Anda di halaman 1dari 42

SCCA2083 Undang-undang dalam Komunikasi

Bab 9: Akta Hakcipta 1987


Objektif

 Menjelaskan undang-undang yang


melindungi hasil karya
 Menjelaskan jenis-jenis hakcipta yang
dilindungi
 Menjelaskan implikasi perundangan yang
berkaitan
 Membincangkan kes-kes berkaitan
Pengenalan

 Undang-undang yang terpakai di Malaysia


berhubung dengan hakcipta adalah Akta
Hakcipta 1987
 Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan
oleh undang-undang kepada pemilik karya
untuk mengawal penggunaan karyanya bagi
satu tempoh yang ditetapkan
Samb...

 Undang-undang hakcipta melindungi hak


pemilikan pencipta berhubung dengan hasil
karyanya dengan melindungi ekspresi idea
(the expression of ideas), bukan idea itu
sendiri
 Pada asalnya undang-undang ini adalah
berkaitan dengan bidang kesusasteraan dan
seni seperti novel, lukisan, sajak dll.
Samb...

 Perubahan teknologi turut mengembangkan


perlindungan hakcipta merangkumi bidang
rakaman suara, filem, siaran (broadcasts)
termasuk aturcara/ program komputer
 Karya sastera, seni dan sains adalah
dilindungi oleh undang-undang hakcipta
tanpa mengira mutu dan nilai kesusasteraan
& keseniannya dengan syarat ia adalah
“karya asli”
Rasional perlindungan

1. Untuk menggalakkan perkembangan


kesusasteraan & sains demi faedah
masyarakat keseluruhannya.
2. Menjamin pulangan yang adil kepada
pencipta hasil-hasil karya sekaligus
memastikan sesuatu kreativiti dapat
diteruskan.
Definisi hakcipta

 Hakcipta adalah sejenis harta yang diperakui.


Sebagai harta, ia adalah sesuatu yang
bernilai, boleh dibeli, dijual, dipindahmilik,
diwasiat dan disewakan.
 Hak kekuasaan yang dilindungi atas
sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang
pengarang (pencipta, penggubah dll.) –
(Kamus Dewan, 1989)
Samb...

 Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-


undang untuk suatu jangka masa tertentu
kepada penulis, penggubah dll untuk
mencetak, menerbitkan, dan menjual
salinan-salinan asal karya mereka (Kamus
Oxford English)
Rumusan definisi hakcipta

 Hakcipta adalah perlindungan yang diberikan


berdasarkan kepada karya yang telah dicipta
& dihasilkan. Ia juga berkaitan dengan hak
seseorang pencipta untuk menghalang orang
lain untuk membuat salinan dari karya asal
tanpa kebenaran
Prinsip asas hakcipta

a) Keaslian
b) HC & harta atas benda itu sendiri
c) HC tidak melindungi idea itu sendiri
d) HC memberi perlindungan terhadap usaha &
kepakaran
e) Tiada formaliti untuk pendaftaran HC
f) Penyalinan & ciptaan bebas lain
g) Karya dijadikan dlm bentuk bahan@ penetapan
lain
h) Hak moral & hak ekonomi
Karya yang layak mendapat
perlindungan hakcipta
 Di Malaysia, tiada sistem pendaftaran
hakcipta ditetapkan tetapi ia diperakui pada
saat hasil kerja tersebut diterbitkan.
Perlindungan secara automatik ini diberikan
apabila hasil karya tersebut memenuhi
syarat-syarat tertentu iaitu:
Samb...

a) Usaha yang mencukupi telah dilakukan


untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
b) Karya itu telah ditulis, direkodkan @
dijadikan dalam bentuk bahan (material);
c) Penciptanya adalah orang yang
berkelayakan semasa karya itu dihasilkan@
karya itu dibuat di Malaysia@ penerbitan
pertamanya dibuat di Malaysia
Seksyen 7(3)(a)

 Asli@ keaslian menurut Akta Hakcipta


adalah karya tersebut mestilah karya asal
yang tidak disalin@ ditiru daripada karya-
karya lain. Keaslian tidak bermaksud bahawa
seseorang itu mesti menghasilkan karya itu
untuk pertama kali.
Seksyen 7(3)(b)

 Hasil kerja yang tidak dijadikan dalam


bentuk bahan tidak dilindungi oleh undang-
undang hakcipta. Oleh itu sesuatu karya
mestilah dalam bentuk samada bertulis,
bercetak, rakaman, ataupun dimuatkan ke
dalam disket, CD dan sebagainya (bagi
program komputer).
Seksyen 10

 Seseorang berkelayakan bermaksud:


a. Bagi manusia biasa (orang) – dia adalah
warganegara atau penduduk tetap negara ini
b. Bagi perbadanan – badan yang ditubuhkan di
Malaysia yang mempunyai personaliti undang-
undang (legal personality) tersendiri.
c. Termasuk rakyat bagi negara yang menyertai
Berne Convention (For the Protection of Literary
and Artistic Works)
Karya yang diberi perlindungan
hakcipta

1. Karya sastera adalah termasuk (S3):


a. Novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya
syair dan penulisan lain;
b. Lakonan, drama, arahan pentas, senario filem,
skrip siaran, karya kareografi dan pantomim;
c. Treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
d. Ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
e. Surat, laporan dan memorandum;
Samb...

 Syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya


lain yang sama sifatnya;
 Jadual atau penyusunan, samada atau tidak
dalam bentuk yang tampak; dan
 Program-program komputer
 X – teks rasmi kerajaan@ badan berkanun
yang bersifat perundangan@ peraturan@
keputusan hakim
Samb...

2. Karya muzik
 “Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya
yang digubah untuk iringan muzik” – S3
Samb...

3. Karya seni
 Takrif karya seni – S3:
a. Karya grafik, fotograf, seni ukir, kolaj;
b. Karya senibina dalam bentuk bangunan@ model
bangunan; atau
c. Karya pertukangan seni
Samb...

4. Filem
 Bermaksud apa-apa penetapan sesuatu siri
gambaran pandangan...:
a. Ditunjukkan sebagai gambar bergerak, atau
b. Dirakamkan pada bahan lain...termasuk bunyi
yang terkandung yang berkaitan dengan filem.
Samb...

5. Rakaman bunyi
 “Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan
boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara tetapi
tidak termasuk alur bunyi yang berkaitan dengan suatu
filem” – S3
 Hakcipta bagi rakaman bunyi adalah untuk bunyi yang
telah dirakamkan di dalam suatu alat tertentu. Yang
dilindungi oleh hakcipta adalah muzik atau bunyi yang
terkandung di dalam cakera padat, kaset atau album.
Pemunya hakcipta adalah penerbit rakaman bunyi
tersebut.
Samb...

6. Siaran
 Hakcipta mengenai sesuatu siaran adalah hak
eksklusif untuk mengawal rakaman, pengeluaran
semula, penyiaran semula keseluruhan atau
sebahagian besar siaran itu di Malaysia, dan
pertunjukan, tayangan atau permainan kepada
awam di tempat yang mengenakan bayaran
masuk bagi keseluruhan atau sebahagian besar
siaran TV sama ada dalam bentuk asal atau
sebaliknya – S15(1)
Samb...

7. Karya terbitan
 Karya terbitan yang dilindungi oleh hakcipta
iaitu termasuk karya terjemahan,
penyesuaian, susunan dan perubahan karya
lain yang layak bagi hakcipta dan koleksi
karya yang dari susunan kandungan dan
pemilihannya menunjukkan suatu ciptaan
hasil intelek – S8(1)
Samb...

8. Edisi karya yang diterbitkan


 Hakcipta dalam edisi karya yang diterbitkan adalah
hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku
dan penerbit lain
 Seksyen 9(1) AHC memberi perlindungan hakcipta
dalam setiap edisi yang diterbitkan bagi mana-mana
satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada
dalam hal:
a. Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia, atau
b. Penerbit pertama itu adalah orang berkelayakan pada masa
penerbitan pertama itu
Samb...

 Tindakan yang disekat dilakukan oleh orang


lain yang bukan pemunya hakcipta di bawah
seksyen 9 ini adalah perbuatan
mengeluarkan semula susunan tipografi edisi
itu – S9(3)
 Ini termasuklah membuat salinan fotostat
terhadap buku
Jangka masa perlindungan hakcipta

 Tempoh masa perlindungan hakcipta


bukanlah sesuatu yang berkekalan. Ini kerana
terdapat imbangan antara kepentingan
pemunya hakcipta dengan pengguna awam
itu sendiri.
 Apabila tempoh perlindungan berakhir,
semua perbuatan yang bertentangan dengan
pemunya hakcipta tidak lagi menjadi
pelanggaran hakcipta tersebut.
Samb...

 Pada dasarnya sesuatu karya mendapat


perlindungan hakcipta apabila semua
keperluan akta untuk melayakkannya telah
dipenuhi. Karya yang mendapat hakcipta
kemudiannya akan diberi tempoh masa
perlindungan berdasarkan peruntukan
seperti berikut:
a) Karya sastera, muzik dan seni

 Hakcipta wujud semasa hayat pencipta dan


50 tahun selepas kematiannya [S17(1)]
 Bagi karya yang diterbitkan selepas kematian
pencipta, hakcipta akan wujud 50 tahun
bermula dari tahun karya itu mula diterbitkan
[S17(2)]
Samb ...

 Bagi karya yang diterbitkan tanpa nama atau


dengan nama samaran, hakcipta akan wujud
sehingga 50 tahun dari permulaan tahun
karya itu mula diterbitkan. Namun jika
identiti pencipta diketahui kemudiannya,
maka jangka masa hakcipta akan dikira
sepanjang hayat pencipta dan 50 tahun
selepas kematiannya [S17(3)]
b) Karya ciptaan bersama

 Karya yang dihasilkan oleh 2 orang atau lebih


 Jangka masa hakcipta adalah sepanjang
hayat pencipta dan 50 tahun selepas
kematian salah seorang pencipta yang
terakhir sekali meninggal dunia antara
mereka [S17(4)]
c) Edisi yang diterbitkan

 Hakcipta wujud sehingga 50 tahun dari


permulaan tahun edisi itu mula diterbitkan
(s18)
d) Rakaman bunyi, siaran, fotografi, filem,
dan karya kerajaan serta badan antarabangsa

 Hakcipta wujud selaman50 tahun dari


permulaan tahun ia mula diterbitkan
(Seksyen 19, 20, 21, 22 & 23)
Perbincangan isu

 Apakah isu/kes hakcipta terkini yang berlaku


di dalam negara?
Hak eksklusif pemilik hakcipta

 S13(1) – Pemunya hakcipta mempunyai hak


eksklusif untuk mengawal perkara berikut:
i. Pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
ii. Penyampaian kepada awam
iii. Pertunjukan, tayangan atau permainan kepada
awam;
iv. Pengedaran salinan-salinan kepada orang awam
melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan
secara lain; dan
v. Penyewaan secara komersial kepada orang awam
Samb...

 Hak ini meliputi sama ada bagi keseluruhan


atau sebahagian besar karya itu. Pelanggaran
dianggap berlaku sekiranya mana-mana
perkara di atas dilakukan oleh mana-mana
pihak yang tidak berhak.
Pelanggaran hakcipta – S36(1)

 “Pelanggaran hakcipta berlaku apabila


seseorang tanpa lesen tuan punya hakcipta
itu, melakukan atau menyebabkan seseorang
lain melakukan satu perbuatan yang
perlakuannya dikawal oleh hakcipta di bawah
akta ini”
Pembahagian pelanggaran hakcipta

 Melakukan mana-mana hak eksklusif pemunya


tanpa kebenaran/ lesen pemunya;
 Menyebabkan orang lain melakukan perkara yang
perlakuannya dikawal oleh hakcipta;
 Dengan cara sedar, melakukan perkara berikut
iaitu mengimport artikel langgaran dan menjual
artikel tersebut.
 Peruntukan S41 (a-j) menyatakan mengenai
kesalahan-kesalahan hakcipta secara khusus
(rujuk buku teks: mukasurat 78-79)
Implikasi perundangan

 Berdasarkan kesalahan-kesalahan di bawah


Seksyen 41 perenggan:
 (a) – (f): Hukuman adalah denda tidak melebihi
RM10K bagi setiap salinan langgaran, atau
penjara tdk melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan berikutnya, denda tdk melebihi
RM20K bagi setiap salinan langgaran, atau
penjara tdk lebih 10 tahun atau kedua-duanya
Samb...

 (g): Hukuman adalah denda tdk melebihi RM20K


bagi setiap perekaan yang berkenaan dgnnya atau
penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan berikutnya, denda tidak lebih RM40K
bagi setiap perekaan atau penjara tdk lebih 20
tahun atau kedua-duanya
 (h) – (j): Hukuman denda tdk melebihi RM250K atau
penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan berikutnya, denda tidak lebih RM500K
atau penjara tdk lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
Pengecualian/ pembelaan terhadap
pelanggaran hakcipta
 Hakcipta sesuatu karya tidak dilanggar
sekiranya tindakan seseorang itu adalah
tergolong dalam perkara yang dinyatakan di
bawah peruntukan seksyen 13(2) Akta
Hakcipta
 (rujuk buku teks: mukasurat 82)
Samb...

 Ringkasnya, antara perkara-perkara tersebut


adalah:
 Urusan yang wajar bagi penyelidikan yang bukan
mencari keuntungan, pengajian, kritikan, ulasan
atau laporan peristiwa-peristiwa semasa, dan lain-
lain hal (fair dealing) – S13(2)(a)
 Penggunaan secara parodi, pastiche atau karikatur
 Karya seni di tempat awam – [S13(2)(c) dan (d)]
Perbincangan: Isu

 Amirah menulis sebuah hasil karya muzik


yang serupa dengan Amirul. Bolehkah Amirul
menuntut pelanggaran hakcipta daripada
Amirah?

Anda mungkin juga menyukai