Anda di halaman 1dari 5

Cara Scan Kaunter Saham Untuk Dibeli

bullishbursa.blogspot.com/2016/07/cara-scan-kaunter-saham-untuk-dibeli.html

Terdapat lebih 1700 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekiranya ingin
membeli kesemua saham yang disenaraikan, memang hilang akal namanya. Bagaimana
agaknya teknik ataupun cara yang boleh digunakan untuk memilih beberapa kaunter saham
yang berpotensi memberikan keuntungan?

Sebenarnya terdapat banyak teknik yang


boleh digunakan untuk melakukan scan
atau memilih kaunter saham untuk dibeli
dalam waktu-waktu tertentu. Hari ini saya
akan berkongsi cara saya melakukan scan.
Memandangkan strategi saya buat masa ini
adalah 50% invest dan 50% trading, saya
akan kongsikan teknik yang saya gunakan
untuk kedua-dua strategi tersebut.

1. Scan Kaunter Saham untuk Invest

Dalam memilih kaunter saham berkualiti untuk saya invest, saya menggunakan Fundamental
Analysis sebagai panduan. Saya telah kongsikan teknik yang saya gunapakai dalam entri ku
khianati diri sendiri, namun hari ini saya kongsikan semula secara step by step supaya lebih
mudah dijadikan panduan oleh pelabur baru.

1.1 Buka laman web iSaham Stock Screener

1.2 Klik pada Screeners dan kemudian klik List all screeners

1.3 Buat masa ini, anda dapat lihat 13 jenis screener di bawah kategori Fundamental
termasuklah Value Screeners dan Dividend Screeners.

1.4 iSaham telah memberikan score dan melakukan ranking terhadap kaunter saham
berdasarkan formula berkaitan untuk setiap kategori. Kebiasannya saya akan lihat setiap
kategori untuk memilih saham yang menarik untuk saya invest. Memang banyak masa saya
luangkan untuk memilih saham terbaik untuk saya invest. Disebabkan saya berniat untuk
invest bagi tempoh masa yang panjang, tidak salah untuk luangkan lebih masa melakukan
analisis secara Fundamental seperti ini.

1.5 Seterusnya saya check sama ada saham yang saya 'jumpa' melalui screening iSaham
memenuhi 8 kriteria Fundamental yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini Sebagai
contoh kita ikuti analisis untuk kaunter Jaycorp.

1/5
1.5.1 Harga saham Jaycorp RM1.05, Fair
Value RM1.75, MOS = RM1.05/RM1.75 = 60%
(kurang daripada 2/3 ataupun 66.67%)
OK
1.5.2 PE Ratio 8 (kurang daripada 10) OK
1.5.3 PEG 0.42 (kurang daripada 1) OK
1.5.4 Harga saham RM1.05, NTA RM1.02 (harga saham melebihi NTA) NOT OK
1.5.5 DE Ratio 0.39 (kurang daripada 1) OK
1.5.6 Current Ratio 2.12 (lebih daripada 2) OK
1.5.7 Dividend Yield 4.07% (lebih daripada 3%) OK
1.5.8 EPS YOY 125.48% (tinggi berbanding tahun lepas) OK

1.6 Berdasarkan guideline di atas, Jarcorp memenuhi 7/8 kriteria, boleh ulang semula step
tadi untuk mencari kaunter saham yang memenuhi 8/8 kriteria. Untuk contoh kali ini, kita
teruskan ke langkah seterusnya. Secara peribadi 7/8 sudah cukup baik bagi saya.

Seterusnya saya akan buka ChartNexus dan lihat chart Jaycorp untuk membuat anggaran
waktu terbaik untuk membeli saham ini

Jaycorp dilihat dalam keadaan sideways.


Support pada RM1 dan resistance pada
RM1.10. Dalam keadaan ini saya tidak perlu
terburu-buru melakukan pembelian.
Sekiranya harga Jaycop selepas ini turun,
boleh tunggu di paras RM1 untuk lakukan
pembelian. Pada harga ini juga, Jaycorp
secara automatik akan memenuhi 8/8 kriteria yang disenaraikan tadi, kerana harga tersebut
di bawah paras NTA iaitu RM1.02, maka kriteria 1.5.4 akan dipenuhi. Sekiranya Jaycorp terus
menaik, harga di atas RM1.10 boleh dipertimbangkan.

1.7 Untuk menjual, terpulang kepada anda. Penjualan boleh dilakukan sekiranya harga
saham tersebut mencecah paras keuntungan yang okay bagi anda. Bagi saya, saya gunakan
Fair Price sebagai rujukan. Saya simpan saham telah dipilih sehingga saham tersebut bukan
lagi dikategorikan sebagai undervalued.

2. Scan Kaunter Saham Untuk Trading

Teknik untuk scan kaunter saham untuk tujuan trading sangat banyak. Terlalu banyak
sebenarnya. Bergantung kepada selera masing-masing. Setakat ini, teknik yang bakal saya
kongsikan adalah yang paling sesuai bagi diri saya buat masa ini.

2.1 Buka trading platform masing-masing. Pada paparan Live Quotes, susun semula senarai
kaunter saham mengikut turutan volume paling tinggi berada di atas sekali. Tujuannya
adalah untuk memilih kaunter saham mempunyai volume yang tinggi ataupun aktif sebagai

2/5
filtering criteria yang pertama. Kaunter-kaunter ini kebiasannya lebih liquid, mudah untuk kita
lakukan belian dan jualan. Sesuai untuk tujuan trading.

2.2 Filter out kaunter saham yang


mempunyai harga di bawah paras risk
tolerance masing-masing. Sebagai contoh,
saham yang berharga RM0.10 setiap kali
bergerak satu bid/tick (RM0.005), harga
akan berubah sebanyak (RM0.005/RM0.10)
5% untuk setiap bid/tick, dua bid/tick dah
10%. Kalau jantung anda bagaikan nak
tercabut melihat pelaburan anda bergerak
dengan julat sebesar ini setiap saat, tetapkan harga saham paling sesuai dengan risk
tolerance anda berdasarkan formula ringkas tadi. Untuk contoh kali ini, kita ignore saham di
bawah harga RM0.30.

Filter out juga kaunter call dan put warrant. Ini kerana pergerakan call/put warrant tidak
bergantung kepada prinsip supply and demand semata-mata, tetapi juga berdasarkan
pergerakan underlying asset call/put warrant tersebut. Kaunter saham yang 3 huruf terakhir
bermula dengan C adalah call warrant (contoh FGV-C11), dan H adalah put warrant (contoh
HSI-H39).

Dalam contoh kali ini, setelah kita filter out ataupun ignore kaunter-kaunter berdasarkan
kriteria tadi, kaunter yang disenarai pendek adalah

AAX (RM0.38)
KNM (RM0.405)
FGV (RM1.78)
MYEG (RM1.87)
ARMADA (RM0.76)
GADANG (RM2.48)
AIRASIA (RM2.85)
AWC (RM0.865)

2.3 Klik pada setiap saham tersebut. Filter out pula saham-saham yang mempunyai buy rate
kurang daripada 60%. Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek kaunter saham yang
mempunyai buying interest yang tinggi. Secara teorinya apabila lebih banyak buyer yang
sanggup membeli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa berbanding seller yang
sanggup menjual pada harga lebih rendah daripada harga semasa, kaunter tersebut
mempunyai upside momentum yang lebih tinggi.

3/5
Dalam contoh kali ini. Kaunter yang mempunyai buy rate 60% dan ke
atas adalah
MYEG (69%)
AWC (70%)

2.4 Buka ChartNexus untuk melihat technical chart MYEG dan AWC
untuk menentukan Cut Loss/Stop Loss sekiranya kaunter ini tidak
meneruskan trend menaik pada hari Isnin nanti.

MYEG
Current Price: RM1.87
Target Price 1: RM1.89 (1.1%)
Target Price 2: RM2.00 (6.9%)
Cut Loss: RM1.72 (-8%)
AWC
Current Price: RM0.865
Target Price 1: RM0.89 (2.8%)
Cut Loss: RM0.785 (-9%)

2.5 Boleh berhenti di langkah 2.4 ataupun tambah satu lagi kriteria
untuk membuat keputusan. Langkah seterusnya adalah dengan menilai
risk/reward ratio.
MYEG risk/reward = 8%/1.1% = 7.2, 8%/6.9%
AWC risk/reward = 9%/2.8% = 3.21

Dalam kes ini AWC dilihat lebih menarik kerana risiko yang perlu
diambil adalah lebih rendah berbanding potensi keuntungan yang lebih
tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda yakin MYEG boleh menaik
terus ke Target Price 2 iaitu RM2.00, risk/reward ratio untuk MYEG
dalam kes ini adalah 8%/6.9% = 1.16. Menjadikan MYEG lebih attractive
berbanding AWC.

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan, anda boleh terus melakukan


scan untuk lebih banyak kaunter. Paling cantik sekiranya anda temui
kaunter yang pempunyai risk/reward ratio kurang daripada 1.
Bermaksud kaunter tersebut mempunyai potensi keuntungan lebih
tinggi berbanding risiko yang perlu diambil.

Kesimpulan

Walaupun Fundamental Analysis dan Technical Analysis merupakan dua kaedah asas yang

4/5
digunakan oleh investor mahupun trader, kebiasannya pada ketika pembelian nak dilakukan,
tiba-tiba datang satu lagi analisis yang mengatasi kesemua analisis yang
dilakukan sebelum ini. Analisis ini dinamakan GFA...ataupun Gut
Feeling Analysis. Hasil analisis FA dan TA mengatakan tak sepatutnya
beli, tiba-tiba GFA kata, boleh naik kot ni. Maka 'ter'beli lah kaunter
tersebut.

Bagi saya tidak menjadi masalah sama ada FA, TA mahupun GFA yang
menjadi pilihan anda semua. Seperti yang saya nyatakan dalam entri
sebelum ini, perkara paling penting adalah untuk menjadi pelabur yang
bertanggungjawab.

5/5

Anda mungkin juga menyukai