Anda di halaman 1dari 4

DASAR AWAM (GMGA 2023)

DASAR PENDIDIKAN

ULASAN (PPSMI)

PENGENALAN PPSMI

Sebelum isu PPSMI terus kita bincangkan lagi, penulis rasa wajar untuk penulis menerangkan
dengan lebih lanjut tentang PPSMI.Sebenarnya, PPSMI telah termaktub sebagai keputusan
dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.
Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat
Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa
Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga
manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan
untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah
bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan
sesebuah negara.Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan
pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat
dalam bahasa Inggeris.Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa
dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

PERBINCANGAN PPSMI

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan


berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu
bapa dan pelajar sendiri.Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah
kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada
perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-
murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Menurut Datuk A Aziz Deraman dalam artikelnya
“PPSMI: Ke Manakah Selepas UPSR 2008?”, seawal tahun 2002 (sebelum PPMI
dilaksanakan) , terdapat bantahan dan teguran daripada kalangan para pejuang bahasa,
pemikir, budayawan, sarjana dan pendidik. Mereka yakin kelemahan penguasaan BI patut
diperbaiki melalui aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa itu bukan dengan
mengorbankan subjek yang begitu penting. Sebenarnya masalah penguasaan Bahasa
Inggeris ada kaitannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajarannya.Isunya adalah
keupayaan mempelajari, menguasai dan menggunakan BI dengan baik.Sesungguhnya tidak
ada seorang pun pejuang bahasa menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.Bahkan mereka
mahukan beberapa bahasa utama dunia ikut diajarkan.Soalnya kaedah. Apakah
pembangunan negara dan pembinaan bangsa kita itu mesti diacuankan melalui bahasa asing,
sebab bahasalah yang akan mencorakkan kehidupan kebudayaan bangsa pada masa depan?
Dalam kes bantahan ini, soal semangat kebangsaan Melayu bukan isu yang ditimbulkan.Juga
tidak ada pandangan yang menuduh mereka yang cintai BI itu bermakna kurang semangat
nasionalisme.

SANMUGAPRIYA A/P SANTANASAMY


257695
DASAR AWAM (GMGA 2023)

Isu PPSMI menjadi lebih hangat lagi apabila keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) diumumkan pada 13 November 2008. Semua orang ingin mengetahui prestasi
518,616 calon menduduki UPSR tahun 2008 lantaran mereka adalah kumpulan pertama yang
terbabit dalam PPSMI sejak Tahun Satu. Seramai 46,641 atau 9.2% daripada 518,616 calon
(UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ketua
Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut adalah lebih
baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima
tahun sebelumnya. Beliau berkata, Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga
bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas."
(Utusan 13 November 2008). Dalam melihatkan kejayaan keputusan UPSR yang meningkat,
kita dikejutkan pula dengan berita dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus.Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun telah
melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di Beaufort
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus Sekolah
tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK
Kepawa yang mempunyai lapan murid. Tertarik penulis dengan artikel 'Bahasa Sumber Ilmu
Bukan Masalah Besar' yang ditulis oleh Prof. Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi
Pengajian Melayu Malaysia - China Universiti Pengajian Asing Beijing, ketika menjawab
kenyataan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam
Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini ( bahawa Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan),
menyatakan bahawa hujah Dr. Mahathir bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana
mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset.
Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu
kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu
tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari
dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan
program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada
bangsa kita dalam bahasa asing! Menurutnya lagi, orang Arab yang mempelajari dan
menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan
bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-
bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka
mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab
ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab
untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan
bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia.
Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap
memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita
yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari
bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa lepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-
rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut! (Utusan
Malaysia bertarikh 26/112008)

SANMUGAPRIYA A/P SANTANASAMY


257695
DASAR AWAM (GMGA 2023)

PENUTUP PPSMI

Isu PPSMI menjadikan kita saling berbeza pendapat. Terdapat golongan yang menyokong
agar diteruskan PPSMI namun masih ramai juga golongan terutama para ilmuwan, cerdik
pandai dalam bidang bahasan mahupun sains yang menolak penerusan PPSMI. Namun tiada
pula statistik tentang bilangan mereka yang menyokong atau menentang PPSMI. Dalam
artikel ini, penulis mengakui bahawa penulis tidak membincangkan tentang golongan yang
menyokong PPSMI. Bukanlah kerana penulis menentang PPSMI tetapi kekurangan ini
disebabkan penulis kekurangan maklumat. Kemungkinan artikel penulis kelihatan berat
sebelah, tetapi penulis hanya melaporkan dan mengupas isu ini berdasarkan maklumat yang
penulis peroleh daripada pelbagai sumber. Berdasarkan kajian yang penulis lakukan, terlalu
banyak maklumat yang boleh diperoleh tentang siapa yang menentang PPMI dan sebab
musabab penentangnya mereka (seperti yang telah penulis bincangkan). Kebanyakan alasan
yang diberi berlandaskan bukti kukuh dan berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak-pihak
tertentu. Namun bagi pihak yang menyokong PPSMI, pendapat dan suara mereka tidak
banyak yang didedahkan kepada umum. Kalaupun ada, suara yang menyokong PPSMI ini
lebih menekankan akan kepentingan bahasa Inggeris dalam meningkatkan penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sokongan supaya diteruskan PPSMI juga
lebih menjurus tentang kedudukan bahasa Inggeris yang menguasai dunia ilmu pengetahuan
dan betapa bahasa Inggeris amat penting dalam menentukan masa depan negara dan
generasi akan datang. Secara umumnya, golongan yang menyokong PPSMI memberi
gambaran bahawa bahasa Inggeris amat penting dan diperlukan dalam melahirkan warga
Malaysia yang mampu berdaya saing dengan negara lain dalam dunia globalisasi kini. Sama
ada menguburkan PPSMI atau membiarkannya berkembang mekar, keputusan kini terletak
pada tangan Kementerian Pelajaran. KPM di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein sememangnya cuba membuat kajian yang menyeluruh dalam menentukan nasib
generasi akan datang dan nasib bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Melayu. Tentunya
hasil dapatan para ilmuan tidak dikesampingkan tetapi sebaliknya diguna pakai untuk
menentukan hala tuju pendidikan negara.Sama ada menguburkan PPSMI atau
membiarkannya berkembang mekar, keputusan kini terletak pada tangan Kementerian
Pelajaran. KPM di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
sememangnya cuba membuat kajian yang menyeluruh dalam menentukan nasib generasi
akan datang dan nasib bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Melayu. Tentunya hasil
dapatan para ilmuan tidak dikesampingkan tetapi sebaliknya diguna pakai untuk
menentukan hala tuju pendidikan negara. Apapun keputusan yang bakal diambil oleh
Kementerian Pelajaran, hendaklah kita terima dengan hati terbuka dan berfikiran positif.
Namun diharapkan agar PKM dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya
demi kepentingan anak bangsa dan kemajuan negara. Janganlah nanti, yang dikejar tak
dapat, yang dikendong berciciran. Biarlah keputusan yang bakal diambil merupakan
tindakan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, menarik rambut dalam tepung,
rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.Janganlah kiranya pula isu PPSMI
menjadi kita saling bertelingkah sehingga meletakkan kita dalam gelombang perpecahan.
Kita wajar mengeratkan lagi hubungan dan aspek perpaduan harus dititik beratkan. Isu
PPSMI berkaitan isu bahasa. Sepatutnya bahasa dapat menyatupadukan rakyat tetapi
sebaliknya yang berlaku. Dalam situasi sekarang, amat diharapkan agar jangan ada yang
meneguk di air keruh. Jangan juga ada pihak yang menjadikan isu PPSMI sebagai isu
perkauman kerana kesannya hanya akan merugikan rakyat dan negara kita sendiri,
sedangkan orang luar bertepuk tangan dan menunggu masa untuk mengambil
kesempatan.

SANMUGAPRIYA A/P SANTANASAMY


257695
DASAR AWAM (GMGA 2023)

RUJUKAN

Penulisan

 Penulis dan Penterjemah Cheong Yuen Keong, Ph D SMJK Yu Hua Kajang 26, JLN KP
2 / 16, TMN Kajang Prima 43000 Kajang, Selangor

Buku / Artikel

 Aziz Nordin (2004). Pandangan Guru pelatih Terhadap Pengajaran dan pembelajaran
Sains dalam Bahasa Inggeris. Buletin Fakulti Pendidikan UTM. 13 (1) : 64 - 71.

 Haslina Hassan (2002). Perlukah Aliran Inggeris Diwujudkan Semula? Dewan


Masyarakat. Julai: 14-16.

Akbar

 BERITA»Nasional Rabu, 28 Februari 2018 | 4:54pm

Internet

 http://ppsmi-k39.blogspot.com/2010/08/latar-belakang-ppsmi.html?m=1

Dewan Bahasa dan Pustaka

 Dewan Bahasa, Mac 2012.

SANMUGAPRIYA A/P SANTANASAMY


257695

Anda mungkin juga menyukai