Anda di halaman 1dari 44

Kisah Kejayaan

Ju
ta
w
a
n
H
a
rta
n
a
h
3
T
ip
K
e
ja
y
a
a
n
B
isn
e
s
H
a
r
t
a
n
a
h
H
a
k
C
ip
t
a
Dr. Shah Razali
5 Lam
an Direktori Khas
Pengenalan M
engenai
Tem
uram
ah Bersam
a Prof N
iaga
(Bahagian Pertam
a) - Kartunis
Untuk Pelabur Hartanah
T
a
k
b
u
r

&
T
a
k
b
ir
N
ik U
ja
n
g
www.KomikNiaga.com
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam keusahawanan,
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Kerana berkat
keizinanNya, kami di tim Komik Niaga mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk meneruskan
perjuangan kami bagi memandaikan bangsa.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong Komik Niaga, yang tidak
putus-putus memberikan respon positif dan meyokong usaha kami untuk menjadikan Komik Niaga
sebagai wadah usahawan dalam bentuk lebih santai dan sempoi.
Khususnya buat golongan remaja, kami mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana
menganggap Komik Niaga sebagai wadah informasi keusahawanan di Malaysia. Buat pengetahuan
kalian semua, kami sentiasa menaik taraf kualiti Komik Niaga agar setiap informasi yang disalurkan
mempunyai nilai informasi yang bermanfaat, santai dan
bersahaja. Supaya input-input dalam e-zine kami ini dapat membantu para penyokong untuk menjadi
seorang usahawan berjaya.
Dalam edisi kali ini, tim Komik Niaga membawakan khas seorang usahawan kaya dan berjaya. Yakni
tidak lain tidak bukan, Dr. Shah Razali.
Beliau merupakan seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan, terutamanya
pelaburan hartanah. Edisi kali ini akan membawa kita kepada jalan cerita kehidupan Dr. Shah Razali,
untuk menjadi seorang usahawan jutawan, kaya dan berjaya.
Mudah-mudahan setiap satu daripada strip komik yang disediakan dalam Komik Niaga kali ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua. Tidak ada kepuasan yang mutlak bagi kami, selain
daripada melihat para penyokong Komik Niaga seperti tuan dan cikpuan berjaya membangunkan
perniagaan menerusi e-zine yang kami terbitkan.
Terima kasih sekali lagi kerana menyokong kami. Terima kasih kerana mem-
bantu kami menyebarkan Komik Niaga di seluruh Malaysia, mahupun
di seluruh dunia.
Semoga kita semua terus bersemangat untuk mencapai impian
menjadi usahawan kaya dan berjaya, dunia dan akhirat. Teruskan
usaha kita untuk menyebarkan berita baik agar lebih ramai dapat
mengetahui kehadiran Komik Niaga untuk membantu mereka.
Semoga tuan dan cikpuan peroleh pahala yang berpanjangan
apabila menyebarkan ilmu yang bermanfaat menerusi ruang sedia
ada seperti Internet, Facebook dan sebagainya.
Jumpa kita di lain hari. Salam usahawan!
Hasbul Aqill dan Aqif Azizan
Pengasas Bersama
Komik Niaga
www.KomikNiaga.com
Penerbit
Inovattic Solutions (Part Of Flarebiz Network)
Pihak Pengurusan Komik Niaga
Matbiz
Hasbul Ariff
Kartunis Ubi
Abang Is
Hasbul Aqill
Aqif Azizan
Krew Komik Niaga
Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Nurul Luvleey
Zamzami
Edy
Irfan Foner
K
r
e
w
K
o
m
ik
N
ia
g
a
Temuramah Prof. Niaga
b
er
s
a
m
a
D
r. S
hah R
azali
Prof Niaga: Boleh Dr. Shah Razali kongsikan 3 tip perniagaan kepada
para pembaca Komik Niaga?
Dr. Shah Razali: Berdasarkan pengalaman saya berkecimpung dalam
dunia perniagaan dan pelaburan, berikut saya kongsikan 3 tip yang
boleh dimanfaatkan oleh para pembaca Komik Niaga.
Apabila kita berada dalam kesukaran, jangan mengaku kalah. Biasanya manusia
yang gagal adalah mereka yang membuat keputusan untuk berhenti. Sentiasa
ingat, penderitaan bukan satu titik noktah dalam perjuangan kita.
Jadikan penderitaan itu sebagai satu emosi berkuasa untuk mendorong kita
berjuang sehingga mencapai kejayaan.
Gabungkan tiga kekuatan dalam kehidupan kita iaitu ilmu, kekuatan zahir dan
kekuatan rohaniah. Jika kita tidak ada salah satu daripadanya, maka kita
berkemungkinan besar tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan.
Malah jika kita berjaya, ia tidak bertahan lama. Oleh itu, sinergikan ketiga-tiga
jenis kekuatan ini. Bagi yang beragama Islam, kekuatan rohaniah kita adalah
berdoa dan bergantung pada rezeki Allah.
Sentiasa turun membantu orang yang susah. Tidak ada nikmat yang lebih indah
selain daripada membantu orang yang lebih memerlukan pertolongan daripada
kita. Apabila membantu, bantu seikhlas yang kita mampu.
Allah adalah Tuhan yang Maha Adil. Lagi banyak kita membantu orang, lebih
banyak pertolongan Allah akan disalurkan kepada kita.
1
2
3
Obesi
K
e
j
a
y
a
a
n
Terhadap
Perniagaan Menghasilkan
D
r. M
in
d
a
H
ai pembaca Komik Niaga! Dalam perkongsian kali ini, Dr.
Minda telah menjalankan satu eksperimen terhadap kuasa
minda.
Ia berkait rapat dengan obsesi. Obsesi bermaksud keghairahan
manusia untuk melakukan sesuatu tanpa menghiraukan sebarang
situasi.
Mungkin kita akan kaitkan isu
obsesi ini dengan Facebook. Tetapi
dalam perniagaan juga mempunyai
obsesi. Yakni obsesi yang dapat
menghasilkan input dan output
kejayaan dan kekayaan.
Obsesi Untuk Berjaya
Dalam Perniagaan
Obsesi Untuk Berjuang
Habis-habisan
Obsesi Untuk Berfkiran Positif
Apabila kita bangun tidur, kita berasa
tidak sabar untuk melihat pelan
perancangan dan tindakan harian
bagi membangunkan perniagaan kita.
Ini merupakan satu tanda yang
menunjukkan kita terlalu obses
untuk berniaga.
Orang yang mempunyai daya obsesi
yang tinggi terhadap perniagaan akan
mempunyai sikap tidak takut gagal.
Bagi mereka, kegagalan itu tidak
wujud. Mereka akan terus belajar
daripada kesilapan dan memperbaikin-
ya dari semasa ke semasa.
Gabungan daripada kedua-dua obsesi sebelum ini
akan menghasilkan satu lagi obsesi, iaitu ketaksuban
untuk berfkiran positif.
Kajian Dr. Minda mendapati, usahawan yang kaya
dan berjaya adalah mereka yang sentiasa mempunyai
sikap dan berfkiran positif. Dengan kata lain, mereka
sendiri yang memilih sama ada untuk berfkiran positif
atau negatif.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat
kepada pembaca Komik Niaga. Di sini Dr. Minda ingin
kongsikan satu quotes tentang obsesi:
O
bsession led m
e to
w
rite. Its been that w
ay
w
ith every book Ive
ever w
ritten. I becom
e
com
pletely consum
ed
by a them
e, by
characters, by a desire
to m
eet a challenge.
- A
nne R
ice.
Erins Double
Allah tak akan ubah nasib
sesuatu kaum itu sehinggalah
kaum itu mengubah nasibnya
sendiri...tak gitu? kata Datuk
Afdal, sepotong maksud ayat
dari Al-Quran yang bertujuan
sebagai dalil bagi maksud yang
cuba untuk dia sampaikan
kepada penulis.
Gitu-gitu. Hehehe...Benar kata
Datuk. angguk Saud, penulis
yag dimaksudkan.
Hahaha. Ini nak jadi kaya, nak
jadi bangsa berjaya, tapi duduk
di takuk lama. Mana mahu
camtu. Datuk Afdal tertawa
seolah mentertawakan
sesetengah golongan manusia
yang baginya tidak memahami
ayat yang dipetiknya tadi.
Golongan yang ketinggalan.
Ni le masalah bangsa kita ye
Datuk. Saud menambah. Dia
sokong apa saja yang dikatakan
oleh Datuk Afdal kerana
sebagai penulis dia perlu
pandai merangsang subjek
yang hendak ditulisnya agar
modal bahan penulisannya
tidak tersekat.
Masalah zaman berzaman.
Dari zaman kene jajah sampai
le sekarang. Otak tak merdeka.
Nak jadi bangsa berjaya
kenalah mencontohi mereka
yang dah berjaya. Ini semuanya
nak ikut Nabi. Nak ikut Nabi
kene duduk padang pasir. Kena
naik unta. Ni tengok orang naik
Mercedes pandang semacam
aje. Zaman Nabi mana ada
Mercedes...ini semua Nabi tak
buat...Bidaah semua ni! Boleh
masuk neraka! Hahaha...
Datuk Afdal makin ghairah
berkata-kata kerana bukan
selalu dia diampu sedemikian
rupa. Semuanya benar belaka.
Jadi apa pesan Datuk kepada
semua yang nak ubah nasib
mereka? Saud sedar bahan
yang diperkatakan oleh
Datuk Afdal tadi mungkin
tidak akan ditulisnya dalam
artikel tentang hartawan ini,
terlalu sensitif bagi sesetengah
pihak. Saud cuba mengalihkan
aliran pemikiran kearah yang
lebih konstruktif.
Pesanan saya ialah hidup kena
guna akal. Otak Tuhan bagi
jangan letak kat lutut. Jangan
jadi jumud. Ada peluang ambil,
jangan dok terkebil-kebil.
Kamu lambat orang lain sebat,
tinggal le kamu terkulat-kulat.
Saya berjaya kerana saya
memang dari kecil dah
terbiasa dengan buat
keputusan cepat. Salah betul
belakang kira, yang penting
kita kena rebut peluang bila
nampak ia terbuka. Berhati-
hati sangat tu yang buat kita
ketinggalan. Nak buat apa
semua nak rujuk imam, nak
rujuk ustaz, nak buka kitab,
elok dapat jawapan aje orang
lain dah rembat. Padan muka.
Hahaha...hidup mesti mau
konfden, tak boleh konfus.
Now or never. Datuk Afdal
terus berhujjah tanpa sebarang
keraguan. Dia yakin
pegangannyalah yang benar
kerana selama ini segalanya
sering berpihak kepadanya dan
dia percaya benar ini adalah
ketentuan Tuhan yang berpihak
kepada orang-orang yang
berusaha sepertinya. Man jadda
wa jada, siapa berusaha dia
akan beroleh.
Fuh! Hebatlah Datuk. Berko-
bar-kobar semangat saya nak
ikut jejak langkah Datuk jadi
insan yang berjaya.
InsyaAllah artikel ni akan saya
siarkan secepat mungkin agar
anak-anak bangsa kita akan
sedar dari tidur dan berusaha
lebih gigih untuk berjaya. kata
Saud penuh semangat seperti
peserta seminar motivasi yang
baru habis sesi. Hatinya
melonjak gembira kerana
baginya kata-kata hikmah dari
Datuk Afdal tadi bukan senang
untuk diperolehi sebagai
panduan pembaca yang
dahagakan petunjuk untuk
meraih kejayaan dan
sememangnya Datuk Afdal
adalah model insan yang
berjaya, tidak siapa dapat
menyangkalnya. Fakta!
Eloklah tu. Saya kalau orang
nak nasihat percuma memang
saya bagi cuma saya sibuk, tak
ada masa. Saya kalau boleh nak
aje buat seminar serata negara
untuk membuka minda
anak-anak bangsa agar
semuanya boleh berjaya,
boleh buat transformasi, boleh
bergerak maju dengan dunia
tanpa sempadan era globalisasi
masakini. Ini aje lah cara
saya nak beri balik kepada
masyarakat, menyumbang
untuk bangsa dan negara,
berkhidmat untuk rakyat. Nak
senang bukan susah, jangan
fkir susah-susah, semuanya
mudah. Tuhan tak suka kita
jadi orang susah, buat malu
agama aje. Ini bila sebut aje
Islam, orang luar nampak
orang susah, pengganas,
perusuh, melalak sana-sini
macamlah semua orang yang
tak pergi masjid tu syaitan. Tu
sebab saya tak berapa minat
nak ke masjid. Kalau dulu
politik kat kedai kopi, sekarang
dah pindah ke masjid. Baik
saya kerja kuat kat pejabat,
asalkan saya solat, Tuhan
tahulah apa yang kita buat.
Datuk Afdal bukanlah seorang
yang anti-Islam namun
keIslaman baginya tidak perlu
diterjemahkan kepada
persoalan harian. Cukuplah
Islam itu antara dia dan
Tuhan. Bukan dia malu jadi
orang Islam tapi dia percaya
umat Islam masakini
memalukan Islam di mata
dunia jadi dia lebih selesa
dilihat liberal dan tidak suka
dilabel-label, apatahlagi dalam
soal agama.
Datuk dah pergi Mekah?
Saud tiba-tiba menanyakan
soal agama. Mungkin itulah
soalan yang telah dia siapkan
awal-awal lagi dan dia sekadar
mengikut perancangannya.
Dia percaya Datuk Afdal belum
menunaikan fardhu haji kerana
jika tidak masakan gelarannya
hanya Datuk Afdal, bukan
Datuk Haji Afdal. Manalah
tahu Datuk Afdal dah
menunaikan umrah, quota
hajinya belum tiba giliran lagi.
Saya dah pergi seluruh dunia
kecuali Mekah. Dont get me
wrong, bukan saya tak nak ke
Mekah tapi saya percaya
panggilan dari Tuhan hanya
akan tiba bila kita sedia.
Berapa banyak artis, ahli
politik, ahli perniagaan
berjaya pergi Mekah dan ada
yang dah jadikannya acara
tahunan tapi balik Malaysia
serupa gitu aje. Yang artisnya
tetap tak tutup aurat. Yang
politiknya tetap menipu. Yang
berniaganya tetap tamak
haloba. Buat malu title haji
dan hajjah aje. InsyaAllah
bila Tuhan seru saya ke sana,
saya akan sampai ke Mekah.
kata Datuk Afdal penuh yakin
tentang hukum Islam yang
kelima itu. Dia mampu jika
diukur dari sudut ekonomi tapi
dia ada pendapatnya sendiri.
Bagi Datuk Afdal, dia percaya
bahawa tiada paksaan dalam
beragama. Tiada siapa patut
paksa sesiapa sahaja
melakukan haji, mahupun apa
sahaja amalan lain. Baginya
amal perlukan keikhlasan,
masakan ada keikhlasan bila
berlaku keterpaksaan.
Betul juga tu. Kita ni duduk
tawaf padang golf ni pun lagi
baik dari tawaf kat Mekah
kalau ini mampu buat kita
berubah, boleh buka minda.
Saya setuju pendapat Datuk.
tambah Saud menyokong
pendirian Datuk Afdal dalam
hal haji yang disoalnya tadi.
Dia rasa kurang selesa dengan
kenyataan Datuk Afdal tadi
tapi sebagai penulis dia perlu
bersikap neutral. Ini ruangan
kisah Datuk Afdal, dia hanya
penulis dan tugas penulis ialah
menyampaikan apa yang dia
dengar dalam bahasa yang
tersusun. Itu sahaja.
Kamu ni macam perli saya
pulak. Tawaf padang golf.
Datuk Afdal menegur selamba.
Bukan macam tu Datuk.
Hehehe...saya kata pusing
padang golf sambil sembang
dengan Datuk macam ini lagi
berfaedah sebab banyak ilmu
yang saya dapat. Bukan senang
nak dapat tips-tips kejayaan
dari jutawan berjaya macam
Datuk. Saya sendiri pun belum
pergi Mekah. Datuk jangan
ambil hati ye. Saud nampak
menggelabah. Dia tanpa
disangka telah membuat Datuk
Afdal rasa tersinggung.
Hahaha. Takdelah. Kelakar
juga mendengarnya. Datuk
Afdal cuba berselindung
disebalik hilai tawa. Dia me-
mang terasa. Isu agama bukan
kekuatannya tapi dia tidak
mahu nampak lemah, bukan
dihadapan penulis yang akan
menaikkan namanya
dimata para peminatnya, para
pemujanya, para pengikutnya
yang sedia maklum tentang
kehebatannya dalam bidang
keusahawanan, bukan bidang
agama. Agama letak tepi dulu.
Hehehe. Syukur
Alhamdulillah. Saud
tersenyum lega.
Saya memang suka main golf.
Ini cara saya tenangkan fkiran
setiap hujung minggu. Masing-
masing ada cara masing-masing
untuk release tension. Yang
kaki masjid ke masjid, yang
kaki pancing pergi mancing.
Saya mengaku saya kaki golf,
jadi inilah hobi saya. Dulu masa
saya susah, baru nak mula
berniaga, saya akui memang
saya cemuh orang main golf
ni. Golongan Orang Lemah
Fikiran...GOLF!
Sekarang bila dah berjaya saya
tak fkir macam tu lagi. Hanya
orang yang lemah fkiran aje
yang kata orang yang minat
main golf ni golongan orang
yang lemah fkiran. Sini
padang permainan orang-orang
yang dah berjaya. Kamu nak
berjaya kena la berjinak-jinak
dengan permainan orang
kaya-kaya. Pepatah melayu
kata apa? Masuk kandang
kambing mengembek, masuk
kandang rimau mengaum!
Datuk Afdal tidak pernah kalah
dalam bab kata-kata. Apa yang
keluar dari mulut Datuk Afdal
seolah mutiara yang
bertaburan. Setiap ayatnya
memukau.
Hahaha. Benar tu Datuk. Yang
nak mengembek boleh terus
mengembek. Kita Harimau
Malaya nak mengaum. Saud
menyambut girang. Dia suka
apa yang Datuk Afdal
perkatakan sebentar tadi.
Sangat sesuai dengan konteks
rencana yang mahu ditulisnya.
Anekdot sebegini
sememangnya menarik minat
pembaca. Kisah dahulu dan
sekarang seorang usahawan
berjaya. Sebuah perbandingan.
Sebuah transformasi. Segalan-
ya Saud catat, Saud rakam.
Allahuakbar... terdengar
sebutan takbir perlahan keluar
dari mulut Datuk Afdal.
ALLAHUAKBAR. TAKBIR!
Saud yang sibuk mencatat di
buku catatannya melaungkan
takbir dengan semangat,
menyambut sebutan takbir
Datuk Afdal.
Aduh...Jantung saya... Datuk
Afdal membongkok sambil
memegang dadanya dengan
wajahnya kelihatan pucat. Kayu
golfnya terlepas dan jatuh ke
tanah.
Datuk? Kenapa ni Datuk?
Saud terkejut melihat keadaan
Datuk Afdal yang tiba-tiba
dalam keadaan distres.
Pil jantung...Aduhai...Argh...
Datuk Afdal terduduk atas
rumput. Ternyata Datuk Afdal diserang sakit jantung.
Pil jantung? Datuk letak kat mana?...Datuk?...Datuk? Saud
semakin menggelabah. Dia sepatutnya menulis artikel tentang
kejayaan Datuk Afdal, bukan obituari.
Aku belum sedia nak mati...Aku belum pergi haji... Datuk Afdal
sudah terbaring diatas padang golf. Peluhnya terpercik di dahi
dan di pipi. Matanya terbelalak menandakan keperitan yang tidak
sedikit.
Datuk? Mana Datuk letak pil Datuk? Saud menggeledah kocek
seluar Datuk Afdal. Tiada pil yang di maksudkan.
Aku belum puas main golf lagi... Datuk Afdal menggeletek
kekejangan. Wajahnya kebiru-biruan.
Mustahil dia dapat ke hospital dalam masa terdekat kerana hanya
mereka berdua sahaja yang berada di tengah padang golf ini di
waktu senja sebegini. Terdengar laungan azan di kejauhan tanda
masuknya waktu Maghrib.
Datuk! Mengucap Datuk! Asyhaduallailahaillallah...
Waasyhaduannamuhammadarrasulullah... Saud
membisikkan syahadah ke telinga Datuk Afdal yang kaku
terbaring diatas padang golf.
Disclaimer: Artikel ini hanyalah khayalan penulis sahaja. Tiada kena
mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia.
Segala yang baik kita jadikan tauladan serta yang buruk kita jadikan
sempadan.
Allah anugerahkan kita akal...dan hati...dan agama Islam...dan
Al Quran...dan Al Hadis. Jangan berhenti pada kecerdasan akal fkiran
kerana selalu kita mati akal...jangan sekadar merasa guna hati kerana
perasaan kita boleh terkeliru menjadi perasan...kembalilah sepenuhnya
kepada agama Islam bukan secara ala kadar...hayatilah Al Quran kerana
ianya mukjizat dan ilmu dan hikmahnya hanya akan terbuka kepada
mereka yang ikhlas mencarinya...dan jangan tinggalkan Al Hadis kera-
na Allah menyeru kita mengikut Nabi s.a.w dan sesiapa yang berpegang
pada kata-kata Baginda s.a.w dijanjikan Allah petunjuk dan hidayah.
Wallahualam.
A
ssalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua,
Percayakah, dengan kewujudan medium internet, segala perkara
yang melibatkan jual beli hartanah kini semakin mudah.
Jika sebelum ini, para pelabur hartanah perlu mengadakan kempen promosi secara offine seperti
melanggan slot pengiklanan di majalah hartanah, di dada akhbar. Kini kesemuanya beralih kepada
medium online.
Bahkan, kos pengiklanan online juga berpatutan serta jauh lebih murah jika dibandingkan dengan
kos pengiklanan offine.
Pada Sudut Skodeng edisi kali ini, Luvleey suka untuk kongsikan 5 laman direktori hartanah.
Dimana kelima-lima direktori ini merupakan laman pilihan utama pelabur-pelabur hartanah di
Malaysia dalam kegiatan jual beli hartanah mereka.
Moga kalian suka dengan perkongsian kali ini dan jumpa lagi untuk edisi-edisi akan datang!
www.homeguru.com.my www.iproperty.com.my www.propwall.my
www.mudah.my/Property www.propertydir.com
E-komik ini diberikan
PERCUMA!
Hak cipta terpelihara oleh KomikNiaga.com,
dilarang sama-sekali menerbit semula dalam
lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan
kebenaran bertulis dari pihak KomikNiaga.
Namun begitu anda dibenarkan, bahkan
digalakkan menyebar e-majalah ini untuk
tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan
sifatnya tanpa sebarang ubahan.
Inovattic Solution
(Part of Flarebiz)
www.KomikNiaga.com

Anda mungkin juga menyukai