Anda di halaman 1dari 17

[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 1

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET: SATU PERSPEKTIF SEKTOR


AWAM*

oleh

NOR HAYATI ABDUL SAMAT


AHMAD SHAMSUL ABD AZIZ **

PENGENALAN

Dalam era yang serba canggih ini, maklumat yang tepat dan kemaskini
sangat penting dalam setiap bentuk organisasi. Maklumat amat penting
dalam proses membuat keputusan dan ledakan teknologi maklumat yang
ada pada masa kini adalah cara utama untuk memperolehinya. Kecepatan
dan keluasan liputan penyebaran juga menjadikan sistem teknologi
maklumat begitu penting bagi mencapai keberkesanan sesebuah

L A W
organisasi.

Bagi sektor awam, [1] sebagai penggerak dan pelaksana polisi dan dasar
kerajaan, kewujudan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan memberi
manafaat yang besar dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan
perkhidmatan. Penyebaran maklumat terkini berkaitan polisi dan dasar
kerajaan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan mudah. Selain
daripada itu, melalui teknologi ini juga, penjawat awam boleh
mempertingkatkan pengetahuan dan lebih peka dengan keperluan semasa
rakyat.

Walau bagaimanapun, lambakan maklumat tanpa kawalan memungkinkan


bahan-bahan disebarkan tanpa mengetahui sejauh manakah kebenaran
maklumat tersebut. Sistem yang canggih juga tidak akan membawa apa-
apa manafaat malah merugikan jika ianya digunakan oleh penjawat awam
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 2

untuk mendapatkan capaian maklumat yang tidak berfaedah dan tidak


bermoral. Selain daripada itu, aliran maklumat yang keluar tanpa
kawalan juga bakal mengundang bahaya. Kebocoran rahsia kerajaan sama
ada secara sengaja atau tidak boleh berlaku tanpa disedari.

Oleh itu pengenalan kepada etika penggunaan Internet di sektor awam


adalah penting bagi melahirkan pengguna yang berhemah. Inisiatif dan
langkah-langkah bagi memperkenalkan etika ini telah diambil oleh
agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun. Artikel ini akan terlebih
dahulu melihat kepada beberapa peruntukan undang-undang yang
berkaitan dengan salahguna Internet. Artikel ini seterusnya akan melihat
kepada etika yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Universiti Utara Malaysia dengan memberi tumpuan kepada garis
panduan penggunaan mel elektronik dan sistem capaian Internet.

UNDANG-UNDANG DAN PENYALAHGUNAAN INTERNET

L A W
Pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah tertentu untuk mengawal
situasi ini pada tahap awal perkembangan. Kerajaan memperkenalkan
Akta Komunikasi dan Multimedia pada tahun 1998 bagi melindungi hak
dan kepentingan serta pengawalan berkaitan dengan multimedia dan
komunikasi di negara kita. Matlamat utama akta ini ialah:

a) menjadikan Malaysia sebagai tumpuan utama untuk


perkhidmatan dan industri kandungan; dan

b) memupuk dan membangunkan sumber-sumber kandungan


tempatan yang mencermin dan menengahkan identiti dan
budaya nasional dalam kepelbagaian dunia.

Menurut seksyen 211(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


memperuntukkan:
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 3

“Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain


yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh
memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam
atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera,
mengugut atau mengganggu mana-mana orang.”

Elemen penting dari peruntukan ini ialah:

a) pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau pengguna


perkhidmatan aplikasi kandungan tidak boleh memberi
kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau
jelik sifatnya.

Perkhidmatan aplikasi kandungan memainkan peranan yang penting dan


merupakan pelantar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Dalam hal ini, bukan setakat pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan
sahaja malah pengguna perkhidmatan itu sendiri tidak boleh menghantar

L A W
maklumat apa-apa perkara yang melibatkan sesuatu yang sumbang, lucah,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya. Adalah menjadi satu kesalahan jika
seseorang individu menyiarkan kandungan yang dianggap tidak sesuai,
lucah, membahayakan lagi menyakiti atau mengancam orang lain.

b) niat penghantar untuk mengacau, mendera, mengugut atau


mengganggu mana-mana orang.

Bagi hukuman kesalahan ini terkandung dalam seksyen 211 (ii) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu:

“Seseorang yang melanggar sub(i) adalah melakukan suatu


kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya
RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 4

kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”

Selain itu seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula
memperuntukkan:

(1) Seseorang yang-

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan


rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar
membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan,
cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk
menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan

L A W
mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara
berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam
masa itu komunikasi mungkin atau selainnya, dan
dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak
mungkin berlaku, dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana
orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang secara sedar-

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian


atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa
komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-
mana orang; atau
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 5

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau


perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu
untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan
dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu
kesalahan.

Bagi setiap perlakuan yang disabitkan kesalahan di bawah peruntukan


seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini, denda boleh
dikenakan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan
boleh dilanjutkan denda sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari
kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang lain berkaitan


dengan penyalahgunaan Internet dan e-mel berkuatkuasa di Malaysia,
Antaranya ialah berkaitan dengan fitnah, hasutan dan lain-lain.

L A W
Peruntukan-peruntukan berkaitan dengan fitnah, hasutan dan rahsia rasmi
amat penting untuk difahami terutamanya oleh penjawat-penjawat awam.

Fitnah adalah kenyataan (lisan atau bertulis, bersifat kekal atau


sementara) yang mencemarkan reputasi orang lain dengan
mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan atau cemuhan yang
merendahkan martabatnya di kalangan masyarakat. [2] Kenyataan
mencemarkan itu juga dianggap sebagai fitnah jika ia menyebabkan
anggota masyarakat mengelakkan diri atau menjauhkan diri daripada
orang tersebut. [3] Apa yang penting untuk mengujinya ialah sama ada
kenyatan yang dibuat itu berbau fitnah dari pandangan seorang yang
munasabah. [4] Seperti yang disebut sebelum ini, kenyatan fitnah boleh
berbentuk lisan atau bertulis dan di zaman teknologi yang canggih ini,
penggunaan Internet adalah cara terkini di mana kenyatan fitnah boleh
disebarkan. [5]
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 6

Peruntukan undang-undang lain yang berkait rapat dengan


penyalahgunaan Internet ialah kesalahan menghasut. Menurut seksyen 2
Akta Hasutan 1948, perbuatan menghasut ini ialah apa-apa perbuatan,
ucapan, perkataan atau penerbitan:-

a. bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi


membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Raja atau
mana-mana Kerajaan;

b. untuk membangkit rakyat di mana-mana wilayah untuk


mengubah pemerintah dengan cara yang tidak sah;

c. yang boleh menimbulkan rasa benci atau penghinaan terhadap


sistem pentadbiran keadilan;

d. untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka


di kalangan rakyat;

L A W
e. yang boleh menyebarkan perasaan jahat antara kaum di
Malaysia;

f. untuk mempersoalkan hak, taraf kedudukan, keistimewaan


atau hak kedaulatan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan. [6]

Seterusnya kita perlu melihat kepada peruntukan undang-undang yang


berkaitan dengan rahsia rasmi. Ini adalah penting terutamanya bagi
penjawat awam yang sentiasa berurusan dengan pelbagai maklumat
rasmi. Tanpa memahami apakah yang dimaksudkan dengan rahsia rasmi
dan kesalahan yang berkaitan, penjawat awam mungkin tidak menyedari
bahawa maklumat yang ditulis sama ada menerusi e-mel atau Internet
telah melanggar peruntukan undang-undang.

Menurut seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972, rahsia rasmi ialah apa-apa
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 7

dokumen yang dinyatakan di dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan


bahan berhubungan dengannya termasuklah apa-apa dokumen rasmi,
maklumat atau bahan lain yang dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”,
“Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad” oleh Menteri, Menteri Besar, Ketua
Menteri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen
2B.

Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 menerangkan tentang kesalahan


menyampaikan, menggunakan untuk musuh, menyimpan dengan salah
dan gagal menjaga rahsia rasmi. Perkataan “menyampaikan” menurut
seksyen 2(2)(a) dan (c) Akta Rahsia Rasmi 1972 termasuklah apa-apa jua
perbuatan menyampaikan sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dan
sama ada benda, dokumen atau maklumat itu sendiri atau isi natijah atau
perihalnya sahaja disampaikan. Kesalahan di bawah seksyen ini tidak
memerlukan pembuktian niat jahat (mens rea). Tambahan pula kesalahan
di bawah seksyen ini tidak memerlukan berlakunya kemudharatan

L A W
terhadap kerajaan. Apa yang hanya perlu dibuktikan adalah berlakunya
perbuatan jahat (actus reus) tersebut. Ini menjadikan pembelaan bahawa
perbuatan tersebut dilakukan tanpa niat untuk mendatangkan
kemudharatan tidak menjadi pelindung kepada orang yang melakukan
perbuatan “menyampaikan” tersebut. [7]

Satu lagi peruntukan yang penting untuk diketahui oleh penjawat awam
ialah risiko yang mungkin bakal dihadapi jika mereka didapati
menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh
Kerajaan untuk menjalankan tugas rasmi mereka. Bahagian kedua Jadual
Kedua di bawah seksyen 3(1)(d) Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib
dan Surcaj) 2000. Seorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian caranya sehingga memburukkan atau mencemarkan nama
badan berkanun. Perkara ini juga terkandung di dalam Peraturan 4(2)(d)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 8

Hukuman bagi kesalahan tatatertib menurut Perintah Am Bab D adalah


amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji,
turun pangkat atau buang kerja.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET JABATAN PERKHIDMATAN


AWAM

Etika penggunaan mel elektronik (e-mel) diperkenalkan oleh Jabatan


Perkhidmatan Awam (JPA) dengan tujuan untuk memastikan pengguna-
pengguna dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih berkesan. Ia
juga adalah bagi menghalang sebarang penggunaan yang boleh memberi
impak negatif kepada capaian sistem-sistem aplikasi jabatan yang lain.
Etika penggunaan Internet terbahagi kepada tiga topik besar tetapi artikel
ini akan hanya menyentuh garis-garis panduan menggunakan e-mel dan
Internet sahaja.

KAEDAH MENGGUNAKAN APLIKASI E-MEL

L A W
Di bawah etika ini, ingatan diberikan kepada semua penjawat awam
bahawa akaun e-mel yang diberikan bukanlah bersifat hak mutlak
persendirian. Penggunaannya adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan yang ditetapkan oleh setiap jabatan. Akaun e-mel ini hendaklah
digunakan untuk tugas rasmi. Ini adalah kerana menurut etika,
penghantaran mel rasmi tidak boleh dibuat dengan menggunakan akaun
yang didaftarkan secara percuma. Setiap pemegang akaun e-mel mestilah
sentiasa menjaga kerahsiaan kata laluan akaunnya bagi mengelakkan
ianya disalahgunakan oleh orang lain.

Etika seterusnya menyatakan bahawa penyenggaraan kotak mel


merupakan tanggungjawab setiap kakitangan awam. Penjawat awam
disarankan untuk menyemak kotak mel masing-masing setiap pagi
sebelum memulakan tugas. E-mel hendaklah digunakan secara aktif dan
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 9

dibiarkan aktif di sepanjang waktu bekerja. Ini adalah untuk memastikan


mel sampai tepat pada waktunya untuk diambil tindakan. Mel yang tidak
penting perlu dihapuskan. Bagi mel yang perlu disimpan sebagai bahan
bukti, etika menyarankan supaya ianya disimpan di dalam sistem
pengstoran yang lain seperti disket dan sebagainya. Bagi kakitangan yang
akan berkursus jangka panjang atau bercuti panjang, hendaklah
memaklumkan kepada pegawai yang mentadbir e-mel jabatan tersebut.

Fail dalam kotak mel hendaklah sentiasa diimbas dengan perisian anti-
virus. Ini adalah kerana e-mel adalah cara paling mudah untuk
menghantar virus dari sebuah komputer ke komputer yang lain. Fail yang
akan dihantar melalui lampiran (attachment) mestilah bebas dari virus.
Kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga boleh menyebabkan
virus merebak dengan meluas secara tidak sengaja dan merumitkan
langkah-langkah pembaikan.

L A W
E-mel juga mungkin terdedah kepada pencerobohan atau dicapai oleh
penceroboh atau penggodam (hackers). Penjawat awam juga harus
sentiasa berwaspada ketika menghantar atau menyimpan mel dalam kotak
mel. E-mel seboleh-bolehnya tidak mengandungi maklumat rahsia yang
boleh disalahgunakan untuk merosakkan diri sendiri, organisasi atau
negara. E-mel yang sedemikian atau berbentuk peribadi sayugianya
dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan tidak disyaki. Elakkan
daripada menulis sesuatu di dalam kandungan mel sepertimana anda tidak
mahu menulis sesuatu yang berbentuk rahsia dan peribadi di atas poskad.

Seorang penjawat awam mestilah bertindak secara bijak, profesional dan


berhati-hati apabila menyuarakan sesuatu menerusi media e-mel dan
Internet. Penghantaran e-mel adalah tersangat mudah dan ada kalanya ia
boleh dihantar tanpa disedari. Penjawat awam hendaklah sentiasa peka
terhadap undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia yang boleh
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 10

dikaitkan dengan penyalahgunaan rangkaian Internet. Penjawat awam


hendaklah menjauhkan diri mereka dari melibatkan diri dari
menggunakan kemudahan ini untuk tujuan menghasut, menfitnah,
menghantar berita palsu, menerbit semula hakcipta atau aktiviti-aktiviti
lain yang ditegah oleh undang-undang siber. Penjawat awam juga
dilarang dari melibatkan diri anda dalam aktiviti penghantaran mel
sampah (flaming)[8] , mel bom (mail bombing)[9] dan mel spam. [10] Anda
mungkin boleh disabitkan jika melakukan kesalahan ini. Penyalahgunaan
kemudahan e-mel ini boleh menyebabkan ianya ditarik balik.

KAEDAH PENGGUNAAN INTERNET

Pemilihan laman web menerusi World Wide Web (www) hendaklah


berkaitan dengan bidang tugas seseorang penjawat awam. Penjawat awam
hendaklah bertindak bijak di dalam membuat carian (searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini dan memilih enjin

L A W
carian (search engine) yang popular agar carian itu dapat dilakukan
dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat.

Penjawat awam juga dilarang daripada melawat laman-laman yang


memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversif yang bertentangan
dengan undang-undang negara dan lebih merbahaya lagi jika penjawat
awam sendiri menjadi ejen penghantar maklumat yang berunsur fitnah
yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara dan proses keadilan
yang diterima pakai. Dalam hal ini Surat Edaran yang bertajuk Panduan
Kepada Ketua-ketua Jabatan Mengenai Penglibatan Pegawai Kerajaan
dalam Gerakan Reformasi adalah berkaitan (Ruj. JPA (S)TT.271 Jilid
8/(23) bertarikh 14/10/98). Peraturan ini adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan (pekeliling/surat edaran) yang akan dikeluarkan dari
semasa ke semasa.

Pilihlah masa lawatan yang sesuai iaitu masa di luar waktu beban puncak
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 11

untuk memastikan anda mendapat maklumat dengan cepat tanpa


membazir masa dan kos semasa capaian. Masa penggunaan yang
dicadangkan adalah dari jam sebelum 8.15 pagi, 1.15 petang hingga 2.15
petang dan selepas 5.15 petang.

Kebanyakan laman merekodkan pelawat yang melawat lamannya.


Berwaspadalah apabila berkunjung ke sesuatu laman terutamanya yang
dilarang atau yang boleh menjejaskan maruah anda, organisasi dan
negara anda. Maklumat anda yang mereka perolehi mungkin akan
digunakan untuk tujuan tertentu. Penjawat awam disarankan untuk
membuat penanda (bookmark) pada laman yang baik untuk rujukan
kemudian hari. Penanda ini akan dapat mengelakkan anda daripada
membuat carian yang berulang-ulang kali dengan membuang masa dan
memudharatkan laluan rangkaian. Cetaklah dokumen yang difikirkan
akan digunakan untuk tujuan rujukan. Elakkan dari membazirkan kertas
dan masa dengan mencetak dokumen yang tidak relevan.

L A W
DASAR CAPAIAN INTERNET UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menggariskan dasar capaian


Internet bagi melahirkan pengguna beretika selaras dengan kewujudan
UUM sebagai sebuah institusi ilmu. Dasar ini merangkumi capaian laman
web, pindahan data atau maklumat dan perbincangan melalui list group,
chat room, forum dan e-mel.

Laman-laman yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah


berbentuk akademik dan pengetahuan. Laman yang berbentuk keganasan,
lucah, hasutan dan yang boleh menimbulkan atau membawa kepada
keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan
sama sekali, kecuali mendapat keizinan dari Pusat Komputer (selaku
badan pengawas) melalui ketua jabatan bagi tujuan akademik atau
pentadbiran.
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 12

Penggunaan laman-laman yang berbentuk hiburan, hobi atau santai tidak


digalakkan di waktu pejabat. Melayari Internet tanpa tujuan dan
meninggalkan penggunaan Internet unattended adalah amat tidak beretika
dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan talian.

Pengguna tidak dibenarkan mengguna laman web untuk tujuan komersial,


kecuali dengan kebenaran pihak Universiti. Pusat Komputer dengan
arahan dan kebenaran JPPUUM berhak menapis, menghalang dan
menegah penggunaan mana-mana laman web yang dianggap tidak sesuai.

PENYALAHGUNAAN LAMAN WEB

Pengguna dilarang keras mengganggu atau menceroboh laman yang tidak


dibenarkan oleh pentadbir laman. Pengguna dilarang memasukkan/
menyalin/ menciplak/ mencetak/ menyebarkan maklumat-maklumat dari
Internet yang menyalahi undang-undang negara.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN [11]

Pengguna-pengguna
L A WInternet UUM perlu mematuhi
penggunaan seperti yang dinyatakan di bawah. Pelanggaran syarat ini
syarat-syarat

boleh menyebabkan kemudahan ditarik balik dan pengguna tersebut akan


disenarai hitamkan.

i. Pengguna dilarang menggunakan kemudahan Internet untuk


sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan mengikut undang-
undang Malaysia,

ii. Penggunaan Internet adalah untuk tujuan rasmi sahaja dan


kegunaan urusan peribadi adalah DILARANG.

iii. Universiti tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak


langsung terhadap sebarang kesan atau implikasi di atas
penggunaan Internet ke atas pengguna.
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 13

iv. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan-peraturan standard


Internet yang dinyatakan di dalam ‘THE NFSNET
BACKBONE SERVICES ACCEPTABLE USE POLICY -
JUNE 1992’

v. ‘Spamming’ atau ‘mail-bombing’, e-mel yang bersifat


kontroversi (seperti lucah, ugutan, perkauman dan gangguan)
kepada individu, ‘mailing list’ atau ‘discussion groups’ tidak
di benarkan.

Bagi memelihara maklumat sulit, adalah menjadi polisi Universiti Utara


Malaysia menegah pengguna dari menyimpan data-data atau maklumat
sensitif atau sulit di dalam akaun pengguna. [12]

ETIKA DAN PENJAWAT AWAM

Internet dan e-mel adalah sumber maklumat dan komunikasi utama pada

L A W
abad ini. Ia mampu membantu perkhidmatan awam memberikan
perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat. Tidak hairanlah
jika berjuta ringgit diperuntukkan untuk memperlengkapkan kemudahan
ICT di sektor awam.

Perkara paling pokok yang perlu diingatkan kepada setiap penjawat


awam ialah hak capaian maklumat yang disediakan harus dilihat sebagai
kemudahan dan bukan hak mutlak peribadi. Semuanya adalah hak milik
kerajaan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran.

Malangnya inilah perkara yang selalu dilupakan oleh penjawat awam.


Hak untuk menggunakan kemudahan capaian maklumat selalu
disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan digunakan melampaui
etika yang telah ditetapkan. [13] Berdasarkan kajian yang pernah dibuat
oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU)
mendapati bahawa sesetengan sistem komputer di jabatan dan agensi
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 14

awam menjadi perlahan disebabkan adanya pegawai yang menghabiskan


masa memuat turun gambar-gambar, lagu atau tayangan video bukan
untuk tujuan kerja. [14] Malah ada yang menggunakan kemudahan e-mel
untuk menghantar surat kepada teman wanita. [15]

Mengapakah ianya masih berlaku sedangkan setiap jabatan rata-ratanya


mempunyai etika, garis panduan, polisi mahupun dasar dalam
penggunaan kemudahan Internet ini? Satu persoalan yang biasa
kedengaran tetapi merupakan satu persoalan besar yang sukar untuk
mencari jawapannya. Mungkinkah majoriti penjawat awam tidak sedar
tentang kewujudan etika dan garis panduan penggunaan Internet ini di
jabatan mereka? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab sendiri oleh
setiap kakitangan awam.

PENUTUP

Wujudnya kemajuan teknologi maklumat sememangnya mendatangkan

L A W
banyak manafaat kepada semua pihak. Pembentukan dunia tanpa
sempadan membolehkan ilmu diperkembangkan dengan lebih luas. Di
samping itu, kerana sifatnya yang cepat dan mudah membantu kepada
penambahbaikan perkhidmatan terutamanya di sektor awam. Namun
begitu ia juga hadir bersama risiko. Dunia siber yang tiada kawalan
menjadikan ia mudah untuk disalahgunakan. Oleh yang demikian,
sebagai langkah melindungi nama baik nadi penggerak kerajaan, etika
penggunaan Internet dan e-mel telah diperkenalkan oleh semua agensi
kerajaan. Akan tetapi sejauh manakah keberkesanannya, banyak
bergantung kepada rasa tanggungjawab di kalangan penjawat awam
sendiri.

____________________________________________________________

* Prosiding Seminar Kebangsaan Undang-undang & Teknologi: Isu


[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 15

Undang-undang dan Syariah. 14hb September 2006, Fakulti Undang-


undang, UKM. Diterbit dengan kebenaran Jawatankuasa Penerbitan
Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

** as.yati@uum.edu.my & sham@uum.edu.my, Fakulti Pengurusan


Awam Dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

NOTA PENGHUJUNG:

[1]
Sektor awam atau perkhidmatan awam termaktub di bawah Perkara
132 Perlembagaan Persekutuan.

[2]
Sim lwn. Stretch [1936] 2 All ER 1237 per Lord Atkin di hlm. 1240

[3]
Mohd. Safar Hashim, Mengenali Undang-undang Media dan Siber,
(2002) di hlm 61

[4]
Salleh Buang, Law of Defamation In Malaysia and Singapore, (1992),

L A W
di hlm 1; Lewis lwn. Daily Telegraph Ltd. [1964] AC 234 per Lord
Devlin di hlm. 285.

[5]
Suhaini Muda dan Ahmad Shamsul Abd Aziz, Undang-undang
Komunikasi, Pearson Malaysia Bhd. (2004) di hlm. 20. Sila lihat juga
Dato’ Idris Jusoh lwn. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang & Yang
Lain [2004] 4 CLJ 747. Di dalam kes ini penyebaran kata-kata yang
didakwa berbentuk fitnah itu telah dibuat salah satu caranya ialah melalui
terbitan laman web.

[6]
Akta Hasutan 1948, seksyen 3(1).

[7]
Abdul Aziz Hussin, Undang-undang Berkenaan Dengan Rahsia Rasmi,
(1997) di hlm. 61.

[8]
Mel sampah adalah mel yang tidak berkaitan yang dihantar kepada
seseorang.
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 16
[9]
Mel bom adalah penghantaran mel secara bertalu-talu (looping) yang
menyebabkan penerima mengalami masalah.

[10]
Mel spam adalah mel yang dihantar oleh penghantar yang tidak
diketahui seperti menerima mel daripada seorang jurujual yang cuba
menjual produknya melalui mel. Pastikan dengan betul alamat e-mel
yang hendak dihantar.

[11]
Pusat Komputer UUM, Garis Panduan Menggunakan E-Mel dan
Internet Universiti Utara Malaysia.

[12]
Akaun pengguna merujuk kepada ruang storan yang telah
diperuntukkan kepada setiap pengguna yang sah dalam sesuatu sistem
atau sumber teknologi maklumat.

[13]
Teks Ucapan Y. Bhg. Tan Sn Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (2003).

L A W
[14]
Benta Harian, Pegawai Punca Sistem Lembap, 22 Jun 2005.

[15]
Berita Harian, Penjawat Awam Tidak Boleh Seleweng Masa Tugas, 23
Jun 2005.

RUJUKAN

Abdul Aziz Hussin (1997) Undang-undang Berkenaan Dengan Rahsia


Rasmi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Abdul Aziz Hussin (2002) Undang-undang Yang Mengenai Kelakuan dan


Tatatertib Penjawat Awam Hak Dan Tanggungjawab, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Salleh Buang (1992) Law of Defamation in Malaysia and Singapore,


Central Law Book Company, Kuala Lumpur.
[2012] 1 LNS(A) x Legal Network Series 17

Suhaini Muda dan Ahmad Shamsul Abdul Aziz (2004) Undang-undang


Komunikasi, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

AktaHasutan 1948

Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Perintah Am

Jabatan Perkhidmatan Awam, Etika Penggunaan E-Mel dan Internet


http://www.jpa.gov.my/korporat/etikae.htm

Pusat Komputer UUM, Dasar dan Polisi

L A W
http://lamanpk.uum. edu.my/bm/

Ucapan Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam di Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada
3 Disember 2003.
http://www.jpa.gov.my/ucapan/perutusan%20akhir%20tahun%202003.pd
f#search=%22penyalahgunaan%20Internet%20di%20sektor%20awam%2
2

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Keratan Akhbar, Berita


Harian 22 dan 23 Jun 2005
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/3062a5ba345afa2e48257029000
abQ6c?OpenDocument

Anda mungkin juga menyukai