Anda di halaman 1dari 45

HANDBOOK

TUTORIAL • APR • 2021


KALAU NAK DITUKAR KESEMUA VIDEO DALAM SIRI INI
KEPADA NOTA BERTULIS, RASANYA LEBIH 300 MUKA SURAT
DEPAN BELAKANG !

WALAUPUN DIBERI NAMA TRADINGVIEW TUTORIAL, ISI


KANDUNGAN BUKANLAH KESEMUANYA CARA GUNA
TRADINGVIEW. TAPI 90% BERKAITAN TEKNIKAL ANALISIS
DAN JUGA KEJADIAN YANG TERJADI PADA WAKTU ITU.

TERLEBIH DAHULU, SAYA MOHON MAAF JIKA ADA


KESALAHAN DAN KEKURANGAN DALAM KESEMUA VIDEO DI
BAWAH. YANG MANA BETUL, SILA TAMBAH BAIK DAN YANG
MANA SALAH SILAP, BOLEH DIABAIKAN.

BURSA TRENDBAND CHART • 1


Corak Rounding Top
Corak seakatan separa bulatan atau lengkungan ke
bawah

Belajar melihat carta saham yang sudah naik


Belajar sambil melihat kawasan-kawasan permulaan
kenaikan. Dengan maklumat yang ada, boleh
dimasukkan ke dalam kriteria penyaring supaya
keputusan saringan lebih fokus dan berkualiti. Setiap
carta yang naik pasti ada ciri-ciri atau sifat-sifat yang
hampir sama. Hari ini kita belajar melihat sejarah
kenaikan carta dan cuba mencari titik persamaan antara
mereka. Dengan maklumat yang ada , kita sudah boleh
fokus pada area-area yang sepatutnya kita fokus. Dan
ianya pasti membantu jika kita hendak membuat
penyaring yang lebih mantap. Ada masa kita lihat carta
yang nak buat fasa menurun pula. Nota: Overbought
daaa...bukan oversold

Kepentingan garis Moving Average 200


Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga
semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik
berdagang kita samada untuk berdagang secara
breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang..
Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai
bullish . Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan
sebagai bearish . Struktur asas carta seperti HIGH, LOW,
HIGHER HIGH, HIGHER LOW, LOWER HIGH dan LOWER
LOW juga perlu diberikan perhatian bagi menentukan
samada carta itu dalam trend menaik, menurun atau
melintang. Setiap trend pasti ada peluang untuk
berdagang.

BURSA TRENDBAND CHART • 2


Indeks dan mood market
Dengan melihat indeks klci, kita boleh buat kesimpulan
samada untuk lebih aktif berdagang dalam market atau
tidak.

Fasa pergerakan harga saham


Setiap kali harga bergerak naik , turun atau melintang
pasti ada fasa2 yang kita boleh kenali secara visual.
Sangat membantu sekiranya kita faham dan berani
mengambil kesempatan di setiap fasa pergerakan harga.
Kalau saya salah, sila abaikan video ini.

Kepentingan aras tertinggi dalam carta saham


Selalu kita rasa takut bila carta sudah mula melepasi
harga tertinggi yang dia pernah buat. Memang sudah
lumrah, lagi2 kalau kita sudah beli dari bawah. Bagi carta
yang syarikatnya ada cerita, ada kisah yang baik, bila
harga berjaya naik melepasi harga tertinggi
menunjukkan ada suatu kuasa minat belian yang kuat.
Sebagai trader, carta2 seperti inilah yang sepatutnya
berada dalam pemerhatian kita.

Melihat bentuk harga dan volume ketika saham


sedang menurun
Seperti mana semasa fasa menaik, fasa menurun juga
akan membuat beberapa sifat atau peel yang sama.
Cuma berlainan arah saja. Tonton, fahamkan dan
selamat beramal.

Sifat2 carta saham yang sedang menaik


Carta yang naik bukan saja disebabkan ada minat belian
pada carta tersebut, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor
market secara keseluruhan. Bila market cantik, akan ada
banyak carta turut ambil kesempatan naik bersama2.
Video kali ini menerangkan serba ringkas, sifat2 atau ciri2
yang selalu kita nampak ketika carta sedang bergerak
naik ke atas

BURSA TRENDBAND CHART • 3


Mengukur potensi target selepas breakout
menggunakan garis FIBO
Sebelum tu , mohon maaf atas kesilapan menyebut
TRIANGLE pada awal video. Sepatutnya RECTANGLE. Bila
sesuatu carta mula tembus aras rintangan lama, kita
boleh buat beberapa cara untuk mencari potensi target
ke atas. Dalam video ini, saya cuba menerangkan serba
ringkas menggunakan tools FIBONACCI RETRACEMENT
yang ada di tradingview. Yang kita nak lihat adalah
extension ratio. Penerangan di atas juga boleh
diterbalikkan untuk carta yang tembus aras sokongan
bagi mencari potensi target ke bawah.

Persamaan indikator saham yang selalu digunakan


Dalam video ini saya terangkan secara ringkas
persamaan antara MACD , STOCHASTIC dan RSI . Hanya
pandangan umum dan tiada sebarang teknik atau taktik
berkaitan ketiga2 indi di atas.

Melihat saham ibu dan anak di Tradingview


Sedikit penerangan ringkas berkenaan saham ibu dan
saham anak (warrant).

Jangan takut dengan trend part 1


Sesuatu yang kita takut adalah untuk melihat trend yang
semakin matang. Sedangkan, kematangan trend itu
memberikan kita banyak peluang untuk berdagang.
Sebab masa tak cukup saya buat 2 bahagian.

BURSA TRENDBAND CHART • 4


Nak beli BREAKOUT atau PULLBACK
Maaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti
dalam video. Teknik belian sama ada beli ketika breakout
atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya. Yang
penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita
dalam mengaplikasikan teknik di atas.

Jangan takut dengan trend saham part 2


Sambungan bahagian 1 tadi. Perhatikan ketika harga
sedang jatuh. Akan ada peluang untung berdagang bagi
tempoh singkat !

Pullback ketika saham sedang trending


Tutorial hari ini berkenaan trend naik atau turun pasti
ada pullback. Kalau takda, maknanya trend tu tak berapa
sihat ! Kalau kita faham pullback ketika trend sedang
menaik, secara tak langsung, kita juga mampu faham
pullback ketika trend sedang menurun.

Carta terbalik dan pattern yang muncul


Paten carta yang muncul tetap sama. Bezanya hanya di
mana kedudukan paten itu muncul. Sepertimana belajar
untuk cari peluang masuk, begitu juga sama untuk
mencari peluang keluar. Gunakan fungsi songsang carta
untuk kefahaman yang lebih mudah.

Konsep box trading


Box trading atau kotak dagang sangat mudah untuk di
buat, tetapi perlukan pemerhatian yang baik sebelum
membuat keputusan jual beli . Seperti mana ketika harga
naik, begitu juga konsep yang sama digunapakai ketika
harga turun. Cuma terbalikkan saja segala syarat2 yang
ada .

BURSA TRENDBAND CHART • 5


Keadaan carta saham semasa dan teknik yang kita
pandai
Berdagang tanpa teknik atau pelan dagangan selalunya
tidak dapat memberikan keputusan yang
memberangsangkan. Ada teknik tapi memilih carta yang
salah juga tidak membantu untuk mengekalkan prestasi
dagangan yang baik. Fahamkan dulu teknik yang sudah
dipelajari dan sesuaikan mengikut keadaan semasa
carta. Kalau teknik kita hanya sesuai untuk breakout,
carilah carta yang ada nampak ciri-ciri hendak breakout.
Begitu juga dengan teknik-teknik lain.

Pusingan carta / chart cycle


Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2
tertentu yang selalu berulang-ulang. Sekiranya kita
mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu
ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang
diminati.

Ikut Plan Trading Sendiri


Patuh pada pelan berdagang tidak membuatkan kita
sentiasa untung, tetapi ianya memberikan kita satu
panduan dan hala tuju yang baik ketika berdagang.
Tidak ada siapa pun tahu yang harga akan naik atau
turun kecualilah dia yang bagi naik dan turun.

Cari teknik berdagang yang serasi dengan gaya hidup


kita. Buat pelan berdagang yang senang, mudah faham
dan boleh digunapakai. Meniru atau menggunakan
pelan dagangan orang lain tidak semestinya serasi
dengan jiwa kita.

# Jika tiap kali berdagang dan kita lebih banyak jual rugi
- pasti ada masalah dengan pelan tersebut atau kita
sendiri yang bermasalah untuk memahami dan
menjiwainya dengan baik.

BURSA TRENDBAND CHART • 6


Pergerakan harga , laporan kewangan dan dividen
saham
Sangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh
laporan kewangan akan datang. Boleh membantu kita
untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik.
Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan
kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia,
platform dagangan masing2 ataupun website khas yang
ada di luar sana.

Melihat perubahan trend


Gunakan masa terluang untuk melihat carta-carta yang
kita gemari. Dalam carta itu sendiri boleh dijadikan
sumber rujukan akan datang. Video menerangkan salah
satu cara melihat bagaimana perubahan tren berlaku.

Corak saham yang dimanipulasi


Setiap carta pasti ada penjaga. Dan setiap penjaga ada
yang baik hati, kedekut atau sangat kejam. Hasilnya,
terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa
manipulasi menuju peringkat akhir. Peluang berdagang
untuk carta yang dimanipulasi tetap ada . Yang penting,
kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.

Ukur jarak lantunan ketika pullback atau


retracement guna fibonacci
Video lepas kita sudah melihat cara untuk mencari aras
hayunan tinggi atau rendah. Dengan bantuan tool
fibonacci retracement , kita boleh membuat anggaran
atau jangkaan ke mana aras seterusnya lantunan akan
berhenti atau potensi target. Ada 3 aras yang selalu
menjadi perhatian, 38.2% , 50% , 61.8% Aras diatas
hanyalah cadangan atau kebiasaannya berlaku
perubahan arah . Yang paling utama, kita perlu meihat
reaksi harga ketika sampai ke aras tersebut dan
menantikan signal bullish atau bearish .

BURSA TRENDBAND CHART • 7


Kelebihan doji anak beranak
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian
samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih
kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok
atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita
mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya
akan membantu kita membuat pelan trading atau
membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin
pergi. Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan
berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan,
aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10
sen.

Menunggu Signal dari Watchlist


Selepas senarai lihat di buat, apa yang perlu kita tunggu
adalah, kemunculan signal-signal yang sesuai dengan
strategi jual beli yang kita kuasai. Sabar menantikan
kemunculan signal juga mampu memberikan kita
pulangan yang amat baik. Sesuai bagi pedagang yang
hanya ada masa selepas pasaran ditutup. Ambil sedikit
masa pada sebelah malam untuk mencari signal2 di
senarai lihat, dan buat perancangan jual beli ke esokan
harinya.

Harga terendah semalam sebagai isyarat untuk


keluar trade saham
Keluar trade jika harga hari ini turun lebih bawah dari
harga terendah semalam. Sesuai untuk carta yang harga
sedang menaik berhari2.

Mula dan tamatnya trend carta saham menaik


Hari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX
memulakan trend menaik pada awal Jan 2018
sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018. Memang betul
kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah
dengan peuh kasih sayang. # ade jugak yang berkahwin
memang satu, bercinta biar ramai..terpulang

BURSA TRENDBAND CHART • 8


Belajar analisa teknikal dengan melihat carta yang
aktif
Tidak ada cara yang lebih mudah untuk kita
mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat
latihan berturut-turut. Disebabkan tradingview ada
menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan
untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala
ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa
aktif. Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja
tempoh masa yang kita guna.

Menunggu Signal dari Watchlist


Selepas senarai lihat di buat, apa yang perlu kita tunggu
adalah, kemunculan signal-signal yang sesuai dengan
strategi jual beli yang kita kuasai. Sabar menantikan
kemunculan signal juga mampu memberikan kita
pulangan yang amat baik. Sesuai bagi pedagang yang
hanya ada masa selepas pasaran ditutup. Ambil sedikit
masa pada sebelah malam untuk mencari signal2 di
senarai lihat, dan buat perancangan jual beli ke esokan
harinya.

Pivot Point - alat bantu yang sangat membantu


Dalam tradingview, ada disertakan bersama penunjuk
"Pivot Point" atau dalam bahasa, diorang panggil
"Pangsi". Penggunaan pivot secara umumnya untuk
mencari potensi aras sokongan dan halangan. Dikatakan
jika harga berada di atas aras Pivot P, carta adalah bullish
dan jika berada di bawah Pivot P, carta belum lagi bullish

Idea trade dari struktur carta


Hari ini kita cuba menganalisa carta berdasarkan struktur
puncak dan lembah yang nampak jelas. Sesuatu yang
kita kena ambil tahu, carta itu sendiri sudah memberikan
kita gambaran jelas samada tren semasa adalah naik ,
melintang atau menurun. Semoga dagangan kita selepas
ini lebih baik dan lebih peka dengan arus semasa carta

BURSA TRENDBAND CHART • 9


Cuba cari lengkung ajaib
Nama yang selalu digunakan *rounding bottom ( bullish )
*rounding top ( bearish ). Saya panggil lengkung ajaib.
Kena guna imaginasi yang tinggi untuk cuba
membayangkan kemunculan lengkung ajaib.

PAPER TRADE DALAM TRADINGVIEW


Penerangan ringkas perdagangan kertas di tradingview.
Beli Henti - kalau nak beli atas dari harga semasa.
Beli Had - kalau nak beli harga di bawah harga semasa /
terus beli harga semasa.
Beli Pasaran - beli terus sampai habis jumlah unit yang
kita tetapkan, tak kisah berapa harga pun.
Jual Henti, Had, Market terbalikkan dengan maksud Beli .
Renti Rugi - stop loss ler.
Ambil Untung - ni paling syokkkk !
Maaf kalau kurang tepat penjelasan.

Trendline jangka pendek sebagai bantuan


Setiap harga yang naik jika boleh dilukis garis tren,
amatlah membantu kita samada untuk kekal dalam
dagangan atau mencari potensi dagangan baru.
Perhatikan juga persekitaran market, jika market sudah
lemau, lebih molek lepak tepi makan kuaci dulu.

Pentingnya Cut Loss


Satu perkara yang paling susah nak buat adalah jual
dalam rugi ! Lepas ni , kalau tak mau jual rugi bila pelan
tak jadi, cuba renung-renungkan video ringkas ni .

BURSA TRENDBAND CHART • 10


Chart Pattern - flag atau box
Carta Duopharma Biotech (dulu CCMDBIO) sedang
berehat sebentar selpas kenaikan mendadak sejurus
laporan kewangan terakhir bagi tahun 2018 dikeluarkan.
Memandangkan jarak tinggi dan rendah kotak yang
muncul tidak lah begitu jauh, maka lebih sesuai
menunggu harga tembus ke atas kotak untuk sebarang
potensi beli . Jika corak kotak atau bendera tidak
menjadi, boleh bersedia untuk menunggu corak lain
muncul pula.

Contoh template di chart tradingview


Fungsi templat di dalam tradingview boleh membantu
kita untuk membuat perancangan terbaik. Kita boleh
dengan cepat menyesuaikan pelan dagangan mengikut
keadaan semasa carta. Sebagai contoh, saya sendiri
gunakan 3 jenis templat berbeza untuk carta-carta yang
berbeza fasanya. Semoga terhibur.

Catalyst dan Signal


Pemangkin cerita semasa atau catalyst juga membantu
kita dalam membuat pemilihan carta. Istilah yang biasa
kita dengar "satu jalan, yang lain pun jalan". Semakin
banyak berita positif berkaitan sektor terbabit, semakin
aktiflah carta tu . Carta yang naik, pasti ada cerita
menarik di belakangnya, kalau bukan sekarang, akan
datang pasti muncul !

Simple trendline tapi powerfull !


Antara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk
mencari potensi entri adalah garis tren menurun
(downtrendline). Penggunaannya sangat mudah, tetapi
perlukan pergerakan harga yang sesuai. Boleh rujuk pada
video nanti. Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam
tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga
masih tido lena (melintang).

BURSA TRENDBAND CHART • 11


Nampak sama tapi tak serupa
3 carta yang pada awalnya nampak sama tapi tak serupa
jalan ceritanya #OCK #FPGROUP #SAPNRG

INVERTED HAMMER & GRAVESTONE DOJI


Ada satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa,
boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras
tertinggi doji tersebut. Kalau ikut bahasa buku, dipanggil
doji batu nisan dan tukul terbalik. Bagi saya , asalkan ada
tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam
golongan doji . Yang membezakan adalah saiz badan
lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah
doji tu . Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak
mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya

Memahami maksud disebalik chart pattern


Ada dikalangan kita yang hanya berdagang dengan
berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya
muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita
satu signal awal samada carta itu berkemungkinan
untuk naik atau turun. Menghafal sebarang bentuk corak
juga satu teknik dagangan yang baik. Tapi bagi saya,
dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan
melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat
memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal
sahaja. Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak
salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana
bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.

BURSA TRENDBAND CHART • 12


MA/EMA 50 sebagai sokongan dan rintangan trend
Sebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis
MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di
antara carta bullish atau carta bearish . Kali ini, kita
melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai
penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang
menaik. Kalau ada yang bertanya "berapa lama nak
simpan", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan
adalah, "tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari
sokongan menjadi rintangan". Kenapa mesti 50 dan
bukan nombor lain? Yang ini tiada jawapan tepat. Nak
tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta
lama. Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi
hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai
permulaan dan pengakhiran.

Template untuk fasa carta


Gunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta
dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba
perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang
berbanding templat yang telah kita buat tadi.
Ringkasan :
1. Menentukan fasa semasa carta
2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang
berlonggok dan "think to buy"
3. "Think to sell" bila munculnya lilin bapak besar

Peluang di sektor tenaga


Hampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang
naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampak tanda-
tanda berhenti sebentar. Dengan beranggapan yang
hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan,
kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang,
terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin
mengecil.

BURSA TRENDBAND CHART • 13


Peluang selepas breakout atas garis 200
Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis
ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring. Kali ini, kita
lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang
selalu muncul selepas breakout ma/ema 200. Sebagai
perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview
untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat
adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama
selepas breakout.

Anggaran tempoh masa trend saham menaik


Dengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah
samada MA atau EMA , kita boleh membuat anggaran
tempoh masa pergerakan harga dari permulaan
kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan. Sebagai
panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45
darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6
bulan dan lebih. Saya tidak ada data lengkap untuk
mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat
carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.

Melihat carta saham mingguan dan harian secara


bersama
Dengan menggunakan fungsi pilih susun atur carta, kita
boleh buat perbandingan secara terus diantara 2 sela
waktu berbeza bagi carta yang sama. Dalam video kali
ini, ada beberapa cadangan yang saya rasakan mungkin
membantu kita semasa membuat pemilihan atau pelan
dagangan. Konsep yang sama boleh digunapakai untuk
mana-mana saja sela masa.

Menguji Support Level


Dalam bulan Mac lepas, kebanyakan carta membuat
perangai yang sama, iaitu menguji aras sokongan.
Beberapa contoh carta yang buat perkara sama dan
mungkin di masa akan datang kita boleh berikan lebih
tumpuan pada aras-aras seperti ini.

BURSA TRENDBAND CHART • 14


KONSEP TARGET MENUJU TRENDLINE
Kemaskini terbaru cerita harta, top glove dan supermax.
Ada tambahan konsep mencari potensi target.

Pattern seakan bumbung piramid yang ajaib


Corak kali ini hanyalah pandangan mata saya sahaja.
Nama diberi hanya untuk memudahkan pemahaman
dalam membuat pelan dagangan. Konsep dagangan
masih sama, break downtrendline, break swing high atau
pullback. Kalau jumpa dimana-mana carta, mungkin
sudah boleh agak apakah yang bakal terjadi seterusnya.
Itupun bukan PASTI NAIK ! Nota: nama lain " V TOP "

Melihat carta lama dan cadangan idea di


tradingview
Menjadi pedagang yang konsisten bukan sekadar datang
kelas dan terus jadi pandai. Ianya memerlukan banyak
lagi masa dan latihan yang berterusan.
Antara latihan yang saya rasakan sangat baik,
1. Rujuk kepada cadangan-cadangan atau idea dagangan
yang ada di tradingview
- lihat dan ikuti setiap cadangan atau idea dagangan
yang diberikan
- boleh buat papertrading jika perlu
- sila tekan butang like sebagai penghargaan kepada
penulis
2. Hasil carian google
- cari istilah yang kita mahukan
- fokus pada imej atau video
- bandingkan hasil yang muncul di google dengan carta
sebenar di tradingview
- latih mata untuk melihat corak-corak harga yang terjadi

BURSA TRENDBAND CHART • 15


KAWASAN HARGA BERLONGGOK
Hari ini kita cuba melatih mata untuk melihat
pergerakan harga yang sedang berlonggok. Harga yang
berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel
memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih
suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi.
Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke
atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan
kuasa sebenar dan mungkin meneruskan trend
sebelumnya. Mari berlatih sampai lebam.

Hujan emas di negara orang !


Walau hujan batu di negara sendiripun, bila market dah
bagi peluang, kenalah bijak mengambil ! Diberi peluang
tapi tak ambil sebaiknya, kita rugi ! Marah dan komplen
memanjang juga tidak menghasilkan keuntungan !
Tengok carta dan baca cerita disebalik syarikat adalah
lebih bermanfaat dari tak buat ape2 !

Perhatikan harga dan aras MA/EMA 200


Sejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi
melepasi aras MA/EMA 200. Saya mengambil contoh
carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan
pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta
kita akan datang.

Sektor industri pembinaan dan seangkatan


Hari ini nampak ada kemasukan volum dan kenaikan
harga di carta-carta berkaitan pembinaan dan
properties. Dicadangkan untuk melihat carta-carta
tersebut dan mencari peluang dagangan minggu.

BURSA TRENDBAND CHART • 16


Mengutip pisau yang bertaburan
Mungkin ada beberapa pisau yang boleh dikutip. Cuma
perlu rajin mencari. Dan sedikit nasihat di awal bulan.

Selagi tiada signal suruh masuk


Beberapa carta membuat perkara yang sama - false
breakout. Langkah seterusnya - hanya perlu tunggu
waktu sesuai dan pastikan modal ada di tangan.

Mencari lantunan pivot point


Majoriti carta menunjukkan aliran harga yang sedang
menurun, samada menurun dari harga terendah
sebelumnya atau harga terendah minggu lepas atau
terendah sebulan lepas. Sementara nak tunggu signal
baru muncul, boleh gunakan penunjuk pangsi ( pivot
point ) yang ada di dalam tradingview untuk mencari
aras-aras harga yang dirasakan bakal terjadi lantunan.
Selagi takde signal, tak perlu buat apa2 pun.

Perhatikan Signal Kalau Muncul !


Sejak awal MAY sehingga sekarang, market kita masih
lagi meneruskan penurunan yang amat perlahan,
menyebabkan sakitnya tu amat perit. Lebih baik jatuh
laju dari jatuh terhegeh-hegeh. Beberapa perkara yang
boleh dilakukan untuk membuat persediaan awal : -
melihat struktur harga - melihat harga dan moving
average di carta mingguan - tunggu signal dari
trendband Cerita panjang ada kat dalam video ni .

BURSA TRENDBAND CHART • 17


Menunggu lantunan di aras EMA 200
Carta yang trend menaik sangat jarang turun menuju
aras EMA200, kecuali carta sedang dalam fasa
pembetulan atau sememangnya sudah mula trend
menurun. Saya berikan beberapa contoh carta yang
sudah tembus ke atas EMA 200 dan kini kembali semula
ke EMA 200. Boleh berikan lebih tumpuan nanti jika
mood market semakin baik. Buat persediaan raya dulu,
lepas raya baru aktif semula.

Henjutan minit akhir umpama aktiviti window


dressing
Setelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini
nampak semula meriahnya market. Meriah market saya
ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di
penyaring Tradingview. Tapi agak merimaskan,
kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit
akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap. Semoga
bulan depan, market semakin ceria.

Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas


Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita
dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan
volum. Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi
market agak baik. Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa
sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang
yang baik.

Sambungan henjutan di hujung bulan


Masih meneruskan aktiviti henjutan dan lantunan yang
memberangsangkan. Pada waktu ini kita boleh :
memburu lantunan untuk dagangan singkat.
sebarang lantunan adalah peluang untuk melarikan
diri jika tersangkut sejak awal.

BURSA TRENDBAND CHART • 18


Minggu pertama selepas cuti raya
Dengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada
carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik
kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang
harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan
buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah
minggu ini.
Cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada
harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout
terbaru.
Tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul
big candle
Tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah
(ini lebih afdal).

CARA TERBAIK MEMILIH CARTA SAHAM


Teknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan
gagal. Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian
gagal. Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta
yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang
paling penting -
TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -

Memilih carta saham guna moving average


Selain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh
menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai
alat bantu untuk membuat pemilihan carta. Dengan
berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua
garis moving average, harga sedang trending menaik dan
sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis
moving average, harga sedang trending menurun.

Sebab kenapa saya lebih gemar guna moving


average
Sembang di hujung minggu pasal trading plan..

BURSA TRENDBAND CHART • 19


Akaun Percuma Tradingview - cuba dulu baru tau
Saya log masuk ke akaun percuma dan mencuba sendiri
untuk lihat apa yang boleh dan apa yang tak boleh..

Persediaan untuk bulan baru


Gunakan garis moving average sebagai alat bantu untuk
melihat pergerakan harga akan datang

Konsep price channel


A price channel occurs when a security's price oscillates
between two parallel lines, whether they be horizontal,
ascending, or descending. Price channels are quite useful
in identifying breakouts, which is when a security's price
breaches either the upper or lower channel trendline.
Traders can sell when price approaches the price
channel's upper trendline and buy when it tests the
lower trendline

Trailing Stop sebagai support dan resistance


What is a Trailing Stop? A trailing stop is a stop order that
can be set at a defined percentage or dollar amount
away from a security's current market price. For a long
position, place a trailing stop loss below the current
market price. For a short position, place the trailing stop
above the current market price. A trailing stop is
designed to protect gains by enabling a trade to remain
open and continue to profit as long as the price is moving
in the investor’s favor. The order closes the trade if the
price changes direction by a specified percentage or
dollar amount. A trailing stop is typically placed at the
same time the initial trade is placed, although it may be
placed after as well.

BURSA TRENDBAND CHART • 20


Apa nak buat selepas ada watchlist ?
Proses menyaring baru langkah pertama. Langkah kedua,
perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi
minat belian. Bila muncul signal, barulah buat pelan
dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.

SAHAM KNM dan bayangan masa hadapan


Saya cuba buat perbandingan carta KNM dengan 2 carta
yang berbeza tetapi nampak seakan sama. Supaya kita
lebih bersedia dengan kemungkinan akan datang.

Bentuk Carta Saham Dan Setup Entri Yang


Digemari
Sembang hari ni berkisar pada
bentuk carta kegemaran
setup entri
target jual
modal
fokus pada satu carta
ulang2 sampai bosan

Carta di Zon Pening


Ada banyak carta saham sedang cuba keluar dari zon
pening..sesuatu yang sangat menarik bakal terjadi jika
aras zon pening berjaya ditinggalkan.

BURSA TRENDBAND CHART • 21


Latihan mata - mencari carta saham yang bergerak
seakan sama
Sambil-sambil menunggu, kita buat sedikit latihan mata
. Dengan menggunakan konsep, 'satu jalan, yang lain
jalan' , hari ini kita mencari carta-carta yang nampak
pergerakan seakan sama dalam sektor yang sama.

Sejarah Ringkas Trendband Guide di TRADINGVIEW


Secara ringkas, trendband guide berfungsi untuk
memberikan paparan visual dan membantu kita untuk
membuat trading plan. Bukan wajib untung ! Kalau
wajib, sayalah orang paling kaya di seluruh alam
semesta.

TradingView Tutorial: Berkawan dengan trend


Ade beberapa koleksi carta di bawah ni..mungkin ada
banyak lagi..
lihat dari kiri ke kanan
perhatikan posisi moving average
tengok permulaan volum masuk, volum spike, volum
tidor
tengok signal2 dari trendband yang muncul
sepanjang pergerakan ke kanan (kalau guna lah)
cari bentuk2 atau pattern seakan sama
dapatkan lokasi tumpang naik yang dirasakan sesuai
pada waktu itu
trend menaik kebiasannya kekal antara 3-6 bulan
(kita pernah sama2 buat video pasal ni, cari ler)
ingat sampai bila2
Saya tak mampu nak menyampaikan lebih dari apa yang
saya tau selama ini. Perlu ditegaskan, trendband guide
bukanlah penentu untung rugi..hanya panduan secara
visual dalam membuat trading plan.. Sangat tak sesuai
guna bagi yang langsung takdak ilmu melihat chart..elok
belajar dulu dengan guru2 dan jadikan trendband guide
sebagai panduan..

BURSA TRENDBAND CHART • 22


Selamat tinggal November
Kenapa, mengapa, bagaimana dan ?

Menghafal Kawasan Tumpuan


Bukan sekadar menghafal, tapi bersedia bila ianya
berlaku lagi di masa akan datang.

Menyusun Strategi
Minggu2 akhir bagi penutup tahun 2019, kita ada
rally krismas (dah jalan)
rally windows dressing (nampak gaya pun dah jalan)
rally chinese new year (belum nampak batang
hidung)
Yang penting ada cash dalam akaun !

Carta Harga Berskala


Sebagai penyelesaian carta yang penyet bila masukkan
penunjuk.

Carta Harga Berskala


Penerangan kepada indicator PRICEVOLUME
membezakan volum bar bullish atau volum bar
bearish
tanda yang jelas dan mudah nampak
disertakan bersama kod pine script

BURSA TRENDBAND CHART • 23


Penambahan baru di tradingview
Ada 2 penambahan di paparan tradingview yang saya
rasa sangat baik.

Variable alert dan format placeholder


Sedikit penerangan berkenaan format placeholder yang
boleh diguna pakai di ruang mesej alert.

Penanda laporan kewangan dan dividen untuk


bursa malaysia
Setakat saya nampak, local market kita sudah muncul
tanda2 bulat di bawah carta untuk Earning dan Dividen.

Teks Pada Trendline dan Mod Kekal Dalam Lukisan


Trendline sekarang sudah boleh tambah teks.
Fungsi mod kekal dalam lukisan.
Sampai bila nak tunggu ?

OVERSOLD di kala COVID-19 melanda !


Cadangan saya untuk melayan lantunan, jika ada. Boleh
guna pakai untuk mana2 chart yang buat perangai
seakan sama. Nota : saya silap kat RSI divergence..maaf

BURSA TRENDBAND CHART • 24


Satu dunia pun sama ! COVID19 PUNYA PASAL
Jalan2 sambil melihat dunia luar

Metrik Fundamental untuk Saham


Sejak 2 bulan lepas, tradingview sudah ada penunjuk
khas untuk maklumat-maklumat berkaitan fundamental
syarikat. Dan semalam, tradingview mula
memperkenalkan fungsi terbaru dalam pinescript untuk
data fundamental yang saya rasa boleh dijadikan label
pada carta atau apa saja bentuk yang ingin kita paparkan
nanti. Nanti kita sambung semula..line tenet slow baq
hang !!

Auto Plot Trendline


Kali ini kita tengok satu lagi indikator yang di bina oleh
pengguna tradingview - Trend Line V2 oleh
LonesomeTheBlue Ini menunjukkan yang pine script
boleh membuat apa saja yang kita mahukan (limit pada
keupayaan pine script sahaja) jika tau macamana nak
buat. Terima kasih LonesomeTheBlue sebab meng open
kan code bagi trendline ini.

Indikator RSI dan Warna


Satu lagi penunjuk / indikator yang menarik untuk
digunakan adalah Method RSI by GtaRoger. Sangat
mudah dan senang faham. Kenapa menarik? Sebab tuan
punya bagi open code ! Boleh belajar dan dapatkan
ilham untuk buat penunjuk sendiri.

BURSA TRENDBAND CHART • 25


Indikator ZigZag dan PivotPoint
Video tempohari sehingga sekarang masih lagi tidak
boleh play. Jadi saya buat semula, cuma lebih pendek
tempoh berbanding hari tu.

Drawingtools - teruja dengan berus


Mungkin saya orang yang paling lambat tahu. Teruja
punya pasal, saya buat jugak lah video pendek pasal
drawingtools berus ni.

Cadangan selepas SAHAM MELANTUN


Bagaimana melayan selepas saham melantun?.
Sambungan kepada video cadangan layan lantunan.
Mungkin boleh dapatkan idea untuk pelan dagangan
akan datang.

Jalan-jalan melawat SAHAM


Setakat sesi pagi hari ini, kebanyakan SAHAM nampak
seakan melantun semula dari kejatuhan semalam. Tapi
market masih buka, yang penting harga penutup petang
nanti.

Cadangan untuk carta yang sama dengan ini


Kalau jumpa carta yang sama buat seperti carta ini , saya
cadangkan letak stop loss di swing low yang
berhampiran.

BURSA TRENDBAND CHART • 26


Info ringkas di Tab Browser
Kot la boleh membantu, sebab takda idea nak cerita hari
ni.

Cara mengukur target price bagi saham yang


nampak sama
Sambungan kepada cadangan tempohari. Dengan
beranggapan target janji sampai, bukan target
semaksimum boleh.

Sort by volume di watchlist


Senarai lihat sudah boleh sort by volume.

SCREENER dan WATCHLIST SAHAM untuk bulan


baru
Kalau guna tajuk "penyaring dan senarai lihat", takde
orang nak tengok. Kita saring, kita buat list dan kita
bersedia.

VOLUME dah masuk, tapi SAHAM tak jalan


Ada ketikanya volume dah nampak masuk, tapi SAHAM
belum beakout lagi. Kelebihan ShareInvestor - kita boleh
screen ikut 100% apa yang kita nak cari Kelebihan
Tradingview - multiplatform, bar replay, pinescript

BURSA TRENDBAND CHART • 27


Info ringkas di Tab Browser
Kot la boleh membantu, sebab takda idea nak cerita hari
ni.

Cara mengukur target price bagi saham yang


nampak sama
Sambungan kepada cadangan tempohari. Dengan
beranggapan target janji sampai, bukan target
semaksimum boleh.

Plot Candlestick Sendiri


Dalam pinescript, kita bukan saja boleh plot garisan atau
label , kita juga boleh plot candlestick berdasarkan data
open, high, low dan close. Boleh lihat pada penunjuk di
atas yang dibuat oleh simpelyfe

Melihat semula SAHAM OVERSOLD


Selepas 2 bulan hasil screener oversold meninggalkan
kita. Apa nak jadi lepas ni ?

Kongsi Carta Tradingview


Tradingview menyediakan beberapa cara untuk kita
berkongsi carta kepada sesiapa saja yang kita mahu.
Saya cuba tunjukkan cara-cara yang selalu saya gunakan.

BURSA TRENDBAND CHART • 28


Info ringkas di Tab Browser
Kot la boleh membantu, sebab takda idea nak cerita hari
ni.

Cara mengukur target price bagi saham yang


nampak sama
Sambungan kepada cadangan tempohari. Dengan
beranggapan target janji sampai, bukan target
semaksimum boleh.

Rutin Hujung Bulan - screener saham


Tak lain dan tak bukan, screening saham untuk bulan
depan. Lepas screening , asingkan ikut kategori. Kalau
boleh, cari saham yang harga terkini masih dekat dengan
aras tertinggi terdekat yang dia pernah buat.

Volum dan Harga Saham pacak ke atas dan benam


ke bawah
Semalam hari terakhir trading untuk bulan MAY 2020,
dan market kita membuat satu lagi rekod baru, VALUE
trading harian terbanyak dalam sejarah Menggunakan
screener paling untung dan paling rugi, kita boleh lihat
samada volum terjadi sepanjang hari atau pada minit-
minit akhir trading.

GENG GLOVE - oversold dan overbought


Sama seperti kita layan lantunan saham di penghujung
bulan MAC yang lepas, begitulah cara layanan nanti. Tak
faham yang betul , kita terbalikkan...tak faham yang
terbalik, kita betulkan.. Kalau dua2 pun tak faham,
simpan duit ke tabung haji pun ok lah.

BURSA TRENDBAND CHART • 29


Dapatkan nilai plot untuk alert tanpa pinescript
Kalau tak pandai pinescript, masih boleh gunakan cara di
atas untuk dapatkan nilai-nilai yang telah di plot pada
carta mengikut indikator yang kita pilih.

WINDOW DRESSING di hujung bulan?


Ada ke?

Saham dah tinggi ? Cuba playback dan hafal


Selalu kita dengar dah tinggi, dah tinggi,tunggu
pullback, tunggu retrace, tunggu oversold..menyebabkan
kita jadi takut nak layan carta yang "nampak naik
tinggi"..ada mental block kat situ.. Saya cadangkan,
bukak mana-mana carta dan gunakan fungsi pullback
untuk kembali ke masa "dah tinggi" tu.. Ingat dan
hafalkan ciri-ciri harga ketika breakout, ketika pullback,
ketika breakout sekali lagi dan ketika kita kata dah tinggi
sangat..

Shortcut untuk TIMEFRAME yang berbeza


Boleh buat custom time frame kalau suka.

Melihat anak syarikat - dengan bantuan google


search
Salah satu cara untuk melihat anak syarikat yang
terbabit dengan syarikat di bursa malaysia. Nota : Maaf
kalau video ini tidak berkaitan dengan tradingview.

BURSA TRENDBAND CHART • 30


Pindah indikator ke tetingkap baru
Pindah ke tetingkap baru tanpa ubah script.

Browser atau Apps ?


Ada beberapa penambahan baru yang Tradingview buat
untuk paparan di browser dan apps. Sebab saya guna ios,
video kali ni hanya fokus pada apps di ios saja..

Bila TEKNIKAL SUPPORT bocor


* CARTA TERBALIK * Setelah berehat selama sebulan,
maka bocor juga aras sokongan. Bila bocor dan nampak
pattern, kita dah boleh buat ukuran target.

Hafal pattern di timeframe berbeza


Secara ringkasnya , tujuan kita melihat time frame yang
berbeza adalah untuk
melihat trend (higher timeframe)
mencari signal entry dan exit lebih awal (lower
timeframe)
Apa saja teknik yang kita belajar di carta daily, guna
pakai konsep sama untuk semua timeframe.

INDIKATOR PREVIOUS HIGH


Saya buat satu script mudah menggunakan pine script
untuk tandakan aras tertinggi harga untuk harian,
mingguan dan bulanan. Penerangan dalam video di atas
dan ianya open script. Boleh cuba buat sendiri dan letak
penambahan ikut selera masing-masing. * berkenaan
monthly chart, saya akan betulkan kemudian *

BURSA TRENDBAND CHART • 31


Synchronize indikator ke semua paparan chart
Sekali klik untuk segerakan indikator ke semua paparan
chart.

Carta untuk semua sektor di Bursa Malaysia


Baru terperasan sebentar tadi. Tak perasan bila
tradingview buat kemaskini. Maaf, kalau dah tau, sebab
saya baru saja tau tadi.

Butang Buy dan Sell terbaru di carta


MAAF - butang merah untuk BUY QUE dan biru untuk
SELL QUE.. Penambahan baru butang buy dan sell.
Nampak cantik dan memudahkan. Setakat saya cuba,
hanya di paparan web sahaja yang nampak.

Nasihat berkenaan pattern carta saham


Imaginasi kena lebih kalau nak layan pattern dalam carta
saham

Pattern berulang
Kalau susah nak menghafal atau mengingat, salin satu-
satu

BURSA TRENDBAND CHART • 32


Ubah Warna Candlestick
Bantuan kepada pengguna baru. Kadang-kadang cari tak
jumpa.

Cara lain menggunakan Symbol Search


Saya tak pasti ape fungsi simbol tambah , tolak, bahagi,
darab tu. Mungkin ada yang tahu dan boleh kongsikan
kegunaan benda tu.

SCREENER SAHAM apa yang terbaik?


Semua platform screener ada kelebihan masing-masing.

Tips cara guna RSI


Sambil jalan-jalan melihat pergerakan harga dan RSI.

Alert kini sudah ada tajuk


Setiap alert yang kita buat kini sudah boleh letak tajuk ,
bersesuaian dengan tujuan alert.

BURSA TRENDBAND CHART • 33


Mencari kawasan bernilai (area of value)
Kita terbalikkan carta untuk cuba memahami kenapa
dan bagaimana minat belian atau jualan berlaku.

Corak candlestick dikumpulkan dalam satu


Dah jimat indicator.

Cadangan untuk rupa bentuk carta SAHAM yang


hampir sama
Saya ambil carta turiya sebagai contoh mewakili mana-
mana carta yang buat bentuk hampir sama. Sebagai
panduan , saya gunakan carta mycron tahun 2016.

Watchlist mengikut sektor di Bursa Malaysia


Jadikan senarai amatan (watchlist). Kena rajin buat.

Breakout yang baik perlukan volume yang baik


juga
Setiap kali kita buat support atau resistance samada jenis
melintang, mengereng, perhatikan sekali volume sebagai
pengesahan breakout ke atas atau ke bawah.

BURSA TRENDBAND CHART • 34


Kenapa pentingnya closing price ?
Closing price atau harga tutup penting sebab
mengesahkan apa saja yang kita tunggu. Saya cuba
terangkan secara ringkas dalam video ini.

Cara pantas lihat SAHAM WARRANT


Setakat yang saya tau saja. Kalau ada cara yang lebih
pantas, mohon kongsikan bersama

Bila cycle tamat - nak buat apa?


Cycle saya merujuk kepada signal-signal yang muncul
bila menggunakan Trendband Cycle.

CORAK KEPALA DAN BAHU - REVERSAL PATTERN


Ada di mana-mana saja , asalkan cukup syarat.

Paparan ringkas kewangan


Membantu untuk kita lihat lebih cepat prestasi
kewangan syarikat.

BURSA TRENDBAND CHART • 35


Tak sempat kais pagi, mencuba kais petang •
Intraday
Petang lepas market tutup kita tengok semula hasil
mengais.

Tamak Haloba Yang Terkawal


Saya gunakan typical price pada candle sebagai isyarat
untuk kekal atau teruskan pegangan.

Tambahan Seksyen di Senarai Amatan (Watchlist)


Boleh cuba buat dan bagi saya, penambahan ini sangat
baik.

Saham yang baik tidak akan turun bawah dari


separuh kenaikan awal
Kenapa separuh? Saya terangkan supaya boleh dapat
idea nanti. Pertama kali saya guna Microsoft Edge untuk
buat rakaman. Harap audio dan video jelas.

Watchlist Saham ikut sentimen


Sentimen atau katalis semasa boleh dijadikan panduan
untuk kita buat watchlist saham-saham berkaitan.

BURSA TRENDBAND CHART • 36


Apa jadi dengan SAHAM GLOVE ?
Sekali lagi kita cuba tunggu di kawasan-kawasan
tumpuan. Ada signal, baru tengok semula

Label terbaru untuk tinggi dan rendah


Baru muncul. Mungkin berguna di masa akan datang.

Tengok MOOD MARKET hasil SCREENER SAHAM


Dari screener sahaja , kita boleh melihat dan buat
jangkaan mood market ketika ini. Dan juga melihat stock
yang masih ikut mantra "satu jalan , yang lain pun jalan".
Tak guna ada screener power, tapi tak subscribe real-
time data !

Untung la sapa ada Tradingview !


Jalan-jalan melawat dunia tanpa sempadan..

Untung la sapa ada Tradingview !


Jom ulangkaji stock sampah tapi trendnya cantik..
perhatikan dan hafalkan setiap kawasan yang saya
conteng tu.

BURSA TRENDBAND CHART • 37


TANDA SAHAM SHARIAH di Tradingview
Setakat ini ada 2 cara. Cara pertama akitfkan extention
untuk google chrome atau microsoft edge. Cara kedua,
kita gunakan indikator khas yang telah dibuat oleh
sahabat trader kita.

SAHAM SYARIAH Tradingview untuk Microsoft


Edge
Cari extention TRADINGVIEW SHARIAH terus dari
Chrome Web Store

TrendBand Cycle untuk swing bertarget jangka


masa pendek !
TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam
mencari saham berpotensi dan membuat keputusan
lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan
menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya
jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk
swing bertarget jangka pendek !

MENGUJI TEORI SECARA RAWAK


Video ini asalnya lebih panjang dah terpaksa dipotong
pendek. Contoh yang diberikan juga diambil dari senarai
peneraju volume (top active).

Hantar alert dari tradingview webhook ke telegram


Cara ini memerlukan kita menggunakan servis dari 3rd-
party. Saya terangkan satu persatu bagaimana hendak
hantar alert dari tradingview melalui webhook ke
telegram.

BURSA TRENDBAND CHART • 38


Alert aras harga guna fibo
Ada beberapa cara alert yang kita boleh gunakan untuk
kawasan-kawasan tumpuan. Saya guna fibonacci
retracement untuk dapatkan kawasan tumpuan dan
pasang alert menggunakan pilhan saluran harga. Cara
yang sama boleh diguna untuk mencari kawasan sasaran
jika harga breakout.

Alert dari Tradingview dan send link live chart ke


Telegram
Menggunakan fungsi Tradingview Webhook dan hantar
alert ke telegram bersama link live chart. Dalam link
chart, kita boleh tambah beberapa parameter untuk
terus ke layout kepunyaan kita sendiri.

Head & Shoulder Pattern Di Awal 2021


Satu corak carta yang saya sempat kumpulkan. Mungkin
tidak perfect, tapi konsep coraknya tetap jelas. Corak
yang sama jika muncul ketika trend sedang menaik,
sebagai tanda-tanda awal untuk bertukar arah menjadi
trend menurun. Sebaliknya jika muncul ketika trend
sedang menurun, berkemungkinan trend akan berubah
naik pula. Tapi, ini bursa malaysia ! Walaupun pattern
jelas nak berubah arah, bukan kita yang kawal dia.

How to add alert in Tradingview 2021


Alert dari tradingview sangat berguna kalau kita pandai
tukar alert jadi bantuan sokongan.

Bila nak guna Screener Volume Power ?


Drama pendek untuk penerangan Screener Volume
Power dan 4H Volume Power.

BURSA TRENDBAND CHART • 39


ARB - Auto Reject Bawah (Limit Down) APA KES?
Kejadian limit down di negara jiran boleh kita jadikan
ikhtibar yang mana, main saham bukannya boleh bawak
main2 .

Saya Cari Breakout Signal Dan Jadikan Watchlist


Kita cari breakout yang dah berlaku tapi belum melonjak
naik tinggi. Buat watchlist breakout dan guna trendband
cycle untuk kecilkan lagi pilihan.

Apa yang saya nampak setiap hari guna


TRADINGVIEW?
Saya tetap nampak stock mana yang gerak dan tak gerak
setiap hari. Beli atau tak bergantung kepada
perancangan yang sudah dibuat setiap awal bulan. Dan
proses sama berulang-ulang sampai abang jamil mam***.

52 Week High Merugikan ?


Tengok dulu , lepas tu baru sembang.

Install Shareinvestor Station Dalam Linux Mint •


Janji Screener Jalan
Shareinvestor Station hanya run dalam windows. Untuk
membolehkan run dalam linux, saya gune wine.

BURSA TRENDBAND CHART • 40


Apa jadi dengan Geng Breakout ?
Nota : Gambar keinhing salah. Harap maaf ! Masih ok tak?

Terlepas Saham 52 Week High


Sama juga. Tengok dulu, baru sembang.

Bila harga turun lebih rendah dari volume masuk


Kita perhatikan aras harga yang ada kemasukan volume
tinggi. Jika harga terkini tembus ke bawah, maka kena
kencinglah kita.

Cara nak tipu Trendband Cycle


Tipu sunat...tak tipu bukan trader sejati namanyer..

Hari Pertama IPO di BURSA MALAYSIA


Ada cara kalau nak layan IPO pada hari pertama
disenaraikan.

BURSA TRENDBAND CHART • 41


Kita tipu lagi guna Weekly Chart
Lagi tipu sunat.

Screener MACD untuk sideway trend


Nak cari harga sebelum breakout? Boleh cuba screener
macam ni.

Nak jadi trader momentum, swing atau position ?


Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu
saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat
keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT
dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS.

Mencari geng doji dalam MACD Bullish


MACD bukan sekadar mencari bersilang-silang, tapi
boleh juga dijadikan sebagai asas untuk filter saham-
saham yang berada dalam posisi positif.

Trading Plan untuk Ripple (xrpusd)


Ripple - Kenapa perlu ubah aras stop loss dan
penggunaan inside bar.

BURSA TRENDBAND CHART • 42


Bila panic selling berjemaah muncul !
Ini video lama, simpanan peribadi dan saya reupload
semula untuk tontonan umum.

Rahsia Tahan Lama


Ingat pattern chart dan cari stop loss yang tak dekat
sangat, tak jauh sangat..

Support dan Resistance


Saya paling tak suka tajuk ni. Tapi ianya satu kemestian
yang PERLU TAHU bagi semua pembaca chart

BURSA TRENDBAND CHART • 43


REHAT SEBENTAR

BURSA TRENDBAND CHART • 44

Anda mungkin juga menyukai