Anda di halaman 1dari 30

APA ITU SAHAM?

Saham bermaksud perkongsian perniagaan.

Di dalam perniagaan, istilah “Saham” digunapakai untuk merujuk kepada


perkongsian pegangan sesuatu perniagaan.

Manakala dalam Pasaran Modal atau Pasaran Saham, “Saham” merujuk


kepada pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.

Apa PERSAMAAN dan PERBEZAAN dua situasi di atas?

Perbezaannya adalah dari segi cara pemilikan pegangan. Dalam


perniagaan, biasanya yang menjalankan perniagaan sahaja mempunyai
Saham. Manakala dalam pasaran saham, ia terbuka kepada sesiapa sahaja
yang mahu memiliki saham dalam sesebuah syarikat meskipun tidak
terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut.

Persamaannya pula, kedua-duanya adalah PERKONGSIAN. Perkongsian


modal, perkongsian keuntungan dan perkongsian kerugian.
APA ITU PASARAN SAHAM?
Pasaran Saham adalah tempat di mana syarikat-syarikat menawarkan
atau menjual pemilikan saham syarikat mereka kepada orang awam untuk
mendapatkan modal.

Modal atau dana ini akan digunakan oleh syarikat untuk tambahbaik
teknologi pengeluaran produk dan memenuhi permintaan produk mereka.

Di Malaysia, pasaran saham ini dikenali sebagai Bursa Malaysia. Saiz


pasaran Malaysia atau Bursa Malaysia adalah US$400b. Antara syarikat
yang ada di Bursa Malaysia seperti Tenaga (TNB), MYEG, AJINOMOTO,
BANK ISLAM, TAKAFUL, POS MALAYSIA.
SENARAI PASARAN SAHAM
TERBESAR DI DUNIA
1. United States
Pasaran yang terkenal dengan nama Wall-Street ini adalah pasaran saham
terbesar di dunia dan menjadi nadi atau hub untuk dunia saham. NEW
YORK STOCK EXCHANGE (NYSE) dan NASDAQ adalah pasaran utama di
U.S dengan lebih 13,000 saham yang berjumlah US$26 trillion. Antara
syarikat terbesar adalah Apple, Amazon dan Google.
SENARAI PASARAN SAHAM
TERBESAR DI DUNIA
2. China
Antara kuasa besar yang baru meningkat naik dengan dua pasaran saham
yang dikenali Shanghai Stock Exchange dan Shenzen Stock Exchange.
Terdapat lebih 3,000 syarikat di China dengan nilai keseluruhan berjumlah
US$6.3 trillion. Ind & Comm Bank of China dan Kweichow Moutai adalah
antara saham terbesar di pasaran China.
SENARAI PASARAN SAHAM
TERBESAR DI DUNIA
3. United Kingdom
Pasaran saham terawal di dunia yang ditubuhkan pada 1801. London Stock
Exchange (LSE) adalah financial hub untuk keseluruhan pasaran di
Europe. Terdapat 2,800 syarikat yang listed di LSE dengan nilai
keseluruhan berjumlah US$6 trillion. Shell, HSBC dan Uniliver adalah
antara syarikat terbesar di LSE.
SENARAI PASARAN SAHAM
TERBESAR DI DUNIA
4. Japan
Japan Stock Exchange (JSE) adalah pasaran saham terawal di Asia dan
adalah rumah kepada syarikat permotoran dan electronic dunia. Terdapat
lebih 4,000 syarikat yang listed under di JSE dengan nilai keseluruhan
berjumlah US$4 trillion. Toyota, Softbank dan Sony adalah syarikat
gergasi yang ada di pasaran Japan.
SENARAI PASARAN SAHAM
TERBESAR DI DUNIA
5. Hong Kong
Financial hub kedua terbesar di dunia selepas New York adalah antara hub
terpenting untuk pasaran saham Asia Pacific. Hong Kong Stock Exchange
(HKSE) adalah rumah kepada lebih 2,000 saham dengan nilai sekeluruhan
berjumlah US3.2 trillion. Tencent dan PetroChina adalah saham terbesar
yang listed di HKSE.
ANTARA TANGGAPAN SALAH
TENTANG SAHAM
1. SAHAM HARAM
Ini adalah perkara yang paling ramai orang fikirkan. Haram sebab
seumpama beli nombor. Hanya tengok skrin yang banyak nombor untuk
beli dan jual.

Kalau saham global pula ramai kata haram sebab syarikat bukan terdiri
dari orang muslim. Konsipirasi. Freemason, Yahudi dan macam-macam
lagi.

Tahukah anda syarikat yang diapungkan di pasaran saham perlu melalui


system audit yang ketat. Ada panel shariah yang mengawal selia asset
dan kewangan syarikat sebelum diklasifikasikan sebagai SHARIAH.

Di Bursa Malaysia, ada panel shariah dari Suruhanjaya Sekuriti yang


mengawal selia syarikat yang diapungkan di Bursa Malaysia.

Di Pasaran Global pula ada panel shariah dari AAOIFI yang mengawal selia
saham syarikat di seluruh dunia.

Malah sekarang dah ada platform islamik yang dah sorting saham shariah
untuk pasaran Saham Malaysia dan Saham Global. Tak perlu risau dah.
ANTARA TANGGAPAN SALAH
TENTANG SAHAM
2. SAHAM ADALAH SKIM CEPAT KAYA
Saham bukan skim, saham adalah pelaburan. Perkara pertama yang perlu
kita tahu adalah perbezaan pelaburan saham dan skim cepat kaya.

Perbezaan yang paling mudah adalah skim cepat kaya yang ada di luar
sana menawarkan skim berpakej. Collect duit orang ramai dengan
menggunakan perkataan “PELABURAN”.

Padahal diorang tak laburkan langsung duit tu. Bagi dividen dengan cara
rolling duit dari collection duit orang ramai. Kalau nak withdraw atau
keluarkan semua modal, kena tambah lagi duit.

Dalam pelaburan saham tiada pakej dan tidak perlu tambah duit kalau kita
nak withdraw duit modal kita. Seperti mana mudahnya kita keluarkan duit
dari ASB, begitu la juga dengan Pelaburan Saham.

Selain itu, bila kita nak melabur saham, kita akan gunakan broker
bertauliah seperti dari Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB. Kita mempunyai
akaun trading khas untuk kita sendiri. Kita boleh beli dan jual sendiri.
ANTARA TANGGAPAN SALAH
TENTANG SAHAM
3. SAHAM PERLUKAN MODAL YANG BESAR
Modal besar sebab kita tengok orang punya keuntungan besar dalam
masa singkat.

Kita perlu realsitik gaiss..! Kita ukur badan sendiri. Timbang berat poket
kita. Ada berapa banyak kosong dalam akaun bank kita.

Mindset yang salah bila nak untung cepat, untung besar tapi modal kecil.
Paling best, tak nak ada kerugian langsung.

Ini yang kita perlu perbetulkan. Saham boleh je mula denga modal rendah.
Beli 1 lot setiap bulan. Simpan dalam saham yang berkualiti untuk
jangkamasa Panjang 5-10 tahun.

Sifir dia mudah je.

Modal kecil perlukan masa yang lama untuk dapatkan hasill yang lumayan.

Modal besar tak perlu masa lama untuk peroleh hasil yang berpatutan.
TIGA (3) KATEGORI MANUSIA
DALAM PASARAN SAHAM
Pasaran saham adalah salah satu tempat untuk mengembangkan hasil
pendapatan kita. Tetapi ‘risk appetite’ atau kesanggupan untuk
mengambil risiko adalah berbeza untuk setiap pelabur. Konsep
mudahnya, high risk high return, low risk low return.

Ini bermakna, org yang sanggup mengambil risiko yang besar akan
memperoleh keuntungan yang besar dan sebaliknya. So, ada baiknya
sebelum bersembang untuk jadi jutawan saham, lebih baik kita kira dulu
berapa kita sanggup rugi dalam saham.

Ok kalau dah faham konsep keuntungan dalam saham, jom kita tengok
jenis-jenis pelabur yang ada dalam pasaran saham. Perbezaan utama
adalah dari segi ‘investment horizon’ atau tempoh pelaburan dan teknik
yang digunakan. Sila pilih yang mana satu sesuai dgn anda.
TIGA (3) KATEGORI MANUSIA
DALAM PASARAN SAHAM
1. SCALPING TRADING

Scalping adalah satu teknik dimana anda akan menuai hasil pelaburan
dalam satu hari. Scalping menggunakan 100% Technical Analysis yang
membolehkan anda membeli dan menjual dalam masa beberapa jam atau
beberapa minit sahaja. Tetapi risiko tersangatlah tinggi.
TIGA (3) KATEGORI MANUSIA
DALAM PASARAN SAHAM
2. SWING TRADING

Swing adalah satu teknik dimana anda akan menuai hasil pelaburan dalam
masa beberapa minggu atau bulan. Pelabur mengambil peluang ke atas
pergerakan harga yang besar utk membeli dan menjual. News-flow atau
catalyst adalah penting untuk swing trading.
TIGA (3) KATEGORI MANUSIA
DALAM PASARAN SAHAM
3. LONG TERM TRADING

Long term trading adalah teknik paling selamat dengan pulangan yang
luar biasa. Kuasa untuk memegang atau holding power akan
mengurangkan risiko pelaburan. Untuk long-term, Fundamental Analysis
digunakan untuk memilih saham.
SYARAT DAN KELAYAKAN
MELABUR SAHAM
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk melabur saham.
Tidak kira anda warganegara mana.

Apa yang anda perlukan hanyalah Akaun Trading Bursa Malaysia dan
Global.

Dokumen yang diperlukan untuk membuka Akaun Trading adalah salinan


kad pengenalan dan bank statement.

Yuran untuk mendaftar dan membuka akaun trading Bursa Malaysia dan
Global hanyalah RM10.50

Suka untuk kami ingatkan, anda perlu mendaftar di Investment Bank


bukan di bank biasa. Memang bank biasa ada tawarkan pembukaan akaun
trading tetapi anda tiada Remisier untuk bantu anda. Dan anda akan
hadapi masalah jika mahu membeli IPO atau masalah lain pada masa akan
datang.

Contohnya: Maybank Investment Bank bukan Maybank biasa yang selalu


kita berurusan.
JENIS-JENIS AKAUN TRADING
BURSA MALAYSIA

PLAY
PENTINGNYA CEREWET
MEMILIH REMISIER

PLAY
CARA MEMBELI SAHAM BURSA
MALAYSIA SECARA ONLINE

PLAY
CARA MEMBELI SAHAM
GLOBAL SECARA ONLINE

PLAY
PELABURAN MESTI PERLUKAN
MODAL DAN MASA
PELABURAN ADALAH UNTUK JANGKA MASA PANJANG. Berdagang Pula
Untuk Jangka Masa Pendek Atau Sederhana.

Kita selalu tengok harga saham naik turun setiap minit. Itu yang kadang-
kala buat orang takut nak terokai dunia pelaburan dan salah faham
bahawa saham hanya sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek.
Sedangkan pembelian saham boleh dijadikan pelaburan seumur hidup.

Kami tak nafikan pasaran saham adalah sebuah dunia yang penuh dengan
warna-warni. Orang kata, dunia tanpa peraturan atau pengecualian. Apa
saja boleh berlaku. Tetapi ada prinsip-prinsip dalam pelaburan yang tidak
berubah, walaupun pasaran turun naik.

.
Prinsip ini yang kita perlu tahu kalau kita nak jadikan pelaburan saham
sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Apabila membeli saham terutama untuk pelaburan jangka masa panjang,


kita perlu buka minda dan luaskan pemandangan. Lihat lima atau 10 tahun
ke depan. Usah dilihat pergerakan harian saham itu yang sentiasa naik
turun, ia tidak menggambarkan pencapaian jangka masa panjang.
PELABURAN MESTI PERLUKAN
MODAL DAN MASA
Macam mana nak pilih saham untuk pelaburan jangka masa panjang?

Kunci utama adalah memilih syarikat dengan model perniagaan yang telah
terbukti berkesan, mempunyai rekod baik dan pasukan pengurusan yang
cemerlang. Kita juga kena lihat peluang baru seperti perkembangan
teknologi atau perubahan trend pengguna yang mungkin menjadi
pemangkin kepada perniagaan syarikat itu, sekali gus menaikkan harga
sahamnya.

Contohnya cuba tengok Intel, pengeluar semikonduktor terbesar di dunia


dan pembekal mikrocip yang digunakan dalam alat elektronik seperti
komputer dan telefon pintar. Kita boleh katakan saham Intel sesuai untuk
pelaburan jangka masa panjang kerana produknya akan terus relevan
selagi orang ramai guna barangan elektronik.

Intel memberikan pulangan tahunan sebanyak 8 hingga 10 peratus kepada


pemegang saham dan membayar dividen kepada pelabur setiap tahun
sejak puluhan tahun lalu.

Kalau anda nak fokus pada pelaburan jangka sederhana antara lima dan 10
tahun, anda boleh melabur dalam saham syarikat teknologi dan media
sosial seperti Facebook.
PELABURAN MESTI PERLUKAN
MODAL DAN MASA
Sehingga kini, tak ada lagi akaun media sosial yang sepopular Facebook.
Dan dengan lebih 1.8 bilion pengguna serta berbilion data yang disimpan.

Facebook adalah syarikat pengiklanan paling berkesan di dunia yang


mampu menawarkan khidmat iklan mengikut kecenderungan setiap
pengguna. Kita boleh ramalkan Facebook akan bertahan lama sebagai
syarikat yang menguntungkan.

Semua saham yang kami sebut ini adalah saham di luar negara sebab kita
boleh melabur di mana-mana sahaja. ‘Kecantikan’ dunia globalisasi dan
teknologi moden hari ini membolehkan kita berurusan dengan dunia luar
secara mudah. Shopping pun sekarang terus saja beli online dari kedai di
London, tak main dah pergi Sogo.

Sama juga macam pelaburan, kita sekarang ada akses kepada saham-
saham luar negara. Senjata kita hanyalah telefon pintar atau komputer
serta internet.
TIGA(3) BENDA YANG
JAHANAMKAN MODAL

PLAY
LIMA(5) TIPS UNTUK SURVIVE
DALAM PASARAN SAHAM
Memang susah nak berjaya tanpa ilmu dan bantuan. Untuk berjaya kita
kena ada ilmu dan pengetahuanyang betul. Dengan ilmu pengetahuan
yang ada, kita berusaha pula dan timba lebih banyak pengalaman. Tapi
kita harus ada objektif yang munasabah, nawaitu yang betul bila belajar
dan melakukan sesuatu. Kalau pikir nak jadi jutawan je setiap masa
memang kita akan sangkut setengah jalan.

Orang yang dah pernah merasa kegagalan dalam pelaburan saham,


Stallion nasihatkan korang cuba muhasabah diri dan cari punca kenapa
kita gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu
teruskan perjuangan dan mencuba dengan cara baru yang dan lebih baik
lagi. Hari ni Stallion nak share tips yang mungkin boleh membantu.

TIP # 1: CARI RAKAN SEPERJUANGAN YANG ADA OBJEKTIF YANG


SAMA
Pelaburan saham ni adalah seperti larian marathon dan bukan acara pecut
macam skim cepat kaya. So kalau nak kekal lama kita mestilah cari
support system yang kuat seperti rakan seperjuangan dan mentor yang
boleh meluangkan masa. Whatsapp Group saham adalah sangat
membantu sebab anda boleh kaji dan belajar dari kejayaan atau kegagalan
yang dikongsi oleh pelabur lain.
LIMA(5) TIPS UNTUK SURVIVE
DALAM PASARAN SAHAM
TIP # 2: SEDIAKAN SATU BUKU NOTA UNTUK CATATAN HARIAN
Bila anda mula melabur saham, anda akan rasa ada terlampau banyak
sangat informasi sampai tak tahu mana satu nak mula. So, Stallion
sarankan korang semua tulis semua benda yang penting dan berkaitan
dengan saham yang kita beli. Tulis dengan tangan bukan dengan dalam
hand phone sebab kita akan lebih cepat belajar kalau kita tulis sendiri
dengan tangan. Back to basic. Macam masa kita belajar di sekolah dulu.
Sebab ini bukan bidang kebiasaan kita. Kita zero.

TIP #3 : TETAPKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF KENAPA NAK MELABUR


Benda ni adalah paling penting sekali untuk pelabur baru. Kalau nak
melabur saham sebab nak jadi jutawan memang korang ada potensi untuk
berhenti separuh jalan. So untuk tahun pertama, Stallion sarankan anda
mesti ada objektif yang rasional. Contoh, cuba untuk beat dividend dari
unit-trust tersohor di Malaysia iaitu ASB.

Kalau ASB bagi 8% setahun, kita cuba dapatkan 10% setahun. Kalau rasa-
rasa dah pandai sikit cuba 10% untuk 6 bulan. Kemudian 10% untuk 3
bulan. Up lagi level sebulan 10% pula. Perlahan-lahan improve. Bukan
masuk-masuk je pasaran terus nak power. Memang kena lauk la jawabnya.
Baru darjah satu nak lawan budak Form 5.

Sentiasa ingat, Banyak atau sedikit bukan ukuran. Bukan berapa banyak
kita buat dalam suatu masa masa. Tapi berapa banyak kali kita boleh
profit setiap kali trading. Konsisten atau tidak.
LIMA(5) TIPS UNTUK SURVIVE
DALAM PASARAN SAHAM
TIP #4 : MULA MELABUR DENGAN MODAL YANG KECIL. JADIKAN
PELABURAN SEBAGAI TABUNG SIMPANAN.
Pasaran saham adalah lautan yang sangat dalam dan rugi itu pasti. So,
Stallion sarankan korang bermula dengan modal se-kecil Rm500. Kalau
dah selesa baru tambah secara berperingkat mengikut keselesaan kita,
jangan ikut org lain. Anggaplah modal Rm500 tu adalah untuk kita feel
atau rasa sendiri macam mana saham ni berfungsi. Emosi ketika melabur
memang sangat unik dan pengalaman tu sangat berharga.

Mula gandakan modal dengan platform broker tempatan seperti Maybank


Investment Bank. Boleh beli 1 unit saham global. Contohnya beli saham
Starbucks : SBUX, harga sekitar 72usd. Kali dengan 4 untuk convert ke
ringgit, bersamaan RM288 seunit.

TIP #5 : DISIPLINKAN DIRI DENGAN RUTIN HARIAN SEBELUM


MEMULAKAN PELABURAN
Stallion sarankan korang set satu rutin harian sebelum nak trade. Baca
semua news dan pergerakan saham dunia di CNBC dan Investing.com
walaupun korang tak terasa nak trade pun hari tu. Dengan rutin ni, korang
akan dapat tahu flow pasaran saham dan macam mana news memberi
kesan kepada pergerakan harga saham. Ini lah dipanggil market sense.
NAK BUKA AKAUN TRADING
UNDER STALLION?
Bolehhhh.. Anda akan berada di bawah jagaan Tuan Marzuki dan Tuan
Luqman.. Kedua-duanya Remisier berlesen. Hanya perlu klik button di
bawah ini..

Open Account

NAK JOIN GROUP STALLION?


Bolehhhh.. Jom join group telegram Stallion Brothers.. Kami akan berikan
update terkini mengenai pasaran Saham Malaysia dan Saham Global. Klik
button di bawah.

Join Group
TAHNIAH !
Anda Berjaya Menghabiskan
Pembelajaran Melalui
DIGITAL BOOK
Stallion Brothers.

Semoga Bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai