Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM CERAMAH MEMBONGKAR KEGEMILANGAN TOKOH ISLAM (SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

US TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM.

24 SEPTEMBER 2011 ANJURAN JAWATANKUASA PENGGERAK MUSOLLA AL-JAWAHIR DAN TARBIAH (PERMATA) DI BAWAH BIRO KEROHANIANA DAN MORAL JABATAN PERWAKILAN PELAJAR, JPP KE-46 DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM)

1.0

Tajuk

Membongkar Kegemilangan Tokoh Islam (Sultan Muhammad al-Fateh)

2.0

Penganjur

Jawatankuasa PERMATA di bawah biro agama JPP ke-45 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

3.0

Pendahuluan

Program Membongkar Sejarah Kegemilangan Tokoh Islam (Sultan Muhammad alFateh) ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dan dianjurkan oleh PERMATA bersama Biro Kerohanian dan Moral JPP ke-46. Program ini bertujuan untuk menaikkan jasbah atau semangat dalam kalangan seluruh umat Islam pada hari ini untuk lebih bersemangat dalam usaha menegakkan agama Islam di samping taat kepada perintah Allah dengan mengikuti cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat Rasullullah s.a.w., Abu Ayub al-Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima bani Umaiyyah: "aku mendengar Baginda Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut. Maka aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh Baginda s.a.w. Beliau ialah Sultan Muhammad al-Fateh. Dalam era modenisasi ini, masyarakat hari ini lebih gemar mengkaji dan menyelidiki hal ehwal berkenaan artis, selebriti ataupun ahli sukan. Oleh sebab itu, program seperti ini dibuat bagi memberikan pendedahan kepada umat Islam dan para siswa dan siswi guru khasnya bahawa kita mempunyai seorang tokoh Islam yang terunggul yang mungkin tidak diketahui oleh kita sebelum ini kerana beliau bukanlah dalam golongan para sahabat Rasulullah s.a.w.. Program ini terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan juga akan disertai oleh siswa siswi institusi pengajian tinggi dan para pelajar di sekitar Johor Bahru. Program ini akan dilaksanakan di dalam kampus iaitu di Dewan Seri Temenggong, DST dengan harapan agar program ini mampu membuka minda semua umat Nabi Muhammad s.a.w. khasnya umat Islam.

4.0

Matlamat

Menjadikan program ini sebagai satu wadah ke arah membina dan mengukuhkan lagi semangat terus berjuang, di samping dapat meluaskan lagi kefahaman tentang sejarah kegemilangan tokoh Islam dan dapat melahirkan umat Islam yang tinggi nilai kecintaan kepada agama.

5.0

Objektif

Menyemaikan pengetahuan tentang sejarah kegemilangan tokoh Islam satu ketika dahulu di samping memberi pendedahan dan pengetahuan tetang gaya pemikiran tokoh Islam, Sultan Muhammad al-Fateh kepada siswa dan siswi guru agar terus bersemangat memberikan sumbangan kepada bangsa, negara dan khususnya kepada agama.

6.0

Sasaran dan penglibatan 6.1 6.2 6.3 Terbuka kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim terutamanya yang beragama Islam Pensyarah-pensyarah JAPIM IPG KTI. Siswa dan siswi institusi pengajian tinggi dan para pelajar sekitar Johor Bahru - Institut Pendidiakan Guru Kampus Tun Hussien Onn, - Universiti Teknologi Malaysia - Institut Kemahiran Mara - Kolej Sains Bersekutu - MARSA

7.0 Tarikh Hari Masa

Pelaksanaan program : : : : 24 September 2011 Sabtu 9.30 pagi-12.00 tengah hari. Dewan Sri Temenggong, DST

Tempat

8.0 Bil. 1.

Perbelanjaan dan kewangan Perkara Makanan Bilangan 300 orang Harga RM 3.00 X 300 = RM 900.00 RM 0.50 X 300 = RM 150.00 RM 5.00 X 7 = RM 35.00 RM 100 X 1 = RM 100 Sumbangan IPG

2.

Minuman

300 orang

3.

Jamuan VIP

7 orang

4.

Banner program

1 helai

5.

Cenderamata penceramah

Buku nota IPG, key chain IPG, skrol IPG 1

6. 7.

Bayaran Penceramah

RM 200 RM 1355.00

Jumlah keseluruhan

9.0

Atucara Program

Masa 9.30 a.m

Aktiviti - Ketibaan peserta, penceramah dan VIP jemputan - Tayangan video klip program - Bacaan doa - Ucapan pengarah program - Sesi ceramah - Sesi soal jawab - Persembahan nasyid Kumpulan Inspirasi - Program bersurai - Jamuan VIP bersama Penceramah - Jamuan para peserta

9.50 a.m 9.55 a.m 10.00 a.m 11.30 a.m 11.50 a.m 12.00 a.m.

10.0

Jawatankuasa

10.1

Jawatankuasa induk

Penaung Tn. Hj. Mohammad Said bin Hasran Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Penasihat Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Perkhidmatan, IPG KTI

Penyelaras Ustaz Ahmad Puaad bin Abdul Rahman Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG KTI

10.2

Jawatankuasa kerja

Bil. 1. 2.

Nama Syed Muhammad Nuh bin Syed Yusof Norain binti Che Ali @ Bahari

Jawatan Pengarah program Timbalan pengarah program Setiausaha Bendahari

3. 4.

Salman bin Mohammad Said Mohd Hasmie bin Hassan

5.

Lajnah Tamir - Muhammad Faris bin Mokhtar Lajnah Sokepis - Nazirah binti Mohd Rozar Lajnah Tarbiyah - Muhd Ishak Ridhuan bin Che Md. Nawi Norain binti Che Ali @ Bahari

Unit Disiplin dan Protokol

6.

Unit Makanan

7.

Unit Perhubungan Luar

Unit Jemputan penceramah Unit Teknikal

9.

Lajnah Informan - Muhd Syafik bin Muhamad Surur Lajnah Informan - Fatin Syazwani binti Othman Lajnah Helwani - Nurul Aine binti Mohd Nasir Lajnah Inventori - Mohd Riezman bin Ramli Lajnah Kesenis - Mohd Zulraimin bin Zulkifli Lajnah Maktabah -Nur Liyana binti Samsudin

10.

Unit Multimedia dan Publisiti Unit Hadiah dan Cenderahati Unit Kebersihan dan Kebajikan Unit Penyediaan Dewan dan Peralatan Unit Edaran Risalah

11.

12.

13.

14.

11.0

Penutup

Diharap Program Membongkar Kegemilangan Tokoh Islam (Sultan Muhammad al-Fateh) ini dapat menjadi satu titik tolak kepada para peserta khasnya kepada siswa dan siswi guru untuk lebih memahami erti sebenar perjuangan dan seterusnya dapat menjalankan kewajiban sebagai seorang bakal guru yang membina modal insan dalam diri anak didik masing-masing dengan penuh semangat dan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai