Anda di halaman 1dari 5

1

Kaedah ketiga puluh lapan :


Maksudnya : Suatu perbuatan yang mudah dijalankan tidak dapat digugurkan dengan perbuatan yang sukar dijalankan. (al-Suyuthi, TT:107)

Kaedah tersebut diambil dari sabda Nabi S.A.W :


Maksudnya : Apabila aku perintahkan sesuatu, maka kerjakanlah menurut kemampuanmu (HR, Bukhari dan Muslim )

Dengan kaedah di atas, dimaksudkan agar dalam setiap pelaksanaan amalan syara hendaklah dikerjakan menurut kemampuan si mukhallaf. Tidaklah apa yang mudah dicapai akan menjadi gugur dengan sesuatu yang betul-betul sukar untuk mencapainya, dengan kata lain apa yang dicapai menurut batas maksimum kemampuannya dipandang sebagai perbuatan hokum yang sah.

Masalah-masalah yang termasuk dalam kaedah ini ialah:

Seseorang yang mampu menutup sebahagian aurat, apabila tidak dapat menutup kesemuanya wajiblah dia menutup sekadar yang mampu secara jazam iaitu pendapat yang tetap.

Ulama Syafiiah menolak pendapat Imam Abu Hanifah yang menyatakan bahawa orang yang bertelanjang salatnya adalah dengan duduk. Mafhumnya bagi seseorang yang tidak dapat menutup aurat pada salatnya, maka menggugurkan salat dengan berdiri.

Seseorang yang putus sebahagian kaki atau tangannya, wajiblah dia membasuh bakinya secara jazam iaitu pendapat yang tetap.

Seseorang yang berhadas di samping ada najis zahir di atas tubuhnya, padahal air tidak mencukupi keduanya sekali, maka wajiblah dia membasuh najis sahaja.

Seseorang yang sanggup membaca sebahagian daripada surah al-Fatihah, maka wajiblah dibaca tanpa khilaf.

Seseorang yang luka pada sebahagian tubuhnya yang tidak dapat dibasuh dengan air seluruhnya, maka menurut al-mazhab wajib membasuh anggota yang selamat di samping tayammum untuk yang luka.

Seseorang yang mampu membayar zakat setengah gantang sahaja fitrahnya, maka wajiblah dia mengeluarkan menurut qaul yang sah.

Seseorang yang mampu menunaikan kaffarah dengan memberi makan, tetapi dia tidak mampu melainkan sekadar tiga puluh orang sahaja, maka menurut qaul yang sah wajiblah dia memberi makan sekadar yang mampu.

Semakna dengan kaedah di atas adalah :


Maksudnya :

Sesuatu yang tidak dapat dicapai secara keseluruhan, tidak dapat ditinggalkan secara keseluruhan. (al-Suyuthi, TT:108)

Misalnya, seseorang sudahberjanji untuk mengembalikan hutangnya pada saat yang telah ditentukan, pada waktu itu dia masih belum memiliki wang secara keseluruhan namun hanya sebahagian, maka dia harus mengembalikan hutangnya itu sebahagian dahulu pada say yang ditentukan, daripada tidak sama sekali.

Yang terkecuali dari kaedah ini, diantaranya seperti seseorang yang mewasiatkan satu pertiga daripada hartanya untuk dibelikan dengan seorang hamba, tetapi kadar satu pertiga itu tidak mencukupi, maka tidak dibelikan sebahagian hamba sahaya.

Kaedah ketiga puluh sembilan:


Maksudnya: Sesuatu yang tidak dapat dibahagi, maka memilih sebahagian (hukuua) sama dengan memilih keseluruhan, demikian juga menggugurkan pula keseluruhan. Suyuthi,TT:108) (al-

Misalnya seorang suami berkata pada isterinya, Engkau saya talak separuh, maka jatuh talak satu kerana ucapan talak tidak dapat dibahagi-bahagikan. Demikian juga masalah qisas dan memerdekakan hamba.

Kaedah keempat puluh:


Maksudnya : Apabila antara sebab, penipuan mahupun pelaksanaan langsung berkumpul maka didahulukan pelaksanaan langsung. (al-Suyuthi,TT:109)

Maksud kaedah di atas adalah apabila dalam satu kes terdapat tiga factor:1. Merupakan sebab terjadinya kes 2. Wujudnya penipuan yang membantu terjadinya kes 3. Perbuatan langsung yang mengakibatkan kes.

Maka perkara pertama yang diminta tanggungjawab adalah perbuatan yang langsung menimbulkan kes. Misalnya terjadi pembunuhan yang dilakukan secara kerja sama antara tiga orang, yang pertama sebagai petunjuk jalan, dan yang kedua sebagai pelaksana penipuan siamgsa untuk datang pada suatu tempat yang dirancangkan dan yang ketga sebagai pelaksana ppembunuhan yang berada pada tempat yang dirancangkan tersebut, kes demikian itu orang ketiga (pihak pelaksana pemubuhan) yang pertama kali didakwa.

Sebagai pengecualian dalam kaedah di atas adalah:

1. Apabila ada orang yang tidak tahu menahu bahawa haiwan yang dipotong itu hasil curian yang diberikan kepadanya, maka dalam kes ini pencuri yang bertanggungjawab. 2. Seorang mufti memberi fatwa agar seseorang merosak sesuatu yang kemudia jelas kesalahannya, maka dalam hal ini mufti yang bertanggungjawab. 3. Petugas, membunuh kerana perintah Imam yang dianiaya, maka dalam hal ini Imam yang bertanggungjawab .(al-Suyuthi,TT:109)

Kaedah ke-40 ini, walaupun kedudukannya bukan kaedah asasiah, namun keabsahannya dapat diakui, dan tiada jumhur ulama mengingkarinya walaupun terdapat sebahagian ulama yang mengingkarinya.

Anda mungkin juga menyukai