Anda di halaman 1dari 5

SSZK2003 PENYELDIKAN SAINS SOSIAL 257695

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

SEMESTER
SESI 2020/2021

REFLEKSI (REFLECTION) "DESIGNING SOCIAL RESEARCH" .

DISEDIAKAN UNTUK
DR.ZALMIZY

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : SANMUGAPRIYA A/P SANTANASAMY


NO. MATRIK : 257695
PUSAT : SINTOK

TARIKH SERAHAN

02 SEPTEMBER 2020
SSZK2003 PENYELDIKAN SAINS SOSIAL 257695

REFLEKSI (REFLECTION) "DESIGNING SOCIAL RESEARCH"


(REFLEKSI SATU MINIT).

Setelah saya membaca artikel yang berjudul Designing Social Research: The
Logic of Anticipation yang ditulis oleh Norman Blaikie ini. Menurut artikel ini,
sekiranya dilihat dari sudut tumpuannya, strategi penyelidikan abduktif menerajui
usaha bagi membangunkan suatu kaedah khusus untuk penyelidikan alam sosial.
Kedudukannya ini adalah hasil daripada penekanan terhadap aspek subjektif dan
interpretasi dalam pembinaan ilmu. Pendekatan strategi ini melalui proses konstruksi
teori yang dijelmakan daripada bahasa dan makna dalam konteks aktiviti harian aktor-
aktor sosial yang dijadikan sebagai asas pemahaman dan penerangan terhadap sesuatu
permasalahan (Blaikie, 2007). Justeru, strategi ini menemui fakta kajian berdasarkan
kepada logik kategori dan proses ini membantu penyelidik untuk membangunkan satu
penerangan yang saintifik berkaitan dengan apa yang telah dialami oleh aktor sosial
menurut perspektif mereka (Levin-Rozalis, 2004: 5-7). Oleh itu, makna yang
diberikan oleh responden tentang pengalaman mereka terlibat dalam kegiatan tingkah
laku ganas dan agresif dijadikan inti pati kajian yang kemudiannya ditafsir atau
diinterpretasi bagi membantu penyelidik memahami realiti sosial mereka yang dikaji.
Kertas kerja ini menggunakan strategi kualitatif abduktif yang berorientasikan kepada
pendekatan interpretivisme. Rasional pemilihan pendekatan ini adalah kerana realiti
sosial dikonstrukkan oleh aktor sosial.

Sehubungan itu, penyelidik perlu memahami dunia aktor sosial terlebih dahulu
yang telah diinterpretasikan. Manakala strategi penyelidikan abduktif dipilih dalam
kajian kualitatif adalah untuk memahami makna yang diinterpretasikan dalam
pandangan dunia aktor itu sendiri. Strategi penyelidikan abduktif adalah pembinaan
teori yang mendalam dalam aktiviti seharian, dalam bahasa dan makna pelaku sosial.
Strategi ini bermula dengan menerangkan aktiviti-aktiviti pelaku dan makna sosial,
dan kemudian terbit dari mereka kategori dan konsep yang boleh dijadikan sebagai
asas pemahaman atau penjelasan. Strategi penyelidikan abduktif adalah salah satu
jenis penyelidikan kualitatif dibangunkan oleh Blaikie (1993, 2000, 2007, 2010).
Strategi abduktif merujuk kepada proses daripada membina teori-teori atau tipologi
yang berasaskan kepada aktiviti-aktiviti harian dan dalam bahasa dan makna daripada
aktor sosial. Idea penculikan (abduktif), seperti yang dijelaskan oleh Blaikie (1993,
2000, 2004, 2007, 2010), merujuk kepada proses yang digunakan untuk menghasilkan
penerangan sains sosial daripada penerangan aktor-aktor sosial.

Ia bertujuan melahirkan konsep-konsep teknikal dan teori-teori daripada konsep-


konsep biasa dan interpretasi-interpretasi kehidupan sosial. Dalam usaha
membangunkan strategi ini, Blaikie telah menarik banyak kerja-kerja daripada Schlitz
(1963a, 1963b, 1972,1976), Weber (1964), Win (1958), Douglas (1971), Rex (1974)
dan Giddens (1976, 1979)2 . Strategi ini bermula dengan menerokai beberapa elemen
realiti sosial termasuk komponenkomponen seperti bahasa seharian (everyday
language), ilmu yang digunakan oleh aktor-aktor sosial dalam penghasilan dan

1
SSZK2003 PENYELDIKAN SAINS SOSIAL 257695

penghasilan semula realiti sosial mereka, serta tafsiran aktor-aktor sosial tentang
pengalaman mereka sendiri. Penerokaan ini diikuti dengan penghuraian semula
keterangan-keterangan seharian (everyday accounts) dalam bentuk keterangan sains
sosial (social science account), dan seboleh-bolehnya dalam penghuraian yang
ditunggak-bumikan (grounded explaination) (Lihat jadual 2.1). Strategi penyelidikan
abduktif kini dihuraikan secara terperinci. Strategi abduktif bermula dengan tugas
menemui konsep dan “makna, dan tafsiran, motif dan niat dalam kehidupan seharian
dan yang mengarahkan tingkah laku mereka” (Blaikie, 1993: 176). Dalam erti kata
lain, strategi ini penting untuk memasuki “dunia sosial setiap hari dalam usaha untuk
memahami makna ini dibina secara sosial” (Blaikie, 2000: 116) dan menggambarkan
aktiviti dan makna kehidupan orang setiap hari. Kemudian, “memperolehi kategori
dan konsep yang boleh membentuk asas pemahaman atau penerangan masalah”
(Blaikie, 2000: 117). Ia adalah untuk proses bergerak dari meletakkan penerangan
kehidupan sosial kepada penerangan teknikal kehidupan sosial yang menggunakan
tanggapan abduktif.

Menurut strategi penyelidikan abduktif, apabila penyelidik memasuki dunia


kehidupan aktor sosial untuk mengenggam pengetahuan aktor sosial, Realiti sosial
sesungguhnya telah dikonstrukkan secara bersama oleh penyelidik dan aktor sosial
melalui satu siri dialog atau penceritaan (Blaikie, 2000). Justeru itu, dengan
menggunakan metodologi ini, tema dan maknamakna yang diinterpretasikan menurut
pandangan dunia mereka sendiri telah diterokai dan difahami oleh penyelidik. Strategi
penyelidikan abduktif yang melibatkan andaian ontologi melihat realiti sosial dibina
secara sosial oleh aktor sosial, di mana terdapat tiada realiti tunggal tetapi pelbagai
dan realiti sosial yang berubah-ubah. Andaian epistemologi yang menganggap “social
scientific knowledge as being derived from everyday concepts and meanings, from
socially constructed mutual knowledge” (Blaikie, 2000: 116).

Ciri-ciri strategi ini berbeza dengan jenis penyelidikan kualitatif yang lain kerana;
a) “pandangannya terhadap alam realiti sosial (ontologi), b) asal-usul jawapan kepada
soalan ‘mengapa’, dan c) cara bagaimana jawapan-jawapan diperolehi
(epistemologi)” (Blaikie, 2000: 116). Strategi penyelidikan abduktif memberi
penekanan terhadap aspek subjektif dan interpretasi dalam pembinaan ilmu. Schutz
mengatakan “kajian tentang perhubungan sosial dan pemerhatian dalam alam sosial
berupaya memperoleh pemahaman dalaman yang wujud dalam kehidupan dalaman
manusia melalui penelitian makna dalam konteks subjektif” (1972: 218). Tindakan
aktor sosial ini tidak dilakukan secara berseorangan. Makna-makna subjektif sebegini
bukannya milik seseorang sahaja tetapi adalah bersifat intersubjektif (intersubjective),
yakni ahli-ahli sesuatu atau masyarakat berkongsi makna dan interpretasi tentang
sesuatu itu melalui interaksi bersama (Blaikie, 2000: 115). Oleh itu, penerangan sosial
perlu menjangkaui makna-makna khusus yang diberi aktor sosial terhadap tingkah
laku secara berseorangan. Dengan merentasi batasan individu ini, penerangan sosial
dapat menggunakan makna-makna biasa (typical) yang bersifat lazim dan dihasilkan
oleh aktor-aktor sosial secara bersama. Bagi Interpretivisme, dunia sosial ialah dunia

2
SSZK2003 PENYELDIKAN SAINS SOSIAL 257695

yang diinterpretasikan dan dihayati oleh ahliahlinya dari dalaman. “It is not some
‘thing’ that may be interpreted in different ways; it is those interpretations” (Blaikie,
2000: 116). Maka, tanggungjawab tanggungjawab ahli sains sosial adalah untuk
menemui dan menerangkan pandangan pihak dalaman (insider) iaitu pandangan
aktor-aktor sosial tersebut dan bukannya membebani penyelidik dengan menggunakan
pandangan pihak luaran (outsider) untuk mempengaruhi interpretasi data realiti sosial.
Untuk memahami makna, abductivists mesti masuk ke dalam dunia dan belajar
kemahiran kemahiran aktor sosial yang dihasilkan dan dihasilkan semula melalui
aktiviti-aktiviti mereka. Realiti seharian ini sudah terkandung dalamnya makna dan
interpretasi yang diberikan oleh aktor sosial terhadap dunia atau realiti mereka. Realiti
ini merangkumi tingkah laku mereka, tingkah laku orang lain, institusi sosial dan
objek-objek semulajadi dan ciptaan manusia. Pendek kata, dalam menentukan haluan
mereka dalam mencari makna, aktor-aktor sosial perlu bertindak menginterpretasikan
atau mentakrifkan aktiviti-aktiviti mereka.

Tindakan ini termasuk menginterpretasi makna-makna tersurat dan tersirat dalam


bahasa yang digunakan oleh mereka. Justeru, ahli sains sosial mesti belajar bahasa
yang digunakan oleh aktor sosial untuk menerokai realiti sosial mereka (Blaikie,
1993). Bahasa sini perlu dilihat bukan sahaja sebagai sistem simbol “tetapi sebagai
medium aktiviti praktikal” (Giddens, 1976: 155). Kebolehan dalam bahasa memberi
makna terhadap perlakuan manusia. Oleh itu, “generating descriptions of social
conduct depends upon the hermeneutic task of penetrating the frames of meaning
which lay actors themselves draw upon in constituting and reconstituting the social
word” (Giddens, 1976: 155). Pendek kata, ahliahli sains sosial yang ingin memahami
kehidupan aktor sosial telah menggunakan kemahiran yang sama seperti aktor sosial
gunakan untuk mengurus kehidupan sosial mereka sehari-hari (Giddens, 1976).
Dalam kajian saintifik alam sosial, makna-makna subjektif seseorang individu hanya
berguna sekiranya diselidik dengan mengaitkan makna-makna tersebut dengan
makna-makna biasa atau tipikal (typical) yang digunakan segolongan individu
tertentu. Dalam konteks perbincangan ini, makna-makna biasa tersebut diistilahkan
sebagai jenis-jenis ideal (ideal types).

Ideal disini tidak bermakna yang diinginkan atau diidamkan atau sempurna. Akan
tetapi, ia bermaksud biasa atau tipikal. Bagi strategi penyelidikan abduktif, jenis ideal
yang digunakan oleh ahli sains sosial juga dikenali sebagai binaan order kedua
(second order constructs). Jenis ideal atau binaan order kedua ini diperolehi dari
binaan order pertama (first order constructs) yang terdiri daripada kebiasaan-
kebiasaan atau tipifikasi-tipifikasi seharian (everyday typifications) yang dipamerkan
oleh aktor-aktor sosial dalam kehidupan seharian mereka (Schutz, 1963b)3 . Para ahli
sains sosial perlu berurusan dengan makna tipikal yang dihasilkan oleh aktor sosial. Ia
adalah proses abduktif dari tahap konstruk pertama ke tahap konstruk kedua bagi
mendapatkan makna (Blaikie, 1993:176).

Tindakan aktor sosial sering didahulukan dengan sebab-sebab tertentu seperti niat
dan motif. Tanpa niat dan motif, tingkah laku seseorang aktor sosial kemungkinan

3
SSZK2003 PENYELDIKAN SAINS SOSIAL 257695

besar tidak akan diberi makna yang diterima dan dianggap bersifat logik. Oleh sebab
itu, tingkah laku manusia ini perlu diinterpretasikan berdasarkan motif serta niat
mereka (Winch, 1958). Berasaskan hujah tersebut, adalah penting untuk mengetahui
motif dan makna yang ditunjukkan oleh aktor sosial melalui tingkah laku tingkah laku
mereka dalam penghasilan sesuatu corak perhubungan. Konsep-konsep dan makna-
makna ini diperolehi daripada pengetahuan yang dibentuk lalu dikongsi bersama
untuk menghasilkan pengetahuan yang lebih mendalam. Pengetahuan ini mampu
memperkasakan para ilmuan untuk mendalami realiti sosial dari sudut pengalaman
aktor sosial (Giddens, 1976). Justeru, untuk menjawab soalan ‘mengapakah’ aktor
sosial bertindak dengan cara tertentu, adalah perlu mencari sebab-sebab di sebalik
suatu tindakan. Maka, persoalan inilah merupakan tanggungjawab utama penyelidik
abduktif interpretif untuk menyelidik sebab-sebab di sebalik tindakan aktor sosial
tersebut. Tindakan ini akan dapat mendedahkan ilmu yang tersirat dan yang akan
dikongsi bersama, makna-makna simbolik, motif dan peraturan yang menentukan
orientasi tingkah laku mereka.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan
teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan
hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga
dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa. Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr.Zalmizy yang telah banyak membantu saya dalam memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai