Anda di halaman 1dari 2

1

Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya?

Kalau ditanya sapa yang nak berjaya dah tentu semua orang nak berjaya. Apa itu
kejayaan? Adakah dengan memiliki rumah dan kereta mewah satu kejayaan? Adakah
mempunyai simpanan emas yang banyak satu kejayaan? Atau apakah dengan
mempunyai anak yang ramai adalah satu kejayaan?

Mungkin jugak ada yang berfikiran kalau aku sudah habis belajar kat Universiti dan
dapat kerja yang bagus itulah dianggap sebagai satu kejayaan. Ada juga yang telah
ada segala-galanya tapi menganggap itu bukanlah sebagai kejayaan. Napa pulak jadi
macam tu? Sebab kejayaan itu bergantung kepada matlamat dan misi seseorang.
Kejayaan adalah satu pencapaian terbaik didalam sesuatu matlamat atau misi yang
diinginkan.

Bagi menggapai impian dan matlamat yang disasarkan dan menempa kejayaan, daya
minda seorang jutawan amat dipelukan. Minda Jutawan selalunya adalah minda
kejayaan. Beberapa penerapan yang boleh dikongsikan di sini, untuk menjadikan diri
kita sebagai seorang usahawan yang berjaya.

1. Mencari Ilmu- Ilmu sangat penting dalam mencapai kejayaan. Untuk


mendapatkan ilmu belajar dan membaca adalah perkara yang mesti dilakukan.
Seorang usahawan yang berjaya tidak segan silu untuk belajar dan menimba
ilmu walaupun dari orang bawahannya sendiri. Suka bertanya juga adalah
senjata untuk mendapatkan ilmu. Seelok-eloknya dapatkan mentor atau guru
yang boleh membimbing kita untuk mencapai kejayaan.

2. Bijak Mengambil Peluang- Usahawan berjaya adalah usahawan yang bijak


memanipulasi keadaan. Setiap ruang kosong dan permasalahan adalah duit
baginya. Setiap kelemahan sistem dan masyarakat menjadi ruang kepadanya
membuat untung. Tengoklah sekeliling kita. Rata-rata produk dan perkhidmatan
yang digilai masyarakat adalah produk-produk yang menjadi penyelesai kepada
masalah mereka. Cuma usahawan sahaja yang bijak menghidu dan mengambil
peluang yang ada sebaiknya.
2

3. Lakukan tindakan yang profesional- Jadilah seorang yang pakar dalam bidang
yang diceburi. Tunjukkan kita boleh melakukan tugasan yang diberi dengan baik.
Buktikan kepada pelanggan bahawa kita adalah seorang yang profesional.
Bertanggungjawablah kepada segala tindakan yang kita lakukan.

4. Bersungguh-sungguh dalam berusaha- Usaha tangga kejayaan. Begitulah


ungkapan orang dulu-dulu. Buat sesuatu perkara mesti dengan kesungguhan
dan tak sambil lewa. Mulakan tugasan dengan azam aku akan hasilkan yang
terbaik.

5. Doa dan tawakal- Semua perkara yang dah kita buat cumalah usaha semata-
mata. Kejayaan itu bukanlah dari kita. Allah yang memberikan segalanya.
Konsep tu kena pegang sampai bila-bila. Kalau kita berusaha belum tentu kita
akan berjaya. Tapi kalau kita langsung tak berusaha, dah sememangnya kita tak
akan berjaya. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah yang Maha Pemberi.

Diharapkan tulisan ini membantu dan dapat dikongsikan bersama.

Penulis :

Khairul Amran Marhaban,

http://www.usahawanebook.com

http://www.cikguhairul.com

admin@usahawanebook.com

Anda mungkin juga menyukai