Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM


PENGANTARABANGSAAN: MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN PROGRAM ROBOTIK
DI MRSM PENDANG

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan peruntukan kewangan


untuk Program Pengantarabangsaan: Memperkasakan Pelaksanaan Program
Robotik di MRSM PENDANG. Peruntukan bajet yang diperlukan adalah
sebanyak RM35,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program Apresiasi Robotik MRSM ialah salah satu program pengayaan
yang telah dilaksanakan di MRSM bermula tahun 2004 lagi.
Perlaksanaan di MRSM ialah melalui Kelab Robotik.

2.2 Melalui program ini, pelajar diberi peluang meneroka dan


melaksanakan projek kajian inovasi dan kreativiti di mana potensi
dan bakat pelajar dibangunkan dan dikembangkan secara terancang
dan sistematik dimana pelajar akan menggunakan kreativiti,
pengetahuan dan pelbagai kemahiran mereka cipta robot untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan selaras dengan hasrat MARA,
The Way Forward.

2.3 Sejak program ini dilancarkan, banyak anugerah telah dimenangi di


pertandingan anjuran Institut Pengajian Tinggi tempatan dan juga
peringkat antarabangsa di antaranya pertandingan International
Robot Olympiad (IRO), World Robot Olympiad (WRO), Infomatrix,
Robot Pride, International Youth Robot Competition (IYRC) dan lain-
lain lagi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk memperkasakan program robotik di maktab melalui pembelian
kit robotik dan keperluan peralatan berkaitan robotik yang up to
date.

3.2 Untuk menarik minat pelajar dalam bidang S & T, terutamanya bidang
mekatronik pada peringkat lebih awal.

3.3 Membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat serta


potensi diri dengan melibatkan diri di dalam pertandingan berasaskan
kreativiti di dalam Sains dan Teknologi.

3.4 Memilih dan menyediakan pasukan pelajar untuk mewakili maktab ke


pertandingan RoboFair 2018 di MRSM Bentong.

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 MRSM diamanahkan untuk melahirkan pelajar yang Global, Cemerlang


dan Kompetitif (GEC) untuk membantu negara menjayakan Model
Ekonomi Baru (MEB) dan inisiatif science, technology, engineering
and mathematics (STEM) nasional.

4.2 Membantu negara dalam memastikan tidak ketinggalan menghadapi


Revolusi Perindustrian ke-4 (4-IR).

4.3 Salah satu strategi Sistem Pendidikan MRSM untuk merealisasikan misi
tersebut ialah memberi ruang, peluang dan galakan kepada pelajar-
pelajarnya untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka ke tahap
yang maksimum serta berkreativiti dan berinovasi.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta mendapatkan


maklumat dari yang pakar untuk memastikan keperluan kit dan
peralatan para pelajar Kelab Robotik.

5.2 Memastikan pembelian yang dibuat disusuli latihan kepada para


pelajar dan guru.

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

2
6.1 Jumlah kos kewangan untuk Program Pengantarabangsaan:
Memperkasakan Pelaksanaan Progrm Robotik di MRSM ini ialah
RM35,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja).
6.2 Perincian perbelanjaan adalah pada Lampiran B.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

........................................ ........................................
ADHA BIN ARFFAIN EN. JAFFNI BIN GHAZALI
Penasihat Pengetua
Kelab Robotik MRSM PENDANG
MRSM PENDANG

Tarikh : Tarikh :

Disokong Oleh: Diluluskan Oleh:

....................................... .......................................
JASMIN BIN ABD SHUKOR KAMARUZAMAN BIN JAFFAR
Menjalankan Tugas Pengarah
TP I (Pengurusan & Perkhidmatan) Bahagian Pendidikan Menengah
Bahagian Pendidikan Menengah MARA
MARA

Tarikh : Tarikh :

Lampiran A

3
Perincian Perbelanjaan Kewangan untuk:
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN: MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN PROGRAM
ROBOTIK DI MRSM PENDANG

BIL. ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT (RM)
(RM)
1 CNC machine with full system 1 14000 14000
2 DJI Marvic PRO Fly 1 5000 5000
3 Zortrax 3D Printer M200 with 1 12000 12000
ABS
4 Portable Inverter Welding 1 2000 2000
Machine
5 Slide Miter Saw 250mm 1 2000 2000
JUMLAH 35000

Anda mungkin juga menyukai