Anda di halaman 1dari 20

DISCLAIMER

Jumlah keuntungan RM1000 dalam 8 hari bukanlah fixed. Lumrah &


adat berniaga, income tidak menentu, ada masa sikit, ada masa
banyak. Yang penting, teruskan mencuba dan jangan putus asa.

COPYRIGHT

Ebook Case Study ini ialah hak milik Al-Farabi Shariff


(www.alfarabishariff.com) dan anda dilarang untuk edarkan, edit, copy
paste dll tanpa kebenaran penulis.

BONUS

Ada UNANNOUNCED BONUS di hujung Case Study ini. Baca sekarang


dengan tenang dari awal sampai akhir. Percayalah, tak sampai 10 minit
pun. 
Tak Kenal Maka Tak Chenta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Al-Farabi Shariff merupakan seorang Fresh Graduate 2015 dari sebuah IPTA

(Degree In Engineering), seorang full-timer Internet Marketer dan suka minum


white coffee.

Passion& kepakaran beliau ialah “Internet Marketing”, khususnya dalam Affiliate &
Paid Advertising dan sanggup berhabis duit melabur untuk ilmu Marketing.

Beliau terkenal dengan Leverage Bisnes Online nya menjadi hampir 80%

Automated, dan bagaimana mula berniaga & buat duit dengan tangan kosong.

Beliau sangat benci pada orang yang suka tayang “duit kipas” dan kereta mewah,

skim cepat kaya dan juga orang yang berniaga tanpa kuasai ilmu pemasaran.
Servis dan perkongsian beliau bukan untuk mereka yang sudah pakar dan sudah
stabil buat duit 4-5 angka sebulan, tapi untuk mereka yang teringin nak ada

tambahan pendapatan sampingan dan mahu mula berniaga online.

Ebook ini ialah “Real Case Study” saya sendiri, ketika awal-awal saya ceburi bidang
bisnes online.

Saya akan kongsikan direct to the point, tanpa ayat bunga-bunga. Agar lepas baca,
anda juga boleh praktikkan.

Percayalah, tak sampai 7 minit pun nak habis baca semua ni. 

Step 1 : Survey Demand produk.

Saya selalu pergi ke group jualan di Facebook, dan lihat apakah produk hot,
trending yang iklannya mendapat banyak engagements seperti likes dan

comments.

Saya pastikan produk tersebut masih baru dalam pasaran dan belum tepu lagi.

Oleh itu kena kerap survey di group FB seperti Terbaik E-Store, Terbaik E-Shop, dll.

(untuk tahu lebih dalam tentang ini, boleh download "Unannounced Bonus" saya di
akhir case study ini nanti)

Dalam kes saya, sedang saya survey-survey, tiba-tiba tengah hot dan trending

dengan produk “Turtle Lamp”.


Masa tu Turtle Lamp masih baru. Apa lagi, saya pun terus cari pembekal untuk jadi
agen dropship.

PS : Agen Dropship ialah cara buat duit/menjual tanpa keluar modal.

Anda jadi agen kepada pemborong produk, anda promosikan.

Contoh harga agen untuk Turtle Lamp RM20, kos pos RM6. Saya jual dan

promosikan dengan harga RM40. Tambah pos RM6.

Customer bank in pada saya RM46, saya bank in pada pemborong RM26.

Untung RM20.

Pemborong yang uruskan penghantaran. Kita tak perlu pegang barang, tak

perlu uruskan pos. Jimat banyak masa. Cuma keuntungan sajalah kurang

sedikit. Namun, ini bagus untuk permulaan & pengalaman.


Step 2 :Cari Pembekal Produk & Jadi Agen Dropship Mereka.

Selepas saya kenal pasti produk apa yang sedang “panas” dan masih baru,

Saya akan cari pembekal kepada produk tersebut.

Kebetulan pada waktu yang sama, saya ada ternampak seorang pembekal sedang

buat iklan cari agen di Facebook, dan bestnya, kebetulan juga, pembekal tersebut
ada produk yang saya nak promote. (Turtle Lamp)

Selain itu, ada juga cara lain untuk mencari supplier/pemborong barang-barang
tersebut :

 Cara Lain Untuk Cari Pemborong Yang Dipercayai

1. Pergi ke Lelong.com.my

2. Buat carian untuk produk yang anda jual. (Dalam contoh ini saya nak jadi agen
Happy Call/Pemanggang Ajaib)

3. Lihat penjual yang sudah established, rating tinggi, feedback bagus.


4. Dapatkan nombor contact penjual, biasanya mereka letakkan nombor

Whatsapp. Jadi anda whatsapp mereka.

5. Cara offer untuk dropship.

“Hai, nama saya Farabi, dan saya buat bisnes online.

Adakah pihak tuan ada buat servis agen dropship?


Jika ya, bagaimana boleh saya join?”

Selepas mereka beritahu cara-cara untuk jadi agen dropship mereka (biasanya

percuma, tak perlu bayar apa-apa),

Soalan yang perlu ditanya lagi nanti:

1. Bolehkah menjadi ejen/reseller?

2. Jika boleh, berapa harga dan pembelian minima?

3. Berapa lama masa diambil untuk proses order.

4. Lokasi COD, jika ada. (credit : Ashraf Latif)

 Cari Di Group Facebook

1. Taip perkataan “agen dropship” di carian Facebook.


2. Join group yang berkenaan, tunggu admin approve. Lagi bagus, lihat siapa
admin, dan PM dia terus, kata nak join jadi agen dropship. Contoh di bawah.

3. Baca dan teliti syarat dan peraturan yang disediakan oleh Admin/pemborong.
 Dropship.im

 Carian di Google. Dapatkan cara untuk contact mereka,


dan tanya soalan yang saya tunjukkan di atas.

TIPS TAMBAHAN :

1. Cari pemborong yang mudah dan cepat reply PM, sama ada di FB atau di
Whatsapp. (Jika mereka lambat beberapa jam, itu normal, sebab mereka memang

sibuk. Tapi jika dah berhari-hari tak jawab, anda perlu ada backup.)

2. Pastikan pemborong itu ialah pemborong yang betul-betul pegang barang dan
uruskan pos. Jangan jadi agen kepada agen dropship pula. Susah, lambat, untung

pun sikit.
3. Join beberapa group dropship, agar kita dapat backup jika seorang pemborong

bermasalah atau tiada stok, boleh berurusan dengan pemborong lain.

STEP 3 : MENJUAL DENGAN CARA TIDAK MENJUAL

Sekarang, saya dah ada produk, dah ada pembekal. Sekarang waktu untuk
promosikan.

 TIPS PERTAMA.

Ramai orang menjual dengan menjual. Ayat jualan hard-selling yang seperti

memaksa.

Ingat, dalam sehari seseorang itu telah lihat beratus-ratus iklan.

Dan manusia secara fitrahnya tidak suka “dijual”.

Apatalah lagi jika anda nak menjual di laman social Facebook, ianya tempat

bersantai.

Jadi dari anda letak ayat menjual, apa kata kita ubah sikit, menjadi “AYAT
BERTANYA”. (contoh di bawah)

Ianya lebih santai dan friendly, sesuai dengan konsep “bersantai di laman sosial”.
(FB, IG, Whatsapp, WC)

 TIPS KEDUA

Jangan menjual di group jualan FB besar-besar seperti Terbaik E-store dan Terbaik
E-shop.
Disana bukan audience tepat anda, majority dalam group tu ialah penjual macam

anda.

Anda post pada group-group bukan menjual, seperti group FB university tempat

anda belajar, group orang kumpul hobi, group tempat anda tinggal.

Contohnya penduduk Shah Alam ada group FB mereka.

Penduduk Ipoh ada Group FB mereka.

Penduduk Labuan ada group FB mereka.

Ini tempat mereka lepak-lepak.

 SURPRISE BONUS LAGI : SENARAI GROUP DI FACEBOOK YANG BOLEH


DAPAT RESPON YANG HEBAT! (Klik sini)

Saya memang suka bagi surprise bonus tau hehe.

Ok berbalik pada Turtle Lamp. Saya post di group rasmi FB di universiti tempat

saya belajar.
Saya pun terkejut sebenarnya. Asalnya saya nak validate atau bertanya sahaja.

Terus dapat hampir 500 komen dan hampir 600 likes dalam masa 2-3 hari.

Faktor penting di sini ialah : AYAT + GAMBAR.

Saya perasan, dalam group tersebut, ada juga orang yang jual Turtle Lamp, malah

lebih murah dari saya.

Tapi post iklan saya lebih mendapat banyak engagements kerana ayatnya yang
santai dan tidak nampak menjual, dan pemilihan gambar yang cantik, gambaran

apa yang mereka akan dapat bila mereka ada Lamp Turtle ni.

Ingat, ayat jenis bertanya/validate. Biar santai.

Atau boleh cuba ayat-ayat lebih kurang begini :

“Cantik tak XXXX ni (letak gambar), sangat berguna untuk XXXXXX (ceritakan
manfaat produk bukan ciri-ciri produk),

Ada ke kat sini yang rasa-rasa berminat nak dapatkannya?”

Stop sini, atau boleh tambah :

“Komen “saya nak”, nanti saya pm anda dengan offer kasih sayang”
STEP 4 : CLOSE THAT SALE!

Saya pun PM seorang demi seorang yang komen di post saya.

Lebih kurang saya tulis begini, dan saya sertakan gambar cantik untuk pilihan
warna.

“Assalamualaikum, terima kasih komen di post saya di Group XXX, tentang

Turtle Lamp.

(CERITAKAN BENEFIT)

Turtle Lamp ni bukan saja comel, tapi mencantikkan bilik tidur waktu

malam, dengan pelbagai jenis warna lampu.

Sis boleh guna bateri atau guna Powerbank, atau cucuk pada laptop. Wayar

USB disediakan sekali, jadi jangan risau. 

Turtle Lamp ini akan automatic tutup sendiri selepas 45 minit, sangat jimat

elektrik!

Ada 5 warna pilihan : Hijau Tua, Hijau Muda, Biru, Pink & Coklat.

1 unit : RM40 sahaja. Pos tambah RM6.

Jika ambil dua unit RM80, pos sepatutnya RM10, tapi saya belanja sis kos

pos.

Sis nak ambil 1 unit atau 2 unit terusya ?”

Ingat, ABC. Always Be Closing. Ayat close sale anda, akhiri dengan soalan.
Selepas di jawab nak berapa unit, bagi mereka nombor akaun, sebaiknya Maybank

dan CIMB. Minta nama, alamat, nombor handphone dan emel (optional).

Anda hantar order pada pembekal, berikan nama alamat dan nombor hp.

Minta nombor tracking dari pembekal, dan berikan kembali pada customer anda.

Manusia ni memang suka bertangguh.

Kadang-kadang minta PM, dah bagi nombor bank, tapi liat nak bayar.

Oleh itu selepas keesokan harinya follow up mereka.

Jika dah bagi nombor akaun, boleh follow up begini :

"Assalamualaikum cik, cik ada buat bayaran ke semalam? Takut saya terlepas
pandang"

Jika belum bagi nombor akaun, boleh cuba :

"Maaf ganggu, semalam cik ada PM berminat dengan Turtle Lamp, boleh saya tahu
cik masih berminat atau tidak? Jika dah tak berminat, mohon reply ya"

Biasanya mereka ada beberapa "tembok" atau "dinding" yang menghalang mereka
membuat keputusan untuk membeli. Hanya robohkan tembok tersebut dan

inshaAllah mudah anda menjual. Bagaimana nak robohkan?

Tanya je mereka jika ada soalan mengenai produk, atau tanya direct "Apa yang

menghalang cik untuk mencuba/dapatkan produk ini ya?"

Jawab soalan mereka & tanya sehingga mereka tiada soalan lagi. Kemudian
berikan offer terbaik anda. :)
Okay itu sahaja Case Study ringkas saya. Lepas baca ni buat sahaja terus. Jangan

fikir panjang. Kalau terlalu banyak fikir dan nak "tunggu perfect time" memang
sampai ke sudah anda tak buat.

Ok jap. Ada 1 problem.

Katakanlah anda seorang yang ada banyak komitmen & sibuk.

Mungkin anda seorang pelajar IPT.

Mungkin anda seorang surirumah.

Mungkin anda bekerja dengan orang lain, 9-5pm.

Saya faham, anda semua sibuk & kurang masa untuk buat apa yang saya

kongsikan dalam Case Study ini.

Saya juga pernah jadi seperti anda. Jadi saya banyak belajar dari guru-guru bisnes

cara untuk Leverage Bisnes Online kita & jadikan dia almost 80% automated.

Semuanya berjalan secara “pasif” dan saya hanya spend sehari dalam 10minit ke

20minit sahaja untuk uruskan order, dan income 3-4 angka sebulan secara “hampir
pasif”.

Masa selebihnya saya fokus pada bisnes yang guna marketing agresif seperti Paid

Advertising, dan juga spend lebih masa pada family dan anak.
Anda Nak Dengar Perkongsian Bagaimana Saya Lakukannya?

Pastikan anda sudah mendaftar untuk hadir Webinar saya :

Jika anda sedang membaca Case Study ini, kemungkinan besar anda sudah pun

mendaftar Webinar saya ni kan?

Pastikan anda tak terlepas tarikh yang ditetapkan & sentiasa cek emel dari saya ok?

(Emel dari Al-Farabi Shariff)

Dalam Webinar Ini Anda Akan Belajar :

 Blueprint lengkap Strategi saya buat 3-4 angka sebulan dengan


automatikkan 80% kerja

 Bagaimana nak leverage kerja dan bisnes online anda menjadi 50% ke 80%
automatic… (KERANA ANDA KURANG MASA ATAU AGAR ANDA ANDA

LEBIH MASA)
 Cara buat kedai online anda sendiri dengan cara paling SIMPLE dan KOS

RENDAH.
 Seni untuk menampakkan anda sebagai penjual yang serius & professional…

(Orang beli kerana TRUST, tanpa TRUST, produk anda hebat mana pun,
orang tak nak bank in pada anda)

 Seni ayat copywriting yang membuatkan orang tak sabar nak contact anda
 Seni Close Sale Santai yang buat prospek anda tak sabar nak beli

 Shortcut & Free tools yang membantu bisnes online anda secara long-term.

Webinar Ini Untuk Siapa?

 Kalau anda merupakan seorang pelajar yang sibuk tapi nak belajar buat duit

online sambilan sambil belajar… Webinar ini untuk anda.


 Kalau anda merupakan seorang suri rumah yang sibuk tapi nak buat duit

tambahan untuk bantu suami dan keluarga… Webinar ini untuk anda.
 Kalau anda bekerja dengan orang & gaji bulanan anda cepat habis, dan nak

buat duit online secara part time… Webinar ini untuk anda.
 Kalau anda memang minat nak berniaga online tapi tak tau nak mula dari

mana dan bagaimana… Webinar ini untuk anda.

Namun, maaf ilmu yang saya nak kongsikan ini bukan untuk mereka yang nak duit
pantas, nak jadi kaya dalam 1 malam. Ia lebih kepada nak bantu anda berniaga

dengan betul, dengan produk yang betul, dan dengan marketing yang betul.

Pastikan anda tak terlepas tarikh yang ditetapkan & sentiasa cek emel dari saya ok?
Unannounced Bonus !
Panduan Cara Spy
Produk Permintaan Tinggi

Download di sini : (KLIK SINI)


Anda Masih Blurr, Confuse & Ada
Soalan Nak Tanya?

1. Join group FB saya.

https://www.facebook.com/groups/farabiin
nercircle/

2. Perkenalkan diri & buat bisnes apa, dan


boleh tanya soalan di group tu 
Welcome to the club!
Sekian, saya doakan anda kaya
dunia akhirat. 

Anda mungkin juga menyukai