Anda di halaman 1dari 31

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

FENOMENA BERITA PALSU DALAM MEDIA SOSIAL


SEPANJANG MUSIM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DI MALAYSIA
(The Phenomenon of False News in Social Media
During The Season of Movement Control In Malaysia)

Ummu Hanis Jeffri


Ahmad Fahmi Mahamood
Abdul Rahman Abdul Manaf
Abdul Jalil Ramli
Tengku Kastriafuddin Tengku Yakob

fahmi@unimap.edu.my
Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Perlis

Abstrak: Kajian ini berkenaan dengan berita palsu yang ditularkan di media sosial sepanjang
musim perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui
jenis berita palsu, persepsi masyarakat dan kesan yang dialami oleh masyarakat berkaitan berita
palsu yang telah ditularkan di media sosial. Selain itu juga, kajian ini juga dijalankan untuk
mengenalpasti hubungan antara jenis berita palsu dan persepsi masyarakat dengan kesan berita
palsu yang dialami oleh masyarakat. Kajian ini dijalankan mengunakan kaedah kuantitatif dengan
menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian yang mengandungi 36
item. Seramai 382 orang responden yang dipilih dari masyarakat yang berada di daerah Alor
Gajah, Melaka. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science
(SPSS) bagi mendapatkan kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati
bahawa masyarakat di daerah Alor Gajah lebih banyak menjumpai jenis berita palsu mengenai
isu semasa sepanjang musim perintah kawalan pergerakan. Hasil kajian persepsi masyarakat pula
dapati mereka meragui berita tersebut dan kesan yang dialami ialah mampu mejejaskan reputasi
rakyat Malaysia. Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu masyarakat mengetahui
mengenai kesan berita palsu yang ditularkan di media sosial selain untuk memperkayakan hasil
kajian yang berkaitan media sosial sebagai rujukan para pengkaji pada masa akan datang.

Abstract: This study related to fake news transmitted on social media during the movement
control order (MCO) season in Malaysia. This study was conducted to find out the types of fake
news, public perceptions and the impact that people have on fake news that has been transmitted
on social media. In addition, this study was also conducted to identify the relationship between the
type of fake news and the perception of society, and the impact of fake news experienced by the
community. This study was conducted using quantitative method using questionnaire consisting of
four sections containing 36 items. A total of 382 respondents were selected from the community in
Alor Gajah, Melaka. Data is analyzed using statistical package of social science (SPSS) software
to obtain percentage frequency, mean and standard deviation. The results found that the

50
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

community in Alor Gajah district found more types of fake news on current issues during the
movement control order season. The results of the public perception study found that they doubted
the news and the impact it had had was able to damage the reputation of Malaysians. The
importance of this study is to help the public know about the effects of fake news transmitted on
social media as well as to enrich the results of studies related to social media as reference to future
reviewers.
2021 JHLCB
Article Received:03 June 2021, Revised: 24 July 2021, Accepted 12 August 2021

1.1 PENGENALAN
Fenomena berita palsu yang semakin meningkat di negara Malaysia ini disebabkan oleh
norma baharu yang berlaku di setiap negara iaitu penularan wabak virus corona daripada tahun
December 2019 bermulanya daripada negara China. Penularan berita palsu ini berterusan di
kalangan masyarakat Malaysia mengenai covid-19 dan juga pelbagai berita terutamanya mengenai
jualan dalam talian yang semakin meningkat maju. Peningkatan berita palsu ini banyak berlaku di
dalam media sosial. Media sosial yang digunakan oleh masyarakat Malaysia untuk berhubung
dengan orang lain. Media sosial juga seperti laman jaringan sosial membolehkan orang ramai
untuk berkumpul dan berinteraksi tanpa mengira status atau kedudukan (Siti Ezaleila & Mustafa,
2016).
Kemudahan media sosial ini yang membuatkan lebih banyak penularan berita palsu ini
berterusan di media sosial kerana kebanyakkan berita palsu ini datangnya daripada aplikasi
Whatsapp, Twitter dan Telegram. Aplikasi merupakan alat yang dapat menghubungkan antara satu
sama lain dan membolehkan masyarakat menyebarkan maklumat yang tidak sahir kepada orang
ramai. Orang ramai akan mula menyebarkan sehingga menyebabkan mangsa keadaan difitnah oleh
masyrakat dan memberi kesan yang tidak elok kepada mereka.
Berita palsu ini merupakan berita yang tidak sahih yang telah ditularkan kepada orang ramai.
Banyak berita palsu yang telah berlaku sebelum ini melibatkan pelbagai golongan masyarakat.
Penularan berita palsu ini juga membolehkan seseorang menjadi salah seorang jenayah siber
kerana mereka telah menyebarkan maklumat yang tidak benar ke dalam media sosial. Faktor
mereka menyebarkan maklumat palsu kerana sifat dengki terhadap seseorang mahupun ketagihan
mereka dalam menggunkan internet. Menurut Chairuni Nasution, S.H., M.Hum (2019),
penggunaan internet juga membawa kepada sikap yang salah iaitu mencipta dan menyebarkan
berita palsu (penipuan) melalui media sosialnya dengan bantuan rangkaian internet. Ketagihan
mereka menggunakan internet ini membuatkan mereka mempunyai perasaan ingin menyebarkan
berita palsu di laman sesawang, blog mahupun di media sosial. Kemajuan media sosial ini yang
membuatkan mereka diancam oleh masyarakat kerana berita yang tidak benar itu.
Berita palsu ini telah berlaku beberapa tahun yang lalu, tetapi tidak banyak seperti tahun
2020 ini. Hal ini kerana, dengan peningkatan pesakit Covid-19 yang berlaku di setiap negeri ini
menyebabkan berlakunya berita palsu mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
sebagainya. Antaranya ialah ialah berita palsu mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di Melaka. Penularan berita palsu ini yang menyebabkan golongan
masyarakat yang berada di Melaka berasa resah dan marah apabila berita ini telah ditularkan di
media sosial. Menurut Isabelle Leong dari Astro Awani (2020) mengatakan Menteri Kanan

51
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya terdapat dua jurucakap kerajaan yang
boleh membuat pengumuman berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) dan jangkitan COVID-19. “Kalau sesiapa ikuti sidang media yang saya buat hari-hari,
tidak pernah saya sebut bahawa Melaka diletakkan di bawah PKPD. Oleh itu, segala yang
ditularkan di dalam media sosial adalah palsu semata-mata.
Peningkatan berita palsu yang merebak ke serata Malaysia ini yang berlaku dalam kalangan
masyarakat ini memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat. Berita palsu yang semakin
meningkat mengenai COVID-19 ini menyebabkan keresahan orang ramai semakin meningkat. Hal
ini kerana, COVID-19 mudah merebak ke orang lain dan wabak ini semakin meningkat dalam
kalangan orang ramai sehingga sekarang. Bukan sahaja di negara Malaysia, di negara luar juga
semakin meningkat mengenai kes Covid-19 ini. Di Malaysia semakin meningkat kes COVID-19
kerana kedegilan masyarakat yang enggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, jenayah yang berlaku seperti penularan berita palsu
ini akan semakin bertambah dan berterusan jika tiada tindakan daripada kerajaan untuk
membendung penularan berita palsu.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Kewujudan media sosial yang semakin berkembang maju dalam kalangan kanak-kanak,
remaja dan juga dewasa membawa pelbagai kebaikan dan keburukan kepada seseorang. Dalam
kegunaan media sosial ini terdapat perkara buruk yang akan berlaku antaranya penularan berita
palsu. Penularan berita palsu ini terlalu banyak diterima oleh semua orang di kalangan masyarakat
di Malaysia. Justeru itu, penularan berita palsu ini memberikan kesan yang membimbangkan
dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan kehidupan, privasi dan reputasi dalam negara.
Penglibatan penularan berita palsu ini boleh menjejaskan setiap negara mahupun di luar.
Menurut Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri
Lee Lam Thye (2020) berkata selain itu, tindakan menyebarkan berita palsu juga boleh
menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan
negara. Perkara ini sangat membimbangkan masyarakat apabila menerima berita palsu yang tidak
diketahui asal usulnya itu. Penerimaan berita palsu oleh masyarakat ini perlu disahkan dahulu
sebelum menghantar kepada orang lain. Hal ini kerana, penghantar yang telah menyebarkan berita
itu akan dihukum jika berita yang disebarkan itu palsu.
Penyebaran berita palsu ini sangat membimbangkan kesemua masyarakat kerana mereka
tidak mengetahu perkara tersebut hasil ataupun tidak. Oleh itu, masyarakat Malaysia tidak boleh
mempercayai berita yang telah dihantar oleh golongan yang tidak dipercayai. Sebelum
menyebarkan kepada orang lain, mereka hendaklah melihat kesahihannya di laman web ataupun
hendaklah dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab agar maklumat atau berita itu tidak
disampaikan kepada orang yang tidak bersalah.
Selain itu, penyebaran dan penularan berita palsu ini dapat menyumbang kepada gejalah
sosial dan keruntuhan akhlak dan seterusnya mendorong kepada kegiatan jenayah. Mereka akan
lebih menggunakan internet ataupun media sosial untuk terus menyebarkan maklumat yang tidak
betul. Hal ini, internet yang dijadikan sebagai medium mencari ilmu telah disalahguna untuk
dijadikan sebagai medium penyebaran berita palsu. Menerusi Farris Shahiran Mohd Rizal (2019)
berkata masyarakat hanya berseronok berkongsi tanpa usul periksa dan ini dapat dilihat

52
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

masyarakat kurang peka tentang bahaya berita palsu dalam kehidupan seharian. Masalah ini dapat
membuatkan mereka terus terlibat kepada kegiatan jenayah. Menurut Dr. Duryana Mohamed
(2018) penyebaran berita palsu dikategorikan sebagai kes jenayah mengikut Akta Berita Palsu
2018, namun akta berkenaan sudah dimansuhkan kerana ia dianggap menghalang kebebasan
media dan kebebasan bersuara yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.
Media sosial yang telah digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat ini membahayakan
juga kerana mereka leka dalam menggunakan media sosial dan membaca segala maklumat yang
dilihat dalam media sosial tersebut. Media sosial ini digunakan oleh pelbagai masyarakat di luar
negara dan pelbagai agama. Mereka yang telah memuat naik perkara yang menyentuh sensitiviti
keagamaan ini dapat juga mengancam kesejahteraan sesebuah negara dan mengugut perpaduan
kaum di negara. Perkara yang tidak sahih dan dilihat oleh masyarakat tersebut membolehkan
berlakunya perpecahan kaum di dalam Malaysia.
Camelia K (2020) juga mengatakan timbulnya persepsi-persepsi palsu terhadap seseorang
individu atau organisasinya kerana berita-berita palsu ini disebarkan dengan niat untuk mengeliru,
memanipulasi, dan mengapi-apikan perasaan rakyat. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji kesan yang
telah dihadapi oleh masyarakat Malaysia mengenai berita palsu yang telah hamper berlaku setiap
tahun kepada negara Malaysia. masyarakat Malaysia yang leka perlu berhati dalam menyebarkan
maklumat yang tidak berkaitan dan tidak betul kepada orang ramai supaya tidak dianggap sebagai
penjenayah siber kerana telah menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah jenis berita palsu yang ditularkan di media sosial.
2. Apakah persepsi masyarakat terhadap berita palsu yang tular sepanjang musim PKP
3. Apakan kesan yang dialami oleh masyarakat Malaysia mengenai penularan berita palsu
sepanjang musim PKP
4. Apakah hubungan jenis dan kesan berita palsu yang ditularkan di media sosial.
5. Apakah hubungan persepsi dan kesan berita palsu yang ditularkan di media sosial.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti jenis berita palsu yang diperolehi oleh masyarakat Malaysia di media sosial
2. Mengenalpasti persepsi masyarakat mengenai penularan berita palsu sepanjang musim
PKP
3. Mengenalpasti kesan yang dihadapi oleh msyarakat Malaysia apabila menerima berita
palsu di media sosial
4. Mengenalpasti hubungan jenis dan kesan berita palsu yang ditularkan di media sosial
5. Mengenalpasti hubungan persepsi dan kesan berita palsu yang ditularkan dimedia sosial.
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Ha1 Terdapat hubungan yang signifikan antara jenis berita palsu dan kesan berita palsu terhadap
masyarakat Malaysia
Ha2 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi masyarakat dengan kesan berita palsu
terhadap masyarakat Malaysia.

53
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

1.6 SKOP KAJIAN DAN LIMITASI KAJIAN


Kajian ini hanya bertujuan untuk melihat kesan berita palsu yang dihadapi oleh masyarakat
Malaysia sepanjang musim perintah kawalan pergerakan. Hal ini demikian, skop kajian ini hanya
melibatkan masyarakat yang tinggal di daerah Alor Gajah, Melaka. Oleh itu, kajian ini lebih
tertumpu kepada dapatan dan perbincangan tentang berita palsu di negeri ini sahaja.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Penggunaan media sosial yang semakin berkembang di Malaysia menyebabkan masyrakat
lebih mempengaruhi segala maklumat yang dimuatnaik oleh masyarakat. Norma baharu yang telah
meningkat disebabkan oleh penularan corona virus ini membuatkan lebih ramai masyarakat
menggunakan media sosial untuk melakukan pekerjaan seharian mereka seperti melakukan jualan
secara atas talian. Hal ini juga menyebabkan berlakunya penularan berita palsu yang meningkat
dari semasa ke semasa. Maklumat yang disampaikan oleh pengguna media sosial tidak semestinya
betul kerana terdapat juga berita yang tidak betul untuk memburukkan seseorang di dalam negara
Malaysia ini. Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatakan kesan yang negatif kepada
masyarakat Malaysia kerana mereka mempercayai berita yang telah disampaikan oleh yang yang
tidak bertangjunggjawab.
Selain itu, kajian mengenai penularan berita palsu ini dapat membantu lagi golongan yang
ingin memperkembangkan dan memperkayakan hasil kajian mengenai berita palsu ini. Hal ini
supaya mereka lebih dapat maklumat mengenai kesan penularan berita palsu dalam kalangan
masyarakat Malaysia dan pengkaji akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai
berita palsu dan media sosial pada musim perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam Bahasa
Melayu dan mudah untuk difahami.
1.8 DEFINISI OPERASIONAL
Terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh penyelidik yang membawa erti tersendiri
bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
1.8.1 BERITA PALSU
Berita palsu merupakan maklumat yang tidak benar. Berita palsu itu tidak sahih dan
disebarkan dengan sangat pantas tanpa periksa kesahihan maklumat tersebut. Penularan berita
palsu ini tersebar melalui alam maya daripada pengguna kepada pengguna yang lain. Menurut Elle
Hunt (2016) mengatakan berita palsu ini dengan cepat menjadi istilah yang mudah untuk
mendiskreditkan semua jenis cerita. Kita perlu lebih pandai mengenali dan memerangi penipuan
secara terang-terangan dan kisah berita palsu yang mempunyai kesan di dunia nyata.
1.8.2 MEDIA SOSIAL
Media sosial merupakan saluran komunikasi digital yang digunakan oleh para pengguna
untuk berkongsi maklumat, berinteraksi dengan segera, berkomunikasi dengan dua hala dan
penghantaran mesej yang cepat ke beberapa orang dalam masa yang sama (Khusnul Hanafi &
Mohd Helmi Abd Rahim, 2017). Saluran komunikasi media sosial ini telah berkembang maju di
setiap negara dan digunakan oleh semua pengguna antranya menggunakan aplikasi Whatsapp,
Instagram, Twitter dan Facebook.

54
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

1.8.3 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Penularan korono virus yang berlaku di setiap negara pada tahun 2019 ini menyebabkan
pihak kerajian melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bersandarkan kepada Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Menurut kata-kata
Dr Farizah Hairi & Dr Zaki Hilmi mengatakan Tujuannya ialah untuk membendung penularan
wabak COVID-19 di Malaysia, dengan cara menghentikan rangkaian penyebaran wabak COVID-
19 (Hidayah, 2020).
2.0 KAJIAN LEPAS BERITA PALSU
2.1.1 Berita Palsu
Menurut Indri Ilevenia (2018) berita palsu adalah maklumat yang direka untuk menutup maklumat
yang sebenar. Dengan kata lain, berita palsu juga boleh ditafsirkan untuk memutarbelitkan fakta
menggunakan maklumat yang lain. Menurut Gumgum Gumilar et.al. (2017) juga berita palsu juga
dalah penipuan yang menjadi tumpuan di media sosial. Banyak maklumat yang menyusahkan
masyarakat untuk menentukan maklumat tersebut betul atau palsu. Tambahan pula ia
menyebabkan terjadinya konflik untuk menentukan maklumat tersebut betul ataupun palsu. Berita
palsu sengaja ditulis untuk menyesatkan pembaca dan tidak boleh dikesan dengan berdasarkan
kandungan berita. Kandungan berita palsu terdapat dalam pelbagai topik, gaya dan platform media
dan berita palsu ini cuba untuk memutarbelitkan kebenaran yang ada pada berita benar dan
penyebaran berita palsu yang meluas dapat memberi kesan negatif yang serius pada individu dan
masyarakat. (Khai Shu et al. 2017).
Selain itu, menerusi kajian Roida Pakpahan (2017) dengan berita palsu yang dibuat, berita
palsu juga bertujuan untuk mempengaruhi pembaca sehingga pembaca mengambil tindakan
dengan berita palsu yang ditularkan. Maklumat palsu dapat mengelirukan dapat menakutkan
pembaca yang menerima berita palsu tersebut. Torstein Granskogen dan Jon Atle Gulla (2017)
mengatakan juga berita palsu adalah fenomena yang melanda di dunia secara besar besaran sejak
beberapa tahun ini. Berita palsu ini membuat masyarakat merasa seperti dihijani oleh berita yang
tidak dapat kita ketahui benar atau tidak.
Menerusi kajian David Saputra (2020) mengenai kajian berita palsu yang berlaku pada
tahun 2020 sepanjang covid-19 berlaku. Beliau mengatakan Keadaan ini mendorong orang ramai
untuk mencari maklumat mengenai Covid-19 yang diikuti dengan penyebaran maklumat palsu
melalui teknologi maklumat yang boleh mengganggu kehidupan sosial orang. Sehingga
masyarakat berhadapan dengan perpecahan pandangan ketika maklumat yang disampaikan
ternyata berbeza dengan keadaan sebenarnya. Keadaan masyarakat yang cenderung mengabaikan
dan tanpa berusaha mencari kebenaran berita yang beredar, malah turut serta menyebarkan
maklumat palsu (tipuan) telah menimbulkan kebimbangan di banyak kalangan. Makanya, dengan
keadaan negara yang mempunyai krisis di seluruh negara ini perlukan dititkberatkan dalam soal
penularan berita palsu ini. Hal ini mampu memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat
di negara tersebut.
2.1.2 Kepercayaan Terhadap Berita Palsu
Fenomena yang membimbangkan akibat penyebaran berita di media sosial adalah
disebabkan oleh penyebaran berita palsu secara besar-besaran. Perkara ini dianggap bahaya kerana

55
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

masyarakat belum mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kebenaran sesuatu berita. Oleh
itu, berita palsu tetap mudah dipercayai oleh pelbagai kumpulan dan senang tersebar melalui media
terutamanya dalam media sosial (Ika Rusdiana, 2018). Media sosial juga boleh menjadi penyebab
bagi beberapa elemen tertentu yang menyalahgunakan media untuk menyebarkan berita palsu atau
tipuan. Oleh itu, sebagai penerima masyarakat maklumat mesti berhati-hati dan lebih teliti dengan
maklumat orang ramai. (Hanik Chumairah, 2020).
Dalam kajian Ginting (2018) mengatakan kini, berita palsu sedang dibincangkan secara
serius dan pemerintah terus mendesak orang agar tidak mudah percaya sumber maklumat atau
berita tidak jelas. Hal ini kerana media sosial dan kebebasan berpendapat menjadikan sebahagian
masyarakat dapat mendedahkan apa sahaja di media sosial tanpa berfikir dan mencari tahu
kebenaran sebenarnya. Makanya, segala maklumat yang telah disampaikan kepada orang ramai ini
memberikan maklumat yang tidak betul kerana masyarakat hanya memberikan pendapat yang
mereka tahu sahaja.
Selain itu, akan ada juga orang yang masih mempercayai berita di media sosial, sama ada
berita sebenar atau berita palsu. Masyarakat jenis ini biasanya sangat mudah mempengaruhi
pemikiran mereka dengan menggunakan tulisan yang mereka baca dan mudah diprovokasi.
Mereka hanya mempercayai apa yang mereka baca tanpa melihat dan mengambil tahu melalui
sumber lain. Di samping itu, ada juga jenis orang yang pada awalnya tidak mempercayai berita di
media sosial tetapi kerana dibaca berulang kali menjadikan berita itu kelihatan benar. Terutama
jika berita palsu disertakan dengan data yang meyakinkan dan kelihatan seperti berita sebenar.
Maka persepsi orang dapat segera berubah dan menjadi percaya kepada berita yang sebelumnya
mereka anggap tidak benar.
2.1.3 Kesan Berita Palsu
Berita palsu yang tersebar di internet atau media sosial memberi kesan negatif kepada
masyarakat, bukan sahaja di ruang siber tetapi juga ke dunia nyata. Hal ini kerana berita palsu
boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat sehingga boleh menimbulkan kekacauan
di dunia nyata (Rinaldy, 2019). Devid Saputra (2020) juga menyatakan masyarakat tidak harus
segera mempercayai maklumat yang tersebar sebelum mengetahu kebenarannya, kerana maklumat
itu boleh mempengaruhi kepercayaan terhadap seseorang, kumpulan, atau bahkan merendahkan,
dan membahayakan pihak lain kerana boleh menyebabkan keresahan.
Selain itu, menurut Shahidah Hamzah et al., (2020) mengatakan media sosial telah
disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan berita dan
maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat
dan negara. Maklumat dan berita palsu tersebut mengandungi unsur penipuan, mengapi-apikan
sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah dan reputasi dan
sebagainya. Hal ini amat membimbangkan kerana maklumat dan berita seperti ini boleh
menyebabkan kesan negatif ke atas penerimaan dan pengguna.
Selain itu, menerusi kajian Ika Rusdiana (2018) mengenai kepercayaan terhadap berita
palsu menyatakan berita palsu yang tersebar di media dalam talian mempunyai kecenderungan
untuk dipercayai oleh pembaca kerana kesan populariti dan pengulangan yang besar. Dengan
pengulangan berterusan, maklumat akan menjadi viral dalam masa yang singkat, ini berpotensi
untuk mewujudkan bias kognitif pada pembaca.

56
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Pelbagai bias kognitif mempunyai kesan yang signifikan terhadap sikap pembaca berita
palsu di media dalam talian. Sebaliknya, tidak dapat dinafikan bahawa dalam menghasilkan berita
palsu, pengeluar telah mempertimbangkan aspek psikologi pembaca, termasuk kesesuaian
kandungan berita dengan isu-isu yang sedang dibincangkan, diperkuat oleh kecenderungan
pembaca untuk berfikir secara spontan terhadap maklumat yang diterima, sekali gus membantu
mengukuhkan kecenderungan pembaca untuk mempercayai kebenaran berita.
2.3 TEORI
2.2.1 Teori Agenda Setting
Teori agenda setting adalah teori yang membincangkan bagaimana media massa pengaruh
dalam menjadikan isu tertentu sebagai agenda awam. Agenda awam adalah yang utama fokus atau
isu utama yang menjadi perhatian anggota masyarakat atau masyarakat. Teori agenda setting
istilah pertama kali digunakan oleh McCombs dan Shaw (1972). Teori ini menghuraikan hubungan
dari segi hubungan antara penekanan bahawa jisim media dijadikan sebagai isu dan khalayak
media atau reaksi atau sifat masyarakat terhadap isu (Nor Razinah Mohd Zain, 2014). Melalui sifat
masyarakat yang ingin mengetahui mengenai isu yang berlaku dan reaksi mereka itu mampu
memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat.
Dalam kajian Christiany Judith (2018) mengatakan masyarakat awam cenderung menilai
sesuatu yang penting kerana media massa mempertimbangkan perkara yang penting. Sekiranya
media massa menganggap sesuatu isu itu penting maka orang ramai juga akan menganggapnya
penting (Griffin, 2012). Teori ini menawarkan asas pemikiran di mana penjelasan atau pendedahan
sahaja tidak mencukupi, Kandungan media perlu menonjol sebelum memproses dan diterima oleh
orang ramai. Semakin banyak media mengemukakan isu atau topik, semakin meningkat
masalahnya juga menonjol dan semakin besar serta perhatian orang ramai terhadap isu tersebut.
Agenda setting adalah kemampuan media untuk menentukan pentingnya masalah dengan
berita, melalui proses kognitif yang disebut "aksesibilitas", yang merupakan proses mendapatkan
kembali masalah dalam memori. Agenda setting ini juga dipengaruhi oleh persepsi seseorang
terhadap kepercayaan tertentu (Shraddha Bajracharya,2018). Selain itu juga, Menurut Christiany
Juditha (2019), seperti yang diketahui bahawa agenda setting media dapat dibentuk oleh orang
biasa (pengguna internet) yang mempunyai persamaan minat dalam sesuatu isu. Warganet boleh
membantu menentukan masalah yang penting untuk ceramah awam dan diketahui oleh orang
awam mahupun pengguna internet. .
Dalam kajian Toni Mulyadi (2018), terdapat dua tahap dalam aktiviti penetapan agenda.
McCombs & Bell pada tahun 1996 disebutkan bahawa tahap pertama dalam penetapan agenda
adalah teori awal muncul sebelum kritikan dan perkembangan selanjutnya. Pada tahap ini agenda
setting hanya menekankan draf topik yang perlu diberi perhatian penonton. Walau bagaimanapun,
teori ini tidak membincangkan bagaimana topik-topik ini dapat disampaikan dengan pasti kepada
penonton agar mereka benar-benar dapat menerima secara kognitif dan mengalami proses
psikologi di dalamnya dan berfikir dan bertindak balas mengikut kehendak media. Ini bermaksud
bahawa media masih belum tersedia sepenuhnya membentuk pendapat umum.
Kemudian muncul teori penetapan agenda kedua disebut tahap dua iaitu menambahkan
tentang bagaimana isu-isu yang telah dibangkitkan dapat disampaikan dengan pasti, bagaimana

57
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

mengemas kenyataan ini nyata dan membentuk pemahaman mengenai definisi masalah, penilaian
moral dan cadangan untuk sikap perkara itu.
Seterusnya, media sosial dalam teori agenda setting berkait rapat dengan agenda awam.
Kini media sosial mempunyai kedudukan yang boleh membawa kepada beberapa tindakan yang
berkait rapat dengan teori agenda setting. Media sosial mempunyai hubungan antara pengguna dan
pertukaran maklumat. Media sosial bukan sehala tetapi sebaliknya, ia adalah dua hala. Sehingga
maklumat yang disampaikan kemudian dikembangkan dan mendapat tindak balas aktif sehingga
agenda yang berlaku dapat dilihat secara realistik.
Melalui media sosial, semua pengguna menerangkan mesej yang mereka terima dan tindak
lanjut menggunakan respons aktif seperti memberi komen atau berkongsi maklumat. Ini berkaitan
dengan agenda umum, media sosial mempunyai pengaruh terhadap masyarakat, yakni
mempengaruhi kesedaran dan tindakan (Christiany Juditha, 2019). Makanya, dengan kedudukan
antara media sosial dan masyarakat yang semakin meningkatkan dalam penggunaan media sosial
ini dapat menjadikan sesuatu isu yang berkembang sebagai berita palsu daripada respon yang
diterima daripada orang ramai.
Seperti yang dijelaskan dalam media sosial adalah medium yang banyak digunakan sebagai
media penyebaran berita palsu. Penyebaran berita palsu yang itu untuk memburuk-burukkan
seseorang atuapun organisasi. Penggunaan media sosial yang senang untuk menyebarkan berita
palsu. Menerusi konsep dan teori, agenda setting dibentuk berdasarkan isu yang sedang
berkembang di kalangan masyarakat. Isu-isu yang disebarkan mengenai pelbagai topik termasuk
mengenai Covid-19 yang berlaku pada tahun 2020 ini.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL


Kajian ini memfokuskan kepada kesan berita palsu dalam penggunaan media sosial
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

Pembolehubah Pembolehubah
tidak bersandar bersandar

Jenis Berita Palsu Kesan masyarakat


Fenomena Berita
Palsu Dalam kepada berita
Persepsi Berita Palsu
Media Sosial palsu
Sepanjang
Kawalan
Pergerakan (PKP)
di Malaysia

Rajah 2.1: Kerangka Konseptual Kajian

58
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Rajah 2.3 ini menunjukkan kerangka konseptual kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu
hubungan antara berita palsu dengan kesan kepada masyarakat Malaysia. Terdapat dua
pembolehubah dalam kerangka konseptual kajian ini iaitu pembolehubah bersandar dan
pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah kesan kepada masyarakat jenis
berita palsu dan persepsi berita palsu manakala pembolehubah tidak bersandar ialah fenomena
berita palsu. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sejauhmana fenomena berita palsu ini
mempengaruhi kesan kepada masyarkat Malaysia sepanjang musim perintah kawalan pergerakan
(PKP) di Malaysia.
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian ialah suatu proses dalam menyelesaikan sesuatu masalah iaitu
perancangan, pengumpulan, penganalisisan dan penafsiran data yang sistematik. Menurut Ang
Kean Hua (2016), Metodologi merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk digunakan bagi
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan
kajian. Kajian metodologi boleh dikategorikan kepada tiga peringkat, iaitu proses perancangan,
proses aplikasi dan proses analisis. Proses perancangan boleh melibatkan kepada pembentukan
hipotesis dan pemilihan reka bentuk; manakala proses aplikasi pula melibatkan kepada kaedah
pengumpulan data, pemilihan sampel, ujian rintis serta proses analisis. Dalam pengumpualan data
juga terdapat beberapa cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektik yang
disediakan. Oleh itu, dalam bab ini akan menghuraikan mengenai metodologi kajian yang
digunakan meliputi rekabentuk kajian, populasi dan persampelan, instrument kajian, perancangan
kajian dan data analisis.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian boleh didefinasikan sebagai perancangan yang menentukan cara
penyelidikan dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan penyelidikan (Ang
Kean Hua, 2016). Penentuan reka bentuk kajian ini akan dilanjutkan kepada instrumentasi yang
ingin digunakan semasa mengumpul data. Oleh itu, kaedah kajian yang hendak digunakan dalam
kajian ini ialah mengggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan yang akan menggunakan
borang soal selidik untuk mengumpul data-data yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian.
Penggunaan kajian tinjauan dengan soalan soal selidik ini digunakan dengan pengambilan data
secara terus daripada kumpulan subjek tersebut. Tujuannya supaya memperolehi data dengan lebih
cepat daripada sasaran responden yang telah ditetapkan.
3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN
Populasi dan persampelan merupakan kaedah yang digunakan dalam pemilihan populasi
dan sampel kajian. Kesemua pemilihan diperincikan dengan lebih jelas berdasarkan prosedur yang
telah ditetapkan oleh pengkaji.
3.3.1 Populasi
Populasi merupakan sekumpulan besar individu yang hendak dikaji oleh pengkaji. Kajian
yang hendak dikaji merupakan objek atau peristiwa. Menerusi kajian ini, fokus utama populasi
yang hendak digunakan dalam kajian ini adalah sekumpulan masyarakat yang berada di daerah
Alor Gajah, Melaka. Hal ini kerana, pada pertengahan PKP, Melaka telah digemparkan dengan
berita palsu yang membuatkan masyarakat di Melaka berasa resah. Oleh itu, pengkaji mengakji

59
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

masyarakat yang berada di Alor Gajah. Populasi yang terdapat di Alor Gajah, Melaka lebih kurang
205,600 orang menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
3.3.2 Persampelan
Kajian yang dijalankan ini, pengkaji telah memilih beberapa kaedah untuk memilih sampel
kajian dan juga responden. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah menggunakan
teknik persampelan rawak mudah. Dalam persampelan rawak mudah yang telah dipilih ialah orang
awam yang terdapat di Alor Gajah, Melaka untuk menjadi responden dalam kajian yang hendak
dijalankan. Responden dibahagikan mengikut umur, jantina, kawasan dan bangsa bagi
mendapatkan maklumat yang lebih jelas
Pemilihan saiz sampel merujuk kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970).
Daripada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan didapati jumlah penduduk di daerah
Alor Gajah, Melaka seramai 205,600 orang. Maka dengan itu, kajian ini memerlukan saiz sampel
seramai 377 sampel di negeri Melaka.
3.4 INSTRUMEN DAN ALAT KAJIAN
Instrumen pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang
diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu perkara dan seterusnya dijadikan asas untuk
membuat kajian secara analisis atau kesimpulan (Muhammad Jeffery Hizwan, 2018). Bagi
memperolehi maklumat dalam kajian ini instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal
selidik. Kajian soal selidik mudah dan cepat digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
responden. Menurut Shuhairy Norhisham (2020) set soalan atau item yang digunakan merupakan
salah satu soal selidik dalam bentuk tulisan yang merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.
Makanya, soal selidik yang dikemukakan kepada responden untuk mendapatkan maklumat yang
diingini. Soal selidik yang dinyatakan diambil menerusi beberapa kajian terdahaulu iaitu daripada
kajian Tomi Pesonen (2018) kemudian telah diolah soalannya supaya menepati objektif yang
hendak dicapai. Soalan terbahagi kepada 5 bahagian yang mempunyai 36 item soalan daripada
demografi hingga kesan berita palsu.
Soal selidik dalam bahagian ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:
BAHAGIAN A: Demografi responden
BAHAGIAN B: Kekerapan penggunaan media sosial
BAHAGIAN C: Jenis berita palsu dalam media sosial
BAHAGIAN D: Persepsi terhadap berita palsu
BAHAGIAN E: Kesan penerimaan Berita Palsu dalam Media Sosial
3.4.1 Bahagian A: Demografi responden
Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu jantina,
umur, bangsa dan pekerjaan untuk mengetahui profil responden. Responden perlu menjawab

60
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

dengan menandakan (/) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuain maklumat yang ada
dan nyatakan maklumat yang diperlukan,
3.4.2 Bahagian B: Kekerapan Menggunakan Media Sosial
Bahagian ini responden perlu mengisis beberapa jam penggunaan media sosial sepanjang
musin Covid-19 yang dinyatakan. Sebagai contoh media sosial ialah Fcebook, Twitter dan
sebagainya. Responden perlu menanda (/) pada jam yang telah digunakan dalam masa seharian di
kotak yang telah disediakan.
3.4.3 Bahagian C: Jenis berita palsu di media sosial
Bahagian ini mengandungi item-item mengenai jenis berita palsu yang telah ditemui di
media sosial. Responden dikehendaki menjawab dan menanda (/) pada bahagian yang telah
diperolehi.
3.4.4 Bahagian D: Persepsi terhadap berita palsu
Bahagian ini mengandungi soal selidik mengenai persepsi masyarakat mengenai berita
palsu yang tekah ditularkan di media sosial. Responden dikehendaki menjawab mengenai persepsi
responden terhadap berita palsu yang telah ditularkan didalam media sosial. Responden perlu
mengisi di ruangan kosong di dalam soal selidik tersebut. Untuk memudahkan responden
menjawab, penyelidik menggunakan pemeringat skala lima mata seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju
3.4.5 Bahagian E: Kesan penerimaan Berita Palsu dalam Media Sosial
Bahagian ini mengandungi soal selidik mengenai kesan yang dihadapai akibat penerimaan
berita palsu yang ditularkan di media sosial. Dalam bahagian ini terdapat beberapa jenis
pernyataan yang digunakan bagi memudahkan responden memilih pernyataan yang bersesuaian
dengan mereka. Untuk memudahkan responden menjawab soalan ini, penyelidik menggunakan
pemeringkatan skala lima mata seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju
3.5 ANALISIS DATA
Kaedah analisis yang dijalankan adalah dengan menggunakan perisian SPSS untuk
memudahkan pengumpulan data dan mendapatkan keputusan kajian. Dalam penganalisasan data
tersebut terdapat dua kaedah yang telah digunakan iaitu yang pertama analisis secara deskriptif
dan juga kaedah statistik inferensi.
3.5.1 Kaedah Statistik Deskriptif
Kaedah statistik deskriptif merupakan tahap analisis yang pertama digunakan. Ia
digunakan untuk meringkaskan data dan mencari corak statistik deskriptif seperti maksud, median,
mod, peratusan, kekerapan dan julat data tersebut. Kaedah ini sangat berguna apabila kajian terhad
kepada sampel dan tidak perlu disebarkan kepada populasi yang lebih besar. Penggunaan kaedah
ini untuk membandingkan peratusan persampelan yang digunakan. Kaedah ini digunakan untuk

61
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

menjelaskan bahgaian demografi, dan digunakna untuk mengetahui kekerapan dan peratusan.
responden yang telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Selain itu, kaedah ini
juga digunakan untuk mengetahui data iaitu peratusan, min dan sisihan piawai bagi soalan untuk
menjawab objektif kajian.

3.5.2 Kaedah Statistik Inferensi


Kaedah statistik inferensi ialah suatu kaedah yang digunakan untuk mengumpul data pada
sampel populasi kajian. Pengkaji akan memperolehi hasilnya kepada keseluruhan populasi atau
kumpulan sasarannya. Menurut Shuhairy Norhisham (2019) statistik digunakan untuk
menunjukkan hubungan antara beberapa pembolehubah yang berbeza, dan bukannya
menerangkan pembolehubah tunggal. Mereka digunakan apabila penyelidik perlu melampaui nilai
mutlak dan memahami hubungan antara pembolehubah. Dalam kaedah statistik inferensi ini juga
pengkaji mencari korelasi iaitu hubungan antara pembolehubah.
Analisis ini digunakan untuk mencari hubungan antara pembolehubah untuk penghasilan
hipotesis. Dalam kaedah ini juga mengunakan kaedah korelasi pearson.
Jadual 3.5.2 Kaedah Statistik Inferensi
HIPOTESIS KAEDAH PENGUJIAN
Ha1
Terdapat hubungan yang signifikan antara jenis berita palsu Korelasi Pearson
dan kesan berita palsu terhadap masyarakat Malaysia.
Ha2
Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi Korelasi Pearson
masyarakat dengan kesan berita palsu terhadap masyarakat
Malaysia.
3.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHIHAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada pengukuran yang dilaksanakan keatas individu-
individu di lokasi yang berbeza, ciri-ciri sosialisasi dan budaya yang berbeza. Dalam penggunaan
ujian kebolehpercayaan ini, pengkaji menggunakan kaedah Alpha Cronbranch (SPSS) yang
merupakan suatu kaedah ketekalan dalaman yang digunakan oleh pengkaji untuk mengira data
bagi mendapatkan kebolehpercayaan item. Oleh itu, pengkaji telah mengagihkan borang soal
selidik kepada 30 orang responden pertama untuk melihat ujian rintis yang hendak dilakukan
kepada responden untuk mendapatkan kebolehpercayaan borang selidik ini. Ujian rintis ini
dilakukan pada data kekerpan penggunaan media sosial, persepsi berita palsu dan kesan berita
palsu dalam media sosial. Setelah dilakukan ujian rintis, borang selidik yang diuji akan diagihkan
kepada responden untuk mendapatkan data.

62
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Jadual 3.6: Kekerapan Pengunaan Media Sosial

Statistic Kebolehpercayaan
Cronbach's Alpha N of Items
.876 7

Hasil daripada ujian yang telah dijalankan untuk ujian kepercayaan dan kesahihan
ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Nilai Alpha bagi kekerapan pengunaan media sosial sebanyak 7
item nilainya sebanyak 0.887 iaitu melebihi 0.05. ini membuktikan bahawa soal selidik mengenai
kekerapan penggunaan media sosial boleh diterima dan digunakan kerana mempunyai
kepercayaan yang tinggi.
3.7: Persepsi Berita Palsu Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia.
Statistic kebolehpercayaan
Cronbach's Alpha N of Items
.566 5

Jadual dibawah menunjukkan nilai alpha bagi persepsi berita palsu dalam kalangan
masyarakat malaysia. terdapat 5 item dalam soal selidik dan nilai alpha sebanyak 0.566 iaitu
melebihi tahap kebolehpercayaan minima iaitu 0.05.

3.8: Kesan Berita Palsu Dalam Media Sosial

Statistic Kepercayaan
Cronbach's Alpha N of Items
.935 15

Jadual dibawah menunjukkan nilai alpha untuk kesan berita palsu dalam media sosial.
Nilai alpha menunjukkan bacaan 0.935 melebihi tahap kebercayaan minima iaitu 0.05 bagi 15
item. Secara keseluruhanya, borang selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan
boleh digunakan untuk menjalankan kajian.

3.7 PERANCANGAN KAJIAN


Berikut merupakan perancangan sepanjang menjalankan kajian bermula daripada awal
minggu hingga akhir minggu. Semua perancangan kajian telah diperincikan mengikut minggu
untuk memudahkan proses perjalanan kajian sehingga minggu terakhir proses dan memastikan
kajian berjalan dengan lancar.

63
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Jadual 3.1 Perancangan Kajian

MINGGU

AKTIVITI
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Penerangan PTA 1
dan PTA 2

Pembahagian
Penyelia dan Pelajar

Finalise Tajuk
dengan Penyelia

Finalise Tajuk
dengan Penyelia

Penghantaran tajuk
yang telah
dipersetujui kepada
Jawatankuasa
Persediaan Bab 1,2
dan 3
Persediaan Bab 1,2
dan 3
Persediaan Bab 1,2
dan 3
Penghantaran
Proposal
Penilaian Laporan
oleh Panel
Pembentangan
Proposal Sesi 1
Pembetulan bab 1,2
dan 3
Pengumpulan data

Draf bab 1-3 dan 4-5

Draf bab 1-3 dan 4-5

64
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Draf bab 1-3 dan 4-5


telah dipersetujui
penyelia
Penghantaran
laporan dan penilain
Pembentangan PTA
dan pembetulan
Pembetulan dan
penghantaran
laporan PTA.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji membincangkan mengenai hasil daripada dapatan yang telah dijalankan
oleh penyelidik menerusi edaran borang soal selidik terhadap responden kajian. Sebanyak 382 soal
selidik telah diedarkan menggunakan Google Form. Borang soal selidik menggunakan kaedah
google form ini adalah lebih jimat dan memudahkan kerana responden boleh mengakses hanya
melalui capaian internet serta mudah disalurkan melalui media sosial (Arief Ramadhan, 2020).
Analisis data akan dilakukan terhadap keseluruhan item soalan yang telah disediakan didalam
borang soal selidik. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For
Social Science (SPSS), versi 21.0. Analisis data terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
Bahagian A merangkumi maklumat demografi responden. Bahagian B pula mengenai penggunaan
media sosial dan penggunaan media sosial sepanjang musim perintah kawalan pergerakan.
Bahagian C mengenai jenis berita palsu yang ditemui. Bahagian D mengenai persepsi berita palsu
yang ditemui di media sosial dan terakhir sekali ialah kesan berita palsu di media sosial
4.2 LATARBELAKANG DEMOGRAFI.
Bahagian ini menunjukkan taburan latarbelakang demografi responden yang menjawab soal
selidik mengikut kekerapan dan peratusan. Dalam bahagian demografi ini merangkumi jantina,
umur, bangsa dan pekerjaan.
Jadual 4.1: Taburan demografi responden

Item Kekerapan Peratus (%)


Jantina
Lelaki 106 27.7
Perempuan 276 72.3
Umur
Bawah 20 tahun 36 9.4
21 – 30 tahun 180 47.1

65
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

31 – 40 tahun 51 13.4
41 – 50 tahun 59 15.4
50 tahun keatas 56 14.7
Bangsa
Melayu 363 95.0
Cina 10 2.6
India 6 1.6
Lain – lain 3 0.8
Pekerjaan
Kerajaan 122 31.9
Swasta 55 14.4
Sendiri 39 10.2
Pelajar 166 43.5

66
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Berdasarkan jadual 4.1 menunjukkkan jumlah jantina responden. Seramai 382 orang yang
telah dipilih responden dalam kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 106 orang responden iaitu
bersamaan dengan peratusan sebanyak 27.7% adalah terdiri daripada responden lelaki manakala
276 orang responden iaitu bersamaan dengan peratusan sebanyak 72.3% adalah terdiri daripada
responden perempuan.

Selain itu, jadual tersebut juga menunjukkan umur responden. Didapati seramai 36 orang
responden yang berumur bawah 20 tahun bersamaan 9.4%, 180 orang responden yang berumur
antara 21 – 30 tahun bersamaan 47.1%, 51 orang responden yang berumur antara 31 – 40 tahun
bersamaan 13.4%, 59 orang responden yang berumur 41 – 50 tahun bersamaan 15.4% dan terdapat
56 orang responden yang berumur atas 50 tahun bersamaan 14.7%

Seterusnya, responden telah dikategorikan kepada beberapa bangsa iaitu yang paling tinggi
sekali ialah sebanyak 363 orang responden bersamaan 95.0% terdiri daripada bangsa melayu, 10
orang responden bersamaan 2.6% daripada bangsa cina, 6 orang responden bersamaan 1.6% terdiri
daripada bangsa india dan 3 orang responden bersamaan 0.8% daripada lain-lain bangsa.
Disamping itu, jadual diatas juga menunjukkan responden yang bekerja iaitu seramai 122 orang
responden kerajaan (31.9%), 55 orang responden daripada swasta (14.4%), 39 orang responden
yang telah bekerja sendiri (10.3%) dan seramai 166 orang responden yang masih belajar (43.5%).

4.3 ANALISIS KEKERAPAN PENGUNAAN MEDIA SOSIAL


Jadual 4.2 Kekerapan Pengunaan Media Sosial
Item Bawah 2 Jam 3 Jam 4 Jam 5 Jam 6 Jam Keatas

Whatsapp 23.0 17.8 24.9 14.7 19.6

Telegram 72.0 9.9 9.9 4.7 3.4

Instagram 49.0 20.2 13.6 8.4 8.9

Facebook 56.0 19.4 13.1 6.8 4.7

Tiktok 70.7 8.1 8.9 6.3 6.0

Twitter 73.6 8.6 8.4 5.0 4.5

Berdasarkan jadual 4.2 diatas menunjukkan kekerapan penggunaan media sosial dalam
kalangan masyarakat di alor gajah mencatatkan penggunaan whatsapp bagi responden seramai
23.0% menggunakan antara 2 jam kebawah, 3 jam seramai 17.8%, 4 jam seramai 24.9%, 5 jam
seramai 14.7% dan 6 jam keatas seramai 19.6%. Bagi media sosial telegram seramai 72.0%
responden menggunakan diantara bawah 2 jam, 3 jam dan 4 jam seramai 9.9%, 5 jam seramai
4.7% dan 6 jam keatas digunakan oleh responden seramai 3.4%. Seterusnya, untuk media sosial
instagram, responden yang menggunakan diantara bawah 2 jam seramai 49.0%, 3 jam seramai

67
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

20.2%, 4 jam seramai 13.6%, 5 jam seramai 8.4% dan 6 jam keatas digunakan oleh responden
seramai 8.9%.

Selain itu, kekerapan penggunaan media sosial facebook bagi antara bawah 2 jam seramai
56.0%, 3 jam seramai 19.4%, 4 jam 13.1%, 5 jam 6.8% dan 6 jam keatas seramai 4.7%. Bagi
penggunaan Tiktok yang menggunakan selama bawah 2 jam seramai 70.7%, 3 jam seramai 8.1%,
4 jam 8.9%, 5 jam 6.3% dan 6 jam keatas yang menggunakan tiktok seramai 6.0%. Akhir sekali,
bagi pengunaan media sosial twitter responden menggunakan twitter bawah 2 jam seramai 73.6%,
bagi 3 jam seramai 8.6%, 4 jam 8.4%, 5 jam seramai 5.0% dan responden menggunkan twitter atas
6 jam keatas seramai 4.5%.

4.4 ANALISIS DESKRIPTIF


4.4.1 Persepsi Masyarakat Mengenai Berita Palsu Di Media Sosial
Jadual 4.3.1 Persepsi Masyarakat Mengenai Berita Palsu.
Bil Item STS TS KS S SS M SP
C1 Saya meragui berita yang telah 0.5 5.0 28.0 46.3 20.2 3.8063 0.83189
ditularkan di media sosial

C2 Saya tidak mengambil tahu 9.4 31.7 36.1 16.2 6.5 2.7880 1.03714
tentang berita yang ditularkan
di media sosial.

C3 Saya berasa teruja mengenai 11.0 17.8 43.5 20.9 6.8 2.9476 1.04862
berita yang telah ditularkan di
media sosial

C4 Saya berasa kecewa dengan 1.6 8.9 41.4 32.7 15.4 3.5157 0.91274
berita yang ditularkan di media
sosial.

C5 Saya berasa dipermainkan 1.8 12.6 31.2 35.1 19.4 3.5759 0.99776
dengan berita yang telah
ditularkan di media sosial.

Petunjuk: STS- Sangat tidak setuju, TS- Tidak setuju, KS- Kurang setuju, S- Setuju, SS- Sangat
setuju, M- Min, SP- Sisihan piawai

Persepsi masyarakat mengenai berita palsu di media sosial didalam jadual 4.3.1
menunjukkan taburan responden berdasarkan peratusan berkanaan persepsi masyarakat terhadap
berita palsu di media sosial. Hasil dapatan menunjukkan sebanyak 20.2% responden sangat setuju,
46.8% responden setuju, 28.0 responden kurang setuju dan 0.5% responden masing-masing
memberi jawapan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan C1 iaitu saya meragui
berita yang telah ditularkan di media sosial. skor min dan sisihan piawai bagi penyataan ini adalah

68
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

3.8063 dan 0.83189. bagi penyataan C2 pula iaitu saya tidak mengambil tahu tentang berita palsu
yang ditularkan di media sosial, sebanyak 6.5% responden sangat setuju, 16.5% responden setuju,
36.1% responden kurang setuju, 31.7% responden tidak setuju dan 9.4% responden sangat tidak
setuju. Skor min dan sisihan piawai ialah 2.7880 dan 1.03714.

Selain itu, bagi penyataan C3 iaitu saya berasa Saya berasa teruja mengenai berita yang
telah ditularkan di media sosial mencatatkan sebanyak 6.8% sangat setuju, 20.9% setuju, 43.5%
kurang setuju, 17.8% tidak setuju dan 11.0% sangat tidak setuju. Bagi skor min dan sisian piawai
pula sebnayak 2.9476 dan 1.04862. penyataan C4 iaitu saya berasa kecewa dengan berita yang
ditularkan di media sosial menunjukkan sebanyak 15.4% responden sangat setuju, 32.7%
responden setuju, 41.4% responden kurang setuju, 8.9% responden tidak setuju dan 1.6%
responden sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Skor min dan sisian piawai bagi penyataan
C4 sebanyak 3.5157 dan 0.91274.
Akhir sekali, bagi penyataan C5 iaitu saya berasa dipermainkan dengan berita yang telah
ditularkan di media sosial menunjukkan seramai 19.4% responden sangat bersetuju, 35.1%
responden setuju, 31.2% responden kurang setuju, terdapat 12.6% dan 1.8% responden telah
memberi jawapan bagi tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan C5. Manakala bagi
skor min dan sisian piawai penyataan C5 ini sebanyak 3.5759 dan 0.99776.

4.4.2 KESAN YANG DIALAMI AKIBAT PENERIMAAN BERITA PALSU DI MEDIA


SOSIAL.
Jadual 4.3.2 Kesan Yang Dialami Akibat Penerimaan Berita Palsu Di Media Sosial.

Bil Item STS TS KS S SS M SP


D1 Saya percaya maklumat yang 6.5 14.7 51.6 22.5 4.7 3.0419 0.90686
diterima daripada media sosial
seperti facebook, twitter, dan
lain-lain.

D2 Berasa bimbang dengan berita 0.5 4.2 25.4 43.2 26.7 3.9136 0.85443
yang ditularkan.

D3 Berita yang telah diperolehi 1.0 2.9 16.5 50.0 29.6 4.0419 0.81863
mempengaruhi cara berfikir dan
pendapat isu semasa.

D4 Saya berasa resah apabila 1.6 8.1 27.0 39.0 24.3 3.7644 0.96228
menerima berita palsu di media
sosial.

D5 Saya berasa berita palsu dapat - 0.8 7.3 32.5 59.4 4.5052 0.66697
menjejaskan reputasi rakyat
Malaysia.

69
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

D6 Saya berasa bimbang tentang 0.3 1.6 7.6 35.6 55.0 4.4346 0.72428
keselamatan negara jika
tersebar berita palsu

D7 Saya berasa bimbang untuk 0.3 1.0 12.0 40.8 45.8 4.3089 0.74162
berkongsi maklumat yang
dilihat

D8 Saya bimbang tentang 0.8 1.0 15.7 46.9 35.6 4.1545 0.77677
kegusaran masyarakat
Malaysia.

D9 Saya berasa bimbang jika 0.3 - 6.0 42.1 51.6 4.4476 0.63257
terdapat kegiatan jenayah

D10 Berita palsu dapat 0.3 1.0 9.2 39.3 50.3 4.3822 0.71761
memudaratkan kesihatan
mental kepada orang awam

D11 Berita palsu dapat memberikan 0.8 0.3 6.3 38.2 54.5 4.4529 0.69617
ketegangan kepada orang awam

D12 Berita palsu mampu 0.8 0.3 5.8 35.3 57.9 4.4921 0.69016
menyemarakkan rasa kebencian
kepada seseorang

D13 Menimbulkan rasa was-was - 1.0 10.7 35.6 52.6 4.3979 0.72001
kepada negara.

D14 Situasi ketidaktentuan politik 0.5 0.8 9.9 35.3 53.4 4.4031 0.74227
negara pada masa kini yang
disebarkan melalui media sosial
menjejaskan ketenteraman
awam

D15 Berita palsu mampu - 0.5 6.3 34.8 58.4 4.5105 0.63877
memusnahkan sesuatu
organisasi di Malaysia.

Petunjuk: STS- Sangat tidak setuju, TS- Tidak setuju, KS- Kurang setuju, S- Setuju, SS- Sangat
setuju, M- Min, SP- Sisihan piawai

Kesan yang dialami akibat penerimaan berita palsu di media sosial di dalam jadual 4.3.2
menunjukkan taburan responden berdasarkan peratusan berkenaan kesan yang dialami akibat

70
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

penerimaan berita palsu di media sosial. Hasil dapatan menunjukkan sebnayak 4.7% responden
sangat setuju, 22.5% responden setuju, 51.6% responden kurang setuju, 14.7% responden tidak
setuju dan 6.5% responden sangat tidak setuju dengan penyataan D1 iaitu saya percaya maklumat
yang diterima daripada media sosial seperti facebook, twitter, dan lain-lain. Nilai min dan sisihan
piawai bagi penyataan ini ialah 3.0419 dan 0.90686. Bagi penyataan D2 iaitu berasa bimbang
dengan berita yang ditularkan menunjukkan seramai 26.7% responden sangat setuju, 43.2%
responden setuju, 25.4 responden kurang setuju, 4.2% responden tidak setuju dan 0.5% responden
sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Nilai min dan sisian piawai bagi D2 ialah 3.9136 dab
0.85443. Penyataan D3 iaitu berita yang telah diperolehi mempengaruhi cara berfikir dan pendapat
isu semasa menunjukkan seramai 29.6% responden sangat setuju, 50.0% responden setuju, 16.5%
responden kurang setuju, 2.9% responden tidak setuju dan 1.0% responden sangat tidak setuju
dengan penyataan ini. Nilai min dan skor sisihan piawai bagi penyataan D3 ini sebanyak 4.0419
daan 0.81863. penyataan D4 iaitu saya berasa resah apabila menerima berita palsu di media sosial
menunjukkan seramai 24.3% responden sangat setuju, 39.0% responden setuju, 27.0% responden
kurang setuju, 8.1% responden tidak setuju dan 1.6% responden sangat tidak setuju dengan
penyataan yang diberikan. Nilai min dan sisian piawai menunjukkan 3.7644 dan 0.96228.
Penyataan D5 iaitu saya berasa berita palsu dapat menjejaskan reputasi rakyat Malaysia
menunjukkan seramai 59.4% responden sangat setuju, 32.5% responden setuju, 7.3% responden
kurang setuju dan 0.8% responden tidak setuju dengan penyataan D5. Nilai min dan sisian piawai
bagi penyataan D5 ini menunjukkan 4.5052 dan 0.66697.
Selain itu, bagi penyataan D6 iaitu saya berasa bimbang tentang keselamatan negara jika
tersebar berita palsu menujukkan seramai 55.0% responden sangat setuju, 35.6% responden setuju,
7.6% kurang setuju, 1.6% responden tidak setuju dan 0.3% responden sangat tidak setuju dengan
penyataan D6. Nilai min dan sisian piawai sebanyak 4.4346 dan 0.72428. Penyataan D7 pula iaitu
saya berasa bimbang untuk berkongsi maklumat yang dilihat menunjukkan peratusan seramai
45.8% responden sangat bersetuju, 40.8% responden setuju, 12.0% responden kurang setuju dan
1.0% dan 0.3% menunjukkan responden bagi tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk penyataan
D7. Nilai min dan sisian piawai bagi penyatan ini ialah 4.3089 dan 0.74162. Penyataan bagi D8
iaitu saya bimbang tentang kegusaran masyarakat Malaysia menunjukkan seramai 35.6%
responden sangat setuju, 46.9% responden setuju, 15.7% kurang setuju, 1.0% dan 0.8% responden
memberi jawapan bagi tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi penyataan ini. Nilai min dan sisian
piawai bagi penyataan D8 ini sebanyak 4.1545 dsn 0.77677. Penyataan bagi D9 iaitu saya berasa
bimbang jika terdapat kegiatan jenayah ini menunjukkan seramai 51.6% responden sangat setuju,
42.1% responden setuju, 6.0% responden kurang setuju dan 0.3% responden sangat tidak setuju
dengan penyataan ini. Nilai min dan sisian piawai bagi penyaatan D9 ini sebanyak 4.4476 dan
0.63257. Penyataan D10 iaitu berita palsu dapat memudaratkan kesihatan mental kepada orang
awam menunjukkan 50.3% responden sangat setuju, 39.3% responden setuju, 9.2% responden
kurang setuju, 1.0% dan 0.3% menunjukkan responden bagi tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Akhir sekali, penyataan bagi D11 iaitu berita palsu dapat memberikan ketegangan kepada
orang awam menunjukkan peratusan seramai 54.5% responden sangat setuju, 38.2% responden
setuju, 6.3% responden kurang setuju, 0.3% dan 0.8% bagi responden tidak setuju dan sangat tidak
setuju bagi penyataan ini. Nilai min dan sisihan piawai bagi penyataan D11 ialah 4.4529 dan
0.69617. Penyataan D12 pula iaitu Berita palsu mampu menyemarakkan rasa kebencian kepada
seseorang menunjukkan seramai 57.9% responden sangat setuju, 35.3% responden setuju, 5.8%
responden kurang setuju, 0.3% responden tidak setuju dan 0.8% responden sangat tidak setuju.

71
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Nilai min dan sisian piawai bagi penyataan ini ialah 4.4921 dan 0.69016. Penyataan bagi D13 iaitu
menimbulkan rasa was-was kepada negara menunjukkan seramai 52.6% responden sangat setuju,
35.6% responden setuju, 10.7% responden kurang setuju dan 1.0% responden tidak setuju dengan
penyataan D13. Nilai min dan sisian piawai sebanyak 4.3979 dan 0.72001. Penyataan bagi D14
iaitu situasi ketidaktentuan politik negara pada masa kini yang disebarkan melalui media sosial
menjejaskan ketenteraman awam menunjukkan seramai 53.4% responden sangat setuju, 35.3%
responden setuju, 9.9% responden kurang setuju, 0.8% dan 0.5% responden tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Nilai min dan sisian piawai bagi penyataan D14 sebanyak 4.4031 dan 0.74227.
Penyataan bagi D15 iaitu berita palsu mampu memusnahkan sesuatu organisasi di Malaysia
menunjukkan peratusan seramai 58.4% responden sangat setuju, 34.8% responden setuju, 6.3%
responden kurang setuju dan 0.5% responden tidak setuju. Nilai min dan sisian piawai bagi
penyataan D15 ini sebanyak 4.5105 dan 0.63877.

4.5 ANALISIS JENIS BERITA PALSU DI MEDIA SOSIAL


Jadual 4.4 Jenis Berita Palsu
Item Kekerapan Peratus (n=328)
Ya Tidak Ya Tidak
Ekonomi 148 234 38.5 61.3
Politik 284 98 74.3 25.7
Hiburan 170 212 44.5 55.5
Sosial 204 178 53.4 46.6
Isu semasa 313 69 81.9 18.1
Iklan 191 191 50.0 50.0

Jadual 4.4 menunjukkan jenis – jenis berita palsu yang ditularkan di media sosial. Terdapat
tujuh item bagi jenis berita palsu iaitu ekonomi, politik, hiburan, sosial, isu semasa dan iklan yang
terdapat dalam bahagian ini, dimana setiap responden bebas untuk memilih daripada satu jenis
item yang mereka jumpai di media sosial.

Bagi kekerapan jenis berita palsu berbentuk ekonomi mencatatkan seramai 148 orang
(38.5%) mengatakan ya dan seramai 234 orang (61.3%) mengatakan tidak manakala responden
yang memilih politik pula mencatatkan seramai 284 orang (74.3%) mengatakan ya dan seramai 98
orang (25.7%) responden mengatakan tidak. Seterusnya, responden yang memilih hiburan
mencatatkan 170 orang (44.5%) mengatakan ya dan seramai 212 orang (55.5%) mengatakan tidak.

Selain itu, jenis berita palsu sosial pula mencatatkan seramai 204 orang (53.4%) memilih
ya dan seramai 178 orang (46.6%) memilih tidak. Bagi jenis berita palsu isu semasa pula
mencatatkan seramai 313 orang (81.9%) memilih ya dan seramai 69 orang (18.1%) memilih tidak
kepada isu semasa. Akhir sekali, jenis berita palsu iklan mencatatkan seramai 191 orang (50.0%)
mengatakan ya dan seramai 191 orang (50.0%) mengatakan tidak pada jenis berita palsu iklan.
yang dipilih oleh responden sebanyak 147 bersamaan 38.5% iaitu berita palsu ekonomi, 284 orang
responden telah memilih politik bersamaan 74.3%, 170 orang responden memilih berita palsu
hiburan (44.5%), berita palsu sosial pulah seramai 204 orang responden memilih dengan
persamaan 53.4%, isu semasa pula ialah seramai 313 orang responden bersamaan 81.9% dan bagi

72
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

iklan pula seramai 191 orang responden bersamaan 50.0% telah memilih daripada 382 orang
responden.

4.6 ANALISIS INFERENSI


Didalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis korelasi bagi mengetahui sama ada
terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah. Jadual dibawah menunjukkan jenis
statistic hubungan yang perlu digunakan berdasarkan pembolehubah pada skala yang rendah.
Jadual dibawah menunjukkan nilai pekali korelasi serta maksud kekuatan hubungan antara
pembolehubah yang diuji (Mohd Majid,2000).
Jadual 4.5: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Korelasi

Nilai Indek Korelasi Interprestasi Hubungan


0.00 – 0.20 Sangat Lemah
0.21 – 0.40 Lemah
0.41 – 0.70 Sederhana
0.71 – 0.90 Kuat
0.91 – 1.00 Sangat Kuat

4.6.1 Ha1: Terdapat Hubungan Antara Jenis Berita Palsu Dan Kesan Berita Palsu Yang
Ditularkan Di Media Sosial.

Jadual 4.5.1 jenis berita palsu dan kesan berita palsu

Jenis Berita Palsu Kesan Berita Palsu

Jenis Berita Palsu Pearson Correlation 1 -.184**


Sig. (2-tailed) .000
N 382 382
Kesan Berita Palsu Pearson Correlation -.184** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 382 382
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis ini


Jadual 4.5.1 menunjukkan hubungan negatif yang signifikan diantara jenis berita paslu dan kesan
berita palsu yang ditularkan di media sosial kerana korelasi pearson, r = -0.184 dan p = 0.000. ini
kerana pekali korelasi r bagi kesan berita palsu islah -0.184 menunjukkan terdapat hubungan
negatif yang lemah. Memandangkan nilai p = 0.000 lebih kecil daripada 0.05 maka menunjukkan
hipotesis ini diterima.

73
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

4.6.2 Ha2: Terdapat Hubungan Persepsi Dan Kesan Berita Palsu Yang Ditularkan Di Media
Sosial.

Jadual 4.5.2 Persepsi Dan Kesan Berita Palsu


KesanBerita Palsu Persepsi Berita
Palsu
Kesan Berita Palsu Pearson Correlation 1 .404**
Sig. (2-tailed) .000
N 382 382
Persepsi Berita Palsu Pearson Correlation .404** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 382 382
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis ini

Jadual 4.5.2 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara persepsi berita palsu dan
kesan berita palsu yang ditularkan di media sosial. Hal ini kerana korelasi pearson r = 0.404 dan p
= 0.000. Ini kerana pekali korelasi r bagi kesan berita palsu ialah 0.404. hal ini menunjukkan
terdapat hubungan yang lemah. Memandangkan nilai p = 0.000 kecil lagi daripada 0.05
menunjukkan hipotetsis ini diterima.

4.7 INFERENSI HIPOTESIS

5.2 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN


5.2.1 Objektif 1: perbincangan jenis berita palsu yang ditularkan di media sosial sepanjang
musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
Setiap penggunaan media sosial yang digunakan oleh masyarakat Malaysia mempunyai isi
kandungan yang berbeza dan mempunyai pelbagai jenis berita palsu yang telah berlaku dalam
media sosial di Malaysia. Hasil kajian yang dilakukan dalam kalangan masyarakat di Daerah Alor
Gajah menunjukkan jenis berita palsu yang sering ditularkan di media sosial sepanjang musim
perintah kawalan pergerakan ini ialah mengenai isu semasa.
Berita isu semasa yang ditularkan di media sosial ini menunjukkan masyarakat sering
tertipu dengan isu yang sering dicari mengenai covid-19. Hal ini bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan oleh David Saputra (2020) mengatakan bahawa kajian yang berlaku mengenai berita
palsu sepanjang musim covid-19. Isu semasa yang sering dikeluarkan ini mengenai isu semasa
covid-19 dan sebagainya.
Penduduk masyarakat yang berada di media sosial ini banyak menjumpai mengenai isu-
siu covid-19 sepanjang tahun 2020 ini. Berita yang ditularkan ini mampu memberikan kesan yang
tidak elok kepada masyarakat tidak kira muda ataupun tua. Kesan ini disebabkan oleh berita palsu
yang ditularkan itu dari pelbagai jenis berita iaitu politik, ekonomi, isu semasa dan sebagainya.

74
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Seperti yang dilihat dalam kajian menunjukkan bahawa n semua maklumat termasuklah yang
bersifat propaganda, palsu dan salah tersebar secara meluas bagi kepentingan tertentu seperti
kepentingan politik, kepentingan peribadi, kepentingan perniagaan dan sebagainya. (Muhammad
Faisal et al., 2019).
5.2.2 Objektif 2: Perbincangan persepsi masyarakat mengenai penularan berita palsu
sepanjang musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
Persepsi yang terjadi daripada orang ramai mampu mempengaruhi kesan yang dialami
untuk mempercayai berita palsu yang telah ditularkan di media sosial. Persepsi yang terjadi adalah
dalam kalangan masyarakat Malaysia ini. Dalam hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk
masyarakat di daerah Alor Gajah, Melaka menunjukkan mereka meragui berita yang ditularkan di
media sosial. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Khai Shu et (2017) menunjukkan
kandungan berita palsu yang ditularkan di media soal ini terdapat dalam pelbagai topik, gaya dan
platform media. Berita palsu ini cuba untuk memutarbelitkan kebenaran yang ada pada berita
benar. Ini mampu menyebabkan orang ramai meragui berita-berita yang terdapat dalam media
sosial.
Selain itu juga, persepsi yang didapati daripada orang lain juga memainkan peranan kepada
orang ramai untuk memberikan persepsi yang positif atau negatif terhadap sesuatu berita yang
ditularkan. Keraguan yang melanda pada masyarakat ini mampu membuat mereka susah untuk
menentukan kesahihan berita palsu yang ditularkan di media sosial. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Ika Rusdiana (2018) mengatakan berita palsu ini dianggap bahaya kerana
masyarakat belum mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kebenaran sesuatu berita.
Daripada situ, mereka mempunyai persepsi yang meragui tentang berita yang disampaikan di
media sosial itu adalah benar atau hanya berita palsu.
5.2.3 Perbincangan kesan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia apabila menerima berita
palsu di media sosial sepanjang musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
Pengkaji menunjukkan berita palsu yang ditularkan di media sosial menunjukkan
masyarakat di daerah Alor Gajah, Melaka mendapati kesan berita palsu ini memberikan penjejasan
reputasi rakyat Malaysia. Berita palsu yang semakin meningkat ini mampu menjejaskan
masyarakat daripada pelbagai jenis aspek. Sebagai contoh, tahun 2020 ini telah berlaku covid-19.
Berita palsu yang telah ditularkan mengenai covid-19 ini membuat kan orang ramai kehilangan
kerja dan mereka akan berasa tertipu dengan berita yang telah ditularkan di media sosial ini. Seperti
yang dilihat dalam kajian Shahidah Hamzah et al., (2020) mengatakan maklumat dan berita palsu
tersebut mengandungi unsur penipuan, mengapi-apikan sentimen perkauman dan memfitnah
seseorang untuk menjatuhkan maruah dan reputasi dan sebagainya. Hal ini amat membimbangkan
kerana maklumat dan berita seperti ini boleh menyebabkan kesan negatif ke atas penerimaan dan
pengguna.
Selain itu, berita yang telah ditularkan di media sosial dan di internet mudah tersebar jika
tidak ketahuan kebenarannya. Jika beri perhatian dan kawalan terhadap berita yang telah ditularkan
di media sosial ini mampu membuatkan kemarahan terhadap golongan masyarakat di Malaysia.
Hal ini disebabkan dengan penularan wabak covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia ini
membuatkan penularan berita palsu meningkat di media sosial. Dalam kajian Ika Rusdiana (2018)
ini juga mengatakan dengan pengulangan berterusan, maklumat akan menjadi viral dalam masa

75
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

yang singkat, ini berpotensi untuk mewujudkan bias kognitif pada pembaca. Ini membuatkan
mereka akan mempercayai segala berita yang telah ditularkan di media sosial.
5.2.4 Perbincangan hubungan jenis dan kesan berita palsu yang ditularkan di media sosia
sepanjang musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
Berita palsu yang ditularkan di media sosial menunjukkan pelbagai jenis berita mengenai
isu semasa sepanjang musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Kebanyakkan berita palsu
yag sering ditularkan mengenai covid-19, seperti yang dilihat maklumat yang diberikan di media
sosial hanyalah palsu dan ia memberikan kesan kepada orang ramai sepanjang musim perintah
kawalan pergerakan ini. Kesan yang mereka sering berlaku ialah penjejasan reputasi masyarakat
di Malaysia. Seperti yang dilihat menerusi Prof. Datuk Dr. Ismail Sualman mengatakan antara
maklumat palsu yang menular antaranya ialah dakwaan palsu bahawa anggota tentera diberi kuasa
untuk menyerang orang awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berita palsu ini
mencetus keresahan dan ketakutan dalam kalangan orang ramai.
Dalam kajian Devid Saputra (2020) juga menyatakan masyarakat tidak harus segera
mempercayai maklumat yang tersebar sebelum mengetahu kebenarannya, kerana maklumat itu
boleh membahayakan pihak lain kerana boleh menyebabkan keresahan. Isu semasa di media sosial
sepanjang musim penularan wabak covid19 ini memainkan peranan dalam mempengaruhi minda
masyarakat di Malaysia tidak kira pelbagai jenis golongan usia.
5.2.5 Perbincangan hubungan persepsi dan kesan berita palsu yang ditularkan dimedia
sosial sepanjang musim perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
Sepanjang musim perintah kawalan pergerakan ini telah timbulnya beberapa perkara
mengenai berita palsu di media sosial. Seperti yang dilihat penularan berita palsu ini memberikan
persepsi yang negatif kepada masyarakat. Mereka berasa meragui mengenai berita yang
ditiularkan di media sosial. Keraguan yang dialami oleh masyarakat akan membuatkan mereka
tidak mempercayai berita palsu tersebut. tetapi terdapat juga golongan masyarakat yang terus
mempercayai maklumat yang tersebar. Hal ini membuatkan mereka yang meragui maklumat
tersebut terus mempercayai mengenai berita tersebut kerana telah berulang kali keluar di dalam
media sosial mereka. Hal ini membuatkan mereka terpengaruh dengan berita yang ditularkan di
media sosia dan kesannya memberikan keresahan, punca ketegangan kepada masyarakat, dan
sebagainya.
Menerusi kajian yang dijalankan oleh Ali Salman et al., (2018) mengatakan dalam suasana
maklumat yang datang dari pelbagai sumber, ini membawa pelbagai perspektif dan mungkin
bercampur baur antara yang betul dan yang salah. Semua perkara juga boleh tersebar dengan
mudah, termasuklah maklumat palsu dan propaganda yang sengaja disebarkan untuk kepentingan
pihak tertentu. Malah kandungan maklumat tersebut boleh menimbulkan keraguan dan sukar untuk
diterima serta dipercayai oleh pengguna. Oleh itu, segala persepsi masyarakat terhadap berita yang
ditularkan mampu mengubah kepercayaan masyarakat daripada tidak mempercayai kepada
mempercayai berita palsu yang ditularkan.
5.3 IMPLIKASI
Bahagian ini menerangkan mengenai implikasi dan cadangan terhadap kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Terdapat beberapa implikasi yang dapat dilihat dalam kajian yang

76
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

dijalankan. Implikasi yang terdapat dalam kajian ini memberikan kesedaran kepada golongan
masyarakat dan pemahaman mengenai berita palsu yang mampu memberikan kesan yang negatif
kepada orang lain. Selain itu juga, penemuan kajian ini juga boleh memberikana kesedaran kepada
orang ramai mengenai terdapat pelbagai jenis berita palsu yang ditularkan di media sosial dan
terdapat kesan yang membahayakan pelbagai jenis golongan. Hal ini dapat membantu orang ramai
memahami segala berita palsu yang ditularkan di media sosial sepanjang musim perintah kawalan
pergerakan (PKP) di Malaysia.
5.3 IMPLIKASI
Bahagian ini menerangkan mengenai implikasi dan cadangan terhadap kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Terdapat beberapa implikasi yang dapat dilihat dalam kajian yang
dijalankan. Implikasi yang terdapat dalam kajian ini memberikan kesedaran kepada golongan
masyarakat dan pemahaman mengenai berita palsu yang mampu memberikan kesan yang negatif
kepada orang lain. Selain itu juga, penemuan kajian ini juga boleh memberikana kesedaran kepada
orang ramai mengenai terdapat pelbagai jenis berita palsu yang ditularkan di media sosial dan
terdapat kesan yang membahayakan pelbagai jenis golongan. Hal ini dapat membantu orang ramai
memahami segala berita palsu yang ditularkan di media sosial sepanjang musim perintah kawalan
pergerakan (PKP) di Malaysia.
5.4 CADANGAN
Kajian ini menunjukkan tentang kesan berita palsu dalam media sosial sepanjang musim
perintah kawalan pergerakan. Pengkaji mencadangkan kajian yang dilakukan dengan lebih meluas
untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih bagus. Sebagai contoh, pengkaji mencadangkan agar
pengkaji pada masa hadapan supaya memperbanyakkan senarai item dalam borang soal selidik
untuk memperkembangkan penemuan mengenai berita palsu dalam media sosial. Hal ini kerana,
setiap tahun akan ada berita palsu yang ditularkan di media sosial mengenai pelbagai jenis berita
seperti isu semasa, ekonomi, politik, hibuan dan sebagainya.
Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar kajian yang dijalankan pada masa akan datang
menggunkan pelbagai kaedah dan tidak semata-mata terikat dengan kaedah kajian secara
kuantitatif sahaja. Kaedah kajian campuran iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan kualitatif
wajar digunakan untuk mendapatkan jawapan yang lebih berbeza dan juga jawapan yang lebih
tepat. Seterusnya, penggunaan kajian secara kualitatif akan membantu pengkaji mendapatkan
jawpan yang lebih menarik kerana kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam kualitatif. Sebagai
contoh, temubual, dokumen rasmi, pemerhatian dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan data
yang diperolehi lebih realistic kerana pengkaji boleh menanyakan soalan yang lebih mendalam
untuk mendapatkan jawapan daripada informen terpilih yang mempunyai pengalaman dalam
kajian yang dilakukan tersebut.
5.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, selaras dengan peningkatan media sosial dan juga penularan wabak covid-
19 ini menyebabkan penularan berita palsu yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Pelbagai jenis undang-undang yang telah dilaksanakan untuk menghentikan penyebaran berita
palsu ini. Namun, penyebaran berita palsu ini juga semakin berleluasa dan hal ini menyenbabkan

77
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

berita yang positif dan betul sukar dikenalpasti oleh masyarakat melainkan jika terdapat pihak
yang bertanggungjawab melaksankan dalam menentang berita palsu di media sosial.
Selain golongan yang bertanggungjawwab melakukan kerjanya, masyarakat juga
memainkan peranan yang amat penting untuk tidak menyebarkan berita yang kita tidak tahu
kesahihannya kepada orang ramai. Fokus yang banyak ditujukan berkenaan berita palsu ini kepada
golongan tua yang menyebabkan mereka mudah mempercayai perkara yang telah tersebar di
media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan lain-lain.
Penggunaan media sosial ini digunakan oleh pelbagai jenis golongan tua, muda dan remaja.
Jadi penggunaan seperti media sosial ini banyak digunakan untuk mendapatkan maklumat. Oleh
itu, diharapkan agar pengguna media sosial menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita
yang sahih sahaja supaya tiada lagi berita palsu yang tersebar di media sosial.

RUJUKAN
Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu
Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(2),
17–24. https://doi.org/10.47405/mjssh.v1i2.8
Aunurrahman Aunurrahman, Maliqul Hafis, Sahrawi Sahrawi, (2019). Pelatihan Menghadapi
Berita Palsu Di Era Revolusi Industri 4.0 Di Kabupaten Kubu Raya. Jurnal Pengabdian
Kepada Masyarakat Vol. 3, No. 2: 241-245.
Https://Journal.Ikippgriptk.Ac.Id/Index.Php/Gervasi/Article/View/1575
Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Mohd Yusof Abdullah.
(2018). Penggunaan media sosial untuk sokongan politik di Malaysia. Journal of
Nusantara Studies, 3(1), 51-63
Arief Ramadhan. (2020, September 3). Kelebihan dan Kekurangan Google Form. PCplus Live;
PCplus Live. https://www.pcplus.co.id/2020/09/kelebihan-dan-kekurangan-google-
form/amp/
Chairuni Nasution (2020). Kajian Hukum Model Literasi Media Dalam Menganalisa Informasi
Berita Palsu (Hoax) Pada Media Sosial. Jurnal Hukum Responsif, [S.L.], 7(2), 157-170
Http://Jurnal.Pancabudi.Ac.Id/Index.Php/Hukumresponsif/Article/View/759/720
Christiany Juditha (2019). Agenda Setting Penyebaran Hoaks Di Media Sosial. Jurnal Penelitian
Komunikasi 22 (2).155-168.
Chumairoh, H. (2020). Ancaman Berita Bohong di Tengah Pandemi Covid-19. Vox Populi, 3(1),
22. https://doi.org/10.24252/vp.v3i1.14395
Devid Saputra (2020). Fenomena Informasi Palsu (Hoax) Pada Media Sosial di Tengah Pandemi
Covid-19 dalam Perspektif Islam. Mau’idhoh Hasanah: Jurnal Dakwah dan Ilmu
Komunikasi. 1(2). https://doi.org/10.47902/mauidhoh.v1i2.69
Dr Duryana Mohamed. (2018, December). Berita palsu dan penyelesaian undang-undang. Berita
Harian; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/503996/berita-
palsu-dan-penyelesaian-undang-undang
Fatkhurahman Fatkhurahman, (2018). Kemampuan Mahasiswa Tempatan Menilai Berita Palsu
Atau “Hoax” Dalam Media Sosial Dalam Upaya Pengembangan Jiwa Kewirausahaan.
Jurnal Benefita 3(3): 417-426
http://ejournal.lldikti10.id/index.php/benefita/article/view/3036/0

78
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Ginting, Indri Ilevenia (2018), Kepercayaan Masyarakat Terhadap Berita Palsu/Hoax Di


Facebook (Studi Deskriptif Kualitatif pada Masyarakat Kota Medan). Repositori Institusi
USU. Retrieve from
http://repositori.usu.ac.id/bitstream/handle/123456789/3367/140904171.pdf?sequence=1
&isAllowed=y
Heale. R & Twycross.A (2015). Validity and reliability in quantitative studies.
Evid Based Nurs, 18 (3). 66-67.
Hua, Ang Kean. (2016). Mengenai penyelidikan dan kajian kes: satu tinjauan literatur- UKM
Journal Article Repository. Journalarticle.Ukm.My.
https://doi.org/http://journalarticle.ukm.my/10626/1/6.geografia-ogos16-angkeanhua-
edam.pdf
Isabelle Leong, (2020). Orang Melaka, jangan bimbang! PKPD Melaka adalah berita palsu.
Astro Awani. Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-melaka-
jangan-bimbang-pkpd-melaka-adalah-berita-palsu-ismail-sabri-264468
Jabatan perangkaan Malaysia (2020). Melaka Negeri Bersejarah. Newsletter jabatan perangkaan
Malaysia. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter
/Newsletter%202020/DOSM_DOSM_MELAKA_1_2020_Siri-81.pdf
Jake, C. (2016, November 29). When Fake News Stories Make Real News Headlines. ABC
News; ABC News. https://abcnews.go.com/Technology/fake-news-stories-make-real-
news-headlines/story?id=43845383
Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim, (2017). Penggunaan Media Sosial Dan Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial Oleh Pemimpin Pelajar
Universiti Di Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia. Journal of Social Science and
Humanities 14 (2): 87-101
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement.
Mohd Subri, I. (2020). Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah Kawalan
Pergerakan:Satu Maslahah. Journal of Fatwa Management and Research, 65–98.
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol22no1.325
Muhamad Faisal Ashaari, Nor Faizah Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit. (2019). Reaksi Netizen
Muda terhadap Kebanjiran Maklumat di Alam Maya. Jurnal Komunikasi: Malaysian
Journal of Communication Jilid 35(3) 2019: 390-406
Mulyadi T, (2018), Persamaan dan Perbedaan Agenda Setting, Framing dan Priming. Retrieved
from https://bdtbt.esdm.go.id/wp-content/uploads/2018/08/2toni_anton.pdf
Nicky Woolf, (2016). How to solve Facebook's fake news problem: experts pitch their ideas. The
Guardian. Retrieved from
https://www.theguardian.com/technology/2016/nov/29/facebook-fake-news-problem-
experts-pitch-ideas-algorithms
Nor Razinah Mohd Zain (Januari, 2014). Agenda Setting Theory. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/321698436_Agenda_Setting_Theory
Raja Noraina Raja Rahim, (2020). Jangan sebar berita tidak sahih. My Metro. Retrieved
from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/538818/jangan-sebar-berita- tidak-
sahih
Rusdiana, I. (2018). Kognisi Pembaca Berita Palsu (Fake News) Di Media
Online. Kodifikasia, 12(2), 185. https://doi.org/10.21154/kodifikasia.v12i2.1520

79
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 5: No. 16 (September 2021) page 50-80 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

Saadiah Ismail (2020, Oktober 1). Jangan Sebar Berita Palsu. Berita Harian Online. Retrieved
from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/737314/jangan-sebar-berita-
palsu
Schlesinger S, (2017 April 14). Fake News in Reality. US News. Retrieved from
https://www.usnews.com/opinion/thomas-jefferson-street/articles/2017-04-14/what-is-
fake-news-maybe-not-what-you-think
Shahidah Hamzah, Fauziah Ani, Norizan Rameli, Noranifitri Md Nor, Harliana Halim, Riki
Rahman, Ali, Nizam Attan, & Khairol Anuar Kamri. (2020). Impak Penyebaran Berita
Palsu melalui Media Sosial terhadap Masyarakat: Kajian Kes Mahasiswa Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 1(1), 55–63.
Shahrulnizam (2017 September 11). Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Soal Selidik.
Retrieved from https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/09/11/apakah-yang-
dimaksudkan-dengan-kajian-soal-selidik/
Shuhairy Norhisyam (2020 Jun 30). Soal Selidik dalam Penyelidikan. Retrieved from
https://www.pascasiswazah.com/soal-selidik-dalam-penyelidikan/
Tomi Pesonen (2018). The effects of fake news on consumer trust in social media marketing A
quantitative study on consumer mindset. Retrieved from
https://www.theseus.fi/bitstream/handle/10024/150173/Pesonen_Tomi.pdf?sequence=1&is
Allowed=y

80

Anda mungkin juga menyukai