Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

LAWATAN KEBAJIKAN
PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH 2014
TAJUK PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MASIH ADA YANG SAYANG TARIKH 15 MARCH 2014, SABTU TEMPAT RUMAH KASIH NURUL HASANAH, AMPANG, SELANGOR PERUNTUKAN DIPOHON TUNAI - RM 3,280.00 | PENGANGKUTAN RM750.00

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGANJUR PROGRAM

PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH, UNITEN PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MASIH ADA YANG SAYANG

OBJEKTIF

Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif serta menanam sifat kasih sayang dan sifat tolong-menolong dalam diri setiap insan yang berguna pada masa akan datang Memberi semangat kepada penghuni RKNH dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka. Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain dalam proses pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim. Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian dan menjadi tuntutan setiap agama untuk melakukan amal kebajikan yang dianggap jariah dan mendapat pahala daripada Tuhan sekiranya perbuatan tersebut adalah berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang proses pelaksanaan sesuatu projek bermula dari percambahan idea, penghasilan kertas kerja sehinggalah selesai sesuatu program bagi menjamin kualiti program yang dilaksanakan tersebut.

TARIKH TEMPAT BILANGAN PESERTA PERBELANJAAN

15hb March 2014 Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Selangor 44 Pelajar Tunai RM3,280.00, Pengangkutan RM750.00

1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan penilaian serta kelulusan pihak universiti bagi menganjurkan PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MASIH ADA YANG SAYANG yang akan berlangsung pada 15 MARCH 2014 di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Selangor. 2.0 LATAR BELAKANG Program yang ingin dilaksanakan ini adalah merupakan satu program khidmat sosial atau pembangunan masyarakat khas untuk mahasiswa/mahasiswi Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya. Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH) mula dibuka pada awal April 2012. Pada awalnya RKNH bermula oleh kerana mendengar banyak keluhan, permintaan dari golongan yang memerlukan pelindungan seperti anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas serta saudara baru maka RKNH mengambil inisiatif membuka sebuah rumah/asrama bagi menempat anakanah yatim dan asnaf yang amat memerlukan bantuan serta pelindungan. Antara objektif RKNH adalah berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka samada dari segi keperluan lahiriah ataupun rohaniah. Selain itu juga, membimbing mereka sehingga menjadi insan yang cemerlang dan berjaya didalam dunia dan akhirat. RKNH merupakan sebuah rumah kebajikan yang tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan, persatuan yang menyalahi undang-undang. Bilangan anak-anak di RKNH seperti berikut 55 Anak-anak yatim, 3 Anak-anak yatim piatu, 42 Anak Asnaf, 2 Anak OKU. Terdapat juga 15 Warga Emas, 10 Ibu Tunggal, 3 Muallaf. Jumlah penghuni RKNH adalah sekitar 130 orang. Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi melengkapkan pembelajaran mahasiswa/mahasiswi UNITEN yang terlibat dengan memberi pendedahan serta peluang kepada mahasiswa/mahasiswi bagi mengurus, merangka, melaksana dan mendokumentasi sesuatu projek dengan sempurna dan jayanya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar cara untuk menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan sebagai persediaan menjadi pemimpin masyarakat pada masa hadapan sesuai dengan peningkatan status pendidikan mereka. Sehubungan itu, program ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan, meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat (mahasiswa/mahasiswi) serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat menimbulkan rasa ingin berbakti dan juga bertanggungjawab kepada masyarakat di dalam diri mahasiswa/mahasiswi itu sendiri

3.0 OBJEKTIF Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif serta menanam sifat kasih sayang dan sifat tolongmenolong dalam diri setiap insan yang berguna pada masa akan datang. Memberi semangat kepada penghuni RKNH dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka. Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain dalam proses pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim. Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian dan menjadi tuntutan setiap agama untuk melakukan amal kebajikan yang dianggap jariah dan mendapat pahala daripada tuhan sekiranya perbuatan tersebut adalah berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang proses pelaksanaan sesuatu projek bermula dari percambahan idea, penghasilan kertas kerja sehinggalah selesai sesuatu program bagi menjamin kualiti program yang dilaksanakan tersebut.

4.0 PENYERTAAN

4.1

Ahli Kelab / Persatuan Semua Pelajar Umum (Terbuka)

4.2

Sasaran Penyertaan : 44 ORANG MAHASISWA/MAHASISWI

4.3

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Penasihat Pengarah Program

: Dr Mardian Shah Omar : Vignes A/L Kannesan

Penolong Pengarah Program : Wan Fakhrul Izzat Bendahari Setiausaha : Muhammad Afif Syakiran : Prakash Krishnamurthi

Biro Jemputan & Protokol Publisiti & Promosi Teknikal & Multimedia Logistik & Kemudahan Keselamatan Jamuan Gotong Royong Fotografi : Raymond Wong : Fareesh Timbadia : Jason Lim : Lutfi Darus : Muhammad Zulfadli : Muhammad Shahid : Lai Jeng Hai : Muhammad Asyraf

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI / PROGRAM Tarikh: 15 MARCH 2014, SABTU

Tempat: Rumah Kasih Nurul Hasanah, No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000, Ampang, Selangor

Peralatan Yang Diperlukan: FDM Kenderaan Bas (44 Penumpang) X 1 Hantar dan Ambil Pada 15 March 2014, 8am(Hantar) Dari Uniten Ke RKNH dan 3PM(Ambil) Dari RKNH Ke Uniten RM750.00 PHEP

1 X Dulang

6.0 ATURCARA PROGRAM No. 1 Tempat. UNITEN Masa. 8 am Aktiviti. Pelajar Berkumpul Bertolak ke destinasi Tiba di destinasi Ramah Mesra Taklimat 1. Gotongroyong 2. Ziarah 9.45 am Pusat 3 Kebajikan 3. Pertandingan Mewarna, Melukis, Seni Tulisan Khat Majlis Penghargaan 11.30 am dan Penyampaian Sumbangan Makan tengahari Solat Berjemaah Bertolak Pulang Pengagihan kumpulan 1. Membersihkan kawasan persekitaran 2. Membantu masyarakat di pusat kebajikan Ucapan : 1. Presiden PPKA 2. Penasihat Program 3. Wakil Pusat kebajiakan Perkara.

UNITEN.

8.15 am 9 am 9.15 am 9.30 am

12.30 pm 1.15 pm 4 UNITEN 2 pm

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL PERKARA A. PENDAPATAN - Bantuan Tabung Aktiviti Pelajar (PHEP) JUMLAH PENDAPATAN PERBELANJAAN I. SEKRETERIAT & PROGRAM Tag Nama Peserta Banner 10x4 KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH(RM) 3,280.00 3,280.00

B.

ITMS 2 Mewarna, 3 3 3 5 100 50 30 50 300 150 90 250 80

II.

HADIAH PERTANDINGAN Melukis, Seni Tulisan Khat Hamper Hamper Saguhati Saguhati Staff RKNH

III.

JAMUAN MAKAN SARAPAN Penghuni Pusat Kebajikan, Staff, Pelajar UNITEN = 120org Menu : Bihun Singapore Sambal Kuih Karipap Teh o

120

3.50

420

IV.

JAMUAN MAKAN TENGAH HARI Penghuni Pusat Kebajikan, Staff, Pelajar UNITEN = 120org Menu : Nasi Putih Ayam Masak Lemak Telur Masak Sambal Ikan Masin Air Sirap Air Mineral Buah Tembikai

120

840

V.

SUMBANGAN MAKANAN KERING KEPERLUAN HARIAN YANG DIPERLUKAN OLEH RKNH Beras Gula Minyak Tepung Susu Pekat Telur Cili Kering Kicap Sos cili Kordial (Perasa Minuman) Bihun Biskut SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS ASRAMA Sabun Mandi Syampoo Ubat gigi Cloroxx Sabun basuh baju Sabun Cuci Lantai Sabun Cuci Pinggan Ridsect Nyamuk Dan Lipas SUMBANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN Buku Tulis Alat Tulis SUMBANGAN KEPERLUAN ANAK YATIM (KHAS) Muhammad Ridzuan Bin Fauzi, Bayi Berusia 3 bulan(Anak Yatim) Keperluan Pampers Saiz M Siti Nurbella Zerlina Bt Sallahuddin, Berusia 2 Tahun (Anak Yatim) Keperluan Pampers Saiz XL dan Susu Dutch Lady 123 Siti Nurfatihah Bt Zulkefli, Berusia 12 Tahun (Anak Yatim & OKU) Jenis Ketidakupayaan Cerebral Palsy Keperluan Pampers Saiz XXL dan Susu Durgo 456 Bijirin

Anggaran Perbelanjaan

600

VI.

Anggaran Perbelanjaan

200

VII.

Anggaran Perbelanjaan

100

VIII.

Anggaran Perbelanjaan

250

JUMLAH PERBELANJAAN FDM PENGANGKUTAN Bas (Hantar & Ambil) 15/03/2014

3,280 750

8.0 MAKLUMAT PENYEDIA KERTAS KERJA

VIGNES A/L KANNESAN

013 4646460 vigneslaa@gmail.com

9.0 PENUTUP Diharap Program Masih Ada Yang Sayang ini dapat mencapai objektif dan matlamat dengan jayanya. Sekiranya program ini berjalan lancar dan dapat mencapai matlamatnya, ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua yang terlibat dan sekaligus mengharumkan nama UNITEN serta semua pihak yang terlibat. Sekian, Jutaan terima kasih dan ini adalah harapan kami agar Kertas Kerja Lawatan Kebajikan bagi program Masih Ada Yang Sayang yang kami sediakan ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif Universiti dalam melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang mempunyai nilai kasih sayang terhadap golongan kurang bernasib baik, semangat berpasukan, pendedahan mengurus, merangka dan melaksanakan projek dengan sempurna dan jayanya serta dapat berbakti kepada masyarakat.

Disediakan Oleh ,

......................................... VIGNES A/L KANNESAN Pengarah Projek, Program Lawatan Kebajikan Masih Ada Yang Sayang, Persatuan Pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional.

ULASAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ________________________________________

. (TANDATANGAN & COP RASMI JAWATAN)

(TARIKH)

ULASAN PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ________________________________________

. (TANDATANGAN & COP RASMI JAWATAN)

(TARIKH)

Anda mungkin juga menyukai