Anda di halaman 1dari 63

[TIDAK]

Dibenarkan memberi atau mengedarkan ebook ini secara PERCUMA


kepada sesiapa pun tanpa kebenaran penulis

[TIDAK]
Dibenarkan mengubah sebarang isi serta maklumat dalam ebook ini

[TIDAK]
Dibenarkan menjual ebook ini

[TIDAK]
Dibenarkan mengaku bahawa ebook ini adalah milik anda sendiri

[YA]
Anda memiliki hak mutlak untuk baca serta praktikkan segala ilmu
dalam ebook ini. Segala tindakan yang diambil adalah risiko anda
sendiri.
Buka
Belajar Akaun
Ilmu CDS
Saham

Modal

4. Belajar 1. Modal

3. Jual 2. Analisa
Modal RM 10.60
Perbandingan broker boleh lihat disini.
Hubungi broker/remiser/dealer yang berkenaan, mereka akan tunjuk cara serta proses
yang perlu dilakukan.

Boleh buat kajian kelas-kelas yang ada. Sila rekod segala duit yang anda keluarkan
untuk kelas-kelas saham.
Pastikan anda ada mentor.

Modal untuk mulakan trade. Anggaplah ini yuran pembelajaran, untung atau rugi itu
adalah proses. Jadi, bersedia untuk hanguskan modal ini.
Fleksibel, ikut kemampuan anda. Ada modal minimum sekadar lepas nak beli 1 lot =
100 unit. Ada modal optimum nak merasa dapat untung selepas tolak brokerage fee.
Sebelum pergi ke medan yang sebenar, biasakan diri dengan sistem
jual beli saham, chart pattern dan sebagainya. Paper trade boleh
dibuat dengan menggunakan apps yang free.

Ada dua jenis : fundamental dan teknikal analisis.


Fundamental biasanya digunakan oleh pelabur jangka masa panjang
dan kaunter-kaunter bluechip.
Technical analysis Disiplin, setiap keputusan untuk membeli mesti
disertai dengan analisis kemudian baru membeli.

Jika pembelian pertama berjaya untung, teruskan membuat analisis


yang sama kemudian mulakan pembelian kedua.
Jika anda sudah mula alami kerugian pertama, ulang langkah 1.
Ambil tempoh bertenang, jangan tergopoh gapah.

Untuk permulaan, belajar kenal pasti pattern carta yang mana ada
potensi untung mahupun rugi.
Kemudian, jika sudah kenal pasti kaunter yang berpotensi, gunakan
beberapa indikator untuk menguatkan hujah anda.
Praktikkan technical analysis untuk tentukan masa terbaik untuk beli
dan jual.
Sebelum anda memulakan pelaburan saham, anda perlu
tahu dimanakah posisi anda. Posisi ini anda yang
menentukan kerana anda lebih kenal diri sendiri.

Berikut merupakan posisi di dalam perlaburan saham :-

Jangka masa panjang (bulan tahun)


Tiada masa untuk monitor kaunter saham anda
Memerlukan kemahiran fundamental analysis seperti membaca
laporan kewangan syarikat
Matlamat untuk mendapatkan dividen dan Capital Gain
Harga unit saham biasanya lebih RM1 seunit.
Jual

Beli

Jangka masa sederhana (minggu ke bulan)


Tiada masa untuk monitor kaunter saham
anda sekerap yang mungkin
Lebih cenderung untuk ambil risiko dan agresif
Matlamat untuk dapatkan kenaikan harga
saham (capital gain)
Jangka masa pendek (minit ke jam)
Mempunyai sepenuh masa untuk monitor
saham
Sangat berisiko tinggi
Matlamat untuk dapatkan kenaikan harga
saham (capital gain)
Trend yang paling sesuai untuk
melakukan transaksi adalah ketika Bullish.

Tidak dinafikan anda juga boleh


melakukan Trading dalam keadaan
Bearish tetapi anda hendak lebih berhati-
hati. Begitu juga dengan Sideway.
Support adalah sokongan manakala Resistance
pula rintangan.

Support ini menunjukkan dan menggambarkan


bahawa banyak pembeli bersedia untuk membeli
unit-unit saham pada harga tertentu.

Manakala Resistance pula menunjukkan dan


menggambarkan bahawa banyak penjual bersedia
untuk menjual unit-unit saham pada harga
tertentu.
Apabila garisan Support atau
Resistance pecah, harga akan
bergerak ke Support atau Resistance
yang baru. Ini dipanggil sebagai
Support Becomes Resistance atau
Resistance Becomes Support.

Apabila suatu garisan Support atau


Resistance pecah, ini disebut sebagai
Technical Breakout.
Antara cara yang mudah untuk anda
ketahui dimanakah Support atau
Resistance ialah harga yang berulang.

Resistance pada harga 900 kerana


harga telah berulang sebanyak 8 kali.
(sila lihat nombor 1 pada lampiran)

Support pula pada harga 830 kerana


harga telah berulang sebanyak 12 kali.
(sila lihat nombor 2 pada lampiran)
Volume adalah jumlah transaksi yang
diniagakan dalam tempoh masa yang dikaji
Volume adalah salah satu indicator yang boleh digunakan
pada setiap pasaran didunia ini.
Volume adalah penting untuk memastikan pergerakan
sesuatu saham itu boleh diterima dan disokong dengan
indicator yang lain.
Volume digunakan untuk membuat pengesahan terhadap
trend dan chart pattern.
Volume digunakan untuk memastikan harga semasa berada
dalam keadaan baik atau tidak.

Apabila harga saham dalam keadaan Bullish, sepatutnya


Volume juga akan turut menaik selari dengan harga semasa
kerana ini membuktikan harga saham itu dalam keadaan kuat.
Jika pergerakan Volume tidak selari dengan harga semasa ini
menandakan harga pasaran saham itu tidak kuat.
Apabila harga saham dalam keadaan Bullish dan
diikuti dengan Volume yang sederhana atau tinggi,
ini menandakan Trend dalam keadaan Bullish yang
baik kerana disokong oleh Volume.
Apabila harga saham dalam keadaan Bearish dan
diikuti dengan Volume yang sederhana, ini
menandakan Trend dalam keadaan Bearish yang kuat
kerana pergerakan harga ini disertai dengan Volume.
Apabila harga saham dalam keadaan Bearish dan
diikuti dengan Volume yang tinggi, ini menandakan
Trend dalam keadaan Bearish. Ia juga dipanggil
sebagai Panic Selling kerana terlalu ramai orang jual
dalam tempoh yang singkat.
Apabila suatu garisan Support atau Resistance pecah, ini
disebut sebagai Technical Breakout. Volume akan bertambah
jika berlaku Technical Breakout, sama ada pecah Support
atau Resistance. Ia juga dikenali sebagai Volume Spike.
Divergence dari segi bahasa ialah perbezaan,
bertentangan atau mencapah.

Dalam analisisa teknikal, terdapat dua jenis divergence


iaitu Bullish Divergence dan Bearish Divergence.

Kedua-duanya memberikan isyarat dimana ada


kemungkinan akan berlaku perubahan besar dalam Trend
harga.
Bullish Divergence berlaku apabila harga menurun dan
membentuk Lower Low manakala Indicator mula menaik.

Bearish Divergence pula berlaku apabila harga menaik


dan mebentuk Higher High tetapi Indicator gagal untuk
melakukan perkara yang sama dan ia makin menurun ke
bawah.
Ia berlaku apabila harga menurun dan
membentuk Lower Low (rujuk topik
candlestick pattern) manakala Indicator
mula menaik.
Jika berlakunya Bullish Divergence,
kemungkinan akan ada perubahan
harga, dari Bearish ke Bullish.
Namun ia tidak dijamin 100%
Antara Indicator yang biasa digunakan
ialah MACD, RSI dan Stochastic.
Ia berlaku apabila harga menaik dan
membentuk Higher High manakala
Indicator mula menurun.
Jika berlakunya Bearish Divergence,
kemungkinan akan ada perubahan
harga, dari Bullish ke Bearish. Namun
ia tidak dijamin 100%
Antara Indicator yang biasa digunakan
ialah MACD, RSI dan Stochastic.
Candlestick adalah pergerakan harga
yang ditunjukkan di dalam Chart.

Ia terbentuk daripada beberapa


maklumat, iaitu Open Price, Highest
Price, Lowest Price dan Close Price.

Candlestick terdiri daripada Body dan


Shadow.
Candle yang bewarna hijau atau merah
bergantung kepada Setting yang anda
tetapkan.

Open = harga ketika Market dibuka

Close = harga ketika Market ditutup

Hijau menandakan Close Price lebih


tinggi daripada Open Price
Merah menandakan Close Price lebih
rendah daripada Open Price
Highest Price = harga tertinggi pernah
dicapai
Lowest Price = harga terendah pernah
dicapai
Doji ini terbentuk kerana harga Close Price sama
dengan harga Open Price, harga tidak berubah.
Doji juga dikenali sebagai Bullish/Bearish Reversal.
Doji boleh ditemui ketika Trend dalam keadaan
Bullish atau Bearish.
Gravestone Doji biasanya berada di atas manakala
Dragonfly Doji biasanya berada di bawah.
Apabila Candle Inverted Hammer berada dipuncak, ia
dipanggil Shooting Star dan ia juga dikenali sebagai
Bearish Reversal.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish.
Warna Candle itu boleh jadi merah atau hijau.
Sekurang-kurangnya Upper Shadow padanya dua kali
lebih panjang daripada Real Body.
Apabila Candle Hammer berada dipuncak, ia dipanggil Hanging
Man dan ia juga dikenali sebagai Bearish Reversal.
Ia dikenali sebagai Hanging Man kerana ia berada ditempat yang
tinggi dan seolah-olah ia berada ditempat yang tergantung.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish.
Warna Candle itu boleh jadi merah atau hijau.
Sekurang-kurangnya Lower Shadow padanya dua kali lebih
panjang daripada Real Body.
Apabila Candle Hammer berada dibawah, ia dikenali
sebagai Bullish Reversal.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bearish.
Warna Candle itu boleh jadi merah atau hijau.
Sekurang-kurangnya Lower Shadow padanya dua kali
lebih panjang daripada Real Body.
Apabila Candle Inverted Hammer berada dibawah,ia
dikenali sebagai Bullish Reversal.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bearish.
Warna Candle itu boleh jadi merah atau hijau.
Sekurang-kurangnya Upper Shadow padanya dua kali
lebih panjang daripada Real Body.
Ia dikenali sebagai Bearish Engulfing kerana Candle
Bearish menutupi Candle Bullish.
Ia adalah Pattern Bearish Reversal.
Open Price Candle hari ini (berwarna hitam) mesti
lebih tinggi daripada Close Price hari sebelumnya.
Close Price Candle hari ini (berwarna hitam) mesti
lebih rendah daripada Open Price hari sebelumnya.
Ia dikenali sebagai Dark Cloud Cover kerana Candle
Bearish menutupi Candle Bullish.
Ia adalah Pattern Bearish Reversal.
Open Price Candle hari ini (berwarna hitam) mesti
lebih tinggi daripada Close Price hari sebelumnya.
Close Price Candle hari ini (berwarna hitam) mesti
Close di antara Candle hari sebelumnya (berwarnda
putih).
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bearish
Ia adalah Pattern Bullish Reversal.

Candle kedua adalah Candle Inverted Hammer.


1. Candle pertama mesti berwana merah.
2. Candle kedua berwarna hijau atau merah.
3. Candle ketiga berwarna hijau
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bearish.
Ia adalah Pattern Bullish Reversal.
Candle pertama berwarna merah dan Candle kedua berwarna
hijau atau merah, sebaiknya berwarna hijau.
Open Price Candle kedua berada lebih tinggi daripada Close
Price Candle sebelumnya.
Close Price Candle kedua berada lebih rendah daripada Open
Price Candle sebelumnya.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish.
Ia adalah Pattern Bearish Reversal.
Candle pertama berwarna hijau dan Candle kedua berwarna
merah atau hijau.
Close Price Candle kedua berada lebih rendah daripada Open
Price Candle sebelumnya.
Open Price Candle kedua berada lebih rendah daripada Close
Price Candle sebelumnya.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish.
Ia adalah Pattern Bearish Reversal.
Ia berlawanan dengan Morning Star.
1. Candle pertama Mesti berwarna hijau
2. Candle kedua Real Body dalam keadaan kecil. Mungkin
berwarna hijau atau merah.
3. Candle ketiga berwarna merah. Open Price berada di bawah
Candle kedua dan Close Price berada di tengah tengah Candle
pertama.
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish.
Ia adalah Pattern Bearish Reversal.
Antara ciri-ciri Tweezer Top ialah:-
1. Candle pertama dalam keadaan Bullish (berwarna putih)
2. Candle kedua dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
3. Mempunyai Upper Shadow atau Higher Price yang sama aras
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bearish.
Ia adalah Pattern Bullish Reversal.
Ia berlawanan dengan Tweezer Top.
Antara ciri-ciri Tweezer Bottom ialah:-
1. Candle pertama dalam keadaan Bearish (berwarna hitam)
2. Candle kedua dalam keaadan Bullish (berwarna putih)
3. Mempunyai Lower Shadow atau Lowest Price yang sama aras
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish
Ia adalah Pattern Bullish Continuation.

Open Price Candle Bullish yang terakhir mesti Open lebih tinggi
daripada Open Price Candle Bullish yang pertama.
Close Price Candle Bullish yang terakhir mesti Close lebih tinggi
daripada Close Price Candle Bullish yang terakhir.
Antara ciri-ciri Rising Three ialah:-
1. Candle pertama dalam keadaan Bullish (berwarna putih)
2. Candle kedua dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
3. Candle ketiga dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
4. Candle keempat dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
5. Candle kelima dalam keadaan Bullish (berwarna putih)
Ia ditemui ketika Trend dalam keadaan Bullish
Ia adalah Pattern Bullish Continuation.
Open Price Candle Bullish yang terakhir mesti Open lebih tinggi
daripada Open Price Candle Bullish yang pertama.
Close Price Candle Bullish yang terakhir mesti Close lebih tinggi
daripada Close Price Candle Bullish yang terakhir.
Antara ciri-ciri Rising Three ialah:-
1. Candle pertama dalam keadaan Bullish (berwarna putih)
2. Candle kedua dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
3. Candle ketiga dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
4. Candle keempat dalam keaadan Bearish (berwarna hitam)
5. Candle kelima dalam keadaan Bullish (berwarna putih)
Indicator atau penunjuk adalah statistik yang
digunakan untuk meramal harga semasa dan juga
untuk meramal Trend kewangan.

Ia terbahagi kepada dua :-


1. Leading. Contoh :- RSI & Stochastic
2. Lagging. Contoh:- MACD & Bollinger Bands
Merupakan Indicator yang cepat
Untuk meramal harga akan datang
Merupakan Indicator yang kuat terutamanya
ketika Sideway.
Boleh digunakan untuk menentukan Buy
Signal atau Sell Signal
Contoh :- Relative Strength Index (RSI) &
Stochastic Oscillator
Merupakan Indicator yang lambat
Tidak meramal harga akan datang
Lebih sesuai digunakan ketika Trading, ketika
Market sedang Bullish atau Bearish
Contoh :- Moving Averages, Bollinger Bands
& MACD
Moving Average adalah purata pergerakan
harga dalam satu-satu tempoh masa.
Jika Indicator yang digunakan ialah Moving
Average 14 (MA 14), ia merujuk kepada
purata pergerakan harga untuk tempoh 14
hari.

Terdapat 3 jenis Moving Average :-


1. Simple Moving Average (SMA)
2. Weighted Moving Average (WMA)
3. Exponential Moving Average (EMA)

Namun yang biasa digunakan hanya SMA


juga EMA.
SMA atau Simple Moving Average purata harga dalam satu-satu
tempoh.
Nombor kecil digunakan sebagai Signal, nombor yang besar
digunakan untuk menentukan Trend.

1. <20 SMA (Signal)


2. 20 SMA (Short Term Trend) - 1 bulan
3. 50 SMA (Medium Term Trend) - suku tahun
4. 100 SMA (Long Term Trend) - setengah tahun
5. 200 SMA (Long Term Trend) - setahun

Contoh nombor-nombor yang digunakan:-


1. 6 vs 18
2. 5 vs 15
3. 7 vs 21
4. 7 vs Chart
5. 10 vs Chart
6. 14 vs Chart
EMA atau Exponential Moving Average ia seperti SMA tetapi
lebih berat kepada harga-harga yang terbaru.
Bertindak lebih pantas dengan harga semasa.
Lebih sesuai digunakan oleh Daily & Short Term Trader.

1. <20 SMA (Signal)


2. 20 SMA (Short Term Trend) - 1 bulan
3. 50 SMA (Medium Term Trend) - suku tahun
4. 100 SMA (Long Term Trend) - setengah tahun
5. 200 SMA (Long Term Trend) - setahun

Contoh nombor-nombor yang digunakan:-


1. 6 vs 18
2. 5 vs 15
3. 7 vs 21
4. 7 vs Chart
5. 10 vs Chart
6. 14 vs Chart
Cara menggunakan SMA atau EMA adalah
dengan menggunakan nombor kecil dan
nombor besar seperti 6 vs 18.
Nombor kecil (6) hendak lah memotong
nombor besar (18) atau ia di kenali sebagai
Golden Cross.
Apabila berlaku Golden Cross, ia juga boleh
digunakan sebagai Buy Call, terutama EMA
kerana ia lebih berat kepada harga-harga
yang terbaru.
Namun hendak lah berhati-hati kerana boleh
jadi ia hanya Fake Golden Cross.
Cara menggunakan SMA atau EMA adalah
dengan menggunakan nombor kecil dan
nombor besar seperti 6 vs 18.
Nombor kecil (6) hendak lah memotong
nombor besar (18) atau ia di kenali sebagai
Death Cross.
Apabila berlaku Death Cross, ia juga boleh
digunakan sebagai Signal untuk menjual,
terutama EMA kerana ia lebih berat kepada
harga-harga yang terbaru.
Pastikan anda ada Biasakan diri dengan
mentor untuk carta-carta graf
dijadikan rujukan

Urus risiko anda Nak untung mudah, tapi


nak konsisten susah.
dengan pelbagai Konsisten tengok chart
kaunter saham pun dah bagus.
SMARTSAHAM adalah sebuah "Team" yang
mempunyai pakej modul latihan yang lengkap dalam
bidang Pelaburan Saham. "Team" ini terdiri daripada
"full time investors", "equity specialist", "fundamental
analyst", "technical analyst" and "winning stocks
pickers".

Anda mungkin telah mengikuti Channel Telegram


TipsSaham kami, dan ramai yang telah menikmati
manfaat daripada analisa kami disana setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai