Anda di halaman 1dari 8

MODUL AKTIVITI

AKTIVITI 1

NAMA : Remember Me

BAHAN : Kertas A4, Pen

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk dalam satu bulatan yang besar.
2. Fasi mengedarkan kertas A4 dan pen kepada semua peserta.
3. Fasi mengarahkan peserta untuk menulis nama, tarikh lahir, dan asal pada kertas
yang diberikan, kemudian lipatkan kertas tersebut.
4. Fasi mengumpulkan semula kertas dari semua peserta.
5. Fasi mencabut 5 kertas secara rawak, membaca kertas tersebut, dan 5 pelajar
tersebut akan berdiri di tengah-tengah.
6. Fasi akan minta peserta-peserta lain untuk mengingati maklumat 5 pelajat tersebut.
7. Fasi akan memilih peserta lain secara rawak untuk menyebut kembali maklumat
tentang kelima-lima pelajar tersebut.

RASIONAL :

1. Supaya para peserta lebih mengenali antara satu sama lain.


2. Membina hubungan silaturrahim antara peserta apabila mereka mengenali antara
satu sama lain.

AKTIVITI 2

NAMA : Pembentukan Kumpulan

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya membuka fail yang telah diedarkan, dan
melihat kertas yang bertulis nama haiwan. Haiwan-haiwan tersebut ialah ayam, itik,
kucing, burung, harimau, lembu, kambing, katak, kera, dan ular.
2. Fasi mengarahkan peserta supaya mencari ahli kumpulan masing-masing dengan
mengeluarkan bunyi seperti yang dikeluarkan oleh haiwan tersebut.
3. Peserta yang menyebut nama haiwan akan didenda.
4. Kumpulan yang paling lambat dibentuk akan didenda.

RASIONAL :

1. Untuk melatih peserta supaya bertindak mengikut arahan.


AKTIVITI 3

NAMA : Tag Nama

BAHAN : Kad manila, tali rafia, marker

KAEDAH :

1. Fasi mengedarkan kad manila, tali rafia dan marker kepada para peserta.
2. Fasi mengarahkan para peserta supaya menulis nama dan nama kumpulan pada kad
manila yang diberikan.
3. Name tag tersebut hendaklah dipakai sepanjang kem dilangsungkan.
4. Sekiranya pelajar melakukan kesilapan, pelajar akan dihukum dengan menulis
kesilapan mereka pada name tag tersebut.

RASIONAL :

1. Nama pada kad manila melambangkan identiti.


2. Sebagai pemimpin, individu perlulah menjaga nama baik mereka.
3. Dengan menulis kesilapan mereka pada kad manila, individu akan sedar dan tahu
apa kesilapan yang mereka lakukan, dan mereka akan berusaha supaya tidak
mengulangi kesilapan yang sama.

AKTIVITI 4

NAMA : Pembahagian Amanah

BAHAN : Spagetti

KAEDAH :

1. Fasi mengedarkan sebatang spageti kepada semua peserta sebagai amanah individu.
2. Fasi mengarahkan peserta supaya menjaga spageti tersebut supaya tidak patah, dan
spageti tersebut perlu dibawa sepanjang kem.

RASIONAL :

1. Melatih peserta untuk menjaga amanah dengan baik, walaupun amanah tersebut
nampak kecil/senang.
AKTIVITI 5

NAMA : Bendera Kumpulan

BAHAN : Kain, batang penyapu/kayu, marker

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk dalam kumpulan masing-masing.


2. Fasi mengedarkan kain dan marker kepada semua peserta.
3. Fasi mengarahkan peserta untuk melukis bendera kumpulan.
4. Fasi meminta pelajar untuk membentangkan bendera yang telah siap.
5. Fasi akan memberitahu bahawa bendera tersebut tidak boleh diletakkan dilantai.

RASIONAL :

1. Mendidik peserta supaya bekerjasama sebagai satu kumpulan.


2. Mendidik rasa hormat pada bendera, kerana bendera merupakan lambing kepada
sesebuah pertubuhan.

AKTIVITI 6

NAMA : Cipta Negara

BAHAN : Kertas Majong, Marker

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk dalam kumpulan masing-masing.


2. Fasi mengedarkan kertas majong dan marker kepada semua peserta.
3. Fasi mengarahkan peserta untuk melukis sebuah Negara berdasarkan kreativiti
mereka.
4. Setiap kumpulan akan membentangkan Negara yang telah mereka lukis.

RASIONAL :

1. Melatih peserta supaya bekerja sebagai satu pasukan.


2. Mendidik peserta supaya berfikiran kreatif.
AKTIVITI 7

NAMA : Lindungi Raja

BAHAN : belon yang diisi air

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para pelajar untuk berkumpul mengikut kumpulandan melantik


seorang ‘raja’ dari kalangan mereka.
2. Fasi akan mengedarkan 2 biji belon yang berisi air kepada setiap peserta.
3. Setiap peserta diminta untuk melindungi ketua kumpulan daripada basah. Sekiranya
‘askar’ terkena belon dan basah, ‘askar’ tersebut akan tersingkir. Seandainya ketua
kumpulan mereka basah, kumpulan tersebut akan terkeluar daripada permainan.

RASIONAL :

1. Melihat kerjasama pelajar dalam melindungi ketua.


2. Mendidik semangat berpasukan.

AKTIVITI 8

NAMA : Santai bersama Saiful Ramli

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Ceramah dalam keadaan yang santai, lebih kepada perkongsian.

RASIONAL :

1. Saiful merupakan salah seorang bekas pelajar SMK ASAR yang cemerlang dari sudut
akademik dan kokurikulum, contoh yang baik kepada para peserta.
2. Sebagai bekas pelajar di sekolah tersebut, beliau lebih memahami keperluan pelajar
dan membantu pelajar berdasarkan pengalaman beliau, melalui sesi soal jawab.
AKTIVITI 9

NAMA : Teka Lukisan

BAHAN : Kertas A4, Pen

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk dalam barisan mengikut kumpulan
masing-masing.
2. Fasi mengedarkan kertas A4 dan pen kepada semua peserta.
3. Fasi mengarahkan peserta yang duduk paling belakang barisan untuk menghadap
fasi.
4. Fasi akan menunjukkan kertas yang mempunyai perkataan, dan pelajar tersebut
diminta untuk melukis perkataan yang ditunjukkan dalam masa 10 saat.
5. Pelajar tersebut kemudian akan menunjukkan lukisannya kepada pelajar seterusnya,
dan pelajar yang seterusnya akan melukis berdasarkan lukisan yang dilihat, dan
proses ini akan berulang sehingga ke peserta yang terakhir.
6. Peserta terakhir akan meneka lukisan tersebut. Sekiranya salah, peserta akan
dikenakan denda.

RASIONAL :

1. Supaya para peserta belajar untuk menyiapkan tugasan dengan kemas dan baik
dalam masa yang ditetapkan.
2. Supaya para peserta tidak menilai sesuatu tanpa mengetahui asal-usulnya.

AKTIVITI 10

NAMA : Kita satu

BAHAN : Kertas majong, marker, tali rafia

KAEDAH :

1. Fasi akan mengikat 10 tali raffia pada marker.


2. Fasi mengarahkan para setiap kumpulan supaya duduk dalam bulatan.
3. Fasi mengedarkan kertas majong dan marker yang telah diikat dengan tali rafiia
kepada semua peserta.
4. Fasi akan memberikan perkataan kepada para peserta untuk ditulis.
5. Setiap peserta perlulah memegang tali pada marker tersebut dan menulis perkataan
yang diberikan.

RASIONAL :

1. Melatih peserta bekerja dalam kumpulan.


2. Memupuk sikap kerjasama dan teliti dalam menyiapkan tugasan.
AKTIVITI 11

NAMA : Kira Bintang

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya berdiri dalam satu bulatan yang besar.
2. Fasi akan menyebut satu nombor.
3. Para pelajar akan mengira dari nombor satu, tanpa menyebut nombor yang
dinyatakan oleh fasi. Setiap nombor yang disebut oleh fasi perlulah disebut sebagai
bintang.
4. Contohnya, fasi menyebut nombor 3. Jadi pelajar akan menyebut 1, 2, bintang… 10,
11, 12, bintang…. 22, bintang, 24…

RASIONAL :

1. Melatih pelajar supaya peka dengan persekitaran.


2. Melatih pelajar supaya memberikan tumpuan dalam melakukan sesuatu tugasan.

AKTIVITI 12

NAMA : Pengucapan Awam

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Fasi memberikan perkataan ataupun isu-isu yang berkaitan dengan kepimpinan,


sekolah, ataupun pelajar kepada peserta.
2. Para peserta akan diberikan masa 5 minit untuk membuat persiapan.
3. Fasi akan memilih pelajar secara rawak untuk mengupas perkataan ataupun isu
tersebut dalam masa yang diberikan.

RASIONAL :

1. Membina keyakinan diri dalam diri pelajar.


2. Melatih pelajar supaya berani bercakap di khalayak ramai.
3. Melatih pelajar supaya berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam
masa yang ditetapkan.
AKTIVITI 13

NAMA : Menuju Angkasa/Roket

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan pelajar duduk dalam barisan kumpulan masing-masing.


2. Fasi akan menceritakan tentang bumi yang kian nazak, dan para pelajar ini
merupakan individu yang terpilih untuk menaiki roket dan meninggalkan bumi ke
planet baharu.
3. Fasi akan menyebut beberapa barang yang perlu dibawa ke planet yang baharu
tersebut. Tetapi tidak semua barang boleh dimuatkan ke dalam roket.
4. Permainan ini boleh dimainkan beberapa cara :
a. Barang tersebut mempunyai maksud tersirat.
b. Kenapa pelajar pilih barang tersebut
c. Melalui barang tersebut, apakah inovasi yang boleh dilakukan

RASIONAL :

1. Rasional a, mendidik pelajar supaya mereka memahami bahawa setiap perkara yang
mereka lakukan adalah mendatangkan kesan kepada diri mereka dan diri orang lain.
2. Rasional b, mendidik pelajar bahawa setiap perkara yang dilakukan hendaklah
mempunyai sebab yang muhasabah.
3. Rasional c, melatih pelajar supaya berfikiran kreatif.
AKTIVITI 14

NAMA : Muhasabah Diri

BAHAN : Kertas A4, Pen

KAEDAH :

1. Fasi yang ditugaskan akan cuba bercerita topik yang menarik kepada para peserta.
2. Kemudian, fasi tersebut akan mengaitkan topiknya dengan muhasabah diri.
3. Fasi memadamkan lampu, dan memainkan muzik latar. Sesi penceritaan masih
diteruskan.
4. Fasi membuka semula lampu.
5. Fasi meminta pelajar mengeluarkan kertas daripada fail mereka.
6. Fasi mengarahkan pelajar supaya menulis ‘warkah terakhir’ di kertas tersebut.
Setelah selesai, fasi meminta pelajar melipat kertas tersebut.
7. Fasi mengumpul semua warkah yang telah ditulis.

RASIONAL :

1. Supaya para peserta dapat memuhasabah diri masing-masing.


2. Dapat meningkatkan kesedaran dalam diri peserta.
3. Memberi semangat kepada para peserta untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
pengawas dan juga sebagai pelajar.

AKTIVITI 15

NAMA : Persembahan Bakat

BAHAN :-

KAEDAH :

1. Selepas pembahagian kumpulan semasa sesi ice breaking, setiap kumpulan akan
mencabut undi jenis persembahan yang akan dilakukan oleh mereka. setiap
persembahan mestilah bertemakan kepimpinan.
2. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk mengikut kumpulan masing-masing.
3. Fasi akan meminta wakil kumpulan untuk mencabut undi giliran persembahan.
4. Setiap kumpulan akan membuat persembahan mengikut giliran mereka.

RASIONAL :

1. Mencungkil bakat dan kreativiti dalam diri pelajar.


2. Melatih pelajar supaya berani bercakap di hadapan.
3. Melatih pelajar bekerjasama dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai