Anda di halaman 1dari 2

PEMBERITAHUAN MENGENAI AKTA HAKCIPTA 1987 ( AKTA 332 )

1. Mengikut Akta Hakcipta 1987 ( Akta 332 ) dan Akta Hakcipta ( Pindaan ) 1990, karya-karya berikut diberi perlindungan hakcipta jika ianya bersifat asli dan dalam bentuk bahan:
a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n.

Karya sastera Karya drama Karya music Karya seni Senibina dalam pembangunan Fotografi Filem Rakam bunyi Siaran Karya terbitan Terjemahan Penyesuaian Koleksi karya-karya yang layak mendapat hakcipta Hakcipta dalam edisi karya diterbitkan

2. Karya-karya terbitan berikut adalah dilindungi hakcipta sepertimana karya asal: a. Terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya sastera, muzik atau seni; dan b. Koleksi karya-karya sastera, muzik atau seni yang oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek. 3. Hakcipta wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hakcipta jika karya dibuat di Malaysia. 4. Hakcipta wujud bagi setiap karya yang layak mendapat hakcipta sama ada karya Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Kerajaan atau badan-badan antarabangsa. 5. Hakcipta mengenai karya sastera, muzik, seni, filem dan rakaman bunyi adalah hak eksklusif pemunya bagi mengawal dalam Malaysia: a. Pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan b. Pertunjukan tayangan atau permainan kepada awam

c. Siaran d. Perhubungan melalui kabel e. Pengedaran salinan-salinan karya kepada awam melalui penjualan, sewaan, pajakan atau pinjaman, keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau terbitan. 6. Pengecualian diberi di bawah seksyen 13 (2) Akta Hakcipta jika sekiranya penggunaan karya berikut: a. secara urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk itu dan penciptanya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam sesuatu siaran. ( Sebagai contah: Membuat salinan foto satu mukasurat sebuah buku bagi tujuan penyelidikan tidak melanggar Akta Hakcipta tetapi membuat salinan sebuah buku adalah salah oleh kerana dianggap suatu urusan yang tidak wajar. 7. Sehubungan dengan itu di bawah Bahagian II ( Peruntukan- peruntukan Am ) dan Bahagian III ( Kuasa dan Jangkamasa Hakcipta ) dalam Akta Hakcipta 1987 ( Akta 332 ) dan Akta Hakcipta (Pindaan ) 1990, setiap pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkaraperkara yang berkaitan dengan AKTA HAKCIPTA. Pihak PKMA tidak akan bertanggungjawab terhadap pengguna sekiranya mereka diambil tindakan oleh pihak tertentu di atas tuduhan menyalahi AKTA HAKCIPTA.

Pengurusan PKMA

Anda mungkin juga menyukai