Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum Wbt

Kepada,

Saudara Badrul Amirul Amin Bin Bukhari
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan.
(U/P : Bendahari Agung BKPJJ)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENJAYAKAN BENGKEL KEPIMPINAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah (PERMATA)
dibawah kelolaan Biro Sahsiah dan Kepimpinan akan menganjurkan Bengkel Kepimpinan. Program ini akan
berlangsung di PUSKMA pada 16 dan 17 Mei 2014.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada pihak
tuan sebanyak 20 JD dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan dan kerjasama yang diberikan
oleh pihak tuan dapat melancarkan lagi program ini.

4. Bersama-sama surat ini disertakan kertas kerja Bengkel Kepimpinan yang telah kami sediakan untuk
rujukan pihak tuan.

5. Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
dan sekalung penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Partisipasi Bersama Mencorak PERMATA

Yang Menjalankan Tugas,


(MOHD FAHMY BIN MAHMUR)
Pengarah,
Bengkel Kepimpinan.
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah (PERMATA)

** SURAT INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER DAN TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG TANDATANGAN

Ruj. Kami : PERMATA 08 (12) / 01 -13/ 14 (141)
Tarikh : 12 MEI 2014 / 12 REJAB 1435 H

Anda mungkin juga menyukai