Anda di halaman 1dari 4

Tokoh Teknokrat Tamadun Mesir Kuno: IMHOTEP

Latar Belakang Imhotep (kadang-kadang dieja Immutef, Im-hotep, atau Ii-em-Hotep, Mesir: ii-m-tp) adalah seorang arkitek dan doktor pertama yang terkenal dalam sejarah . Beliau dikatakan hidup di zaman pyramid sekitar tahun 3000 hingga 2500 sebelum masihi. Beliau adalah putera dari keturunan Dewa Ptah. Beliau merupakan seorang yang sangat pintar, oleh sebab itu beliau diberi banyak gelaran. Antara gelaran lengkapnya adalah: Kaunselar Mesir Bawah, Yang Pertama setelah Raja Mesir hulu, Pengurus Istana Agung, Keturunan Bangsawan, Pendeta Tinggi Helopolis, Pembangun, Pemahat, dan Ahli Pembuat Jambangan. Imhotep merupakan salah satu tokoh paling menarik dalam budaya Mesir kuno. Imhotep bererti orang yang datang dalam damai. Walaupun lahir sebagai rakyat jelata, namun kecerdasan dan kemampuan analisanya membuat Imhotep dengan cepat mendapat perhatian Firaun dan menjadi penasihat raja yang paling dipercaya. Semasa hidupnya, Imhotep dipercayai menjadi imam besar untuk dewa matahari Ra. Dia juga dikatakan memiliki kepakaran dalam bidang perubatan, senibina, syair dan falsafah. Ahli sejarah memberi pelbagai sanjungan kepada Imhotep. Masing-masing menggelarnya sebagai pendamping Osiris, anak Dewa Ptah, Penyihir lagu dan sebagainya. Bahkan beliau diangkat menggantikan dewa Nefertem lantas menjadi salah satu daripada triniti kepercayaan Kuil Ptah Ptah-Sekhmet-Imhotep. Seorang pengkaji, K.Seetha, menyifatkan kemunculan Imhotep di Menphis telah meletakkannya setaraf dengan dewa-dewi, hatta tuhan sembahan di Kuil Ptah sendiri. Kebolehannya tak lain adalah mukjizat dan kekuatan langit yang dikurniakan Allah kepada pembawa-pembawa risalah tauhid, yang menjadi pelindung para rasul dan nabi-nabi. Setelah kematiannya, Imhotep diberi status dewa dan menjadi segelintir dari orang biasa yang mencapai status tersebut..

Penglibatan Dalam Bidang Perubatan dan Senibina Imhotep muncul di Kuil Ptah di Menphis membawa risalah suci dan ilmu pengetahuan yang digelar Triad Perubatan-Senibina-Seni Lagu. Beliau dianggap Dukun Sihir Agung apabila sihir ( baca: ilmu )nya berjaya melampaui kebolehan dukun-dukun sihir pada masa tersebut. Beliau memulakan dengan ilmu perubatan yang telah menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak ditemui penawarnya. Bersama ilmu tersebut, Imhotep menyampaikan seruan dakwahnya yang tak lain tak bukan, ialah seruan kepada mentauhidkan Tuhan yang esa, Tuhan segala tuhan ( dewa-dewi sembahan mereka ) yang memberikan kesembuhan dan tidak meminta balasan atas segala nikmatNya. Imhotep, dalam melakukan perawatan tidak mengenakan sebarang bayaran bahkan meminta pesakitnya supaya tidak melakukan nazar hingga penyakit mereka sembuh, agar kelak kesembuhan itu menjadi penguat iman dan syukur mereka.

Kebolehannya ini tersebar ke seluruh dinasti, rakyat datang berduyun-duyun menemui beliau hingga akhirnya ibukota Mesir dipindahkan dari On ( yang sebelumnya menerima risalah tauhid Osiris ) ke Menphis. Beliau menerima pengiktirafan yang tinggi dari Maharaja Djoser yang memerintah pada zaman tersebut dan diberi ruang mentadbir negara di sisi baginda. Kemasyhuran Imhotep tidak terbatas setakat ilmu perubatan yang telah menyebabkannya didewakan olah bangsa Rom dan Greek, bahkan kebolehan beliau melampaui disiplin ilmu lain dan membuktikan bahawa beliau adalah nabi, pesuruh Allah. Seorang pengkaji telah menulis di dalam bukunya, Imhoteps Life : Ketika mana kuil-kuil di Mesir hanya tertumpu kepada satu-satu sihir tertentu, Imhotep dengan kebolehannya yang pelbagai telah mengalahkan Kuil Matahari di On dan mengangkat Kuil Ptah di Menphis menjadi pusat perhimpunan dukun-dukun besar. Mereka menggelarnya sebagai Dukun Agung Kuil Ptah, Pembawa Mukjizat Ilmu Pengetahuan Suci. Mereka beriman dengan mukjizat beliau yang melampaui kebolehan mereka dalam pelbagai bidang. Antara bidang lain yang mendapat sentuhan Imhotep ialah senibina. Sejarawan menyifatkan Imhotep sebagai Dukun Senibina dan Bapa Pembinaan. Ini berdasarkan kepada binaan beliau yang menimbulkan kehairanan setiap generasi zaman-berzaman. Imhotep adalah seorang ketua arkitek pada masa pemerintahan Firaun Djoser yang memerintah pada sekitar tahun 2630 hingga 2611 sebelum masihi. Imhotep juga dikatakan adalah otak disebalik rekabentuk bangunan bersejarah paling popular di Mesir, The Step Pyramid atau Piramid Langkah di Saqqara, dan apabila diteliliti dari tahunnya, Imhotep juga merupakan seorang arkitek pertama yang diketahui namanya. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam pembinaan piramid pertama pada zaman Maharaja Djoser, yang mana sebelum itu kuburan raja-raja hanya dibuat daripada batu lumpur. Jika ditinjau pada pembinaan piramid, para saintis tidak dapat membongkar rahsia pembinaannya hingga ke hari ini. Bagaimanakah batu yang beratnya bertan-tan boleh dipotong, digilap dan diangkut dari gunung kemudian disusun mengikut kiraan yang tepat menjadi sebuah binaan kukuh? Semuanya menimbulkan tanda tanya lalu direkalah pelbagai teori untuk melenyapkan persoalan masing-masing. Namun jauh dari pengetahuan umum, persoalan ini telah dijawab oleh ahli sihir Mesir Kuno seperti yang tertulis dalam sebuah skroll yang ditemui dalam kubur salah seorang dukun Kuil Ptah. Skroll yang usianya kembali ke zaman kegemilangan Kerajaan Lama itu, tercatat padanya nama Dukun Sihir Agung dan kisah bagaimana beliau menggunakan sihirnya untuk memindahkan blok-blok batu tanpa melibatkan sebarang tenaga manusia!1. Ini cukup menjelaskan rahsia pembinaan Piramid Mesir yang selama ini menjadi teka-teki, sekaligus menyangkal teori-teori karut ciptaan saintis barat yang mendakwa piramid dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Catatan dalam skroll ini cukup memberitahu kepada umum bahawa segala teori barat adalah khayalan mereka sematamata dan jauh tersasar dari hakikatnya. Seorang saintis Swiss menulis komennya berkenaan catatan tersebut :

Apa yang disebut sebagai kuasa sihir itu membuktikan bahawa tamadun Mesir kuno sudah menemui tenaga janaan alam semesta. Mereka telah mengetahui perbezaan setiap pancaran, had laju dan fungsinya yang membolehkan mereka mamanipulasi medan magnet secara teknikal mahupun dengan perantaraan sihir. Secara tidak langsung ini turut membenarkan penemuan para pengkaji bahawa mereka Tamadun Mesir Kuno- telah menemui pancaran laser dan menggunakannya dalam pembuatan alat perhiasan dan perubatan. Pada abad lepas, dunia industri telah memasuki fasa baru dengan penemuan uranium di pergunungan Laut Merah, yang mana penemuan ini berpandukan peta lombong dari tamadun Mesir kuno. Lokasi-lokasi ini disebut Biakhu, atau logam-logam terkumpul. Rahsia ini telah lama disimpan rapi oleh para saintis dan ia memainkan peranan penting dalam pembinaan peradaban Mesir kuno.

Sumbangan Imhotep merupakan orang yang telah banyak menyumbang dalam perkembangan teknologi senibina dan perubatan. Beliau adalah antara pelopor kepada kemasyhuran tamadun Mesir Kuno kerana penemuan dan ciptaan-ciptaan beliau sangat mengagumkan sehingga ke hari ini. Antara sumbangan terbesar Imhotep adalah; i. Perubatan Imhotep merupakan doktor pertama yang menjalankan kajian perubatan dan juga merupakan penasihat perubatan Maharaja Firaun. Beliau telah menulis Papyrus iaitu suatu dokumen ilmu perubatan kuno yang mengandungi 43 kaedah pembedahan. Papyrus ini telah lama hilang sejak berkurun-kurun lamanya dan telah ditemui kembali oleh orang Inggeris iaitu Edwin Smith pada abad ke-15 dan telah menamakannya Edwin Smith Papyrus. Kini Papyrus tersebut disimpan di Academy of Medicine, New York USA.

Papyrus

ii.

Senibina Piramid Sebagai orang kanan Maharaja Djoser, Imhotep telah membina Piramid Djzosr di Saqqara, Mesir sekitar tahun 2630 sehingga 2611 sebelum masihi, selama pemerintahan dinasti ketiga Mesir. Riwayat menyatakan bahawa beliau adalah merupakan orang yang pertama menggunakan tiang dalam struktur binaannya. Bangunan piramid ini merupakan senibina yang sangat unik dan mengagumkan di Mesir. Bangunan ini merupakan makan kepada Maharaja Firaun dan juga lambang ketamadunan Mesir Kuno pada ketika itu. Piramid ciptaan Imhotep yang paling terkenal ialah The Step Pyramid atau Piramid Langkah. Bangunan piramid ini masih lagi wujud hingga ke hari ini dan masih menjadi misteri uji kaji para saintis moden hari ini.

The Step Pyramid

Sumbangan Imhotep ini merupakan suatu penemuan yang sangat hebat dan menjadi inspirasi kepada pembinaan tamadun-tamadun yang wujud selepas era Imhotep. Bahkan selepas kematiannya, pengaruh dan ajaran Imhotep masih tetap dipelihara oleh masyarakat Mesir kuno. Dan di masa pemerintahan Firaun berikutnya, Imhotep lebih dikenali sebagai perwujudan dari ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai