Anda di halaman 1dari 5

SMK CONVENT TELUK INTAN

PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK


TAHUN 2023
KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM / AKTIVITI:
PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK CTI’23

PN. SANAFIZA BINTI SALIM


PENGETUA CEMERLANG
SMK CONVENT TELUK INTAN

PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Generasi masa kini terutamanya murid sekolah, telah didedahkan dengan penggunaan teknologi
maklumat di dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana generasi ini lebih mudah menerima
pengajaran melalui teknologi. Sejajar dengan itu, satu pendekatan sebagai inisiatif untuk
membantu pemahaman dan penerimaan murid di dalam pembelajaran terutamanya dalam
bidang robotik yang melibatkan kemahiran kawalan dan pengaturcaraan (coding). Hal ini juga
selari dengan keperluan silibus DSKP dalam RBT Tingkatan 2 dan 3 yang menuntut para guru dan
murid mahir dalam coding untuk digunakan dalam Rekabentuk Mekatronik. Selain daripada itu,
program pembangunan robotik ini juga membantu dalam membangunkan dan mengasah bakat
murid di dalam robotik dan pengaturcaraan. Kemuncak program ini adalah penglibatan murid di
dalam pertandingan robotik anjuran pusat pengajian tinggi atau kerjasama KPM yang akan
membantu pelajar-pelajar tersebut dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja dalam
kumpulan dan kepimpinan.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program adalah seperti berikut:
2.1 mendedahkan pendekatan pembelajaran STEM kepada murid melalui pengenalan kepada
kemahiran pembangunan robotik dan pengaturcaraan;
2.2 menerapkan kemahiran pembelajaran STEM di kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan teknologi robotik dan
pengaturcaraan;
2.3 meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja dalam kumpulan dan kepimpinan.
2.4 Membangun dan mengasah bakat murid dalam robotik dan pengaturcaraan.

3. KUMPULAN SASARAN
660 ORANG MURID SMK CONVENT
4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN
1 Kelas Coding di My Genius, Hutan Bulan Jun 2023
5 orang murid
Melintang (selama 1 bulan)
2 Pembinaan Robot (Fasa 1) 20 Jun 2023 5 orang murid
3 Pertandingan SUMO ROBOT INORO 7, 8 dan 9 Julai 2023
2 orang murid
TVET’23 di Kulim Kedah
4 Kursus Kemahiran Coding bersama Dr 21 Ogos 2023 Guru RBT dan guru yang
Tang Ming Rui berminat
5 Coding Adventure di Kolej Komuniti 08 Julai 2023
Guru RBT dan 40 murid
Pasir Salak (Fasa 1)
6 Coding Adventure di Kolej Komuniti 12 Ogos 2023
Guru RBT dan 40 murid
Pasir Salak (Fasa 2)
7 Pembinaan Robot (Fasa 2) November & Disember Terbuka kepada Semua
murid
8 Pertandingan Robotik peringkat Januari & Februari 2024 Terbuka kepada Semua
sekolah /daerah/negeri/kebangsaan murid

5. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : PN. SANAFIZA BT SALIM


Pengetua Cemerlang
SMK Convent Teluk Intan

Pengerusi : PN. HJH MASLINA BT MAHMUD


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I : PN. HJH. NOOR JANNATI BT OMAR


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II : PN. NOR AINAH BT EDI


Penolong Kanan Petang

Penyelaras Program : PN. SRI IDAYU BINTI MD.SHARIF


Guru Pembimbing Robotik

AJK : Semua Guru RBT


6. IMPLIKASI KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN
PIBG RM5000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN Kuantiti Jumlah (RM)


Kelas Coding di My Genius, Hutan Melintang 5 orang murid 450.00

Pembinaan Robot Fasa 1 dan Fasa 2 (Pembelian set robot : 8 buah 2000.00
- Set remote control
- Servo Motor BracketMounting
- Custom Cut Acrylic Sheet (2mm, 3mm)
- A4 SIZE Aluminium Plate
- 75 mm X 90mm Plastic Board for DIY Robot Base
- 3mm Thick Plywood Board for RBT Laser Cut Square
- Motor AT
- Wheel

Pertandingan SUMO ROBOT INORO TVET’23 di Kulim Kedah 5 orang murid 500.00
- Penginapan
- Makan & Minum (Sarapan, makan tengahari &
makan malam)
- Yuran Pendaftaran

Kursus Kemahiran Coding bersama Dr Tang Ming Rui 20 orang (guru) 1000.00

Coding Adventure di Kolej Komuniti Pasir Salak (Fasa 1 & 2) 40 orang 1400.00
- Bayaran bas pergi balik
- Makan minum (Sarapan , makan tengah dan minum
petang)
- Cenderahati kepada fasilitator
-
# Fasa 1 & 2 melibatkan murid yang berbeza.
JUMLAH RM5000.00

7. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


Tiada
8. PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ………………………………………
PN. SRI IDAYU BINTI MD.SHARIF ) PN. HJH MASLINA BT MAHMUD
(Guru Pembimbing Robotik) (Penolong Kanan Pentadbiran)
SMK Convent Teluk Intan SMK Convent Teluk Intan
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK]

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [PROGRAM PEMBANGUNAN ROBOTIK)

Ulasan:

.....................................................................................................

.....................................................................................................

.....................................................................................................

(PN. SANAFIZA BINTI SALIM)


Pengetua Cemerlang
SMK Convent Teluk Intan
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai