Anda di halaman 1dari 11

UNDANG-UNDANG SIBER MALAYSIA DAN UNDANG-

UNDANG ELEKTRONIK

Akta
Komunikasi
Akta Dan Undang-
Tandatangan Multimedia undang Hak
Digital 1997 1998 Cipta

Akta Jenayah
Komputer
1997
Akta Tandatangan Digital 1997
• Akta yang membolehkan tandatangan elektronik dan bukan tulisan
tangan sebagai pengesahan yang bersamaan dengan tandangan biasa,
cap jari dalam e-dagang dan perundangan.
• Tandatangan digital merupakan satu nombor kekunci yang digunakan
bagi tujuan penyulitan dan tandatangan maklumat digital.
• Tujuan pewujudan akta ini adalah untuk mengawal selia penggunaan
tandatangan digital, menjamin keselamatan penggunaan tandatangan
digital melalui undang-undang dan pengesahan penggunaannya
dengan pengeluaran sijil akuan.
Akta Jenayah Komputer 1997
• Akta ini melindungi daripada penyalahgunaan komputer dan aktiviti
jenayah komputer seperti penggunaan program komputer tanpa
kebenaran transmisi tidak sah data atau mesej menerusi komputer
dan penggodaman sistem dan rangkaian komputer
Akta komunikasi dan multimedia
1998
• Akta ini menjelaskan kuasa dan tatacara menteri berkaitan, tribunal
rayuan, perlesenan, dan kuasa dan tatacara Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia Kementerian tenaga, komunikasi dan
multimediatelah ditubuhkan apabila akta ini digazetkan
Undang-undang
Hakcipta
• Dikenali sebagai Akta Hak cipta 1987
• Hakcipta ialah hak ekskusif yang diberikan oleh undang-undang
kepada pencipta atau penerima haknya untuk kawal pengeluaran
semula atau berbagai-bagai bentuk penggunaan karya bagi sesuatu
tempoh. Akta ini tidak melindungi idea tetapi pernyataan idea
tersebut.
•Akta ini memberikan perlindungan penuh kepada pembangun
multimedia, memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh
dipersembah sebagai kerja orang lain,melarang persembahan sesuatu
kerja dalam bentuk yang telah diubahsuai serta mengelakkan pindahan
dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik
• Hakcipta wujud semasa hayat penulis hingga 50 tahun kematiannya.
• Sekiranya karya terbit semasa hidup, hak cipta wujud hingga 50 tahun
dari permulaan tahun diterbitkan
• Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10000 bagi
setiap salinan atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5
tahun atau kedua-duanya sekali
Kelonggaran Hak Cipta
Melakukan perbuatan yang dilarang oleh akta jika perbuatan itu:
• Untuk maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian
sendirian, kritikan atau pelaporan semasa.
• Untuk mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan
sumber atau nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan
disebut.
• Untuk rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi
pendidikan untuk kegunaan tempat-tempat itu sahaja. Oleh itu, bagi
tujuan pendidikan, membuat salinan ke atas beberapa helai dalam
buku adalah wajar tetapi membuat salinan keseluruhan buku adalah
satu kesalahan
• Untuk pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam
terhadap cabutan karya tertentu dan disertai perakuan yang
mencukupi.
• Untuk kegunaan Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Negeri
melalui perintah kerajaan yang digunakan untuk kepentingan awam
dan tiada keuntungan yang diperolehi atau tiada bayaran masuk
dikenakan bagi penyampaian kepada awam.
• Untuk maksud prosiding mahkamah.
• Menggunakan petikan karya yang sudah diterbitkan dengan sumber
dan nama pencipta yang terdapat pada karya tersebut.
3 Pelanggaran Hak Cipta

1. Apabila penerbit lain menerbitkan salinan hasil penulisan seseorang penulis


yang telah diterbitkan oleh sesebuah penerbit dalam bentuk yang serupa
atau hampir serupa.
2. Apabila seseorang penulis meniru bulat-bulat atau sebahagian besar hasil
penulisan seseorang penulis lain.
3. Melalui terjemahan atau adaptasi.
Karya yang layak mendapat
perlindungan
• Tidak lakukan plagiat, terjemahan, saduran dan lain-lain.
• Karya ditulis, direkodkan dan dalam bentuk bahan seperti buku dan
CD. Sekiranya bahan belum bercetak, manuskrip sudah boleh
dianggap sebagai bahan. Walaupun begitu,syarahan, khutbah yang
tidak ditulis tidak mendapat hak cipta.
• Orang yang berkelayakan, sama ada individu warganegara atau
pemastautin tetap, pertubuhan atau perbadanan yangditubuhkan di
Malaysia dan guna pakai undang-undang Malaysia dan bukan
warganegara apabila menerbitkan karya buat pertama kali di Malaysia
Karya
Sastera
Karya
Siaran Muzik
Seksyen 7(1)
Menetapkan Karya-
Karya Berikut Adalah
Layak Untuk
Mendapat Hak Cipta
Rakaman
Bunyi Karya
Seni

Filem

Anda mungkin juga menyukai