Anda di halaman 1dari 1

Contoh Istihsan Yang Diamalkan Di Malaysia

Contoh 1 :
Ketika seseorang masuk ke tandas awam untuk melepaskan hajat, kebiasaannya
individu tersebut akan dikenakan caj penggunaan sebanyak RM0.30 untuk sekali masuk.
Menurut ketentuan kaedah umum, tandas awam tersebut perlu menjelaskan caj mengenai
tempoh masa individu itu berada di dalam tandas awam atau berapa kadar air yang digunakan
ketika melepaskan hajatnya. Sudah pasti setiap individu itu berbeza-beza. Apabila hal ini
berlaku, ia pasti akan mendatangkan kesulitan kepada orang ramai. Oleh sebab itu, para
ulama bersepakat menyatakan bahawa boleh menggunakan tandas awam, meskipun tidak
dinyatakan caj tempoh masa penggunaan dan kadar air yang digunakan.
Contoh 2 :
Sudah menjadi trend di Malaysia pada masa kini, peniaga menjual barangan dengan
menggunakan kaedah online dalam media sosial seperti Facebook. Di dalam jual beli seperti
ini terdapat peniaga, pembeli, harga dan akad sekiranya bersetuju berurusniaga. Apa yang
tiada adalah barang yang dibeli oleh pembeli.
Pembeli akan pergi ke bank dan mendepositkan wang ke dalam akaun peniaga. Pada
masa yang sama pembeli masih lagi tidak memiliki barang yang dibelinya. Pembeli perlu
menunggu mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan barangnya.
Mengikut Mazhab Imam As-Syafie, jual beli seperti di atas adalah tidak sah. Tetapi
mengikut kaedah istihsan ia dibolehkan.

Anda mungkin juga menyukai