Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 1 SESI 2019/2020

EPPD2033

PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

KAJIAN BERKUMPULAN

TAJUK:

BITCOIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. ROSMAH BT. MAT ISA

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK

1. HANIS HADIRAH BINTI HASHIM A168350

2. SOFIAH BINTI SHAHBANI A167755

3. NURUL IZZAH BINTI MUZAHHAR A168251

4. IELYA MAISARA BINTI RAHMAN A168359

1
ISI KANDUGAN

1.0 PENGENALAN.................................................................................................................. 3

2.0 PENYATAAN MASALAH ............................................................................................... 5

3.0 KONSEP BITCOIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ............................................. 6

3.1 KONSEP MATA WANG DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS ............................. 6

3.2 BITCOIN TIDAK MEMENUHI FUNGSI WANG MENURUT PANDANGAN


SARJANA ISLAM ..................................................................................................................... 7

3.3 PANDANGAN TENTANG PENGGUNAAN BITCOIN ............................................... 8

3.4 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BITCOIN .............................................................. 10

3.5 PERLOMBONGAN BITCOIN (BITCOIN MINING) ................................................... 11

3.6 HASIL KAJIAN ............................................................................................................. 12

4.0 IMPLIKASI KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT ................................................ 17

5.0 CADANGAN, PENAMBAHBAIKAN ATAU CABARAN BITCOIN ....................... 19

6.0 KESIMPULAN ................................................................................................................ 20

7.0 RUJUKAN ........................................................................................................................ 21

2
1.0 PENGENALAN

Bitcoin merupakan wang elektronik yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto,
satu nama yang masih belum diketahui sehingga sekarang dan masih diperdebatkan samada ia
merujuk kepada seseorang individu ataupun sekumpulan manusia. Bitcoin merupakan salah satu
daripada jenis mata wang kripto yang kian mendapat perhatian di seluruh pelusuk dunia.
Kemunculan mata wang seumpama ini dianggap sebagai satu alternatif baharu kepada mata wang
sedia ada dalam urus niaga kini. Bitcoin di selenggara oleh satu autoriti yang tidak berpusat,
berbeza dengan mata wang biasa yang di selenggara oleh badan kewangan atau bank negara
masing-masing. Transaksi Bitcoin dijalankan secara terus melalui saluran kriptografi antara
pengguna tanpa ada perantara atau orang tengah. Ia juga boleh ditukar atau dijual beli dengan mata
wang biasa, produk atau servis.

Bitcoin dihasilkan melalui proses penempaan (mining) yang memakan satu jangka masa
yang amat panjang, dengan cara penyelesaian masalah dan formula matematik untuk
menghasilkan Bitcoin menggunakan peralatan komputer. Jaringan blok (blockchain) pula ialah
satu lejar awam yang merekodkan segala transaksi Bitcoin yang dapat diakses oleh semua
pengguna yang terlibat dengan proses transaksi dan penempaan Bitcoin. Menurut pengasasnya,
Bitcoin dicipta bagi membolehkan transaksi pembayaran secara atas talian (online) dihantar secara
terus dari satu pihak kepada pihak yang lain (peer-to-peer) tanpa perlu melalui institusi perbankan
atau kewangan sebagai pihak ketiga dan ia akan melicinkan transaksi.

Dari segi saintifik pula, Bitcoin merupakan mata wang digital yang dibangunkan di alam
maya dengan menggunakan perkakasan komputer sepenuhnya. Ia bukanlah bersifat fizikal seperti
wang kertas yang ada pada hari ini. Bitcoin mampu menyediakan perkhidmatan transaksi yang
lebih murah berbanding institusi perbankan yang mengenakan kadar cas perkhidmatan mengikut
peratusan yang ditetapkan bergantung kepada bank dan jenis transaksi. Pasarannya dibuka 24 jam
pada hari perbankan. Ia boleh didagangkan melalui bank, broker, pengedar yang sah (dealer),
institusi kewangan dan juga individu. Perdagangan mata wang ini boleh dilaksanakan melalui
telefon dan internet. Di Malaysia, urus niaga pertukaran asing hanya boleh dilaksanakan melalui
peniaga yang dibenarkan (authorized dealer) yang berlesen dan dilantik oleh Bank Negara
Malaysia (BNM).

Kemunculan Bitcoin sebagai mata wang yang tidak berpusat (decentralized) pertama di
dunia telah menarik minat para pelabur untuk menggunakan Bitcoin sebagai alat pembayaran di

3
dalam kehidupan seharian. Sebanyak 10000 urus niaga direkodkan menerima Bitcoin sebagai alat
pembayaran dalam urus niaga yang dijalankan. Tambahan lagi terdapat pandangan mengatakan
bahawa Bitcoin adalah mata wang yang halal menurut perundangan Islam. Hal ini telah
menggalakkan lagi penggunaan sebagai alat pembayaran dalam kalangan umat Islam.

4
2.0 PENYATAAN MASALAH

Seperti yang kita ketahui mata wang mengalami perubahan mengikut zaman daripada
barangan, kulit kerang, besi, emas, perak, wang kertas dan sebagainya kerana apa sahaja yang
dianggap bernilai dan berharga oleh masyarakat itulah yang diterima pakai sebagai mata wang.
Pada era ini, telah timbul pula satu mata wang digital yang dikenali sebagai Bitcoin. Kewujudan
sesetengah premis yang kini menggunakan Bitcoin sebagai medium pertukaran dalam urusan jual
beli telah menyebabkan ramai pengguna cuba mendapatkan mata wang ini walaupun ianya tidak
diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Maka berikut dikemukakan beberapa persoalan yang timbul mengenai penggunaan mata
wang ini, antaranya :

a) Adakah Bitcoin benar – benar halal menurut perundangan Islam?

Konsep asas mata wang dan hukum transaksi Bitcoin akan diterangkan melalui beberapa
pandangan badan fatwa dan sarjana islam.

b) Bagaimanakah perlombongan Bitcoin dijalankan?

Perlombongan Bitcoin (Bitcoin Mining) diterangkan melalui aspek teori dan cara
pelaksanaannya.

c) Adakah Bitcoin merupakan medium pelaburan yang dibenarkan?

Pelaburan akan diterangkan secara teori dan isu tersebut akan diterangkan secara lebih
mendalam tentang kesan penggunaan Bitcoin sebagai medium pelaburan

5
3.0 KONSEP BITCOIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

3.1 KONSEP MATA WANG DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS

Pada dasarnya, konsep umum mata wang yang disebut di dalam Al-Quran adalah
menerangkan tentang mata wang dinar dan dirham. Ini adalah kerana, ketika wahyu
diturunkan kepada Rasullulah SAW, mata wang yang beredar pada masa itu hanyalah dinar
dan dirham. Ayat Al - Quran yang menjelaskan tentang penggunaan unit mata wang dinar
dan dirham ialah :

Rajah 1 Surah Ali Imran: 75

Terdapat juga hadis-hadis Baginda S.A.W. yang sahih banyak menyentuh tentang
pengurusan kewangan yang melibat penggunaan dinar dan dirham. Antaranya adalah
penggunaannya sebagai alat ukur nilai barangan dalam jual beli dan perkhidmatan,
perkhidmatan seperti mas kahwin, zakat, diyah (pampasan), jizyah (cukai), dan upah
penggembala kambing pada zaman Nabi S.A.W. Contohnya, daripada hadis riwayat Bukhari
menceritakan berkenaan urusan jual beli seekor kambing pada zaman Nabi S.A.W.

6
Rajah 2 H.R. Bukhari, Kitab 61, No Hadis 3642

Sebagai kesimpulan, ciri-ciri atau bentuk mata wang tidak dijelaskan secara terperinci
dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Kedua-duanya hanya merujuk kepada mata wang yang
wujud dan tersebar luas pada masa tersebut iaitu dinar dan dirham. Akan tetapi, ia telah
meletakkan dasar dan garis panduan secara umum berkait penggunaan mata wang di dalam
urusan muamalah sesama manusia. Jadi timbul persoalan disini, adakah Bitcoin mematuhi
dasar dan garis panduan yang ditetapkan dalam Islam?

3.2 BITCOIN TIDAK MEMENUHI FUNGSI WANG MENURUT PANDANGAN SARJANA


ISLAM

Terdapat beberapa fungsi wang yang membolehkan wang diguna pakai bagi
memenuhi kehendak atau keperluan manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Antaranya fungsi wang menurut pandangan sarjana Islam ialah sebagai alat pengukur nilai
dimana menurut Imam Al-Ghazali, Allah SWT telah menjadikan dinar dan dirham sebagai
alat pengukur nilai bagi sesuatu barang dan harta sehingga semua harta dapat diketahui
nilainya yang sebenar. Disebabkan ia adalah suatu yang kekal, maka mata wang daripada
emas dan perak dapat menjadi satu mekanisme yang adil sebagai alat pengukur sesuatu
barangan.

7
Selain itu, wang juga berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran. Imam Malik
mendefinisikan wang sebagai sesuatu alat perantaraan pertukaran yang diterima umum. Ini
jelas berdasarkan kata-kata beliau yang sekiranya masyarakat bersetuju sesama mereka
untuk menjadikan kulit sebagai wang maka beliau akan melarang ianya dijual secara tangguh
dengan emas dan perak. Fungsi wang yang berikutnya adalah sebagai alat penyimpan nilai.
Menurut Imam al-Ghazali manusia perlu untuk menyimpan harta yang tahan lama kerana
mempunyai kepentingan ke atas tersebut pada masa akan datang. Seperti contoh benda yang
tahan lama ialah logam yang terdiri daripada emas, perak dan tembaga dijadikan sebagai
wang. Ibn Khaldun pula menjelaskan Allah menjadikan logam emas dan perak sebagai nilai
bagi setiap benda yang mempunyai nilai.

Namun yang demikian, Bitcoin didapati tidak memenuhi ciri-ciri dan fungsi mata
wang sebagai alat perantaraan pertukaran, alat pengukur nilai dan alat penyimpan nilai.
Penggunaan Bitcoin masih lagi tidak diterima oleh semua pihak kerana statusnya yang masih
diragui menyebabkan ia tidak memenuhi fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran
(wasit am littabadul). Bitcoin hanya diiktiraf sebagai satu aset digital di kebanyakan negara
di dunia tetapi ia tidak diiktiraf dan digunakan sepenuhnya di dalam kehidupan seharian.

Selain itu, Bitcoin juga dikatakan tidak sesuai digunakan sebagai alat pengukur
(miqyas lilqiyam) kerana ia tidak berupaya untuk menetapkan harga dan nilai bagi sesuatu
barang malah ia turut bergantung kepada nilai Matawang yang lain mencacatkan peranannya
sebagai wang. Akhir sekali, Bitcoin juga dikatakan tidak sesuai dijadikan sebagai alat
penyimpanan nilai kerana nilainya yang kerap mengalami perubahan atau lebih mudah
dikatakan tidak stabil sedangkan wang perlulah mempunyai nilai yang stabil.

3.3 PANDANGAN TENTANG PENGGUNAAN BITCOIN

Pada dasarnya terdapat dua pandangan yang berbeza tentang penggunaan Bitcoin
daripada pandangan badan fatwa dan sarjana Islam. Pandangan yang pertama ialah
pandangan yang mengharamkan penggunaan Bitcoin dalam transaksi harian. Bitcoin
dikatakan haram kerana ia melibatkan risiko yang besar kepada negara dan individu. Antara
risiko Bitcoin yang menyebabkan ia dikatakan sebagai haram ialah kerana Bitcoin tidak
mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berautoriti seperti

8
Bank Negara Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keraguan dalam
urusniaga yang dijalankan kerana sumber dan cara ia dijalankan tidak dapat dikenal pasti.
Selain itu, lahir pandangan tentang pengharaman Bitcoin adalah kerana Bitcoin amat
terdedah kepada spekulasi yang tinggi yang menyebabkan kerap berlakunya turun dan naik
nilai. Antara badan fatwa yang mengharamkan penggunaan Bitcoin ialah Dār al-Iftā’ al-
Misriyyah. Badan fatwa tersebut mengharamkan penggunaan Bitcoin berdasarkan beberapa
hujah mereka seperti pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi
kewangan rasmi sesebuah kerajaan. Ada 1 kaedah fiqh berbunyi,

‫الحكم على الشيء فرع عن تصوره‬

“Hukum terhadap sesuatu masalah adalah dari bagaimana seseorang melihatnya.”

Manakala terdapat pula beberapa pandangan daripada ulama yang lain yang
mengatakan bahawa penggunaan Bitcoin adalah harus. Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis
fatwa tersebut adalah tarjih di antara dua pandangan haram dan harus. Disebabkan isu ini
adalah isu muamalat, maka mereka harus mencari hujah untuk mengharamkannya kerana
kaedah mengatakan,

‫ُالتحريم على الدليل يدل حتى اإلباحة الشياء في الصل‬

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang
menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Bitcoin dikatakan mempunyai nilai dan bersifat mutaqawwim di mana ia diterima


umum sebagai salah satu mata wang. Menurut pandangan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
(Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM
dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC) transaksi yang menggunakan Bitcoin
dikatakan patuh syariah kerana risiko (khatar) adalah berbeza dengan elemen ketidakpastian
(gharar). Beliau mengatakan bahawa risiko merupakan perkara yang normal akan dihadapi
oleh sesiapa juga dalam melakukan setiap sesuatu perkara dan tidak terkecuali juga perkara
seperti pelaburan. Hujah berkenaan telah menolak pandangan negatif yang lain tentang

9
Bitcoin. Menurut Imam Muslim telah mengeluarkan di dalam Shahîhnya dari Abu Hurairah,
ia berkata:

»‫ وعن بيع الغرر‬،‫«نهى رسول هللا ﷺ عن بيع الحصاة‬

“Rasulullah saw melarang Bay’ al-Hashâh dan jual beli gharar”.

3.4 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BITCOIN

Setiap sesuatu perkara biasanya akan mempunyai kebaikan dan keburukan yang
tersendiri dan begitu jugalah dengan Bitcoin. Antara kebaikan (maslahah) Bitcoin ialah ia
boleh digunakan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan transaksi pemindahan wang
dijalankan dengan lebih cepat dan kos dapat dijimatkan. Tidak seperti transaksi yang biasa
yang dijalankan di mana terdapat segelintir masyarakat yang masih perlu menunggu giliran
untuk menyelesaikan urusan di bank seperti pemindahan wang dan penukaran maklumat
pemilik.

Selain itu, penggunaan Bitcoin lebih selamat berbanding menggunakan wang fizikal
kerana kemudahan akses dompet digital (virtual wallet) tersebut dilengkapi dengan tahap
sekuriti yang tinggi. Kadarnya yang tinggi juga dikatakan sebagai salah satu kebaikan yang
dinikmati oleh para penggunanya. Akan tetapi Bitcoin dikatakan mempunyai lebih banyak
keburukan daripada kebaikannya. Keburukan (mafsadah) Bitcoin sebagai alat pembayaran
yang pertama ialah kesukaran untuk memantau dan menjejak transaksi yang telah berlaku
kerana konsep anonymity yang digunakan memastikan identiti individu dan barangan yang
terlibat dalam urus niaga tidak diketahui walaupun transaksi di rekod dalam blockchain.

Di samping itu, Bitcoin juga merupakan salah satu sasaran utama bagi penjenayah
siber. Seperti contoh, sistem keselamatan di bursa dagangan Bitcoin pernah beberapa kali
digodam sehingga mengakibatkan kerugian yang bernilai jutaan dolar. Seterusnya, skim
pelaburan Bitcoin juga terdedah kepada pelbagai ancaman lain seperti kewujudan laman
perjudian online menggunakan Bitcoin sebagai alat pembayaran dengan skala yang besar
dan skim pelaburan yang tipu seperti skim cepat kaya. Akhir sekali, unsur-unsur gharar
dalam transaksi Bitcoin khususnya di peringkat bursa (exchange) juga merupakan salah satu
keburukan penggunaan Bitcoin. Hal ini terjadi kerana tidak ada pihak yang dapat
memastikan bahawa transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

10
3.5 PERLOMBONGAN BITCOIN (BITCOIN MINING)

Perlombongan Bitcoin merupakan satu aktiviti yang dijalankan melalui proses


verifikasi hash SHA256 ronde berganda untuk memvalidasi transaksi Bitcoin dan
membentuk keamanan yang menjadi syarat bagi buku besar (ledger) umum dalam jaringan
Bitcoin. Kepantasan melombong Bitcoin dapat diukur dalam hash per detik. Perlombongan
Bitcoin ialah satu kaedah unik di mana komputer digunakan untuk menyelesaikan masalah
bagi mendapatkan Bitcoin. Satu proses matematik harus diselesaikan oleh pelombong
(miner) terlebih dahulu sebelum Bitcoin dapat dipindahkan dari satu dompet ke satu dompet.
Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa transaksi yang dilakukan tersebut adalah
sah.

Untuk melakukan perlombongan Bitcoin, pelombong haruslah mempunyai hardware


yang terbaik. Hal ini kerana, dari semasa ke semasa algoritma matematik blockchain menjadi
semakin rumit disebabkan oleh semakin ramai pengguna Bitcoin jika dibandingkan dengan
pada masa mula ia diperkenalkan. Seperti contoh, para pelombong Bitcoin pada masa kini
lebih banyak menggunakan Custom Bitcoin ASIC chips kerana ia menawarkan prestasi yang
lebih tinggi dari keupayaan sistem lama dengan penggunaan kuasa elektrik yang rendah.

Rajah 3 Custom Bitcoin ASIC Chips

11
Setelah Bitcoin berjaya dilombong, Bitcoin tersebut akan dihantar ke dompet (wallet)
dengan menggunakan alamat unik yang telah dijana. Antara laman web yang biasa
digunakan oleh para pelombong untuk mendapatkan dompet (wallet) tersendiri ialah
Blockchain.info. Setelah memiliki dompet (wallet) Bitcoin yang tersendiri, perlombongan
dapat dilakukan. Terdapat beberapa kaedah perlombongan Bitcoin yang boleh dipilih oleh
para pelombong iaitu melombong secara berkumpulan (pool mining) atau melombong
secara bersendirian (solo mining). Pool mining membolehkan perkongsian sumber dan
membahagikan ganjaran, dimana ia dapat membawa kepada pulangan yang lebih cepat
manakala solo mining mempunyai persaingan yang tinggi tetapi jika hasil diperolehi ia tidak
perlu dibahagikan. Akhir sekali aktiviti melombong boleh dijalankan jika perisian
perlombongan sudah dimuat turun. Antara perisian perlombongan Bitcoin yang sering
digunakan adalah CGminer dan BFGminer.

3.6 HASIL KAJIAN

Rajah 4

12
Rajah 5

Rajah 6

Rajah 7

13
Rajah 8

Rajah 9

Rajah 10

14
Berdasarkan rajah 4 sebanyak 86.0% daripada kesemua responden bersetuju bahawa
mereka tahu Bitcoin itu merupakan satu mata wang digital manakala sebanyak 46.0%
responden adalah sangat setuju bahawa mereka mengetahui Bitcoin adalah satu mata wang
maya. Ini menunjukkan lebih separuh daripada jumlah responden tahu mengenai mata wang
digital Bitcoin. Namun begitu terdapat 14.0% daripada jumlah responden tidak setuju
dengan pernyataan itu dan ini menunjukkan Bitcoin belum diketahui oleh semua responden
sebagai satu mata wang digital. Kebanyakan mereka mungkin pernah mendengari atau
membaca mengenai Bitcoin tetapi tidak tahu akan kewujudan Bitcoin sebagai satu mata
wang digital. Oleh itu, kempen - kempen kesedaran perlulah dibuat bagi membuka mata
semua lapisan masyarakat agar mereka sedar tentang realiti penggunaan mata wang digital
pada masa kini.

Berdasarkan rajah 5 sebanyak 68% daripada jumlah responden menyatakan bahawa


mereka sedar bahawa Bitcoin dijalankan secara terus melalui saluran kriptografi antara
pengguna tanpa ada perantara atau orang tengah seperti bank. Hal ini juga selari dengan rajah
6 iaitu 70% daripada jumlah responden yang bersetuju bahawa transaksi menggunakan
Bitcoin tidak memerlukan kos yang tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa kesedaran
masyarakat pada masa kini tentang penggunaan Bitcoin semakin meningkat jika
dibandingkan dengan kesedaran masyarakat pada masa ia mula diperkenalkan. Hal ini
mungkin disebabkan oleh masyarakat pada masa kini yang mula menunjukkan minat untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bitcoin dan mengamalkannya.

Dalam setiap perkara pasti ada risikonya yang tersendiri, begitu juga Bitcoin.
Berdasarkan rajah 7 sebanyak 80.0% responden menyatakan mereka setuju bahawa Bitcoin
adalah tidak selamat daripada apa-apa risiko. Sebanyak 18.0% responden pula menyatakan
bahawa mereka sangat tidak bersetuju akan kenyataan itu. Ini menunjukkan bahawa jumlah
responden yang tidak pasti dan betul-betul pasti bahawa Bitcoin mempunyai risikonya yang
tersendiri adalah jauh berbeza. Berdasarkan rajah 9 Sebanyak 36% daripada responden amat
mengetahui bahawa nilai Bitcoin sukar dikawal dan dijangka akibat spekulasi yang
berlebihan. Ini menunjukkan bahawa masih ramai tidak sedar akan risiko apabila melakukan
transaksi menggunakan Bitcoin. Seperti yang berlaku dalam bulan September tahun ini,
Bitcoin susut sekitar 15 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan
hari ini, mencecah paras terendah dalam tempoh tiga hingga tiga bulan setengah.

15
Berdasarkan rajah 8 seramai 19 daripada 50 orang responden tidak begitu tahu
mengenai status penggunaan Bitcoin dalam Islam. Ini kerana banyak pandangan daripada
pelbagai pihak yang mengatakan bahawa Bitcoin tersebut adalah haram dan ada juga yang
mengatakan hukum Bitcoin adalah harus. Bitcoin pada asalnya diwujudkan sebagai
pengganti wang bukannya untuk tujuan pelaburan. Berdasarkan rajah 10 sebanyak 40 orang
daripada jumlah responden bersetuju bahawa Bitcoin haruslah dijual beli atau digunakan
sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset
pelaburan Hal ini kerana Bitcoin hanya sesuai sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan
inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan.

16
4.0 IMPLIKASI KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT

Sifat mata wang kripto yang tidak dapat dijejak ini turut mendorong dalam berlakunya
kegiatan pengubahan wang haram dan mendanai aktiviti keganasan.. Identiti yang tercatat pada
setiap transaksi hanyalah menggunakan alamat digital yang terdiri daripada satu set huruf dan
nombor sebanyak 27 hingga 34 unit. Tambahan pula, setiap transaksi boleh dibuat menggunakan
alamat digital yang berbeza. Kelebihan ini memudahkan lagi kegiatan pengubahan wang haram
berlaku dimana kegiatan itu akan terselamat daripada dijejaki oleh pihak berkuasa.

Selain itu, Bitcoin juga mempunyai risiko dari segi keselamatan kerana pertukaran Bitcoin
dilakukan secara digital sepenuhnya. Kemungkinan ianya boleh terdedah kepada risiko
penggodaman, malware dan virus. Oleh kerana sifat asas Bitcoin ialah berbentuk kripto atau boleh
juga diterjemahkan sebagai samar dengan memastikan identiti individu yang terlibat sentiasa
rahsia dalam keadaan kurangnya ketetapan dan undang-undang berkaitannya, menjadikan ia
sangat menarik bagi kumpulan-kumpulan penggodam dan penipu kerana terdapat satu lapisan
keselamatan tambahan yang melindungi identiti setiap pelaku transaksinya.

Kewujudan Bitcoin menambahkan lagi bilangan aktiviti penipuan kewangan. Terdapat


banyak skim pelaburan palsu yang menggunakan Bitcoin sebagai tarikan kepada pelabur yang
telah muncul selaras dengan perkembangan mata wang kripto tersebut sama ada di peringkat
nasional mahupun global. Selain itu, kemunculan skim-skim pelaburan palsu seperti scam, skim
Ponzi, piramid dan sebagainya yang dikaitkan dengan Bitcoin disebabkan kurangnya pengetahuan
dan kefahaman di kalangan orang ramai.

Nilai harga Bitcoin dilihat terlalu tinggi tahap turun naiknya (volitality) walaupun dalam
tempoh masa yang singkat.. Harga Bitcoin yang melonjak naik bukanlah didorong oleh pengguna
rangkaian digital yang ramai tetapi ia didorong oleh spekulasi bahawa token atau mata wang digital
akan melonjak naik. Bitcoin adalah kabur dan penilaiannya boleh berasaskan apa sahaja seperti,
kemudahan untuk digunakan, tenaga yang digunakan untuk melombong, di mana ia boleh
digunakan atau kerumitan teknologinya. Kekaburan ini mengakibatkan ketidakstabilan nilai
Bitcoin yang amat tinggi.

17
Akhir sekali, Bitcoin tiada jaminan daripada kerajaan sekiranya berlaku perkara seperti
kehilangan, kecurian dan sebagainya. Kenyataan pertama Bank Negara Malaysia (BNM)
berkenaan Bitcoin dikeluarkan pada 2 Januari 2014 di laman web rasmi mereka. Dalam kenyataan
ringkas tersebut, BNM menegaskan bahawa Bitcoin tidak diiktiraf sebagai satu mata wang rasmi
(legal tender) di Malaysia, dan BNM juga tidak mengawal selia operasi Bitcoin, dan orang awam
dinasihatkan agar berhati-hati dengan risiko yang muncul daripada penggunaan mata wang digital
seumpamanya. Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menasihatkan para pelabur agar
mendapatkan nasihat perundangan dan pakar terlebih dahulu sebelum terlibat, bagi mengelakkan
keterlibatan mereka dengan sebarang masalah penipuan, penggubahan wang haram dan mendanai
aktiviti pengganas

18
5.0 CADANGAN, PENAMBAHBAIKAN ATAU CABARAN BITCOIN

Berdasarkan hujah yang diberikan, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah


Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati
ciri-ciri utama mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun begitu, hukum ini boleh
berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap Bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran,
pengawalan harga dan sistem keselamatan agar tidak mudah diceroboh oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Untuk penggunaan Bitcoin yang berkemungkinan akan menjadi suatu fenomena pada masa
akan datang dalam kalangan masyarakat, pihak kerajaan haruslah meningkatkan kesedaran akan
ilmu penggunaan Bitcoin melalui seminar atau bengkel cara mengaplikasikan penggunaan Bitcoin
dalam kehidupan seharian. Berdasarkan hasil daripada kajian yang telah dilakukan, kami
mendapati bahawa hampir 62.7 % daripada responden kami mengatakan bahawa mereka tidak
mengetahui tentang Bitcoin secara mendalam. Jika perkara ini dibiarkan tanpa pendedahan
daripada pihak yang bertanggungjawab, masyarakat kita berkemungkinan akan hanyut ditelan arus
kemodenan dan akan mudah ditipu atau diperdaya apabila melibatkan isu Bitcoin ini.

Oleh itu, isu Bitcoin ini haruslah tidak dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya yang
besar akan mempengaruhi sistem kewangan pada masa akan datang. Pihak kerajaan dan mufti
haruslah mencari keputusan dan hukum yang muktamad secara bersatu hati agar masyarakat tidak
dilanda kekeliruan berdasarkan sebahagian kecil ulama yang menentukan hukum yang berbeza
berdasarkan pandangan mereka.

19
6.0 KESIMPULAN

Bitcoin diumpamakan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan semasa awal
perkenalannya. Namun hanya segelintir yang faham akan sejarah dan penggunaannya berdasarkan
hukum yang telah dinilai oleh ulama dan sarjana Islam .Segelintir lagi masyarakat hanya ambil
ringan disebabkan wang ini dikhabarkan mampu menyediakan perkhidmatan transaksi yang lebih
murah berbanding institusi perbankan yang mengenakan kadar caj perkhidmatan bergantung
kepada bank dan jenis transaksi tanpa menepati ciri-ciri Matawang yang ditetapkan dalam Islam
apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten dan mampu mengganggu sistem mata
wang rasmi dalam sesebuah negara.

Oleh itu, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan
bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri utama mata wang yang
telah ditetapkan oleh Islam disebabkan mata wang Bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa
sekarang adalah tidak syarie dan ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini
yang boleh mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada
kaedah Sadd al-Zarai (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak
berlegar di kalangan masyarakat umum.

20
7.0 RUJUKAN

1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-
mata-wang-Bitcoin
2. https://coin.my/op-ed/menilai-semula-fatwa-tentang-Bitcoin-oleh-majlis-fatwa-wilayah-
persekutuan/
3. https://www.academia.edu/36724376/Bitcoin_Analisis_Melalui_Muamalat_dan_Ma%E1%B
9%A3laha%E1%B9%AF_Assignment_Subjek_Sarjana_Muda_
4. http://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2019/06/JCIL-2019-41-Article-4-1.pdf
5. http://conference.kuis.edu.my/mfifc/images/e-proceeding/2017/49-60-mfifc-3rd.pdf
6. http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2018/12/Artikel-8_Prof.-Madya-Dr.-
Aisyah-Abdul-Rahman_final.pdf
7. https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/10933/7594

21

Anda mungkin juga menyukai