Anda di halaman 1dari 2

Namun, corak soalan yang diajukan lebih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta

lebih profesional. Antara soalan yang diajukan adalah:

 Sebagai seorang PPT, sanggupkah anda bekerja melebihi jangkamasa 8 jam


termasuk pada hari cuti dan hujung minggu?
 Apakah attitude yang patut ada sebagai seorang PPT, terhadap diri sendiri dan
orang lain?
 Anda telah mempunyai pengalaman kerja berpuluh- puluh tahun. Bagaimanakah
caranya untuk anda menegur pegawai atasan yang baru setahun jagung di alam
pekerjaan?
 Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi,
bagaimanakah anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan
lebih berusia daripada anda?
 Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma),
bagaimanakah anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor,
Doktor dan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta
sifat "selalu betul" yang tinggi?
 Bagaimanakah anda menguruskan masa seharian anda? Berikan sistem
pengurusan waktu yang digunakan seharian dan dalam melaksanakan tugas-
tugas harian? (sedikit contoh jawatan: buat to-do list, sediakan jadual kerja,
gunakan sistem prioritize serta gunakan teknik kuota)

Itulah antara soalan- soalan mencabar yang ditanyakan oleh ahli panel. Bayangkan ada
4 mulut yang berebut untuk menjawab. Masing- masing ingin menonjolkan diri sendiri.
Tapi kalau boleh, berpada- padalah. Ni ada sikit tips untuk sesi temuduga secara
berkumpulan.

 Minta izin untuk menjadi speaker pertama di dalam sesi. Tapi biasanya
dimulakan dari kanan.
 Jangan memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela- jela. Anda akan
membuatkan panel berasa bosan.
 Cukup sekadar memberikan satu dua poin dan diikuti dengan contoh. Tak perlu
tamak. Kerana akibatnya nanti, calon lain akan kehabisan idea kerana di kebas
oleh anda.
 Jangan sesekali menuding jari kepada calon lain untuk bercakap. Biarkan
mereka bercakap sendiri apabila sudah sedia.
 Jangan sesekali menyampuk hujah atau jawapan yang diberikan calon lain,
kerana anda akan membuat dia hilang fokus dan mungkin akan kelu lidah mati
kata- kata.
 Tunjukkan ekspresi menyokong kepada kata- kata calon lain walaupun anda
sedikit tidak bersetuju. Ini bagi mewujudkan suasana harmoni sesama calon.
 Akhir sekali, jangan jadi seperti murai dicabut ekor, jangan jadi tin kosong,
jangan jadi pengacau dan be yourself.

Anda mungkin juga menyukai