidup. Sekurang-
kurangnya masih ada masa
untuk pakcik taubat, mengin-
saf segala kesilapan yang telah
pakcik perbuat . Sisa-sisa usia
yang berbaki masih sempat be-
ramal. Allah Maha Penyayang.
Kalau Allah tak sayang mana
mungkin pak cik dapat peluang
sebegini.
Berapa ramai orang yang pergi
dijemput Ilahi dalam mereka
sibuk mengejar dunia. Tak
sedar maut mengejar mereka.
Allahurobbi.
Ada terukir senyum diping-
gir bibir beliau. Tanda syukur.
Nikmat Allah tak mampu kita
ukur.
Maaf Pakcik, ada pelawat
mahu bertemu dengan pakcik.
Mari saya bawa pakcik ber-
jumpa dengan mereka. Petu-
gas rumah orang tua mencelah.
Pakcik nampak hairan.
Petang itu aku berpeluang men-
yaksikan satu lagi keajaiban
kuasa Allah yang Maha Menga-
tur. Pakcik akhirnya menerima
kunjungan dari anak-anak serta
cucu-cicit beliau.
Aku doakan agar pakcik dapat
apa yang dia hajatkan selama
ini, peluang kedua untuk hidup
semula. Amin Ya Rabbal Ala-
min.
Sememangnya aku nampak
wajah pakcik sungguh gembira,
dikala aku berjalan meninggal-
kan pakcik bersama keluargan-
ya yang menyambutnya dengan
penuh kasih sayang, aku
melihat jasad
lemahnya
nampak
kembali
bertenaga,
senyumannya
ceria, matanya
bercahaya.
Pakcik sudah
hidup semula.
Tamat
Filem animasi tempatan sudah mula bertapak sejak tertubuhnya
Unit Filem Negara pada tahun 1946.Siri animasi tempatan juga mempunyai
pengikut yang ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Jika suatu ketika dahulu kanak-kanak dan
remaja hanya mengetahui watak dan cerita kartun Jepun dan Amerika, Doraemon, Spongebob. Tetapi
sekarang mereka tertarik kepada sesuatu yang lebih hampir dengan negara dan kebudayaan mereka.
Antara flem animasi yang terawal muncul adalah diantara tahun 1984 hingga 1987 iaitu kisah Sang
Kancil & Monyet, kisah Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak.
Dalam Edisi 8 ini, kak Luvleey kongsikan 4 flem animasi yang pernah ditayangkan dan sedang ditayang-
kan di pasaran Malaysia. Ya, mungkin anda boleh mengimbau kembali siri animasi yang pernah menjadi
kegilaan anda ketika usia kecil.
5 Siri & Filem Animasi Tempatan Pilihan Rakyat Malaysia
Siri animasi Keluang Man disiarkan di kaca televisyen tempatan (RTM) sekitar
tahun 1998-2003.Pada tahun 2008, siri animasi ini telah diulang tayang di TV9
Malaysia. Kisah penceritaan disebali kanak muda yang bernama Burhan, iaitu
individu disebalik topeng Keluang Man. Bersama-sama pembantunya, Tiongman
yang membantunya menumpaskan musuh negara.
Usop Sontorian adalah antara siri animasi Malaysia yang pertama. Siri animasi
ini telah direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma
Pictures Sdn. Bhd pada sekitar tahun 1993-1996. Mengisahkan seorang kanak-
kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto. Usop mempu-
nyai beberapa rakan sekampung iaitu Abu, Dol, Ah Kim, Velludan Singh.Filem
animasi ini telah mencipta sejarah awal apabila mendapat sambutan luar biasa-
daripada masyarakat Malaysia dan Jepun, iaitu ketika ditayangkan pada
Festival Animasi Asia, tahun 1996.
1. Keluang Man
2. Usop Sontorian
Anak-anak Sidek merupakan komik, serta siri animasi yang diterbitkan di Ma-
laysia.Komik menceritakan komik biograf keluarga jaguh badminton Negara
iaitu keluarga Sidek. Siri animasi ini dimulakan dengan kisah Haji Sidek dengan
isterinya sehingga membawa kelahiran Misbun dan adik-adiknya, iaitu Razif
(Ajib), Jailani (Alan), Rahman (Aman), Rashid (Adul). Kisah keseluruhan siri
animasi ini menceritakan gelagat kenakalan kelima-lima anak lelaki Haji Sidek
ini ketika mempelajari sukan badminton sehingga berjaya menempah nama di
persada dunia.
Boboiboy adalah sebuah siri animasi yang diterbitkan oleh syarikat Animon-
sta Studios. Berkisar tentang seorang adwira kanak-kanak yang mempunyai
kuasa bersama-sama rakannya melindungi bumi daripada ancaman makhluk as-
ing. Musim pertama siri Boboiboy disiarkan di TV3 pada Mac 2011. Seterusn-
ya musim kedua pada penghujung bulan Mei 2012. Jika siri animasi Upin&Ipin
terkenal dengan kata-kata ikutan betul-betul, siri Boboiboy pula terkenal
dengan kata-kata ikutan terbaik.
3. Anak-anak Sidek
4. BoboiBoy
www.komikniaga.com/download
www.KomikNiaga.com

Anda mungkin juga menyukai