Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR


32610 BANDAR SERI ISKANDAR, PERAK

Pendahuluan

Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Vokasional Seri
Iskandar (KVSI) telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai
pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan
kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut.
Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi
alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih
bertungkuslumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini
berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu
persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan
ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan
fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas
pelajarpelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul
sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Vokasional
Seri Iskandar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru
tindakan segera perlu diambil supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja.
Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan
ALUMNI KVSI.
Relevan Penubuhan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi
memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk
memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula
hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KVSI.
Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama
sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk
membawa kebaikan kepada kolej khasnya dan komuniti amnya.

Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad
sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-
pelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan
kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat
bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil
perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di kolej.

Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa
impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu
lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat
dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah
memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.

Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang


pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej
mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk
membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad
kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.
Objektif Penubuhan

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar


KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan
kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap


lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KVSI.

2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KVSI dalam memperbaiki sistem


pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar
dan alumni sentiasa diberi perhatian.

3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kemajuan kolej.

4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku
dengan lebih lancar dan sistematik.

5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang


dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program
tersebut.

6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KVSI.


7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.

8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke


alam pekerjaan.
Aktiviti

Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:

Pembangunan sosial dan akademik pelajar.


Penjanaan Kewangan.
Perkongsian kepakaran.
Bakti Komuniti kepada masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Majlis ramah mesra Alumni dan Kakitangan KVSI bagi menjalinkan kembali
hubungan keakraban bekas pelajar dengan kakitangan KVSI khususnya staf
akademik.

2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah


pengangguran di kalangan pelajar KVSI.

3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke KVSI.


4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelajar menjadi
seorang usahawan KVSI yang berjaya.

5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas


pelajar dengan masyarakat berpaksikan slogan Dari Masyarakat Kami
Datang, Kepada Masyarakat Kami Berbakti.

Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan
Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa KVSI. Melalui penubuhannya
semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara
langsung mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama
agar penubuhan Alumni KVSI dapat direalisasikan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai