Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA),

KAMPUS GONG BADAK, 21300 GONG BADAK,


KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

TEKS UCAPAN PENGARAH PPHP

ANJURAN :
KOR KESATRIA III DENGAN KERJASAMA PPHP

TARIKH :
9 DISEMBER HINGGA 11 DISEMBER 2021

TEMPAT :
KEM SURVIVAL IM4U OUTREACH CAMP MERANG, SETIU,
TERENGGANU
Bismilahi rahmanirrahim
Terima kasih saudari Pengacara Majlis,

Yang berusaha,
Kapten (K) Mohammad Hafiz Bin Abdullah,
Encik Mohd Rahim bin Ariffin,
Penyelaras Badan Beruniform UniSZA.
Para Pegawai dan Staff Pengurusan PPHP.

Yang dikasihi,
Fasilitator dan Jurulatih kor kesatria,
Barisan Jawatankuasa program EAGLE EYE KNIGHT SQUAD BATCH 09
ORIENTATION AND ORGANISATION OF MANAGEMENT
PROGRAMME (LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER FASA 2).

Serta hadirin sekalian.

Assalammualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh

1. Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya


kerana telah memberi keizinan kepada kita untuk bersama-sama
berkumpul dalam program EAGLE EYE KNIGHT SQUAD BATCH
09 ORIENTATION AND ORGANISATION OF MANAGEMENT
PROGRAMME (LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER FASA 2).

2. Pertama sekali, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada


mahasiswa/i yang teribat dalam menjayakan program EAGLE
AYE KNIGHT SQUAD BATCH 09 ORIENTATION AND
ORGANISATION OF MANAGEMENT PROGRAMME (LATIHAN
INTENSIF BAKAL KOMANDER FASA 2) pada kali ini. Usaha-usaha
begini amatlah digalakkan dan disokong untuk merealisasikan
harapan universiti untuk melahirkan mahasiswa/i yang bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut
cemerlang dalam bidang kokurikulum.

3. Seperti yang kita tahu, program kemasukan kor bagi pelajar


baharu sesi 2021/2022 merupakan sebahagian daripada takwim
tahunan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) sesi
2020/2021. Tujuan Program ini dianjurkan ialah untuk menarik
minat pelajar baharu menyertai badan uniform dan menjadi satu
dorongan untuk melahirkan mahasiswa/i holistik sejajar dengan
teras NASEEM UniSZA. Secara tidak langsung ia dapat memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

4. Saya yakin dengan usaha seperti ini, kita dapat menarik minat
pelajar baharu menyertai kor-kor yang ditawarkan di UniSZA
disamping menggalakkan mereka bergiat aktif sepanjang
semester, melatih mahasiswa/i dari segi kepimpinan, keyakinan
terhadap diri, berkebolehan, dan berkemahiran dalam
mempromosikan kor masing-masing. Selain itu, saya juga
percaya ini akan menjadi salah satu medium penyatuan
semangat persaudaraan antara pelajar kokurikulum UniSZA dan
komuniti disamping dapat melahirkan masyarakat terutama
sekali mahasiswa/i yang aktif dalam aspek jasmani dan rohani,
mereka tidak hanya tertumpu kepada bahagian akademik sahaja
malah stabil fizikal dan mental.

5. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, pastinya


UniSZA ingin melahirkan graduan terkehadapan yang
mendahului keperluan masyarakat untuk membangunkan
modal insan yang berupaya membangunkan negara. Demi
melahirkan mahasiswa yang berani, kreatif, berinovasi, proaktif
dan fleksibel, pihak UniSZA memberikan galakan kepada pelajar
agar melibatkan diri dengan aktiviti beruniform atau persatuan
dan merancang aktiviti mengikut minat pelajar.

6. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya berharap program ini


dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta dapat
memberi input yang baik kepada semua masyarakat dan
mahasiswa/i yang terlibat. Selain itu, diharapkan kerjasama
yang telah dibina antara pihak mahasiwa/i dapat dieratkan serta
dapat dijadikan tunjang utama yang baik kepada setiap individu
melalui sikap dan perwatakan yang ditonjolkan oleh semua
mahasiswa/i.

7. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perwakilan


Pelajar Beruniform UniSZA atas inisiatif yang dilaksanakan ini.
Saya juga berdoa semoga kita semua dipanjangkan umur untuk
terus berbakti kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Alaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai