Anda di halaman 1dari 41

PERENCANAAN UMUM KE ARAH MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN AWAM YANG BERINTEGRITI: ISU DAN CABARAN SEMASA Oleh Roslan Abd

Jelani Pendahuluan Sejajar dengan penekanan yang diberikan oleh Perkhidmatan Awam di negara kita kini bagi benar-benar mencapai fungsi untuk berkhidmat dengan penuh berintegriti kepada orang ramai, maka usaha yang berterusan perlulah difikirkan bagi membentuk perwatakan seluruh penjawat awam supaya mereka senantiasa beradab, berakhlak, dan bersikap profesional sebagai pemegang amanah dan pelaksana program pembangunan negara demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Ini bagi memastikan imej Perkhidmatan Awam sentiasa terpelihara dan berperanan selaras dengan matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Integriti Nasional1 dan seterusnya mencapai kecemerlangan sebagaimana yang dihayati. Sehubungan dengan ini, setiap penjawat awam perlulah tahu dan memahami benar-benar tentang apa yang harus dipupuk dalam diri mereka supaya mereka diiktiraf sebagai pemegang amanah rakyat yang sentiasa dapat diteladani. Apa yang harus dipupuk dalam diri mereka itu hendaklah sesuai dengan apa yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada umat yang terbaik:

Pelan Integriti Nasional dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 23 April 2004 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah manusia, menyuruh mengerjakan yang maruf dan melarang membuat yang munkar, serta beriman kepada Allah.2 Berdasarkan kepada prinsip amanah ini, setiap penjawat awam bukan sahaja perlu memikirkan tentang soal hasil yang bersifat ekonomi dan berbentuk kebendaan yang akan diperolehi melalui sesuatu usaha yang dilaksanakan. Apa yang perlu mereka utamakan adalah faedah sebenar yang bukan sahaja bersifat jasmaniah tetapi juga rohaniah, faedah yang bakal dikecapi bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat kelak. Prinsip ini juga mengajar bahawa mereka bukan sahaja perlu

berpengetahuan demi meningkatkan kecekapan dan berketrampilan dalam urusan kerja, malah yang lebih penting lagi adalah berhikmah sehingga membolehkan mereka menjadi kaya dari segi jiwa dan berupaya memahami makna dan hakikat sebenar kehidupan ini. Penjawat awam yang berhikmah akan mengenal erti pengorbanan yang tulen, keikhlasannya tidak boleh disangsikan, sifat amanahnya tidak lagi dapat dicurigai, dan kejujurannya pula tidak lagi dapat diragui. Dia juga tidak mudah terpesona dengan kegemilangan dan kehebatan dunia yang bersifat fana. Bahkan, dia akan bertimbang rasa serta adil kepada sesiapa sahaja yang berhak kepada sesuatu bantuan dan perlindungan tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, khidmat yang mereka lakukan bukan sekadar untuk makan gaji tetapi untuk tujuan menabur jasa

dengan semata-mata mengharapkan keredhaan Illahi.

Mafhum daripada Surah Ali Imran ayat 110.

Sebagai memperakukan prinsip ini, setiap penjawat awam perlulah menanamkan sikap untuk betul-betul berkhidmat kepada rakyat dan negara ini sesuai dengan kedudukan mereka sebagai kakitangan awam. Tanggungjawab mereka adalah melaksanakan pentadbiran dengan penuh hikmah, berani, berintegriti, adil, ikhlas, cekap, berkesan, dan diiringi dengan semangat pengorbanan. Mereka semestinya sedar bahawa tanggungjawab yang mereka pegang itu adalah satu ke fardhuan yang bersifat kifayah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik dan sesempurna mumkin bagi mengelakkan kepincangan dalam perjalanan hidup masyarakat. Kesempurnaan dalam pelaksanaan tanggungjawab ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya islah dalam kehidupan masyarakat. Islah menggambarkan satu bentuk pola kehidupan yang baik, tertib, adil, dan sejajar dengan segala nilai yang tinggi. Pola kehidupan ini berlawanan dengan pola kehidupan yang pincang yang berlandaskan kezaliman dan kejahilan.3 Apabila berlakunya pengislahan dalam kehidupan masyarakat, sudah tentu struktur asas ketamadunan bagi negara ini akan dapat dibangunkan dan diperkukuhkan.

Bagi mengetahui makna islah, sila rujuk Ibn Manzur, Lisan al-Arab. 6 jilid (Kaherah: Dar alMaarif, t.t), 4:2479, s.v. salaha; E.W. Lane, Arabic English Lexicon, 2 jilid. Naskhah ulang cetak 1863 (London: Islamix Text Society, 1984), 2:1714, s.v. aslahu.Untuk mendapat penjelasan yang lanjut tentang kepentingan islah dalam konteks pembangunan dan kaitannya dengan faham kebahagiaan, lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna (Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), 2001), m.s. 21 55.

Cabaran-cabaran Terkini dalam Perkhidmatan Awam Sistem pentadbiran awam sekarang memang jauh berbeza dengan sistem pentadbiran zaman penjajahan. Pada zaman penjajahan, sistem pentadbirannya terlalu bersifat birokratik, yakni berpusatkan kepada ketua, kuasa, dan kedudukan. Pada ketika itu juga, kakitangan awam hanya bertanggung jawab kepada pemerintahan koloni dan mereka sendiri, bukannya orang awam. Namun begitu, semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkhidmatan Awam sudah mengalami banyak perubahan. Perkhidmatan Awam kini secara khususnya sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang perlu ditangani dengan penuh berkesan dan bijaksana. Antara cabaran 4 yang dimaksudkan itu adalah:

Pertama, meningkatkan keunggulan dalam setiap aspek pentadbiran dan urusan pembangunan negara melalui satu bentuk pengurusan yang beradab dan berintegriti;

Kedua, mengkaji segala kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman, serta pada masa yang sama meninjau pendekatan baru dalam pengurusan lalu membentuknya supaya selaras dengan perubahan sosioekonomi dunia tetapi dipastikan supaya tidak bertentangan dengan prinsip agama dan tata susila tempatan; dan

Cabaran-cabaran terkini dalam Perkhidmatan Awam yang ditampilkan dalam kertas adalah rumusan daripada gagasan masyarakat Islam hadhari yang terkandung dalam ucapan Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malysia, ketika Perhimpunan Agung UMNO ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertarikh 23 September 2004.

Ketiga,

mewujudkan

kepemimpinan

yang

beramanah,

adil,

dan

berwibawa sebagaimana yang dikehendaki oleh agama dalam konteks pembinaan sebuah negara yang berperadaban tinggi.

Perlu diingatkan juga di sini bahawa Perkhidmatan Awam adalah sebahagian daripada jentera ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju atas acuan sendiri menjelang tahun 2020. 5 Selain itu, Perkhidmatan Awam juga adalah rakan dalam konsep Persyarikatan Malaysia yang harus menggunakan seluruh perkhidmatannya untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara. Peranan pegawai awam dalam hal ini adalah penting kerana merekalah yang sebenarnya bertanggung jawab bagi mengawasi sektor yang diswastakan itu supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi yang melanggar prinsip agama dan adat resam negara ini, mengabaikan hak manusia lain, merosakkan nilai murni masyarakat, dan memusnahkan alam sekitar hanya semata-mata ingin mengejar keuntungan harta benda. Dalam keadaan ingin mencapai hasrat di atas, Perkhidmatan Awam kita juga pada masa yang sama berhadapan dengan pelbagai bentuk konflik sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa. Oleh itu, kita tidak mahu Perkhidmatan Awam kita dikendalikan oleh penjawat awam yang bergerak atas dasar emosi perkauman dan bersikap ekstrim dalam agama. Jika keadaan ini tidak dikawal, nescaya akan berlakulah keganasan, tindakan yang tidak wajar dan sikap melampau tanpa perasaan tolak-ansur. Kita tidak mahu adanya
5

Sila rujuk teks ucapan yang bertajuk Malaysia: The Way Forward oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991 sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Teks ucapan ini diterbitkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun yang sama dengan tajuk Wawasan 2020.

penjawat awam yang menganggap bahawa melakukan tugas di pejabat bukan satu kefardhuan dan ibadat lalu mereka mengabaikan tugas itu, atau melakukan tugas itu secara sambil lewa, walaupun mereka berkeupayaan dan mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang yang dipertanggungjawabkan itu. Pada masa yang sama, kita juga tidak mahu penjawat awam yang hanya mementingkan aspek keduniaan lalu sanggup memisahkan komponen agama dan akhlak daripada bidang profesional yang ditangani. Apa yang kita mahu adalah penjawat awam yang mengambil pendekatan yang menyeluruh, yakni memberi tumpuan utama kepada aspek ukhrawi tetapi pada masa yang sama, tidak melupai aspek duniawi. Penjawat awam yang sebegini bukan sahaja tahu mengawal dirinya sendiri tetapi berhikmah dalam tindak-tanduk pengurusannya dan adil dalam membuat setiap keputusan. Susulan daripada ini, Perkhidmatan Awam mestilah dianggotai oleh individu yang tinggi martabat akalnya, beradab serta berakhlak, bijaksana, progresif, dan memenuhi potensi dengan sewajarnya bagi membolehkan terhasilnya kebajikan yang sebenarnya terhadap masyarakat. Perkara-perkara sebegini bukanlah suatu yang boleh dijamin tetapi perlu selalu dipupuk. Oleh sebab itu, aspek kecemerlangan ukhrawi dan duniawi, profesionalisme, kecekapan, dan keberkesanan dalam menyampaikan satu-satu perkhidmatan hendaklah diperingatkan dan dipupuk dari semasa ke semasa dalam diri setiap penjawat awam.

Huraian Ringkas Tentang Makna Sebenar Integriti Apa yang dijelaskan di atas adalah satu bentuk orientasi yang menyeluruh dalam konteks pembinaan Perkhidmatan Awam yang berintegriti. Ini disebabkan orientasi tersebut memberi fokus terhadap aspek-aspek etika dan moral yang sejajar dengan hakikat kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Kita seharusnya faham bahawa integriti dalam erti kata yang sebenar bukan hanya boleh dibina melalui pengaturan undang-undang atau tatacara pentadbiran yang ketat. Undang-undang dan tatacara pentadbiran biasanya

terlalu sempit dan tidak meliputi semua aspek kehidupan, manakala jentera pelaksanaannya pula tidak mampu mengawasi adab dan akhlak setiap diri penjawat awam. Oleh sebab itu ada kes yang menunjukkan seseorang itu masih tetap dianggap sebagai berintegriti walaupun dia secara jelas telah melakukan perkara yang munkar di sisi agama kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan itu belum lagi sampai kepada peringkat yang membolehkan sipelaku itu dikenakan tindakan undang-undang. Ini secara jelas menunjukkan bahawa undang-undang dan tatacara pentadbiran itu sebenarnya tidak dapat menjamin lahirnya satu daya kawal (sanction) yang kuat dalam diri peribadi seseorang sehingga ia secara sendiri mampu untuk mengawali dirinya daripada melakukan perkara yang melanggari fitrah kemanusiaannya. Integriti juga tidak bermula melalui penggubalan satu jenis sistem atau plan tindakan. Ini disebabkan sistem dan plan tindakan integriti yang sedia ada itu terlalu terikat dengan tekanan ekonomi dan politik, yang dari satu segi kurang memberi tumpuan terhadap pentingnya seseorang itu melaksanakan amanah

keinsanannya. Ini dikhuatiri akan melahirkan para penjawat awam yang bersifat mekanikal yang hanya berperanan sebagai pengelola atau penjaga harta benda awam atau penjaga alat, dan akhirnya, hanya berupaya melihat sesuatu perkara dari perspektif kebendaan semata-mata. Walaupun bagaimanapun, kita tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa undang-undang, tatacara, sistem, dan plan tindakan yang digubal oleh kerajaan pada masa kini adalah perkara yang tidak penting dalam pembinaan sebuah Perkhidmatan Awam yang berintegriti. Perkara tersebut juga penting tetapi kepentingannya itu hanyalah terhad sebagai alat yang sekurangkurangnya dapat membantu atau mendokong usaha ke arah membangunkan satu bentuk amalan pengurusan yang berintegriti di kalangan penjawat awam. Integriti pada hakikatnya bermula dari diri dalaman seseorang, manifestasi daripada kerangka pandang alam agama yang tumbuh subur dalam akalnya. Integriti juga merujuk kepada hal keadaan diri seseorang yang lahir bersamasama dengan kesuburan dan kemurnian diri rohaninya. Hal keadaan ini menerbitkan kesedaran dalam diri seseorang itu bagi melaksanakan sesuatu perkara sesuai dengan maksud dan hakikat kejadian insan. Inilah yang dikatakan sebagai berlaku benar pada diri sendiri ( sidq). Hal keadaan ini terbit dalam diri seseorang hasil dari pengenalan orang itu terhadap dirinya yang akhirnya memberi kesan dari segi peningkatan darajat dan martabat kerohaniannya. Pengenalan terhadap diri ini meliputi pengenalan diri akan Tuhannya, pengenalan diri tentang asal-usul dan tujuan hakiki hidup insan, dan pengenalan tentang sifat baik dan buruk yang ada pada dirinya.

Secara amalinya, orang yang berlaku benar pada dirinya akan sentiasa mengenakan pada dirinya sendiri tanggungjawab untuk memerangi sifat-sifat yang buruk demi menyucikan diri. Dia juga akan sentiasa memastikan supaya jiwa kehaiwanan dan hawa nafsunya diberi kawalan yang rapi supaya setiap tanggungjawab, sama ada pada Tuhannya, pada manusia yang lain, pada makhluk selain manusia yang lahir di alam ini, dan pada dirinya, dapat dilaksanakan dengan sempurna. Orang seperti ini akan berupaya untuk menghisab dirinya sendiri sambil dapat mengenali perkara-perkara yang mencacatkan amalnya. Jika didapati berlakunya penyelewengan pada dirinya, dia akan dapat menyedarinya dengan cepat lalu segera membetulkannya supaya dirinya itu akan kembali semula ke jalan yang benar. 6 Integriti dalam pengertian yang sebegini mensyaratkan seseorang itu berpegang teguh dan yakin kepada kebenaran 7 sambil mempunyai keberanian untuk bertindak sejajar dengan kebenaran tersebut. Seseorang itu tidak dianggap berintegriti jika tidak berani berpihak kepada kebenaran. 8 Seseorang itu juga tidak dianggap berintegriti jika tidak sanggup berkorban dan bersungguhsungguh dalam melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada melakukan segala bentuk perbuatan fasad (corrupted practices) yang boleh merendahkan martabat insan.
6

Sila rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Meaning and Experience of Happiness in Islam (Kuala Lumpur: International institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993), m.s. 11. 7 Kebenaran yang dimaksudkan di sini merujuk kepada apa-apa yang ditanzilkan dalam alQuran, terutamanya yang menyentuh tentang hakikat Ketuhanan, hakikat penciptaan, hakikat wahyu, hakikat insan dan sifat diri rohaninya, hakikat ilmu, hakikat agama, hakikat kebebasan, hakikat nilai dan kemuliaan, dan hakikat kebahagiaan. 8 Pendapat ini dikemukakan oleh Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pengasas dan Mantan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), ketika berlakunya pertemuan penulis dan rakan-rakan penulis yang lain dengan beliau di rumahnya pada 25 Oktober 2004 (Isnin) jam 11.30 pagi.

Kefahaman tentang makna sebenar integriti sebagaimana yang dijelaskan di atas perlu disemadikan dalam jiwa seluruh kakitangan awam. Kefahaman yang sebegini akan menyumbang kepada lahirnya satu bentuk pengurusan atau perkhidmatan yang beradab yang memancarkan ketinggian mutu dan

kecemerlangan dalam perjalanan sistem Perkhidmatan Awam itu sendiri. Dalam soal mencapai apa yang dinyatakan di atas, beberapa tindakan asasi seperti di bawah hendaklah dilakukan. Antara perkara tersebut adalah:

i.

Membangunkan

satu

proses pendidikan

yang

bersepadu

dan

berterusan di kalangan anggota Perkhidmatan Awam berasaskan kepada sumber, takrifan dan kaedah ilmu yang sebenar. 9 Dalam proses pendidikan ini, penafsiran dan analisis yang mendalam tentang aspek pandang alam agama beserta prinsip-prinsip penting yang terkandung dalamnya hendaklah dilakukan dengan bersungguhsungguh. Proses pendidikan ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti perbincangan ilmiah dengan para ilmuwan secara bulanan, diskusi mengenai buku-buku yang ditulis oleh para pemikir ulung, latihan yang komprehensif, dialog dengan ahli akademik, dan seminar yang mendatangkan manfaat dari segi ilmu. Proses pendidikan yang sebegini akan mengasuh para penjawat awam supaya mementingkan autoriti ilmu dan hikmah dalam membuat keputusan-keputusan penting, manakala mana-mana kenyataan, keputusan atau dasar yang
9

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang kaedah yang sebenar dan sempurna bagi mencapai ilmu, lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the Aqaid of al-Nasafi (Kuala Lumpur: Dept of Publications, The University of Malaya, 1998), m.s 101.

10

dilandaskan semata-mata berdasarkan kuasa, kedudukan, agakan, pendapat yang semberono dan kejahilan akan ditolak;

ii.

Mengadabkan akal-budi setiap penjawat awam sehingga ia berupaya menghormati ilmu dan kebenaran. Jika usaha yang sebegini tidak dilakukan, nescaya kita akan melihat berlakunya beberapa fenomena seperti perkara yang kecil diutamakan manakala perkara-perkara yang patut diutamakan dipinggirkan; kepentingan akal dan rohani

diketepikan atau diperlekehkan berbanding dengan kepentingan jasmani dan ekonomi; kaedah yang salah digunakan bagi mencapai tujuan yang benar; manakala, umur dan tenaga sering digunakan bagi mengejar tujuan yang batil dan sia-sia;

iii.

Meletakkan

organisasi

atas

empat

landasan

keutamaan

(fadhilat/virtue) yang merupakan terbitan daripada pemahaman yang jitu tentang agama iaitu hikmah, keberanian, iffah,10 dan keadilan. Keutamaan ini akan lahir melalui usaha yang berterusan di peringkat organisasi bagi menerapkan kesedaran terhadap setiap ahli organisasi tentang hakikat dan kebenaran mengenai maksud dan matlamat akhir kehidupan manusia;

10

Iffah bermaksud keadaan diri seseorang yang berdaya kuasa mengenakan batasan kebenaran terhadap segala kemahuan nafsunya supaya kemahuan tersebut tidak sampai ke peringkat yang melampaui batas agama, contohnya, tidak tamak dalam mencari kekayaan, dan tidak merampas hak orang lain dalam mengejar keuntungan.

11

iv.

Ciri-ciri buruk dan keji iaitu pengkhianatan terhadap amanah, pendustaan, dan memungkiri janji hendaklah dijadikan sebagai asas dalam mengukur dan menilai watak dan peri laku anggota organisasi. 11 Ini sebenarnya bertepatan dengan matlamat bagi melahirkan etos organisasi yang berteraskan akhlak dan nilai agama sambil sekaligus dapat mewujudkan kekuatan pada aspek daya-kawal organisasi;

v.

Membentuk wibawa kepemimpinan awam yang sentiasa dapat dihormati melalui pengamalan sifat benar, amanah, adil dan jujur. Pada masa yang sama, setiap orang hendaklah berusaha secara berterusan untuk membaiki kelemahan diri secara total yang meliputi aspek kerohanian, intelektual, adab, dan akhlak, bukan setakat membaiki sistem kerja atau persekitaran tempat kerja;

vi.

Melahirkan individu yang dapat diteladani ( role-model) dalam aspek integriti di setiap lapisan pengurusan. Mereka hendaklah dipastikan bukan sahaja mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mencukupi mengenai agama, beradab dan berakhlak mulia, serta bersikap profesional dalam bidang tugas yang diceburi, tetapi berani

melaksanakan sesuatu keputusan jika keputusan itu benar dan berani mengenepikan sesuatu keputusan jika keputusan tersebut berlawanan dengan prinsip kebenaran;
11

Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menyuarakan tentang pentingnya ketiga-tiga perkara ini dijadikan kayu ukur utama bagi menilai moral seseorang individu. Lihat bukunya Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia, 1978), m.s. 158 159.

12

vii.

Membentuk satu sistem hukuman dan ganjaran yang berkesan dan adil sambil memastikan supaya sesuatu tindakan yang wajar yang diambil oleh autoriti di peringkat lebih rendah tidak dibatalkan oleh autoriti yang lebih tinggi sama ada dalam atau luar organisasi; dan

viii.

Memantapkan

sistem

permusyawaratan 12

yang

berupaya

menghasilkan kebijaksanaan, kewibawaan, suasana keilmuan, dan ketegasan dalam soal memberi nasihat dan maklum balas mengenai isu moral, sakhsiah dan profesionalisme pekerja, dan strategi ke arah meningkatkan kemakmuran organisasi. Hal ini akan dapat diikuti dengan sempurna jika kepemimpinan sesebuah organisasi itu menjalin hubungan yang rapat dengan para pemikir dan ilmuan ulung sambil tidak meminggirkan mereka dalam perencanaan pentadbiran dan pengurusan. Kepentingan Ilmu dalam Pembentukan Integriti 13 Sistem pengurusan yang berintegriti yang hendak dibangunkan dalam manamana organisasi awam mestilah berteraskan ilmu yang bersepadu yang dapat menayangkan dengan jelas sesuatu kebenaran, bukan berteraskan kehendak
12

Perlu diingatkan bahawa prinsip musyawarah dalam Islam tidak sama dengan prinsip mesyuarat yang diamalkan dalam konteks pengurusan masa kini. Ini kerana salah satu penekanan penting dalam prinsip syura adalah melakukan ikhtiar bagi menyelamatkan manusia daripada kekufuran dan kerugian di akhirat. Keputusannya pula tidak semestinya bergantung kepada pendapat majority, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana benarnya sesuatu keputusan itu berbanding dengan keputusan-keputusan yang lain. 13 Bagi mendapat penjelasan yang mendalam tentang kepentingan ilmu dan tatacara pembudayaannya dalam masyarakat, lihat Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 2003).

13

semasa yang relatif sifatnya. Ini akan dapat mengasuh seseorang penjawat awam itu mengenali dan mengiktiraf ketertiban susunan pelbagai matlamat dan objektif berlandaskan kebenaran ilmu. Natijahnya, seseorang penjawat awam itu akan berupaya memahami keutamaan dalam sesuatu perkara dan dapat memberi pertimbangan di antara sesuatu kemaslahatan dengan kemaslahatan yang lain; memahami keutamaan dan memberi pertimbangan di antara sesuatu keburukan atau kemudaratan dengan keburukan atau kemudaratan yang lain; dan berupaya membuat pertimbangan antara maslahat dan keburukan apabila kedua-dua perkara yang bertentangan itu berada pada masa yang sama. Bagi melahirkan keupayaan yang sebegini, sudah tentu melibatkan satu perencanaan yang dinamik dalam konteks penyuburan ilmu di kalangan penjawat awam. Ini disebabkan keupayaan ini melibatkan pelbagai bentuk penyaringan secara ilmiah sama ada dari segi kaedah, tata cara, jenis-jenis pengukuran, dan strategi yang bakal digunakan bagi memartabatkan kesudahan yang baik dan terpuji dalam sesuatu urusan pentadbiran. Pada masa yang sama, keupayaan ini juga perlu ada bagi menyisihkan unsur-unsur yang boleh mengakibatkan kesudahan yang buruk dalam sesuatu urusan. 14

14

Keupayaan ilmiah dalam melaksanakan sesuatu urusan masyarakat ini adalah menepati konsep tadbir yang semestinya menjadi teras utama dalam memahami makna sebenar pengurusan. Bagi mendapat huraian lanjut tentang konsep tadbir ini, rujuk beberapa tulisan yang dihasilkan oleh Mohd Zaidi Ismail, antaranya, Kesatuan Akal dan Amal dalam Pentadbiran Islam, Al-Hikmah: Buletin Forum Serantau ISTAC, 3 Bil. 1 (Jan Mac 1997), m.s. 17 -21; Kesebatian Adab dalam Pentadbiran Islam , Al-Hikmah: Buletin Forum Serantau ISTAC, 4 Bil. 2 (April Jun 1998), m.s. 2 - 9; Beberapa Aliran dalam Pentadbiran: Satu Sorotan dari Perspektif Pentadbiran Beradab , Al-Hikmah: Buletin Forum Serantau ISTAC, 6 Bil. 1 (2000), m.s. 11 - 17; dan Tadbir and Adab as Constitutive Elements of Management: A Framework for an Islamic Theory of Management , Al-Shajarah: Journal for the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 5 Bil. 2 (2000), m.s. 305 -335.

14

Dari satu segi lain, ilmu juga penting bagi menzahirkan dengan jelas akan kedudukan dan peranan setiap individu dalam organisasi. Kedudukan seseorang itu akan ditetapkan berdasarkan kewibawaan ilmu, akhlak dan amalannya di peringkat peribadi dan organisasi. Jika perkara ini tidak diberi penekanan nescaya ia akan mengakibatkan berlakunya kekeliruan, pertelingkahan atau konflik dalam organisasi, dan ketempangan dari aspek sistem kerja. Sesebuah organisasi yang mengamalkan sistem meritokrasi berlandaskan prinsip ilmu dan kebenaran akan bersifat adil dan berfungsi dengan baik kerana setiap orang akan dapat memahami peranan dan tanggung jawabnya masingmasing walaupun berlainan kedudukan dan fungsi tanggungjawab. Maka dengan ini akan lahirlah satu pola pentadbiran yang beradab yang menggambarkan tentang kebijaksanaan seseorang meletakkan sesuatu itu sejajar dengan darjat dan martabatnya masing-masing dengan berpaksikan hubungan antara perkaraperkara tersebut dengan prinsip agama. Oleh sebab itu, setiap penjawat awam, terutama yang terlibat dalam proses pembuatan dasar, hendaklah dilengkapkan dengan dua jenis ilmu: Pertama, ilmu pengenalan. Ilmu ini bersumberkan wahyu dan memberi sumbangan utama ke arah melahirkan peradaban manusia. Ilmu ini merujuk kepada asas-asas universal tentang Tuhan, manusia, kejadian serta peranannya dan kesudahannya. Ilmu ini menyajikan faham moral dan etika yang mutlak sifatnya yang menatijahkan kebersihan jiwa dan pembentukan akhlak yang bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan. Ilmu ini akan membentuk sikap suka berfikir dan menjadikan seseorang itu mulia di sisi agama dan masyarakat. Inilah

15

ilmu teras yang bermatlamat ke arah mewujudkan pembangunan insaniah serta menjadi asas dalam membetulkan krisis nilai yang berlaku dalam ruang lingkup organisasi secara khusus, dan masyarakat secara amnya; Kedua, ilmu pengetahuan. Ilmu ini adalah ilmu yang berorientasikan kemahiran meliputi kemahiran menggunakan pancaindera, bahasa, alat-alat, dan kemahiran berkomunikasi. Ilmu ini menjurus ke arah peningkatan mutu kerja dan lebih ke arah melahirkan satu bentuk aliran kerja yang lebih bersistematik. Ilmu ini akan menyedarkan seseorang tentang kemahiran asas yang perlu dikuasainya sejajar dengan bidang tugas yang ditangani. Kemahiran asas ini berkisar pada aspek profesionalisme, perancangan strategi, pembentukan sistem, tata kaedah dan pendekatan yang perlu dibangunkan bagi

menyempurnakan setiap tanggung jawab yang dipikul. Secara prinsipnya, ini merupakan manifestasi kepada sifat amanah terhadap tanggung jawab tersebut yang disuburkan terlebih dahulu melalui ilmu pengenalan. Sememangnya, ilmu pengetahuan ini hendaklah sepanjang masa diletakkan bawah dasar ilmu ilmu pengenalan supaya daya kemahiran yang dikuasai itu tidak disalahgunakan. Gabungan daripada kedua-dua bentuk ilmu ini, jika disuburkan dalam diri seseorang penjawat awam, akan mendatangkan manfaat yang sebenar dalam kehidupan berorganisasi kerana gabungan daripada kedua-dua ilmu ini akan menghasilkan satu ilmu lain yang disebut sebagai hikmah.15 Manfaatnya secara umum hasil daripada penyuburan kedua-dua ilmu ini dalam diri seseorang penjawat awam dapat diringkaskan seperti berikut:
15

Hikmah menyangkut tentang keupayaan akliah untuk membuat pertimbangan yang betul tentang kebenaran kedudukan sesuatu perkara. Lihat artikel penulis bertajuk Pengukuhan Nilai dan Etika Melalui Latihan, INTAN Management Journal, Vol. 6, No. 1, 2003.

16

i.

membolehkan seseorang itu memahami sesuatu kejadian dan fenomena serta dapat mengendalikannya dengan penuh bijaksana;

ii.

memampukan seseorang itu menjangkau makna yang tersembunyi atau makna dalaman yang terkandung di sebalik sesuatu fakta, peraturan dan peristiwa;

iii.

membolehkan potensi-potensi yang baik yang terdapat dalam diri seseorang itu dikembangkan secara halus sehingga meliputi lima aspek keistimewaan yakni ilmu, pengetahuan, peradaban, kemahiran dan kepakaran;

iv.

membolehkan seseorang itu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu tindakan yang hendak dilaksanakan serta pada masa yang sama, berupaya memahami dan menganalisis segala masalah yang berbangkit daripada sesuatu tindakan yang telah diambil; dan

v.

menampilkan keupayaan dalam diri seseorang itu untuk memantapkan lagi struktur pandang alamnya sehingga ia mempunyai perspektif yang jelas dalam setiap keputusan yang dibuat.

Integriti dan Kepemimpinan Organisasi Awam

17

Manfaat yang dinyatakan di atas dapat direalisasikan dalam sesebuah organisasi awam jika pemimpinnya sendiri merupakan seorang yang berbudaya ilmu, bijaksana, adil, tegas dan berpandangan luas. Dia juga mestilah berupaya memaparkan sikap hormat-menghormati, berfungsi sebagai pembimbing, pendorong dan penasihat, suka menanamkan sikap persaudaraan, menjaga maruah dirinya dan pengikutnya, dan saling bantu-membantu dan bermuafakat dengan seluruh ahli organisasinya. Hala cara kepemimpinan yang sesuai dengan pembentukan pola pentadbiran dan pengurusan yang berintegriti adalah kepemimpinan yang bertunjangkan pandang alam agama, tidak bersifat anti-ilmu, tidak berteraskan hawa nafsu, dan tidak beritik-tolak daripada faham kenisbian nilai ( ethical relativism). Dalam skop ini, pemimpin sesebuah organisasi awam mestilah berfungsi sebagai pelindung (protector), penjaga (guardian), dan bersikap seolah-olah seperti pengembala (shepherd).16 Ini bermakna konsep kepemimpinan yang perlu diketengahkan itu mestilah berkisar pada beberapa unsur penting iaitu amanah, kasih-sayang serta hormat-menghormati, adil serta tidak berat sebelah, dan penumpuan kepada soal keselamatan dan keharmonian dalam organisasi. Kepimpinan yang dinyatakan di atas dapat dibentuk melalui pemahaman yang mendalam tentang hakikat insan itu sendiri, bukan lagi berlegar dalam konteks hubungan yang berkepentingan (functional relationship) atau
16

Konsep pengembalaan yang dihubungkaitkan dengan amanah kepemimpinan ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang masyhur riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a yang bermaksud, Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu bertanggungjawab atas pengembalaan kamu

18

berorientasikan prinsip hedonisme17 dan utilitarianisme18. Oleh itu, kepimpinan bukan merupakan satu keistimewaan tetapi merupakan amanah keinsanan yang tidak boleh dipisahkan daripada konsep pengabdian kepada Tuhan dan konsep menegakkan kebenaran sambil menghapuskan kebatilan. Dalam hubungan ini, kepemimpinan sesebuah organisasi awam

disyaratkan supaya berilmu dan beradab, bijaksana, berani, cekal dan sanggup berkorban mempertahankan kebenaran dan menghapuskan kefasadan dalam apa jua bentuk sekalipun, tidak bersifat melampau dalam mengamalkan agama, pasti akan implikasi tindakannya, bersifat adil, cekap, tabah, jujur, sabar dan pemaaf, dan waras dalam merencanakan sesuatu rancangan dan menetapkan sesuatu keputusan. Oleh sebab itu, kewibawaan kepemimpinan dalam konteks ini bukan berdasarkan kuasa yang dipegang atau bergantung kepada aspek kekananan (seniority). Kewibawaan itu sebaliknya diukur melalui ciri-ciri utama yang cuba dipupuk dalam organisasi seperti persaudaraan, penyatuan, toleransi yang tidak melampau, semangat muhibbah, permuafakatan, sikap bergotong-royong, solidariti dan tanggung jawab bersama, permusyawaratan, kebahagiaan, kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran, dan keadilan.

17

Hedonisme menggambarkan kecenderungan seseorang yang tidak bermaruah dan berpandangan hidup songsang untuk semata-mata mengisi kehendak diri yang bersifat kehaiwanan seperti keselesaan tubuh badan, mengisi kepuasan nafsu, memperolehi kedudukan, dan mengaut keuntungan harta benda.
18

Pemikiran moral berdasarkan utilinarianisme telah diketengahkan oleh seorang ahli falsafah Barat, David Hume dan kemudian disempurnakan pula oleh Jeremy Bentham. Pemikiran ini mengajar bahawa kesemua nilai moral mestilah bersumberkan kepada nilai kepenggunaan. Lihat Henry Sidgwick, Outlines of the History of Ethics (Indianapolis: Hackett Publishing Company, 1988), m.s. 85.

19

Akhirnya, kita boleh simpulkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti terzahir melalui komitmen seseorang itu melaksanakan apa yang dilafazkan, tidak mengkhianati amanah kepemimpinan, menepati janji, tidak mengambil peluang dari kedudukannya itu, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang benar.

Integriti dan Kecemerlangan yang Sebenar Kecemerlangan dalam erti kata yang sebenarnya menyangkut tentang

penyuburan akal dan rohani manusia yang senantiasa perlu dilakukan bagi membolehkannya digunakan untuk mengenal dan membezakan yang benar dari yang palsu. Konsep kecemerlangan ini perlu dihubung-jalin dengan hakikat insan yang melangkaui aspek jasad dan unsur hayawaninya yang perlu didalami dari segi pengertiannya. Pengertian yang mendalam tentang hakikat insan ini sangat penting dalam pengurusan dan pentadbiran kerana dari pengertian itu manusia akan melihat asal-usulnya, hakikat kejadiannya, tugas dan peranan utamanya di atas dunia, kedudukannya yang mulia sebagai makhluk pilihan, kekuatan dan kelemahan dirinya, tipu-daya dan helah musuh-musuhnya, hakikat amalnya, dan kesudahan hidupnya. Bagi mencapai kecemerlangan yang sebegini, keaiban, kedaifan, dan kemaksiatan diri hendaklah senantiasa diperhitungkan ( muhasabah/self-

examination); kemahabesaran mujizat Illahi yang diterbitkan dalam diri hendaklah direnung dan difikirkan ( tafakkur/self-contemplation) setiap masa; dan, pengawasan diri dalam maksud diri aqali mengawali dan seterusnya

20

menakluki

diri

hayawani

sudah

semestinya

dilakukan

(muraqabah/self-

supervision).19 Perlu diingat bahawa amal-amal yang terkandung dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan untuk menyucikan jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, menyempurnakan masyarakat, membetulkan perjalanan pentadbiran negara, serta mencapai rasa dan pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Tuhan, kelak akan melahirkan kefasadan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, setiap individu dalam sesebuah organisasi hendaklah dibiasakan dengan suasana ilmu yang boleh sentiasa menyedarkannya tentang keberhutangan wujud dirinya pada Tuhan lalu pada masa yang sama menzahirkan pengabdian kepada-Nya secara sukarela. Pengalaman kerohanian yang sebegini akan menjelma dalam diri seseorang apabila ia bertitik-tolak daripada satu keyakinan kepada keyakinan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama, beramal sejajar dengan kefahaman dan keyakinan yang dicapai serta menuruti segala peraturan agama yang mendasari perjalanan jiwa dan akal manusia. Keadaan ini akan menatijahkan ketertiban akal dan ketenangan jiwa yang bakal memberi kesan dari segi pembentukan adab dan akhlak yang sempurna. Jika sesuatu itu dilakukan mengikut makna kecemerlangan yang dijelaskan di atas, kita akan dapat membina satu tradisi pentadbiran dan perkhidmatan yang par excellence; melaluinya juga kita dapat mewujudkan suasana persaudaraan yang penuh dengan sikap tolak-ansur dalam sesebuah
19

Inilah sebahagian daripada gambaran tentang ikhtiar bagi mencapai makna dan pengalaman sebenar kebahagiaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya, The Meaning and Experience of Happiness in Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1993).

21

organisasi. Apabila nilai yang sebegini dapat disuburkan, kita dapat mengangkat darjat dan martabat seluruh rakyat di Malaysia. Sejajar dengan pengertian kecemerlangan yang dijelaskan itu, seseorang penjawat awam hendaklah benar-benar dipastikan ikhlas, amanah dan bertanggung jawab dalam setiap tugas yang dilaksanakanya. Oleh itu, beberapa aspek kesedaran berikut perlulah disuburkan dalam jiwa mereka:

i.

pentingnya kefahaman yang berkaitan dengan hakikat diri, hakikat ilmu, dan hakikat amal diperkukuhkan ini secara berterusan dengan

memandangkan

bahawa

perkara

berhubung

rapat

pembentukan sikap dan corak pekerjaan seseorang;

ii.

pentingnya

mendalami

setiap

ilmu

yang

bermanfaat

bagi

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat;

iii.

pentingnya menghayati konsep penyucian diri ( tazkiah al-nafs) dan pengawalan nafsu dengan senantiasa berusaha membersihkan jiwa dari sebarang sifat keji dan munkar, berpegang teguh kepada kebenaran, bercakap benar, menepati janji, dan tidak mengkhianati amanah;

iv.

pentingnya khazanah pemikiran, pengajaran dan pengalaman yang penuh adab dan akhlak yang dizahirkan oleh tokoh ulung dunia

22

bermula daripada para nabi dan rasul sehinggalah para pemimpin keagamaan, ahli falsafah, ahli sains, negarawan dan pemimpin masyarakat dari pelbagai latar belakang agama dan kaum dikaji dan dimanfaatkan secara aktif serta bersungguh-sungguh dalam sebarang bentuk perbincangan dan penggubalan dasar;

v.

pentingnya mengenali dan mengiktiraf kelemahan atau keaiban diri dan perkara-perkara yang dapat membatalkan sesuatu amal yang dilakukan, manakala pada masa yang sama, cuba memperbaikinya dari segenap aspek yang meliputi kerohanian, intelektual, adab dan akhlak;

vi.

pentingnya memanfaatkan dengan penuh ikhlas dan hormat, para ilmuan ulung dan ahli agama dalam sebarang bentuk perencenaan pengurusan khususnya dalam memberi nasihat dan tunjuk-ajar berkaitan dengan pembangunan sistem nilai dan etika dalam organisasi; dan

vii.

pentingnya mengamalkan prinsip syura dalam segenap aspek pengurusan supaya dengan ini akan terhasillah kebijaksanaan, kewibawaan, suasana keilmuan, ketegasan dalam hal kebenaran, dan kesejahteraan serta keharmonian dalam seluruh organisasi.

23

Kerangka Amali Perkhidmatan Awam Yang Berintegriti Penghuraian ringkas tentang makna integriti dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya itu boleh kita gunakan sebagai asas untuk membina satu kerangka amali Perkhidmatan Awam yang berintegriti. Kerangka ini perlu dibina berasaskan lima teras utama seperti berikut:

i.

Budaya ilmu. Teras ini merujuk kepada penyuburan budaya ilmu dalam diri setiap penjawat awam berteraskan pedoman dan kayu ukur ilmu yang sahih yang menyatukan antara kaedah wahyu, kaedah rasional, dan kaedah empirikal sehingga wujudnya satu hubungan timbal-balik antara komponen ilmu dengan komponen amal dalam pengurusan.

Pembudayaan ilmu ini akan menatijahkan manfaat berikut:

i.

Menerbitkan keimanan yang kuat dalam jiwa batin seseorang penjawat awam sehingga mereka tidak dapat lagi dikuasai oleh kehendak nafsu atau dikemudikan dengan akal secara sewenang-wenangnya. Implikasinya, penjawat awam yang

didedahkan dengan budaya ilmu ini akan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap prinsip kehidupan yang berteraskan agama dan melahirkan ketaatan kepada Allah tanpa berbelah-bagi;

24

ii.

Tersingkapnya sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan jelas sehingga tiada ada lagi ruang untuk ragu-ragu;

iii.

Memaparkan satu bentuk pelaksanaan tanggungjawab yang mementingkan adab, keadilan, ketertiban, kesejahteraan, dan keharmonian dalam urusan berorganisasi; dan

iv.

Konsep kepemimpinan dalam soal pengurusan pula akan dapat difahami secara lebih sempurna yakni kepemimpinan sebagai ibadat, kepemimpinan sebagai amal saleh, dan kepemimpinan sebagai amanah untuk menolak segala bentuk kemunkaran dan kefasadan. Kesempurnaan dari segi

pelaksanaan amanah kepemimpinan ini akan memastikan kebenaran dan haq diletakkan pada tempatnya yang wajar manakala kebatilan pula akan terhapus.

Ringkasnya, faham dan amalan pengurusan yang berteraskan ilmu ini akan berupaya mengembalikan serta mengukuhkan kemuliaan akhlak setiap penjawat awam, menzahirkan keadilan dalam tugas yang mereka laksanakan, serta membuahkan kecemerlangan yang menyeluruh dalam diri mereka yang meliputi kecemerlangan dari aspek roh, akal, dan jasad.

25

Jika aspek keilmuan ini tidak dititikberatkan, nescaya sikap dan amalan yang zalim, dayus, gelabah, jumud dan keras akan berleluasa dalam rangka kerja pengurusan dan menyamar sebagai sesuatu yang adil, bertoleransi, berani dan tegas. Akibatnya, lahirlah keinginankeinginan jahat dalam diri seseorang penjawat awam seperti menagih kuasa untuk kepentingan sendiri, mengaut peluang kebendaan secara mengeksploitasi orang lain, dan meningkatkan kedudukan sosial melalui cara yang tidak bermoral.

ii.

Sistem nilai. Sistem nilai yang dibangunkan dalam mana-mana organisasi awam mestilah bertunjangkan ilmu dan kebenaran yang diterbitkan melalui agama, bukan berteraskan hawa nafsu atau kepentingan pragmatik ekonomi, politik dan sosial. Sistem nilai yang sebegini akan melahirkan satu pola pelaksanaan tanggungjawab yang beradab, berintegriti, dan adil dalam semua aspek pengurusan. Ababila adanya sistem nilai ini, para penjawat awam bukan saja dapat diasuh untuk berfikir secara lebih wajar dan logik, tetapi yang lebih penting lagi, mereka berupaya melaksanakan sesuatu fungsi pentadbiran dengan penuh hikmah sejajar dengan hakikat manusia dan hakikat amalnya. Pola pelaksanaan tanggungjawab yang sebegini perlu ada di semua organisasi awam bagi menatijahkan islah dan menghindari

26

fasad yang membawa kepada kehancuran nilai masyarakat. Oleh sebab itu, sistem nilai ini mestilah bertitik-tolak daripada kerangka pandang alam agama yang sempurna. Jika tidak, akan lahirlah satu bentuk mentaliti dan pandangan hidup di kalangan sesetengah manusia yang berasaskan hawa nafsu dan pengaruh syaitan. Akibat buruknya terhadap struktur asas kepimpinan Perkhidmatan Awam adalah: i. Melahirkan pemimpin palsu dalam organisasi yang berpurapura menerima ajaran agama pada hal, dari segi hakikatnya, menentang pelaksanaan ajaran itu;

ii.

Kekeliruan konsep ilmu dan kehilangan adab terus berkekalan dalam organisasi;

iii.

Lahirnya penekanan yang melampau kepada sistem birokrasi yang memusatkan semua perkara dari perspektif ketua sematamata. Implikasinya ialah memenuhi kehendak ketua lebih utama walaupun ia sampai kepada soal melanggari prinsip agama dan adab kemanusiaan.

iv.

Berlakunya keadaan di mana kebenaran diukur sepenuhnya berdasarkan kuasa, kedudukan, dan status sosial seseorang, bukan berdasarkan darajat ilmu dan tingkatan akhlaknya;

27

v.

Meluasnya budaya bebal (the culture of mediocrity) yang menghadkan pelaksanaan agama dalam kontek tertentu sahaja atau menganggap agama sebagai satu urusan peribadi dan tidak boleh dicampuradukkan dengan sistem sosial. Dalam hal ini, agama hanya dianggap berkaitan dengan upacara ritual di tempat-tempat tertentu dan masa-masa tertentu untuk tujuan tertentu semata-mata.

vi.

Nilai-nilai yang diketengahkan membawa satu pengertian yang terbatas kerana pengertian tersebut diterbitkan melalui

kerangka keduniaan dan faham kebendaan semata-mata. Implikasinya ialah, kelakuan bermoral hanya terikat dengan keadaan, tempat, dan masa-masa tertentu.

Jika sebeginilah keadaannya, sudah tentu seseorang itu tidak dapat melahirkan kewibawaan dirinya dan memperkayakan

sumbangannya dalam konteks yang lebih luas. Oleh sebab itu, bagi memantapkan sistem nilai yang sebenar dalam diri setiap penjawat awam, usaha perlu dilakukan bagi menyuburkan akal-budi mereka sehingga mereka berupaya menghormati ilmu dan agama. Contohnya, mengadakan program ilmu yang berterusan bagi mendekatkan diri seseorang penjawat awam dengan Tuhan, dan mempertanggungkan

28

seseorang dengan tanggung jawab yang sesuai dengan akal, sifat peribadi dan kemampuannya.

iii.

Selia-kawal organisasi. Selia-kawal organisasi mestilah bermula dengan penekanan utama terhadap selia-kawal diri oleh setiap penjawat awam. Jika selia-kawal diri ini dilaksanakan dengan sempurna, mereka akan berupaya menahan diri mereka daripada mengikut telunjuk hawa nafsu dan dapat menyempurnakan amanah yang ditanggung oleh mereka dengan baik demi mendatangkan maslahah dan manfaat sebenar, bukan sahaja kepada organisasi, tetapi kepada manusia dan kehidupan di sekeliling mereka. Selia-kawal diri juga dapat menjamin supaya lima hak asasi dapat dipelihara dengan sempurna iaitu hak bagi memelihara agama, hak bagi memelihara diri, hak bagi memelihara akal, hak bagi memelihara keturunan, dan hak bagi memelihara harta. Perkara ini akan memberi kesan penting dalam melahirkan satu bentuk selia-kawal organisasi yang menyeluruh. Ini akan dapat mendorong ke arah tertegaknya lima prinsip dasar pentadbiran iaitu perundingan secara musyawarah dan penuh semangat muhibbah, keadilan dari segi tindakan dan keputusan, kebebasan menyuarakan pendapat dalam batas-batas yang ditetapkan oleh hukum,

kesaksamaan dalam mengecapi hak asasi kehidupan, dan kebebasan

29

setiap anggota organisasi untuk mendakwa pemimpin organisasi yang tidak amanah dan menyeleweng. Aspek selia-kawal yang sebegini akan menghasilkan keterpaduan hati di antara setiap anggota Perkhidmatan Awam untuk sama-sama bermuafakat, berkorban, membela, dan memelihara hak-hak tertentu, serta pada masa yang sama, mencegah dari berlakunya

kepemimpinan organisasi yang berbudaya kebendaan atau hawa nafsu. Selia-kawal ini juga dapat menerbitkan dalam diri setiap penjawat awam tentang: - pentingnya kerjasama dan permuafakatan dalam melaksanakan sesuatu tanggung jawab; - pentingnya memilih pendapat yang paling benar walaupun tidak disepakati secara majoriti; - pentingnya mengekalkan keputusan yang adil dan bijaksana; - pentingnya perancangan yang teliti dibuat bersama tanpa didorong oleh kepentingan diri; dan - pentingnya komitmen dan penyertaan sepenuhnya terhadap setiap keputusan yang diambil.

iv.

Audit sosial.

30

Audit sosial ini meliputi pengawasan dan maklum-balas awam 20 terhadap pengendalian sistem pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi awam dalam hubungannya dengan pengamalan prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Dari segi manfaatnya, teras ini dapat melahirkan ketelusan organisasi kerajaan dalam membentuk

mekanisme penilaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan: - penurunan kuasa kepada kelompok tertentu dalam hal merancang, mengelola, dan menguruskan sesuatu projek; - kelemahan dari segi mengawasi sesuatu fungsi perkhidmatan; - kelemahan sistem kawalan dalaman dan luaran; - ketiadaan ketelusan; - ukuran pengawalan yang tidak komprehensif; - ketiadaan piawai pengurusan yang berketrampilan; - kepincangan dalam pengendalian sumber; - sesuatu fakta yang tidak dibentangkan secara objektif; - ketidakperincian dalam penganalisaan sesuatu tindakan.

v.

Struktur perundangan dan mekanisme penguatkuasaan. Teras ini berkisar pada piawai yang perlu digunakan bagi mengawal tingkah laku dan mendisiplinkan penjawat awam, dan faktor-faktor

20

Maklum- balas awam yang dimaksudkan di sini bukanlah merujuk kepada maklum-balas orang ramai tetapi maklum-balas golongan yang berautoriti dalam sesuatu bidang ilmu kerana merekalah yang sebenarnya layak untuk memberi sesuatu maklum-balas secara objektif. Jika yang dimaksudkan dengan awam itu adalah orang ramai, sudah tentu sesuatu maklum-balas yang diberi itu berlandaskan cita rasa hawa nafsu atau sentimen emosi yang sering berubahubah keadaannya, bukannya berasaskan kebenaran ilmu.

31

yang perlu diberi perhatian dalam penggubalan kod etika dalam sesebuah organisasi awam. Dari segi manfaatnya, teras ini dapat berfungsi sebagai pendokong kepada sistem kawalan organisasi yang dapat digunakan bagi mengekang perancangan bagaimanapun, pelbagai dan bentuk salah-laku urusan yang timbul dalam Walau

pengendalian struktur

pentadbiran. dan

perundangan

mekanisme

penguatkuasaan tersebut mestilah tidak bersifat menghukum tetapi lebih kepada memberi pendidikan tentang pentingnya prinsip adab dan akhlak diamalkan dengan baik.

Pelan Tindakan Umum Pengurusan yang Berintegriti Usaha bagi membangunkan sebuah perkhidmatan awam yang berintegriti sebenarnya telah bermula semenjak daripada tahun 1979 lagi apabila terbitnya buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang , sambil pada masa yang sama, cogan kata Berkhidmat Untuk Negara turut diperkenalkan. Setelah tiga dekad perkara ini ditimbulkan, mustahillah jika kita masih belum dapat memahami perkara ini dan mustahillah juga jika kita masih belum mengenal pasti elemenelemen yang boleh meruntuhkan struktur pengurusan yang berintegriti yang telah lama dibentuk itu. Kita mesti betul-betul menjaga soal ini kerana ialah yang mencorakkan kualiti hidup dan kekuatan tamaddun yang cuba kita bangunkan di negara ini.

32

Prinsip integriti yang perlu kita terus suburkan, bukan sahaja dalam Perkhidmatan Awam malah untuk seluruh masyarakat Malaysia, adalah prinsip integriti yang berteraskan ilmu dan kebenaran dan bertitik tolak daripada pandang alam agama. Ini kerana ia mempunyai keupayaan untuk memulihkan diri (self-reform capabality), melahirkan tindakan yang lebih tertib dan beradab, mengurangkan perencanaan yang tempang, dan mengelakkan pelaksanaan usaha yang merugikan. Jika perkara ini diberi perhatian, nescaya Perkhidmatan Awam akan sentiasa bergerak atas landasan yang betul serta dapat menghasilkan perancangan dan keputusan yang bijak. Sesuatu program yang berkait dengan pembangunan sistem integriti perlulah ditampilkan dalam bentuk spesifikasi yang jelas sehingga berupaya menampakkan sejauh mana ia memberi kesan yang signifikan terhadap Perkhidmatan Awam. Kita juga perlu memikirkan tentang mekanisme bagi mengesan beberapa perubahan dasar yang patut dilakukan dan mengenal pasti status pengiktirafan terhadap sistem nilai yang dibangunkan. Dalam masa yang sama, plan tindakan bagi membangunkan sistem pengurusan yang berintegriti pula perlulah dibangunkan, sentiasa disemak dari segi kewajarannya, dan dipertingkatkan keberkesanannya. Ia juga hendaklah dipastikan meliputi tiga aspek penting utama iaitu aspek selia-kawal diri, etika profesion, dan urus tadbir (governance). Rangka plan tindakan umum yang boleh diketengahkan untuk melahirkan satu bentuk pengurusan yang berintegriti adalah seperti berikut:

33

i.

Mewujudkan

keutuhan

pengurusan

organisasi

berteraskan

pandang alam agama;

ii.

Membina tradisi ilmu secara aktif dan berterusan di kalangan warga organisasi yang meliputi proses penyucian akal dan penyuburan pemikiran;

iii.

Mewujudkan suasana persaudaran dan permusyawaratan dalam organisasi dan mengenepikan wibawa yang berbentuk autokratik serta pengamalan birokrasi yang melampau;

iv.

Menyemai dan merangsang perkembangan intelek di kalangan warga organisasi supaya mereka dapat bertindak dengan penuh bijaksana dan sederhana;

v.

Membina sahsiah serta ciri-ciri kepimpinan yang berorientasikan agama melalui tunjuk ajar tokoh-tokoh ilmuan yang terbukti kewibawaannya;

vi.

Mengkaji segala kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman lalu meninjau pendekatan yang wajar bagi memantapkan lagi

pengamalan nilai di kalangan ahli organisasi;

34

vii.

Meningkatkan keunggulan dalam bidang yang ditangani lalu membentuk satu bentuk pengurusan strategi yang sejajar dengan prinsip muamalah Islam;

viii.

Mengenengahkan kepada setiap ahli organisasi dengan satu bentuk latihan yang bersepadu yang menjurus ke arah

mengadabkan roh, akal dan jasad;

ix.

Menubuhkan pusat sumber dalam bidang etika dan moral di semua jabatan kerajaan;

x.

Perpustakaan yang ada di setiap jabatan perlulah membanyakkan koleksi dalam bidang pemikiran termasuklah sastera, sejarah, falsafah sains dan kemanusiaan, bukan hanya buku-buku

pengurusan;

xi.

Projek penulisan yang membahaskan ilmu perlu dilakukan secara aktif oleh setiap institut latihan awam;

xii.

Menubuhkan jawatankuasa penyelaras yang bertanggungjawab menyenaraikan resource-person dalam bidang etika dan moral. Resource-person ini hendaklah terdiri daripada kelompok ilmuan, jurulatih di setiap institusi latihan, tokoh-tokoh yang diiktiraf

35

kewibawaannya dalam masyarakat dan pengamal pengurusan. Kelompok ini pula akan diamanahkan untuk membincangkan isuisu berkaitan moral dan akhlak, corak pengukuhannya dan mengambil langkah secara proaktif dalam mengemas kini kaedah penerapannya;

xiii.

Mengadakan siri Imbasan dan Iktibar yang meliputi pengisahan tentang negara yang mengalami kehancuran akibat keruntuhan nilai dan juga negara yang mengecapi keharmonian disebabkan pemerintahannya yang adil. Siri ini juga akan turut mengenang tokoh-tokoh ulung dunia dan Tanah Melayu yang menyumbang makna yang besar dalam segenap kehidupan insan; dan

xiv.

Menubuhkan jawatankuasa perunding mengenai latihan dalam bidang etika dan moral yang dianggotai oleh para ilmuan yang senantiasa bergiat dalam mengenengahkan isu moral dalam latihan. Antara tanggungjawab jawatankuasa ini ialah: memberi berkaitan; bertukar pendapat serta pengalaman sambil menentukan strategi-strategi ke arah meningkatkan keberkesanan latihan ini; nasihat dan maklum-balas dalam isu yang

36

menjalankan usaha secara bergandingan dengan institusiinstitusi pengajian tinggi samada dalam dan luar negeri dalam bidang penyelidikan yang menyentuh permasalahan nilai dan etika;

menerbitkan satu jurnal atau buletin yang bersifat jaringan dalam bidang tersebut;

berperanan secara tidak langsung sebagai jawatankuasa integriti dalam usaha meningkatkan sakhsiah dan profesionalisme ahli organisasi;

mengambil

inisiatif

yang

berterusan

dalam

mendokumentasikan kajian-kajian kes dalam bidang nilai dan etika. Kajian kes ini hendaklah meliputi organisasi yang berjaya dan juga yang gagal, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa lalu.

Selain daripada pelan tiundakan ini, kita juga perlukan satu kerangka institusi (institutional framework) yang sekurang-kurangnya dapat memastikan bahawa setiap individu dalam organisasi melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik dan penuh amanah. Kerangka institusi ( institutional framework) yang dimaksudkan itu adalah:

i.

Pembangunan sistem pengurusan etika yang komprehensif dan bersepadu dengan mengambil kira aspek kesejahteraan dan

kebahagiaan rohani dan jasmani manusia;

37

ii.

Pembentukan

piawai

kepemimpinan

organisasi

yang

meliputi

wawasan pengurusan yang lebih menyeluruh;

iii.

Pembentukan sistem perancangan yang berasaskan tiga pendekatan yang disatukan yakni pendekatan yang bertunjangkan wahyu

(revelational), akal (rational), dan pengalaman indera (empirical);

iv.

Pembangunan satu sistem dokongan yang dapat menghasilkan mutu penghasilan kerja yang memuaskan seperti peralatan pejabat yang mencukupi, pengagihan tugas yang adil dan sistematik, dan order pentadbiran yang dinamik;

v.

Pembangunan sistem bagi membasmi penyelewengan dan salah-laku dalam pengurusan melalui pembentukan badan pengawasan dan pengawalan disiplin yang mantap;

vi.

Pembentukan sistem dan prosedur pengurusan yang telus, jelas dan mudah difahami; dan

vii.

Pelaksanaan amalan penyelidikan dan kajian yang berterusan mengenai aspek akauntabiliti dan integriti di peringkat organisasi supaya unsur-unsur dan faktor-faktor yang memberi impak terhadap

38

piawai etika atau yang mendorong berlakunya salah-laku dan penyelewengan, dapat dikenal pasti.

Rumusan dan Renungan Menurut Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, kita tidak boleh menyalahkan kemajuan dan pembangunan yang pesat sebagai sebab utama berlakunya krisis nilai dalam pentadbiran dan pengurusan serta krisis nilai dalam masyarakat secara umumnya. Ada beberapa negara di Asia-Afrika dan Amerika Latin walaupun tidak tinggi kadar pembangunan ekonominya tetapi tinggi kadar amalan rasuahnya dan beberapa bentuk malpractices berlaku di kalangan pegawai kerajaan mereka. Kerajaan Islam awal pula kalau kita lihat, telah mencapai kejayaan material yang tinggi dengan begitu pantas selepas kejatuhan Kerajaan Rom dan Parsi, tetapi tidak pula dicatatkan dalam sejarah tentang berlakunya krisis nilai dan keruntuhan akhlak. 21 Pokok pangkalnya ialah kita perlu sentiasa teliti dan teratur dalam mengurus pembangunan negara sambil menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan dasar agama, akhlak dan budaya. Persoalan etika dan moral, khususnya tentang integriti, yang disentuh di atas bukan sahaja berupaya mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berwibawa malah ia turut akan memberi manfaat yang besar dari segi integrasi kaum. Jika kita bersungguh-sungguh menjadikan etika dan moral sebagai asas pengurusan dan pentadbiran negara, kita sudah tentu akan terus dapat menggembleng

21

Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, Insan Baik Teras Kewarganegaraan, Pemikir, Januari Mac 1993.

39

segala tenaga dan sumber bagi menghapuskan segala kepincangan yang sedang dan bakal dihadapi dalam arus pembangunan negara. Ini secara tidak langsung membolehkan semua rakyat, tanpa mengira agama dan bangsa, terusmenerus mengecapi nikmat keadilan dalam sistem pentadbiran negara, merasai kerukunan hidup, dan memperolehi peluang kemakmuran yang sama rata hasil daripada sistem pengurusan dan pentadbiran yang beretika dan bermoral. Kerajaan semenjak dulu lagi menitikberatkan semangat muhibah dan meminta semua rakyat mengamalkannya supaya mereka dapat menangani perbezaan yang ada antara agama. Dalam hal ini, Perkhidmatan Awam hendaklah lebih bersikap progresif khususnya dalam mengurus kerencaman masyarakat yang berbilang agama dan adat-resam manakala pada masa yang sama, terus menyedarkan rakyat bahawa toleransi terhadap perbezaan kaum, agama dan budaya adalah satu kenyataan yang perlu dihayati. Kita sebenarnya mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan negara-negara lain. Rakyat negara kita terdiri daripada penganut pelbagai agama besar dunia seperti Islam, Hindu, Buddha, Confucianisme dan Kristian. Semua agama besar ini membawa nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama seperti kebajikan, ketulusan, keadilan, kesederhanaan dan kesepaduan. Nilainilai inilah yang boleh dijadikan asas bagi mengurangkan streotype etnik. Oleh itu, diharapkan supaya Perkhidmatan Awam negara ini akan terus dapat membangunkan satu corak pengurusan yang berdasarkan persafahaman antara kaum serta mengiktiraf perbezaan agama dan budaya supaya dengan ini terzahirnya keharmonian, bukan sahaja dalam organisasi malah dalam negara.

40

Tugas besar Perkhimatan Awam yang turut berkaitan dengan persoalan ini adalah menyelami masalah pokok yang sering mengganggu keharmonian dalam sistem pentadbiran organisasi dan sosial. Jalan penyelesaian yang terbaik perlu difikirkan, dengan mengambil kira semangat sebenar nilai-nilai agama yang dianuti oleh rakyat negara ini. Jika usaha murni ini dilakukan lalu hasilnya dimasukkan sebagai bahagian utama dalam pembentukan etika profesional, nescaya kita akan dapat melahirkan ramai pentadbir dan warga negara yang berjiwa besar, mempunyai kesedaran sejarah yang tinggi, dan bersedia mengambil manfaat daripada kebijaksanaan yang ditampilkan oleh tokoh-tokoh besar agama yang menyusuri setiap tamadun dunia.

41

Anda mungkin juga menyukai