Anda di halaman 1dari 6

Panduan Menulis Tugasan (Assignment)

Selepas sekian lama menceburi bidang akademik, saya mendapati rata-rata


para pelajar masih lemah untuk menghasilkan satu tugasan (assignment)
yang baik. Kebanyakkan hasil yang ditulis oleh para pelajar adalah tugasan
yang "sekadar siap" atau "ala kadar" sahaja.
Di OUM, tugasan menyumbangkan 35% daripada markah keseluruhan
matapelajaran. Maksudnya, sekiranya pelajar berjaya menghasilkan sebuah
tugasan yang baik, potensi untuk SCORE - A adalah besar. Sayang kiranya
bahagian ini diambil ringan oleh para pelajar.
Berdasarkan penelitian ini, saya telah tergerak hati untuk menulis sebuah
buku panduan ringkas untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam
mereka berusaha menghasilkan sebuah tugasan yang baik dan berkualiti.
Penulisan sebuah tugasan tidak mempunyai format yang tetap.
Walaubagaimanapun, buku ini ditulis secara santai dengan cara memberikan
panduan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam menulis
sebuah tugasan.
Cara-cara yang dicadangkan di dalam buku ini adalah bersifat penulisan
akademik yang ringkas. Walaupun ringkas, cara-cara yang dicadangkan
adalah menepati kehendak penulisan akademik. Sesuai untuk para pelajar
yang:

tidak tahu memulakan penulisan tugasan

tidak pasti samada yang ditulis / dijawab adalah betul atau tidak

sesuai untuk pelajar yang membuat TUGASAN dan bukan THESIS

sesuai untuk pelajar diploma dan ijazah sarjana muda

Cadangan penulisan di dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman


saya sebagai seorang pelajar. Cara-cara ini telah digunapakai ketika masih
menuntut di peringkat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat master. Saya
juga telah mengadaptasi cara-cara penulisan tersebut ketika membimbing
rakan-rakan dan para pelajar saya dalam mereka menulis tugasan. Hasilnya
sangat memuaskan, dan majoriti daripada mereka mendapat markah tidak
kurang dari 30 daripada 35, malah pernah juga beberapa kali pelajar yang
menggunakan cara-cara yang dicadangkan mendapat markah penuh
didalam tugasan mereka.
Walaubagaimanapun, setakat ini buku tersebut telah 70% siap dan dalam
proses pengeditan untuk memastikan panduan yang disampaikan memenuhi
kualiti dalam penulisan akademik.
Sekiranya anda berminat lanjut berkenaan buku tersebut... nantikan di
dalam posting saya yang akan datang... dan jangan lupa untuk "FOLLOW"
saya dalam blog ini... Sehingga bertemu lagi...
SELAMAT MENIMBA ILMU...

Petua Membuat Tugasan Atau 'Assignment' Yang Baik


Pengalaman aku mengajar di Universiti selama 17 tahun banyak memberi
pedoman dan panduan. Di sini ingin aku berikan 'tips' asas bagaimana ingin
menulis tugasan yang baik. Diharapkan ia memberi sedikit pencerahan
kepada pelajar-pelajar yang selalu ditugaskan supaya menyediakan suatu
penulisan berkaitan dengan matapelajaran yang dipelajari.
Perkara pertama yang harus difikirkan ialah berkenaan dengan tajuk
tugasan. Sekiranya tajuk telah diberikan maka kita tiada pilihan. Tetapi
seandainya tajuk itu bebas, maka kita pilihlah tajuk atau isu yang kita suka
baca.

Membuat tugasan semestinya memerlukan kepada pembacaan. Sekiranya


isu yang kita pilih, kita sangat menyukainya maka masalah mencari bahan
bacaan tidak menjadi masalah.
Kita ambil contoh, kita diberikan tugasan untuk menulis tentang sesuatu
dasar kerajaan. Di sini kita carilah dasar apakah yang menjadi kesukaan kita
untuk membacanya. Banyak dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan.
Antaranya, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah; Dasar Ekonomi Baru; Dasar
Penswastaan; Dasar Warga Emas Negara; Dasar Pendidikan Kebangsaan;
Dasar Perumahan Negara; Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara; Dasar
Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran; Dasar Sukan Negara dan
berbagai-bagai dasar lagi.
Menjadi pelajar di zaman IT tidaklah sepayah dulu yang memerlukan kita
pergi ke perpustakaan. Sekarang orang kata maklumat hanya di hujung jari.
Buatlah carian melalui internet dan disusuli dengan membuat pinjaman buku
di perpustakaan.

Seseorang pensyarah mungkin tidak menyukai sekiranya semua rujukan kita


berdasarkan 'website' atau akhbar semata-mata! Kalau boleh biar ada buku,
artikel dari jurnal, 'website', dan sedikit sahaja rujukan dari akhbar sebagai
rujukan kita. Bukan apa, akhbar tidak boleh sangat kita percayai!
Rujukan kita sebaik-baiknya biarlah banyak. Kalau dapat 10 rujukan maka
barulah boleh dikatakan memadai.
Langkah pertama, kita ceritakan tentang tujuan dan objektif sesuatu dasar

tersebut. Kita juga mengetahui bahawa sesuatu dasar itu dibuat atau digubal
bagi menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Langkah seterusnya kita huraikan tentang pencapaian dan keberkesanan
dasar itu sehingga kini. Rujukan kepada pembacaan amat diperlukan di sini
supaya kita mengetahui kekuatan dasar tersebut. Berikan hujah-hujah
berlandaskan kajian yang telah dibuat oleh orang lain. Nyatakan sumbernya
di dalam penulisan kita. Setiap angka atau nombor yang dimasukkan dalam
penulisan mesti dinyatakan sumbernya.

Sekiranya kita mengambil ayat orang lain, patah demi patah maka kita perlu
membuat 'quotation' dan nyatakan sumber dan muka suratnya sekali di
mana kita mengambil ayat tersebut. Tetapi sekiranya kita hanya mengambil
isi dan membuat ayatnya sendiri maka memadai dengan kita nyatakan
sumber penulisnya sahaja.
Kesilapan yang selalu pelajar buat ialah mereka tidak menulis sumber
rujukan di akhir penulisan. Di dalam penulisan teks ada nama sipolan bin
sipolan tetapi di dalam senarai rujukan tidak dinyatakan.
Cara menulis bibliografi atau rujukan juga mesti diperhatikan. Banyak cara
yang boleh dibuat tetapi yang biasa ialah kita mulai dengan nama penulis,
kemudian tahun, kemudian tajuk buku, kemudian tempat diterbitkan, dan
akhirnya nama penerbit.
Kalau kita mempunyai 10 rujukan maka nama yang teratas dimulakan
dengan A dan seterusnya mengikut abjad sehingga Z yang paling bawah.
Bibliografi ini mesti disusun mengikut abjad dan kita tidak boleh meletakkan
nama-nama penulis sesuka hati kita.

Disamping keberkesanan sesuatu dasar, kita juga seharusnya melihat


kepada kelemahannya juga.
Setelah meneliti keberkesannya dan kelemahannya maka akhirnya kita perlu
membuat cadangan kearah penambahbaikan kepada dasar yang kita pilih. Ia
wajib dilakukan supaya penulisan kita nampak seperti ada ulasan dan
kritikan kearah menjadikan dasar itu lebih mantap dan berkesan. Jika tidak,
ia hanya menjadi satu tugasan yang berbentuk laporan semata-mata.
Pensyarah pantang melihat kesalahan ejaan dan kesalahan meletakkan
noktah atau koma. Kesalahan yang selalu pelajar buat ialah seperti berikut;
".... menjadi panduan masyarakat .Rukunegara perlu dihayati...." Apa
salahnya? Kesalahannya ialah sebelum noktah tiada ruang kosong dan untuk
memulakan ayat baru selepas noktah perlu ada satu 'space'!
Apabila kesalahan yang 'simple' sebegini dibuat, ia menunjukkan bahawa
penulis tidak membuat semakan dan hanya membaca sekali sahaja tugasan
yang telah dibuat. Kita perlu membaca berulang kali supaya mana-mana
ayat yang tergantung atau kesalahan ejaan dapat diatasi. Masalah ini lebih
ketara sekiranya ia adalah tugasan kumpulan. Maksudnya ahli kumpulan
tidak membaca penulisan tersebut dan hanya membiarkan seorang sahaja
melakukan tugasan atau membuat penulisan.

Satu lagi ialah berkenaan dengan perkataan inggeris atau bahasa lain yang
dipakai seharusnya dibezakan dengan perkataan melayu. Bagaimana ingin
dibezakan? Lihatlah perkataan 'space' dan 'simple' di atas!
Kesimpulan perlu dibuat. Rata-rata pelajar menyimpulkan tugasan mereka

yang mempunyai 10 muka surat dengan hanya satu atau dua ayat! Mana
mungkin kita menyimpulkan penulisan kita dengan hanya satu ayat. Ia mesti
lebih dan menerangkan intipati kepada penulisan kita.
Muka surat depan mesti ada. Kita meletakkan satu muka surat depan yang
mana dituliskan tajuk tugasan, matapelajaran dan kodnya, si penulis dan
kepada siapa tugasan itu dihantar. Muka depan seharusnya biar nampak
menarik walaupun sesetengah orang mengatakan 'Don't judge the book by
its cover'.

Dan sekeping kertas selepas itu yang menyenaraikan isi kandungan bersama
muka suratnya juga akan nampak lebih tersusun.
Akhir sekali, penulisan kita seharusnya ada 'cover'. Jangan di'staple'nya saja
begitu. Nampak tidak kemas! Kadang-kadang ia terburai kerana 'stapler'nya
tidak terkena kesemua muka surat. Belanja sikit untuk membuat 'spiral
binding' atau membeli 'plastic cover' yang mempunyai tetulang yang kita
boleh 'slide' masuk di tepi tugasan kita.
Semoga bermanfaat

Anda mungkin juga menyukai