Anda di halaman 1dari 2

CONTOH

PERJANJIAN PENGGUNAAN TANAH BAGI AKTIVITI PERTANIAN

Bahawasanya perjanjian ini dibuat pada …………………………………………………..di antara


___________________ (No. Kad Pengenalan : ___________________ selepas ini disebut sebagai
Tuan Tanah) dengan syarikat _______________, yang diwakili oleh _________________ (No. kad
pengenalan: ______________) selepas ini disebut sebagai pengguna Tanah

Bahawasanya Tuan Tanah dengan rela hati dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak bersetuju dan
membenarkan penggunaan ke atas tanah bernombor …………………………………. yang terletak di
_________________________ kepada syarikat ___________________ bagi aktiviti pertanian
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah diperbincangkan dan dipersetujui seperti berikut :

a) Tidak dibenarkan mengubah struktur tanah tanpa persetujuan dari pihak Tuan Tanah.
b) Tempoh penggunaan tanah adalah selama lima (5) tahun bermula dari …………………………….. dan
berakhir pada …………………………… jika pengguna Tanah ingin menyambung tempoh
penggunaan tanah, perjanjian penggunaan tanah hendaklah diperbaharui semula.
c) Tidak dibenarkan membina lebih daripada 2 buah rumah di atas Kawasan tanah ini. Jika
terdapat binaan/ bangunan/ rumah yang bersifat kekal maka ia menjadi milik Tuan Tanah dan
tuntuan tidak dibenarkan ke atas binaan yang bersifat kekal tersebut .
d) Hanya yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah sahaja dibenarkan berkerja dan
tinggal di atas Kawasan tanah.
e) Hanya aktiviti pertanian sahaja dibenarkan ke atas Kawasan tanah ini. Aktiviti selain daripada
aktiviti pertanian adalah tidak dibenarkan
Maka dengan ini bahawa Perjanjian ini adalah sah dan berkuatkuasa serta merta (dalam tempoh
dipersetujui) selepas Tuan Tanah dan Pengguna Tanah memperturunkan tandatangan sebagai
persetujuan seperti berikut:

Tandatangan Tuan Tanah


………………………………………….

Nama

No. Kad Pengenalan

Tarikh
………………………………………….

Tandatangan Pengguna Tanah


………………………………………….

Nama

No. Kad Pengenalan

Tarikh
…………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai