Anda di halaman 1dari 6

1. Apakah Hakcipta?

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang untuk satu tempoh
masa tertentu bagi pencipta kerja untuk mengawal penggunaan kerja di Malaysia.


2. Akta manakah yang meIindungi hak cipta di MaIaysia?

Hak Cipta dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.


3. Kerja apakah mendapat perIindungan hakcipta?
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta ntelek ialah :
1. karya sastera ;
2. karya muzik ;
3. karya seni ;
4. filem ;
5. rakaman bunyi ;
6. siaran; dan
7. karya terbitan
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya
itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.

Karya Sastera
Karya sastera terdiri daripada:-
1. novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
2. lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan
pantomin;
3. treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
4. ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
5. surat, laporan dan memorandum;
6. syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
7. jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-
angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak;
dan
8. program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi
tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat
perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.

Karya Muzik
Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni
1. Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa-
apa karya tiga dimensinya;
2. Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi
berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
3. Karya seniukir;
4. Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
5. Fotograf yang tidak terkandung dalam filem;
6. Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad
dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.




iIem
Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-
apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan
bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:
1. ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau
2. dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya
dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan
termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan
dengan suatu filem.
(Dari tafsiran ini bunyi latar sesuatu filem adalah dianggap sebahagian dari filem.
Begitu juga fotograf yang diambil dari filem adalah dianggap sebahagian dari filem
itu sendiri. Rakaman bunyi latar filem tanpa kebenaran pemunya hakcipta adalah
dianggap pelanggaran hakcipta di dalam filem tersebut.)

Rakaman Bunyi
Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula
dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan
suatu filem.

Siaran
Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar
untuk penerimaan orang awam.

Karya-karya Iain yang mendapat hakcipta
Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah
seksyen 7(1) Akta Hakcipta 1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan
perlindungan hakcipta. Karya-karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut:
(a) Karya Terbitan
- "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal;
i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak
bagi hakcipta; dan
ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan
susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.
b) Harta ntelek dalam Edisi Karya Diterbitkan
- Harta ntelek dalam edisi karya yang diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan
kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan
bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam
hal:
i) Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.


4. Adakah MaIaysia mempunyai satu sistem pendaftaran untuk hakcipta?

Tiada pendaftaran untuk hakcipta di Malaysia. Kerja adalah dilindungi secara
automatik di atas penciptaan.


5. Apakah cara-cara untuk buktikan kepunyaan hak cipta?

Bagi membuktikan pemilikan hak cipta, pemilik boleh sama ada:-

i) membuat suatu akuan berkanun selaras dengan Akta Akuan Berkanun
1960; atau
ii) memeteri satu surat ke alamat sendiri.


6. Apakah syarat-syarat untuk perIindungan hak cipta?

(i) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk membuat kerja asal
(ii) kerja telah ditulis, direkodkan atau sebaliknya
(iii) pengarang adalah seorang yang layak; dan
(iv) kerja adalah buatan Malaysia atau kerja adalah pertama diterbitkan di Malaysia.


7. Siapa yang memegang Hak Cipta?

a. Pemegang Hak Cipta di tentukan oleh :-
(i) kerja dihasilkan di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan;

b. Hak Cipta adalah kepunyaan majikan
(ii) kerja dihasilkan di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan;

c. Hak Cipta adalah kepunyaan pengarang
(iii) Kerja-kerja yang ditugaskan
d. Hak Cipta adalah kepunyaan pihak yang memberi tugasan.


. BoIehkan Hak Cipta di pindah miIik?

Hak cipta boleh dipindah milik oleh tugasan, menurut wasiat dan melalui operasi
undang-undang.


9. SeIain dari hak komersiI pemiIik Hak Cipta, hak apakah Iagi yang diberi
kepadan pengarang kerja?

Akta Hak Cipta 1987 memberi hak moral kepada pengarang kerja. (rujuk section 25)
Hak Moral yang di beri oleh Akta?
2 jenis hak moral di beri:-

(i) hak paten
(ii) hak integriti


10. Apakah hak yang boIeh di Iaksanakan oIeh pemiIik Hak Cipta untuk
peIangaran hak moraI?

Pemilik boleh mendakwa antara lain untuk kerosakan-kerosakan berkanun dan
perintah injunksi.


11. Apakah tempoh untuk perIindungan hakcipta?

(i) Untuk sastera, kerja-kerja muzikal dan artistik, hak cipta hidup semasa hidup
pengarang dan 50 tahun selepas kematiannya;
(ii) Untuk rakaman-rakaman bunyi, filem-filem dan siaran-siaran, hak cipta hidup 50
tahun daripada pengikut tahun penerbitan kerja; dan
(iii) Untuk edisi bercetak, hak cipta hidup 50 tahun daripada tarikh penerbitan.

Anda mungkin juga menyukai